Page 1
7/18/2019 Asignment BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu
http://slidepdf.com/reader/full/asignment-bml-3053-morfologi-bahasa-melayu 1/18
1
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014
BML 3053: MORFOLOGI BAHASA MELAYU
TAJUK ESEI ILMIAH:
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK
NAYBIN BIN MOJURING D055695
TARIKH SERAH: 22.11.2012
PEMARKAHAN
1. Perbandingan Kata Adjektif antara Tatabahasa Dewan dengan
Morfologi .
Page 2
7/18/2019 Asignment BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu
http://slidepdf.com/reader/full/asignment-bml-3053-morfologi-bahasa-melayu 2/18
2
KANDUNGAN.
1.0 PENGENALAN. 3
2.0 DEFINISI. 4
3.0 BENTUK KATA ADJEKTIF 5
4.0 JENIS KATA ADJEKTIF 8
5.0 KATA ADJEKTIF PERBANDINGAN. 13
6.0 KESIMPULAN. 17
RUJUKAN. 18
Page 3
7/18/2019 Asignment BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu
http://slidepdf.com/reader/full/asignment-bml-3053-morfologi-bahasa-melayu 3/18
3
1.0 PENGENALAN.
Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat
dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Bahasa ini dituturkan di
seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei,
Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Christmas di Australia.
Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan
Melayu Melaka. Sejak kebelakangan ini kepentingan Bahasa Melayu semakin disedari oleh
masyarakat di dunia.
Sejarah menunjukkan bahasa Melayu kini telah mencapai martabatnya sebagai
bahasa yang digunakan oleh sekelompok besar manusia dengan menggunakan perkataan-
perkataan. Perkataan-perkataan boleh terbina secara semula jadi sebagai perkataan atau
dibina dengan mencantum imbuhan kepada perkatan lain atau dengan menggabungkan dua
perkataan berlainan menjadi sebuah perkataan baru. Tiap-tiap perkataan mempunyai
makna. Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Semakin luas daerah
penyebaran sesebuah bahasa itu, maka semakin banyak pula perbezaan yang wujud dari
segi penggunaannya. Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses
penyusunan morfem menurut peratusan sistem morfologi bahasa itu (Nik Safiah karim et.
Al, 2010). Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan
pengimbuhan. Imbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada
bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.
Page 4
7/18/2019 Asignment BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu
http://slidepdf.com/reader/full/asignment-bml-3053-morfologi-bahasa-melayu 4/18
4
2.0 KONSEP/DEFINISI.
Kata adjektif, yang juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi
unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata
adjektif atau beberapa perkataan yang mengandung kata adjektif dan unsur –unsur
keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif dapat dikenalpasti
dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau
diikuti oleh kata penguat seperti amat, sungguh, terlalu, sekali dan sangat. Kata adjektif
dalam ayat berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagisesuatu kata nama atau frasa
nama.Walaupun golongan kata adjektif tidak mempunyai sub golongan yang ketara, namun
berdasarkan criteria makna, kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang – kurangnya
Sembilan jenis seperti kata adjektif sifatan atau keadaan, kata adjektif warna, kata adjektifukuran, kata adjektif bentuk, kata adjektif waktu, kata adjektif jarak, kata adjektif cara, kata
adjektif perasaan dan kata adjektif pancaindera. Kata adjektif sifatan atau keadaan terdiri
daripada perkataan yang member pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsure
keterangan nama (Nik Safiah Karim et.al, 2010).
Ada ahli bahasa yang menganggap golongan kata adjektif itu sebagai kata kerja,
iaitu kata kerja keadaan. Ini adalah kerana kata adjektif itu menyatakan keadaan. Kata
kerja adjektif juga dapat menerima imbuhan dan kata bantu sama seperti kata kerja
(Abdullah Hassan, 2008). Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) kata adjektif
dianggap sebagai golongan ketiga. Manakala dalam buku Tatabahasa Pedagogi, kata
adjektif disenaraikan sebagai golongan kedua selepas kata nama. Ini dilakukan kerana kata
adjektif berhubung rapat dengan kata nama. Kata adjektif memberi sifat kepada sesuatu
benda, orang dan perkara. Pendeta Z’aba menggunakan istilah sifat nama untuk kata
adjektif.
Page 5
7/18/2019 Asignment BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu
http://slidepdf.com/reader/full/asignment-bml-3053-morfologi-bahasa-melayu 5/18
5
3.0 BENTUK KATA ADJEKTIF.
3.1 Kata adjektif tunggal.
Sebahagian besar kata adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata tunggal(Nik Safiah Karim, 2010). Kata adjektif membawa pengertian yang berkaitan dengan sifat-
sifat tertentu. Bentuk-bentuk kata adjektif yang demikian terhasil daripada bentuk kata
dasar, iaitu tanpa gabungan dengan sebarang bentuk imbuhan, atau tanpa mengalami
proses-proses lain seperti penggandaan kata. Kata adjektif tunggal mudah digunakan dalam
ayat sebagai penerang kata nama, dan menerima sama ada kata Bantu dan kata penguat
atau tidak menerima unsur-unsur tersebut. Contohnya
i. Warna biru digemari oleh abangnya.
ii. Cara hidup orang kaya itu amat sederhana.
iii. Pagi ini matahari bersinar dengan cerah.
3.2 Kata adjektif terbitan.
Bagi kata adjektif terbitan, penggolongan kata dilakukan berdasarkan fungsi atau
tugasnya di dalam ayat. Oleh itu, kata adjektif didefinisikan sebagai kata yang menerangkan
nama atau objek yang diterangkan. Ini menunjukkan bahawa kriteria yang digunakan dalam
menggolongkan kata ini tidak tekal. Disebabkan kriteria tradisional ini kurang saintifik
sifatnya, maka kini beberapa kriteria lain digunakan, iaitu penggolongan kata berasaskan
kriteria formal (bentuk kata) dan kriteria fungsian atau sintaksis (tugas dan makna kata).
Oleh yang demikian, kata adjektif terbitan wujud dengan penambahan sebarang imbuhan
pada kata dasar adjektif.
Berdasarkan ciri morfologi, penggolongan kata diteliti dari aspek imbuhan, iaitu
imbuhan dijadikan ciri bagi menunjukkan keanggotaan sesuatu kata ke dalam golongan
tertentu. Misalnya menurut Asmah Hj. Omar (2009), bagi kata nama, imbuhan yang
biasanya membentuk kata nama ialah imbuhan peN-, per-...-an, pe-...-an, ke-...- an dan -
an. Oleh itu, imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar, akan membentuk kata
terbitan yang tergolong dalam kata nama. Demikian juga halnya dengan kata adjektif di
mana apabila imbuhan ditambahkan kepadanya akan membentuk kata adjektif terbitan.
Page 6
7/18/2019 Asignment BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu
http://slidepdf.com/reader/full/asignment-bml-3053-morfologi-bahasa-melayu 6/18
6
Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2012), imbuhan merupakan penanda bagi sesuatu
golongan kata. Nik Safiah Karim et al. (2010) juga menjadikan imbuhan sebagai salah satu
kriteria penggolongan kata, iaitu setiap golongan kata mempunyai imbuhannya yang
tersendiri. Contoh imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan yang digunakan dalam kata
adjektif adalah seperti ter-, ke-...-an, -else-, -er- dan -em-. Beberapa contoh kata adjektif
terbitan adalah seperti terbaik, keselesaan, kemerduan, kemerahan, dan sebagainya.
3.3 Kata adjektif ganda.
Penggandaan merupakan proses pengulangan suatu kata dasar atau sebahagian
daripadanya. Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang boleh mendahului atau
mengikuti dasarnya. Terdapat dua jenis pengandaan iaitu penggandaan penuh dan
pengandaan separa. Pengandaan penuh merupakan proses yang menggandakan
keseluruhan kata ganda. Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan.
Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata dasarnya boleh
mengambil bentuk kata nama, kata adjektif, kata kerja, atau kata keterangan. Kata ganda
seluruh digabungkan dengan tanda sempang ‘- ‘ (Arbak Othman, 1985).
Sementara penggandaan separa pada kata dasar yang berimbuhan adalah
merupakan penggandaan yang dilakukan dengan hanya mengulangi kata dasar dan tidak
melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan boleh
terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar. Di samping
itu, wujud juga penggandaan Separa Berimbuhan dengan Awalan. Pengandaan jenis ini
merujuk kepada penggandaan dengan awalan kata ganda yang mempunyai imbuhan di
hadapan kata dasarnya.
Asmah Hj. Omar (2009) menyatakan penggandaan berima berlaku untuk kata nama,
kata kerja, kata sifat (adjektif) dan adverb. Beberapa contoh kata adjektif yang mengalami
penggandaan berima iaitu lekak-lekuk, remuk-redam, bengkang-bengkok, hiruk-pikuk,
terang-benderang, licin-lican, herot-perot, hingar-bingar, hina-dina, huru-hara dan senang-
lenang (Abdullah, 2008). Sementara Nik Safiah Karim (2010) pula memberikan
contoh seperti kacau-bilau, gilang-gemilang, kontang-kanting, titik-bengik, porak-peranda,
gelap-gelita, kucar-kacir, kusut-masai dan simpang-siur kata adjektif yang mengalami
pergandaan berima.
Page 7
7/18/2019 Asignment BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu
http://slidepdf.com/reader/full/asignment-bml-3053-morfologi-bahasa-melayu 7/18
7
3.4 Kata adjektif majmuk.
Menurut Nik Safiah Karim (2010), kata adjektif majmuk ialah perkataan yang
terbentuk dengan proses mencantumkan dua perkataan atau lebih untuk membentuk
perkataan baharu yang mempunyai maksud tersendiri. Biru muda, muda remaja, dan kuninglangsat dan hijau tua merupakan contoh kata adjektif majmuk.
Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yangberikut:
i. Baju kurung songket merah jambu kesayangan kakak dicuri orang.
ii. Ular yang dilihatnya kelmarin berwarna hijau daun.
iii. Dinding bahagian dalam rumahnya dicat dengan warna biru muda.
Terdapat sejumlah kata adjektif majmuk yang membawa maksud kiasan, iaitu terdiri
daripada simpulan bahasa. Contohnya adalah seperti berikut:
i. panjang tangan
ii. besar kepala
iii. ringan tulang
Contoh penggunaannya dalam ayat pula adalah seperti yang berikut:
i. Akibat sikapnya yang panjang tangan, dia tidak mempunyai ramai kawan.
ii. Abu menjadi besar kepala setelah berjaya dalam bidang perniagaan.
iii. Ali disukai ramai kerana ia ringan tulang.
Terdapat juga rangkaian kata adjektif yang sekali imbas seolah-olah kata adjektif
majmuk. Sebenarnya binaan ini terdiri daripada bentuk frasa dan boleh menerima
penyisipan di antaranya. Gabungan antara kata adjektif dengan kata adjektif atau kata
adjektif dengan kata nama membentuk konstituen-konstituen baharu dengan makna
baharu. Contohnya:
i. riang gembira - riang dan gembira
ii. tua muda - tua dan muda
iii. miskin kaya - miskin dan kaya
Page 8
7/18/2019 Asignment BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu
http://slidepdf.com/reader/full/asignment-bml-3053-morfologi-bahasa-melayu 8/18
8
4.0 JENIS KATA ADJEKTIF.
Kata adjektif yang dikenal sebagai kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti
dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif
atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yanglain seperti kata bantu atau kata penguat. Bagi kata adjektif sifatan atau keadaan dan Kata
adjektif warna frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau
beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata
inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut.
Frasa adjektif yang dibincangkan ialah kata adjektif sifatan yang berfungsi sebagai
predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai
unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang, kata
adjektif hadir sesudah kata nama. Bagi kata adjektif ukuran, bentuk, waktu, jarak, cara,
perasaan dan pancaindera, frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu
atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya.
Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang
dibincangkan ialah kata adjektif sifatan yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai
unsur keterangan dan unsure penerang dalam predikat (Nik Safiah Karim et.al 2010).
Berdasarkan kriteria makna, kata adjektif dapat dikategorikan kepada sembilan jenisseperti yang berikut:
1. kata adjektif sifatan atau keadaan.
2. kata adjektif warna.
3. kata adjektif ukuran.
4. kata adjektif bentuk.
5. kata adjektif waktu.
6. kata adjektif jarak.
7. kata adjektif cara.
8. kata adjektif perasaan.
9. kata adjektif pancaindera.
Page 9
7/18/2019 Asignment BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu
http://slidepdf.com/reader/full/asignment-bml-3053-morfologi-bahasa-melayu 9/18
9
4.1 Kata adjektif sifatan atau keadaan.
Contoh perkataan Lemah, jahat, kasar, baik.
Contoh Ayat Abu lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Perkataan ‘lemah’ dalam ayat di atas menunjukkan kata adjektif sifatan di mana perkataan
tersebut menunjukkan sesuatu sifat yang ada dalam diri seseorang individu.
4.2 Kata adjektif warna.
Contoh perkataan Kelabu, merah, putih, ungu.
Contoh Ayat Pokok itu mengeluarkan buah yang yang berwarna merah.
Ayat di atas menunjukkan kata adjektif warna di mana Perkataan ‘merah’ menunjukkan
sesuatu sifat warna dalam kata adjektif.
4.3 Kata adjektif ukuran.
Contoh perkataan Pendek, rendah, panjang, tebal, lebar.
Contoh Ayat Jambatan itu dibina merentasi sebuah sungai yang lebar.
Ayat di atas menerangkan kata adjektif ukuran. Perkataan ‘lebar’ menunjukkan ayat ini
berbentuk kata adjektif ukuran.
4.4 Kata adjektif bentuk.
Contoh perkataan Bulat, bengkok, bujur, lurus.
Contoh Ayat Meja bulat itu baru dibeli oleh ayah saya pagi tadi.
Ayat di atas menunjukkan kata adjektif bentuk. Perkataan ‘bulat’ menunjukkan ayat ini ialah
kata adjektif bentuk.
Page 10
7/18/2019 Asignment BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu
http://slidepdf.com/reader/full/asignment-bml-3053-morfologi-bahasa-melayu 10/18
10
4.5 Kata adjektif waktu.
Contoh perkataan Sekejap, lampau, lewat, lama.
Contoh Ayat Sekejap lagi kakak akan menyusul ke sini.
Ayat ini menunjukkan kata adjektif waktu. Perkataan dalam ‘sekejap’ menunjukkan waktu
yang diterangkan.
4.6 Kata adjektif jarak.
Contoh perkataan Jauh, hampir, dekat, nyaris.
Contoh AyatKereta yang kemalangan itu hampir melanggar stesen minyak
yang berdekatan.
Ayat ini menunjukkan kata adjektif jarak. Perkataan ‘hampir’ menunjukkan jarak yang
diterangkan di antara kereta yang kemalangan dengan stesen minyak.
4.7 Kata adjektif cara.
Contoh perkataan Lincah, cepat, deras, gopoh.
Contoh Ayat Pemain bola sepak kebangsaan yang lincah itu berasal dari Sabah.
Ayat ini menunjukkan kata adjektif cara. Perkataan ‘lincah’ menunjukkan cara yang
diterangkan mengenai pemain bola sepak tersebut.
4.8 Kata adjektif perasaan.
Contoh perkataan Gembira, rindu, benci, ragu, berahi.
Contoh Ayat Adik sangat gembira melihat ayah pulang dengan membawa
hadiah.
Ayat ini menunjukkan kata adjektif perasaan. Perkataan ‘gembira’ menunjuk kan perasaan
adik apabila melihat hadiah yang dibawa oleh ayahnya.
Page 11
7/18/2019 Asignment BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu
http://slidepdf.com/reader/full/asignment-bml-3053-morfologi-bahasa-melayu 11/18
11
4.9 Kata adjektif pancaindera.
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep
rasa, pandang, dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang
kata nama.
4.9.1 Indera rasa.
Contoh perkataan Pedas, sedap, pahit, manis, masin.
Contoh Ayat Adik tidak suka minum ubat kerana rasanya yang pahit.
4.9.2 Indera Pandang.
Contoh perkataan Hodoh, cantik, buruk, molek, tampan.
Contoh Ayat Rumah yang baru dibina itu sungguh cantik .
4.9.3 Indera dengar.
Contoh perkataan Bising, mersik, merdu, serak
Contoh AyatPemenang pertandingan nyanyian itu sememangnya mempunyai
suara yang merdu.
4.9.4 Indera bau.
Contoh perkataan Harum, busuk, wangi, semerbak.
Contoh Ayat Bangkai anjing yang mati di tengah jalan itu sungguh busuk .
4.9.5 Indera sentuh.
Contoh perkataan Halus, kesat, licin, lembap
Contoh Ayat Jalan tanah merah itu sangat licin apabila hari hujan.
Page 12
7/18/2019 Asignment BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu
http://slidepdf.com/reader/full/asignment-bml-3053-morfologi-bahasa-melayu 12/18
12
4.9.6 Gabungan indera.
Contoh perkataan - Bersih (sentuh + pandang + bau)
- Tenteram (dengar + pandang)
- Selesa (sentuh + pandang).
Contoh Ayat - Halaman rumah jiran saya sungguh bersih.
- Keadaan di kampung ibu yang jauh dari kota sungguh tenteram.
- Walaupun kecil, kami selesa tinggal di rumah sewa baru ini.
Page 13
7/18/2019 Asignment BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu
http://slidepdf.com/reader/full/asignment-bml-3053-morfologi-bahasa-melayu 13/18
13
5.0 KATA ADJEKTIF PERBANDINGAN.
Menurut Nik Safiah Karim (2010), kata adjektif ialah perkataan yang menjadi
penerang kata nama. Misalnya, besar dalam frasa rumah besar dan rajin dalam frasa
pelajar rajin. Ini menunjukkan kata adjektif hadir selepas kata nama. Sebagai bandingan
dalam bahasa Inggeris kata adjektif hadir sebelum kata nama, misalnya beautiful
house . Susunan kata diikuti kata adjektif seperti ini disebut susunan mengikut hukum D-M,
iaitu unsur yang diterangkan (D) mendahului unsur yang menerangkan (M). Hukum ini
merupakan satu peraturan penting dalam sistem bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu,
kata adjektif bole juga digunakan untuk menyatakan darjah perbandingan. Dalam bahasa
Melayu terdapat tiga darjah perbandingan pada kata adjektif iaitu darjah biasa, darjah
bandingan dan darjah penghabisan.
5.1 Darjah Biasa.
Kata adjektif perbandingan yang digunakan pada darjah biasa merupakan kata
adjektif yang biasa digunakan, iaitu tanpa sebarang penambahan bentuk. Contohnya, kata-
kata adjektif seperti bijak dan pantas dalam ayat yang berikut:
i. Anak Encik Busu sangat bijak .
ii. Pelari itu berlari dengan pantas sekali menuju ke garisan penamat.
iii. Penyanyi itu menyanyi dengan merdu sekali ketika pertandingan akhir.
iv. Kedai itu sangat pandai dalam menyediakan makanan yang lazat.
Kata adjektif darjah biasa boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti
sangat dan sekali. Bentuk kata ajektif biasa ialah kata tunggal iaitu yang tidak menerima
apa-apa imbuhan atau proses pembentukan kata lain seperti penggandaan atau
pemajmukan.
Page 14
7/18/2019 Asignment BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu
http://slidepdf.com/reader/full/asignment-bml-3053-morfologi-bahasa-melayu 14/18
14
5.2 Darjah bandingan.
Menurut Nik Safiah Karim (2010) lagi, terdapat dua cara dalam menunjukkan darjah
bandingan dalam bahasa Melayu. Dua cara yang dimaksudkan itu ialah darjah bandingan
yang sama dan yang kedua ialah darjah bandingan yang berbeza.
5.2.1 Darjah Bandingan Yang Sama.
Iaitu dengan menggunakan awalan ‘se- ‘ diikuti dangan kata adjektif (se + kata
adjektif). Contohnya ialah sebesar, secantik, sepandai dan sebagainya. Demikian juga
dengan kata adjektif darjah bandingan sepandai (sama pandai), segagah (sama gagah) dan
sehebat (sama hebat). Berikut merupakan beberapa contoh penggunaan kata adjektif
darjah bandingan dalam ayat:
i. Kakak saya secantik pemenang pertandingan ratu cantik itu.
ii. Rumah saya tidak sebesar rumah yang baru dibina itu.
iii. Abang saya segagah ayah.
iv. Dua tahun yang lalu, saya tidak setinggi kakak.
5.2.2 Darjah bandingan yang berbeza.
Darjah bandingan berbeza ialah kata adjektif yang menggunakan kata penguat ‘lebih’
atau ‘kurang’, yang berfungsi sebagai bandingan di antara satu dengan yang lain.
Perkataan lebih digunakan jika sifatnya lebih dan perkataan kurang digunakan jika sifatnya
kurang digunakan dengan kata adjektif. Contoh ialah lebih besar (lebih + besar )
dan kurang cantik (kurang + cantik) dalam ayat-ayat di bawah.
i. Rumahnya lebih besar daripada rumah Sunny.
ii. Lukisan itu kurang cantik daripada lukisan Farah.
iii. Guli Ah Meeng lebih banyak daripada guli Muthu.
Page 15
7/18/2019 Asignment BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu
http://slidepdf.com/reader/full/asignment-bml-3053-morfologi-bahasa-melayu 15/18
15
5.3 Darjah Penghabisan.
Menurut Nik Safiah Karim (2010 ), terdapat lima cara menggunakan kata adjektif
untuk menunjukan darjah penghabisan. Cara yang pertama ialah dengan menggunakan
gandingan awalan se- dengan kata adjektif yang mengalami pengandaan, misalnya
sepandai-pandai dan sebaik-baik. Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:
i. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
ii. Tiada lain ciptaan Tuhan yang sebaik-baik manusia.
Cara yang kedua ialah dengan menggunakan awalan ter- dengan sebarang kata
adjektif, misalnya terpandai, terbaik dan terkurus, terjauh dan sebagainya. Contoh ayatadalah seperti berikut:
i. Rejaman lembing Ali adalah yang terjauh.
ii. Hassan pelajar terbaik dalam kelas itu.
Cara ketiga ialah dengan penanda darjah penghabisan ‘paling’ yang sama makna
dengan awalan ter-, misalnya paling pandai, paling baik, paling kurus, paling cantik dan
sebagainya. Kata adjektif yang menerima penanda darjah penghabisan ter- dan paling boleh
menerima kata penguat belakang ‘sekali’. Misalnya terbesar sekali dan paling besar sekali.
Perlu diingat bahawa ter- dan ‘paling’ ialah penanda penghabisan yang hadir di hadapan
kata adjektif, manakala ‘sekali’ ialah kata penguat belakang. Contoh penggunaan kata dalam
ayat adalah seperti berikut:
i. Adik saya merupakan pelajar yang paling pandai dalam kumpulan itu.
ii. Ali merupakan pelajar lelaki yang paling tinggi di sekolah itu.
Cara yang keempat bagi menandakan darjah penghabisan ialah dengan
menggunakan awalan ter- diikuti oleh kata penguat bebas ‘amat’ dan ‘sangat’, misalnya
teramat (pandai) dan tersangat (baik). Contoh penggunaan kata adjektif darjah
penghabisan ini adalah seperti berikut:
i. Yang Teramat Mulia Raja Besar turut berangkat.
Page 16
7/18/2019 Asignment BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu
http://slidepdf.com/reader/full/asignment-bml-3053-morfologi-bahasa-melayu 16/18
16
Cara yang terakhir bagi menunjukkan perbandingan darjah penghabisan ialah bagi
kata adjektif didahului kata penguat bebas ‘amat’, ‘sungguh’ dan ‘sangat’ dan diikuti oleh
kata penguat belakang ‘sekali’, misalnya amat pandai sekali, sungguh kurus sekali, sangat
baik sekali. Sekali diingatkan bahawa yang terlibat dalam binaan ini ialah kata penguat
bebas (amat, sangat dan sungguh) di hadapan kata adjektif dan kata penguat belakang
‘sekali’. Deretan dua jenis kata penguat ini menimbulkan maksud darjah penghabisan.
Contoh penggunaan kata adjektif bandingan darjah penghabisan adalah seperti berikut:
i. Adik itu sangat baik sekali sehingga sanggup memberikan makanannya kepada
rakannya yang sadang lapar.
ii. Bayi yang baru dilahirkan itu sangat berat sekali.
Page 17
7/18/2019 Asignment BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu
http://slidepdf.com/reader/full/asignment-bml-3053-morfologi-bahasa-melayu 17/18
17
5.0 KESIMPULAN.
Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada
sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi
Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina
dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi
bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana
usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain
Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Malaysia, kerajaan telah melaksanakan
pelbagai dasar bagi memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Dalam bidang kajian kata, banyak pembaharuan telah dilakukan bagi memastikan
bahasa Melayu mampu mengalas tugas sebagai bahasa kebangsaan. Misalnya dalam kata
adjektif, pada amnya bentuk kata adjektif darjah penghabisan ini mengelirukan oleh sebab
jumlahnya yang banyak, iaitu lima kesemuanya. Yang turut mengelirukan ialah kehadiran
dua jenis penanda, iaitu pertama, penanda darjah penghabisan yang jati seperti bentuk se-
+ pengandaan, awalan ter- dan perkataan ‘paling’ dan kedua-dua kata penguat yang
membawa maksud darjah penghabisan, iaitu ‘sekali’ yang hadir selepas kata adjektif dan
‘amat’, ‘sangat’ dan ‘sungguh’ yang walaupun bersifat bebas, dalam kes ini hadir sebelum
kata adjektif dan boleh menerima awalan ter- dan kata penguat sekali.
Page 18
7/18/2019 Asignment BML 3053 Morfologi Bahasa Melayu
http://slidepdf.com/reader/full/asignment-bml-3053-morfologi-bahasa-melayu 18/18
18
RUJUKAN.
Abdullah Hassan. 2008. Morfologi . Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Ahmad Khair Mohd. Nor. 2012. Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu Edisi Baharu .Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Asmah Hj. Omar. 2009. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Nik Safiah Karim et. Al,. 2010. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga . Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.