_______________________________________________________________________ Usrah Bulanan MUAFAKAT – Bulan April 2010 ‘Aqal Integrasi: Definisi, Kedudukan dan Fungsi Dalam Membina Peribadi Unggul Untuk Menggalas Kerja Dakwah Muka surat | 1 ‘AQAL INTEGRASI: DEFINISI, KEDUDUKAN DAN FUNGSI DALAM MEMBINA PERIBADI UNGGUL UNTUK MENGGALAS KERJA DAKWAH “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka” Al-Mulk:10 Awwalu ma khalaqallah al „aqlu – al-Hadith DASAR AL-QUR’AN 1. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang ber„aqal-ulil albab. Ali „Imran:190. Dan mereka bertafakkur mengenai kejadian langit dan bumi… Aali „Imraan:191. 2. Dan di dalam diri kamu tidakkah kamu memperhatikan (tubsirun) – Az-Zaariyaat:21. AL-HADITH 1. Sabda Nabiyy s„aw: Wahai manusia, berfikirlah kamu mengenai Rabb kamu, dan berpesanlah agar orang berfikir, kerana dengan itu kamu akan mengenal apa yang diperintahkan kepada kamu dan apa yang dilarang daripadanya. Ketahuilah bahawa (berfikir) ini dihargai di sisi Allah. Dan ketahuilah, orang yang ber„aqal-berfikir ialah orang yang menta„ati Allah, walaupun kelihatan bentuknya buruk, kedudukannya rendah dan pakaiannya tidak sempurna. Adapun orang yang jahil ialah yang mendurhakai Allah Ta„ala, walaupun kelihatan cantik, kedudukannya tinggi, pakaiannya mulia-ranggi, perawakannya baik dan percakapannya fasih, namun kera dan babi-babi lebih ber„aqal di sisi Allah Ta„ala dari orang yang durhaka kepada-Nya. Janganlah terpedaya oleh sanjungan ahli dunia kepada kamu, kerana sesunguhnya mereka adalah dari orang-orang yang rugi. (HR Dawud bin Mukhabbir dalam al-„Aqlu dari Hadith Abu Hurayrah r „a. Hadith da„if). 2. Sabda Baginda s„aw lagi: Yang awal-awal dijadikan oleh Allah ialah al-„aql. Lalu Allah berfirman kepadanya: menghadaplah (kepada-Ku) dan iapun menghadap. Kemudian dikatakan kepadanya: (pusing) belakang, maka ia pun (pusing) belakang. Kemudian Allah „Azza wa Jalla berfirman: Demi Kemuliaan-Ku dan Keagungan-Ku, tidaklah Aku mencipta makhluk yang lebih mulia ke atas-Ku, darimu; denganmu Aku ambil (tanggungjawab) dan denganmu Aku beri dan dengan mu Aku berikan pahala dan denganmu pula Aku siksa. (HR al-Tabaraniyy dalam al-Awsat dari Abu Umamah r „a dan HR Abu Nu„aym dari Hadith „Aisyah r „a h. Kedua-dua da„if).
12
Embed
‘AQAL INTEGRASI DEFINISI, KEDUDUKAN DAN FUNGSI DALAM ... · ... Kedudukan dan Fungsi Dalam Membina Peribadi ... (termasuk dalam „Ilmu ... „aqal Syi„ah dan seumpamanya tidak
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
_______________________________________________________________________ Usrah Bulanan MUAFAKAT – Bulan April 2010
‘Aqal Integrasi: Definisi, Kedudukan dan Fungsi Dalam Membina Peribadi Unggul Untuk Menggalas Kerja Dakwah
Muka surat | 1
‘AQAL INTEGRASI:
DEFINISI, KEDUDUKAN DAN FUNGSI
DALAM MEMBINA PERIBADI UNGGUL UNTUK MENGGALAS KERJA
DAKWAH
“Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran),
tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka” Al-Mulk:10
Awwalu ma khalaqallah al „aqlu – al-Hadith
DASAR
AL-QUR’AN
1. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang
terdapat tanda-tanda bagi orang yang ber„aqal-ulil albab. Ali „Imran:190. Dan mereka
bertafakkur mengenai kejadian langit dan bumi… Aali „Imraan:191.
2. Dan di dalam diri kamu tidakkah kamu memperhatikan (tubsirun) – Az-Zaariyaat:21.
AL-HADITH
1. Sabda Nabiyy s„aw: Wahai manusia, berfikirlah kamu mengenai Rabb kamu, dan
berpesanlah agar orang berfikir, kerana dengan itu kamu akan mengenal apa yang
diperintahkan kepada kamu dan apa yang dilarang daripadanya. Ketahuilah bahawa
(berfikir) ini dihargai di sisi Allah. Dan ketahuilah, orang yang ber„aqal-berfikir ialah
orang yang menta„ati Allah, walaupun kelihatan bentuknya buruk, kedudukannya rendah
dan pakaiannya tidak sempurna. Adapun orang yang jahil ialah yang mendurhakai Allah
Ta„ala, walaupun kelihatan cantik, kedudukannya tinggi, pakaiannya mulia-ranggi,
perawakannya baik dan percakapannya fasih, namun kera dan babi-babi lebih ber„aqal di
sisi Allah Ta„ala dari orang yang durhaka kepada-Nya. Janganlah terpedaya oleh
sanjungan ahli dunia kepada kamu, kerana sesunguhnya mereka adalah dari orang-orang
yang rugi. (HR Dawud bin Mukhabbir dalam al-„Aqlu dari Hadith Abu Hurayrah r „a.
Hadith da„if).
2. Sabda Baginda s„aw lagi: Yang awal-awal dijadikan oleh Allah ialah al-„aql. Lalu Allah
berfirman kepadanya: menghadaplah (kepada-Ku) dan iapun menghadap. Kemudian
dikatakan kepadanya: (pusing) belakang, maka ia pun (pusing) belakang. Kemudian Allah
„Azza wa Jalla berfirman: Demi Kemuliaan-Ku dan Keagungan-Ku, tidaklah Aku
mencipta makhluk yang lebih mulia ke atas-Ku, darimu; denganmu Aku ambil
(tanggungjawab) dan denganmu Aku beri dan dengan mu Aku berikan pahala dan
denganmu pula Aku siksa. (HR al-Tabaraniyy dalam al-Awsat dari Abu Umamah r „a dan
HR Abu Nu„aym dari Hadith „Aisyah r „a h. Kedua-dua da„if).
_______________________________________________________________________ Usrah Bulanan MUAFAKAT – Bulan April 2010
‘Aqal Integrasi: Definisi, Kedudukan dan Fungsi Dalam Membina Peribadi Unggul Untuk Menggalas Kerja Dakwah
Muka surat | 2
3. Dari Anas r „.a dari Nabiy s „aw: “Para Sahabat memuji seorang (Sahabat) lain di sisi
Nabiy s „aw sehingga berlebihan, lalu Nabiy s‟aw bertanya: “Bagaimana „aqal lelaki
tersebutnya?” Mereka (Para Sahabat) menjawab: “Yang kami beritahu Tuan ialah
mengenai kerajinannya beribadat dan amal-baiknya, sedangkan Tuan bertanya mengenai
„aqalnya!” Nabiy s „aw bersabda: “Orang ahmaq-bodoh menimbulkan kerosakan dengan
kebodohannya lebih banyak dari dosa orang yang durhaka, dan adapun ketinggian
darajat hamba Allah di Hari Kemudian dalam mendekati Tuhan adalah menurut qadar
„aqal mereka.” (HR Dawud bin Mukhabbir dalam al-„Aqlu. Al-Tarmizi dan al-Hakim
dalam Nawaadir).
4. Dari „Umar r.„a., sabda Rasulullah s„aw: “Tidaklah mendapat (yang bernilai dan utama)
bagi seseorang lelaki seperti keutamaan „aqal yang menunjukkannya ke jalan yang betul
dan mengembalikannya dari keburukan dan belumlah sempurna iman seorang hamba
serta belum tetap agamanya sehingga sempurna „aqalnya.” (HR Dawud bin Mukhabbir
dalam al-„Aqlu. Da„if).
5. Dari Abu Sa„id Al-Khudry r.„a. Sabda Nabiy s„aw: “Segalanya mempunyai tiang, tiang
seorang Mukmin ialah „aqalnya; maka (berdasarkan) qadar „aqalnyalah ia ber„ibadat.
Tidakkah kamu dengar keluhan orang durhaka di Neraka: “Kalaulah kami dengar atau
berfikir, tidaklah kami masuk ke dalam Neraka-Sa„ir.” (HR Dawud bin Mukhabbir. Da
„if).
6. Sabda Nabiyy s„aw: “Kesempurnaan „aqal kamu (adalah) bersangatan kamu takut
kepada Allah Ta„ala dan paling baik dalam hal yang diperintah kepada kamu dan yang
dilarang daripadanya, walaupun kamu kurang „ibadat sunat”. (HR Dawud bin
Mukhabbir dari Hadith Abi Qatadah r „a. Da „if).
DEFINISI ‘AQAL
„Ulama berbeda pendapat mengenai definisi „aqal dan hakikatnya. Kata „aqal ini digunakan untuk
empat pengertian. (al-Ghazzaliy: Ihya‟).
Pertama: „Aqal sebagai sifat yang membedakan manusia dari haiwan, yang memberinya persediaan
untuk menerima teori-teori „ilmu, dan mengatur cara berfikir. Inilah yang dikehendaki oleh Al-Harith
bin Asad Al-Muhasiby rh dengan ucapannya mengenai definisi „aqal iaitu: “inilah naluri yang
memberikan kesanggupan untuk mengenal teori-teori „ilmu.” „Aqal ini bagaikan cahaya di dalam
kalbu, yang dalam terangnya, manusia sanggup mengenal segala-segalanya. Bukanlah „aqal seperti ini
memastikan adanya „ilmu, kerana orang-orang yang belum berilmu seperti orang yang sedang tidur
mempunyai „aqal naluriyah, walaupun masih kosong dari „ilmu.
Kedua: „Aqal ialah pengertian yang terbit pada kanak-kanak dalam lingkungan usia mumayyiz yang
dapat membezakan mengenai yang jaiz-harus dan yang mustahil.
Ketiga: „Aqal ialah „ilmu yang didapat dari ujian dan pengalaman. Orang yang melalui pengalaman
pada kebiasaannya dikatakan ber„aqal.
Keempat: „Aqal ialah kekuatan naluri yang tumbuh menjadi kesanggupan untuk mengenali akibat dari
segala perbuatan dan sanggup pula mengendalikan nafsu kelazatan yang segera dan dapat
menguasainya. Apabila berhasil, maka orang ini dinamakan ber„aqal.
_______________________________________________________________________ Usrah Bulanan MUAFAKAT – Bulan April 2010
‘Aqal Integrasi: Definisi, Kedudukan dan Fungsi Dalam Membina Peribadi Unggul Untuk Menggalas Kerja Dakwah
Muka surat | 3
Yang Pertama adalah sumber dan akar; yang Kedua ialah dahan utama; yang Ketiga adalah ranting
dari yang pertama dan kedua, kerana dengan kekuatan naluri dan kecerdasan didapatilah pengalaman;
dan yang Keempat adalah buah yang bernas, dan inilah tujuan terakhir. Yang pertama dan kedua
diperolehi secara „alamiah-semulajadi, sedangkan yang ketiga dan keempat harus dicapai dengan
usaha-kasab. Yang diperolehi secara „alamiah inilah yang dimaksud dalam sabda Nabi s.„a.w.:
Tidaklah ada makhluk Allah „Azza wa Jalla yang diciptakan-Nya, lebih mulia kepada-Nya, daripada
„aqal (HR al-Tirmizi dan al-Hakim dari al-Hasan dari ramai Sahabah - Da„if). Ini adalah kerana dalam
„aqal telah tersedia Nur Ilahiyyah. Yang didapat dengan usaha-kasab, ialah yang dimaksud dengan
sabda Nabi s.a.w.: Jika manusia mendekatkan diri kepada Tuhan dengan pintu-pintu kebaikan dan
„amal-„amal solih, maka anda dengan „aqal anda. (HR Abu Nu„aym dalam al-Hilyah dari hadith
„Aliy - Da„if). Ini adalah kerana dengan usaha-kasab, „aqal dapat mencari „ilmu dan kebenaran dan
dengan itu memandu ia ke arah mendekatkan diri kepada Allah; dan… walaupun di mata dunia ia
dipandang hina (HR Dawud bin Mukhabbir – da„if).
Inilah fakta yang jelas bagi orang-orang yang memiliki basirah tetapi mungkin gelap bagi orang yang
hanya suka mengekor tanpa fikir dan kerananya menjadi salah dalam memahami Nas dengan
bermacam-macam tafsiran kosong.
Begini pulalah akibatnya buta-hati, bahkan lebih besar bahayanya, kerana jiwa adalah laksana
penunggang dan tubuh adalah bagaikan kuda tunggangan. Buta si penunggang adalah lebih berbahaya
dari butanya kuda tunggangan!
Dapat disimpulkan bahawa dari keterangan nas di atas menunjukkan bahawa „aqal mengandungi
berbagai-bagai fungsi dan kedudukan dan ia dapat diintegrasikan secara „adil dan qist sehingga
menjadi „Aqal Integrasi-„Aqal Kamil. „Aqal Integrasi ialah „aqal yang di dalamnya mengandungi
segala cabang „aqal yang jika digunakan secara seksama akan dapat membentuk suatu peribadi unggul
dan dapat pula memikul tanggungjawab melaksanakan dakwah dengan baik.
KEDUDUKAN ‘AQAL
Dari nas-nas di atas ternyata bahawa „aqal mempunyai kedudukan yang mulia lagi tinggi. Ia adalah
organ untuk mengenali Allah dan Kebenaran. Ia dapat membawa manusia kepada dekat-jauh dengan
Allah dan dapat membawa manusia ke Syurga atau sebaliknya. Kedudukan „aqal bergantung kepada
kesanggupan untuk mengendalikan nafsu. Kadang-kadang seorang yang berakal dapat menundukkan
suatu nafsu, tetapi tidak dapat mengalahkan nafsu yang lain. Seorang pemuda kadang-kadang tidak
kuat menahan nafsu untuk berzina, tetapi setelah ia berumur dan „aqalnya semakin sempurna, nafsu ini
dapat dikuasainya. Sebaliknya nafsu cari nama – riya‟ dan ingin terkemuka - semakin tua semakin
menjadi! Berbeda-bedanya kesanggupan ini timbul oleh kerana berkurang berlebihnya „ilmu mengenai
akibat nafsu itu. Maka „alim yang sebenar akan lebih sanggup menghindarkan perbuatan yang berdosa
dari orang jahil. Yang kita maksudkan ialah orang „alim yang sebenar-benar „alim, bukan orang yang
hanya berpredikat „ulama dan pandai bercakap. Perbedaan tentang deras tidaknya arus nafsu, tidaklah
menyebabkan berbedanya „aqal, tetapi kerana berbedanya taraf „ilmu, kerana „ilmu dapat memperkuat
„aqal. Jadi perbedaan nafsu adalah berada pada „aqal sendiri, kerana semakin kuat daya-„aqal ini,
semakin gagah pula kuasanya untuk mengalahkan syahwat. Seperti sabda Nabiyy s„aw bahawa:
Maruah adalah terletak pada „aqalnya (HR Ibn Hibban dan al-Bayhaqiy).
_______________________________________________________________________ Usrah Bulanan MUAFAKAT – Bulan April 2010
‘Aqal Integrasi: Definisi, Kedudukan dan Fungsi Dalam Membina Peribadi Unggul Untuk Menggalas Kerja Dakwah
Muka surat | 4
Dari perspektif kedudukan „aqal, manusia terbahagi kepada tiga golongan, Pertama ialah yang boleh
tahu dan mengerti sendiri; Kedua ialah yang boleh tahu dan mengerti, setelah diajar; dan Ketiga ialah
yang tidak boleh mengerti sekalipun diajar. Berbedanya tingkatan „aqal dan kefahaman dapat
difahami dari Hadith al-Qudsi riwayat Dawud bin Mukhabbir dari Hadith Anas r „a mengenai
pertanyaan Sahabi „Abdullah bin Salam r „a bahwa (Allah berfirman): …. Ada manusia yang Ku-beri
(„aqal) sebutir, ada yang Ku-beri dua butir, ada yang Ku-beri tiga atau empat butir. Ada yang Ku-
berikan segenggam, ada yang Ku-beri 60 gantang, dan ada yang Ku-beri lebih dari itu. (lihat juga al-
Tirmizi dan al-Hakim – Nawaadir ).
Oleh kerana isi „aqal ialah „ilmu, maka dengan ringkas diterangkan mengenai „Ilmu. Berbagai-bagai
pembahagian „Ilmu dibuat oleh „Ulama, antaranya, „ilmu terbahagi dua: Pertama „Ilmu Allah Yang
Qadim lagi Azali. Kedua „Ilmu manusia. „Ilmu manusia terbahagi dua juga iaitu daruri dan muktasab.
„Ilmu daruri terbahagi dua juga iaitu badihi dan hissi. Dan „ilmu badihi terbahagi dua juga iaitu badihi
fi ‟l ithbat dan badihi fi ‟l nafiyy. Dan „Ilmu al-Nazariyah (termasuk dalam „Ilmu manusia) terbahagi
dua juga iaitu „ilmu „aqli dan „ilmu Syar„i iaitu „ilmu yang wajib diusahakan untuk mendapatkanya.
Lihat Usuluddin, „Abdul Qahir al-Baghdadiy. Lihat huraian yang berbeza dalam Mizanu ‟l „Amal
karya al-Ghazzaliy rh. Juga lihat al-Tamhid, Abu Bakar al-Baqillaniy rh dalam bab al-Kalam fi al
Haqiqah al-„ilmn wa ma‟nahu.
1
Dari keterangan Nas di atas menunjukkan bahawa „aqal merupakan sarana penting yang dapat
menyelamatkan dan menjayakan manusia Dunia dan Akhirat. „Aqal yang dimaksudkan di sini ialah
„aqal Syar „i. „Aqal Syar„i dibina atas asas dan sistem „ilmu ASWJ yang bersumberkan al-Kitab, al-
Sunnah, al-Ijma‟ dan al-Qiyas serta atas beberapa asas lain yang tidak bertentangan dengan dasar ini
seperti huraian Salaf serta golongan al-rasikhuna fi ‟l „ilm yang memiliki matahati. Justeru „aqal yang
dibina atas „aqal semata-mata yang berpandukan rasio-diabolik seperti „aqal Mu‟tazilah, „aqal
Khawarij, „aqal Syi„ah dan seumpamanya tidak dialu-alukan dalam „alam pemikiran Islam. Insya
Allah, berikut akan diterangkan dengan ringkas cabang-cabang „Aqal Syar „i.
2
„AQAL SYAR„I. „Aqal Syar„i mengandungi berbagai-bagai jenis „aqal dengan kepelbagaian nama,
sifat dan fungsi seperti yang dihuraikan „ulama antara lain al-Ghazzaliy rh., seperti „Aqal Tawhidi,