GERKO TENIS NAMA: NURUL AMIRAH BINTI HAZIZI NO. KAD PENGENALAN: 930905-11-5322 NO. KAD MATRIK: 6594
GERKO TENIS
NAMA: NURUL AMIRAH BINTI HAZIZI
NO. KAD PENGENALAN: 930905-11-5322
NO. KAD MATRIK: 6594
UNIT: PJK 2
PROGRAM: PPISMP SEMESTER 2
NAMA PENSYARAH: ENCIK YAZIT BIN ISMAIL
KOD SUBJEK: GK1311K2
HALAMAN PENGAKUAN
‘Saya dengan ini mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja tangan saya
sendiri kecuali bahan rujukan yang telah saya lampirkan sumbernya’
NURUL AMIRAH BINTI HAZIZI
TANDATANGAN:
PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera, bersyukur kehadrat Ilahi kerana
dengan izin kurniaNya dapat juga saya menyempurnakan tugasan bagi subjek
GERKO ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh
pelbagai maklumat yang selama ini saya tidak pernah mengetahuinya.
Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan
dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “permainan tenis”. Di
kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah
yang telah membimbing saya iaitu Encik Mohd Yazit Bin Ismail kerana beliau telah
banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan tugasan ini.
Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan
yang telah diamanahkan ini.
.Oleh itu,saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa
saya yang telah memberikan sokongan moral bagi menyelesaikan tugasan ini.
Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana
telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang
telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda
semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sekian terima kasih.
SENARAI KANDUNGAN
halaman pengakuan i.
Penghargaaan ii.
senarai kandungan iii.
pengenalan 1-2
Peralatan tenis 3-5
Cara pegangan raket tenis 5
Latihan asas mengeggam raket dan mengawal bola Pukulan pepat Pukulan kilas Latihan pukulan pepat dan kilas
- perseorangan- gelanggang
6-7
Servis Latihan kemahiran servis 8-9
Voli atau pukulan sangga Teknik asaa voli
Latihan voli9-10
Smesy Teknik asas smesy
11
Cara bermain12-14
Kedudukan pemain dunia tahun 201115
Penutup 16
Bibliogarfi iv.
PENGENALAN
Pada abad ke-11 sejenis permainan yang disebut jeu de paume, yang menyerupai
permainan tenis kini, telah dimainkan untuk pertama kali di sebuah kawasan di
Perancis.Jeu de paume itu membawa maksud ‘main dengan tapak tangan’. Sewaktu
bermain permainan tersebut, pemain perlu memukul bola melepasi tali yang
direntangkan antara dua pihak yang bermain. Bola yang digunakan untuk permainan
itu diperbuat daripada kulit kambing biri-biri. Penggunaan raket sebagai pemukul
diperkenalkan kemudian.
Terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa tenis berasal daripada real
tennis yang juga disebut royal tenis yang merupakan permainan yang popular pada
abad ke-19 di England dan Eropah. Kelab tenis yang pertama di England ditubuhkan
pada tahun 1872 oleh H. Gem dan Dr. J.B. Perera. Ia telah mendapat sambutan
yang baik daripada golongan atasan dan keluarga diraja.
Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Inggeris pada abad ke-13.
Ramai peminatnya ternyata di antara rakyat setempat terhadap permainan ini. Sejak
itu perkembangan tenis terus meningkat ke negara-negara Eropah yang lain.
Major W.C Wingfield, seorang pegawai askar British merupakan pengasas
permainan tenis. Beliau mengkaji sejenis permainan iaitu real tenis. Beliau turut
mengubah sedikit permainan dengan meniru undang-undang permainan badminton.
Beliau memperkenalkan permainan sphairistike yang menngunakan gelanggang
rumput yang lebih dikenali sebagai lawn tenis.
Raketnya yang sebenar diperkenalkan pertama kali pada abad ke-15 oleh
Antonio da Scalo, seorang pastur berbangsa Italia. Tenis pada mulanya merupakan
permainan masyarakat kelas atas. Tenis lapangan rumput yang terkenal di zaman
Ratu Victoria lalu ditiru oleh golongan menengah, yang menjadikannya sebagai
permainan biasa.
Kelab tenis pertama yang didirikan ialah Leamington di Perancis oleh J.B.
Perera, Harry Gem, Dr. Frederick Haynes, dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun
1872. Pada masa itu, tenis disebut sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun
1874 permainan tenis telah pertama kali dimainkan di Amerika Serikat oleh Dr.
James Dwight dan F.R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pun telah
didirikan pada tahun 1868. Amerika Syarikat menubuhkan kelab tenis yang pertama
di Staten Island. Bermula dari situlah, permainan tenis di Amerika Serikat
berkembang dengan pesat sekali. Dari sana lahir banyak pemain tenis tangguh yang
menguasai percaturan tenis tingkat dunia.
Kejuaraan tenis pertama bermula tahun 1877.
Berikut merupakan antara peristiwa penting dalam sejarah tenis :
1877 - Di Wimbledon berlangsungnya Kejohanan Tenis
Gelanggang Rumput buat kali pertama. (Kini dikenali sebagai
Kejohanan Wimbledon.)
1878 - Servis dari atas (overhead) mula diperkenalkan.
1900 - Pertandingan Piala Davis dimulakan.
1913 - International Lawn Tenis ditubuhkan di London.
1926 - Kejohanan Tenis Profesional yang pertama di New York.
1970 - Kiraan tie break diperkenalkan untuk mengelakkan
perlawanan yang berterusan.
Di Malaysia pula Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) ditubuhkan pada tahun 1921.
SEJARAH PERMAINAN TENIS
Tenis merupakan satu permainan yang boleh dimainkan secara perseorangan atau
beregu. Ia merupakan permainan yang berteraskan bola yang kecil dan raket yang
bertali. Tenis telah berkembang di seluruh Eropah, terutama di negara-negara orang
Inggeris dan dimainkan oleh golongan bangsawan. Tenis tidak banyak mengalami
evolusi dalam peraturannya dan undang-undangnya kecuali dalam peringkat tie-
break sahaja. Permainan ini telah menjadi tumpuan dunia terutama di empat
kejohanan Grand Slam iaitu di Terbuka Australia, Terbuka Perancis, Terbuka
Wimbledon dan Terbuka USA.
Menurut beberapa catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket sudah
dimainkan sejak zaman purba lagi, iaitu di Mesir dan Greek. Pada abad ke-11,
sejenis permainan iaitu jen de paumeyang menyerupai permainan tenis kini, telah
dimainkan buat pertama kali di sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan
disalut dengan benang berbulu, manakala pemukulnya adalah tangan.
Permainan ini kemudiannya diperkenalkan di Itali dan Britain pada abad ke-13 dan ia
mendapat sambutan yang menggalakkan dalam masa yang singkat. Ramai rakyat
tempatan menunjukkan minat terhadap permainan ini. Sejak itu, sukan tenis terus
berkembang ke negara-negara Eropah yang lain.
Perubahan mula berlaku apabila raket bertali diperkenalkan. Ia diperkenalkan kali
pertama pada abad ke-15 oleh Antonio de Scalo, seorang paderi berbangsa Itali.
Beliau telah menulis undang-undang umum bagi semua permainan yang
menggunakan bola termasuk tenis. Majalah Inggeris, Sporting
Magazine menamakan permainan ini sebagai tenis padang. Dalam buku Book of
Games and Sports yang diterbitkan pada tahun 1801, permainan ini dinamakan
sebagai tenis panjang. Tenis, pada mulanya merupakan permainan golongan
atasan. Pada era pemerintahan Ratu Victoria, tenis mula dimainkan oleh golongan
pertengahan yang menjadikannya sebagai permainan luar.
Kelab tenis yang pertama ditubuhkan ialah Kelab Leamington di Perancis yang telah
diasaskan oleh J. B. Perera, Mejar Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan Dr. Arthur
Tompkins pada tahun 1874. Akhbar The Courier pada 23 Julai 1884 ada
mencatatkan kejohanan tenis pertama berlangsung di Shrubland Hall. Pada masa
itu, tenis dikenali sebagai pelotaatau lawn rackets. Pada tahun 1874, permainan
tenis buat pertama kalinya dimainkan di Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight
dan F. R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pula telah ditubuhkan
pada tahun 1868. Dua tahun selepas itu, ia telah membuka pejabatnya di Worple
Street, Wimbledon. Pada 1875, kelab tersebut telah bersetuju memperuntukkan
sebahagian daripada tanahnya untuk permainan tenis dan badminton. Sehubungan
dengan itu, satu undang-undang permainan tenis gelanggang rumput telah digubal.
Amerika Syarikat telah menubuhkan kelab tenisnya yang pertama di Pulau Staten
dan bermula dari situlah, permainan tenis di Amerika Syarikat telah berkembang
dengan pesat sekali. Ia juga telah berjaya melahirkan ramai pemain tenis terkemuka
yang telah menguasai persada tenis antarabangsa.
Kejohanan Tenis Gelanggang Rumput yang pertama bermula pada tahun 1877 di
mana seramai 21 orang pemain telah mengambil bahagian pada kejohanan tersebut
telah dimenangi oleh Spencer William Gore. Kini, kejohanan tersebut lebih dikenali
sebagai Kejohanan Wimbledon.
Secara keseluruhannya, permainan tenis merupakan salah satu permainan yang
terulung dan digemari di seluruh dunia. Ia juga telah melahirkan ramai jaguh dan
bintang tenis yang terkenal seperti Jimmy Connors, John McEnroe, Ile Natashe,
Bjorn Borg, Boris Becker, Mats Wilander, Steffi Graf, Monica Seles, Martina Hingis,
Pete Sampras dan Andre Agassi dan ramai lagi. Kini, tenis menjadi satu permainan
yang berbentuk komersil yang menawarkan hadiah yang lumayan.
PERALATAN TENIS
GELANGGANG TENIS
Gelanggang untuk permainan beregu adalah lebih besar daripada permainan
perseorangan iaitu sebanyak 4 kaki 6 inci (1.37 m ) bagi setiap bahagian yang
dikenali umum sebagai garisan ‘tram’ . Garisan ini dikenali ditandakan dengan kapur
putih atau pun pita.
Biasanya gelanggang tenis adalah gelanggang rumput. Tetapi ada juga jenis
gelanggang lain seperti gelanggang simen dengan permukaan yang lembut.
Permainan ini dijalankan di atas gelanggang rumput semasa keadaaan cuaca baik
iaitu apabila hujan tidak turun dengan lebat.
JARING
Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang
dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita
putih. Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya
mesti 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua
bahagian tiangnya. Jaring hendaklah dipasang tegang semasa permainan.
BOLA TENIS
Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7
hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola
tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.
RAKET TENIS
Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket
yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat
raket juga adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah
diantara 282.7 hingga 396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah
diantara 368 hingga 382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya,
terutama dari segi keselesaan pengangannya.
PAKAIAN PEMAIN
Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan.
Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu
perjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah
dipakai. . Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu
walaupun mereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis
terdiri daripada seluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa
kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang
sukan digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih.
CARA PEGANGAN RAKET TENIS
Terdapat lebih kurang sebelas cara genggaman yang diamalkan oleh pemain-
pemain tenis. Namun yang paling biasa dan mudah digunakan oleh pemain tenis
ialah pegangan eastern.
Teknik pegangan eastern juga turut dikenali sebagai pegangan berjabat
tangan (shakehands). Caranya ialah, hulurkan raket ke depan, tangan kiri
menyokong bahagian leher raket. Buka tapak tangan kanan dan genggaman
bahagian pemegang (grip) raket seolah-olah berjabat tangan.
Terdapat dua cara untuk pukulan cra genggman eastern ini iaitu pukulan
pepat dan pukulan kilas. Kedia-duanya mempunyai sedikit perbezaan antara satu
sama lain. Untuk menukar dari pegangan pukulan pepat ke pegangan kilas,
longgarkan genggaman dan pusing pergelangan tangan ke dalam sedikit. Ibu jari
tidak membalut pemegang raket ketika pegangan kilas.
LATIHAN ASAS MENGGENGGAM RAKET DAN MENGAWAL BOLA.
Untuk pukulan pepat (forehand grip) pemain perlu melambung bola bertubi-
tubi dengan raket yang digenggam dengan cara setempat, berjalan, atau berlari.
Kemudian dengan menggunakan cara yang sama, ulangi latihan tetapi
menggunakan cara genggaman pukulan kilas (backhand grip). Latihan lain pula
ialah,melantun bola dengan bahagian bingkai raket secara bertubi-tubi. Seterusnya,
latihan lumba lari berganti-ganti dengan mambawa bola dengan raket, melambung
bola dengan raket, dan juga melantun bola dengan raket dengan menggunakan cara
genggaman pepat dan kilas.
Pukulan pepat. (Forehand drive)
Pemain perlu bersedia dari awal ke tempat yang sepatutnya untuk memukul
bola. Raket hendaklah dihayun ke belakang sebelum bola melantun. Bahu kiri diarah
kearah bola dan berat badan dirasa di kaki belakang. Hayunkan raket ke depan dan
mula memukul bola apabila bola melantun ke aras lutut dan pinggang. Berat badan
juga dipindahkan ke kaki depan iaitu kaki kiri serentak dengan pukulan itu. Selepas
memukul bola, raket terus bergerak sehingga menyilang badan dan menunjuk ke
atas bahu kiri.
Pukulan kilas. (Backhand drive)
Persediaan memukul bola cara kilas dibuat apabila bola didapati akan
bergerak ke sebelah kiri. Pemain bergerak ke arah bola dengan raket dipegang
secara kilas. Bahu kanan memusing menghadap ke jaring dan kaki kanan
melangkah ke depan. Kepala raket menunujuk ke belakang dalam keadaan berat
badan di kaki belakang (kiri). Sebaik sahaja bola melantun, hayunkan raket ke
depan dan memukul bola yang berhampiran dengan kaki depan. Pergerakan raket
hampir selari dengan permukaan gelanggang semasa bola dipukul. Pergerakan
raket terus bergerak sehingga tangan yang memegang raket itu menjadi lurus dan
kepala raket menunjuk ke atas di bahu kanan.
Latihan pukulan pepat dan kilas.
1. Latihan dinding – perseorangan.
(a) Memukul bola secara pepat bertubi-tubi.
(b) Memukul bola secara kilas bertubi- tubi.
(c) Memukul bola secara pepat dan kilas berselang-seli.
2.Latihan dalam gelanggang.
Antara latihan untuk pemain tenis di gelanggang yang boleh dilakukan ialah :
a) Secara berpasangan , latihan ini dijalankan secar bergilir pukulan iaitu seorang
pemain akan membaling bola dan seorang lagi pemain akan memukulnya dengan
menggunakan cara pukulan pepat dan kilas.
(b) Pemain A membaling bola, dan pemain B bergerak ke bola dan memukulnya
balik kepada pembaling iaitu ke arah kiri, tengah, dan kanan dengan menggunakan
cara pukulan pepat.
(c) Terdapat 4 orang pemain di gelanggang iaitu pemain A, B, C, dan D. Setiap
pemain hampir berada di hujung gelanggang . Caranya ialah, pemain A akan
membuat pukulan pepat kepada pemain(b). Dan pemain B pula menghantar bola
kepada pemain C dengan menggunakan cara pukulan pepat. Pemain C ini akan
membalas semula pukulan bola kepada pemain B pula dengan menggunakan cara
kilas. Selepas itu hantaran bola kepada pemain A, menggunakan pukulan cara kilas
dan begitulah seterusnya.
(d) Terdapat dua kumpulan yang salah satu daripadanya terdapat 2 orang
dan satu lagi kumpulan itu mempunyai 4 orang untuk berganti-ganti.
Servis.
Servis merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi oleh pemain tenis
yang baru di peringkat awal pembelajaran. Kedua belah tangan terlibat dalam
tindakan servsi ini dan bola yang dipukul itu perlulah melepasi jaring serta melantun
dalam petak servis yang disediakan.
Setiap pemain harus menunjukkan koordinasi yang baik iaitu imbangan
badan dan ketepatan memukul bola itu. Cara untuk meningkatkan kemahiran para
pemain baru bolaeh dilakukan dengan latihan yang berulang-ulang.
Terdapat beberapa jenis servis yang ada dalam permainan tenis. Antara jenis
servis yang ada dalam permainan tenis ialah servis pepat / biasa, servis slice, servis
topspin, dan servis american twist. Servis yang biasa digunakan ialah teknik servis
pepat atau servis biasa.
Pemain bersedia dengan berdiri dan bahu kiri menghadap ke gelanggang
servis di mana bola hendak ditujukan. Kaki dijarakkan dengan seluas bahu dan kaki
kiri berada di hadapan. Untyk servis ini, cara genggaman pukulan pepat boleh
digunakan.
Cara melambung bola adalah dari aras lutut hingga ke aras kepala Bola
dilambungkan apabila tangan diluruskan serentak dengan lutut. Semasa lambungan
bola dilakukan, berat badan dipindahkan ke kaki depan dan raket dihayun ke
belakang.
Cara hayunan raket ke belakang ialah raket hendaklah digerakkan ke
belakang dengan siku yang bengkok. Kepala raket hendaklah dalam keadaan
hampir menyentuh belakang badan antara bahu. Kedudukan tangan pula dalam
keadaan seolah-olah hendak membaling sesuatu benda.
Sebaik sahaja bola mula menurun, luruskan badan dan hayun permukaan
raket kepada bola. Tinggikan tumit kaki semasa raket dihayunkan ke hadapan.
Raket hendaklah terus bergerak sehingga menyilang ke sebelah kiri badan. Kaki
kanan melangkah ke depan untuk mengawal imbangan badan. Kedudukan mata
pula mengikut pergerakan bola ke sasarannya.
Antara kesalahan yang sering berlaku oleh pemain semasa servis dilakukan
ialahyang pertama bola dilambung terlalu tinggi atau rendah. Yang kedua, bola
dipukul jauh dari badan atau di atas kepala. Yang ketiga, genggaman raket adalah
tidak sesuai, dan bahu tidak selari dengan jaring.
Latihan kemahiran servis.
Yang pertama, latihan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemahiran
menghantar servis ialah latihan melambung bola (mengawal lambungan dan
ketepatannya). Pemain perlu berdiri dalam keadaan sedia untuk melakukan servis.
Pegang 1 atau 2 bola di tangan kiri. Lambung bola dan menyambutnya kembali.
Lakukan latihan ini berulang-ulang kali.
Latihan yang kedua ialah latihan suaimasa raket menemui bola dan
pergerakan ikut lajak. Caranya ialah melambungkan bola dan apabila ia menurun
‘tampar’ bola itu dengan raket.
Latihan yang seterusnya ialah latihan servis dalam gelnggang. Terdapat dua
cara iaitu secara bebas dan mencari sasaran. Secara bebas itu, pemain hendaklah
menunjukkan bola itu ke mana-mana tempat dalam petak dalam gelanggang.
Manakala cara mencari sasaran itu pula, bola itu perlu ditujukan kepada sasaran
yang tertentu.
Voli atau pukulan sangga.
Maksud voli ialah memukul bola sebelum bola itu mendarat. Tujuannya
adalah untuk tidak memberi peluang kepada pihak lawan bersedia untuk membalas
pukulan itu. Lazimnya kedudukan yang sesuai untuk melakukan pukulan voli adalah
di kawasan antara jaring dan garisan servis.
Semasa voli, bola boleh diarahkan ke kawasan atau sudut yang tertentu,
dilambung melepasi aras kepala pemain pihak lawan, dan dijunamkan berhampiran
dengan jaring.
Selalunya kedudukan yang sesuai untuk melakukan pukulan voli adalah di
kawasan antara jaring dan garisan servis.
Teknik asas voli - pepat dan kilas.
Genggaman tangan pemain dalam keadaan sedia untuk pukulan pepat/kilas.
Pemain perlu pusingkan bahu dan raket dihayun ke sisi badan apabila bola sampai.
Berat badan dirasa di bahagian kaki belakang oleh pemain apabila raket digerakkan
ke sisi.Gerakkan raket ke depan untuk menemui bola. Raket tidak dihayunkan
kepada bola tetapi apabila raket bersentuhan dengan bola, raket itu terus bergerak
tetapi ikut lajak pendek sahaja pergerakannya.
Jenis voli.
Bola boleh divoli di aras rendah, aras atas kepala (sisi) ataupun diarahkan
kepada sudut yang sesuai.
Latihan voli (Pepat)
Untuk latihan unsur maju :
1. Latihan gerak kai. Iaitu dalam keadaan sedia, kaki kiri melangkah ke depan dan
raket ditarik ke sisi dan raket digerakkan ke depan (tindakan menolak). Lakukannya
secara berulang-ulang.
2. Ulangi pergerakan dalam latihan di atas tetapi apabila raket dibawa ke depan, cuba
tolak bola yang dibaling oleh pasangan.
3. Latihan voli ini dipukul oleh pasangan dari hujung gelanggang.
4. Latihan voli bola rendah dan tinggi ke sebelah kiri, tengah, dan kanan gelanggang.
Latihan voli (pepat dan kilas).
1. Bola boleh ditujukan ke pertengahan gelanggang iaitu ke kiri, tengah, dan kanan dari
voli tengah-tengah petak.
2. Voli bola ke hujung gelanggang.
3. Voli bola supaya menjunam melepasi jaring.
Latihan berkait.
1. Lakukan secara berpasangan. Servis bola kepada kawan. Bergerak ke depan
dan voli bola yang dibalas oleh kawan. Cuba voli pepat dan kemudian voli kilas.
2. Hendaklah berdiri di antara servis dan jaring. Pasangan perlu memukul bola cara
pepat dari hujung gelanggang. Kemudian, voli bola ke kawasan garisan servis.
3. Voli secara bertubi-tubi dengan pasangan secara bergilir melakukan voli pepat
dan kilas.
Smesy
Smesy merupakan pukulan secara kuat dan hampir menyerupai tindakan
servis. Bola dipukul kuat supaya pihak lawan sukar membalas pukulan smesy itu.
Caranya ialah bahu hendaklah dipusingkan ke arah bola. Mata pula tepat
memandang bola dan berada di belakang dan bawah bola. Kepala raket hendaklah
sampai ke bawah aras bahu. Tindakan smesy perlulah tepat dan mengikut lajak.
Teknik asas smesy
Gerak kaki.
Pemain perlu berada di belakang dan di bawah, di mana bola itu mungkin menurun
sekiranya hendak memukul bola secara berkesan. Pergerakan ke belakang itu
hendaklah licin dan biasanya pemain menggunakan langkah skip sisi untuk
mengundur. Semasa bergerak ke belakang, bahu kiri hendaklah menghadap ke
depan. Berat badan berada di kaki belakang.
Bersedia untuk memukul.
Mata masih mengikuti pergerakan bola. Naikkan tangan kiri dan menunjuk ke arah
bola sambil menghayun raket ke belakang badan.
Kontek dengan bola.
Hayun raket ke depan dan memukul bola apabila bola berada dekat lebih kurang
satu kaki di atas aras hujung tangan kiri.
Pukulan ini melibatkan pergerakan pergelangan tangan di saat-saat akhir supaya
bola dapat diarahkan ke dalam gelanggang.
Kaki yang melonjak ialah kaki kanan yang ada di belakang dan apabila mendarat
kaki kiri mencecah tanah dahulu. Sebaiknya smesy bola seperti dalam servis iaitu
kedua belah kaki di atas tanah semasa smesy.
Ikut lajak.
Raket terus bergerak sehingga ke sisi badan sebelah kiri. Pemain bersedia pula
selepas itu untuk meneruskan lagi permainan.
CARABERMAIN
Memilih raket
Apabila memilih raket dua perkara utama harus diberi tumpuan iaitu :
Saiz gengaman tangan
Saiz dan berat raket
Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai bagi mereka
yang baru atau mula bermain tenis.
Cara memegang raket tenis
Cara memegang raket bergantung kepada jenis pukulan. Terdapat dua jenis atau
cara memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas. Dalam permainan,
seseorang pemain boleh menukarkan cara memegang raket dari masa ke semasa
bagi menyesuaikan pukulan yang dibuatnya. Rasa selesa semasa pegangan raket
perlulah diutamankan.
Tempoh permainan
Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk
tiga set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan
kemenangan dua set dikira sebagai pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu
permainan mengandungi tiga set dan kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada
masa dihadkan bagi sesuatu set, yang pastinya pemain yang menamatkan
permainan lebih dahulu daripada lawannya dikira pemenang. Masa 10 minit
diperuntukan kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga bagi lelaki dan
pusingan kedua bagi wanita.
Cara mendapatkan mata
Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan badminton.
Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu
permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis.
Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.Mana-mana pemain yang berjaya
memungut mata pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang dipungut dikira 30-
0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya
yang diperolehi oleh pamain berkenaan menamatkan permainan dan
kemenangankepadanya. Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira
dahulu.
Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sam, matanya dikira 40-40 dan ini
memaksa dius. Untuk mencapai kemengan salah seorang pemaian harus
mendapatkan dua mata melebihi lawannya. Dengandemikian, permula servis perlu
mendahului lawannya dengan satu mata.
Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis disebelah kiri
gelanggangnya puladan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi.
Seseoarang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk emenani sesuatu
set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan diteruskan
sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam
sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan.
Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang
apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.
Memulakan permainan
Permulaan permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan permain
mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para
pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan.
Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat
membuat servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan
akan berada dibahagian kanan gekanggangnya.
Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan
servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini,
pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola
daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan
(B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha
mematikan ke kawasan lawannya.
Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan
akan membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu
kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah
seorang daripada mereka mencapai kemenangan.
Dalam permainan dan Tamat permainan
Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu
mati. Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali
atas persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh
memukul bola kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak
sahaja dibenarkan. Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan
isyarat jika permainan ditamatkan.
Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki pertandingan
yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua
set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama
sendiri dan dengan pengadil.
KEDUDUKAN PEMAIN TENIS DUNIA PADA FEBRUARI 2011
LELAKI:
1. Rafael Nadal (ESP) 12,390 mata
2. Roger Federer (SUI) 7,965
3. Novak Djokovic (SRB) 7,880
4. Robin Soderling (SWE) 5,955
5. Andy Murray (GBR) 5,760
6. David Ferrer (ESP) 4,570
7. Tomas Berdych (CZE) 4,270
8. Andy Roddick (USA) 3,385
9. Fernando Verdasco (ESP) 3,240
10. Mikhail Youzhny (RUS) 2,920
WANITA:
1. Caroline Wozniacki (DEN) 8,655 mata
2. Kim Clijsters (BEL) 8,515
3. Vera Zvonareva (RUS) 7,405
4. Francesca Schiavone (ITA) 5,055
5. Samantha Stosur (AUS) 4,862
6. Venus Williams (USA) 4,645
7. Li Na (CHN) 4,450
8. Jelena Jankovic (SRB) 4,385
9. Victoria Azarenka (BLR) 3,935
10. Agnieszka Radwanska (POL) 3,340
REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur kerana akhirnya saya dapat melaksanakan kerja kursus yang
telah diamanahkan ini dengan jayanya.
BIBLIOGRAFI