PENGENALAN
Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang
iaitu Bidang Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi
Seni Visual. Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat membantu murid
dalam menguasaipelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang akan
dikuasai murid melaluipendidikan seni visual ialah kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif,kemahiran berkomunikasi secara
berkesan, kemahiran membuat pilihan dan keputusan yang tepat,
kemahiran mencari, menginterpretasi danmengaplikasi maklumat,
kemahiran bekerjasama dan kemahiranpengurusan. Bagi membolehkan
murid menguasai kemahiran-kemahiran ini guru perlu mengintegrasikan
kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam
penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkan penerokaan,
pewujudan idea, perkembangan idea, pembelajaran secara terancang,
penggunaan teknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentu.Semua
kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan
selepas proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan budaya
penyelidikandi kalangan murid.
Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visualdan juga matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalam
pengurusan terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik studio
khusus yang memberi impak yang maksimum kepada murid. Ini kerana
kekuatan Pendidikan Seni Visual di sesebuah sekolah terletak kepada
guru dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio Pendidikan Seni Visual.
Pengajarandan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan dalam
bentuk teoridan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada
kebijaksanaan guruuntuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga
domain iaitu, pengetahuan,kemahiran dan nilai. Perkara yang
ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan
kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihatdan
diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya
intuisi. Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat
diselaraskan danpemupukan minat terhadap Pendidikan Seni Visual
dapat dikembangkan. Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual
memberi tumpuan kepada pengalaman seni dalam kehidupan harian dan
dalam budaya kebangsaan. Perbandingan dengan seni dan budaya luar
juga digalakkan bagimemperlihatkan keseimbangan pendedahan dalam
bidang seni visualtermasuk kraf kebangsaan demi mengenali seni
visual dalam evolusi budayakebangsaan.SUASANA DALAM BILIK SENIAspek
Fizikal
Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin
merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran dan pembelajaran.
Perancangan dan penyusunan suasana fizikal sesebuah bilik seni
melibatkan kegiatan mengorganisasi, merancang dan menggunakan
perkara yang berkaitan dengan tempat duduk pelajar, bahan bantu
mengajar, sudut aktiviti, pameran, papan tulis, perabot dan
lain-lain lagi. Suasana fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan
dan peralatan yang terdapat di sekolah. Dari aspek fizikal, guru
seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik seni adalah bersih,
susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan
dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja
pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya
dapat dilakukan dengan cara-cara berikut:1. Trapuitik - yakni
bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri keindahan,
mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni perlu
menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk. Ini secara
tidak langsung akan dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari
seni. Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur
kemas dengan carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar
yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.2. Perabot -
perabot perlu sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual. Antara ciri-cirinya ialah ada bahagian pengajaran dan
pembelajaran teori, bengkel kasar dan bengkel halus. Penggunaan
kerusi plastik hendaklah dielakkan. Sebaik-baiknya gunakanlah
bangku yang tidak bersandar. Penyusunan meja kerusi murid mengikut
kumpulan.3. Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran - terdapat bahan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai di letakkan ditempat-tempat
yang sesuai seperti carta, buku-buku dan lain-lain. 4. Alat
Pengajaran Dan Pembelajaran - Alat pengajaran dan pembelajaran
seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain perlu ada di
dalam bilik seni untuk proses pengajaran dan pembelajaran.5.
Peralatan Pendidikan Seni Visual - Alat-alat yang digunakan untuk
Penghasilan Produk perlu ada. Misalnya mesin-mesin yang digunakan
untuk membina tembikar, klin, gergaji elektrik dan sebagainya.6.
Singki Air - Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu
proses pengajaran dan pembelajaran7. Stor - Stor adalah tempat
terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan pengajaran dan
pembelajaran.8. Poster keselamatan Poster perlu ada agar guru dan
pelajar sentiasa berhati-hati semasa menggunakan peralatan dan
bahan pendidikan seni visual.
9. Papan Maklumat papan maklumat ini hendaklah berfungsi sebagai
memberikan maklumat semasa.10. Ruang Pejabat Guru - Sebaiknya di
bilik/studio pendidikan seni visual juga terdapatnya pejabat guru
kerana memudahkan segala pengurusan pendidikan seni visual sama ada
dari segi pengurusan fail dan pengurusan pengajaran dan
pembelajaran.Aspek SosialSuasana sosial merujuk kepada perhubungan
dan corak interaksi di antara murid dengan murid khasnya di dalam
bilik seni. Mok Soon Sang (2008), mengatakan bahawa guru perlu
bijak dalam merangsang dan mengalakkan perkembangan sosial
murid-muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa
melaksanakan peraturan kelas. Suasana sosial dalam bilik seni
penting untuk mewujudkan iklim pemebelajaran yang berkesan. Tanpa
interaksi dan komunikasi, suasana sosial di dalam bilik seni akan
menjadi muram dan pelajar akan cepat berasa bosan.Murid yang dapat
berinteraksi dalam pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang
dipelajari. Mereka akan melalui sosiometri dalam penguasaan
berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan di sinilah proses
pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini akan
dapat:(i) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru.
(ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat,
bakat, kreativiti dan inovatif
(iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid. Aspek
EmosiSuasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap
guru mereka. Suasana emosi menimbulkan pelbagai tingkah laku murid
yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya guru mengajar. Mengikut
kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif ditimbulkan oleh
guru yang mempunyai sifat-sifat penyayang, bertimbang rasa,
peramah, lucu dan adil. Suasana emosi juga dipengaruhi oleh gaya
kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Anda
boleh mewujudkan suasana rapport dan disenangi oleh murid
dengan:(i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria(ii)
memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir(iii) membentuk
suasana yang meransang kreativitiBahagian Pameran - bahagian
pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satu lagi
semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua bidang perlu
ada dipamerkan: Bidang Seni Halus, komunikasi Visual, Kraf dan reka
bentuk. Sebagai tanda penghargaan kepada pelajar atas hasil seni
yang diilhamkan, maka hasil seni perlulah dipamerkan.
Budaya bilik seni yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai
murni, hubungan yang mesra di antara sesama murid, dan murid dengan
guru, budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, yang menyentuh
emosi, meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif,
penyertaan yang aktif, pembelajaran yang berobjektif dan
bermatlamat, yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru dan
rakan sebaya, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang
berhemah, yang dibaluti dengan perasaan kasih dan sayang dapat
memberi peluang yang terbaik untuk mengembang potensi diri mereka
ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti.EMPAT BIDANG DI
DALAM PENDIDIKAN SENI VISUALKandungan Sukatan pelajaran Pendidikan
Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan
iaitu:1. Menggambar2. Membuat Corak dan Rekaan3. Membentuk dan
Membuat Binaan4. Mengenal Kraf TradisionalSetiap bidang ini
menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif,
interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi
seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan
secara bersepadu. MENGGAMBARDefinisi Menggambar
Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang
dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi
artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan
rata. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas
tentang sesuatu objek. Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk
grafik. Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi.
Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan
terhadap sesuatu imej atau objek.
Alat, Media dan Teknik
Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai
jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz.
Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu,
kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dan lain-lain. Alat
tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau
basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja
menggambar.Tujuan Menggambar
Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat
gambar Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema
imaginasi murid Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi
dan fantasi murid secara manual
dan berbantukan komputer.
b) Teknik-teknik yang boleh digunakan dalam menggambar
Teknik Catan
Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan
ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat
seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain
lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh
digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu
permukaan.Teknik Kolaj
Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan
tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas,
bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu
permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan
boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan
dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian
gambar.Teknik Cetakan
Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak.
Pada asasnya cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada
sesuatu blok atau skrin. Terdapat berbagai-bagai jenis cara
cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk
jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna
atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan
cetakan lain adalah seperti cetakan lino, strawboard dan polyfoam.
Polyfoam adalah bahan yang mudah diukir. Cara gambar diukir dan
sifat bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang
berlainan.Teknik Resis
Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu
sama lain. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin
ataupun cow gum. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin
cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau
memandamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna
air boleh disapukan di atasnya. Krayon juga boleh digunakan di
peringkat sekolah rendah. Proses membuat batik adalah satu contoh
teknik resis.Teknik Gosokan
Anda boleh menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas
yang diletak di atas sesuatu permukaan yang kasar, misalnya atas
objek dengan jalinan yang berlainan. Jalinan di atas objek akan
memberi kesan kepada hasil gosokan. Anda boleh memilih berbagai
jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapat gambar yang
menarik. lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa
bentuk yang dihasilkan.Teknik Stensilan
Untuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat
stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di
atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil
yang diletakan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang
kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis
luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa
bentuk yang dihasilkan.Teknik Percikan
Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air
boleh dipercik dari berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik.
Sesuatu objek atau kertas yang berubah bentuk boleh digunakan untuk
menghalang percikan itu ke permukaan kertas. Objek atau kertas
berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan
berlaku apabila warna kedua dipercikan.Teknik Gurisan
Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh
menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu
bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh
disapu dengan warna krayon secara berlapis- lapis supaya bahan
krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau
tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan untuk
menguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai
jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan
yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.Teknik Mozek
Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan
menambah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin
dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan
papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan
bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada
mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu
memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.
Teknik-teknik menggambar ini dapat kita aplikasi dan laksanakan
dalam ruang bilik seni. Contohnya poster-poster yang dilukis di
dalam ruang bilik seni dengan menggunakan teknik menggambar
ini.
Contoh Poster Yang Dihasilkan Dengan Menggunakan Teknik
MenggambarMEMBUAT REKAAN DAN CORAKRekaan dan corak merupakan suatu
asas utama dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya,
tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun
yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Dalam teorinya, corak
ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau
secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua
cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Motif pula
merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau
gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical
danorganik. Corak Tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan
mempunyai nama-nama tertentu yangberunsur tradisional. Contoh yang
biasa kita dengan adalah seperti corak bunga
buluh,pucukrebung,bunga kiambang dan sebagainya.
Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun
berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh
diperhatikan di alam sekeliling kita seperti:
alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan
haiwan;
bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan
gunting
geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat;
abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka;
dan
rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan
keris.Enam jenis susunan dalam corak dan rekaan dapat dinyatakan
seperti di bawah:1.Corak ulangsekata
4.Corakbertindih2.Corak berpusat
5.Corak selang seli3.Corak cerminan
6.Corak batu bataMotifflora yangmerupakan unsurtumbuhanyang amat
digemaridan digunakan ialah pucuk rebung, bunga mangga, kenangga,
cempaka, melur dan sebagainya. Bunga, pucuk, kudup, putik, daun dan
ranting digunakan dan diolah serta dipelbagaikan dalam corak yang
pelbagai.Motif fauna pula menjurus kepada motif haiwan yang kerap
digunakan ialah ayam,itik, serangga dan unggas. Motif ini selalunya
diolah dan digabungkan dengan motif flora. Motif geometri selalunya
lebih digemari dalam pembikinan batik kerana ianya lebih mudah dan
ringkas untuk diolah. Antara motif geometri yang popular ialah segi
tiga pucuk rebung, segi empat, garisan lurus swastika, gandaan
huruf S,bulatan dan sebagainya.
Rekaan dan corak juga dapat dilaksanakan di dalam ruang bilik
seni. Kebanyakan ruang di dalam bilik seni dihiasi dengan gambar
yang dihasilkan daripada membuat rekaan dan corak.
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANBidang ini mengandungi aktiviti
untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat
memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih.
Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat
menghasilkan pelbagai jenis kraf. Bidang Kegiatan Membentuk dan
Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid
terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan
kestabilan.Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga
dimensi merangkumi 9 aktiviti seperti berikut:
(a) Arca timbul
(f) Model
(b) Arca asemblaj
(g) Diorama
(c) Arca mobail
(h) Boneka
(d) Arca stabail
(i) Topeng
(e) OrigamiJenis Aktiviti Membentuk dan Membuat Binaan.
Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya
dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti arca
timbul, arca mobail, arca stabail, asemblaj, model, diorama,
boneka, topeng dan origami. Untuk setiap aktiviti, anda perlu
menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid.
Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran
berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses
penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan
kreativiti kanak-kanak, anda perlu fikirkan bagaimana tema tersebut
dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.Hasil
membentuk dan membuat binaan ini akan dipamerkan di sudut pameran
di dalam ruang bilik seni.
Contoh membentuk dan membuat binaanKRAF TRADISIONAL
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan kerja
seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya
cipta oleh masyarakat yang diwarisi sejak turun-temurun. Di sekolah
rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti alat
domestik, alat permainan, alat pertahanan diri, perhiasan diri
(ornamen), batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman, tembikar dan
lain-lain lagi. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan Kraf
tradisional terdiri daripada 10 jenis, iaitu:
(a) Alat Domestik
(f) Seni Tekat
(b) Alat Permainan
(g) Tembikar
(c) Alat Pertahanan Diri
(h) Seni Anyaman
(d) Batik
(i) Seni Ukiran Kayu
(e) Perhiasan diri
(j) Seni Tenunan
Contoh TembikarDi antara hasil membentuk dan membuat binaan yang
dipamerkan
KESIMPULAN
Pengajaran pendidikan seni yang berkesan memang bermula dari
guru kemudian berkembang kepada kaedah dan teknik pengajaran, bahan
yang digunakan hinggalah kepada produk yang dihasilkan. Selain itu
pelajar-pelajar juga penting - minat dan bakat merupakan
dimensi-dimensi yang wajar digilap dan diasuh oleh guru sehingga
menjadi satu sumber penting dalam pengajaran yang lebih berkesan.
Justeru itu, dengan wujudnya bilik seni atau studio merupakan salah
satu daripada faktor yang penting di dalam pendidikan seni
visual.
Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks
proses pengajarandan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan
Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru
Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru
seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai.
Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan
menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan
kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja
pelajar, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang
sesuai juga dipamerkan dalam bilik seni.
(2,776 patah perkataan)
RUJUKANJemaah Nazir Sekolah.(2003). Pengurusan Pendidikan Seni
Visual sekolah menengah dan rendah. KL:Kementerian Pendidikan
MalaysiaKementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku panduan khas
Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku sumber guru
Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP.Mazlan. M. (1997)
Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. KL: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.OpenUniversityMalaysia,(2007)
HBEF1403SenidanDalamPendidikan, UNITEM Sdn.Bhd.
NOR AZMIZA B. MOHD NOR
8760516065465002