ISI KANDUNGAN
BIL.PERKARAMUKA SURAT
01. PENGENALAN2
02. EMPAT CONTOH KES PEMBUNUHAN5
03. FAKTOR-FAKTOR PENINGKATAN GEJALA 9PEMBUNUHAN DALAM
NEGARA
04. ASAS-ASAS PEMBINAAN AKHLAK SESEORANG10 MANUSIA
05. KAEDAH PENERAPAN ASAS PEMBINAAN15 AKHLAK DI KALANGAN ANGGOTA
MASYARAKAT.
06. PENUTUP20
07. RUJUKAN22
1. PENGENALAN
Islam merupakan agama yang syumul dan merangkumi segala aspek
kehidupan. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh hamba sama ada
berupa kebaikan atau kejahatan, akan diberi ganjaran dan balasan
yang setimpal dengan apa yang dilakukan. Semua agama di dunia ini
menyeru umatnya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.
Tetapi masih ramai manusia di zaman ini yang tidak mengikut ajaran
yang telah ditetapkan sebaliknya membuat sesuatu sesuka hati tanpa
batasan. Akibatnya, lahirlah masyarakat yang mengabaikan aspek
akhlak dalam kehidupan. Masyarakat hari ini mengalami dekadensi
moral yang sangat ketara. Ianya sedang hangat diperkatakan sejak
kebelakangan ini. Semua pihak baik ahli akademik, ahli politik
ataupun masyarakat umum banyak membicarakan tentang penurunan nilai
moral masyarakat. Perkara ini perlu ditangani kerana ia melibatkan
generasi yang akan lahir di masa akan datang.Sejak akhir-akhir ini,
gejala kes pembunuhan semakin berleluasa di negara Malaysia, saban
hari ada sahaja berita mengenainya dilaporkan oleh pihak media.
Keadaan ini sudah semestinya membimbangkan sesiapa sahaja dan
menimbulkan ketakutan dan kegusaran di kalangan rakyat jelata.
Ternyata keadaan ini wujud akibat pembentukan akhlak di kalangan
manusia pada hari ini semakin runtuh dan di tahap yang paling
membimbangkan. Sifat peri kemanusiaan dalam diri manusia semakin
lami semakin terhakis dan lenyap kerana penyuburan akhlak dalam
jiwa manusia itu sendiri yang semakin lama semakin pudar.Mengikut
takrifan Kamus Dewan, akhlak adalah budi pekerti, kelakuan, watak,
pengetahuan berkaitan dengan kelakuan, tingkah laku manusia dan
sebagainya Numa ada baik atau jahat. Perkataan akhlak adalah
berasal daripada bahasa Arab, khulq yang membawa maksud
kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap, tabiat dun tingkah laku.
Maksud ini terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak
Rusulullah s.a.w yang bermaksud : Akhlaknya (Rasullah s.a.w) adalah
al-Quran (Riwayat Muslim)Akhlak Rasulullah s.a.w yang dimaksudkan
di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan keyakinan, pegangan,
sikap dan tingkah laku Rasulullah s.a.w yang semuanya merupakan
pelaksanaan ajaran al-Quran.Akhlak dari segi istilah membawa maksud
segala laku perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan, apabila
dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang (Abul A'la al-Maududi,
1967). Setelah tingkah laku yang telah diamalkan sekian lama dan
diterima oleh sesuatu masyarakat sebagai sebahagian daripada cara
hidup, itu dinamakan akhlak.Istilah akhlak adalah suatu istilah
yang bersifatrabbani kerana ia bersumberkan daripada Allah. Firman
Allah bermaksud,Dan sesungguhnya kamu benar-benar berakhlak yang
agong (al-Qalam: 4)Usamah ibn Syarik menceritakan bahawa dia dengan
teman-temannya pada suatu hari duduk dekat Nabi dan mendengar
seorang di antara yang nadir bertanya kepada baginda, "Siapakah di
antara hamba Allah yang sangat disayangi oleh Tuhannya?Nabi
menjawab,"Mereka yang terbaik akhlaknya" (Tabrani).Al-Khulq dari
segi bahasa bererti sifat dan tabi'at. Sementara menurut istilah ia
diertikan sebagai kumpulan sifat yang bersemadi di dalam jiwa dan
berdasarkan dorongan dan pertimbangan sifat tersebut sesuatu
perbuatan itu dikatakan baik atau buruk (Abu Urwah, 1989). Akhlak
meliputi segala lapangan hidup baik rohani mahupun jasmani,
meliputi dunia dan akhirat (Ahmad Ibrahlm, 1992). Firman Allah
bermaksud, Demi sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah contoh yang
baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah
s.w.t dan balasan baik di hari akhirat nanti dan dia sentiasa
mengingati Allah setiap masa (Al-Ahzab : 21)Akhlak al-Quran
merupakan satu fitrah semulajadi manusia yang tidak bercanggah
sedikit pun dengan akal pada setiap masa dan tempat. Kembali kepada
al-Quran bererti mengembalikan manusia kepada jalan akhlak yang
benar-benar diperlukan dan dicari oleh setiap manusia (Mustafa Haji
Daud, 1991). Menurut tulisan Ibn Miskawayh (1966) di dalam kitab
beliau, Tahdhib al-Akhlaq, akhlak adalah keadaan sesuatu jiwa yang
menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa
pertimbangan fikiran terlebih dahulu, di mana keadaan jiwa
tersebut, menurut Ibn Miskawayh terbahagi dua bahagian, iaitu
keadaan jiwa yang bersifat tabii dan keadaan jiwa yang 'dibentuk'
melalui latihan dan kebiasaan.Kemudian, al-Ghazali (1976) di dalam
Ihya Ulum al-Din mencatakan takrif akhlak sebagai sifat yang
tertanam di dalam jiwa seseorang yang darinya muncul perbuatan
dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.
Kalau keadaan jiwa tersebut malahirkan laku perbuatan yang baik,
yang diiktiraf akal dan syarak, maka ia dinamakan akhlak yang baik,
sebaliknya jika ia melahirkan laku perbuatan yang jahat, maka ia
dinamakan akhlak yang buruk.Berdasarkan takrif yang diberikan
tokoh-tokoh besar Islam di atas, maka ciri-ciri utama yang
mendasari istilah akhlak tersebut telah dapat difahami. Akhlak
semestinya merupakan suatu laku perbuatan yang sudah cukup biasa
dan sebati di dalam did seseorang sehingga apabila dia mahu
melakukan perbuatan tersebut, dia sudah tidak lagi perlu berfikir
terlebih dahulu, malahan ianya muncul secara spontan. Ini bermakna
ruang untuk berlakon, berlagak atau malahan bersifat munafik tidak
pernah diberi laluan atau tidak termasuk di bawah naungan istilah
akhlak. Dalam kata lain, ciri-ciri perlakuan manusia dalam bentuk
lakonan dan yang seumpamanya itu masih belum boleh dianggap sebagai
suatu akhlak bagi diri seseorang.Akhlak juga, berdasarkan piawai
syarak dan akal murni, boleh dibahagikan kepada dua; akhlak baik
dan akhlak buruk. Bagaimanapun, menurut perpektif Islam akhlak yang
dikehendaki hanyalah laku perbuatan yang bersifat baik yang sudah
sebati di dalam diri seseorang, kerana itulah matlamat dari
pengutusan Rasulullah S.A. Wke dunia mi. Kriteria baik itu pula,
sebagaimana yang dicatatkan oleh al-Ghazali, mestilah ditentukan
piawainya oleh syarak. Hal ini cukup penting menurut pandangan
Islam, kerana persoalan nilai sama ada baik atau buruk, kalau
diserahkan semata-mata kepada kebijaksanaan manusia menentukan
piawainya, maka kecelaruan dan ketidakpastian pasti akan terjadi.
Ini ialah kerana apa yang dikatakan baik misalnya oleh seseorang,
tidak semestinya baik juga bagi orang lain; demikian pula halnya
sesuatu perkara yang dianggap baik di suatu tempat atau pada zaman
yang tertentu, tidak semestinya pula menjadi baik di tempat dan
zaman lain. Untuk itu, nilai atau piawai yang ditentukan oleh
syarak adalah tetap dan kekal sepanjang zaman. Ia adalah cukup
tepat dijadikan sebagai rujukan di dalam hal seumpama ini. Dalam
hubungan ini, kita perlu merujuk pandangan al-Qur'an tentang akhlak
Rasulullah s.a.w sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:Dan
bahawa sesungguhya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang
sangat mulia. (Al-Qalam:4)Berdasarkan huraian di atas, maka satu
kesimpulan lagi boleh dibuat berhubung dengan ruang lingkup
penghayatan akhlak yang baik menurut perspektif Islam. Maka ia
secara pastinya merujuk kepada penyebatian dalam perlakuan
seseorang terhadap seluruh ajaran dan suruhan yang terkandung dalam
al-Quran. Dalam kata lain, ruang lingkup penghayatan seluruh isi
kandungan al-Quran sebagaimana yang ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w
hanya menjadi bermakna apabila segala itu terlaksana dengan
sempurna di dalam diri seseorang. Menurut perspektif Islam, apabila
segala itu tercapai, maka orang tersebut sudah berakhlak dengan
akhlak yang baik.
2.EMPAT CONTOH KES PEMBUNUHAN DI MALAYSIA
2.1 KES PERTAMAPengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi ditembak
matiLagi kes kejadian pembunuhan bersenjata api yang berlaku di
negara ini, menurut laporan media arus perdana, mangsa Hussain
Ahmad Najadi berusia 75 tahunadalah seorang Pengasas AmBank Group,
ditembak mati di tempat letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur
pada petang Isnin 29 Julai 2013
Mangsa dan tempat kejadian
Selain itu, isteri beliau turut ditembak tetapi mengalami
kecederaan dan dilaporkan stabilselepas dirawat di Hospital Tung
ShingMengenai insiden itu,Allahyarham, warga Iran yang juga
Pengarah Urusan pertama bank itu meninggal dunia serta merta di
tempat kejadian selepas terkena tembakan di dada dan rusuk manakala
isterinya berusia 48 tahun terkena peluru di lengan kiri dan peha
kanan sebelum dikejarkan ke hospitalKetua Polis Daerah Dang Wangi,
Asistan Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata kejadian berlaku jam 2
petang apabila tiga lelaki menunggu mangsa keluar daripada menemui
seorang lelaki di tokong berhampiran dipercayai berkaitan urus
niaga sahamMotif sebenar insiden pembunuhan itu kini dalam
siasatan
My Sumber
-http://www.mysumber.com/berita/hussain-ahmad-najadi-pengasas-ambank-mati-kena-tembak#ixzz2kYv3HqRP
2.2KES KEDUA
Polis Tidak Tolak Dendam Motif Pembunuhan11 Nov 2013, 09:03pm by
Rodhiah Abu Yazid
Polis tidak menolak kemungkinan dendam menjadi punca pembunuhan
bekas Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang, JAIP,
Allahyarham Mohd Rafli Abdul Malek, yang ditembak petang
semalam.
Bagaimanapun Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani
menegaskan, pihaknya akan membuat siasatan dari semua aspek,
termasuk membabitkan kes berprofil tinggi yang dikendalikan oleh
Allahyarham.Datuk Sharifuddin ditemui selepas menghadiri
pengkebumian Allahyarham Mohd Rafli di Tanah Perkuburan Jalan Bukit
Ubi, Kuantan, siang tadi. Beliau menjelaskan, polis Pahang
menubuhkan pasukan khas yang diketuai beliau sendiri bagi memburu
penjenayah terbabit.
Sehingga kini, polis sudah mendapat beberapa maklumat awal bagi
membantu siasatan. Manakala fotofit penjenayah terbabit akan dibuat
berdasarkan keterangan anggota keluarga Allahyarham. Katanya, polis
di sempadan Malaysia - Thailand turut diarah memantau kemungkinan
penjenayah cuba meloloskan diri ke negara jiran bagi mengelak
ditahan.
Dalam kejadian pukul 1.55 petang semalam, Allahyarham Mohd Rafli
maut selepas terkena dua daripada tiga das tembakan yang dilepaskan
oleh tiga penjenayah, di hadapan rumahnya, di Taman Indera Mahkota,
Kuantan.
-See more at:
http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Polis_Tidak_Tolak_Dendam_Motif_Pembunuhan.html#sthash.Xo70nhzt.dpuf
2.3KES KETIGA
Al Fatihah : Timbalan KP Kastam mati kena tembak
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri)
mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya,
hari iniDatuk Shaharuddin Ibrahim, 58, yang tinggal di Dengkil,
Selangor, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul
9.20 pagiKetua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin
Wah berkata dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan
ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan
lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15
pagiTembakan itu mengenai bahagian leher ke atas dan Shaharuddin
dikejarkan ke Hospital Putrajaya oleh pemandunya,katanya kepada
pemberita ketika ditemui di kejadianKu berkata siasatan polis
mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatikPolis
akan meneliti kesemua bahan bukti termasuk kamera litar tertutup di
kawasan itu, katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai
maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis
berhampiran Bernama
My Sumber
-http://www.mysumber.com/berita/al-fatihah-timbalan-kp-kastam-meninggal-dunia-kena-tembak#ixzz2kYzyUQIZ2.4KES
KEMPAT
Pembunuh Norazita berjaya ditangkap polisT K Letchumy Tamboo|
Kemas kini: November 11, 2013
Click to Expand & PlaySuspek diiringi polis selepas
ditangkap. -- Gambar: TwitterKUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan
yang menembak mati pegawai AmbankNorazita Abu Talib, 37, dalam
kejadianrompakandi Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas,
telah berjaya ditangkap polis pagi ini.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu
Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah
kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya
menangkap suspek di Johor Baharu.
Satu kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
Datuk Hadi Ho Abdullah, turut mengesahkan penahanan lelaki tersebut
di Kampung Belungkor, Kota Tinggi pada pukul 7 pagi ini.
Pihak polis percaya, dengan penangkapan suspek utama ini, kes
berkenaan telah berjaya diselesaikan, katanya.
Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut
ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik
kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.
Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal
dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian
kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.
Suspek kemudian melarikan sejumlahRM450,000dari bilik kebal
itu.
Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV
memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman
sosial ekoran kejadian tersebut..
Terbaru :Reaksi media sosial, ramai mahu pembunuh Norazita
dihukum tembak sampai mati
3.FAKTOR-FAKTOR PENINGKATAN GEJALA PEMBUNUHAN DALAM NEGARA
Terdapat banyak faktor yang membawa kepada kejadian bunuh di
Negara ini. Antaranya ialah kurangnya didikan agama dalam diri
seseorang ialah antara punca utama berlakunya gejala pembunuhan.
Segelintir manusia pada hari ini sudah tidak kisah tentang
kepentingan agama dalam hidup mereka. Mereka tidak sedar bahawa
ilmu agamalah yang menentukan landasan hidup mereka yang sebenar.
Tidak ketinggalan juga nilai-nilai kemanusiaan yang semakin pupus
dalam diri manusia. Hal ini akan menyebabkan berlakunya gejala
negatif tersebut. Di samping itu,punca keruntuhan sistem keluarga
juga menyebabkan berlakunya gejala tersebut.Hal ini dapat dilihat
menerusi kes-kes penderaan kanak-kanak yang kian berlaku.Mereka
bukan sahaja didera malah dibunuh kejam oleh manusia yang berhati
binatang.Punca ini berlaku disebabkan sikap sebilangan ibu bapa
hari ini yang terlalu mengejar kebendaan tanpa mengikuti
perkembangan keluarga di rumah. Selain itu,tekanan emosi dalam diri
juga menjadi faktorwujudnya gejala sosial pembunuhan ini.Seseorang
yang boleh terdorong untuk melakukan perbuatan tersebut adalah
berkemungkinan dirinya tidak mampu untuk mengawal emosi dengan baik
apabila dilanda masalah.Contohnya dalam kes kematian empat
sekeluarga yang mati dibunuh oleh ahli keluarganya sendiri.Kejadian
ini berlaku mungkin disebabkan gangguan emosi yang terlampau.Punca
tersebut juga boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. Faktor
terakhir yang boleh disumbangkan berlakunya gejala tersebut juga
ialah pengaruh dari persekitaran. Misalnya pada masa kini, kita
dapat melihat majalah-majalah hiburan yang dijual di serata tempat
di samping peralatan media elektronik seperti televisyen, internet
dan lain-lain. Segala kemudahan yang disediakan telah disalah guna
sehingga naluri manusia didorong untuk berkelakuan ganas.Menurut
Pensyarah Kanan, Bahagian Psikologi, Fakulti Sains Tingkah Laku,
Universiti HELP, Dr. J. Anasuya yang dipetik dari artikel yag
ditulis dalam Kosmo bertarikh 14 November 2013, dari segi kesan
sosiologi, mereka yang terlibat dalam jenayah tembak terkesan
dengan persekitaran, mahu diberi perhatian, rasa tercabar dengan
rakan yang turut terlibat dalam jenayah yang sama dan kemahuan
untuk memenuhi sesuatu melalui jenayah. Kegiatan tembak ini juga
dipercayai banyak mempengaruhi generasi masa kini apabila mereka
secara mendadak terdedah dengan realiti dunia luar, mudah mengakses
kegiatan jenayah sama ada secara langsung atau tidak menerusi
internet, filem-filem dan permainan video dengan elemen keganasan,
mahupun dan pengaruh rakan sebaya. Kesan pendedahan ini
meningkatkan nafsu mereka untuk mencuba, katanya.Walaupun tidak
pernah mengendalikan atau membuat penyelidikan berkaitan penembak,
Anasuya akui, kumpulan penjenayah ini secara umum mempunyai
psikologi yang hampir serupa dengan seorang pembunuh. Mereka yang
terlibat dalam kes tembak ini boleh dibahagi kepada dua kategori.
Pertama, penembak upahan yang melakukannya sebagai satu kerjaya.
Kedua, ialah penembak berperasaan membunuh mengikut emosi. Tambah
beliau, apabila seseorang itu memilih membunuh seseorang sebagai
satu pekerjaan, dia tidak akan terikat dengan sikap empati atau
kesan emosi. Ini kerana bagi mereka, sasaran itu hanya untuk wang.
Menurut beliau lagi, mereka juga mungkin seorang penembak yang
mahir dan teliti dalam merancang agar mudah terlepas daripada pihak
berkuasa. Lagipun, mereka sukar dikaitkan dengan jenayah terlibat
kerana merupakan orang yang tiada kaitan dengan mangsa.Bagi
kategori kedua, iaitu penembak yang mengikut emosi, kumpulan ini
melakukannya atas dasar perasaan peribadi, balas dendam atau
cemburu. Tindakan mereka lebih mudah dikesan kerana jenayah yang
dilakukan tidak dirancang dengan baik dan tanpa memikirkan jalan
keluar. Secara umumnya, penembak atau pembunuh, mempunyai
personaliti seorang yang suka menyendiri, antisosial dan tidak
empati kepada sesiapa. Namun demikian, ia berbeza dengan pembunuh
upahan yang boleh terdiri daripada seorang yang berpelajaran,
berstatus, suka bersosial dan mempunyai kemahiran misalnya dalam
mengendalikan senjata.
4.ASAS-ASAS PEMBINAAN AKHLAK SESEORANG MANUSIA
Untuk mengbimbing individu ke arah pembentukan akhlak seseorang
manusia, mereka perlulah berusaha menghayati akhlak mulia dalam
menjalani tugasan dan kehidupan mereka. Islam mempunyai asas
akhlaknya yang tersendiri. Asas akhlak Islam bersumber daripada
semangat falsafah tauhid. Akhlak membicara mengenai sistem perilaku
yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t untuk manusia dalam
menjalani kehidupannya. Justeru itu kesemua kegiatan individu dalam
urusan bermasyarakat mengikut Islam perlu menepati garis akhlak
yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Kemampuan individu
mengharmonikan segala aspek kelakuannya mengikut panduan akhlak
akan membimbing individu tersebut kepada keserasian hidupnya dengan
fitrah kejadiannya. Natijah dari keserasian tersebut yang
memampukan individu tersebut memperoleh kemuliaan dan kejayaan
hidup di dunia dan seterusnya di alam akhirat.Oleh itu, pembentukan
individu dan masyarakat berakhlak sangat dianjur oleh Islam. Nabi
Muhammad s.a.w. di utuskan untuk menyempurna akhlak manusia.
Penyempurnaan akhlak manusia dalam kesemua urusan hidup mengikut
Islam adalah syarat awal untuk menjamin masyarakat kepada
kecemerlangan dalam kesemua aspek kegiatan, termasuk usaha dalam
membangun negara.Mengikut Imam Al Ghazali akhlak adalah satu kajian
berkaitan kepercayaan agama yang membicarakan tentang kebenaran dan
kebatilan berkaitan sesuatu amalan dan ia bukan sekadar sebagai
satu bidang ilmu. Matlamat utama akhlak ialah untuk mempengaruhi
kelakuan sebenar seseorang individu. Setiap amalan baik individu
adalah untuk menyuci jiwa dirinya semoga ia memperoleh pembalasan
yang baik di alam akhirat. Kelakuan berakhlak adalah persamaan
dengan tuntutan agama. Makin beramal seseorang individu dengan
ajaran agama makinlah berakhlak individu tersebut.Seterusnya Al
Ghazali menerangkan bahawa akhlak juga adalah Ilmu berkaitan dengan
roh, sifat-sifatnya dan ciri kelakuan manusia. Beliau dengan tegas
menyatakan bahawa akhlak adalah suatu ilmu amalan yang terpenting.
Bagi beliau seseorang yang gagal membimbing jiwanya tidak akan
mampu mentadbir urusan kehidupan orang lain. Beliau menyarankan
bahawa kemantapan akhlak mesti bermula dengan kefahaman berkaitan
dengan jiwa, kuasanya dan sifat-sifatnya. Menguasai ilmu tersebut
merupakan syarat awal untuk menyuci jiwanya sebagaimana yang
disarankan oleh al-Quran: "Sesungguhnya berjayalah orang yang
menyucikan jiwanya; Dan sesungguhnya hampalah orang yang
mengotorinya. (Asy-Syams: 9-10)Manusia pada fitrahnya mengandungi
sifat malakiah dan bahimiah. Kedua-dua sifat yang sedia wujud pada
diri manusia adalah penting untuk dibangunkan. Islam tidak
menganjur kepada penghapusan sifat bahimiah dalam manusia. Bahkan
Islam mahu sifat bahimiah ini terus dibina dengan menuntut sifat
malakiah mendidik dan membimbing sifat bahimiah. Sifat bahimiah
menyediakan tenaga untuk manusia bergiat dan membuat perubahan dan
sifat malakiah menjamin bahawa perubahan tersebut mengikut nilai
akhlak yang dapat membawa kepada kemajuan mutlak tercapai. Shah
Waliullah, seorang ulama dalam abad ke-18 ada mengutara beberapa
pokok asas akhlak yang dapat mengarah manusia bermasyarakat dan
bernegara ke mercu kemuliaan, iaitu ke arah kemampuan menterjemah
keadilan dalam kesemua urusan kehidupan manusia hingga terbangunnya
sebuah peradaban yang tinggi.
Empat ciri asas akhlak tersebut adalah seperti berikut:i)
Taharah - Penyucian diri manusia dalaman dan luaran. Individu
Muslim digalakkan memiliki kesucian hati dan kebersihan luaran.
Kesucian hati meliputi nilai akhlak yang murni seperti amanah,
jujur, ikhlas, penyayang dan sebagainya. Kebersihan luaran meliputi
sikap yang positif seperti, disiplin, pemakaian yang kemas dan
bersih, dan pertuturan yang mempamerkan kesahsiah yang tinggi dan
sebagainya. Memiliki nilai dalaman dan luaran yang tersebut menjadi
seseorang individu dapat menjalani urusan bermasyarakat dengan
berkesan dan penuh disiplin. Sifat keperibadian individu yang mulia
ini akan dapat memainkan peranan yang positif kepada kegiatan
kehidupan yang diceburi. Asas ini mampu dibina melalui amalan
ibadat yang diwajibkan dan amalan sunat tambahan seperti solat
tahjud, solat witir, berzikir dan sebagainya, khususnya pada larut
malam hingga hampir pagi. Kesucian hati hanya akan dibina setelah
hubungan erat dengan Allah s.w.t. kerap diamalkan.
ii) Ikhbat - Menegap kebenaran melalui ketaatan kepada Allah.
Patuh dan cinta kepada kebenaran adalah satu daripada akhlak induk.
Mereka yang tidak patuh kepada Allah menolak kebenaran walaupun ia
yakin sesuatu itu benar. Sifat ini meletakkan nilai peribadi
manusia supaya sentiasa taat dengan penuh keyakinan bahawa tindakan
menegak kebenaran adalah sesuatu yang positif dan produktif kepada
kemajuan diri dan segala urusan kehidupannya termasuk menjalani
urusan membangun negara. Justeru itu keilmuan dan kefahaman yang
benar akan mengawasi pandangan hidup dan segala tindak tanduk
individu semoga kesemua tindak tanduk tersebut menepati arahan
Illahi. Kealpaan dalam mendukung kebenaran manghasilkan individu
yang munafiq. Iaitu individu yang mana tindakannya berbeza dengan
apa yang dilafazkan. Jika sifat ini menjadi budaya dalam sesebuah
masyarakat, ia adalah petanda awal kepada kemusnahan masyarakat
terbabit.
iii) Samahah - Sifat bertolak ansur, pemurah hati dan pemaaf.
Sifat ini sangat perlu dalam hidup bermasyarakat dan bernegara.
Keutuhan dan kestabilan dalam sistem bernegara akan dapat dicapai
jika sifat ini diamalkan oleh setiap ahli masyarakat. Semangat
kerjasama dan muafakat dalam melaksana urusan kehidupan
bermasyarakat adalah faktor yang membawa kepada kestabilan yang
seterusnya ke arah pencapaian kemajuan masyarakat negara.
Masyarakat yang penuh dengan emosi yang di pengaruhi oleh nafsu
bahimiah dan tidak memiliki sifat penyayang sukar untuk bekerjasama
dalam mengendali urusan kehidupan. Kemajuan sesebuah tamadun adalah
usaha bersama oleh setiap individu. Ini menepati sifat tabii
kemanusiaan yang memiliki ciri manusia sosial. Justeru itu sifat
samahah adalah asas akhlak yang membawa kepada suasana yang harmoni
dalam mengendali urusan masyarakat dalam sesebuah negara.
iv) Adalah - Bersifat insaf dan adil. Menghayati semangat
keadilan dalam kesemua aspek kehidupan merupakan kemuncak kepada
pembinaan tamadun manusia hasil daripada penghayatan ketiga-tiga
asas akhlak terdahulu seperti taharah, ikhbat dan samahah dan yang
di miliki oleh seseorang manusia.
Keempat-empat asas akhlak ini berhubung rapat dan sifat adil
adalah paling di kehendaki oleh syariat. Allah s.w.t. berfirman
dengan maksud "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan
berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang
dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi
pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran". (An Nahl:
90)Ciri asas akhlak di atas jika diamal dan disepadukan dalam
kesemua amalan kegiatan manusia termasuk kegiatan membangun
masyarakat dan negara akan membolehkan kemajuan dan kejayaan iaitu
kemampuan melaksanakan keadilan dalam menjalankan tugas. Kecapaian
pelaksanaan semangat keadilan dalam penyelenggaraan setiap amalan
pembangunan masyarakat merupakan kemuncak keutuhan sistem
bermasyarakat dan bernegara, dan merupa syarat awal kepada
pembangunan sesebuah tamadun manusia. Dalam usaha individu dan
masyarakat menghayati nilai keadilan, gulungan yang berilmu
dikalangan masyarakat hendak memainkan peranan yang berkesan. Allah
s.w.t. berfirman dengan maksud: "Allah mengakui bahawa sesungguhnya
tidak ada Tuhan selain daripadaNya dan malaikat mengakui dan
orang-orang berilmu yang tegak dengan keadilan". (Ali 'Imran:
18)Malangnya pada masa kini pada umumnya masyarakat memahami akhlak
sebagai kelakuan baik yang menghasilkan kelakuan individu yang
boleh diumpamakan seperti individu yang lurus dan betul bendul.
Pemahaman yang sedemikian akan gagal memberi pengertian yang tepat
tentang pentingnya akhlak dalam membangun masyarakat. Jika asas
akhlak difahami secara falsafah seperti yang dihujahkan oleh Shah
Waliullah sudah pasti usaha ke arah pemantapan akhlak individu akan
menjana ke arah kewujudan tamadun manusia yang mulia dan berdaya
maju. Nilai kemanusiaan sejati yang dituntut oleh Islam seperti
mendukung keadilan dan memupuk kasih sayang dikalangan umat manusia
akan menjadi suatu pendekatan kepada pembangunan masyarakat
semasa.Dari perspektif kemajuan ekonomi dan pembangunan negara
pendekatan yang diambil menepati semangat falsafah akhlak Islam
akan menjurus kepada pembangunan ekonomi dicapai melalui pendekatan
keadilan sosial. Keadilan sosial di sini bererti usaha ke arah
pembasmian kemiskinan di beri keutamaan. Ia diikuti dengan
penghapusan segala unsur kezaliman dalam perjalanan aktiviti
ekonomi. Usaha ini akan mengurang jurang perbezaan di antara yang
kaya dan yang kurang bernasib baik. Turut diberi perhatian menepati
semangat keadilan ialah kemampuan negara meningkat keberkesanan
dalam pengaliran harta kekayaan negara semoga lebih banyak peluang
ekonomi dapat dicetus. Ini sekaligus menyelesaikan masalah
penggangguran, geala sosial, rompakan serta kes-kes berat yang
melibatkan pembunuhan dan sebagainya. Pendekatan keadilan sosial
dalam membangun ekonomi negara akan menjana kepada pertumbuhan
ekonomi dengan disertai kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat
secara keseluruhan tercapai.
5.KAEDAH PENERAPAN ASAS PEMBINAAN AKHLAK DI KALANGAN ANGGOTA
MASYARAKAT.
Dalam mencari kaedah yang terbaik bagi memantapkan lagi asas
pembinaan akhlak di kalangan anggota masyarakat kita pada hari ini,
apa yang penting adalah asas kepada pembinaan dan pemantapan akhlak
itu sendiri perlulah kukuh terlebih dahulu serta diamalkan dengan
sebaiknya. Berikut dicadangkan kaedah terbaik menerapkan asas
pembinaan akhlak tersebut iaitu melalui: i) Akidah Yang
MantapAkidah dalam Islam membentuk worldyiew dan akhlak seorang
Muslim. Konsep tauhid uluhiyyah misalnya, menggariskanbahawa segala
sesuatu yang wujud datang dari Allah oleh itu semestinya manusia
melakukan segala perbuatannya kerana Allah. Mentaati, mencintai,
berlindung dan berharap kepada selain Allah secara mutlak bermakna
mensyirikkan Allah. Konsep Ubudiyyah menggariskan bahawa manusia
hidup sebagai hamba Allah. Seorang Muslim sejati akan
mendedikasikan hidupnya untuk mencari keredhaan Allah semata-mata.
Menghambakan diri pada Allah bererti menjalankan segala perintah
Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Segala perbuatan yang
dilakukan oleh seorang Muslim tanpa mengira siapa (pekerjaan) dan
apa perkara yang dibuat akan bernilai ibadah seandainya dia ikhlas
dan mengikut petunjuk Setelah akidah membentuk worldyiew seorang
Muslim, maka jati diri seseorang itu akan berubah dan menjadi orang
yang lebih baik dan bertanggungjawab. Seorang muslim yang sejati
akan bersikap amanah, berdisiplin, adil terhadap orang lain dan
dirinya sendiri, melaksanakan amar makruf dan nahi munkar dan
sebagainya.
ii) Kepatuhan SyariahDiri manusia memerlukan amal atau perbuatan
yang selaras dan menepati dengan kehendak akidah. Kehendak dan
kemahuan akidah itu dijelmakan dalam bentuk syariah yang merangkumi
semua disiplin, peraturan dan perundangan yang mesti dipatuhi,
diikuti dan dilaksanakan oleh manusia dalam semua kegiatan hidup
yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ianya sama ada kegiatan
hidup itu merupakan gerak laku amalan atau gerak laku perbuatan
yang berhubung antara manusia dengan Tuhannya, berhubung sesama
manusia dalam semua lapisan dan peringkatnya dan berhubung antara
manusia dengan alam sekeliling. Melalui ikatan, kawalan dan panduan
syariah akan terciptalah suatu corak kehidupan yang selaras dengan
kehendak Allah s.w.t.
iii) Pelaksanaan IbadahPelaksanaan ibadah merupakan
amalan-amalan yang membuktikan kemantapan akhlak yang dimiliki oleh
seseorang individu. Akhlak Islam bertunjangkan akidah. Sebab itulah
ia mempunyai asas yang kukuh kepada keimanan, kekuasaan Allah
s.w.t, qada' dan qadar, dosa dan pahala, ganjaran baik dan balasan
jahat di akhirat dan sebagainya. Akhlak yang baik yang disarankan
oleh al-Quran banyak sekali seperti iman, takwa, amal salih,
ikhlas, sabar, amanah, zuhud, adil, suka menolong, suka memaafkan,
pemurah dan sebagainya
Hujah-hujah pembentukan diri dari sudut akhlak dan ketrampilan
diri dunia dan akhirat juga telah ditekankan oleh ramai ahli
pemikir dan tokoh-tokoh agama terkemuka yang menekankan betapa
dengan sikap, adab atau akhlak baik yang ada pada seseorang pelajar
akan menjamin kejayaan di dunia dan di akhirat. Ini bermakna dengan
memiliki akhlak mulia seseorang pelajar akan mencipta kejayaan demi
kejayaan dalam bidang akademik, perhubungan dengan masyarakat,
memahami alam sekitar, cemerlang dalam kerjaya dan membawa
kebahagiaan di akhirat. Ini semua adalah akhlak-akhlak mahmudah
yang ditonjolkan melalui ruanglingkup amalan ibadah yang begitu
luas mencakupi berbagai aspek dunia dan akhirat.Pelaksanaan ibadah
yang mantap adalah hasil gabungan pengetahuan, keterampilan,
pola-pola tingkahlaku, sikap, nilai-nilai dan kebiasaan yang
terkandung dalam tujuan umum pendidikan Islam akan dapat
menumbuhkan semangat agama dan akhlak. Antara aspek-aspek
pelaksanaan ibadah yang membawa kepada pembinaan dan pemantapan
akhlak ialah dengan memiliki ilmu pengetahuan, didikan dan latihan
seperti yang terdapat dalam system pendidikan kita pada hari ini.
Pendidikan juga dilihat sebagai usaha membangunkan insan mukallaf,
insan proaktif, insan yang sedar diri akan status, kedudukan,
amanah dan tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah, mempunyai
kekuatan daya fikir yang boleh mengambil iktibar, mempunyai yisi
dan dapat melihat sesuatu dalam perspektif yang benar dan waspada
dalam pengertian hati-hati bahawa setiap tindakan akan ada hisab,
dipertanggungjawabkan dan meninggalkan kesan dari segi martabat,
pertumbuhan diri dan dari segi dosa pahala, sehingga setiap pilihan
yang dilakukan dibuat secara sedar dan bersengaja. Kemuliaan dan
kebahagiaaan, aman dan tenteram bergantung kepada sejauhmana
kejayaan dalam pendidikan akhlak. Pendidikan adalah aspek penting
dalam kehidupan manusia semenjak muncul dan tersebarnya Islam yang
dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang di utuskan oleh Allah, untuk
disampaikan kepada seluruh manusia. Pendidikan menjadi satu bidang
perjuangan baginda. Dalam sirah, tugas pertama Rasulullah memberi
pendidikan kepada pengikutnya. Ini boleh dilihat daripada ayat
pertama yang diturunkan oleh Allah yang mana di dalamnya
mengandungi unsur-unsur pendidikan.Firman Allah bermaksud :Bacalah
(wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari
sebuku darah beku: bacalah, dan Tuhanmu yang amat pemurah yang
mengajar manusia dari pena dan tulisan, Ia mengajar manusia apa
yang tidak diketahuinya (al-'Alaq 96:1-5)Ayat ini menyebut 'Qalam'
dan 'Ilmu' bagi membuka aqal dan pemikiran kepada kebenaran dan
mengangkat martabat manusia (Hijazi, 1968, juz.30). Kemunculan
Islam dengan turunnya wahyu di atas yang memerintahkan Nabi
Muhammad s.a.w membaca 'Iqra' dari psikologinya melibatkan
keseluruhan struktur mental manusia. Ajaran yang dibawanya lebih
menekankan kepada kerohanian dari jasmani, bahkan pendidikan yang
dibawanya tidak boleh diatasi oleh mana-mana pendidikan yang
lain.Akhirnya lahirlah manusia yang terbangun keinsanannya iaitu
manusia yang berdisiplin, mempunyai semangat dan daya juang yang
tinggi, inoyatif, berpegang kepada nilai-nilai etika dan akhlak
yang mulia. Lahimya generasi yang kuat bukan sahaja dalam bidang
fizikal, dalam pembangunan ekonomi dan teknologinya, tetapi menjadi
manusia soleh, mempunyai sikap yang positif dan dinamik,
berkebolehan serta berkeyakinan, berpandangan jauh, mempunyai
kekuatan dan daya tahan yang kental. Inilah buah hasil yang mam's
bakal dikecapi oleh semua pihak.Pelaksanaan ibadah seterusnya
adalah melalui penghayatan Al-Quran.Al Quran adalah KalamulLah
(Perkataan Allah) yang diwahyukan kepada Nabi Muhamad s.a.w untuk
disampaikan kepada seluruh manusia. Di dalamnya terkandung risalah
(ajaran) Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, sistem perundangan
Islam, pengetahuan tentang alam ghaib seperti malaikat dan hari
pembalasan, asas perundangan, system moral, fakta-fakta sains,
sejarah manusia dan lain-lain lagi. Al-Quran menunjukkan bagaimana
hubungan antara makhluk dan Tuhan sepatutnya dikendalikan dan
bagaimana manusia hams berinteraksi sesama manusia dan dengan
makhluk yang lain. Sebagai KalamulLah, maka tidak ada suatupun yang
lebih mulia di muka bumi ini selain dari al-Quran. Pembacaannya
adalah suatu ibadah, penghafalannya adalah idaman setiap mukmin,
perintah dan larangannya adalah undang-undang, sistem nilainya
adalah mutlak, segala pernyataannya adalah benar, mengamalkan apa
yang disarannya adalah bukti keimanan dan orang Islam mesti percaya
kepada semua ayat yang ada di dalamnya.Al-Quran tclah dan akan
terus membimbing manusia untuk mencapai kesempurnaan dalam
kehidupan. Al-Quranlah yang telah mencorakkan hidup orang Islam.
Tidak ada kitab yang setanding dengannya kerana kandungannya yang
menyeluruh. Di dalamnya terdapat panduan hidup yang sempurna. Bagi
orang Islam yang mempercayai al-Quran dengan penuh keyakinan akan
mendapatinya sebagai sumber ilham yang tidak ada habisnya. Bagi
mereka yang tidak percaya kepada al-Quran dan memberi
berbagai-bagai hujah, sebenarnya mereka hanya memperdayakan diri
mereka sendiri. Al-Quran juga merupakan mukjizat kepada Nabi
Muhammad s.a.w yang kemukjizatannya berkekalan sepanjang zaman.
Al-Quran menyatakan yang ianya sebagai kitab atau buku yang tidak
mempunyai sebarang keraguan yang menjadi pedoman dan petunjuk bukan
sahaja kepada orang Islam tetapi kepada seluruh manusia. Pandangan
hidup orang Islam dinyatakan di dalam al-Quran. Akhlak Islam yang
diajar oleh Nabi Muhamad s.a.w adalah akhlak yang disarankan di
dalam al-Quran. Suatu masa Aisyah telah ditanya mengenai akhlak
Rasululah, Aisyah menjawab bahawa akhlak Rasulullah adalah
al-Quran. Al-Quran merupakan daya penggerak kepada umat Islam untuk
melakukan sesuatu. Al Quran juga menjadi sumber dan pencetus
kebanyakan bidang ilmu. Oleh itu adalah wajar dikatakan bahawa
al-Quran sebagai sumber inspirasi dalam membina tamadun Islam
kerana pendorong dan penggerak utama orang Islam adalah
al-Quran.Seterusnya sebagai asas kepada pemantapan akhlak juga kita
sebagai hamba yang lemah di muka bumi ini juga perlulah muhasabah
diri. Di antara tanda-tanda jiwa yang beriman, menjauhi maksiat dan
takut adalah sentiasa menghitung setiap perbuatan dan pekerjaannya,
baik yang nampak mahupun tidak. Hal itu dilakukan agar merasa yakin
bahawa jiwanya ini berjalan di atas jalan yang lurus yang telah
ditentukan batas-batasnya oleh al-Quran Muhasabah nafs adalah
seseorang yang melakukan perhitungan terhadap dirinya selangkah
demi selangkah, tentang amal-amalnya, tingkah laku dan
perbuatannya, baik yang nampak mahupun yang tidak, sehingga sedar
perihal urusan dirinya sendiri dalam kerangka yang disyaratkan, dan
dengan kemahuan sendiri meluruskan nafsnya apabila didapati
penyimpangan. Semua itu dilakukan sebelum kehabisan usia, habisnya
waktu yang ditentukan dan berdiri di hadapan Allah s.w.t menghadapi
perhitungan akhirat.Muhasabah nafs dilakukan baik sebelum melakukan
suatu perbuatan mahupun setelah melakukannya pada setiap waktu dan
kesempatan. Tujuannya adalah agar jiwanya merasa tenang bahawa
segala perbuatan yang dilakukan itu sesuai dengan syariat Allah.
Apabila dalam perbuatan itu terdapat kekurangan atau kesalahan maka
hendaklah segera diperbetulkan. Dia juga harus selalu beristighfar,
menyesal, bertaubat dan kembali kepada Allah. Menjadi kewajiban
bagi seseorang Mukmin untuk melakukan perhitungan terhadap nafsnya
dan menilai amalannya. Setiap nafas yang disedutnya adalah permata
yang mahal yang boleh digunakan untuk membetulkan kesilapan dan
memperbanyakkan amalan soleh. Menyia-nyiakan sisa-sisa kehidupan
yang ada adalah satu kerugian yang membawa kepada kehancuran.
Hakikat kerugian ini akan nampak nanti pada hari kiamat, hari yang
tidak ada lagi manfaat dari harta dan anak, kecuali orang yang
datang dengan membawa hati yang ikhlas.Akhir sekali, kaedah terbaik
yang dapat memantapkan pembinaan akhlak di kalangan anggota
masyarakat adalah dengan bermujahadah. Al-Mujahadah, di dalam
keadaan asalnya adalah sama dengan al-Jihad, iaitu pengorbanan
segala bentuk kesenangan ke jalan Allah serta memerangi musuh-Nya.
Al-Mujahadah di dalam penggunaannya dalam bidang al-Tasawwuf secara
khusus telah dirujukkan kepada penerangan terhadap al-Nafs dan
penghindaran daripada segala tuntutan-tuntutannya berasaskan
anggapan bahawa al-Nafs tersebut adalah musuh utama yang berperanan
menjerumuskan insan ke arah kehancuran serta menjauhkan mereka
daripada agamanya.Maka dengan itu, al-Mujahadah adalah aspek
pengalaman dalam kehidupan bertasawwuf, iaitu suatu bentuk
pengalaman yang menentang al-Nafs. Al-Nafs yang kerap diperkatakan
di kalangan ahli sufi apabila membicarakan tentang al-Mujahadah
bukanlah satu nama yang sama erti dengan insan pada keseluruhannya
tetapi dirujukkan kepada diri kehaiwanan yang merupakan pusat
kepada nafsu syahwat yang menjadi punca kepada segala bentuk
kejahatan dan dosa. Menurut analisis golongan ahli sufi, al-Syahwah
dan al-Hawa merupakan dua tabiat yang terdapat di dalam al-Nafs.
Mujahadah merupakan usaha melawan nafsu syahwat untuk terus berada
dalam keadaan penghayatan Islam. Petunjuk jalan menuju Allah s.w.t
adalah hasil mujahadah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :Dan
mereka yang berjihad di jalan Kami, nescaya Kami tunjukkan
jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah itu berserta dengan
orang-orang yang baik (Al-Ankabut: 69)
Penghayatan mujahadah bermula dari pembentukan dan pembinaan
iman. Perlunya mujahadah dalam pembentukan iman mungkin tidak
disedari oleh orang yang dibesarkan dalam suasana Islam. Tetapi
orang yang dibesarkan dalam suasana bukan Islam, tentu mengalami
berbagai kesulitan yang memerlukan mujahadah untuk membentuk
keimanannya. Mujahadah juga adalah saluran dan wasilah utama bagi
mendapatkan petunjuk.
Allah s.w.t berfirman dengan maksudnya:"Barangsiapa yang beriman
kepada Allah, Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya"
(Al-Taghabun: 11)
Keimanan itu adalah hasil mujahadah dan kesempurnaan iman itu
adalah dengan amal yang memerlukan mujahadah dan usaha yang
bersungguh-sungguh. Ini memberikan gambaran tentang makna ayat di
atas iaitu barangsiapa yang bermujahadah membentuk keimanannya
sehingga berjaya membentuk keimanan dan barangsiapa bermujahadah
menyempurnakan keimanan itu, nescaya Allah s.w.t akan memberikan
petunjuk kepada hatinya.Hasilnya, hati akan bersinar dengan cahaya
keimanan dan mudah menerima kebenaran daripada Allah
s.w.t.Mujahadah yang diisytiharkan terhadap al-Nafs adalah
mempunyai nilai dan kedudukan yang amat tinggi menurut pandangan
Islam. Dalam hal ini, mereka berpegang kepada apa yang telah
diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Kita telah kembali dari
jihad kecil untuk kita mengharungi jihad yang lebih besar. Ketika
ditanyakan tentang jihad yang lebih besar itu, Rasulullah s.a.w
bersabda: " Jihad melawan nafsu". (Riwayat Muslim)
Maka sesungguhnya al-Mujahadah adalah suatu jalan yang sukar dan
panjang, dikelilingi pelbagai ranjau. Pintunya adalah taubat dari
segala dosa dan berusaha untuk membersihkan diri seterusnya tunduk
akur kepada semua perintah Allah. Oleh yang demkian, melalui
pengamalan kaedah-kaedah yang dicadangkan di atas, sudah pastinya
penyuburan akhlak di kalangan anggota masyarakat pada hari akan
dapat dikukuhkan dalam mneghindarkan diri dari melakukan
perbuatan-perbuatan mungkar dan keji sperti melakukan jenayah bunuh
dan sebagainya.
6.PENUTUP
Gejala kekerapan kes-kes pembunuhan yang berlaku sejak
akhir-akhir ini banyak memberi kesan terhadap masyarakat di negara
ini. Masyarakat telah diselubungi rasa takut untuk menjalani
aktiviti seharian mereka. Pergerakan mereka akan terbatas
disebabkan mereka perlu sentiasa berwaspada dengan keadaan
sekeliling. Keadaan ini juga akan menyebabkan masyarakat akan hidup
dalam suasana yang tidak tenteram di negara sendiri.Selain daripada
itu, gejala sosial tersebut juga telah memberi kesan terhadap ahli
keluarga mangsa pembunuhan itu sendiri. Yang mana kebanyakkan
daripada keluarga mangsa bunuh sukar menerima kenyataan tentang
kejadianyang berlaku. Situasiini lebih menyayat hati apatah lagi
mangsa merupakan salah seorang daripada ahli keluarga yang paling
disayangi atau paling rapat dalam kalangan keluarga tersebut.
Tekanan hidup juga akan timbul sekiranya keluarga mangsa terlampau
terkejut dengan kejadian terbabit. Contohnya ,seorang ibu mungkin
boleh menjadi gila sekiranya terlihat anaknya dibunuh di depan mata
sendiri. Tuntasnya, apa yang dapat dihuraikan dalam masalah gejala
sosial pembunuhan di atas ialah ia bukan sahaja dianggap serius
malah amat membimbangkan masyarakat di seluruh negara pada hari
ini. Masyarakat kita mungkia berasa bertuah kerana dapat hidup
dalam negara yang bebas daripada peperangan. Namun, sekiranya
masalah gejala sosial tersebut berterusan berlaku, maka ia juga
boleh menjejaskan keamanan di negara ini. Oleh itu,semua pihak
haraslah berganding bahu untuk mengatasi masalah ini agar
masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana yang aman damai
selamanya.Dalam hal ini, asas pembinaan akhlak seseorang yang
bergelar insan atau manusia perlulah kukuh dan jitu bagi menangani
permasalahan ini.Bagi memantapkan asas pembinaan akhlak di kalangan
anggota masyarakat pada hari ini bukanlah sesuatu yang mudah
dilaksanakan. Kerjasama semua pihak seperti ibubapa, jiran, anggota
masyarakat, pihak berkuasa, badan kerajaan, pihak pembangkang dan
banyak lagi perlulah berganding bahu membenteras dan menangani
permasalahan ini seterusnya mencari jalan penyelesaian yang
terbaik. Semua sudut perlulah diberi perhatian, di ambil kira serta
di beri fokus agar setiap inci penyebab kepada gejala ini dapat
dikupas dan diperhalusi agar satu jalan penyelesaian dapat
dilaksanakan seterusnya membendung gejala ini dari berleluasa demi
menjaga keamanan dan kedaulatan Negara kita yang tercinta.
RUJUKAN
Abdul Halim (1991). Islam dan al-Hadith. Kuala Lumpur : Angkatan
Bella IslamMalaysia.
Ab. Latif b. Muda dan Rosmawati Ali @ Mat Zin (1998). Pengantar
Ilmu Tauhid. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Haji Johari Haji Alias (1992). Membina Semangat Positif. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kasim bin Awang (1990). "Hubungan jiwa dengan Ibadah Ke Arab
Pembentukan Akhlak Pelajar", dalam Mengapa Kalimah Allah!. Kuala
Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
http://www.ikim.gov.my/index.php/en/berita-harian/7686-asas-akhlak-dalam-bermasyarakat-dan-bernegara.
Dilayari pada 12 November
2013.http://eprints.utm.my/11039/1/Metode_Pembinaan_Akhlak_Menurut_Ibn_Hazm_Dalam_Kitab.pdf.
Dilayari pada 12 November
2013.http://www.jheains.sabah.gov.my/downloads1/Khutbah-Jumaat/Tahun-2013/01-Januari/11-Jan-2013.pdf.
Dilayari pada 12 November
2013.http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0925&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2kbYhoGIZ.
Dilayari pada 12 November 2013.
1