Top Banner
Topik 13 : ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN Disediakan oleh : NURUL FATEKAH BINTI ABDULLAH SHAZUWANI BINTI MOHAMAD NOR PISMP BAHASA MELAYU SEMESTER 6
21

ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

Jan 01, 2016

Download

Documents

Nurul Fatekah

ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BM
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

Topik 13 :ASPEK TATABAHASA

DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN

Disediakan oleh :NURUL FATEKAH BINTI ABDULLAH

SHAZUWANI BINTI MOHAMAD NOR

PISMP BAHASA MELAYU SEMESTER 6

Page 2: ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

PENGGUNAAN KATA DASAR

• Kata dasar atau morfem dasar, ialah kata-kata yang merupakan morfem bebas yang belum mendapat proses imbuhan (morfem terikat), pengulangan, dan sebagainya.

• Sebagai contoh :– peta– air– serap– sayur– luka

Page 3: ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

PROSES PENGIMBUHAN

• Kata dasar yang diberi imbuhan sama ada imbuhan awalan, sisipan, akhiran atau apitan.

• Contoh: perkataan tunjuk

Awalan tunjuk pe-… + tunjuk = petunjuk

Akhiran tunjuk tunjuk + -kan = tunjukkan

apitan tunjuk men-…-kan + tunjuk = menunjukkan

Sisipan tunjuk tunjuk + -el- = telunjuk

Page 4: ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

Reduplikasi• Merupakan proses pengulangan sesuatu perkataan sama ada

pengulangan keseluruhan perkataan, sebahagian perkataan dan pengulangan yang mengalami perubahan pada bunyi fonem.

• Pengulangan keseluruhan perkataan : meja-meja, rumah-rumah, budak-budak, buku-buku• Pengulangan sebahagian perkataan : kata tunggal : laki – lelaki, pohon - pepohon perkataan berimbuhan : berlari-lari, terseyum-senyum• Pengulangan yang mengalami perubahan pada bunyi fonem : kuih-muih, sayur-mayur, batu-batan, huru-hara

Page 5: ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

PROSES PENGGABUNGAN

• Peleburan kata atau bahagian kata kepada satu kata melalui gabungan satu atau lebih kata dasar. Kemudian diberi makna yang berbeza daripada kata asal.

• Terdapat tiga jenis penggabungan, iaitu:

> Perangkaian menjadi satu Contoh: beritahu, olahraga, bumiputera

> Penggunaan garis penghubung Contoh: batu-pasir, roda-gigi, dua-sendi, mesin-hitung

> Penulisan secara terpisah Contoh: rumah tangga, tengah hari, jalan raya, alat tulis,

Page 6: ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

PELEBURAN FONEM DAN SUKU KATA

• Percantuman unsur linguistik atau penggabungan bunyi bahasa atau kata. Kata itu digabungkan menjadi satu dengan meleburkan fonem atau suku kata yang sama.

• Peleburan kata melalui proses ini adalah dengan menggabungkan perkataan agar kelihatan satu kata dengan menggugurkan fonem- fonem tertentu. • Misalnya perkataan benda + alir menjadi bendalir terbentuk

setelah satu fonem vokal /a/digugurkan.• Contoh :

meN + salin = menyalinmeN + kagum = mengagumbeR + rantai = berantai

Page 7: ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

PROSES ANALOGI• Bentuk tatabahasa dan leksikal yang berubah disebabkan oleh pengaruh pola seragam lain dalam bahasa, iaitu bentuk yang sudah lazim digunakan.

• Pembentukan melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu denganbentuk kata yang telah sedia ada.

• Misalnya perkataan tatabahasa memang telah ada, dan melalui proses analogi diciptakan pula perkataan tatatertib, tatacara dan tatahias.

Page 8: ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

Contoh:Jurumudi: jurubayar, jurubicara / cakap, jurukamera, jurukira,

jurumasak, juruselam, jururundingTatabahasa: tatakrama / adab, tatabahana, tatabusana,

tatacahaya, tataniaga, tatasurya, tatawarna, tatahidup

Lelaki: jemari,telunjuk,gerigiTunasusila: tunaaksara, tunabusana, tunadaksa, tunaganda,

tunalaras, tunagrahita, tunanetra, tunawicaraPrasangka: pralahir, prameswari, prakata, prakarsa,

prakonsep

Page 9: ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

PENTERJEMAHAN

• Istilah baru dapat disusun dengan menterjemahkan istilah asing.

• Contohnya :

Mean sea level

diterjemahkan menjadi

permukaan laut rata-rata

Page 10: ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

ASAS PENTERJEMAHAN

• Asas penterjemahan yang harus diikuti adalah kesamaan dan kesepadanan makna konsep, bukan kemiripan bentuk luarnya.

• Di samping itu, medan makna dan ciri makna istilah bahasa masing-masing perlu diperhatikan.

• Contohnya :

Bar-check, diterjemahkan menjadi besi periksa

Page 11: ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

Paradigma Istilah

Page 12: ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

HUBUNGAN MAKNA

• Melihat hubungan makna antara satu perkataan dengan perkataan lain.

• Kajian semantik tradisional:

i. Sinonimii. Antonimiii. Homonimiv. Hiponimv. Polisemi

Page 13: ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

i. Sinonim

Dua perkataan atau lebih yang maknanya hampir sama atau maknanya seolah-olah sama

Contoh:

cantik boleh disinonimkan dengan indah indah boleh disinonimkan dengan cantik

→ perkataan cantik dan indah bersinonim

(kedua-dua boleh ditukar ganti)

Contoh lain:

ibu- emak

kekal -abadi

senang - mudah

Page 14: ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

ii. Antonim Dua perkataan atau lebih yang maknanya berlawanan.

Contoh:gemuk antonimnya kuruslelaki antonimnya perempuantinggi antonimnya rendah

Ali kurus tetapi adiknya gemuk.

Page 15: ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

iii. Homonim• Perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama, mendukung makna

yang berbeza.

• Contoh:haus → kering tekakhaus → berkurangan besarnya atau ketebalannya kerana tergosok

• Dalam kamus, ditandai angka roman (I,II dan III)

buku I → bahan bacaan buku II → tempat pertemuan dua ruas (buluh,tebu) : Setiap ruas tebu akan dipotong di tepi bukunya.

daki I → kotoran daki II→ panjat

Page 16: ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

• Homonim mengandungi dua konsep, yaitu homofon dan homograf

I. Homofon Perkataan yang sama bunyinya tetapi ejaan dan maknanya berbeza. bang → abang / azan (panggilan untuk bersembahyang) bank → tempat berurusan wang. masa → waktu massa → sekelompok benda yang banyak jumlahnya dan tidak

teratur

Page 17: ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

II. Homograf • Kata homograf merujuk pada kata yang sama ejaan tetapi berlainan sebutan. • Disebabkan huruf e mewakili dua bunyi, iaitu e-taling atau e

pepet.• Contoh:

semak – belukar semak - meneliti atau memeriksa bela - memeliharabela - menuntut bela/balaspelekat - kain sarungpelekat - gam

Page 18: ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

v. Hiponim• Perkataan yang maknanya dianggap sebagai sebagian daripada

makna suatu perkataan lain.• kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna.

• Misalnya, perkataan mawar berhiponim dengan bunga, kerana makna mawar termasuk dalam makna bunga.

• Contoh perkataan berhiponim:burung - merbuk, tekukur, pipit, gagak

kenderaan - kereta, motorsikal, basikal, beca, kapal terbang perabot - katil, meja, almari,

Page 19: ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

vi. Polisemi

• Perkataan yang mempunyai bentuk yang sama tetapi mendukung banyak makna.

• Contohnya, perkataan berat mempunyai sembilan makna yang berbeza. Antaranya:

i. tekanan bendaii. tidak ringaniii. sukar (dilakukan, diselesaikan)iv. amat sangat, kuatv. menyebelah, memihakvi. berkenaan dengan drama yang mengisahkan perkara yang serius (seperti pergolakan rumah tangga, perjuangan politik, dan sebagainya)

Page 20: ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

sambungan…

• Mempunyai makna yang lebih luas daripada homonim • Tidak terbatas pada perkataan saja tetapi juga kelompok

kata dan ayat. Contoh:i. Pemenggalan bunyi

am/bil/kan/tongii. Imbuhan

pe+latih = orang yang melatih atau orang yang dilatihiii. Kelompok kata

makan nasi, makan angin, makan gaji, makan garam

Page 21: ASPEK TATABAHASA DAN SEMANTIK PERISTILAHAN BAHASA MELAYU.pptx

SEKIAN,TERIMA KASIH