Top Banner

of 26

ARKIB

Oct 30, 2015

Download

Documents

stress di kalangan guru
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

ARKIB : 23/07/2007

Pendidik mesti bijak kawal emosi

Oleh: SAPORA SIPON

ISU pendidikan seringkali menarik perhatian ramai apatah lagi apabila ia melibatkan persoalan nilai, moral dan salah laku di kalangan warganya. Justeru apabila sahaja berita mengenai seorang warden asrama yang dikatakan mengarahkan ramai pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawang Assan berendam di dalam kolam ikan kerana kesalahan seorang daripada mereka membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas asrama perempuan, ia menjadi isu besar.

Dasar Kementerian Pelajaran tentu sekali menolak sebarang bentuk deraan tanpa mengira siapa. Dasar ini juga menjelaskan tiada seorang pun warga pendidik yang boleh melakukan sesuka hati mereka di sekolah. Pihak Kementerian juga sudah mempunyai garis panduan berhubung tindakan disiplin.

Masalah disiplin sememangnya boleh menggugat emosi guru. Jika tidak ditangani dengan baik, mudah saja guru cenderung untuk bertindak di luar emosinya.

Perguruan adalah profesion membantu yang amat terdedah dengan tekanan. Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan.

Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran.

Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.

Tekanan yang dihadapi oleh pihak guru disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktor yang paling ketara ialah ketidakupayaan guru untuk berdaya tindak ke atas isu-isu pendidikan yang berlaku dalam dunia yang pesat berubah. Ini kerana gelombang pembangunan pesat yang berlaku di negara ini dan juga seluruh dunia menyaksikan cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh guru semakin meningkat.

Banyak kajian menunjukkan isu-isu pendidikan seperti masalah disiplin pelajar yang berleluasa, bebanan tugasan, masalah kekurangan guru, kekurangan bilik darjah, konflik peranan, kekaburan peranan, ketiadaan sistem sokongan sosial yang kuat dan rangkaian masalah yang lain yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan boleh menggugat kesejahteraan guru.

Sekiranya isu-isu tersebut tidak diatasi segera ia boleh menyebabkan guru merasa dan memohon untuk meletak jawatan atau memohon untuk bersara awal.

Warga pendidik memang perlu bijak menangani isu pendidikan agar dapat mengawal emosi. Oleh itu, satu aspek penting yang perlu diberi perhatian yang berkaitan tekanan ialah aspek strategi berdaya tindak dan bagaimana mengawal emosi.

Mengawal emosi dan berdaya tindak terhadap tekanan kerja di kalangan guru kini menjadi semakin penting kerana kegagalan guru untuk berdaya tindak boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru.

Tekanan mempunyai hubung kait dengan sokongan sosial dan juga bantuan yang diterima. Sokongan sosial yang kuat boleh mengurangkan tahap tekanan. Kewujudan sistem sokongan yang kuat membolehkan guru-guru untuk berkongsi permasalahan antara satu sama lain di mana ia boleh menyumbang kepada cadangan yang membantu. (Woods & Weasmer, 2004).

Individu akan berupaya untuk berdaya tindak ke atas tekanan secara lebih efektif jika beliau mempunyai perhubungan sosial yang lebih berkesan. Kajian dalam bidang tekanan menunjukkan sokongan sosial sangat efektif dalam meningkatkan kesejahteraan kesihatan mental individu.

Mempunyai kaedah berdaya tindak dan mempunyai sokongan sosial adalah amat penting dan ini selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran sekarang iaitu mendidik guru-guru baru agar dapat mengawal emosi mereka supaya kejadian mendera pelajar dapat dielakkan.

Berbalik dengan isu merendam pelajar dalam kolam ikan, tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap individu terlibat.

Sememangnya gelombang pembangunan pesat yang berlaku di negara ini dan juga seluruh dunia menyaksikan cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh guru semakin meningkat. Oleh itu, warga pendidik perlu mempunyai mekanisme dalam berdaya tindak ke atas isu-isu pendidikan yang berlaku.

Jika ini gagal dilakukan, warga pendidik mungkin menghadapi masalah ketidakupayaan mengawal emosi. Jika emosi tidak dapat dikawal dan diri merasa tekanan, kecenderungan untuk melakukan perkara yang tidak diingini boleh sahaja berlaku.

DR. SAPORA SIPON, Pengarah Perhubungan Korporat Universiti Sains Islam Malaysia.

Artikel Penuh:http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm#ixzz2XR2m7o5H Utusan Melayu (M) BhdGuru dan Stress>>SATURDAY, NOVEMBER 13, 2010

Pengenalan

Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap manusia tidak dapat lari daripada tekanan yang boleh berpunca daripada peristiwa-peristiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial dan psikologikal. Kesan tekanan ke atas seseorang individu banyak bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk mengatasinya. Smither (1994) menakrifkan tekanan sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Schafer (1992) mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya. Fontana (1989) pula memberi definisi tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan seterusnya menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangani permintaan itu, makan tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif. Kesedaran tentang perlunya menguruskan tekanan ini digambarkan dengan kajian-kajian yang banyak dijalankan sama ada di dalam ataupun di luar negeri. Antara kajian tersebut ialah Nelson dan Sutton (1990) dan Jung (1995) di Amerika Syarikat; Cooper dan Kelly (1993) , Abouserie (1996) dan Cockburn (1996) di United Kingdom; Chan dan Hui (1995) di Hong Kong. Di dalam negeri pula telah dijalankan oleh Noor Azzuddin (1990), Noriah (1995), Abu Omar (1996) dan Ungku Norulkamar (1997). Kebanyakan kajian yang dimaksudkan adalah berkaitan langsung dengan persoalan tekanan di kalangan guru-guru.

Stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kesihatan mental seperti yang didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) adalah kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat kepada masyarakat (Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Malaysia, 2000). Apabila seseorang itu berhadapan dengan stres, sudah tentu ia akan gagal untuk berfungsi dengan baik di dalam masyarakat. Menurut kajian yang dilakukan oleh Institute of Stress di New York, Amerika terdapat 90 peratus daripada lelaki dewasa mengalami stress yang kuat sekurang-kurangnya dua kali seminggu, manakala 25 peratus lagi mengalami stress setiap hari.

Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion perguruan masa kini dianggap mempunyai tiga keadaan negatif, iaitu keadaan yang tekanan, moral guru yang rendah dan perletakan jawatan (mungkin bukan dalam keadaan kegawatan sekarang). DiMalaysia, persoalan tekanan di kalangan guru bukan lagi setakat bahan kajian ilmiah, malah ia menjadi isu dalam media masa. Menurut Muhamad (1995) , kajian oleh Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) menunjukkan guru-guru mengeloh terhadap kerja-kerja rutin guru seperti menyediakan perancangan tahunan, penggal, mingguan dan harian. Antara alasannya ialah masalah peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu berjauhan denga keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuai dan beban tugas yang berat (Borneo Post, 1996).

Gold dan Roth (1993) menyatakan bahawa salah satu punca stres bagi guru adalah perubahan (Zakiah Binti Arshad, 2003). Sebagai pengurus pembelajaran, guru perlu merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar setiap hari Esah Sulaiman (2003). Antara faktor-faktor yang menyebabkan stres guru ialah depersonalisasi, kejayaan diri, ketandusan emosi, lebihan kerja, hubungan interpersonal dan persekitaran kerja. Depersonalisasi ini adalah merujuk kepada keadaan emosi seseorang guru seperti cara melayan pelajar dan macam mana seseorang guru itu mengatasi masalah pelajarnya. Kejayaan diri merujuk kepada cara seseorang guru untuk mencapai kejayaan untuk melihat pelajarnya mencapai keputusan yang baik dalam pelajaran. Ketandusan emosi pula merujuk kepada perasaan guru yang kuat dalam menjalankan tugas tanpa merasa marah, sedih dan bersifat sentimental. Persekitaran kerja juga mempengaruhi guru dalam menjalankan tugas harian mereka antaranya keadaan persekitaran kelas, kemudahan alat bantu mengajar dan alat kelengkapan yang lain untuk memudahkan perhubungan guru dan pelajar.

Istilah "burnout" mula-mula diperkenalkan oleh Freudenberger (1974) yang menggambarkannya sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau ketabahan seseorang. Dalam erti kata yang lain, burnout boleh juga didefinisikan sebagai pilihan terakhir (akibat) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai matlamatnya (Farber, 1984). Maslach & Jackson (1981) telah memperkembangkan konsep burnout dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala) burnout.Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion), depersonalisasi (depersonalization) dan pencapaian peribadi (personal accomplishment).Mengikut Cordes dan Dougherty (1993), konsep Maslach dan Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling banyak diterima oleh para pengkaji. Maslach & Jackson (1981) menerangkan bahawa kelesuan emosi merujuk kepada perasaan kelesuan fizikal dan emosi dan perasaan bosan akibat daripada tekanan kerja dan kekangan-kekangan masa harian. Depersonalisasi pula merujuk kepada pembentukan sikap yang negatif dan respons yang dingin terhadap orang lain (contoh: pelajar, rakan sejawat) di tempat kerja seseorang. Ia disebabkan oleh interaksi yang terlalu kerap dan tidak berhabisan antara seorang individu dengan orang lain di tempat kerjanya. Manakala pencapaian peribadi merujuk kepada perasaan kehilangan harga diri dan perasaan kurang mencapai dalam pekerjaan. Ia disebabkan oleh kurang penghargaan dan maklumbalas yang positif.

Maslach dan Jackson juga menerangkan bahawa konsep burnout bukan satu dikotomi tetapi merupakan satu kontinum. Ini bermaksud kita tidak boleh mengklasifikasi seseorang itu sebagai "sudah burnout" atau "tidak burnout" tetapi kita hanya boleh mengatakan bahawa tahap burnoutnya terletak di antara "lebih burnout" dengan "kurang burnout". Harus juga diingat bahawa ketiga-tiga jenis (subskala) burnout tidak boleh digabungkan untuk menjadi satu ukuran (skor) burnout yang tunggal (Maslach & Jackson, 1981; Iwanicki & Schwab, 1981; Byrne, 1992). Ini kerana ketiga-tiga subskala ini merupakan konsep burnout yang berlainan dan tersendiri. Oleh itu, setiap orang tidak mempunyai satu skor burnout yang tunggal tetapi tiga skor burnout, satu untuk setiap subskala.

Friesen (1986) melaporkan bahawa tekanan (stress) kerja merupakan peramal yang signifikan untuk burnout guru.Hipps & Malpin (1991) mendapati satu hubungan positif yang kuat antara tekanan kerja dengan burnout. Mo (1991) pula mendapati bahawa guru yang mengalami lebih tekanan juga mempunyai tahap burnout yang lebih tinggi. Oleh itu, jelas kedua-dua tekanan dan burnout adalah saling berkait. Ini menyebabkan ramai orang keliru dan sentiasa menganggap bahawa kedua-dua konsep ini merupakan perkara yang sama. Akan tetapi walaupun mempunyai hubungan, kedua-dua fenomena inimerupakan konsep yang berlainan dan tersendiri. Sebagai contoh, Farber (1984) menjelaskan bahawa seseorang yang menghadapi tekanan tidak semestinya akan mengalami burnout. Selain itu, Selye (1976) menerangkan bahawa terdapat dua jenis tekanan iaitu eustress ('good' stress) dan distress ('bad' stress). Manakala distress dan burnout adalah saling berkait, eustress dan burnout merupakan konsep yang bertentangan. Ini kerana eustress membawa kebaikan contohnya, dengan membuat sesuatu tugasan itu lebih mencabar dan lebih merangsangkan, manakala burnout tidak mempunyai ciri yang baik langsung. Sebaliknya, burnout hanya memburukkan lagi masalah yang dihadapi oleh seorang individu atau sebuah organisasi. Oleh itu, jelas bahawa kedua-dua konsep tekanan dan burnout tidak boleh disama ertikan.

Punca Stress/burnout

Punca stress/burnout di kalangan guru boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu punca profesional dan punca peribadi:-

Punca professional

1. Persekitaran kerja

Persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres di kalangan guru. Misalnyaruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru. Ditambah dengan kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar serta pelbagai isu pendidikan dalam negara.

2. Perubahan

Perubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan taraf hidup dan jenayah yang memberikan impak negatif dalam tingkah laku pelajar menyebabkan seseorang guru itu harus melakukan perubahan dalam kehidupan profesional dan peribadinya. Perubahan boleh menyebabkan terganggunya sistem keseimbangan dalam diri seseorang individu itu. Contohnya, banyak perubahan telah berlaku dalam mobiliti masyarakat Malaysia pada hari ini. Antaranya, penambahan golongan etnik dalam pendidikan. Pelajar dari golongan etnik ini kurang fasih atau tidak tahu langsung berbahasa Melayu. Oleh itu, hal ini memberikan tekanan kepada guru Bahasa Melayu untuk memenuhi kurikulum pendidikan.

Punca peribadi

1. Kesihatan

Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau berlaku kematian dalam kalangan keluarga.

2. Perhubungan

Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini, misalnya peningkatan kadar jenayah, guru memerlukan sokongan dan hubungan yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Apabila berlaku perselisihan faham maka ini boleh menyebabkan stress terhadap guru tersebut.

3. Kewangan

Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru.

4. Taraf hidup

Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Disamping itu, memiliki rumah sendiri juga sukar terutamanya bagi guru yang baru mengajar.

5. Aktiviti riadah

Gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah bersama keluarga (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

Cara Mengendalikan Stress di kalangan GuruStress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

1. Kenal pasti reaksi emosional

Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.

2. Komitmen sosial

Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

3. Kehidupan fizikal

Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress.

4. Intelek

Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.

Bagi mengatasi masalah tersebut juga, Goleman (1999) telah menyarankan lima faktor atribusi terhadap masalah stress/burnout. Faktor- faktor tersebut ialah:-

a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)c) Motivasi Kendiri (self-motivation)d) Empatie) Kemahiran Sosial (social skills).

Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan seseorang guru untuk mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan keupayaan mereka untuk memilih keutamaan panduan dalam membuat keputusan. Seseorang guru yang mempunyai kesedaran kendiri juga mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan mereka mempunyai keyakinan diri yang utuh.

Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan negatif mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan emosi.

Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya menggunakan kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi.

Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang mengesan perasaan orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang guru melihat atau memahami sudut pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati boleh menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih mudah berinteraksi dengan orang lain terutama dalam proses membantu seseorang. Guru perlu memiliki sikap ini supaya dengan mudah memahami dan mendekati murid. Murid akan berasa selesa bersama guru dengan adanya kemahiran tersebut.

Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran bersosial (social skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar runding yang baik disamping berkebolehan menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam bilik darjah.

Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau pengetua. Guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemas kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya. Kyriacou (1987) juga menekankan bahawa stres yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya guru dan prestasi pelajarnya kerana stress menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru. Keberkesanan sesuatu pendidikan adalah bergantung kepada pengerak utama sistem ini iaitu guru-guru. Prestasi guru dan komitmen adalah penting bagi seseorang guru untuk membantu anak bangsa dalam memperolehi kejayaan.

PenutupProfesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Menurut Noriah (1994) keadaan sedemikian boleh mewujudkan tekanan kepada guru-guru. Selye (1956) menyatakan bahawa tekanan yang berpanjangan boleh membawa kepada gangguan emosi di tahap yang berbeza-beza daripada tahap rendah hingga ke tahap serius. Ini akan mewujudkan emosi yang pelbagai seperti bosan, lesu, marah, kecewa dan benci (Muchinsky, 1997). Tugas guru merupakan tugas yang kompleks dan mencabar. Mereka bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (Noriah 1994). Disamping kerja-kerja yang dinyatakan, guru juga perlu berinteraksi dengan pelajar-pelajar secara fizikal, dan emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Mohd Najib 2000). Kenyataan ini disokong oleh Newton dan Newton (2001) yang mengatakan guru perlu banyak berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar dalam kelas. Polloway, Patton dan Serna (2001) juga mengakui kepentingan kemahiran sosial bagi guru yang mengajar dan juga melatih pelajar dalam kemahiran sosial.Justeru, kebolehan guru berinteraksi dengan pelajar dipengaruhi oleh keadaan emosi guru.

Tahap- Tahap Stress

19:30bymiyayaedu3109Tahap-tahap stressKehidupan seharian memang terdedah kepada stress, jalanraya yang sesak, anak-anak yang degil dan nakal, kos sara diri yang semakin meningkat, cuaca yang semakin panas dan tidak menentu semuanya boleh menyumbang kepada pembentukan stress. Kita perlu menyedari tahap stress dalam diri. Jika kita sentiasa mengabaikan dan memberi penyembuhan yang betul, tahap stress ini akan meningkat perlahan-lahan dan boleh mengakibatkan penyakit hingga ke tahap stress tidak terkawal seperti amuk, masalah mental dll.

Terdapat tiga peringkat stress yang perlu dikenalpasti iaitu:1. Tahap bersiap sedia dan berjaga-jagaSimptom-simptomnya seperti kegelisahan, mudah berasa bimbang, ketakutan, marah dan murung2. Tahap penentanganSimptom-simptomnya seperti penafian, mengasingkan perasaan kecewa iaitu tidak merasa sedih memikirkan kekecewaan lalu dan kurang minat kepada hobi terdahulu3. Tahap kelesuanSimptom-simptomnya hilang keyakinan diri, hilang rasa harga diri, sukar untuk tidur, terlalu mudah marah, kebimbangan tidak bertempat, masalah gangguan fizikal seperti mendapat penyakit yang berpunca dari stress seperti darah tinggi, migraine, ulser dllApabila kita stress, otak akan memberi isyarat untuk berjaga-jaga bagi menghadapi stress atau ancaman yang merangsang kelenjar mengeluarkan hormon glukokortikoid yang mengawal metabolisme dan membina tubuh tetapi boleh meracuni saraf dan sistem lain dalam badan apabila dikeluarkan berlebihan dan berpanjangan.

Rembesan hormon dan kimia otak ini akan menyebabkan pertambahan dengupan jantung, denyutan nadi dan kandungan gula dalam darah. Seseorang akan menjadi lebih bersedia khususnya dari segi penglihatan denga bukaan anak mata yang membesar, peningkatan daya tumpuan dan ingatan, peningkatan kadar pembakaran gula dan lemak membuatkan seseorang itu berasa panas serta dapat bergerak dengan pantas.Oleh itu adalah sangat penting bagi kita untuk mengawal tahap stress secara sihat seperti beriadah, bersosial, membuat jenaka ketika membincangkan permasalah yang berat, menolong orang, mengangap permasalahan sebagai cabaran yang dipandang dari sudut positif.

Elakan daripada penafian terhadap masalah/stress yang mendatang dengan mengalih stress kepada orang lain seperti memarahi orang lain atas kesilapan diri, menuduh stress berpunca dari orang lain dan menyalahkan orang lain, pelupakan masalah/stress dengan merokok, minum arak dll.RUJUKAN/ CREDIT TO :http://freeinfoservis.blogspot.com/2010/02/tahap-tahap-stress.htmlahap- Tahap Stress

19:30bymiyayaedu3109Tahap-tahap stressKehidupan seharian memang terdedah kepada stress, jalanraya yang sesak, anak-anak yang degil dan nakal, kos sara diri yang semakin meningkat, cuaca yang semakin panas dan tidak menentu semuanya boleh menyumbang kepada pembentukan stress. Kita perlu menyedari tahap stress dalam diri. Jika kita sentiasa mengabaikan dan memberi penyembuhan yang betul, tahap stress ini akan meningkat perlahan-lahan dan boleh mengakibatkan penyakit hingga ke tahap stress tidak terkawal seperti amuk, masalah mental dll.

Terdapat tiga peringkat stress yang perlu dikenalpasti iaitu:1. Tahap bersiap sedia dan berjaga-jagaSimptom-simptomnya seperti kegelisahan, mudah berasa bimbang, ketakutan, marah dan murung2. Tahap penentanganSimptom-simptomnya seperti penafian, mengasingkan perasaan kecewa iaitu tidak merasa sedih memikirkan kekecewaan lalu dan kurang minat kepada hobi terdahulu3. Tahap kelesuanSimptom-simptomnya hilang keyakinan diri, hilang rasa harga diri, sukar untuk tidur, terlalu mudah marah, kebimbangan tidak bertempat, masalah gangguan fizikal seperti mendapat penyakit yang berpunca dari stress seperti darah tinggi, migraine, ulser dllApabila kita stress, otak akan memberi isyarat untuk berjaga-jaga bagi menghadapi stress atau ancaman yang merangsang kelenjar mengeluarkan hormon glukokortikoid yang mengawal metabolisme dan membina tubuh tetapi boleh meracuni saraf dan sistem lain dalam badan apabila dikeluarkan berlebihan dan berpanjangan.

Rembesan hormon dan kimia otak ini akan menyebabkan pertambahan dengupan jantung, denyutan nadi dan kandungan gula dalam darah. Seseorang akan menjadi lebih bersedia khususnya dari segi penglihatan denga bukaan anak mata yang membesar, peningkatan daya tumpuan dan ingatan, peningkatan kadar pembakaran gula dan lemak membuatkan seseorang itu berasa panas serta dapat bergerak dengan pantas.Oleh itu adalah sangat penting bagi kita untuk mengawal tahap stress secara sihat seperti beriadah, bersosial, membuat jenaka ketika membincangkan permasalah yang berat, menolong orang, mengangap permasalahan sebagai cabaran yang dipandang dari sudut positif.

Elakan daripada penafian terhadap masalah/stress yang mendatang dengan mengalih stress kepada orang lain seperti memarahi orang lain atas kesilapan diri, menuduh stress berpunca dari orang lain dan menyalahkan orang lain, pelupakan masalah/stress dengan merokok, minum arak dll.RUJUKAN/ CREDIT TO :http://freeinfoservis.blogspot.com/2010/02/tahap-tahap-stress.htmlFaktor-Faktor Stress

19:32bymiyayaedu3109

Faktor-faktor 'Stress' Faktor interpersonal

Faktor diri

Faktor organisasi

Faktor kekurangan sumber

Faktor luaran

Faktor Organisasi Semua kerja perlu segera -kesuntukan masa

Beban kerja berterusan (kronik)

Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas

Bebanan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif

Mengalami kebosanan di tempat kerja

Merasakan idea sendiri yang betul

Selalu salahkan orang lain

Rasa tidak sabar dan mudah meradang terhadap rakan kerja

Stress' di tempat kerja juga boleh berpunca dari: Rasa tertekan dengan sikap ketua/ majikan

Terlalu banyak atau terlalu sedikit kerja

Pertukaran dalam prosedur atau polisi

Tiada objektif jelas

Ruang atau persekitaran tempat kerja yang tidak selesa

Terlalu bosan dengan tugas akan membawa risiko job burnout tanda-tandanya:

Bosan bekerja

Mengasingkan diri

Malas ke tempat kerja

Rasa pekerjaan tidak sesuai dan rendah tarafnya

Bukti Guru Stress

19:31bymiyayaedu3109Di Malaysia, persoalan tekanan dalam kalangan guru bukan lagi setakat bahan kajian ilmiah, malah menjadi isu dalam media masa. Menurut Muhamad (1995) , kajian oleh Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) menunjukkan guru-guru mengeluh terhadap kerja-kerja persediaan guru seperti menyediakan perancangan tahunan, penggal, mingguan, dan harian.

Dalam konteks negeri Sarawak, Menteri Pembangunan Industri, Datuk Abang Johari Abang Haji Openg selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pendidikan telah menjelaskan sebab-sebab mengapa 75 guru di Sarawak telah meninggalkan profesion perguruan (semenjak 1993 hingga Mei 1996).

Antara alasannya ialah masalah peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu berjauhan dengan keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuai dan beban tugas yang berat (Borneo Post, 1996). Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya masalah pelajar, bebanan kerja , isu SSB, dan perubahan dasar yang tidak pernah selesai. Kesemua ini menuntut perubahan pandangan guru terhadap persekitaran mereka. Perubahan ini pasti menyebabkan tekanan ke atas guru.

contoh ilustrasi guru yang tidak dapat mengawal emosi di dalam kelas.

Definisi:Istilah "burnout" mula-mula diperkenalkan oleh Freudenberger (1974) yang menggambarkannya sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau ketabahan seseorang.Dalam erti kata yang lain, burnout boleh juga didefinisikan sebagai pilihan terakhir (akibat) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai matlamatnya(Farber, 1984).Pines (1993), semua individu akan mengalami tekanan, tetapi burnout akan hanya dialami oleh individu yang memasuki bidang karier dengan harapan, matlamat, dedikasi, komitmen dan motivasi yang tinggi.Maslach & Jackson (1981a,1981b) telah memperkembang konsep burnout dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala) burnout.Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion), depersonalisasi (depersonalization) dan pencapaian peribadi (personal accomplishment).Mengikut Cordes dan Dougherty (1993), konsep Maslach dan Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling banyak diterima oleh para pengkaji.Jenis-Jenis Burn Out

19:35bymiyayaedu3109Maslach & Jackson (1981,1981) telah memperkembang konsep burnout dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala) burnout.

Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion), depersonalisasi (depersonalization) dan pencapaian peribadi (personal accomplishment).Mengikut Cordes dan Dougherty (1993), konsep Maslach dan Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling banyak diterima oleh para pengkaji.

HYPERLINK "http://1.bp.blogspot.com/-aoSjtP2mJ1Y/UB8tZJhd32I/AAAAAAAAAF8/J9cxxF4TK1c/s1600/jenis+burn+out+betul.png"

Tanda dan Kesan Burn Out

19:34bymiyayaedu3109

Ciri Burn Out :Maslach & Jackson (1981,1986) :1. Keletihan Emosi Kelesuan / kehabisan tenaga / letih / lemah untuk terus bekerja. Kehilangan semangat dan motivasi Tiada dedikasi seperti dahulu.2. Depersonalisasi Emosional, melayan murid seolah objek tidak berguna / objek penganggu / melabelkan pemalas, bodoh, tidak berguna dsb. Bersikap negatif dan sinis terhadap murid,rakan, pentadbir & masyarakat.3. Penurunan Pencapaian Peribadi Menilai diri mereka secara negatif. Kemurungan / moral rendah / pengunduran interpersonal / kehilangan produktiviti / tidak berupayamenghadapi tekanan / perasaan kegagalan / kehilangan harga diri / kemerosotan perasaan kompeten / kekurangan pencapaian

Kesan Burnout Meletak jawatan Bersara awal Berhijrah ke profesion lain Setia tetapi tidak produktif, tidak bermotivasi dan tidak bersemangat. Tekanan psikologi dan mental yang boleh membahayakan diri sendiri dan pelajarPunca Burn Out Guru Faktor Latar Belakang Gurujantina / umur / mengajar di sekolah yang besar / mengajar kelas yang ramai mengajar di bandar atau pedalaman Faktor Kurangnya Tanggungjawab Pentadbiran tak memahami kekangan dan tekanan kerja dialami gurudi sekolah (Fibkins, 1983). Faktor Tekanan Kerja harapan tinggi / kekurangan guru dan alatan / bebanan tugas / disiplin pelajar / gaji yang rendah / pangkat yang terhad / bilik guru yang sesak / tugas perkeranian / kerja rutin. Faktor Konflik & Kekaburan Peranan pendidikan berkualiti kepada pelajar tetapi mereka tidak dibenarkan/ diberi kebebasan menggunakan kaedah P&P atau kurikulum yang sesuai. Suruh kawal disiplintetapi tiada kuasa untuk menjalankan tanggungjawab. Faktor Sokongan Sosial tiada sokongan keluarga, suami/isteri, rakan sekerja dan ketua dalam organisasi kita berkhidmat.Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.

08:13bymiyayaedu3109Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.

PESAKIT mental terpaksa berjumpa pakar psikiatri secara berkala.

BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.

Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

"Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan.

"Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.

Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru.

"Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan.

"Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.

Noreha yang berasal dari Pulau Pinang tidak menafikan pihak sekolah ada memberi pelepasan kepadanya tetapi apa yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang.

Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti.

"Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula jadinya.

"Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad berbanding dulu," katanya.

Kerja tujuh hari seminggu

Berbeza dengan Norehan, akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, Zaimah Mishan, 42, pernah mengalami sakit jiwa.Dia yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga.

"Saya pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga saya tidak mampu mengajar. Enam bulan saya dirawat dan direhatkan."Ramai melihat guru JQAF tidak banyak kerja memandangkan mereka hanya mengajar agama tidak seperti sekolah aliran kebangsaan. Namun, mereka juga dibebani dengan komitmen luar," katanya.

Zaimah yang pernah mengajar di beberapa buah sekolah berkata, ada pengurusan sekolah yang memahami

tanggungjawab guru JQAF namun ada juga sekolah yang menyamakan guru JQAF seperti guru-guru lain.

"Semasa saya mengajar di sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari seminggu, dari pagi hinggalah petang sampaikan tiada masa untuk suami dan anak-anak.

"Hari Isnin hingga Jumaat, saya mengajar seperti biasa. Kadang-kadang saya diminta menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF.

"Hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana semua guru terlibat dan hari Ahad pula saya selaku guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat," katanya.

Menurut Zaimah, beban terlalu berat yang tidak dipantau oleh pegawai yang sepatutnya itu ternyata memberi kesan kepada guru-guru JQAF."Kami terbeban, tersepit, letih, dan hampir kena mental block. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam, itu pun kami terpaksa bawa pulang buku latihan murid-murid untuk ditanda.

"Itu tidak termasuk kursus atau kertas kerja yang perlu dibereskan untuk aktiviti gerak kerja," katanya.

Zaimah yang baru lima bulan mengajar semula selepas bercuti panjang menjelaskan, keadaan dirinya ketika 'sakit' dahulu bertambah teruk lebih-lebih lagi apabila suaminya berkahwin lain dan anak-anak enggan berjumpa dengannya.

"Bila saya tertekan dengan kerja, suami kata dia nak kahwin lain dengan alasan saya terlalu sibuk dengan kerja. Keadaan saya bertambah teruk waktu itu."Bila sakit saya datang, anak-anak tidak mahu dekat dengan saya. Hanya keluarga saya yang datang memberi sokongan untuk saya jalani terapi dan rawatan di hospital.

"Selepas bercuti lama, saya mengajar di sekolah lain. Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan dan sesi kaunseling, saya sudah boleh mengawal tekanan di tempat kerja. Suami dan anak-anak pula sudah kembali pada saya," katanya.Berisiko mendapat penyakit kritikal

NUR ZURAIDA

MENURUT Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.

Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar.

Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain.Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan, katanya.

Ramai ibu bapa, tidak kira di bandar atau di luar bandar, masih menganggap bahawa sekolah dan pusat tuisyen ialah tempat untuk mendidik anak mereka dan menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru.Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah.

Bercakap mengenai gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga guru, Nor Zuraida memberitahu, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan.

Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.

Tetapi kerja yang dilakukan tidak pernah habis dan ini yang mendatangkan sangsi kepada orang di sekeliling mereka, katanya.

Tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat tekanan menjadi lebih tinggi.Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.

Sekiranya wujud keadaan-keadaan seperti ini, pihak pengurusan sekolah perlu memahami dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling, jelas Nor Zuraida.

SUMBER HARIAN METRO

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

[email protected]