TUGASAN MPU 1034TUGASAN 3 : NO. 2 (T-TEST)AZLINA BINTI AWI
2. T-TEST T-Test ialah satu ujian statistik inferensi yang
digunakan untuk membandingkan dua atau lebih kumpulan data selang
atau nisbah. T-Test membandingkan perbezaan min antara dua kumpulan
Ciri-ciri T-Test: Skala pengukuran selang atau nisbah. Skala data
selanjar dengan nilai jarak yang sama jauh Data kajian perlu
bertaburan normal (normaliti) Pensampelan secara rawak Saiz sampel
mengandungi 10 subjek dan ke atas Kajian untuk menentukan perbezaan
yang signifikan secara statistik antara dua kumpulan
a. One Sample T-Test One Sample T-Test atau Ujian T satu sampel
digunakan untuk membandingkan skor min sampel dengan skor min
populasi. Ujian ini digunakan apabila data yang dikumpul memenuhi
semua syarat ujian-t, iaitu data sela atau nisbah, taburan populasi
normal (biasanya berlaku apabila N sama atau melebihi 50).
Situasi: Seorang guru ingin mengetahui sama ada markah subjek
Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) kumpulan pelajar yang dipilih untuk
menyertai Kem KHB mewakili purata markah keseluruhan pelajar yang
menduduki Ujian KHB. Seramai 50 pelajar dipilih untuk menyertai kem
tersebut. Diketahui bahawa purata markah keseluruhan pelajar yang
menduduki Ujian KHB ialah 65 markah.
Hipotesis KajianHipotesis Nul: Purata markah Ujian Pertengahan
Tahun subjek KHB kumpulan pelajar yang menyertai kem KHB tidak
mewakili purata markah semua pelajar yang menduduki peperiksaan
subjek KHB.Hipotesis Penyelidikan: Purata markah Ujian Pertengahan
Tahun subjek KHB kumpulan pelajar yang menyertai kem KHB mewakili
purata markah semua pelajar yang menduduki peperiksaan subjek
KHB.
i. Data dengan penerangan dalam format SPSS
Data yang dimasukkan dalam sistem SPSS di atas ialah markah bagi
subjek KHB yang diperolehi kumpulan pelajar terpilih dalam Ujian
Pertengahan tahun yang lalu. Markah yang dimasukkan melibatkan 50
orang pelajar dan semasa ujian, kehadiran pelajar adalah 100% atau
semua hadir. Julat markah adalah daripada 0 hingga 100.0. Markah
terendah yang diperolehi oleh pelajar ialah 35.0 dan markah
tertinggi ialah 83.0.
Untuk memudahkan perekodan data bagi pelajar yang tidak hadir,
markah bagi pelajar yang tidak hadir direkodkan dengan nilai 999.0.
Namun bagi ujian ini, tiada pelajar yang tidak hadir. Keputusan
t-test for one sample bagi data yang dimasukkan adalah seperti di
bawah.
ii. Output t-test for one sample
One-Sample Statistics
NMeanStd. DeviationStd. Error Mean
MARKAH KHB5064.16010.58181.4965
One-Sample Test
Test Value = 65
tdfSig. (2-tailed)Mean Difference95% Confidence Interval of the
Difference
LowerUpper
MARKAH KHB-.56149.577-.8400-3.8472.167
iii. Analisis Output t-test for one sample
Keputusan ujian menunjukkan nilai t = -.561 tidak signifikan
kerana nilai p = .577 dan ini menunjukkan nilai p > .05. Ini
bererti pengkaji gagal menolak hipotesis nul. Keputusan ujian-t
menunjukkan bahawa purata markah Ujian Pertengahan Tahun subjek KHB
bagi kumpulan yang menyertai kem KHB tidak mewakili purata markah
semua pelajar yang menduduki peperiksaan subjek KHB.
b. Independent group T-Test for Independent group digunakan
apabila kita mahu membandingkan skor min bagi beberapa pembolehubah
yang berselang, untuk dua kumpulan yang berbeza yang terlibat.
Situasi: Seorang guru subjek Matematik ingin mengenal pasti sama
ada terdapat perbezaan antara dua kumpulan pelajarnya iaitu Kelas 1
dan Kelas 2 dari segi markah ujian Matematik. Guru tersebut memilih
secara rawak dua sampel dari Kelas 1 dan Kelas 2. Setiap sampel
mempunyai 30 subjek. Kedua-dua sampel diberi ujian Matematik yang
sama.
Hipotesis KajianHipotesis Nul: Tidak terdapat perbezaan antara
pelajar Kelas 1 dan Kelas 2 dari segi markah peperiksaan subjek
Matematik.Hipotesis Penyelidikan: Terdapat perbezaan antara pelajar
Kelas 1 dan Kelas 2 dari segi markah peperiksaan subjek
Matematik.
i. Data dengan penerangan dalam format SPSS
Data yang dimasukkan dalam sistem SPSS di atas ialah markah bagi
subjek Matematik yang diperolehi oleh dua kumpulan pelajar iaitu
Kelas 1 dan Kelas 2. Markah yang dimasukkan melibatkan 30 orang
pelajar bagi setiap kumpulan dan semasa ujian, kehadiran pelajar
adalah 100% atau semua hadir. Julat markah adalah daripada 0 hingga
100.0. Markah terendah yang diperolehi oleh pelajar ialah 53.0 dan
markah tertinggi ialah 83.0.
Untuk memudahkan perekodan data bagi pelajar yang tidak hadir,
markah bagi pelajar yang tidak hadir direkodkan dengan nilai 999.0.
Namun bagi ujian ini, tiada pelajar yang tidak hadir. Keputusan
t-test for independent group bagi data yang dimasukkan adalah
seperti di bawah.
ii. Output t-test for independent group1
Group Statistics
KELASNMeanStd. DeviationStd. Error Mean
MARKAH MATEMATIK13063.433310.414461.90141
23071.20009.970301.82032
Independent Samples Test
Levene's Test for Equality of Variancest-test for Equality of
Means
FSig.tdfSig. (2-tailed)Mean DifferenceStd. Error Difference95%
Confidence Interval of the Difference
LowerUpper
MARKAH MATEMATIKEqual variances
assumed.007.934-2.95158.005-7.766672.63229-13.03576-2.49757
Equal variances not
assumed-2.95157.890.005-7.766672.63229-13.03597-2.49736
iii. Analisis Output t-test for independent group
Keputusan kajian adalah signifikan (t = -2.951), df = 58, p <
.05 iaitu .005). Hipotesis Nul ditolak dan pengkaji membuat
keputusan bahawa terdapat perbezaan antara kedua-dua kumpulan
pelajar Kelas 1 dan Kelas 2 dari segi markah Matematik.Nilai
perbezaan min (-)7.6667 yang dipaparkan dalam jadual statistik di
atas menunjukkan bahawa markah Matematik pelajar dari Kelas 2 lebih
tinggi daripada markah Matematik pelajar dari Kelas 1.
c. Dependent group
T-Test for Dependent Group digunakan apabila setiap individu
dalam sampel diukur dua kali dan kedua-dua data pengukuran
digunakan untuk dibuat perbandingan.
Situasi: Seorang guru menjalankan program latih tubi untuk untuk
meningkatkan markah Ujian Fizik. Untuk mengetahui sama ada program
latih tubi tersebut dapat meningkatkan markah Ujian Fizik, 30
pelajar dipilih secara rawak daripada semua pelajar yang mengambil
subjek Fizik. Semua sampel diberikan ujian sebelum dan selepas
program latih tubi dijalankan.
Hipotesis KajianHipotesis Nul: Tidak terdapat perbezaan
peningkatan markah Ujian Fizik sebelum dan selepas program latih
tubi dijalankan.Hipotesis Penyelidikan: Terdapat perbezaan
peningkatan markah Ujian Fizik sebelum dan selepas program latih
tubi dijalankan.
i. Data dengan penerangan dalam format SPSS
Data yang dimasukkan dalam sistem SPSS di atas ialah markah bagi
subjek Fizik yang diperolehi oleh pelajar dalam dua ujian yang
berasingan. Markah Fizik 1 ialah markah yang diperolehi pelajar
sebelum pengkaji melaksanakan satu program latih tubi untuk
meningkatkan kecemerlangan pelajar. Manakala Markah Fizik 2
merupakan markah yang diperolehi pelajar dalam ujian kedua selepas
mengikuti program latih tubi. Markah yang dimasukkan melibatkan 30
orang pelajar dan semasa ujian, kehadiran pelajar adalah 100% atau
semua hadir. Julat markah adalah daripada 0 hingga 100.0. Markah
terendah bagi Markah Fizik 1 yang diperolehi oleh pelajar ialah
53.0 dan markah tertinggi ialah 83.0. Manakala bagi Markah Fizik 2
pula, yang terendah ialah 58.0 dan markah tertinggi ialah 90.0.
Untuk memudahkan perekodan data bagi pelajar yang tidak hadir,
markah bagi pelajar yang tidak hadir direkodkan dengan nilai 999.0.
Namun bagi ujian ini, tiada pelajar yang tidak hadir. Keputusan
t-test for dependent group bagi data yang dimasukkan adalah seperti
di bawah.
ii. Output t-test for Dependent group
Paired Samples Statistics
MeanNStd. DeviationStd. Error Mean
Pair 1MARKAH FIZIK 168.0333307.734761.41217
MARKAH FIZIK 271.9667308.310701.51732
Paired Samples Correlations
NCorrelationSig.
Pair 1MARKAH FIZIK 1 & MARKAH FIZIK 230.958.000
Paired Samples Test
Paired DifferencestdfSig. (2-tailed)
MeanStd. DeviationStd. Error Mean95% Confidence Interval of the
Difference
LowerUpper
Pair 1MARKAH FIZIK 1 - MARKAH FIZIK
2-3.933332.39156.43664-4.82636-3.04031-9.00829.000
iii. Analisis Output t-test for Dependent group
Keputusan kajian adalah signifikan (t = -9.008, df = 29, p =
.000 < .05). Hipotesis nul ditolak dan pengkaji membuat
keputusan bahawa terdapat perbezaan markah Ujian Fizik sebelum dan
selepas program latih tubi dijalankan. Nilai skor min yang lebih
tinggi selepas program latih tubi dijalankan iaitu 71.9667
berbanding nilai min yang diperolehi sebelum program latih tubi
iaitu sebanyak 68.0333. Ini menunjukkan bahawa program latih tubi
meningkatkan markah Ujian Fizik.