Top Banner
1 FALSAFAH AKHLAK : APPROVED BUSINESS ETHICS OLEH: NORAINI AQIILAH & NOOR IZATIE 1.0 PENGENDALIAN PERNIAGAAN YANG DIBENARKAN Sesungguhnya Tuhan membenarkan perniagaan dan menghalang riba seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 275: Maksudnya: Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Sejak daripada permulaan kehidupan manusia di atas bumi ini, manusia memerlukan kerjasama antara satu sama lain dan dikenali sebagai faktor utama untuk kelangsungan hidupan. Spesis manusia saling bergantung antara satu sama lain untuk memenuhi keperluannya. Pergantungan masing- masing secara bersama ini dalam kehidupan sosial memainkan peranan dalam sistem evolusi secara beransur-ansur untuk bertukar-tukar barangan dan perkhidmatan. Melalui kemajuan tamadun sejak bertahun-tahun, sistem ini berkembang daripada permulaan yang belum sempurna sehingga kepada pembangunan perniagaan moden yang hebat. Bagaimanapun, al-Quran tidak hanya mengiktiraf legitimasi perniagaan tetapi al-Quran juga menyediakan prinsip-prinsip asas dan panduan-panduan pengendalian perniagaan secara betul dan beretika. Tujuan bab ini adalah untuk mengenalpasti dan menghuraikan prinsip-prinsip dan panduan tersebut. Kami telah mengkategorikan prinsip-prinsip dan panduan-panduan tersebut kepada empat bahagian yang utama iaitu kebebasan, keadilan, tingkahlaku (orang- orang yang diperintahkan dan orang-orang yang dipuji atau dihargai) dan bentuk-bentuk transaksi.
35

APPROVED BUSINESS ETHICS

Feb 25, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: APPROVED BUSINESS ETHICS

1

FALSAFAH AKHLAK : APPROVED BUSINESS ETHICS

OLEH: NORAINI AQIILAH & NOOR IZATIE

1.0 PENGENDALIAN PERNIAGAAN YANG DIBENARKAN

Sesungguhnya Tuhan membenarkan perniagaan dan menghalang riba seperti

firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 275:

Maksudnya: Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan

mengharamkan riba.

Sejak daripada permulaan kehidupan manusia di atas bumi ini,

manusia memerlukan kerjasama antara satu sama lain dan dikenali sebagai

faktor utama untuk kelangsungan hidupan. Spesis manusia saling bergantung

antara satu sama lain untuk memenuhi keperluannya. Pergantungan masing-

masing secara bersama ini dalam kehidupan sosial memainkan peranan

dalam sistem evolusi secara beransur-ansur untuk bertukar-tukar barangan

dan perkhidmatan.

Melalui kemajuan tamadun sejak bertahun-tahun, sistem ini

berkembang daripada permulaan yang belum sempurna sehingga kepada

pembangunan perniagaan moden yang hebat. Bagaimanapun, al-Quran tidak

hanya mengiktiraf legitimasi perniagaan tetapi al-Quran juga menyediakan

prinsip-prinsip asas dan panduan-panduan pengendalian perniagaan secara

betul dan beretika. Tujuan bab ini adalah untuk mengenalpasti dan

menghuraikan prinsip-prinsip dan panduan tersebut. Kami telah

mengkategorikan prinsip-prinsip dan panduan-panduan tersebut kepada

empat bahagian yang utama iaitu kebebasan, keadilan, tingkahlaku (orang-

orang yang diperintahkan dan orang-orang yang dipuji atau dihargai) dan

bentuk-bentuk transaksi.

Page 2: APPROVED BUSINESS ETHICS

2

2.0 KEBEBASAN DALAM KEGIATAN EKONOMI

Seseorang bebas menjalankan perniagaan dan transaksi-transaksi yang

dibenarkan dengan mengetahui hak individu atau kumpulan terhadap

sebarang harta dengan bebas dan tanpa paksaan.Al-Quran mengiktiraf hak

individu dan kumpulan tersebut.

2.1 Mengiktiraf Dan Menghargai Harta Peribadi

Walaupun pemilik yang mutlak bagi semua kekayaan adalah Allah,

seperti yang kita dapat lihat di dalam bab lima tentang rawatan al-

Quran terhadap kekayaan, tetapi kesahihan pemilikan manusia

terhadap hartanya tidak ditolak. Al-Quran mengenalpasti autoriti

perwakilan manusia terhadap kekayaan yang dimiliki secara sah.Hal

ini memberikan kebebasan secara penuh kepada manusia untuk

membuat sebarang transaksi yang diinginidengan mengetahui batas

yang ditetapkan oleh syariah. Kekayaan dianggap sebagai sesuatu yang

tidak boleh diganggu gugat dan kita harus menghormati hak manusia

dalam hidupnya keranapenghormatan yang diberikan dan harta yang

dimiliki merupakan satu tanggungjawab dalam agama seperti firman

Allah dalam surah al-Nisa ayat 29:’

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan

(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah

(tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang

dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu

Page 3: APPROVED BUSINESS ETHICS

3

berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa

Mengasihani kamu.

Al-Quran melarang sebarang gangguan yang menyalahi undang-

undang terhadap harta orang lain. Seorang Muslim tidak dibenarkan

untuk menggunakan sesuatu yang menjadi milik orang lain kecuali

mendapat keizinan daripada pemiliknya. Rasulullah di dalam khutbah

terakhir baginda di Arafat mengisytiharkan ketidakbolehcabulan harta

yang mana kedudukannya setanding dengan kehidupan dan

penghormatan:

Seperti hari ini dalam bulan ini di wilayah ini, suci dan

ketidakbolehcabulan, Tuhan menjadikan kehidupan, harta dan

penghormatan setiap daripada kamu kepada yang lain sehingga

kamu bertemu dengan Tuhan kamu.

2.2 Kesahan Perniagaan

Pengakuan hak milik manusia terhadap hartanya adalah sesuatu

pengakuan hak eksklusif dalam membuat keputusan berkaitan dengan

hartanya. Dia boleh mengguna, menjual atau menukarkannya dengan

harta lain. Al-Quran memberitahu perniagaan tersebut sah.Keterangan

berkenaan perniagaan dalam beberapa ayat di dalam al-Quran

menunjukkan bukti yang cukup tentang kenyataan tersebut.Al-Quran

bukan hanya membenarkan malah menggalakkan penganutnya supaya

melaksanakannya secara jujur dan menjalankan perniagaanyang

memberi manfaat bersama.Kesahan perniagaan tersebut menunjukkan

yang seorang Muslim bebas dalam melakukan sebarang transaksi yang

dibenarkan.Al-Quran memberi bayangan secara keseluruhan mengenai

kebebasan dalam perniagaan samaada dalaman atau luaran.Sekatan

melalui mata wang dan kawalan pertukaran dikecualikan kerana ini

melanggar hak kebebasan usahawan.Persaingan secara terbuka

berdasarkan undang-undang semula jadi berkenaan bekalan dan

permintaan adalah digalakkan.

Page 4: APPROVED BUSINESS ETHICS

4

Walau bagaimanapun, kesahan atau keizinan dalam perniagaan

sepatutnya tidak disalahfahami sebagai penghapusan semua sekatan

atau batasan termasuklah norma-norma yang ditetapkan bagi kelakuan

yang baik dalam perniagaan.Seorang Muslim perlu untuk mengikuti

secara keseluruhannya dan mematuhi panduan etika yang disediakan

oleh al-Quran dalam semua transaksi perniagaan.Para hukama melalui’al-Quran dan Sunnah telah menerangkan peraturan tertentu yang

harus diikuti oleh pihak-pihak yang terlibat.

Semua jenis perniagaan antarabangsa termasukpengecualian

terhadap larangan mengeksport bahan-bahan perang kepada musuh

disytiharkan sebagai perniagaan yang diluluskan dan sah.Rasulullah

membenarkan orang Islam menjalankan perniagaan dengan musuh.

Islam menggalakkan pemilik ibu kota melaburkan kotanya dan

memperoleh keuntungan melalui perniagaan yang sah. Saluran yang

disyorkan adalah sebagaimana kaedah pelaburan sah yang telah

ditetapkan.

2.3 Persetujuan Bersama

Kebebasan dalam perniagaan adalah bergantung kepada persetujuan

dan perjanjian antara pihak-pihak yang terlibat.Perjanjian bersama

secara keseluruhan antara pihak-pihak yang terlibat adalah merupakan

pra-syarat bagi sebarang transaksi yang sah.Perintah al-Quran dalam

hal ini adalah jelas dan tegas kecuali penggunaan harta yang

diniagakan berjumlahakl bi al-batil (satu penggunaan yang tidak adil dantidak sah). Bukti ini dapat dilihat melalui al-Quran surah al-Nisa ayat’29 hingga 30:

Page 5: APPROVED BUSINESS ETHICS

5

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan

(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah

(tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang

dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu

berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa

Mengasihani kamu. Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh

dan aniaya, maka Kami akan masukkan Dia ke dalam api neraka, dan

balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada

sesiapapun yang dapat menghalangnya).

Muhajir menyimpulkan bahawa mereka menetapkan dua syarat

serentak untuk apa-apa transaksi yang akan berlaku. Pertama, adalah

persetujuan bersama dan kedua adalah keuntungan satu pihak itu

tidak boleh menjadikos kerugian pihak lain. Riba, judi, loteri,

perlumbaan dan semua permainan yang mempunyai unsur tersebut

adalah dilarang kerana semuanya melanggar syarat pertama atau syarat

kedua.

Transaksi perniagaan tidakboleh dilakukan dengan mendapat

keseluruhan persetujuan (tijaratun ‘an taradin minkum) melalui tekanan,

penipuan atau kesilapan pernyataan yang digunakan oleh mana-mana

pihak. Oleh kerana itu, al-Quran mengutuk dan melarang kelakuan

tersebut.Betapa pentingnya persetujuan yang benar dalam semua

urusan menuntut agar kita menjelaskan amalan-amalan ini sedikit

lebih terperinci.

2.3.1Perjanjian Dijalankan Tanpa Paksaan

Perjanjian bersama dilakukan tanpa paksaan atau tekanan

kepada sesiapa atau mana-mana pihak yang terlibat dalam

perjanjian tersebut.Perjanjian itu mesti benar-benar bebas

daripada sebarang paksaan supaya sah dilaksanakan. Dengan

kata lain, hanya transaksi perniagaan yang dianggap sah adalah

tiada ketidakadilan dan eksploitasi yang berlaku. Perjanjian

bersama yang sebenar-benarnya adalah satu keperluan dan

merupakan pra-syarat. Paksaan mestilah dielakkan walaupun ia

boleh membawa kepada membuat beberapa konsesi dalam

Page 6: APPROVED BUSINESS ETHICS

6

tingkah laku yang ditetapkan. Peraturan dalam Islam menyuruh

bertolak ansur atau melakukan rundingan dalam keadaan yang

dihadapi oleh orang Islam dengan krisis atau kesulitan yang

tidak sepatutnya. Pinsip-prinsip bertolak ansur atau rundingan

dapat digunakan di dalam perniagaan orang Islam dengan orang

lain sebagai satu aspek dalam kehidupannya.

Kebebasan tanpa had yang dinikmati di dalam perniagaan

orang Islam tidak kira di peringkat kebangsaan atau

antarabangsa harus berdasarkan prinsip tiada paksaan.

Penekanan terhadap prinsip ini, S.M. Yusuf mengatakan

perniagaan import mestilah bebas daripada sekatan dan cukai

kastam.Maka pengguna dan pengeluar mendapat

keuntungan.Keadilan kepada pengguna dan pengeluar menuntut

semua sekatan dijauhkan. Mawdudi tetap mengatakan bahawa

Islam tidak memaksa sebarang cukai import dan eksport di

dalam perdagangan antarabangsa. Seperti mana ia tidak

menghalang perniagaan dalaman dengan mengenakan cukai.

Oleh itu, Islam memastikan pertukaran barangan dan

perkhidmatan benar-benar adalah bebas.

Manifestasi lain terhadap prinsip tanpa paksaan adalah

keperluan kepada gaji yang bebas dirunding dan diselesaikan

dengan perjanjian bersama. Tiada seorang pun yang berautoriti

untuk menetapkan gaji yang tetap sebagaimana tiada siapa yang

memegang kuasa untuk menetapkan harga untuk komoditi. Pihak

yang berkontrak akan menyelesaikan gaji berdasarkan undang-

undang asas semula jadi bekalan dan permintaan sekiranya

mereka diberi kebebasan untuk bertindak tanpa sebarang sekatan

melampau yang dikenakan.

2.3.2Perjanjian Dilakukan Tanpa Penipuan

Sebarang jenis penipuan dikutuk oleh al-Quran.Sebagai contoh

firman Allah adalah surah al-A raf ayat 85:’

Page 7: APPROVED BUSINESS ETHICS

7

Maksudnya: dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan)

saudara mereka Nabi Syuaib. ia berkata: "Wahai kaum

Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi

kamu selain daripadanya. Sesungguhnya telah datang kepada

kamu keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu,

sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu

kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara

yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di

muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur)

dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu

jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Orang Islam disuruh supaya melakukan transaksi yang

benar-benar bebas daripada ketidakpastian dan penipuan.Mereka

hendaklah bersih dan jujur di dalam perjanjian.Tujuannya adalah

supaya dapat melindungi pihak-pihak yang berkontrak daripada

ketidakadilan dan perselisihan faham.Akibat yang mungkin

berlaku daripada semua urus niaga tidak sah tersebut mungkin

berakhir dengan perbezaan pendapat dan tindakan undang-

undang. Sebagai contoh perjanjian samar-samar adalah menjual

buah-buahan di atas pokok atau susu yang belum diperah.

Untuk menghapuskan semua peluang dan kemungkinan

yang boleh menyebabkan penipuan dan pertikaian, al-Quran

menyuruh syarat-syarat kontrak mestilah jelas dinyatakan secara

hitam putih dengan kehadiran saksi.Hal ini diperlukan dalam

semua perjanjian bersama yang mana tidak sesuai dilakukan

secara penipuan.Dalam keadaan perjanjian pekerjaan

kebiasaannya tempoh bekerja adalah bersesuaian dengan gaji

yang ditentukan melalui rundingan antara pihak-pihak yang

terlibat dan bebas daripada sebarang tekanan serta tiada syarat

yang samar-samar.

2.3.3Perjanjian Dilakukan Tanpa Pembohongan

Page 8: APPROVED BUSINESS ETHICS

8

Pembohongan adalah satu daripada sifat yang keji menurut

pandangan al-Quran. Sebagai contoh firman Allah dalam surah

al-Nahl ayat 116:

Maksudnya: dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa

yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram",

untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah;

Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak

akan berjaya.

Al-Quran menyuruh penganutnya supaya menjauhi semua

jenis kenyataan yang palsu (al-qawl al-zur). Sementara penipu

dikutuk oleh Allah manakala sesiapa yang jujur akan dipandang

tinggi oleh Allah dan semua orang Islam didesak supaya

mengikut mereka yang bersifat jujur tersebut. Al-Quran

menyuruh orang Islam supaya sentiasa jujur tanpa sebarang

alasan dan harus mempunyai keyakinan yang tegas tentang

kebenarannya.

Sesungguhnya, berterus terang adalah sebahagian daripada

perjanjian bersama. Kewujudan penipuan dalam perjanjian bersama

adalah satu syarat yang bertentangan.Sejarah Islam menunjukkan bukti

semasa perkhidmatan Rasulullah sebelum menjadi Rasul diperlukan

oleh Khadijah iaitu seorang ahli perniagaan wanita di Mekah kerana

beliau mengetahui baginda seorang yang jujur, berterus-terang dan

boleh dipercayai.Sikap baginda dalam menjalankan perniagaan tersebut

menunjukkan karakter baginda yang terpuji dan keyakinan yang

berganda dalam perkhidmatan.

Kesimpulannya, kebebasan dalam menjalankan transaksi

perniagaan menunjukkan hak pemilikan harta, kesahan dalam

perniagaan dan kewujudan perjanjian bersama.Walau bagaimanapun,

perjanjian bersama hanya terjadi apabila terdapat kehendak, kejujuran

dan berterus terang bertentangan dengan paksaan dan penipuan.

Penerangan secara lebih terperinci tentang perkara ini akan

diterangkan di dalam bahagian yang seterusnya.

Page 9: APPROVED BUSINESS ETHICS

9

3.0 KEADILAN ATAU EKUITI

Keadilan merupakan teras daripada al-Quran. Al-Quran menegaskan tujuan

pewahyuan al-Quran adalah untuk menetapkan keadilan dan ekuiti seperti

firman Allah dalam surah al-A raf ayat 29:’

Maksudnya: katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada Segala

perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu

(kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang,

dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadanya

semata-mata; (kerana) sebagaimana ia telah menjadikan kamu pada mulanya,

(demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).

Selepas menyebut beberapa keunikan berkenaan keadilan Islam, Sayyid

Mawdudi mengatakan hanya Islam yang menunjukkan satu sistem keadilan

yang sebenarnya dan sempurna.Al-Quran mengajar supaya berlaku adil

dalam bidang perniagaan yang mana boleh dibahagikan kepada dua

bahagian iaitu imperatif (perintah) dan perlindungan.

3.1 Imperatif (Perintah)

Kategori ini mengandungi suruhan dan nasihat berkenaan pelaksanaan

dalam perniagaan.

3.1.1Penyempurnaan janji, perjanjian dan kontrak

Salah satu pengajaran terpenting al-Quran tentang perniagaan

yang dijalankan mestilah memenuhi janji dan kontrak. Al-Quran

menyuruh semua kontrak dan janji mesti dihormati dan menjadi

kewajiban untuk menunaikannya seperti firman Allah dalam

surah al-Maidah ayat 1:

Page 10: APPROVED BUSINESS ETHICS

10

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta

sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.

Al-Quran juga memberi amaran bahawa setiap orang akan

dipersoalkan berhubung dengan kontrak dan perjanjian yang

dibuat olehnya. Al-Quran menyuruh orang Islam supaya tidak

melanggar kontrak mereka walaupun terdapat sebab kukuh

untuk mempercayai yang pihak lain melakukan pelanggaran

kontrak. Dalam keadaan ini, al-Quran menyuruh mereka supaya

memberitahu pihak yang lain tentang keputusannya mengenai

pembubaran formal penjanjian tersebut dan mereka dapat

mengekalkannya pada kedudukan yang sama. Ini adalah bukti

tentang kenyataan tersebut yang dihendaki oleh al-Quran supaya

tetap adil dalam menghormati perjanjian yang dibuat oleh

seseorang.

Lagipun al-Quran menggalakkan umat Islam supaya

mematuhi perjanjian mereka dan serius dalam

melaksanakannya.Al-Quran juga menjelaskan hukuman kepada

sesiapa yang melanggar perjanjian seseorang.Seseorang harus

berhati-hati supaya tidak membuat perjanjian yang tidak sah

kerana al-Quran sudah memberitahu umat Islam untuk tidak

melakukan perjanjian yang tidak sah dan tidak melakukan dosa

pelanggaran perjanjian.

3.1.2Ketetapan Dalam Timbangan Dan Ukuran

Hal ini menunjukkan keyakinan pengguna memainkan peranan

yang penting dalam kemajuan sesuatu perniagaan.Oleh kerana

itu, semua perniagaan yang besar harus melakukan setiap usaha

untuk menaikkan reputasi dan mengekalkannya. Pada masa yang

sama, penting juga untuk menjaga ketetapan dalam timbangan

dan ukuran. Al-Quran meletakkan penekanan yang lebih dalam

hal ini seperti firman Allah dalam surah al-Isra ayat 35:’

Page 11: APPROVED BUSINESS ETHICS

11

Maksudnya: dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu

menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang

demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik

baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).

Al-Quran berulang kali mengingatkan supaya umat Islam

menjaga timbangan dan ukuran tanpa pengurangan yang sedikit

pun serta memberi amaran kepada sesiapa yang mengurangkan

timbangan dan ukuran akan mendapat azab yang dasyat. Al-

Quran menekankan keadilan secara umum dan mengekalkannya

serta selalu bertaubat sekiranya melakukan sebaliknya.Misi

semua Rasul pada asasnya adalah untuk mengekalkannya dan

berlaku adil.

3.1.3Pekerjaan, Gaji Dan Bayaran

Etika kerja Islam menetapkan gaji adalah mengikut spesifikasi

kerja yang dilakukan secara jelas ditetapkan pada masa

perjanjian dilakukan. Ia juga menetapkan gaji adalah

sebagaimana hak yang lain yang mesti dibayar tetap pada masa

sebaik sahaja kerja selesai dilakukan tanpa penangguhan atau

pengurangan seperti firman Allah dalam surah al-Syuara ayat’183:

Maksudnya: "Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang

ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan

kerosakan di bumi.

Al-Quran mengiktiraf pelbagai tahap dalam kalangan

pekerja berdasarkan asas kualiti dan kuantiti pekerjaan mereka.

Hal ini menyediakan bukti yang cukup yang gaji tidak boleh

diagihkan sama rata antara semua pekerja. Oleh itu, al-Mubarak

menyatakan memberi gaji yang sama kepada pekerjaan yang

berbeza diibaratkan sepertizulm (ketidakadilan).

Islam telah menetapkan peraturan untuk melindungi hak

bersama dan kewajiban kepada majikan serta pekerja.Institusi

Page 12: APPROVED BUSINESS ETHICS

12

Hisbah membolehkan peraturan-peraturan diperhatikan secara

bertulis dan semangat.Maksud Hisbah adalah untuk menghalang

ketidakadilan, eksploitasi dan amalan rasuah.Al-Quran telah

meletakkan kedudukan lelaki dan perempuan di tempat yang

sesuai dengan hak danupah mereka kerana pekerjaannya

merupakan tanggungjawab mereka. Sebaik sahaja kontrak

termeterai berdasarkan perjanjian bersama, satu pihak akan

melakukan kewajibannya dengan penuh etika supaya berlaku

adil, pemurah dan tepat dalam membayar gaji sementara pihak

yang lain akan melakukan pekerjaannya dengan ikhlas dan

efisien.

Menurut etika kerja Islam, seorang pekerja seharusnya

berlaku adil dan mendapat gaji hasil daripada

pekerjaannya.Majikan yang mencuba untuk menghalang

pekerjanya daripada mendapat upahnya atau menangguhnya

adalah dikira sebagai berdosa yang mendapat pembalasannya.Al-

Quran menyuruh gaji tersebut hendaklah ditentukan melalui

perjanjian atau rundingan bersama.Hal ini juga dapat dilihat

melalui keadaan seorang janda yang mempunyai bayi tidak boleh

dipaksa untuk menyusukan bayinya sekiranya dia tidak bersetuju

dengan upah yang diberikan.Al-Quran juga menyuruh orang

Islam supaya menjaga dan menamatkan perkhidmatannya dengan

kepercayaan dan tanggungjawab.Pekerja yang terbaik adalah

seorang yang efisien dan boleh dipercayai. Setiap orang akan

menjalankan tanggungjawabnya dengan berhati-hati dan menjadi

kepercayaannya.Tanggungjawab ini hendaklah diaplikasikan oleh

setiap orang tidak kira bagaimana kerja tersebut dilakukan.

Seseorang yang bekerja dengan orang lain, firma atau

institusi disuruh oleh Allah supaya melakukan kerjanya dengan

efisien dan jujur. Kerja itu adalah amanah dan penerimaannya

adalah seperti menerima kepercayaan seseorang.Oleh itu, dia

mesti menunaikan kepercayaan tersebut dengan ikhlas. Yusuf

Musa meriwayatkan daripada Rasulullah yang menyatakan

setiap daripada kamu adalah pengembala dan setiap orang akan“dipersoalkan tentang kambingnya itu termasuklah setiap

pekerjanya kerana sekawan kambing itu adalah pekerjaan yang

Page 13: APPROVED BUSINESS ETHICS

13

diberikan kepercayaan supaya dijaga. Istilah amanah yang

digunakan di dalam al-Quran dan hadis adalah merujuk kepada

pekerjaan atau tanggungjawab seseorang antonim kepada istilah

khiyanah yang bermaksud setiap tanggungjawab yang tidak

disempurnakan dan mengkhianati kepercayaan seseorang.

3.1.4Berterus Terang, Keikhlasan Dan Kejujuran

Al-Quran menyuruh manusia supaya jujur, ikhlas dan berterus

terang dalam menjalani kehidupan terutamanya dalam bidang

perniagaan.Manakala penipuan adalah dikutuk dan dilarang.Sifat

berterus terang bukan hanya disuruh tetapi menjadi syarat yang

benar-benar diperlukan dan bertentangan dengan sifat hipokrit di

dalam al-Quran.Di samping al-Quran, terdapat banyak suruhan

daripada Rasulullah supaya bersikap jujur.Seorang Muslim

hendaklah menjadi ikhlas sebagaimana yang diucapkan.Islam

memerlukan transaksi perniagaan hendaklah dilaksanakan

dengan penuh kejujuran dan janji Allah adalah bersama-sama

dengan orang yang melakukan perniagaan dengan

jujur.Keperluan supaya berlaku adil di dalam perniagaan adalah

untuk mengelakkan daripada ruang berlaku sebarang jenis

penipuan dan eksploitasi. Sesiapa yang mengabaikan perintah

dan melibatkan diri dalam penipuan dan ekploitasi akan

menerima hukuman atau azab yang pedih seperti firman Allah

dalam surah Mutafifin ayat 1-6:

Maksudnya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang

(dalam timbangan dan sukatan),Iaitu mereka yang apabila

menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka

mengambilnya dengan cukup,dan (sebaliknya) apabila mereka

menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka

Page 14: APPROVED BUSINESS ETHICS

14

kurangi.Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan

dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?pada hari (kiamat)

yang amat besar (huru-haranya),hari berdiri manusia untuk

mengadap Tuhan sekalian alam?

3.1.5Kecekapan Dan Efisien

Islam menyuruh orang Islam melakukan pekerjaannya tanpa

sebarang kesilapan atau lalai dan sentiasa efisien serta

cekap.Kesetiaan adalah merupakan sifat yang terpuji. Perbuatan

kecil yang dilakukan dengan kerap dan konsisten akan

mewujudkan hasil yang besar. Kecekapan dan jujur merupakan

sifat yang membolehkan seseorang pekerja berjaya seperti firman

Allah dalam surah al-Qashash ayat 26:

Maksudnya: salah seorang di antara perempuan yang berdua itu

berkata: "Wahai ayah, ambilah Dia memjadi orang upahan

(mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang

yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".

Al-Quran menyuruh umat Islam supaya menerokai dunia

dan memanfaatkan sumber-sumber semulajadi.Al-Quran juga

menggalakkan mereka meneroka lautan dengan pengemudian

atau pemanduan arah, mendapatkan sumber makanan dan

mutiara serta sebagainya.Hal ini menggalakkan mereka supaya

menggunakan besi untuk memajukan industri berat atau

membangunkan bangunan yang besar.Semua pekerjaan yang

menakjubkan tersebut dilakukan dengan efisien dan cekap.Oleh

itu, kepentingan melaksanakan pekerjaan dengan sifat-sifat

tersebut adalah sangat jelas yang mana al-Quran juga menyuruh

melakukannya.

3.1.6Pemilihan Nilai Atau Kebaikan

Page 15: APPROVED BUSINESS ETHICS

15

Standard al-Quran terhadap kelayakan bagi satu-satu pekerjaan

adalah keperluan kepada nilai dan kecekapan melakukannya.Al-

Quran menekankan kepentingan kecekapan dan kejujuran kerana

tanpa sifat-sifat ini seseorang tidak boleh menjadi efisien.Abd al-

Hadi mengatakan kualiti al-qawn iaitu kekuatan dan efisien

sepatutnya diberikan keutamaan kepada seseorang yang ingin

cemerlang secara fizikal dan mental dalam pekerjaannya.

Selain daripada bukti daripada al-Quran, terdapat beberapa

hadis yang mendesak umat Islam untuk menjadikan nilai dan

kecekapan sebagai kriteria utama dalam pemilihan pekerja di

pejabat.Pihak berautoriti berkewajipan untuk mengenalpasti

pekerja yang cekap dalam pemilihan posisi jawatan sebelum

memilihnya.Hal ini juga ditunjukkan oleh Rasulullah yang

menemubual sahabat baginda, Mu adh dan memastikan’kecekapan dimiliki oleh sahabatnya sebelum memilihnya sebagai

qadi di Yaman.

Rasulullah menolak permintaan beberapa orang sahabat

baginda menerusi temuduga rasmi kerana kelemahan meraka

dalam memenuhi syarat yang diperlukan dalam

pekerjaan.Beberapa hadis juga memberi amaran tegas memilih

pekerja yang tidak jujur.Abd al-Hadi al-Mubarak juga

menegaskan lagi satu-satunya kriteria yang diperlukan dalam

pemilihan pekerja adalah kebaikan dan kecekapan yang mana

baginya memilih pekerja yang tidak mempunyai kriteria tersebut

adalah seperti sifat yang tidak jujur.

3.1.7Siasatan Dan Pengesahan

Siasatan dan pengesahan adalah penting kerana merupakan

pendahuluan kepada kebaikan dan pelaksanaan etika. Al-Quran

menyuruh umat Islam supaya menyelidik dan mengesahkan

sebarang kenyataan atau maklumat yang diberikan dan komoditi

Page 16: APPROVED BUSINESS ETHICS

16

sebelum membuat keputusan, tindakan atau menjualnya seperti

firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 6:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang

kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka

selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak

menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini-

Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya)-sehingga

menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Hal ini mesti dilakukan dalam memastikan samaada komoditi

atau barangan tersebut halal atau haram.

3.1.8Kepelbagaian

Allah memerintahkan kita supaya adil dalam semua keadaan dan

aspek dalam kehidupan kita seperti firman Allah dalam surah al-

Maidah ayat 8:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan

kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-

kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong

kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku

adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir

kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya

Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa yang kamu

lakukan.

Hal ini penting kerana di dalam al-Quran disebut supaya

menjaga timbangan dan ukuran dalam perniagaan.Rasulullah

Page 17: APPROVED BUSINESS ETHICS

17

juga mengulangi kepentingan berlaku adil dan memberi amaran

dengan tegas sesiapa yang melakukan sebaliknya.Al-Quran juga

menyuruh orang Islam supaya berterus terang dan membawa

saksi dalam pertikaian sesuatu perkara bukan hanya dalam

kalangan mereka tetapi juga semasa berurusan dengan musuh.

Umat Islam juga disuruh supaya bekerjasama antara satu sama

lain untuk memastikan keadilan dan kebenaran. Perbuatan yang

bertentangan adalah dilarang sama sekali. Ibn Kathir mengatakan

keadilan adalah kewajiban kepada semua dan menghormati

setiap orang dalam semua keadaan.

Perintah supaya ekuiti dan berlaku adil perlu dilakukan

dalam semua transaksi perniagaan. Hal ini jelas kerana Islam

melarang mengambil keuntungan atau kenaikan bunga dan

menggantikan dengan mudarabah seperti bahagian 3.1.4 yang

membahagikan keuntungan secara sama rata begitu juga dengan

kerugian untuk memastikan keadilan kepada kedua-dua pihak

atau pekerja. Oleh itu, peraturan utama dalam menjalankan

perniagaan dalam Islam adalah tidak mengeksploitasi orang lain

dan sebaliknya.

3.2 Langkah Perlindungan

Bagi menjamin keadilan dalam menjalankan perniagaan, al-Quran telah

menyediakan bagi umat Islam dengan panduan tertentu sebagai

perlindungan atau langkah yang teguh.Kebanyakan langkah ini disebut

dalam ayat al-Quran.

Sekiranya pihak yang berkontrak mengambil perhatian yang

lebih dalam memenuhi langkah ini yang mana dinyatakan di dalam

ayat di atas, peluang untuk sebarang perbuatan yang tidak baik

samaada sengaja atau sebaliknya dapat diminimumkan atau

dihapuskan. Langkah-langkah tersebut ialah perjanjian kontrak, saksi-

saksi, rahn (gadai, pinjaman), dan prinsip kebertanggungjawaban

individu. Penjelasan ringkas ini berguna dalam memahami kepentingan

mereka.

Page 18: APPROVED BUSINESS ETHICS

18

3.2.1 Menulis kontrak. Sebuah kontrak bisnes sepatutnya dalam bentuk hitam putih. Ini

disarankan secara khusus dalam kes transaksi kredit sama ada

besar atau kecil. Tidak perlu dibicarakn lagi, menulis penetapan

transaksi adalah langkah keselamatan yang efektif bagi melawan

sebarang tuntutan yang tidak benar yang dibuat oleh mana-mana

pihak di hari kemudian. Amalan bisnes kontemporari, iaitu

daripada berkaitan resit pelanggan atau memo-tunai adalah cara

yang sesuai untuk mencapai objektif yang sama. Firman Allah

dalam surah al-Baqarah, ayat 282:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu

menjalankan sesuatu urusan dengan hutang-piutang yang diberi

tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah

kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah

seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil(benar)

dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana

Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan

hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat

hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada

Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun

dari hutang itu.

3.2.2Saksi-saksi. Al-Quran juga menggesa agar transaksi kredit mestilah disaksikan

oleh dua orang lelaki dewasa yang adil, jika tiada lelaki, maka

boleh kesaksian tersebut diganti dengan dua wanita bagi seorang

lelaki. Kehadiran dua orang saksi yang adil sewaktu membuat

Page 19: APPROVED BUSINESS ETHICS

19

transaksi kredit, tidak dapat dinafikan merupakan langkah

keselamatan untuk mencegah sebarang permainan kotor, sama

ada dengan sengaja atau sebaliknya oleh mana-mana pihak yang

terlibat. Firman Allah lagi dalam surah al-Baqarah, ayat 282:

Maksudnya: Dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi

lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua

orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang

perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi,

supaya jika Yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang

berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. dan

jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi

saksi.

3.2.3 Rahnu.

Langkah keselamatan yang lain, jika melakukan transaksi kredit,

ia adalah dengan pemberi hutang mengambil hak pemilikan

barang atau harta kepunyaan orang yang berhutang, sebagai

gadaian atau cagaran sehinggalah pinjaman tersebut selesai

dibayar. Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 283:

Maksudnya: Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu

berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu

tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang

gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang.

3.2.4 Prinsip kebertanggungjawaban individu.

Semua orang mempunyai tanggungjawab terhadap sebarang

akuan atau transaksi yang dilakukan. Tiada seseipa yang

diberikan hak imuniti istimewa daripada menghadapi kesan atas

Page 20: APPROVED BUSINESS ETHICS

20

perbuatan orang lain. Dalam prinsip al-Quran, cara mencegah

yang boleh dilakukan bagi melawan tingkahlaku yang tidak

bertanggungjawab. Semua orang akan memberi jawapan, di

dunia dan akhirat. FirmanNya dalam surah al-An am, ayat 164:’

Maksudnya: Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh

seseorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung

dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul

dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).

4.0 TATACARA (ADAB): PERINTAH DAN GALAKAN

Kedua-dua al-Quran dan Sunnah telah menetapkan galakan dan saranan

tertentu bagi mengendalikan bisnes dengan etika yang sewajarnya. Ahli

perniagaan Islam perlu mengendalikan bisnesnya dengan tatacara ini. Antara

adab utama ialah bermurah hati, motif perkhidmatan dan niat semata-mata

kerana Allah.

4.1 Bermurah Hati

Murah hati adalah asas dan teras sifat-sifat yang baik. Ia adalah kualiti

yang disanjung tinggi dan mencakupi semua aspek kehidupan. Ia adalah

sebuah sifat daripada Allah dan semua orang Islam digalakkan untuk

menyemai sifat ini dalam diri masing-masing. Firman Allah dalam surah

al- Imran ayat 159:‘

Maksudnya: Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari

Allah (kepadamu Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut

kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau

bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh

itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan

terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka

Page 21: APPROVED BUSINESS ETHICS

21

Beberapa illustrasi mengenai murah hati disebut seperti di bawah:

4.1.1 Berbudi bahasa Orang yang beriman digalakkan untuk bermurah hati, berbudi bahasa

dan mesra dalam berurusan dengan orang ramai. Rasulullah SAW

telah menyebut bahawa orang yang beriman adalah orang yang

membantu orang lain, dan ditolong oleh mereka. Seseorang yang tidak

memiliki sifat ini dikatakan tidak memiliki sebarang kebaikan. Selain

itu, Rasulullah SAW juga turut menyebut, Semoga Allah memberkati“orang yang bermurah hati sewaktu membeli, menjual, dan mengutip

bayarannya.”Al-Quran telah memerintahkan orang beriman agar jujur dan

berbudi bahasa dalam percakapan ketika menyapa orang lain. Seperti

yang dikatakan Abd al-Hadi, keperluan kepada husn(kebaikan) dalam‘berkta-kata juga memerlukan keikhlasan dan berniat baik terhadap

orang lain- bukan hanya dengan kat-kata yang lembut. Pernah suatu

ketika Rasulullah SAW menyamakan kata-kata yang menyenangkan

dengan berbuat baik, sementara dalam waktu lain baginda

mengatakan, Amal yang paling baik adalah daripada lidah .“ ”Sementara al-Quran menyuruh berkelakuan baik, adil dalam

berurusan dan jujur dalam perkataan, Rasulullah SAW telah

mengatakan tiga nilai kebaikan, iaitu:

i. Orang yang paling dekat antara kamu dengan aku ialah orang

yang paling mulia akhlaknya.

ii. Orang yang pemarah dan buruk perilaku tidak akan memasuki

syurga.

iii. Sesungguhnya, orang yang terbaik dalam kalangan kamu ialah

orang yang paling baik akhlaknya.

Al-Quran menggesa agar berkalakuan baik (jujur) walaupun ketika

berurusan dengan al-sufaha (orang yang kurang ahli dari segi akalnya).

Orang yang sedemikian juga perlu disapa dengan ucapan dan kata-kata

yang baik.

Umat Islam disuruh untuk berlaku baik dan bermurah hati

terhadap orang miskin. Atas beberapa sebab mereka tidak mampu

untuk menolong saudara-mara mereka yang miskin, tetapi mereka

Page 22: APPROVED BUSINESS ETHICS

22

mestilah sekurang-kurangnya menggunakan perkataan yang baik dan

percakapan yang menyenangkan hati. Kejujuran adalah langkah

pertama kearah kebaikan dan kepercayaan bersama. Sebab itulah

pendakwah diseru agar memiliki berbudi bahasa. Sifat angkuh dalam

diri seseorang dan bercakap dengan cara yang kasar hanya boleh

menyebabkan rasa tidak suka dan kebencian. Penegasan dalam al-

Quran agar berbudi bahasa dan bercakap secara lemah lembut adalah

logik dan munasabah. Firman Allah dalam surah al-Isra ayat 28:

Maksudnya: Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani

mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau

harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang

menyenangkan hati.

4.1.2Memberi kemaafan.

Al-Quran mengatakan memberi maaf merupakan perkara yang luar

biasa. Ia adalah dengan menganggap kemaafan dan kata-kata yang

baik adalah lebih baik berbanding amal kebajikan yang diungkit. Al-

Quran menggesa orang yang beriman supaya menerima dan

memaafkan kekurangan dan kesalahan orang lain dan untuk

mengelakkan layanan yang buruk dengan memberikan repon yang

baik, penegasan seumpama respon yang positif mampu menukar

musuh menjadi sahabat baik. Firman Allah dalam surah al-Taghabun

ayat 14:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di

antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu Yang menjadi musuh

Page 23: APPROVED BUSINESS ETHICS

23

bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap

mereka. dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka)

serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat

demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha

Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

4.1.3 Pampasan atau balasanDalam al-Quran menyebut terdapat dua jenis pampasan:

i. Menyediakan bantuan dan perkhidmatan kepada sesiapa yang

memerlukan tanpa memikirkan mengenai pampasan,

ii. Menyediakan bantuan yang diberikan secara percuma tanpa

mengharapkan pampasan.

Firman Allah dalam surah al-Qasas, ayat 25:

Maksudnya: kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu

datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu

sambil berkata: "Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas

budimu memberi minum binatang ternak kami". Maka ketika Musa

datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah

kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu

kepadanya: "Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari

kaum yang zalim itu ".

4.1.4 Menghilangkan kesusahan. Sebuah manifestasi penting dalam bermurah hati ialah, untuk

memudahkan urusan orang lain dan tidak meletakkan seseorang dalam

Page 24: APPROVED BUSINESS ETHICS

24

keadaan susah dan bermasalah. Seorang Muslim tidak sepatunya

berkasar dan membuat urusan menjadi lebih sukar dalam sesebuah

urusan. Dalam al-Quran mengarahkannya untuk menjadi baik dan

berbelas kasihan. Dia sangat menggalakkan untuk menjadi adil dan

bermurah hati dalam melakukan urusan perniagaan bagi mengelakkan

sebarang kesusahan pihak yang lain. Maka, seorang yang yang

memberi pinjam wang sepatutnya membenarkan masa tambahan

kepada orang yang meminjam duit jika dia tidak berkemampuan untu

membayar hutang tepat pada masanya, dan hutang tersebut boleh

dikumpul bersama jika orang yang berhutang dalam situasi yang

sangat teruk. Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 280:

Maksudnya: Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami

kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya

dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya)

adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya

yang besar yang kamu akan dapati kelak).

Seorang majikan perlulah bersifat adil dan saksama dalam

melayani pekerja-pekerjanya. Dia tidak sepatutnya membebankan

mereka dengan pekerjaan yang melebihi kudrat mereka, atau tidak

bersesuaian dengan gaji mereka. Rasulullah SAW telah mengecam

majikan yang memaksa pekerja mereka untuk bekerja dalam jangka

masa yang lama atau membuat mereka letih dan sakit.

4.1.5 Menawarkan bantuan. Islam mahukan penganutnya untuk menjadi orang yang suka

membantu antara satu sama lain. Ganjaran pahala yang amat besar

telah dijanjikan kepada sesiapa yang berusaha untuk memenuhi

keperluan orang lain. Al-quran sangat menggalakkan Muslim untuk

membantu orang lain, berbanding diri sendiri bagi memenuhi

keperluan orang yang memerlukan, untuk menjadi sederhana,

dermawan dan suka berkongsi untuk membantu (hamba yang telah

Page 25: APPROVED BUSINESS ETHICS

25

dipersetujui pembebasan oleh tuannya bagi membayar dalam jumlah

tertentu untuk pembebasannya).

Begitu juga dengan kisah Nabi Khidr dalam al-Quran telah

digambarkan, berapa banyak Allah menghargai orang yang membantu

orang lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada mereka.

4.2 Motif Perkhidmatan

Melalui penglibatan dalam aktiviti bisnes, seorang Muslim mestilah

bertujuan untuk menyediakan sebuah perkhidmatan yang diperlukan

kepada masyarakatnya sendiri, dan kepada manusia sejagat. Aktiviti

bisnes tidak sepatutnya hanya bertujuan bagi mengasah kapak sendiri,

mahupun memenuhi peti simpanan semata-mata. Dia sepatutnya

memerintahkan agar menyediakan bantuan kepada sesiapa yang

memerlukan dan untuk berkongsi kekayaannya dengan orang yang

miskin dan fakir. Untuk mengeksploitasi keperluan orang awam secara

umum, atau untuk mengambil kesempatan ke atas mereka dengan

mencipta keperluan yang dibuat-buat yang tidak selari dengan ajaran al-

Quran. Dalam usaha untuk mengatasi motif perkhidmatan yang bersifat

mementingkan diri, ahli bisnes Muslim mestilah prihatin terhadap garis

panduan ini:

4.2.1 Mengambil kira keperluan dan kepentingan orang lain.

Sewaktu mencari keuntungan yang sah dan dibolehkan, Islam

menggesa peniaga mengambil kira keperluan dan kepentingan

orang lain ketika menjalankan bisnessnya untuk perdapatannya.

Cita-cita dan objektifnya sepatutnya memberikan manfaat kepada

orang lain, sepertimana sabda Rasulullah SAW: Semua manusia

adalah bersaudara, orang yang paling dekat dengan Allah antara

mereka ialah seseorang yang paling mendatangkan manfaat kepada

yang lainnya. Sesiapa yang memberikan bantuan, meringankan

beban terhadap orang lain, maka Allah akan membantunya di hari

pambalasan kelak. Tidak beriman kamu dengan sebenar-benarnya

sehinggalah kamu mengasihi sesama manusia seperti kamu

menyayangi diri sendiri.

Page 26: APPROVED BUSINESS ETHICS

26

Etika bisnes daripada al-Quran menuntut agar mengambil kira

akan kepentingan, bagi sesiapa yang mungkin baginya tidak mampu

untuk memelihara kepentingannya. Sebagai contoh, al-Quran

mengarahkan agar penjaga melindungi harta anak yatim yang

berada di bawah jagaan mereka. Mereka dinasihatkan untuk

menjaga kebajikan mereka dan bertindak sewajarnya. Apa yang

penting ialah apa yang mereka patut dan tidak patut lakukan

kepada harta anak yatim tersebut. Firman Allah SAW dalam surah

al-Baqarah, ayat 220:

Maksudnya: Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di

akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad),

mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: "Memperbaiki

keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya", dan jika kamu

bercampur gaul Dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana

mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama).

4.2.2 Menyediakan pertolongan tanpa sebarang bayaran. Muslim yang menyediakan pertolongan kepada orang lain, mereka

disarankan agar menyumbangkan harta kepada orang lain, mereka

digalakkan untuk mencukupkan keperluan sendiri dan menghasilkan

lebih daripada apa yang mereka perlukan. Mereka telah diajar

bahawa, Tangan yang memberi lebih baik daripada yang“menerima . ”

Sementara itu, al-Quran menyuruh umat Islam untuk membantu

antara satu sama lain dalam melakukan perkara kebaikan, dan

amalan kebajikan, ia melarang keras mereka daripada menyediakan

pertolongan atau bantuan, atau bekerjasama dengan sesiapa yang

terlibat dengan kejahatan dan ketidakadilan. Islam mengarahkan

orang-orang yang beriman untuk meluaskan bantuan dan kerjasama

kepada saudara seagama mereka yang memerlukan dengan

memberikan mereka qard hasan, iaitu bermurah hati kepada orang

yang berhutang , jika mereka tidak mampu untuk membayar pada

Page 27: APPROVED BUSINESS ETHICS

27

masa yang ditetapkan, dan membenarkan mengumpul harta

tersebut, jika perlu.

Seperti mana yang dapat dilihat dalam kisah Nabi Musa

menolong anak perempuan Nabi Syu ib dekat perigi di Madyan’untuk memberi minum binatang ternakan, adalah contoh

bagaimana memberikan pertolongan kepada yang memerlukan

walaupun tanpa diminta. Al-Quran mengatakan sesiapa yang

memberi makan kepada orang yang memerlukan seperti orang

miskin, anak yatim, dan orang tahanan, sesiapa yang melakukannya

hanya semata-mata untuk mendapat redha Allah tanpa

mengharapkan sebarang balasan. Firman Allah dalam surah al-

Insan, ayat 8 dan 9:

Maksudnya: Mereka juga memberi makan benda-benda makanan

yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim

serta orang tawanan, (sambil berkata dengan lidah atau dengan

hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana

Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan

dari kamu atau ucapan terima kasih .”

4.2.3 Mengesyorkan dan menggalakkan kebaikan.

Muslim sangat digalakkan untuk menyertai dan bekerjasama untuk

melakukan kebaikan yang bagus dan bermanfaat untuk masyarakat.

Orang yang menyokong dan menggalakkan kebaikan kepada orang

lain dan dijanjikan bahagian yang sama untuk mendapat ganjaran.

Al-Quran juga dengan jelas menggalakkan Muslim untuk

bekerjasama dan menghulurkan bantuan dalam mempromosi

perbuatan baik.

Page 28: APPROVED BUSINESS ETHICS

28

4.3 Kepentingan Yang Ditetapkan Allah Menurut Ketetapan

Prioriti.

Muslim perlu meletakkan Allah dalam sebarang urusan walaupun asyik

dengan urusan bisnes. Ia mestilah sedar dan sensitif terhadap

keutamaan yang telah ditetapkan oleh Allah. Ketetapan Allah sudah

tentu mempunyai hikmah yang tidak kita ketahui. Sebagai contoh,

peniaga mestilah menghentikan urusan niaga ketika waktu solat (begitu

juga dengan kewajipan lain). Firman Allah dalam surah al-Jumaah ayat

9 dan 10:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! apabila diserukan

azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka

segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah

(dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah

berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi

kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu

di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan

carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta

ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan),

supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).

Aktiviti bisnes mestilah bersesuaian dengan moral dan nilai

yang telah ditetapkan oleh al-Quran. Al-Quran menekankan

bahawa setiap perbuatan dan transaksi mestilah untuk mencapai

matlamat kehidupan yang lebih tinggi. Orang yang yang beriman

digesa untuk mencapai kebahagiaan hakiki di akhirat dengan

memanfaatkan sifat dermawan yang telah diberikan Allah untuk

Page 29: APPROVED BUSINESS ETHICS

29

kehidupan di dunia ini. Mereka diminta untuk mengenalpasti

dan menilai prioriti menurut ketetapan daripada al-Quran,

sebagai contohnya: untuk memilih ganjaran yang besar dan

abadi di akhirat sana berbanding manfaat yang sedikit dan

terbatas di dunia, untuk memilih perkara yang baik dengan

orang yang berhijrah berbanding orang biasa, dan memilih apa

yang termaktub dalam perundangan Islam berbanding dengan

sebaliknya.

Walaupun al-Quran telah menyatakan bisnes adalah

dibenarkan, namun ia dengan jelas mengingatkan Muslim

bahawa urusan bisnes mereka mestilah tidak menjadi penghalang

bagi mereka mengingati Allah, dan mematuhi segala

perintahNya. Muslim juga digalakkan agar meletakkan Allah

dalam segala urusan, termasuklah penglibatan mereka dengan

harta dan anak-anak. Terdapat arahan, untuk menangguhkan

segala aktiviti bisnes apabila mendengar panggilan azan untuk

menunaikan Solat Jumaat, dan bersegera untuknya. Namun,

selepas selesai solat, Muslim boleh menyambung kembali

kegiatan ekonomi mereka.

5.0 BENTUK-BENTUK TRANSAKSI

Interest(kadar faedah) adalah dilarang, alternatif yang lebih baik dan

dibolehkan seperti yang dinyatakan dalam al-Quran ialah dalam bentuk jual

beli. Sekali imbas, dalam al-Quran menyatakan terdapat dua pra-syarat sah

dalam transaksi, iaitu dibenarkan dan tidak mendatangkan mudarat. Ini

bermakna bahawa komoditi atau perkhidmatan mestilah sesuatu yang

dibolehkan (contohnya tidak melibatkan benda yang diharamkan syarak

seperti arak, daging khinzir, jenayah, pelacuran dan sebagainya), komoditi

atau perkhidmatan mestilah tidak mendatangkan mudarat kepada pihak lain

atau orang awam, contohnya riba, mengumpul harta-harta secara tidak

benar, terlibat dengan dadah dan lain-lain. Beza antara jual beli dan riba,

sebagaimana yang disebut oleh al-Quran sendiri, ialah jual beli adalah

diharuskan, manakala riba adalah diharamkan. Allah mahu orang yang

Page 30: APPROVED BUSINESS ETHICS

30

beriman agar mengikuti perintah tersebut dalam melakukan transaksi bisnes

mereka, yang mana tidak mendatangkan mudarat kepada mana-mana pihak.

5.1 Transaksi Secara Umum

Transaksi yang dibenarkan boleh dikatogerikan kepada tiga perkara

utama: barter, tunai, dan kredit.

5.1.1 Barter.

Sistem barter, sebagi contoh menukarkan barang dengan barang

yang lain adalah dibolehkan dengan beberapa syarat. Hal ini

seperti mana hadis Rasulullah SAW yang lain, penetapan dua

syarat yang dipersetujui agar urusan barter tersebut sah:

pemilikan secara terus sewaktu itu juga, dan menilai persamaan

dan kualiti apabila sesuatu komoditi yang sama jenis ditukar.

Jika komuditi yang terlibat dalam barter berlainan jenis, maka

kesamaan dalam kualiti adalah tidak perlu. Walaubagaimanapun,

keadaan pemilikan akan tetap berjalan dalam kedua-dua kes ini.

Penjelasan tentang syarat-syarat dalam sistem barter, oleh al-

Damuhi, dengan jelas mengatakan bahawa Islam mengiktiraf

wang tunai sebagai barangan terbaik untuk ditukarkan.

5.1.2Tunai.

Walaupun sistem barter dibenarkan dengan beberapa syarat,

menggunakan wang tunai turut disarankan dan digalakkan oleh

Islam. Ini merujuk kepada wang tunai, iaitu yang paling hampir

dengan keperluan apabila sistem barter melibatkan komuditi

yang sama jenisnya. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan

berlakunya riba. Ini juga menunjukkan kepentingan duit sebagai

instrumen yang setara, dan menjadi pertukaran yang sama.

Hadis ini bersisat indikatif, bukan hanya pada kepentingan

mempunyai wang, tetapi juga tentang mengambil tahu tentang

keadaan semasa jual beli, dengan tujuan untuk berjual-beli

barangan yang bagus. Tidak perlu dinyatakan lagi, bahawa wang

Page 31: APPROVED BUSINESS ETHICS

31

menyediakan sebuah standard yang sebenar dan adil dalam

menukarkan nilai pelbagai komoditi dan mengawal daripada

berlakunya ketidakadilan.

5.1.3Kredit.

Transaksi sesebuah komoditi boleh dijalankan sama ada melalui

tunai atau kredit. Jika melalui transaksi tunai, harga komoditi

dibayar terus sewaktu transaksi berjalan. Berbeza dengan

bayaran secara kredit, bayaran boleh dibuat mengikut masa-masa

yang tertentu. Al-Quran telah memberi beberapa arahan yang

agak terperinci mengenai transaksi ini, antara perkara utama

ialah seperti berikut:

i) Transaksi kredit mestilah ditetapkan masa yang tertentu, tanpa

sebarang kesamaran atau ketidakpastian.

ii) Semua syarat dan perinciannya mestilah dalam bentuk hitam

dan putih.

iii) Penulis kontrak sepatutnya diminta untuk menulis kontrak

tersebut bagi pihak yang terlibat

iv) Penulis tidak menolak untuk menulisnya apabila diminta.

v) Penulis wajib menulis setiap perkara dengan adil dan tepat

vi) Terma dan syarat untuk transaksi kredit sepatutnya mengikut

persetujuan oleh orang yang berhutang.

vii) Dalam arahan tersebut, orang yang berhutang sepatutnya

tidak mengurangkan sebarang nilai daripada jumlah hutang, atau

daripada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

viii) Jika orang yang berhutang tersebut orang yang kurang

upaya ( sama ada kekurangan dari segi mental, fizikal,

pertuturan), mestilah diwakili oleh wakil atau peguamnya.

ix) Wakil tersebut perlu untuk bersikap adil dan benar.

Page 32: APPROVED BUSINESS ETHICS

32

x) Kontrak kredit sepatutnya disaksikan oleh dua orang lelaki

yang adil (jika tiada, maka diganti seorang kelaki dengan dua

wanita).

xi) Orang yang diminta untuk menjadi saksi tidak boleh menolak

untuk berbuat demikian.

xii) Saksi-saksi tidak boleh menyembunyikan apa yang telah

disaksikan oleh mereka.

xii) Pihak yang terlibat tidak boleh teragak-agak untuk menulis

kontrak terbabit tanpa mengambil kira urusan besar atau kecik,

atau kekerapan urusan transaksi tersebut.

xiv) Tiada mudarat atau beban yang tidak perlua dalam proses

untuk penulis kontrak dan saksi.

xv) Jika penulis tiada, maka orang yang berhutang perlu

menyerahkan sedikit hartanya sebagai cagaran untuk orang yang

memberi hutang, yang oleh mengambil hak milikannya (rihanun

maqbudah).

xvi) Kalau orang yang memberi hutang tidak menekankan

mengenai cagaran kerana kepercayaannya kepada orang yang

berhutang, maka orang yang meminjam sepatutnya tidak

mengkhianati kepercayaan yang diberikan padanya, dia

sepatutnya membayar balik secara penuh menurut syarat

perjanjian mereka.

Daripada penjelasan panjang lebar nengenai arahan yang

terdapat dalam al-Quran yang mahukan Muslim bersifat sangat

teliti dalam melakukan kontrak kredit. Objektifnya ialah agar

kontrak tersebut dipatuhi, dan untuk menghapuskan sebarang

peluang yang boleh menimbulkan keraguan dan ketidakadian.

Walaubagaimanapun, ia perlu difahami bahawa penulisan

kontrak dan saksi tidak dikira sebagai unsur penting dalam

sesebuah kontrak kredit. Maka, sebuah kontrak kredit dianggap

sah walaupun dibuat tanpa sebarang hitam putih, kesaksian, dan

barang cagaran.

Page 33: APPROVED BUSINESS ETHICS

33

5.2 Syarikat (Perkongsian)

Dalam mendefinisi makna al-syarikah, Yusuf Musa telah menulis: ...“ia adalah kontrak antara dua orang atau lebih bagi melancarkan

perusahaan kewangan bagi mendapatkan keuntungan .”

Dalam penjelasan lebih lanjut, beliau turut menekankan dalam

syarikat mestilah disertai oleh dua pihak atau lebih. Seorang individu

atau sebuah pihak sahaja tidak boleh dipanggil sebagai syarikat.

Hubungan kerjasama dalam bisnes adalah dibolehkan dan digalakkan

oleh Islam. Usahasama ini juga tidak terhad. Ia boleh berkembang

mengikut tahap kompeni, kerjasama dan penyertaan dalam urus niaga

multi-nasional. Walaupun keizinan untuk menubuhkan syarikat tidak

dinyatakan secara jelas, tetapi ia sepatutnya disertai dengan moral

tertentu. Sebagai contoh, bentuk dan kandungan kontrak syarikat

mestilah dipatuhi, dan berlandaskan etika Islam yang telah dinyatakan

dalam al-Quran. Beberapa bentuk syarikat yang dibenarkan oleh Islam

adalah:

5.2.1 Syarikat al-Mudarabah atau al-muqaradah. Ia adalah kontrak bisnes syarikat antara sebuah pihak yang

mengeluarkan modal dan pihak yang mengusahakannya. Bentuk

perkongsian ini memerlukan penetapan yang pasti dalam

keuntungannya, yang mesti dipersetujui oleh semua pihak sewaktu

membuat kontrak tersebut. Jika berlaku kerugian, ia akan

ditanggung oleh pihak yang mengeluarkan modal sahaja. Pihak

pengusaha tidak boleh dibebani dengan turut menganggung

kerugian.

5.2.2 Syarikat al-inan. Merupakan perkongsian antara dua pihak atau lebih antara pemberi

modal dengan pengusaha. Dalam bentuk perkongsian ini,

keuntungan dibahagikan mengikut nisbah tertentu yang telah

dipersetujui mengikut bahagian masing-masing.

Page 34: APPROVED BUSINESS ETHICS

34

5.2.3 Syarikat al-wujuh. Ia adalah perkongsian yang dibenarkan antara dua pihak atau lebih,

yang menjalankan perniagaan berasaskan kredit, iaitu tanpa

melaburkan modal mereka sendiri. Keuntungan daripada

perkongsian ini akan dibahagikan mengikut bahagian yang telah

dipersetujui secara besama.

5.2.4 Syarikat al-Mufawadah. Ia adalah bentuk perkongsian yang mana terdapat pihak yang

bersetuju untuk mengumpulkan semua sumber kewangan untuk

menjalankan perniagaan. Semua untung dan rugi akan ditanggung

bersama. Ia juga seperti wakalah bersama (agensi) dan kifalah

(jaminan).

5.2.5 Syarikat al-‘amal atau al-abdan. Ia sebuah perkongsian antara dua orang atau lebih, berdasarkan

kebolehan dan usaha mereka, sama ada secara fizikal atau

intelektual. Tiada modal tersendiri yang terlibat daripada mana-

mana pihak dalam syarikat ini. Ia hanya melibatkan kesatuan

pekerja-pekerja dengan tujuan untuk menghasilkan produk. Setiap

ahli akan mendapat keuntungan atau pendapatan menurut

persetujuan bersama yang telah dibuat.

Lima bentuk perkongsian yang disebut di atas adalah dibenarkan

sama ada untuk Muslim dan juga bukan Muslim, kecuali yang

melibatkan komoditi yang dilarang oleh syarak. Tiada batasan dalam

syarikat atau pertukaran komersial dengan bukan Muslim, kecuali

dalam komoditi yang diharamkan Islam. Ia tidak dihadkan, dan boleh

dilakukan tanpa mengira tempat.

6.0 KONKLUSI

Hasil daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa: bisnes yang

dibenarkan adalah berdasarkan kepada dua prinsip asas iaitu: kebebasan dan

keadilan, dan cara yang dibenarkan dalam menguruskan bisnes seperti dua

Page 35: APPROVED BUSINESS ETHICS

35

prinsip asas yang disebut, dan ditambah dengan penekanan terhadap niat

semata-mata kerana Allah, bermurah hati, dan motif servis.

Pepatah Arab ada menyebut, Benda-benda yang lebih baik diketahui“apabila seiring dengan yang bertentangan dengannya . Kita juga harus”mengambil tahu apakah bisnes etika yang tidak diiktiraf oleh Islam, dengan

harapan, kita akan semakin jelas dan lebih memahami tentang etika

perniagaan Islam.