-
ASAS RUJUKAN BAGI MENAIKTARAF SISTEM SISMAPS KE VERSI 2.0
KE ARAH PEMANTAUAN PEMBANGUNAN YANG LEBIH EFISYEN
1.0 Tujuan Asas Rujukan Asas Rujukan ini adalah bertujuan untuk
menaiktaraf SISMAPS versi lama ke Versi 2.0
yang dapat digunakan sebagai alat sokongan bagi aktiviti
pentadbiran dan pengurusan
JPBDS secara ringkasnya melibatkan analisis yang dipersembahkan
di dalam bentuk
jadual dan graf, melibatkan aspek perancangan, pelaksanaan,
pengawalan dan
pemantauan bagi pembangunan di Negeri Selangor selaras dengan
peranan jabatan
sebagai Pusat Maklumat Gunatanah Negeri Selangor.
2.0 Latar Belakang i. SISMAPS merupakan sistem paparan
berasaskan spatial yang membantu pengguna
membuat sesuatu keputusan. Sesuai dengan fungsi Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBDS) merupakan
agensi yang bertanggungjawab dalam bidang perancangan bandar dan
desa dan penyediaan rancangan pemajuan di peringkat Negeri
Selangor.
ii. Kerja- kerja memantau dan menyelaras perancangan guna tanah
perlu dijalankan
oleh JPBD Selangor supaya kelulusan kebenaran merancang selaras
dengan rancangan pemajuan yang diwartakan.
iii. SISMAPS telah dibangunkan mengambilkira kelulusan kebenaran
merancang,
pemantauan rancangan pemajuan, pematuhan pada dasar, garis
panduan dan piawaian perancangan yang telah diluluskan di peringkat
Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor (JPN).
iv. Fungsi tambahan seperti penjanaan pelaporan bagi menunjukkan
lokasi-lokasi
kawasan percanggahan guna tanah, peratusan, graf dan statistik
perlu ditambah bagi capaian Pihak Berkuasa Tempatan.
v. Paparan Dashboard boleh digunakan oleh JPBDS dalam
pembentangan mesyuarat
dan capaian secara Mobile dan multi browser. vi. Cabaran utama
naiktaraf SISMAPS adalah mengenalpasti mekanisma terbaik dalam
memastikan pangkalan data GIS guna tanah semasa sentiasa
dikemaskini dan analisis SISMAPS mengambilkira perubahan tersebut
setiap kali analisis di buat.
-
vii. Kegagalan pengemaskinian pangkalan data guna tanah semasa
seiring dengan
kelulusan kebenaran merancang menjadikan keputusan yang dijana
SISMAPS mungkin kurang tepat.
3.0 Matlamat Menaiktaraf sistem SISMAPS sedia ada ke arah
pemantauan pembangunan tanah yang
lebih efisyen dengan sokongan sistem bagi membantu membuat
keputusan dan dikenali
sebagai versi 2.0
4.0 Objektif Objektif pembangunan menaiktaraf adalah seperti
berikut;
i. Menyediakan pangkalan data GIS bagi keperluan aplikasi
melibatkan aktiviti pengumpulan dan penterjemahan maklumat
berlandaskan sumber data Rancangan Tempatan (RT), Rancangan
Tempatan Pengubahan dan kajian-kajian lain.
ii. Memastikan pihak JPBDS bersedia dan mampu untuk
menyediakan/membekalkan maklumat yang tepat dalam bentuk spatial
diperingkat dalaman atau pihak luar selaras dengan peranan JPBDS
sebagai Pusat Maklumat Geospatial Negeri Selangor.
iii. Menjadikan paparan ‘dashboard’ mudah, ringkas dan
padat.
iv. Membangunkan modul penglibatan awam dimana orang awam boleh
turut serta membantu dalam mengemaskini gunatanah semasa kerana
mereka lebih mahir dengan kawasan mereka diami.
v. Migrasi daripada teknologi lama (flex) kepada yang baru (Java
Seript) di mana fungsi seperti pertindihan maklumat dengan ‘google
maps’ dapat dilakukan.
vi. Dalam arus teknologi terkini pihak JPBDS mencadangkan untuk
membina aplikasi SISMAPS di dalam Telefon pintar ‘Smart Phone’
ianya lebih memudahkan pengguna membuat semakan gunatanah bila-bila
masa dan di mana-mana sahaja.
-
5.0 Konsep Naiktaraf SISMPAS
6.0 Skop Pembangunan SISMAPS 2.0
6.1 Penilaian dan penambahbaikan Data
6.1.1 Penambahan menu ‘archive’
SISMAPS sediada tidak mempunyai satu kemudahan simpanan data
arkib. Ini bermaksud tiada asas rujukan bagi semakan semula
perubahan
data. Oleh yang demikian penambahan simpanan arkib adalah
berdasarkan beberapa kelas dan status sesuatu Rancangan
Pemajuan.
-
A. Zoning Cadangan Gunatanah
Ia dikelaskan mengikut pewartaan sesuatu Rancangan Pemajuan
mengikut Pihak Berkuasa Tempatan.
Rancangan Tempatan (Pengubahan 2) *paparan merujuk kepada lot‐lot yang terlibat dalam pengubahan sahaja
Rancangan Tempatan (Pengubahan 1) *paparan merujuk kepada lot‐lot yang terlibat dalam pengubahan sahaja
Rancangan Tempatan *Peta asas rujukan
B. Zoning Semasa dan Zoning Komited
Ia dikelaskan mengikut tahun semasa data dikemaskini.
Tujuan utama adalah untuk melihat perkembangan dan perubahan
data
dari masa ke semasa. Ia berguna dalam membuat analisis
perbandingan
terhadap sesuatu rancangan pemajuan dengan keadaan
semasa/komited
di sesuatu kawasan pemajuan itu.
Z. Semasa/Z. Komited tahun C *paparan merujuk kepada lot‐lot yang terlibat dalam pengubahan sahaja Z. Semasa/Z. Komited tahun B *paparan merujuk kepada lot‐lot yang terlibat dalam pengubahan sahaja Z. Semasa/Z. Komited tahun A *Peta asas rujukan
-
6.1.2 Penyenaraian carian berdasarkan UPI Bagi tujuan carian di
dalam SISMAPS, ia menggunapakai carian
berasaskan nombor lot. Ini akan menghasilkan satu carian yang
kurang
tepat. Bagi menangani permasalahan ini, SISMAPS 2.0 akan
membuat
carian berdasarkan kod UPI. Ini dilihat lebih relevan dan
tepat.
Carian akan merujuk kepada kod UPI bagi Daerah dan Mukim. Bagi PBT merujuk kepada koding yang disediakan
6.1.3 Semakan dan penyusunan semula data
Pangkalan data SISMAPS 1.0 mempunyai pelbagai attribut.
Didapati
terdapat beberapa data yang bertindih dan mengelirukan.Oleh
yang
demikian adalah perlu pangkalan data di dalam SISMAPS 2.0
disemak,
dan mengenalpasti akan kewujudan data yang bertindih dalam
pangkalan
data tersebut.
Attribute di dalam data juga perlu diolah semula mengikut
format
metadata yang terkini dikeluarkan oleh JPBD Semenanjung
Malaysia.
6.1.4 Pindaan/tambahan maklumat secara online
SISMAPS 2.0 juga akan menyediakan satu platform simpanan
data
pengemaskinian data oleh pengguna awam secara atas talian.
-
6.2 Penambahbaikan paparan muka dan Modul 6.2.1 Menambahbaik
paparan muka SISMAPS untuk menjadikannya lebih
terkini (uptodate), mudah digunakan dan mesra pengguna.
Paparan muka SISMAPS Cadangan Paparan muka
SISMAPS 2.0
6.2.2 Modul awam Modul pengguna awam sediada adalah merujuk
kepada gunatanah
zoning sahaja. Bagi menaiktaraf SISMAPS modul pengguna awam
akan
di tambah kepada gunatanah semasa dimana terdapat satu fungsi
di
mana pengguna awam terlibat di dalam memberi maklumat kepada
gunatanah semasa. Ia adalah dimana pengguna awam dapat
menanda
menggunakan polygon, point dan polyline. Poligon untuk
menanda
poligon gunatanah yang tidak betul di dalam SISMAPS, point
digunakan
untuk menanda POI (place of interest) dan polyline pula bagi
menanda
jalan atau sungai yang tidak terdapat di dalam peta.
6.2.3 Modul RT Online
Bagi modul RT Online olahan data perlu di lakukan, sebagai
contoh
Gunatanah DRT perlu dimansuhkan kerana itu adalah draf yang
telah
diwartakan menjadi Rancangan Tempatan. Modul RT Online juga
perlu
dimigrasikan daripada flex kepada java. Ini bagi mengelakkan
berlaku
gangguan kepada flex jika terdapat updating bagi flash.
-
6.3 Penambahan Modul baru
6.3.1 Penambahbaikan dari cara penyampaian dengan mengambilkira
pengguna capai secara mobile (smartphone).
a. Modul Penilaian Pencapaian Modul penilaian pencapaian
membenarkan pengguna mendapatkan peratusan dan keluasan guna
tanah yang diperuntukkan berbanding yang dibangunkan.
Melalui
penilaian dalam tempoh tertentu suatu tren pencapaian dapat
disimpulkan melalui laporan yang dihasilkan dalam bentuk
jadual
pencapaian.
b. Modul Penilaian Pematuhan Modul Penilaian Pematuhan
memberi
maklumat kepada pengguna berkaitan penggunaan guna tanah
semasa yang patuh atau sebaliknya mengikut kelas guna tanah
yang
dizon dalam gambar rajah utama RT. Matrik pematuhan akan
dihasilkan bagi menilai kelas guna tanah semasa berbanding
dengan
guna tanah cadangan. Fungsi penjanaan laporan disediakan
bagi
memudahkan pengguna mendapatkan maklumat hasil penilaian
dalam
bentuk hard copy.
7.0 Jangkamasa Pembangunan Pembangunan SISMAPS Versi 2 ini perlu
dijalankan dalam masa 6 Bulan ( setelah fungsi sistem diperakui dan
dipersetujui jawtankuasa). Perunding juga perlu bersetuju
untuk tempoh lanjutan sekiranya perlu iaitu 2 minggu selepas
tempoh kajian 6 bulan berakhir.
Pembangunan sistem berasaskan pemetaan memerlukan
sekurang-kurangnya 2 fasa
pembangunan. Fasa pertama lebih kepada jangkaan pengguna kepada
keperluan
fungsi sistem. Sepanjang pembangunan, pengguna akan lebih mahir
dalam mengenal
pasti fungsi yang diperlukan. Manakal fasa kedua menjadi final
sistem design, yang
mana rekabentuk ini kekal untuk jangka masa tertentu
penggunaannya. Namun begitu
terpulang kepada pengguna bagi menetapkan bilangan fasa
pembangunan.
-
8.0 Fasa Pembayaran i. Pecahan Pembayaran
Bil Peringkat Pecahan Bayaran
1 Laporan Awal Pendekatan Sistem 20% 2 Serahan Awal Laporan Draf
SISMAPS 2.0 40% 3 Serahan Akhir Sistem dan Laporan Akhir SISMAPS
2.0 30% 4 Pengujian Penerimaan Sistem SISMAPS 2.0 10%
TEMPOH
SKOP PROJEK
BULAN
1 2 3 4 5 6
Pengumpulan Data dan Maklumat
Pembentukan Storan Data Khusus
Aktiviti Semakan Data Kemaskini dan Pembaikan Data
Verifikasi dan Pengesahan,dan penyelarasan data dan serahan
projek
Pengujian Penerimaan Sistem SISMAPS 2.0
Laporan Pendekatan Sistem
Serahan awal Draf Sistem dan Laporan Draf SISMAPS
2.0
Serahan akhir sistem dan Laporan SISMAPS 2.0
Pengujian Penerimaan Sistem