Top Banner
ASAS PERKHEMAHAN Oleh : SEKAWAN HIJAU
24

Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

Aug 14, 2015

Download

Documents

Buat sehabis baik
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

ASAS PERKHEMAHAN

Oleh :

SEKAWAN HIJAU

Page 2: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

1. PERKHEMAHANAktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran

Boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan serta rakan apabila melakukannya bersama-sama

Dalam Pengakap, perkhemahan bertujuan untuk menguji apa yang telah dipelajari oleh ahli pengakap. Contohnya, mengikat, menghidupkan api, mendirikan khemah, dan sebagainya.

Melibatkan bermalam samada satu malam atau lebih,samada dihutan,kawasan sekitar rumah, di pantai, tempat rekreasi dan lain-lain tempat yang sesuai

Page 3: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

2. OBJEKTIF BERKHEMAH

Beri 1 kemahiran tinggi dlm penyediaan tapak khemah berkualiti

Bentuk sikap berdikari, semangat setia kawan, berdisiplin & kepimpinan

Bina kekuatan mental dan fizikal (kesusahan) Mengalami & menyesuaikan diri dgn kehidupan

luar

Page 4: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

3. SEBELUM PERGI BERKHEMAH:i- Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan seperti tuan tanah, pihak sekolah, dan sebagainya.

ii- Sekurang-kurangnya seorang pemimpin atau orang dewasa turut serta dalam sesuatu perkhemahan

iii- Memaklumkan kepada pesuruhjaya daerah mengenai perkhemahan dengan cara mengisi borang permohonan kebenaran berkhemah.

iv- Menghantar surat makluman kepadapihak polis mengenai perkhemahan tersebut.

Page 5: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

v- Memastikan kawasan perkhemahan tersebut selamat daripada binatang buas, jenayah, keadaan fizikal muka bumi, dan sebagainya.

vi- Memastikan segala alatan perkhemahan mengcukupi seperti pisau, parang, cangkul, bekalan makanan, dan lain-lain.

vii- Memastikan setiap peserta perkhemahan mematuhi peraturan perkhemahan

Page 6: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

4. KHEMAH

Khemah adalah alat perlindungan yang diperbuat daripada kain, kanvas atau lain-lain bahan yang boleh digerakkan.

Dalam lain perkataan khemah merupakan satu perkara utama dalam aktiviti berkhemah. Tanpa khemah anda tidak boleh berkhemah. Berikut adalah beberapa jenis khemah:

Page 7: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

1. Khemah bentuk A2. Khemah bentuk Dome3. Khemah Igloo

Dan banyak lagi, ikut kemampuan anda untuk menggunakan mana-mana jenis khemah, dan ikut keperluan dan keadaan tempat perkhemahan.

Page 8: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

KHEMAH BENTUK A

• Khemah nylon berntuk "A" atau poncho (seperti digunkan oleh tentera) yang sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai.

• Khemah jenis ini akan memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas.

Page 9: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

KHEMAH NYLON BERBENTUK DOME

Sesuai digunakan dipergunungan kerana boleh ditutup dan menghalang dari kesejukan.

Khemah ini boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam.

Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang sejuk.

Page 10: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

KHEMAH NYLON BERBENTUK IGLOO

Khemah nylon berbentuk Igloo adalah sesuai digunakan di pergunungan air batu dan di tempat bersalji.

Fungsinya sama dengan khemah bentuk Dome, cuma ianya lebih memanaskan.

Page 11: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

5. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DI AMBIL PERHATIAN SEBELUM BERKHEMAH.

A. PERLINDUNGANB. KESELESAANC. KALIS AIRD. TAHAN LASAKE. UKURAN

Page 12: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

A. PERLINDUNGAN

Khemah yang anda miliki perlu memberi perlindungan cuaca seperti hujan, panas, angin dan sebagainya. Disamping itu ianya perlu diberi perlindungan dari serangga.

B. KESELESAAN

Khemah anda perlu selesa, kerana tempat yang paling utama dalam aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa. Anda juga perlu mempunyai ruang untuk menyimpan barang-barang anda.

Page 13: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

C. KALIS AIR

Khemah anda mestilah dari yang jenis kalis air. Terdapat beberapa jenis khemah yang tidak kalis air apabila hujan lebat.

Anda perlu pastikan bahawa khemah yang dikatakan kalis air itu benar-benar kalis air. Kalau tidak anda akan menanggung risiko berbasah apabila hujan.

Page 14: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

D. TAHAN LASAK

Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil kesempatan membuatnya dengan bahan ringan tetapi tidak tahan lasak.

Ini perkara penting yang perlu anda ambil ingatan. Khemah perlu ringan disamping itu mesti tahan lasak dalam mana ianya tidak mudah koyak apabila digunakan untuk satu jangka masa yang sesuai dan manasabah.

Page 15: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

E. UKURAN

Tentukan ukuran khemah yang sesuai sebelum digunakan dan pastikan keselesaan untuk tidur dan menempatkan barang-barang di dalam khemah.

Page 16: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

6. PERALATAN PERKHEMAHAN

Page 17: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu di beri perhatian untuk satu perkhemahan akan bergantung bergantung kepada beberapa faktor seperti jangka masa, tempat dan bilangan peserta.

Berikut disenaraikan contoh-contoh peralatan asas yang perlu anda bawa untuk memastikan perkhemahan anda selamat dan selesa:-

Page 18: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

a. Khemah yang sesuai.b. Bag galasc. Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya)d. Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)e. Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain.f. Botol air, kole dan bekas minuman.g. Pisau dan pembuka tinh. Lampu picit serta beteri dan lat gantinya.i. Mancis dan lilin atau bahan penyala api.j. Kotak pertolongan cemas.k. Kotak ikhtiar hidup.l. Talim. Ponco atau baju hujan.n. Parang/kapak kecil.o. Bekas air tambahan.p. Selimut atau bag tidur.

q. Pakaian selengkapnya r. Uniform Pengakap (bagi perkhemahan pengakap)

Dan banyak lagi, yang mana dibawa mengikut keperluan

Page 19: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

7.MENGEMAS HAVERSACK

1. Barang mudah basah dibalut plastik

2. Barang berat di atas3. Barang besar,

sederhana berat di bwh4. Brg keras di bah. luar5. Brg yg kerap diguna di

poket luar6. Pek kecil-kecilan7. Sistem sendiri

Page 20: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

8. MEMILIH TAPAK PERKHEMAHANTeknik memilih tapak perkhemahan

1-Carilah tapah perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata.

2-Terdapat sumber/punca air berhampiran.

3-Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah.

4-Terlindung daripada tiupan angin secara terus.

5-Jika boleh carilah tapak yang mempunyai pemandagan yang menarik.

6-Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan)

7-Jika bersatai (berkeluarga) carilah tempat yang mempunyai kemudahan awam seperti tandas, parking kereta dan lain-lain.

Page 21: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

Tempat yang harus dihidarkan

1-kawasan khemah yang lembab dan berair (khemah basah dan ketidakselasaan berlaku)

2-Dikawasan tanah yang berlumpuh (mengotorkan khemah)

3-berhampiran belukar atau semak samun atau kawasan lalang (elak gangguan serangga contoh nyamuk , haiwan kecil contoh ular dan jika kawasan lalang ia mudah terbakar). dikawasan ini juga menyukarkan pergerakan.

4-Diatas tebing curam (risiko tergelicir atau tanah runtuh)

5-Dikawasan berbatu yang tajam, akar pokok yang timbul di permukan tanah (merosakan khemah)

6-Dibawah pokok mati atau berdahan mati (risiko dahan patah dan menghempap khemah)

Page 22: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

7-Dibawah pokok besar dan daunya rimbun (risiko dahan patah jika ribut atau hujan lebat)

8-Dibawah pokok yang beracun atau berhampiran dengannya (sepeti pokok rengas-risiko gatal-gatal), juga pokok yang berduri.

9-Diatas denai binatang (laluan binatang) atau laluan manusia

10- Berhampiran tempat sumber makanan/minum haiwan di sekitarnya (risiko diserang haiwan dan juga akan menakutkan haiwan)

11-Dikawasan kotor atau berhampiran dengan sampah sarap.(penyakit)

12.Terlalu dekat dengan sungai (risiko berlaku ibu air)

Page 23: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

Walau bagaimanapun, tidak semua tapak perkhemahan memenuhi apa yang dikehendaki oleh kita.

Ia bergantung kepada keadaan yang memungkinkan pertimbagan yang sewajarkannya untuk memilih tempat perkhemahan tersebut.

ia bergantung kepada keadaan berikut:

1-Jangkamasa berkhemah, jika satu malam saja tidak perlulah smua yang disenaraikan diatas dipenuhi . Gunakan yang perlu sahaja

2-Bilangan peserta-jika ramai fikirkan yang perlu, jika sekadar berdua atau satu keluarga kecil memadai yang terpenting sahaja.

3-Jenis perkhemahan-berkaitan memilih tapak, ikut kesesuaian sesuatu program itu.

4-Keadaan alam sekeliling-jika dapat pemandangan yang menarik satu bonus.

Page 24: Asas Perkhemahan (Pengakap) . =)

SEKIAN..TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN ANDA =)