ARNAB YANG PEMALASCerita kanak-kanak tentang dua sahabat.Di
sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab
dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa
bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, Mari
kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan,
kita ada tempat berteduh. Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya
berehat dulu, jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan
lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan
kesejukan.Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah
begini,kata tupai. Ya, betul kata awak, jawab arnab. Pagi esok kita
akan buat sarang, kata arnab lagi.
Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat
sarang. Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang, kata
tupai. Tapi bukan sekarang, jawab arnab. Kita masih ada banyak masa
lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar! Tupai
menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu,
hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat
berteduh. Alangkah baiknya jika kita ada sarang, kata tupai. Esok
kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini
sewaktu hujan. Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan
sahabatnya. Kita tunggu esok sahajalah, kata arnab.
KERBAU BALARDalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar.
Warna kulitnya merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain.
Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu
dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan
bersama dan tidur sekandang."Rupa kamu tidak sama dengan kami,"
kata kerbau yang lain itu.Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih
kerana mereka selalu disisihkan.Pada suatu musim ,kerbau hitam dan
kerbau balar itu mendengar tuan mereka akan menangkap mereka.
Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah.Pada suatu
hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang
menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki
kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah
mereka apa yang sebenarnya terjadi.Ketika kerbau-kerbau lain di
tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu melarikan diri ke hutan.
Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.Selamatlah kedua-dua
kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah
untuk ditangkap lagi.
ANAK IKAN YANG SUKA MENIPUDi sebuah lautan, terdapat seekor anak
ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi
rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka.
Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, Jerung!
Jerung! Bersembunyi cepat! Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan
bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya
itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang
itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.Sebab itulah mereka
akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, Jerung! Jerung! Namun
Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan
rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun
mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony
menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka
seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka.
Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu. Jerung! Jerung!
Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu
bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan
rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya.
Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah
kamu semua mempermain-mainkan aku! jerit Tony. Jerung itu berenang
menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh
jerung itu.
PAHLAWAN KEMERDEKAAN(kepada pahlawan Pahang)
Pahlawan!Jika hilangmu tanpa pusarajika pusaramu tanpa namajika
namamu tanpa bungapenjajah mengatakan kau derhakamaka kaulah
pahlawan sebenarnya.
Gema seabad silamInggeris datang meredah Pahangbersama peluru
bersama senapangmembunuh menangkap setiap pejuang
Sungai Semnatan berubah merahbukan sarap hilir ke kualabukan
rakt mudik ke huluarus merahnya menjulang mayatpahlawan bangsa
pahlawan rakyattujuh liang dadanya tersayat.
Pahlawan!Untukmu derita untukmu penjarabukan bintang tersemat di
dadasemangatmu api negara berdaulatnamamu terukir di jantung
rakyat.
Tongkat Warrant1946
JIWA HAMBA
Menung seketika sunyi sejenakkosong di jiwa tak berpenghunihidup
terasa diperbudak-budakhanya suara melambung tinggi
Berpusing roda, beralih masaberbagai neka, hidup di bumiselagi
hidup berjiwa hambapasti tetap terjajah abadi
Kalau hidup ingin merdekatakkan tercapai hanya berkatatetapi
cuba maju ke mukamelempar jauh jiwa hamba
Ingatan kembali sepatah katadari ucapan seorang pemukadi atas
robohan Kota Melakakita dirikan jiwa merdeka
Tongkat Warrant1948
Syair Siti Zubaidah & Perang diChinaBaik parasnya bukan
kepalangTubuhnya seperti emas cemerlangCahaya durjanya
gilang-gemilangJika ditentang bagaikan hilangLemah lembut manis
berseri-seriMajlisnya tidak lagi terperiParasnya seperti anakan
periTiada berbanding di dalam negeriBertambahlah arif bijak
laksanaBijak bestari akal sempurnaSifatnya lengkap tujuh
laksanaTiada berbanding barang di manaJikalau dicari dengan
makrifatCukup kepadanya serba empatHabis kepada sempurna
sifatBandingnya itu sukar mendapatRambutnya panjang hitam
lebatnyaKening beralit dengan hitamnyaMata hitam sangat
hitamnyaBulu matanya lentik sangat eloknyaHidungnya mancung
lehernya jijangPinggangnya ramping dadanya bidangLoknya elok
sederhana sedangSedap manis mata memandangPuteri Zubaidah konon
namanyaPatutlah nama dengan rupanyaDi negeri Irak sangat
mashurnyaSeorang pun tiada tolok bandingnya
Puisi Tradisional (Syair Siti Sianah)Setengah Perempuan terlalu
janggalnya,Roma dimuka pula dicukurnya,Seperti taji berandam di
keningnya,Kemudian memakai dengan selengkapnya.
Mengagak mengilai terlalu suka,Melihat laki-laki tampakkan
muka,Supaya laki2 boleh meyangka,Ianya elok tiada terhingga.
Setengah perempuan sangat pesolek,Berhias berdandan berpakai
molek,Didalam cermin muka ditelek,Kanan dan kiri dibelek-belek.
Meskipun tiada berapa eloknya,Ada yang setengah kembang
hidungnya,Serta pula kepik batangnya,Seperti buaya besar
mulutnya.
Setengah perempuan perangainya cela,Habis dipenuhi rambut
kepala,Rambut yang sikit disiputnya pula,Memakai cemara
berjela-jela.
Terkadang muka dibubuh pupuri,Kaki dan tangan,lengan dan
jari,Jadilah rupanya putih berseri,Pekerjaan tipu sangat
digemari.
Setengah perempuan yang makan angkat,memakai gelang
bertingkat-tingkat,Memandang laki2 matanya lekat,Dengan jantan suka
berdekat.
Kaki dan tangan dinaikkan pula,Pura-pura dikatakan ubat
segala,Hakikatnya diketahui Allah taala,Supaya laki2 berhati
gila.
Berlindunglah kita kepada Allah,Daripada perbuatan yang amat
salah,Mudah-mudahan dilepaskan,Jangan menjadi betina sempolah.
Setengahnya suka bermain judi,Inilah perangai banyak
terjadi,Habislah tergadai intan serudi,Kerana perangai sudah
membadi.
PANTUN MUHIBAH DAN PERPADUANKomsas Tingkatan 2:Pantun Muhibah
dan Perpaduan
Petang hari pergi ke pekan,Pulang membawa sebungkus laksa;Hidup
muhibah perlu diamalkan,Di negara Malaysia berbilang bangsa.
Cantik bergugus buah papaya,Masak dipetik satu persatu;Walaupun
berlainan bangsa budaya,Kerana muhibah hidup bersatu.
Air mengalir dalam terusan,Mengairi sawah beratusan
relung;Bekerjasama segala urusan,Tanda bersatu
bergotong-royong.
Tuan puteri dari kayangan,Senyuman manis seperti
madu;Bermacam-macam keturunan bukan halangan,Untuk membina bangsa
yang padu.
PANTUN TRANFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA
Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera;Hargai Merdeka,Sejahtera
Malaysia.
Demi maruah bangsa yang gagah,Rela kutempuhi onak dan duri;Agar
Malaysiaku terus megah,Dijajah semula rakyat yang rugi.
Bekalan warisan anak-anak merdeka,Disanjung dipuja setiap
masa;Semangat patriotik tertanam di jiwa,Anak-anak pasca merdeka
pasti berbangga.
Kukuh perpaduan demi 1Malaysia,Tiada makna jika hati penuh
kepalsuan;Mencintai negara terus membara,Salam perpaduan penuh
keikhlasan.
Negara maju aman sejahtera,Berkat kepimpinan yang utamakan
rakyatnya;Perpaduan terbentuk demi cintakan negara,Transformasi
berjaya rakyat sejahtera.
Aman bahagia rakyat sejahtera,Rakyat sepakat dalam
perpaduan:Pelbagai kaum meraikan 1Malaysia,Malaysia berada di
puncak kejayaan.
AudioJudul bahan audio sastera dan pautanPaparan skrin
Arnab yang hilang
http://www.youtube.com/watch?v=MLZeiZ0_SGY
Cerita kura-kura dan arnab
http://www.youtube.com/watch?v=c5cJDc9fNoc
Kura-kura dan pelanduk curi rambutan
http://www.youtube.com/watch?v=S_n4dW1226M
Syair kerbau yang baik hati
http://www.youtube.com/watch?v=JuMnnLtZdFE
Syair nasihat
http://www.youtube.com/watch?v=w2vkM2lct84
Sajak hari guru
http://www.youtube.com/watch?v=sca2uQD3o6k
Sajak jika saya
http://www.youtube.com/watch?v=aPpSi09jY5E
Pantun teka teki
http://www.youtube.com/watch?v=oJgRHMRxx0s
Pantun raya sutera kasih
http://www.youtube.com/watch?v=zcaHgs8S4w4
Pantun raya setiap negeri
http://www.youtube.com/watch?v=XpAZT4aL5ZU
Video