Top Banner

of 40

Asas Elektrik Dan Elektronik

Apr 05, 2018

Download

Documents

jann
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    1/40

    ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

    ASAS ELEKTRIK:

    Struktur atom

    Sifat pengalir dan penebat

    Kuantiti dan unit elektrik

    Arus terus dan arus ulang alik

    Sumber dan kegunaan elektrik

    NAMA : NUR JANNAH NABIHAH BT SABRI

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    2/40

    STRUKTUR ATOM

    Semua jirim mempunyai atom.

    Atom terdiri daripada nukleus di bahagian

    tengah dan dikelilingi oleh elekton.

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    3/40

    Nukleus terdiri daripada proton dan neutron.

    Proton = cas positif

    Neutron = tidak bercas

    Atom mempunyai elektron yang sentiasabergerak mengelilingi nukleus dalam orbit.

    Elektron = cas negatif

    Berat elektron = 1/1840 berat proton

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    4/40

    Bilangan elektron bergantung kepada jenis

    atom.

    Contoh :

    Karbon = 6 elektron

    Kuprum = 29 elektron

    Dalam keadaan biasa bilangan elektronsesuatu atom adalah sama dengan bilangan

    proton.

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    5/40

    Atom mempunyai orbit berlapis-lapis. Setiaporbit mempunyai bilangan elektron dan parastenaga yang tertentu.

    Orbit-orbit ini ditandakan dengan huruf K, L, M, Ndan seterusnya.

    Orbit yang paling hampir dengan nukleus ialahorbit K dan orbit paling luar sekali dikenali

    sebagai orbit valensi.

    Elektron yang terdapat dalam orbit valensidipanggil elektron valensi.

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    6/40

    Bilangan maksimum yang boleh ditampung

    oleh setiap orbit ditentukan dengan

    menggunakan formula 2n^2, di mana n

    mewakili nombor orbit mengikut kedudukan

    dari nukleus.

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    7/40

    Elektron bergerak mengelilingi nukleus dalam

    orbitnya. Elektron-elektron ini kekal beredar dalam

    orbitnya kerana kesan daya tarikan di antara proton

    dengan elektron.

    Elektron yang berada hampir dengan nukleus lebih

    kuat terikat. Ianya sukar dikeluarkan dari orbit

    berbanding dengan elektron yang berada jauhdaripada nukleus. Jika elektron di orbit valensi

    dikenakan tenaga luar, ia akan keluar dari orbitnya

    dan dan menjadi elektron bebas.

    Terdapat pelbagai cara untuk mengeluarkan elektron

    dari orbitnya, antaranya ialah secara aruhan magnet,

    tindakan haba, kimia, cahaya, tekanan dan elektrik.

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    8/40

    Bilangan elektron valensi sesuatu atom

    menentukan ciri elektrik atom itu.

    Bil. Elektron

    valensi

    Ciri elektrik Contoh unsur

    1, 2 atau 3 Pengalir Kuprum, emas,aluminium

    4, 5 Bahan separuh

    pengalir

    (semikonduktor)

    Karbon, silikon,

    germanium

    5, 6, 7 Penebat Posforus, sulfur

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    9/40

    HUKUM CAS ELEKTRIK :

    Hukum ini menjadi asas penting untuk

    memahami bagaimana aliran arus elektrik terjadi.

    Jika 2 objek yang berlainan cas dihampirkan,

    objek tersebut akan menarik antara satu sama

    lain. Jika 2 objek yang sama casnya dihampirkanmaka ia akan menolak antara satu sama lain.

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    10/40

    SIFAT PENGALIR DAN PENEBAT

    PENGALIR

    Bahan yang membenarkan arus eletrik

    mengalir melaluinya. Aliran arus dalam

    sesuatu pengalir tidak dapat bergerak

    dengan bebas kerana halangan elektron

    dan atom-atom dalam pengalir ini.

    Halangan ini dikenali sebagai rintangan.

    Bahan pengalir yang rendah

    rintangannya adalah pengalir yang baik.

    Contoh pengalir : kuprum, aluminium,

    emas besi, plumbum.

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    11/40

    Rintangan yang diberikan oleh pengalir bergantung kepada :

    1. Panjang bahan

    Semakin panjang suatu bahan, semakin tinggirintangannya.

    2. Luas muka keratan bahan Semakin besar luas permukaan sesuatu bahan, semakin

    rendah rintangannya.

    3. Jenis bahan

    Bahan yang berlainan jenis mempunyai rintangan yangberbeza.

    4. Suhu

    Semakin tinggi suhu bahan, semakin tinggi rintangannya.

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    12/40

    PENEBAT

    Bahan yang tidak membenarkan arus

    elektrik mengalir melaluinya. Penebat

    yang baik mempunyai rintangan yang

    sangat tinggi.

    Contoh bahan : plastik, kertas, getah,

    PVC dan kain.

    Bahan penebat selalunya digunakan

    untuk menghalang kebocoran arus

    elektrik

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    13/40

    KUANTITI DAN UNIT ELEKTRIK

    CAS ARUS

    VOLTAN RINTANGAN

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    14/40

    1. CAS

    Tenaga elektrik terdiri daripada cas positif yangdibawa oleh proton dan negatif oleh elektron.

    Cas positif mempunyai lebih banyak bilanganproton.

    Cas negatif mempunyai lebih banyak bilanganneutron.

    Objek yang mempunyai bilangan proton danneutron yang sama ianya neutral.

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    15/40

    Kuantiti cas yang dibawa oleh satu proton dan

    satu elektron adalah sama besar.

    Kuantiti cas elektrik (Q) ini disukat dalam unit

    coulomb (C). Satu coulomb cas ialah sejumlah

    cas yang dipunyai oleh 6.24 x 10^18 (proton

    atau elektron)

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    16/40

    Contoh :

    Seutas dawai tembaga mempunyai 24.96 x 10^18 elektron bebas.Berapakah jumlah cas yang terdapat dalam wayar tersebut?

    Penyelesaian

    Diberi: bilangan elektron ialah 24.96 x 10^18 elektron

    1 coulomb ialah 6.24 X 10^18 elektron

    Oleh itu: Cas (Q) = 24.96 X 10^18 elektron6.24 X 1018 elektron

    = 4 coulomb

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    17/40

    2. ARUS

    Arus elektrik (I) disukat dalam unit ampere

    (A).

    Jika 1 coulomb cas mengalir melalui satu titik

    pada pengalir setiap saat, pengalir tersebut

    membawa arus sebanyak 1 ampere.Hubungan

    tersebut boleh ditulis dalam bentuk

    persamaan berikut:

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    18/40

    Arus = cas(Q)

    Masa(t)

    I = Q

    t

    I disukat dalam ampere, Q dalam

    coulomb dan t dalam saat

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    19/40

    Contoh :

    Hitung nilai arus yang mengalir dalam satu litar elektrikapabila 75 coulomb cas elektrik melalui titik tertentuselama 30 saat.

    Penyelesaian

    Diberi: Q = 75 C dan t = 30s

    Oleh itu : arus = 75 C

    30s

    = 2.5 C/s

    = 2.5 A

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    20/40

    3. VOLTAN

    Apabila dua terminal suatu bateri disambungkan olehpengalir, arus elektrik akan mengalir. Satu terminalakan membekalkan elektron melalui pengalir tersebutmanakala terminal yang satu lagi menerimanya.

    Pengaliran arus ini disebabkan oleh voltan (V), ataubeza upaya, merentasi kedua-dua terminal bateri itu.

    Semakin banyak elektron yang boleh dibekal danditerima oleh terminal bateri tersebut, semakin tinggivoltannya.

    Voltan diukur dalam unit volt (V).

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    21/40

    4. RINTANGAN

    Rintangan ialah suatu ciri bahan pengalir yang menghalangpengaliran arus elektrik di dalamnya.

    Bagi satu nilai voltan (V) yang dikenakan pada suatu litar

    elektrik, kuantiti rintangan (R) dalam litar tersebut akanmenentukan jumlah arus (I) yang mengalir.

    Kuantiti rintangan (R) disukat dalam unit ohm (W).

    Satu bahan dikatakan mempunyai nilai rintangan 1 ohmapabila ianya dapat membenarkan arus 1 ampere mengalir

    dalam litar apabila voltan 1 volt dikenakan kepadanya. Pertalian ketiga-tiga kuantiti ini dinyatakan dalam Hukum

    Ohm.

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    22/40

    ARUS TERUS DAN ARUS ULANG ALIK

    1. ARUS TERUS (AT)

    Arus elektrik ialah suatu pergerakan cas-cas.

    Kejadian ini boleh ditunjukkan dengan

    menyambung satu mentol kepada kutub positifdan negatif satu bateri melalui wayar kuprum.

    Arus akan mengalir melalui wayar dan filamen

    mentol menyebabkan mentol menyala. Arus yangterhasil daripada bateri ini mengalir dalam satu

    arah sahaja dan dinamakan arus terus (AT).

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    23/40

    Bentuk gelombang arus terus

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    24/40

    2. ARUS ULANG-ALIK

    Bekalan elektrik daripada stesen janakuasa kerumah, sekolah, kilang dan sebagainya

    mempunyai ciri aliran arus yang berlainan. Arah arus ini sentiasa bertukar fasa dari positif

    ke negatif dan sebaliknya berulang-ulang.

    Perubahan arah aliran arus ulang alikdisebabkan oleh perubahan kekutuban puncavoltan secara berselang-seli.

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    25/40

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    26/40

    SUMBER DAN KEGUNAAN ELEKTRIK

    Tenaga elektrik boleh dihasilkan melalui

    beberapa sumber tenaga seperti cahaya, haba

    dan kimia. Tenaga elektrik untuk kegunaan

    harian banyak dihasilkan dengan tindakankimia dan kemagnetan.

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    27/40

    Proses penghasilan tenaga elektrik :

    1. Tindakan kimia

    2. Tindakan kemagnetan3. Tindakan cahaya

    4. Tindakan haba

    5. Tindakan tekanan6. Tindakan geseran

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    28/40

    1. TINDAKAN KIMIA

    Sel kering dan sel basah

    a. Sel kering

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    29/40

    Digunakan untuk alat-alat yang tidak

    memerlukan tenaga elektrik yang banyak.

    Tindakan kimia berlaku di dalam sel apabila

    sel kering digunakan.

    Voltan sel kering biasanya 1.5 V.

    Boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan

    saiz.

    Jenis arus ialah arus terus

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    30/40

    b. Sel basah

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    31/40

    Dapat menghasilkan tenaga elektrik yang banyak.

    Sel asid plumbum ialah sejenis sel basah.

    Bekas sel basah dibuat daripada plastik atau getah.

    Plat berpositif berbilangan ganjil, plat bernegatif

    berbilangan genap. Voltan sel asid plumbum biasanya 2 V.

    Sel basah boleh dicas apabila tenaga elektrik menjadilemah.

    Apabila paras elektrolit berkurangan, boleh dipenuhkandengan air suling.

    Bacaan meter tumpat kurang daripada 1.2 menunjukkan selitu perlu dicas semula.

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    32/40

    2. Tenaga elektrik daripada kemagnetan

    a. Arus elektrik boleh dijana apabila;

    1 pengalir memotong medan magnet yang

    tidak bergerak.

    Medan magnet bergerak memotong pengalir

    yang tidak bergerak.

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    33/40

    b. Arus yang dihasilkan boleh ditambahkan

    sekiranya;

    Magnet yang lebih kuat digunakan.

    Bilangan lilitan pengalir ditambah.

    Kelajuan pemotongan di antara pengalir

    dengan medan magnet ditambah.

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    34/40

    c. Penghasilan arus melalui aruhan ialah prinsip

    yang digunakan di dalam sebuah dinamo :

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    35/40

    Roda berpusing di dalam dinamo memutarkanmagnet.

    Putaran ini mengaruhkan tenaga elektrik di

    dalam gelung dawai yang dililit di sekelilingteras besi.

    Teras besi meningkatkan lagi arus yangdijanakan.

    Arus yang dijanakan oleh dinamo adalah arusulang alik.

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    36/40

    3. Tenaga elektrik daripada cahaya

    Sedikit arus elektrik terhasil apabila cahayamemancar ke atas permukaan bahan tertentu

    seperti kalium, natrium, selenium dankalsium.

    Digunakan dalam satelit.

    Sel solar digunakan untuk menukar cahayadaripada matahari kepada tenaga elektrik.Digunakan dalam kalkulator dan kamera.

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    37/40

    4. Tenaga elektrik daripada haba

    Boleh dihasilkan oleh 2 logam yang berlainan

    yang dibelit dan dipanaskan.

    Alat ini disebut termokupel dan digunakan

    sebagai termometer untuk menyukat suhu

    haba dalam relau gas automatik dan oven.

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    38/40

    5. Tenaga elektrik daripada tekanan

    Sedikit arus elektrik boleh dihasilkan apabilatekanan dikenakan pada sejenis hablur kuartz

    dan garam Rochelle. Kuasa elektrik yang dihasilkan bergantung

    kepada banyaknya tekanan dikenakan ke atashablur yang terkapit di antara 2 plat logam.

    Prinsip ini digunakan dalam alat penyala gas,alat pemain piring hitam dan mikrofon.

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    39/40

    6. Tenaga elektrik daripada geseran Apabila benda-benda tertentu digeserkan,

    elektron berpindah dari satu bahan ke bahanyang lain.

    Bahan yang menerima elektron itu menjadi casnegatif dan yang menghilangkan elektronmenjadi cas positif.

    Apabila 2 bahan yang berlainan casdisambungkan, cas elektrik bergerak.

    Pergerakan cas elektrik ini dipanggil elektrikstatik.

  • 7/31/2019 Asas Elektrik Dan Elektronik

    40/40

    SEKIAN