ARTIKEL 1Kebakaran Di Sumatera Tengah Punca Jerebu Di Pantai
Barat MalaysiaDiterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 5:50 PM
Keadaan jerebu di Kuala Lumpur pada Ahad.KUALA LUMPUR: Aktiviti
pembakaran di Sumatera Tengah Indonesia, menjadi punca munculnya
jerebu di beberapa kawasan pantai barat Semenanjung, termasuk ibu
negara.
Tiupan angin barat daya ketika aktiviti pembakaran membawa asap
ke negara ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri
G.Palanivel.
Beliau berkata menurut laporan ASEAN Specialised Meteorological
Centre (ASMC) berpusat di Singapura Sabtu lalu, wujud lingkaran
asap jerebu sederhana dari kawasan kebakaran di wilayah Riau negara
itu.
"Pihak ASMC melaporkan bilangan titik panas (hotspot) yang
dikesan melalui imej satelit National Oceanic and Atmospheric
Administration (NOAA) di Sumatera pada 21 Jun adalah sebanyak 88,"
katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.
Imej satelit itu turut mengesan 17 titik panas di dalam negara
iaitu Pahang (1), Sabah (5), Sarawak (10) dan Terengganu (1).
"Dalam keadaan cuaca panas dan kering serta keadaan atmosfera
yang statik (tenang), habuk-habuk terampai yang dibawa merentas
sempadan akibat kebakaran tanah dan hutan kekal berkumpul dalam
ruang udara dan menyebabkan keadaan sedikit berjerebu,"
katanya.
Palanivel berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa memantau
bagi mencegah pembakaran terbuka.
Katanya, 194 pegawai JAS diberi kuasa menangkap penjenayah alam
sekitar di bawah peruntukan Seksyen 37 C Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974, (Pindaan) 2012.
Sementara itu, menurut portal JAS, 30 kawasan mencatatkan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) sederhana.Tags / Kata
Kunci:kebakaran,Sumatera,jerebu
Refleksi :
Artikel ini dipetik dari berita online Mstar iaitu di laman web
berikut :
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/06/23/kebakaran-sumatera/
bertarikh 23 Jun 2014.
Biarpun Malaysia telah menguakuasakan undang-undang berkaitan
jenayah alam sekitar di bawah peruntukan Seksyen 37C Akta Kualiti
Alam Sekitar 1974, (Pindaan) 2012 melalui pegawai penguatkuasa
Jabatan Alam Sekitar (JAS) namun kejadian jerebu sekitar Jun 2014
di Malaysia terutama di sekitar Lembah Klang serta kawasan Pantai
Barat Semenanjung Malaysia adalah berpunca daripada pembakaran
terbuka yang dijalankan di Negara jiran iaitu Sumatera,
Indonesia.Refleksinya jelas sekali, biarpun Negara menguatkuasakan
undang-undang alam sekitar tetapi ruang udara Negara kita terbuka
luas tanpa halangan untuk pengaliran udara serta tiupan angina.
Tanpa kerjasama Negara-negara jiran seperti Indonesia khasnya dan
Negara-negara ASEAN, masalah jerebu ini tidak mngkin dapat
dibendung. Apa yang boleh dilakukan adalah mengujudkan kerjasama
bagi menangani masalah ini dengan Negara-negara yang terlibat di
samping menguatkuasakan sepenuhnya akta yang berkaitan dengan
pengawalan alam sekitar di Negara kita sendiri.
ARTIKEL 2 :
Refleksi :
Artikel ini dipetik dari akhbar Berita Harian bertarikh 3
September 2013 berkaitan dengan masalah jerebu yang melanda kawasan
Taman Impian Putera, Bandar Seri Putera, Selangor akibat pembakaran
terbuka di tapak pembuangan sampah haram sekitar kawasan
tersebut.Dalam artikel tersebut dinyatakan sekitar 5000 orang
penduduk kawasan yang terlibat terpaksa hidup dalam keadaan udara
yang tidak bersih dan tercemar selama lebih 5 tahun akibat
pembakaran terbuka yang dilakukan di tapak pelupusan sampah haram
di kawasan mereka. Kejadian ini boleh berlaku oleh kerana
kelonggaran atau penguatkuasaan undang-undang berkaitan jenayah
alam sekitar tidak di ambil berat oleh pihak yang berkuasa.Lebih
menyedihkan lagi, biarpun berpuluh-puluh aduan telah dibuat oleh
penduduk setempat kepada pihak yang berwajib namun masalah tersebut
masih belum diatasi. Penduduk masih hidup bertemankan jerebu hasil
pembakaran terbuka tersebut. Oleh yang demikian, apa yang menjadi
persoalan di sini ialah kenapa tiadanya penguatkuasaan dijalankan
sedangkan terdapat undang-undang atau akta yang berkaitan dengan
perkara tersebut ? Di sini dapat saya katakan, pihak berkuasa
haruslah memainkan peranan masing-masing dalam usaha mengawal
kejadian jerebu daripada berlaku tanpa berselindung di sebalik
kepentingan tertentu. Jangan nanti bila dah terhantuk barulah kita
hendak mengadah.
ARTIKEL 3 :
Refleksi :
Artikel ini dipetik dari Kolum Agama, Berita Harian bertarikh 6
Ogos 2013.
Artikel ini membincangkan masalah jerebu yang melanda Negara dan
perkaitannya dengan kerakusan manusia itu sendiri. Penulis telah
merujuk beberapa hadis serta kejadian yang berlaku semasa zaman
Rasulullah S.A.W di mana pada ketika itu telah berlaku kejadian
jerebu dan kemarau kerana kerap melakukan penentangan kaum-kaum
Bani Mudhar dari puak musyrikin Mekah terhadap baginda.Jelas
daripada artikel tersebut, biarpun sehebat mana kita manusia
menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan alam sekitar
umpamanya serta mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah
ini tetapi jika kita semua sebagai umat manusia yang menjadi hamba
kepada Maha Pencipta, jika kita tidak tunduk dan mentaati setiap
perintah dan suruhanNya maka Dia Maha Berkuasa untuk menurunkan
bala yang pasti akan menimpa seluruh umat manusia.Selain daripada
melakukan aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan bagi mengelak dari
kejadian jerebu terus berlaku, kita sebahagai hambaNya hendak
sentiasa beramal, berdoa dan mematuhi setiap perintah dan
laranganNya. Musibah yang melanda Negara, seperti kejadian jerebu
ini hendaklah di anggap sebagai musibah akibat daripada perbuatan
serta kerakusan kita sendiri dalam menjaga alam sekitar yang telah
dikurniakan oleh Maha Pencipta untuk setiap hambaNya.
ARTIKEL 4 :
Refleksi :
Artikel ini dipetik dari laman berita online Malaysian Insider
bertarikh 13 Mac 2014 dan petikan akhbar Berita Harian 4 Ogos tahun
yang sama.
Artikel berbentuk grafik ini memaparkan IPU atau Indeks
Pencemaran Udara yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar
(JAS) kawasan-kawasan di sekitar negeri Selangor yang terjejas
teruk akibat kejadian jerebu yang melanda.Jelas di sini dapat kita
lihat kesan jerebu bukan sahaja mengakibatkan kesihatan kita
terjejas tetapi juga aktiviti serta kegiatan harian lain juga turut
sama terjejas. Ini berikutan 131 buah sekolah di Daerah Klang telah
diarahkan tutup disebabkan jerebu. Apabila kejadin seperti ini
sering berlaku, proses pengajaran dan pembelajaran murid juga akan
terganggu kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidak mahu
kesihatan murid-murid sekolah terjejas kesan daripada kejadian
jerebu.Apa yang penting, kita semua hendaklah sama-sama
bertanggungjawab dalam menangani isu ini kerana kejadian sekiranya
kejadian ini terus berlaku, selain daripada kesihatan kita akan
terjejas tetapi segala aktiviti serta kegiatan harian kita turut
sama terjejas seperti persekolahan, bersukan, kegiatan ekonomi dan
sebagainya. Ini bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya kepada
kesihatan tetapi juga akan mendatangkan kerugian kepada Negara
khasnya kegiatan ekonomi Negara.Selain daripada itu, pelepasan asap
daripada kenderaan bermotor yang meningkat dengan begitu mendadak
di sekitar Lembah Kelang menjadi antara penyumbang kepada
berlakunya kejadian jerebu. Namun begitu, kita semua harus sedar
dan mengambil langkah serta mematuhi semua arahan serta larangan
yang telah dikeluarkan oleh pihak-pihak berkuasa tertentu kerana
setiap arahan dan larangan tersebut adalah untuk kebaikan kita
bersama.
ARTIKEL 5 :
Refleksi :
Artikel ini dipetik dari akhbar Sinar Harian bertarikh 11
Oktober 2013.
Dalam petikan ini menunjukkan dengan jelas pemimpin
Negara-negara ASEAN telah mengambil langkah yang proaktif dalam
usaha mereka menangani masalah jerebu yang melanda Negara-negara
sekitar Asia Tenggara terutamanya Negara kita Malaysia yang
terjejas teruk akibat kejadian jerebu.Setiap pemimpin Negara
termasuklah Perdana Menteri kita Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
telah bersepakat untuk menerima cadangan yang telah dibentangkan
oleh Menteri-menteri Alam Sekitar ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN
Ke-23 Tahun 2013. Rata-rata pemimpin Negara ASEAN berharap semua
Negara anggota terlibat terutamanya Indonesia mengambil langkah
yangn lebih serius bagi mengawal kejadian jerebu terutamanya dengan
mengawal aktiviti pembakaran terbuka di Negara tersebut. Setiap
Negara ASEAN juga telah bersepakat kerana akan saling bantu
membantu ketika menghadapi isu tersebut.Kesimpulannya, sikap saling
bantu membantu merupakan sikap yang perlu dijadikan amalan ketika
menghadapi sebarang isu atau bala bencana. Sikap ini bukan sahaja
harus dipupuk di kalangan masyarakat Negara kita tetapi juga
seluruh masyarakat dunia terutamanya Negara-negara ASEAN dengan
menjadikan pemimpin-pemimpin Negara terlibat sebagai penggerak
dalam merealisasikan kerjasama tersebut.