UNIT 1 ASAS KAWALAN MOTOR LAKUAN MOTOR & BIOMEKANIK
UNIT 1
ASAS KAWALAN MOTOR
LAKUAN MOTOR &
BIOMEKANIK
Definisi
Kawalan motor ialah bidang yang mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawalnya.
Kawalan pergerakan ini dihasilkan oleh sistem biologi.
Terdapat dua jenis lakuan motor, iaitu:Lakuan motor tanpa kemahiran (Involuntari)Lakuan motor berkemahiran (Voluntari)
Lakuan Pergerakan Involuntari
- Dihasilkan secara luar kawalan. - Berlaku secara spontan dan dalam masa
yang singkat.- Contohnya: Pantulan lutut, tarikan
tangan atau kaki bila terkena benda panas.
Neuron sensori di kaki
Impuls sensori di hantar ke
saraf tunjang
Saraf tunjang
Impuls sensori bersinaps
dengan neuron motor di saraf
tunjang
Impuls motor dihantar ke
efektorOtot
menguncup di efektor
Mekanisme ringkas pergerakan involuntari (Pantulan lutut)
Lutut di ketuk
Mekanisme umum pergerakan involuntari (Terpijak Paku)
Sistem reseptor menerima rangsangan di peringkat periferi.
Rangsangan yang diterima oleh neuron sensori ditukarkan kepada impuls sensori
Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat (peringkat rendah)
Impuls bersinaps dengan neuron motor di saraf tunjang
Impuls sensori bertukar menjadi impuls motor apabila bersinaps
Impuls motor di hantar ke efektor
Sistem efektor menghantar maklumat impuls motor dan menghasilkan pergerakan involuntari.
Lakuan Pergerakan Voluntari Dihasilkan secara sedar atau dalam
kawalan. Individu memilih dan menentukan
untuk melakukan sesuatu pergerakan. Perlakuan ini dibina melalui bakat,
pengalaman dan latihan. Mutu perlakuan yang dihasilkan
dipengaruhi oleh faktor tahap kemahiran dan pengalaman.
Contoh: sepak takraw dan badminton.
Sepak takraw BadmintonApabila menerima
servis, pemain yang kurang mahir mungkin akan menghantar terus bola ke pihak lawan. Manakala bagi pemain yang mahir akan mengangkat, mengumpan dan merejam bola ke gelanggang lawan.
Pemain yang mahir akan membuat smesy atau drop shot apabila mendapat hantaran bola tinggi. Manakala pemain yang kurang mahir, mungkin akan membalas dengan hantaran setengah gelanggang.
Mekanisme umum pergerakan voluntari
Reseptor menerima rangsangan fizikal di
peringkat periferi
Neuron sensori terima rangsangan fizikal dan
tukarkan kepada impluls sensori
Impuls sensori yang diterima berkumpul di
talamus
Impuls sensori bersinaps dengan neuron sensori
motor
Impuls sensori bertukar menjadi impuls motor. Pemprosesan integrasi sensori akan berlaku
Impuls motor dihantar ke saraf tunjang dan ke
sistem efektor
Apabila sistem efektor menerima maklumat motor, pergerakan
terhasil.
Jenis Pergerakan Berkemahiran
Pergerakan berkemahiran juga dikenali sebagai pergerakan voluntari
Terbahagi kepada dua, iaitu:Kemahiran GenerikKemahiran Berobjektif
Kemahiran Generik
Kemahiran pergerakan yang diwarisi manusia.
Kematangan individu berlaku secara semula jadi (sejak lahir).
Perubahan kematangan berlaku dengan cepat pada usia kanak-kanak dan berkurangan pada umur dua puluhan.
Contoh: pertumbuhan otot.
Kemahiran Berobjektif
Kemahiran yang dipelajari dan mempunyai objektif khusus.
Kemahiran ini dapat ditingkatkan melalui latihan yang kerap dan sistematik.
Contoh: dalam larian.Individu perlu mempelajari teknik larian yang
khusus jika ingin mendapat tahap kelajuan yang optimum.
Unsur-unsur penting dalam kemahiran berobjektif:KecekapanKetepatanKetekalanCepat bertindak terhadap rangsangan
Pengelasan Kemahiran Motor
Terdapat tiga kriteria untuk membezakan kemahiran motor iaitu:
Ketepatan lakuan Ciri Pergerakan Stabiliti Persekitaran
Ketepatan Lakuan
Berdasarkan jenis atau saiz otot utama yang terlibat dalam menghasilkan pergerakan.
Terbahagi kepada dua iaitu: Kemahiran Motor Kasar Kemahiran Motor Halus.
Kemahiran Motor Kasar
Penggunaan otot-otot besar sebagai otot utama dalam pergerakan.
Contoh – berlari, angkat berat dan menendang bola.
Kemahiran Motor Halus
Penggunaan otot-otot kecil sebagai otot utama dalam pergerakan.
Contoh-menembak, memanah dan boling padang
Ciri Pergerakan
Cara sesuatu kemahiran itu dimulakan dan diakhiri.
Dihasilkan oleh individu secara terkawal atau luar kawal.
Terdapat tiga kriteria ciri pergerakan: Kemahiran Diskrit Kemahiran Berterusan Kemahiran Siri
Kemahiran diskrit
Mempunyai titik permulaan dan titik pengakhiran yang spesifik.
Melibatkan pergerakan pantas dan masa terhad.
Contoh- merejam bola dalam permainan sepak takraw (dalam masa yang singkat pemain perlu melakukan kemahiran rejaman)
Kemahiran berterusan
Melibatkan pergerakan yang sama dan dilakukan berulang-ulang kali dengan titik mula dan titik akhir.
Contoh- berenang atau berlari.
Kemahiran bersiri
Gabungan beberapa kemahiran diskrit yang dicantum secara bersiri.
Terdapat fasa-fasa kepada pergerakan seterusnya.
Contoh- lompat jauhFasa berlariFasa lonjakanFasa layanganFasa mendarat
Stabiliti Persekitaran
Kemahiran yang berasaskan stabiliti persekitaran terbahagi kepada dua:
Kemahiran luar kawal (open motor skill) Kemahiran terkawal (closed motor skill)
Kemahiran luar kawal
Kemahiran ini dihasilkan dalam persekitaran yang berubah-ubah.
Semasa melakukan kemahiran ini, pemain atau objek berada dalam keadaan bergerak.
Tindakan pemain dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Contoh:reaksi pemain badminton apabila terima hantaran
bola tanggung daripada pihak lawan.Pemain ini ingin melakukan smesy tetapi dia tidak
dapat meramal sama ada pukulan tersebut mampu mematikan bulu tangkis di pihak lawan.
Kemahiran terkawalKemahiran ini dihasilkan dalam
persekitaran yang stabil.Setiap pergerakan dikawal dan
ditentukan sendiri oleh pemain.Contoh- melempar cakera.
Pemain perlu kawal corak pergerakan yang akan dihasilkan
Pemain mampu menguasai teknik lemparan yang betul.