ARAHAN TETAP KAWALAN KESELAMATAN LEMBAGA PELABUHAN KAUNTAN (PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN) Arahan tetap ini disediakan bagi memberi penjelasan kepada Bahagian / Unit / Pasukan / Syarikat Kawalan Keselamatan yang melakukan kerja-kerja Kawalan Keselamatan di Lembaga Pelabuhan Kuantan supaya dapat menjalankan tugas dengan berkesan dan mematuhi piawaian yang dikehendaki oleh Pengurus Besar LPKtn Khususnya di Kawasan yang di Gazetkan Kawasan Sasaran Penting Negara. Arahan tetap ini juga disediakan sebagai Garispanduan bagi Pengawal keselamatan di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan bagi menjalankan tugas berkaitan kawalan keselamatan untuk memantapkan lagi perkhidmatan Kawalan Keselamatan di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan dengan mempertingkatkan pegetahuan dalam bidang kawalan keselamatan, fungsi kawalan keselamatan dan tanggungjawab Pengawal Keselamatan dalam menjaga harta benda dan nyawa di tempat bertugas. 1) PENGAWAL KESELAMATAN. a) Pengawal Keselamatan hendaklah berdisiplin, bersih, kemas, tegas ,jujur dan beretika sebagai Pengawal Keselamatan di Lembaga Pelabuhan Kuantan. b) Pengawal Keselamatan hendaklah ditempatkan di pintu masuk dan keluar bagi mengawal Pergerakan keluar masuk
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
ARAHAN TETAP KAWALAN KESELAMATANLEMBAGA PELABUHAN KAUNTAN
(PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN)
Arahan tetap ini disediakan bagi memberi penjelasan kepada Bahagian
/ Unit / Pasukan / Syarikat Kawalan Keselamatan yang melakukan
kerja-kerja Kawalan Keselamatan di Lembaga Pelabuhan Kuantan
supaya dapat menjalankan tugas dengan berkesan dan mematuhi
piawaian yang dikehendaki oleh Pengurus Besar LPKtn Khususnya di
Kawasan yang di Gazetkan Kawasan Sasaran Penting Negara.
Arahan tetap ini juga disediakan sebagai Garispanduan bagi Pengawal
keselamatan di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan bagi
menjalankan tugas berkaitan kawalan keselamatan untuk
memantapkan lagi perkhidmatan Kawalan Keselamatan di Bangunan
Lembaga Pelabuhan Kuantan dengan mempertingkatkan pegetahuan
dalam bidang kawalan keselamatan, fungsi kawalan keselamatan dan
tanggungjawab Pengawal Keselamatan dalam menjaga harta benda
dan nyawa di tempat bertugas.
1) PENGAWAL KESELAMATAN.
a) Pengawal Keselamatan hendaklah berdisiplin, bersih, kemas,
tegas ,jujur dan beretika sebagai Pengawal Keselamatan di
Lembaga Pelabuhan Kuantan.
b) Pengawal Keselamatan hendaklah ditempatkan di pintu masuk
dan keluar bagi mengawal Pergerakan keluar masuk orang dan
barangan di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan.
c) Pengawal Keselamatan hendaklah berada di Kawasan yang
bersesuaian untuk membuat tinjauan kepada Pergerakan keluar
dan masuk orang di Bagunan LPKtn dan lokasi tersebut tidak
menyukarkan pengawal menyalurkan maklumat berkaitan
Keselamatan kepada rakan setugas khususnya didalam suasana
kecemasan seperti kebakaran dan ancaman.
d) Pengawal Keselamatan mestilah bersedia dengan tugas dan
sentiasa menunjukan diri mereka sentiasa bersedia dan
bertugas kepada pengguna di Bangunan Lembaga Pelabuhan
e) Pengawal Keselamatan mestilah peka kepada persekitaran yang
menimbulkan ancaman dan menilai maklumat yang diperolehi
dengan mengambil tindakan yang perlu dan terbatas kepada
maklumat maklumat tersebut.
f) Sistem perhubungan pengawal keselamatan hendaklah selalu
berfungsi bagi menyalurkan maklumat kepada rakan penugasan.
g) Segala bentuk perhubungan berkaitan kawalan keselamatan
hendaklah dicatatkan kedalam buku pergerakan keselamatan.
h) Buku Pergerakan keselamatan hendaklah di tulis dengan kemas
dan sempurna bagi memudahkan Pegawai Keselamatan
Lembaga Pelabuhan Kuantan, Polis dan Agensi Penguatkuasaan
yang lain memantau pergerakan keselamatan yang telah
dilakukan di Bangunan dan persekitaran bangunan Lembaga
Pelabuhan Kuantan.
i) Kawasan Post Kawalan / Kaunter pertanyaan hendaklah
dilindungi daripada orang-orang yang tiada kaitan dengan
Kawalan Keselamatan dan hendaklah menjadikannya sebagai
Kawasan Larangan Keselamatan oleh Pengawal keselamatan.
j) Meja Pertanyaan hendaklah mempamirkan Nombor-nombor
telefon yang perlu dihubungi sewaktu kejadian kecemasan dan
sebagainya.
2) Penyelia Pengawal Keselamatan.
a) Penyelia pengawal keselamatan hendaklah disediakan bagi
melakukan Penyeliaan Pengawal keselamatan yang ditugaskan.
b) Penyelia Pengawal Keselamatan hendaklah memantau
penugasan Pengawal Keselamatan dan memberi pendidikan
kepada Pengawal Keselamatan
c) Penyelia Pengawal keselamatan adalah bertanggungjawab
kepada disiplin, latihan, kebersihan dan kekemasan anggota,
tempat bertugas, arahan penugasan, peralatan keselamatan,
buku-buku rekod keselamatan dan Pengawal Keselamatan
dibawah seliaannya .
d) Penyelia Pengawal Keselamatan hendaklah memeriksa setiap
pergerakan kawalan keselamatan seperti mana penugasan yang
di buat secara harian .
e) Penyelia Pengawal Keselamatan hendaklah berada di Bangunan
Lembaga Pelabuhan Kuantan pada waktu-waktu kecemasan atau
adanya kejadian yang melibatkan ancaman keselamatan untuk
membantu Pengawal Keselamatan bertugas.
f) Penyelia Pengawal Keselamatan hendaklah menyediakan
ringkasan laporan harian kawalan keselamatan kepada Pegawai
Keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan. (Format Laporan
seperti yang disediakan di Lampiran 1)
3) Rondaan.
a) Rondaan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 1 jam sekali.
b) Setiap rondaan hendaklah dicatatkan dalam buku pergerakan
Pengawal dengan menyatakan hasil penemuan dari rondaan
tersebut.
c) Rondaan hendaklah meliputi keseluruhan kawasan yang berisiko
kepada ancaman kepada kecurian, pencerobohan, kebakaran
dan sabotaj.
d) Pengawal ronda hendaklah peka kepada persitaran semasa
melakukan rondaan dan hendaklah melaporkan kepada rakan
sekiranya terdapat sesuatu yang mencurigakan atau mensyaki
perubahan kepada bahagian atau tempat rondaan dilakukan.
e) Pengawal ronda hendaklah memastikan pintu, lampu dan
peralatan didalam kawasan bagunan dan kawasan luaran
bangunan sentiasa berada dalam keadaan baik dan tertutup.
f) Pengawal ronda hendaklah disediakan dengan kelengkapan
mempertahankan diri, lampu suluh (waktu rondaan malam) dan
set perhubungan.
g) Pegawal ronda hendaklah memastikan segala peraturan yang
perlu dipatuhi oleh orang ramai didalam kawasan Lembaga
dipatuhi dan pengawal ronda hendaklah membuat teguran
kepada mana-mana orang yang tidak mematuhi peraturan yang
telah dikeluarkan atau mengambil tindakan yang sewajarnya
kepada kesalahan yang ditemui.
h) Pengawal ronda hendaklah sentiasa bersedia dan boleh
mengecam mana-mana kesalahan yang mungkin akan dilakukan
oleh mana-mana orang didalam kawasan rondaannya dan
bersiap sedia membuat teguran atau mengambil tindakan yang
sewajarnya.
4) Kawalan Keselamatan Had Sempadan
a) Pemantauan hendaklah dilakukan oleh Pengawal Keselamatan
merangkumi kawasan yang ada dibawah had sempadan
Lembaga Pelabuhan Kuantan dengan mengambil kira pintu
masuk dan keluar ke kawasan Lembaga Pelabuhan Kuantan dan
pintu masuk dan keluar bangunan lembaga pelabuhan kuantan.
b) Kawalan keselamatan hendaklah merangkumi pengawasan
kawasan Lembaga dan bangunannya dari sebarang ancaman
kecurian, pelanggaran peraturan didalam kawasan, salah laku,
kemalangan dan kawalan kegemparan atau rusuhan.
c) Kawalan Keselamatan juga hendaklah merangkumi kawalan
keselamatan kepada kawasan-kawasan sensitif didalam had
kawalan keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan termasuklah
kawalan kepada bilik generator elektrik, bilik pam, kenderaan
jabatan, penebat arus elektrik, besi penutup longkang dan
sebagainya.
5) Tempat Meletak Kenderaan
a) Lembaga Pelabuhan Kuantan telah menyediakan 3 zon meletak
kenderaan didalam kawasan Lembaga iaitu:
i) Zon Kenderaan Jabatan / Ketua Jabatan (Berbumbung)
ii) Zon meletak kenderaan di sekeliling bangunan ( Kakitangan
LPKtn)
iii)Zon meletak kenderaan umum ( Pengguna Bangunan yang
bukak kakitangan LPKtn)
b) Pengawal keselamatan hendaklah memastikan segala
kemudahan ini digunakan sepenuhnya oleh semua kakitangan /
pengguna bangunan perdagangan dengan sebaiknya.
c) Larangan dan papantanda telah disediakan bagi maksud
kawalan meletak kenderaan dan hendaklah di kuatkuasakan oleh
Pengawal Keselamatan yang bertugas.
d) Rondaan hendaklah selalu dilakukan kekawasan ini bagi
memastikan tiada pengguna menyalahgunakan kemudahan ini
atau menghindar dari sebrang kecurian terhadap kenderaan
pengguna.
e) Kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan meletak kenderaan
haruslah dikawal dan dipantau oleh pengawal keselamatan.
f) Tindakan mengunci tayar boleh diambil kepada pengguna yang
engkar dan meletakan kenderaan bukan ditempat yang
dikhaskan untuk meletak kenderaan.
g) 3 unit alat pengunci tayar disediakan dan tindakan mengunci
tayar kepada pengguna yang engkar meletak kenderaan
dkawasan yang tidak dibenarkan meletak kenderaan boleh di
ambil selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan dan
dipamirkan di papantanda di sekitar kawasan bangunan
Lembaga Pelabuhan Kuantan.
h) Pengawal keselamatan yang melakukan rondaan hendaklah
sentiasa melakukan pengecaman kepada kenderaan yang keluar
masuk ke kawasan Lembaga Pelabuhan Kuantan.
i) Pengawal keselamatan yang membuat rondaan hendaklah
memeriksa mana-mana motosikal yang tidak berkunci dan
bertindak mengunci kenderaan tersebut.
j) Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan kawasan parking
diterangi dengan lampu yang mencukupi bagi membuat
pengecaman kepada kenderaan yang ditinggalkan. Sekiranya
lampu tidak berfungsi laporkan kepada penyelia pengawal
keselamatan untuk tindakan Lembaga Pelabuhan Kuantan.
k) Sekiranya satu-satu kawasan yang dirasakan oleh pengawal
keselamatan tidak sesuia untuk diletakkan kenderaan Kun boleh
digunakan untuk menghalang kenderaan dari meletak kenderaan
dikawasan tersebut. Kun boleh dimohon daripada Lembaga
Pelabuhan Kuantan.
6) KAWALAN / PEMANTAUAN CLOSED CIRCUIT TELEVISION
(CCTV)
a) Lembaga Pelabuhan Kuantan di lengkapi dengan pemasangan
CCTV dengan penempatan kamera sebanyak 18 unit diletakkan
ditempat yang strategic bagi memantau Keselamatan di
Bangunan Pelabuhan dan luaran Bangunan.
b) Pengawal Keselamatan hendaklah ditempatkan bagi memantau
perkembangan Keselamatan melalui CCTV sepanjang masa.
c) Sekiranya Pengawal Keselamatan mengsyaki berlaku perkara
yang mengancam Keselamatan segeralah menghubungi
Pengawal Keselamatan ronda untuk membuat Pemeriksaan dan
membuat pengesahan kejadian di tempat kejadian dan
mengambil tindakan segera melaporkan kepada Penyelia dan
Pegawai Keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan.
d) Sekiranya berlaku kerosakan kepada mana-mana kamera
Pengawal Keselamatan hendaklah membuat Pemeriksaan
dimana lokasi kamera yang mengalami kerosakan dan
hendaklah melaporkan segera kepada Pegawai Keselamatan
Lembaga Pelabuhan Kuantan.
e) Setiap kejadian yang dipantau atau kejadian kerosakan Kamera
CCTV pengawal Keselamatan yang mengawal Monitor CCTV
hendaklah merekod kejadian tersebut didalam buku laporan
Pemeriksaan Keselamatan.
7) PEMANTAUAN LAMPU-LAMPU
a) Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan lampu dikawasan
laluan hendaklah sentiasa dinyalakan pada waktu malam.
b) Lampu bagi Kawasan yang menempatkan Kamera CCTV
hendaklah di nyalakan kecuali kamera CCTV didalam Pejabat.
c) Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan lampu didalam
pejabat dimatikan selepas waktu pejabat bagi pejabat di Tingkat
5 , 6 dan 7.
d) Lampu dikawasan tempat letak kereta hendaklah dinyalakan
diwaktu malam bagi mengawasi kenderaan yang ada di Kawasan
1. KEROSAKAN CCTV/ KEHILANGAN KUNCI/ BLACKOUT/ KEMALANGAN/ KEBAKARAN/ KECURIAN/ KEROSAKAN HARTA / PENCEROBOHAN/ MEMBAWA BARANGAN LARANGAN (GUNAKAN BORANG B - LAPORAN KEJADIAN /KEMALANGAN UNT KETERANGAN
LENGKAP)2. PELANGGARAN PERATURAN ( PARKING /
MASUK TANPA PAS / MEROKOK DLM BGN (GUNAKAN BORANG B - LAPORAN KEJADIAN /KEMALANGAN UNT KETERANGAN
LENGKAP)
BORANG BLAPORAN PERISTIWA (KEJADIAN) KAWALAN KESELAMATAN
LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN
TARIKHMASA
NAMA PENGAWAL
PERISTIWA
KEROSAKAN CCTV
KEHILANGAN KUNCI
BLACKOUT
KEMALANGAN
KEBAKARAN
KECURIAN KEROSAKAN HARTA
PENCEROBOHAN
MEMBAWA BRG LARANGAN
PELANGGARAN PERATURAN (PARKING / MASUK TANPA PAS / MEROKOK DLM BGN DAN LAIN-LAIN (NYATAKAN)
JENIS KEJADIAN
TARIKH KEJADIAN
TEMPOH MASA KEJADIAN
DARI JAMHINGGA JAM
TEMPAT KEJADIAN
PERKARA KEJADIAN
KETERANGAN KEJADIAN
TINDAKAN SEGERA TERHADAP KEJADIAN
SIASATAN KEJADIAN
TINDAKAN PEJABAT
TINDAKAN SUSULAN UNIT
SEC SEF KEJ IT KOP ADM OP/K KEW
ULASAN
ETIKA KERJA PEGAWAI / PENGAWAL KESELAMATAN
LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN.
PEGAWAI DAN PENGAWAL KESELAMATAN YANG DITUGASKAN DI BANGUNAN LEMBAGA PELABUHAN
KUANTAN SEMASA MENJALANKAN TUGAS-TUGASNYANYA MESTILAH:
MENUMPUKAN SEPENUH PERHATIAN KEPADA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MENJAGA KESELAMATAN DAN
KEHARMONIAN DI BANGUNAN LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN
MENDAHULUKAN SOAL KESELAMATAN HARTA BENDA DAN NYAWA DARI KEPENTINGAN PERIBADI.
BERBUDI BAHASA SEMASA BERURUSAN DENGAN ORANG RAMAI
PEKA KEPADA ANCAMAN YANG ADA DISEKELILING ANDA
TELITI DAN DEDIKASI DALAM MENJALANKAN TUGAS
SENTIASA KELIHATAN BERSIH, KEMAS DAN RAPI
BERDISIPLIN DALAM MENJALANKAN TUGAS
PATUH KEPADA ARAHAN PEGAWAI ATASAN
ARAHAN
PENGURUS BESARLEMBAGA PELABUHAN KUANTAN
PENUTUP
Saya dan seluruh kakitangan Lembaga Pelabuhan Kuantan mengharapkan dengan adanya arahan tetap ini akan dapat memberi banyak manafaat kepada sistem kawalan keselamatan di Lembaga Pelabuhan Kuantan.
Arahan ini juga akan dapat digunakan oleh semua kakitangan Lembaga Pelabuhan Kuantan bagi menjamin keselamatan di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan amnya dan khususnya di Pelabuhan Kuantan sendiri bagi menjamin keharmonian dan keselesaan berkerja yang berpanjangan.
DATO’ KHAIRUL ANUAR BIN ABD.RAHMANPengurus BesarLembaga Pelabuhan Kuantan
DISEDIAKAN OLEH
PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KANANLEMBAGA PELABUHAN KUANTAN1998-2007