Top Banner
PENGENALAN Pada zaman dahulu manusia tinggal berdekatan dengan air untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran hutan, musuh atau sebagai tempat untuk mendapatkan sumber makanan dan juga untuk melegakan rasa panas matahari. Di sebalik alasan-alasan itu manusia sebenarnya dalam semua peringkat umur memang tertarik dengan air atas desakan tertentu yang tidak dapat ditaksirkan. Kebolehan bersatu dengan air dan mendapatkan kepuasan daripada kebebasan menyediakan keseronokan yang tidak terhingga. Selain menyediakan rasa bahagia, ketenangan, saingan dan pertandingan, kebolehan berenang merupakan satu-satunya cara menyelamatkan diri pada masa kecemasan. Prinsip lama yang masih sesuai digunakan, ialah “Anda tidak boleh menemui sukan yang lebih baik untuk menyelamatkan diri” (oleh Komodor Wilbur Longfellow daripada Palang Merah Amerika Syarikat.) Belajar berenang adalah peringkat pertama mencapai kemahiran berada di dalam air. Berenang tidak mempunyai peraturan yang tertentu, selain peraturan biasa untuk mengapungkan diri dan propulsia(termasuk juga undang-undang pertandingan). Semua peringkat usia boleh berenang dengan pelbagai cara atau gaya menggunakan tenaga yang banyak atau sedikit seperti yang diingini dalam semua peringkat usia. 1
21

ASAS TERJUNAN

Jun 27, 2015

Download

Documents

amerhafiz
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: ASAS TERJUNAN

PENGENALAN

Pada zaman dahulu manusia tinggal berdekatan dengan air untuk

menyelamatkan diri daripada kebakaran hutan, musuh atau sebagai tempat untuk

mendapatkan sumber makanan dan juga untuk melegakan rasa panas matahari. Di

sebalik alasan-alasan itu manusia sebenarnya dalam semua peringkat umur memang

tertarik dengan air atas desakan tertentu yang tidak dapat ditaksirkan.

Kebolehan bersatu dengan air dan mendapatkan kepuasan daripada kebebasan

menyediakan keseronokan yang tidak terhingga. Selain menyediakan rasa bahagia,

ketenangan, saingan dan pertandingan, kebolehan berenang merupakan satu-satunya

cara menyelamatkan diri pada masa kecemasan. Prinsip lama yang masih sesuai

digunakan, ialah “Anda tidak boleh menemui sukan yang lebih baik untuk

menyelamatkan diri” (oleh Komodor Wilbur Longfellow daripada Palang Merah Amerika

Syarikat.)

Belajar berenang adalah peringkat pertama mencapai kemahiran berada di

dalam air. Berenang tidak mempunyai peraturan yang tertentu, selain peraturan biasa

untuk mengapungkan diri dan propulsia(termasuk juga undang-undang pertandingan).

Semua peringkat usia boleh berenang dengan pelbagai cara atau gaya menggunakan

tenaga yang banyak atau sedikit seperti yang diingini dalam semua peringkat usia.

1

Page 2: ASAS TERJUNAN

PRINSIP DAN BIOMEKANIK

Hukum Newton Ketiga, menyatakan untuk setiap tindakan terdapat satu tindak

balas yang bermagnitud sama tetapi pada arah yang bertentangan.merupakan satu

penjelasan yang jelas mengenai bagaimana seseorang itu maju di dalam air.

Oleh itu, perenang-perenang diajar untuk menarik terus tangan ke belakang. Ini

kerana menolak air ke belakang mencipta daya paduan yang sama besar megnitudnya

yang mendorong perenang ke depan.

Tangan-tangan mendorong ke arah kaki, yang beraksi dalam giliran ke arah

tangan-tangan, ia sepatutnya bahagian pinggul bertindak balas jauh dari tangan-tangan

dan pada masa yang sama,ia meningkatkan untuk kemajuan kepada pelajar

baru.Tindak balas kaki dan pinggul adalah satu titik penting bagi rujukan yang akan

dibuat kemudian.

Secara umumnya, 2/3 daripada permukaan bumi adalah air.Dimana 90 % adalah

air laut dan selebihnya adalah air tawar.Keadaan ini membolehkan manusia dan haiwan

untuk berenang.Berenang mempunyai makna yang sangat luas.Sesetengah orang

hanya pergi berenang pada waktu senggang atau pada hujung minggu.Manakala

sesetengahnya lagi merupakan atlet renang yang sentiasa berlatih 25 jam

seminggu.Malangnya, di Britain, kemudahan untuk berenang adalah kurang.Ramai

diantara rakyat Britain yang tidak mempunyai peluang untuk belajar berenang.Mereka

banyak menghabiskan masa dengan hanya belajar dan bekerja.

Bagi golongan kurang upaya mereka tidak berpeluang untuk melibatkan diri dalam

sukan renang kerana kekurangan pihak yang berusaha untuk melibatkan mereka dalam

sukan ini.Berenang di dalam air laut atau air tawar, tetap menggunakan prinsip yang

sama.Dimana di dalam air, berat badan manusia berkurang.Dimana air laut akan

memberi sokongan kepada badan untuk terapung disebabkan oleh ketumpatan air

masin adalah lebih tinggi berbanding dengan kolam renang.

2

Page 3: ASAS TERJUNAN

ASAS TERJUNAN

Surface Dive

Surface dive atau lebih dikenali sebagai junam permukaan.Junam permukaan

permukaan bermaksud ialah junam yang membawa anda ke dalam air dan dari posisi

tersebut,anda mestilah kembali semula ke permukaan dengan melakukan renang.

Junam permukaan yang cekap adalah syarat utama sebelum menyelam.Renang selam

melibatkan penggunaan kaki sirip renang, topeng, dan snorkel.

AWAS

Perenang tidak harus mempelajari junam permukaan di dalam air yang kurang daripada

8 kaki (2.44 meter) dalam kerana ini berbahaya.Kepala boleh terhantuk atau kaki boleh

melanggar dasar kolam.

Junam permukaan adalah kemahiran yang menyeronokkan kerana ia membolehkan

perenang dan meyelam skuba bergerak dengan lebih cekap di air yang dalam.Kita

boleh menggunakan junam permukaan untuk bergerak dengan lebih mudah dan pantas

ke satu posisi di dalam air untuk mengambil sesuatu objek, berenang di bawah

halangan, atau meneroka dasar laut. Junam permukaan juga diperlukan dalam aktiviti

menyelamat di air.

Renang Selam

Renang selam bermaksud menyelam ke dalam air dari satu permukaan.Terdapat tiga

jenis renang selam permukaan iaitu:

a) Junam tombak

b) Junam itik

c) Junam geladak

3

Page 4: ASAS TERJUNAN

JUNAM TOMBAK

Junam tombak adalah pilihan kebanyakkan perenang.Ia mudah dan cekap dan

kelihatab lebih kemas berbanding junam lain. Mulakan menjunam dari posisi apung

tiarap dengan lengan direngangkan melepasi kepala. Kuak dengan lengan yang tinggi

dan pusingan yang lebar sehingga lengan kembali ke sisi badan. Ini memberikan daya

kehadapan kepada badan.Pusingankan tapak tangan ke bawah selepas selesai

menguak. Luruskan dan rapatkan kedua-dua kaki, tudingkan jari-jari kaki semasa

membongkokkan pinggang.Tolakkan kepala dan badan ke bawah dalam posisi

menegak. Air akan menekan belakang anada semasa anda membongkok dan ini

membantu meluruskan kaki supaya selari dengan dengan permukaan air.

Tekan kedua-dua tangan pada air semasa mengangkat kedua-dua kaki yang

dirapatkan tadi keatas, dalam posisi menegak.Menekan tangan ke bawah perlu di

lakukan untuk memberikan tekanan yang berlawanan supaya kaki akan terangkat dari

air.Untuk mengelakkan badan daripada terguling secara melentang, berhenti menekan

tangan ke air apabila tangan menunjuk tepat ke bawah, ke dasar kolam.Biarkan badan

dalam keadaan lurus untuk membolehkan kaki menolak badan ke bawah permukaan

air. Semasa jari kaki sudah pun masuk ke dalam air, kuaklah secara melintang dengan

kedua-dua lengan dalam gaya kuak dada yang lebar untuk menarik lebih jauh ke dalam

atau membolehkan perenang memulakan renang selam.

4

Page 5: ASAS TERJUNAN

TEKNIK JUNAM TOMBAK

1. Apung

1. Apung dalam posisi meniarap

2. Regangkan kedua-dua lengan melepasi kepala

2. Sapu

1. Kuakkan kedua-dua lengan ke belakang dan bawa ke sisi badan

2. Pusingkan tapak tangan ke bawah.

3. Tombak

1. Gerakkan kepala ke bawah

2. Bongkokkan badan pada sudut tegak di pinggang

4. Tekan dan Angkat

1. Tekan dengan lengan

2. Unjurkan kaki tegak ke atas

5. Turun

1. Biarkan badan dalam posisi tegak ke bawah dan lurus.

2. Tenggelamkan badan ke dalam air.

5

Page 6: ASAS TERJUNAN

Kesilapan Pembetulan

Anda kekurangan daya pendorong untuk

melakukan posisi tombak

Kaki anada tertarik ke dalam dengan

pantas atau melepasi satah tegak.

Kuakkan lengan sepenuhnya,lebih lama

dan lebih kuat.

Tekan tangan ke bawah dengan pantas

atau lebih lama untuk menyesuaikan

posisinya.

6

Page 7: ASAS TERJUNAN

JUNAM ITIK

Junam itik adalah satu variasi junam tombak. Walaupun ia tidak kelihatan sekemas

junam tombak tetapi tujuannya adalah sama. Jika sukar mengangkat kaki sehingga

lurus dalam junam tombok, junam itik akan mengurangkan kejanggalan ini dan gaya ini

masih dapat membawa anda ke bawah air dengan baik.

Junaman yang berterusan melalui kaedah junam tombak memang meletihkan.

Setelah seharian melakukan aktiviti menyelam, anda mungkin tidak mahu

menggunakan tenaga yang banyak dalam beberapa sesi terakhir. Bentuk dan cara

melakukannya masih lagi penting tetapi sekiranya anda menyelam untuk

menyelamatkan artifak atau melakukan kerja menyelamatkan di laut, maka junam itik

adalah bentuk junaman yang disarankan.

Terjun hanya di dalam air yang sekurang-kurangnya 8 kaki dalam. Pakai gogal dan

mulakan dalam posisi apung tiarap dengan kedua-dua tangan diregangkan melepasi

kepala. Sapu keluar tangan dan bawa ke belakang untuk mendapatkan momentum ke

hadapan, kemudian bawa semula ke sisi badan dalam keadaan tapak tangan menghala

ke bawah. Dengan cepat, bongkokkan badan ke posisi menegak dengan kepala

menghala ke bawah pada sudut 90 darjah dari pinggul.

Semasa menekan ke bawah dengan lengan terus dakap lutut ke dada dan

tujahkan badan ke atas secara menegak, jari dituding kehadapan dan kaki dirapatkan.

Berat kaki anda mendorong badan anda ke bawah. Jangan tekan terlalu kuat atau

terlalu lama dengan tangan seperti yang dilakukan dalam junam tombok kerana dalam

keadaan badan didakap, anda lebih mudah tergolek dan kaki anda pula tidak akan

menjadi tegak,sehingga menyebabkan badan terlentang. Berat kaki anda hendaklah

berada di atas untuk memaksa anda menjunam ke bawah. Lintangkan badan dan

berenang atau kembali semula ke permukaan.

7

Page 8: ASAS TERJUNAN

Kesilapan Pembetulan

Kaki anda tidak akan menjadi tegak

kerana anda menekan terlalu kuat atau

terlalu lama.

Tekan dengan cermat dan perlahan dan

terus berlatih untuk mendapatkan tekanan

yang betul.

8

Page 9: ASAS TERJUNAN

Junam kaki dahulu

Junam kaki dahulu membawa anda ke dalam air, dalam posisi menegak. Selain mudah

dilakukan ,ia juga mempunyai ciri-ciri yang menarik .Penyelam scuba dan kakitangan

penyelamat biasanya sering terpaksa melibatkan diri dalam air yang berlumpur dan

keruh.Mereka tidak dapat melihat apa yang ada dibawah permukaan air,tempat yang

memerlukan mereka melakukan junaman.Junam kaki dahulu membolehkan perenang

menjunam dalam cara yang lebih selamat sehingga mereka benar-benar pasti halangan

yang akan mereka tempuhi.

TEKNIK JUNAM KAKI DAHULU

Tegakkan Badan

1.Dapatkan posisi menegak

2.Dagu berada pada paras air

3.Depangkan tangan ke sisi

4. Kaki direnggangkan untuk tending gunting

Tekan dan Tendang

1.Tekan dengan lengan

2.Buat tendang gunting dan rapatkan kedua-dua kaki

3.Timbul seberapa tinggi yang dapat dari air.

Tenggelam

1.Letakkan kedua-dua tangan ke sisi badan

2.Regangkan kaki

3.Tenggelamkan badan ke dalam air dengan baki dahulu

9

Page 10: ASAS TERJUNAN

Angkat

1. Angkat tapak tangan menghala ke atas

2. Angkat badan di dalam air dengan menyapu lengan sepenuhnya ke luar.

10

Page 11: ASAS TERJUNAN

KESILAPAN PEMBETULAN

Lengan anda akan tercebur keluar dari air

semasa anda cuba mengangkat badan

anda untuk turun lebih jauh ke bawah.

Tunggu sehingga kepala anda betul-betul

di dalam air sebelum mengangkat badan

dengan lengan anda.

11

Page 12: ASAS TERJUNAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN : RENANG

BIDANG : Asas terjunan

AKTIVITI : Surface dive

TAJUK : Junam Tombak

MASA : 8.30 hingga 9.30 pagi

BILANGAN MURID : 34/35

KEMAHIRAN FOKUS : Melakukan asas terjunan dengan betul

OBJEKTIF MODUL : Guru dapat menunjuk cara dan mengajar murid cara-

cara untuk melakukan junam tombak.

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pada akhir pelajaran murid dapat:

Dapat melakukan teknik surface dive dengan betul.

Meningkatkan kecergasan fizikal murid-murid.

KEPERLUAN

Papan Keribas

Apungan Kaki

Topeng Muka

Deep Float’ Apungan Kaki

12

Page 13: ASAS TERJUNAN

PROSEDUR

MEMANASKAN BADAN DI DARAT

a) Larian anak

b) Regangan di darat

i. Regangan statik

ii. Regangan dinamik

MEMANASKAN BADAN DI AIR

a) Bobbing ‘menghembus’ nafas dalam air

b) Tendangan kaki 25 meter x 4 teknik tendangan

c) Pulling 25 meter x 4 teknik pulling

d) Melakukan latihan ‘easy swim’ dengan jarak 25 meter (Boleh buat

pilihan di antara 4 kuak yang telah dipelajari).

MAIN SET

Ansur Maju (teknik luncur)

i. Bermula daripada kedudukan berdiri dengan sebelah kaki ke depan

sedikit,tangan diluruskan ke depan dan bahu berada di bawah

paras

ii. air,condongkan badan ke depan dan tolak ke permukaan dan

luncur.

13

Page 14: ASAS TERJUNAN

iii. Pastikan kedudukan kepala selari dengan tubuh badan supaya

bahagian atas kepala sentiasa berada pada paras air.

iv. Kemudian melakukan kemahiran dan asas terjunan junam tombak.

PENUTUP

Aktiviti menyejukkan badan

Refleksi Guru:

Pengajaran telah dapat dijalankan dengan berkesan. Murid menunjukkan minat dan

kesungguhan dalam membuat kemahiran surface dive. Walaubagaimanapu, terdapat

beberapa murid memerlukan lebih latihan bagi mencapai tahap maksima.

14

Page 15: ASAS TERJUNAN

REFLEKSI

MOHD AMIR HAFIZ BIN GHANI

900218115585

Pertamanya saya ingin memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana

dengan segala kekuatan yang diberikanNya kepada saya, saya masih mampu untuk

meneruskan segala tindakan yang perlu untuk menjayakan tugasan ini.

Saya perlu mempersiapkan segala bahan dan keperluan penting yang perlu ada

untuk dijadikan bahan rujukan utama. Di samping itu juga, segala perancangan perlu

disediakan dengan rapi agar tiada gangguan berlaku di sepanjang gerak kerja tugasan

ini. Perlakuan kerja yang efektif dan jadual pelaksanaan tugasan yang berkesan perlu

dilaksanakan mengikut isi tugasan yang diberikan supaya tidak terpesong dari landasan

sebenarnya.Ini bertujuan menjamin kelancaran dan kelicinan proses kerja supaya

sampai ke fasa akhir dengan jayanya.

Berbagai kesulitan dan halangan dalam menyiapkan kerja kursus ini seperti

masa yang suntuk dan kekangan masa yang menghimpit menjadi satu cabaran kepada

saya agar sentiasa bersabar dan tabah menghadapi dugaan walaupun terpaksa

berkorban, wang, tenaga, masa terutamanya masa tidur kerana terpaksa berjaga

malam semata-mata untuk berkorban demi syahid mencari ilmu ke jalan Illahi yang

terang lagi bersuluh kebenarannya.

Selain itu, melalui pencarian bahan dan maklumat melalui buku-buku yang

berkenaan mahupun pencarian melalui internet telah membantu saya untuk memenuhi

kehendak dalam soalan kerja kursus ini dan secara tidak langsung kefahaman tentang

pendekatan-pendekatan yang perlu digunakan dan diterapkan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran ketika di dalam kelas mendalam dan kukuh di dalam

sanubari ini hasil daripada proses menyiapkan kerja kursus ini. SEKIAN.

15

Page 16: ASAS TERJUNAN

ABDUL HALIM BIN MAT HANIPI

890225035325

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana segala limpahan nikmat-Nya

kepada saya telah dapat menyiapkan tugasan ini. Pada mulanya terdapat sedikit

kesukaran namun selepas beberapa kali mencari bahan, saya mula memahami apa

yang dimahukan dalam tugasan ini. Melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui tentang

cara terjunan permukaan dan bottle jump. Justeru, segala prosedur yang diperlukan

sudah diketahui. Dalam asas terjunan tersebut, saya menghadapi sedikit masalah yang

ketara kerana kekurangan bahan untuk dijadikan sumber rujukan. Masalah dalam

pengolahan data yang ingin dipersembahkan dalam bentuk ringkas, padat dan mudah

difahami juga mengambil masa bagi saya. Idea-idea ini saya memperolehinya daripada

pensyarah pembimbing melalui hasil perbincangan lanjutan dengan beliau. Tugasan ini

juga dapat saya siapkan hasil dorongan dan bantuan daripada rakan-rakan dan juga

pelajar-pelajar senior yang lain. Saya berharap apa yang kami sembahkan ini telah

menjawab dan menepati kehendak soalan. Di akhir coretan refleksi ini, saya menyusun

sepuluh jari memohon kemaafan, sekiranya terdapat salah silap, kekurangan dan

kelemahan dalam tugasan ini.Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam

menghasilkan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung

16