PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E 1.0 PENGENALAN Pada zaman Melayu Melaka, mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan dipanggil sebagai pedagang, kemudian dikenali sebagai peniaga pada tahun 90-an. Perkataan usahawan dalam bahasa Inggeris ialah entrepreneur . Perkataan ini ‘ ’ berasal dari perkataan Perancis iaitu entreprendre yang membawa maksud ‘ ’ memikul tugas atau tanggungjawab. Menurut kamus dewan edisi keempat, usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran. Usahawan juga boleh didefinisikan sebagai orang yang meneroka sesebuah perniagaan, memajukan , membangunkan perniagaan tersebut dan mengambil risiko pelaburan perniagaan yang diceburinya. Keusahawanan ialah proses menghasilkan sesuatu yang baru dari segi nilai dengan memperuntukan masa dan usaha yang diperlukan, menanggung risiko kewangan, risiko psikologikal dan risiko sosial serta mendapat ganjaran daripada usaha tersebut dalam bentuk kewangan, kepuasan diri dan kebebasan (Hisrich dan Peter ,1998). Keusahawanan merupakan satu proses mengembleng sumber-sumber seperti tanah, modal, bahan mentah, sumber manusia, teknologi dan maklumat oleh usahawan secara kreatif dan inovatif untuk menghasilkan barang atau perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Perbezaan antara usahawan dan keusahawanan ialah usahawan merupakan orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan atau perindustrian. Individu tersebut mempunyai ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang usahawan seperti inovatif, kreatif, berani mengambil risiko yang telah diperhitungkan , bijak mengambil peluang dan lain-lain. Manakala keusahawanan ialah suatu bidang ilmu yang diceburi yang meliputi bidang pengetahuan, kemahiran dan sikap. Secara ringkasnya, boleh dinyatakan bahawa keusahawanan sebagai kualiti manusia yang bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia dapat membangunkan ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada orang lain. Ia merupakan proses mewujudkan dan mengurus perniagaan untuk mencapai objektif yang dihajati. Ianya juga merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E
1.0 PENGENALAN
Pada zaman Melayu Melaka, mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan dipanggil sebagai
pedagang, kemudian dikenali sebagai peniaga pada tahun 90-an. Perkataan usahawan dalam
bahasa Inggeris ialah ‘entrepreneur’. Perkataan ini berasal dari perkataan Perancis iaitu
‘entreprendre’ yang membawa maksud memikul tugas atau tanggungjawab.
Menurut kamus dewan edisi keempat, usahawan ditakrifkan sebagai orang yang
mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai
pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan
berniaga secara besar-besaran. Usahawan juga boleh didefinisikan sebagai orang yang
meneroka sesebuah perniagaan, memajukan , membangunkan perniagaan tersebut dan
mengambil risiko pelaburan perniagaan yang diceburinya.
Keusahawanan ialah proses menghasilkan sesuatu yang baru dari segi nilai dengan
memperuntukan masa dan usaha yang diperlukan, menanggung risiko kewangan, risiko
psikologikal dan risiko sosial serta mendapat ganjaran daripada usaha tersebut dalam bentuk
kewangan, kepuasan diri dan kebebasan (Hisrich dan Peter ,1998). Keusahawanan merupakan
satu proses mengembleng sumber-sumber seperti tanah, modal, bahan mentah, sumber
manusia, teknologi dan maklumat oleh usahawan secara kreatif dan inovatif untuk
menghasilkan barang atau perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.
Perbezaan antara usahawan dan keusahawanan ialah usahawan merupakan orang
yang mengusahakan sesuatu perniagaan atau perindustrian. Individu tersebut mempunyai ciri-
ciri yang diperlukan oleh seorang usahawan seperti inovatif, kreatif, berani mengambil risiko
yang telah diperhitungkan , bijak mengambil peluang dan lain-lain. Manakala keusahawanan
ialah suatu bidang ilmu yang diceburi yang meliputi bidang pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Secara ringkasnya, boleh dinyatakan bahawa keusahawanan sebagai kualiti manusia yang
bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia dapat membangunkan
ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada orang lain. Ia merupakan proses
mewujudkan dan mengurus perniagaan untuk mencapai objektif yang dihajati. Ianya juga
merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan
yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan.
1
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E
1.1 Banding Beza Peniaga dan Usahawan
Sebenarnya, peranan seorang usahawan amat berbeza daripada seorang peniaga.
Berikut merupakan beza banding antara seorang peniaga dan usahawan.
Jadual 1 : Banding Beza Peniaga Dan Usahawan
USAHAWAN PENIAGA
Seorang usahawan juga merupakan seorang
peniaga.
Seorang peniaga tidak semestinya
seorang usahawan.
Usahawan sentiasa untuk mencipta sesuatu
yang baru dan menarik.
Peniaga hanya bergiat untuk pasaran
sedia ada.
Usahawan sentiasa berusaha mencipta sesuatu
yang baru dan menarik.
Peniaga menjual keluaran sedia ada.
Usahawan melakukan pembaharuan dan
mempeluaskan pasaran barangnya.
Peniaga hanya melakukan kegiatan
jual beli.
Usahawan mementingkan pembangunan
masyarakat dan negara di samping keuntungan.
Peniaga mementingkan keuntungan.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
2.1 Objektif Umum :
I. Untuk mengenalpasti usahawan yang berjaya dalam perniagaan.
II. Untuk mengenalpasti ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang
usahawan yang berjaya.
III. Menyenaraikan dan menghuraikan manfaat hubungan antara usahawan
dengan komuniti.
IV. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan bidang perniagaan dan
keusahawanan.
V. Menghuraikan konsep dan dimensi jaringan usahawan.
2
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E
2.2 Objektif Khusus :
I. Untuk mengenal pasti latar belakang perniagaan, kewangan perniagaan,
pemasaran dan perakuanan perniagaan.
II. Untuk mengetahui situasi sebenar dan pengalaman seseorang usahawan
yang berjaya melalui temu bual.
III. Untuk menghasilkan laporan yang lengkap yang merangkumi latar belakang
perniagaan, kewangan perniagaan, pemasaran dan perakaunan
perniagaan.
IV. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.
3.0 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan guru pelatih
mengenai ilmu perniagaan dan keusahawanan. Kedua-dua bidang ini kelihatan seperti
sama tetapi berbeza dari segi fokus utamanya. Fokus utama perniagaan ialah seseorang
yang menjalankan aktiviti pembelian dan penjualan barang atau perkhidmatan untuk
mendapatkan keuntungan semata-mata. Manakala keusahawanan pula seseorang yang
mencari idea baru dan merebut peluang perniagaan dalam menjalankan perniagaan.
Justeru itu, kehendak tugasan ini memerlukan guru pelatih menemubual seorang
usahawan yang berjaya bagi menilai dan meneliti bagaimana seorang usahawan
menjalankan perniagaannya serta hubungannya dengan komuniti. Selain itu, dilihat juga
dari segi sumbangannya pada masyarakat dan ekonomi negara. Melalui kaedah temubual
ini, guru pelatih dapat mempelajari tentang selok-belok perniagaan dalam situasi yang
sebenar.
4.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah yang perlu diaplikasikan untuk tugasan ini ialah kaedah temubual. Kaedah
temubual yang saya gunakan ialah temubual secara bersemuka. Kaedah ini memerlukan
saya sebagai guru pelatih bertentang mata dengan usahawan yang menjadi pilihan.
Usahawan yang menjadi pilihan saya ialah Encik Marwan Bin Mokhtar. Sebelum mengatur
temu janji secara bersemuka ini, saya telah terlebih dahulu menelefon beliau bagi mencapai
satu tarikh yang sesuai untuk satu sesi temubual. Tarikh yang dipilih ialah 17 Ogos 2015
3
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E
bersamaan hari Isnin bertempat di butik pengantin beliau. Banyak pertanyaan yang saya
utarakan kepada beliau berkenaan dengan pengurusan perniagaannya. Walaupun terdapat
beberapa soalan yang tidak dapat diberi jawapan atas sebab undang-undang syarikat,
namun beliau sentiasa memberikan kerjasama yang baik sepanjang temubual tersebut.
5.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
V.1 Profil Syarikat
Gambar 1: Papan Tanda Syarikat
Nama Syarikat : Rizwan Bridal Galeery
4
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E
Alamat Syarikat
No. Telefon
Email
Tahun ditubuhkan
Jenis Perniagaan
Bilangan Pekerja
: No. 143 & 144b, Persiaran Kota 5/5 Kota Baling Jaya