INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA LIPIS, PAHANG PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) SEMESTER 3 NAMA PELAJAR : MUHAMAD ASHRAF BIN MUSTAPHA NO K.P. : 920203 03 -5687 – UNIT : PISMP PAI SJKC TARIKH PBS : 17 MAC 21 MAC 2013 – NAMA PENSYARAH : USTAZ KHAIRULAZAM BIN
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
INSTITUT
PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS, PAHANG
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
(SEKOLAH RENDAH)
PORTFOLIO
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
SEMESTER 3
NAMA PELAJAR : MUHAMAD ASHRAF BIN MUSTAPHA
NO K.P. : 920203 – 03 -5687
UNIT : PISMP PAI SJKC
TARIKH PBS : 17 MAC – 21 MAC 2013
NAMA PENSYARAH : USTAZ KHAIRULAZAM BIN
SENARAI KANDUNGAN
SENARAI KANDUNGAN
1.0BIODATA
2.0PENYATAAN PROFESIONAL
2.1 Penyataan Sebelum PBS
2.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang difokus
2.3 Penilaian dan Laporan
3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA
3.1 Pemerhatian
3.2 Senarai semak
3.3 Temu bual
3.4 Soal Selidik
4.0 KOLABORASI
5.0 ILMU/PENGETAHUAN BARU MELALUI
5.1 Pemerhatian
5.2 Senarai Semak
5.3 Temu bual
5.4 Soal selidik
6.0 REFLEKSI
6.1 Aktiviti
6.2 Perbincangan/Interaksi
7.0LAPORAN AKHIR
1.0. BIODATA
1) NAMA : MUHAMAD ASHRAF BIN MUSTAPHA
2) NO KAD PENGENALAN : 920203 - 03 - 5687
3) NO ANGKA GILIRAN :
4) MAJOR : PENDIDIKAN ISLAM (SJKC)
5) UNIT : PISMP PAI/AQ/BA
6) AMBILAN : JANUARI 2012
7) TARIKH PBS : 17 – 21 MAC 2013
8) ALAMAT SEKOLAH :SEKOLAH KEBANGSAAN PINANG TUNGGAL,
KEDAH DARUL AMAN
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Pendahuluan
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), merupakan satu program dan
modul yang telah disusun serta dijadikan sebagai salah satu daripada sukatan
pelajaran yang perlu dilaksanakan oleh semua guru pelatih yang membuat ijazah
perguruan di institut pendiidikan guru. Mereka yang terlibat dalam aktiviti ini ialah guru
pelatih daripada Program Ijazah Sarjana Muda Semester 1 sehinggalah semester 4 dan
ia menjadi suatu yang wajib kepada semua guru pelatih tersebut.
Pengalaman Berasaskan Sekolah ini perlu dijalanakan selama lima hari.
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program dimana guru pelatih
dikehendaki melakukan pemerhatian, kajian, analisis dan melaksanakan tugasan yang
diberi oleh pihak institut. PBS ini boleh dilaksanakan dimana – mana sekolah yang
dipilih oleh guru pelatih dan PBS ini boleh dijalankan sama ada secara persendirian
atau secara berkumpulan. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk
membiasakan guru pelatih dengan alam persekolahan kerana mereka merupakan
bakal guru yang akan menceburi profesion keguruan setelah tamat pembelajaran kelak.
Saya, Muhamad Ashraf Bin Mustapha, guru pelatih Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, daripada Unit PISMP PENGAJIAN
AGAMA ISLAM semester 2 Ambilan Januari 2012 telah menjalani PBS pada tanggal
26 ogos sehingga 30 ogos 2012. Sekolah yang dipilih oleh saya sebagai lokasi
menjalani PBS ialah Sekolah Kebangsaan kemumin, Kota Bharu Kelantan. Saya telah
menjalani PBS ini bersama rakan sebilik saya dan kawan-kawan yang lain.
2.0. PENYATAAN
PROFESIONAL /
KONTRAK TUGAS
2.1 ) PENYATAAN PBS
Fokus Tugasan
Bagi mengendalikan sesuatu kajian yang diberikan, terdapat beberapa perkara
yang harus diutamakan diantaranya kita perlu menetapkan terlebih dahulu fokus kajian
yang ingin kita lakukan supaya kita dapat mengetahui arah tuju kajian dan menjadikan
proses perjalanan kajian berjalan dengan teratur dan lancar.
Fokus kajian saya yang paling utama, ialah kaedah yang digunakan semasa
pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan fokus ini dapat dipenuhi, saya akan
memastikan aktiviti sekolah yang dijalankan perlulah merangkumi aktiviti kurikulum dan
kokurikulum selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
melahirkan insan yang seimbang dalam pelbagai segi sama ada sari segi jasmani,
emosi, intelek, rohani dan sosial.
Di samping itu juga, saya juga turut ditugaskan dengan beberapa tugasan
sampingan khusus bagi subjek Bahasa Arab (BAM 3102) .
Semua fokus yang dirancang ini haruslah dilaksanakan bagi memudahkan
segala urusan saya sewaktu berada di sekolah. Dengan adanya fokus ini, objektif dan
matlamat saya akan tercapai.
Strategi
Bagi melancarkan pelaksanaan kajian, saya telah merancang beberapa strategi
perlaksanaan supaya kajian yang akan dilakukan nanti dapat berjalan dengan teratur
dan lancar, agar tiada maklumat penting tertinggal. Hal ini demikian, tugasan yang
diterima melibatkan banyak perkara, dan saya telah membahagikan pelaksanaan
tugasan itu secara seimbang. Sebagai contoh, bagi mencari maklumat berkaitan
dengan aplikasi pengajaran dan pembelajaran akidah, saya telah melihat sendiri
bagaimana pengajaran dijalankan. Oleh hal demikian, saya perlu merancang masa
yang sesuai bagi melaksanakan sesi tersebut, kerana pada masa tersebut guru dan
murid disekolah tersebut sedang sibuk dengan Sambutan Merdeka dan Hari Persaraan
pekerja Am.
Saya juga telah melakar satu jadual kerja sebagai rujukan dan aturcara untuk
saya menjalankan tugasan atau kerja di sekolah nanti. Jadual kerja ini merangkumi
perkara-perkara yang akan saya lakukan mengikut masa atau hari yang telah saya
tetapkan. Jadual ini diharapkan dapat mengelakkan daripada timbulnya pergeseran
dalam melaksanakan tugasan, dan supaya tidak melakukan kajian yang sama secara
berulang-ulang. Jadual kerja ini juga berperanan sebagai suatu cara untuk memastikan
pelaksanaan kajian saya berjalan dengan lebih terancang, tepat dan sistematik.
SEBELUM PBS
Tiga minggu sebelum tarikh Pengalaman Berasaskan Sekolah tiba, semua guru
pelatih daripada semua unit Ambilan Januari 2012 perlu menghantar nama sekolah
yang ingin dijadikan tempat untuk melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS). Hal ini demikian, pihak pengurusan telah memberi kebebasan kepada kami
untuk memilih sekolah pilihan kami sendiri agar kami dapat menjalankan PBS kami
dalam keadaan yang selesa.
Oleh hal demikian, saya telah Sekolah Kebangsaan Kemumin sebagai sekolah
pilihan saya. Bagi memastikan pelaksanaan PBS saya berjalan dengan lancar, saya
telah mencari sedikit maklumat umum berkaitan dengan sekolah tersebut. Antaranya,
berkaitan dengan keadaan semasa sekolah tersebut.
Di samping itu, sebelum menjalani PBS sayas, saya juga merancang apa yang
akan dibuat ketika berada di sekolah nanti untuk memudahkan lagi kerja saya supaya
tidak tertinggal perkara-perkara yang diperlukan.
SEMASA PBS
Di Negeri Kedah, sesi persekolahan bermula pada hari Ahad dan berakhir pada hari
Khamis. Oleh hal demikian, Saya akan memulakan PBS saya pada tarikh 17 MAC
hingga 21 MAC 2013. Justeru itu, saya telah menjalani PBS selama 5 hari, iaitu
bermula dari 17 MAC hingga 21 MAC 2013.
17 Mac 2013, Ahad
Pada 17 Mac 2013 iaitu hari Ahad saya telah menjalani pengalaman berasaskan
sekolah di Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal. Ini adalah sekolah yang pertama saya
menjalani PBS di luar negeri.. Perasaan Cemas, gembira, takut dan teruja merupakan
perasaan yang bercampur aduk di dalam diri saya yang membentuk satu perasaan
yang sukar untuk diluahkan. Namun, saya cuba menggagahkan diri untuk menghadapi
semuanya dengan sabar dan tabah.
Tepat pada jam 7.20 minit pagi, saya sampai di perkarangan sekolah. Setelah
sampai di perkarangan sekolah, terlebih dahulu saya mengikuti perhimpunan harian
sekolah, kerana semua guru dan pelajar akan berkumpul di tempat perhimpunan
tersebut. Saya mendengar beberapa taklimat dan beberapa penyampaian hadiah yang
diberikan kepada pelajar. Saya juga diminta memberi ucapan perkenalan diri kepada
semua murid ketika berada di perhimpunan. Setelah pehimpunan harian tamat, saya
terus bergerak ke pejabat dan telah berjumpa dengan Penolong Kanan 1 sekolah
tersebut iaitu Encik Sapia untuk melaporkan diri dan mendaftar masuk. Semasa saya di
dalam pejabat itu, saya telah dilayan dengan penuh ramah dan mesra oleh seorang
pembantu tadbir sekolah, iaitu Encik Saidi bin Jusoh.
Selain itu, tugasan kali ini adalah minor jadi saya telah diberikan seorang cikgu
bernama Ustaz Nizam seorang guru bahasa Arab.. Semasa sesi temu bual itu, saya
difahamkan perancangannya berjalan dengan baik dengan mengikut prosedur yang
telah disediakan. Perbezaan penilain murid dengan murid ialah baik,sederhana dan
lemah.
Antara aktiviti lain yang saya laksanakan pada hari pertama, ialah saya membuat
pemerhatian dengan meronda-ronda kawasan sekolah dan mengisi borang PBS yang
memerlukan kami untuk mencatat beberapa perkara, seperti infrastruktur dan
kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut. Selain itu, juga cuba untuk berkenalan
dengan beberapa orang guru di sekolah tersebut. Saya juga telah melakukan temu bual
dengan beberapa orang guru, bagi mendapatkan beberapa maklumat sekolah yang
berkaitan.
18 Mac 2013, Isnin
Pada hari kedua PBS, setelah sampai di sekolah, saya mendaftarkan diri di
pejabat sebagai bukti kehadiran saya ke sekolah. Selepas itu, saya mengikuti satu
perhimpunan pagi yang dijalankan di dataran sekolah yang menerangkan tentang
peristiwa yang berlaku semalam. Ada beberapa orang guru berucap dan menegur
murid dan memberi nasihat kepada murid untuk tidak buat seperti hari kelmarin.
Di samping itu, setelah selesai perhimpunan pagi, saya pergi ke bilik guru untuk
berjumpa seorang guru yang bernama ustaz Nidzom seorang guru bahasa Arab untuk
menjalankan tugasan yang diberikan kepada saya. Saya menerangkan kepada guru itu
tentang tugasan yang diberikan untuk melihat guru itu mengajar bahasa Arab.
Selepas itu, kami diberikan oleh seorang guru untuk menjaga kelas di kelas 6
gigih. Kami beramah mesra dengan murid dan ada juga yang datang untuk bertanyakan
soalan tentang sunjek yang mereka tidak faham.
19 Mac 2013, Selasa
Pada hari ketiga PBS, kami sampai lebih awal daripada biasa kerana ingin
mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang suasana di alam persekolahan
sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Seperti biasa setiap pagi
akan diadakan satu perhimpunan pagi dan akan di akhiri dengan pembacaan doa.
Sepanjang perhimpunan tersebut, guru yang bertugas akan memberi sedikit
nasihat kepada murid – murid agar belajar dengan rajin dan tidak melakukan perkara
yang tidak elok. Sebaik sahaja perhimpunan pagi selesai, murid-murid diarahkan untuk
bergerak masuk ke kelas masing-masing dengan teratur melalui barisan.
Pada hari ini, saya hanya masuk satu kelas sahaja di tahun 2 Maju. Ketika itu
cikgu mengajar subjek Bahasa Arab. Saya telah mengambil beberapa catatan tentang
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru berkenaan.
20 Mac 2013, Rabu
Seperti hari-hari yang sebelumnya, sebaik sahaja kami sampai di sekolah, kami
akan ke perhimpunan pagi untuk mendengar satu taklimat daripada beberapa orang
guru yang bertugas untuk memberi beberapa taklimat kepada murid. Setelah itu kami
terus mendaftarkan kehadiran kami di pejabat sekolah.
Kami juga ada berbual dengan beberapa orang guru. Seperti guru Rashidi guru
Noorhayati, encik Safian dan sebagainya
Pada hari ini, saya telah merancang akan masuk beberapa buah kelas untuk
menyiapkan sedikit tugasan yang diberikan. Pada hari itu, saya telah masuk kelas 6
gigih, 2 gigih, 1 usaha dan 3 gigih. Saya telah mengambil beberapa kaedah pengajaran
yang digunakan oleh guru.
Sebelum pulang saya telah berjumpa dengan guru besar untuk memaklumkan
kepada beliau yang saya akan datang lewat pada esok hari.
21 Mac 2013, Khamis
Hari ini adalah hari terakhir saya berada di sekolah. Saya datang ke sekolah tepat jam
7.25. Dan pada hari ini juga saya mengenalpasti apa yang belum lengkap. Sebelum
pulang saya bersalaman dengan beberapa orang guru dan mengucapkan terima kasih
kepada mereka semua terutamanya kepada Ustaz Nidzom yang banyak membantu
dalam menyiapkan tugasan yang diberi.
SELEPAS PBS (REFLEKSI)
Selepas saya berjaya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah dengan jayanya,
saya mula melakukan kerja pada peringkat seterusnya, iaitu menaip tugasan tersebut
dalam ‘Microsoft Word’.
Saya berasa sungguh bersyukur kepada Allah, kerana telah memudahkan tugas-
tugas saya semasa saya melakukan PBS di sekolah tersebut walaupun guru dan murid
disekolah tersebut sedang sibuk dengan persediaan Sambutan Hari Kemerdekaan dan
Hari Persaraan
Berdasarkan kajian yang saya lakukan, fokus tugasan yang saya tetapkan
berjaya dicapai seperti merekodkan dapatan mengenai program dan aktiviti serta
prasarana yang dibina dalam membantu perkembangan kanak – kanak di sekolah serta
tugasan-tugasan sampingan bagi subjek FPM dan PKK. Daripada pemerhatian saya,
Sekolah Kebangsaan Balai Besar adalah sebuah sekolah yang lengkap kerana memiliki
segala keperluan asas yang harus ada di sesuatu sekolah seperti makmal sains, kantin,
dewan, mural dan juga memiliki persekitaran yang menarik. Dari aspek penglibatan
pihak sekolah dalam kajian saya ini harus diberi setinggi-tinggi pujian kerana mereka
sama ada pihak pengurusan, guru-guru dan kakitangan bahkan murid-murid turut
memberi kerjasama yang positif dan yang tidak saya sangka-sangkakan. Segala urusan
dan tugasan saya berjalan dengan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah. Aktiviti
temu bual, dan pemerhatian saya untuk mendapatkan data bagi perkembangan fizikal
dan kognitif serta urusan lain dapat saya laksanakan dengan baik kerana pihak sekolah
telah memberi bantuan yang sepenuhnya kepada saya serta saya tidak berasa seperti
disisihkan sepanjang saya menjalani PBS disekolah tersebut, bahkan kedatangan saya
sangat dialu-alukan oleh pihak sekolah.
Kesimpulannya, kajian saya pada kali ini berjalan dengan sempurna dan baik
walaupun ini adalah kali kedua saya melaksanakan PBS di sekolah. Namun begitu,
masih terdapat beberapa kelemahan yang harus saya baiki seperti melakukan
persedian yang lebih rapi dan perlu meningkatkan kemahiran sosial saya. Oleh itu, saya
berharap agar dapat melakukan yang lebih terbaik pada masa-masa akan datang.
2.2) LAPORAN PERLAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS.
Sepanjang seminggu saya berada di Sekolah Kebangsaan Kemumin, pelbagai
aktiviti telah saya lakukan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Antara
tugasan yang saya lakukan sepanjang berada di sana ialah mengumpul data berkaitan
dengan kemudahan prasarana, temu bual dengan pihak pengurusan, melakukan soal
selidik terhadap pelajar dan menilai tahap perkembangan murid-murid di sekolah
tersebut.
Pada 05 Mac 2012 iaitu hari pertama ke sekolah, perkara pertama yang saya
lakukan ialah dengan meninjau kawasan sekitar sekolah. Ini secara tidak langsung
dapat memberikan gambaran awal kepada saya tentang situasi sekolah yang sebenar.
Pada 06 dan 07 Mac 2010, sasya telah mengumpul data kajian dengan cara
memerhatikan persekitaran sekolah, kemudahan prasarana dan temu bual bersama
pihak pengurusan sekolah. Temu bual bersama pihak pengurusan ini, tidak dapat saya
lakukan pada hari yang sama, kerana mereka mempunyai tugas yang perlu disiapkan.
Oleh hal demikian, masa untuk melakukan temu bual ini bergantung kepada masa
pihak yang ingin ditemu bual. Jika mereka mempunyai kekosongan masa, baru aktiviti
temu bual bersama mereka akan dapat dilakukan.
Dapatan data yang memerlukan kaedah pemerhatian seperti kemudahan, saya
telah merekodkannya ke dalam bentuk jadual senarai semak dan mengambil beberapa
keping gambar sebagai bahan bukti kajian saya. Sepanjang pemerhatian, saya dapati
kemudahan prasarana yang terdapat di sekolah ini sudah mencukupi dan bertepatan
dengan garis panduan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia seperti pembinaan
makmal komputer, makmal sains, bilik J-Qaf dan juga infrastruktur lain. Suasana dan
iklim di dalam bilik darjah dilihat sungguh kondusif, selesa dan terkawal serta proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar.
Pada hari Rabu 07 Mac 2012, saya telah melakukan soal selidik bersama murid-
murid dan menjalankan ”Piaget’s Conservation Task” ke atas murid-murid. Aspek
interaksi antara murid banyak diaplikasikan ketika ujian ini. Soal selidik ini berkaitan
dengan amalan murni yang mereka lakukan sepanjang berada di sekolah. Berdasarkan
hasil dapatan kajian saya, murid-murid di sini turut mengamalkan beberapa amalan
murni seperti bersalaman dengan guru sebelum pulang ke rumah, memberi salam
kepada guru apabila berjumpa dan mengucapkan salam dan selamat pagi kepada guru
sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). ”Piaget’s Conservation
Test” pula merupakan satu ujian yang dilaksanakan bagi melihat tahap dan peringkat
perkembangan kognitif murid.
08 Mac 2012, Khamis merupakan hari terakhir saya melaksanakan PBS. Pada
hari ini, saya telah melakukan semua aktiviti yang masih belum lengkap, mengemaskini
maklumat dan data serta melakukan interaksi untuk kali terakhir. Saya juga
menyerahkan beberapa dokumen bagi mendapatkan pengesahan pihak sekolah dan
borang penilaian ke atas kami turut diserahkan kepada pihak sekolah untuk dinilai oleh
pihak sekolah sepanjang seminggu saya berada di sana.
2.3) PENILAIAN DAN LAPORAN
Program Pengalaman Berasaskan Sekolah merupakan salah satu aktiviti yang
bagus dan bermakna terutama kepada para bakal pendidik. Berdasarkan semua aktiviti
yang telah dijalankan sepanjang seminggu, saya telah mendapat banyak manfaat dari
segi pengetahuan mengenai cara pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Melalui pemerhatian dan aktiviti yang telah dijalankan oleh saya dalam tempoh
seminggu, saya telah dapat merasai dan menjangkakan apa yang akan bakal saya
harungi apabila saya berada di alam persekolahan kelak. Seseorang yang hanya
mempunyai kemahiran tetapi tiada kesabaran dan pengalaman tidak akan mampu
untuk menjadi seorang guru yang baik dan tidak akan mampu mengawal serta tidak
dapat berinteraksi dengan murid-murid dengan baik. Pendedahan ini merupakan
persiapan yang awal kepada saya sebagai bakal pendidik terhadap apa yang akan
saya hadapi apabila berada di alam persekolahan nanti. Selain itu, saya juga dapat
belajar bagaimana mengetahui cara-cara untuk menguruskan kelas semasa
menjalankan tugas sebagai seorang guru ketika melaksanakan aktiviti kumpulan.
Pembahagian kumpulan secara seimbang adalah sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran akan lebih baik daripada belajar
secara individu.
Disamping itu juga, penyediaan bahan mengajar seperti Alat Bantu Mengajar
juga sangat penting ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, kerana bahan
bantu ini banyak membantu murid dalam memahami dan menguasai apa yang diajar.
Perkara sampingan yang sering kali dilupakan oleh guru ialah keadaan persekitaran
sekolah dan kelas. Suasana sekolah dan kelas yang ceria dan kondusif serta lengkap
turut memberi kesan kepada murid-murid terutama kepada murid-murid sekolah
rendah, kerana murid mampu untuk belajar dengan tenang, gembira dan tanpa ada
sebarang tekanan.
Perkara utama yang harus diambil berat oleh para guru dan pihak sekolah ialah,
hubungan antara murid dan pendidik haruslah dijaga. Kemahiran interaksi antara satu
sama lain adalah penting dan harus dikuasai oleh para pendidik. Interaksi antara guru
dengan murid dan interaksi murid dengan murid sendiri akan berlaku semasa
pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Semasa pemantauan saya sempat
berinteraksi dengan murid sekaligus menjadikan hubungan kami menjadi lebih rapat
walaupun hanya beberapa hari berada di sana. Guru mestilah mempunyai hubungan
yang baik dengan murid sendiri untuk mengenali tahap, tingkah laku dan masalah
murid-murid di kelas. Secara tidak langsung, kemahiran komunikasi murid-murid juga
dapat ditingkatkan dan mereka akan lebih berkeyakinan untuk menghadapi masyarakat
luar.
3.0. INSTRUMEN
PENGUMPULAN DATA
BERHUBUNG TUGASAN
3.1) PEMERHATIAN
Pelbagai kaedah dan cara boleh dilaksanakan dalam mendapatkan maklumat
sewaktu saya berada di sekolah. Namun, saya telah memilih beberapa cara dalam
mendapatkan data dan menyiapkan tugasan. Kaedah pemerhatian merupakan salah
satu cara pengumpulan data yang telah saya laksanakan sama ada untuk
memperhatikan bagaimana program dan aktiviti yang dijalankan serta prasarana yang
sedia ada dalam membantu perkembangan kanak – kanak disekolah tersebut. Dalam
memerhatikan kemudahan prasarana yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Balai
Besar, saya mendapati sekolah ini telah memenuhi syarat atau kriteria sebagai mana
ciri-ciri sekolah yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Kemudahan seperti dewan,
kantin, padang, makmal sains dan komputer dan sebagainya sudah terdapat di sekolah
ini. Namun, masih terdapat beberapa prasarana yang mengalami kerosakan. Justeru
itu, tindakan yang segera perlu diambil bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara
yang tidak diingini terhadap pelajar sekolah tersebut.
Antara prasarana yang terdapat di sekolah SK Balai Besar yang membantu
perkembangan kanak – kanak, ialah :
I. UNTUK PERKEMBANGAN FIZIKAL MURID
a. Padang bola sepak
b. Gelanggang sepak takwra
c. Gelanggang bola tampar
d. Gelanggang futsal
e. Stor Sukan
II. UNTUK MEMBINA PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA MURID
a. Ruang panitia mata pelajaran
b. Bilik BBM
c. Pondok Bacaan
d. Pondok panitia
e. Perpustakaan
f. Bilik Aksess
g. Bilik Muzik
h. Bilik Pemulihan
i. Bilik Sains
III. UNTUK MEMBINA SOSIOEMOSI MURID
a. Bilik kaunseling
b. Taman Herba dan Taman Bunga
IV. UNTUK MEMBINA PERKEMBANGAN ROHANI DAN MORAL MURID
a. Surau
b. Bilik J – Qaf
c. Tandas
3.2) SENARAI SEMAK
Selain daripada kaedah pemerhatian, kami juga turut mengaplikasikan kaedah
senarai semak dalam mendapat dan mengumpulkan data-data yang perlu sepanjang
kajian. Sebelum saya melaksanakan ujian, kami telah menyediakan borang senarai
semak berkaitan dengan kemudahan prasarana yang perlu ada pada sesebuah sekolah
seperti kantin, bilik darjah, dewan, padang dan sebagainya. Sekiranya sekolah tersebut
memiliki prasarana yang berikut, saya akan menandakannya.
Selain daripada borang senarai semak untuk prasarana, saya juga menyediakan
borang senarai semak untuk mengenalpasti berkaitan persekitaran dan iklim bilk darjah.
Antara isi kandungan yang terdapat dalam borang tersebut ialah berkaitan dengan
paparan dalam kelas seperti jadual waktu, jadual tugas, bahan dan sumber pelajaran
serta kaedah ini turut dilaksanakan untuk mengenalpasti jenis bahan bantu mengajar
dan bahan bantu belajar yang digunakan oleh guru semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dilakukan di dalam kelas. Dapatan data berkaitan dengan paparan-
paparan yang terdapat pada dinding sekolah juga turut saya dapati melalui kaedah
senarai semak seperti kata-kata hikmah, mural sekolah, Rukun Negara dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Bukan sahaja dari aspek pengumpulan data, saya juga turut melakukan kaedah
senarai semak terhadap strategi-strategi perlaksanaan yang telah kami rancang. Ia juga
disediakan dalam bentuk borang senarai semak. Hal ini bagi mengelakkan masalah
tugasan yang tidak terlaksana akibat kelalaian dan kecuaian saya.
MAKLUMAT UMUM SEKOLAH
1. ARAHAN : Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut:
Bil. Perkara Catatan / Data
1. Nama dan Alamat Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN BALAI BESAR, 23