Top Banner
Apakah tindakan anda apabila anda menghadapi kesukaran untuk membayar sewa rumah yang disebabkan oleh COVID-19?
7

Apakah tindakan anda apabila anda menghadapi kesukaran ...

May 08, 2022

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Apakah tindakan anda apabila anda menghadapi kesukaran ...

Apakah tindakan anda apabila anda menghadapi

kesukaran untuk membayar sewa rumah yang disebabkan

oleh COVID-19?

Page 2: Apakah tindakan anda apabila anda menghadapi kesukaran ...

Peraturan baharu telah menetapkan bahawa anda tidak akan dihalau sekiranya anda tidak mampu membayar sewa rumah kerana anda telah menghadapi penggangguran ataupun pendapatan anda telah dikurangkan secara ketara akibat COVID-19.Anda tidak akan dihalau atas apa-apa alasan tanpa perintah daripada mahkamah. Anda akan diberi kuasa untuk membicarakan kes anda di mahkamah sekiranya tuan tanah atau ejen cuba untuk mendapatkan perintah tersebut. Terdapat pihak tertentu yang boleh membantu anda.

Jika tuan tanah anda meminta anda untuk menggosongkan rumah/berpindah sejak 29 Mac 2020, anda boleh mengabaikan permintaan tersebut.

Page 3: Apakah tindakan anda apabila anda menghadapi kesukaran ...

Tulis surat kepada tuan tanah atau ejen kamu secepat mungkin dan menyatakan permintaan pengurangan bayaran sewaCadangkan satu perjanjian baharu berdasarkan status kewangan terkini anda. Justice Connect mencadangkan pembayaran sewa yang tidak melebihi 30% daripada pendapatan semasa anda. Untuk mendapatkan templat surat atau maklumat lanjut, sila hubungi Migrant Workers Centre, Tenants Victoria, Justice Connect atau melayari: https://www.tenantsvic.org.au/advice/coronavirus-covid-19/#rent

Page 4: Apakah tindakan anda apabila anda menghadapi kesukaran ...

Pendaftaran dengan Consumer Affairs Victoria (CAV)Apabila anda menandatangi satu perjanjian baharu, sila daftar dengan CAV.

Perjanjian ini berkemungkinan akan dijadikan sebagai bukti sokongan anda untuk mendapatkan Bantuan Sewa Rumah (Rent Relief Grant) DHHS.

Page 5: Apakah tindakan anda apabila anda menghadapi kesukaran ...

Jika anda tidak dapat menandatangani perjanjian baharu dengan tuan tanah andaJika anda tidak dapat membuat perjanjian baharu dengan tuan tanah atau ejen anda, anda boleh meminta CAV untuk menjadi pengantara dan memastikan perjanjian yang adil tercapai. Anda boleh memohon bantuan pengantaraan dengan mengisi borang ini: online.justice.vic.gov.au/cav-forms/covidcomplaint.doj

Hal ini merupakan hak anda untuk mendapatkan pengantaraan walaupun tuan tanah anda tidak mahu. CAV boleh membuat keputusan mengikat (binding ruling) untuk memaksa tuan tanah anda mengurangkan bayaran sewa anda sekiranya anda sedang menghadapi kesukaran akibat COVID-19.

Page 6: Apakah tindakan anda apabila anda menghadapi kesukaran ...

Menyemak kelayakan anda untuk mendapat Bantuan Sewa Rumah (Rent Relief Grant) DHHS.Kriteria kelayakan:

• Mempunyai wang simpanan kurang daripada $5,000 (tidak termasuk superannuation)

• Jumlah pendapatan semua penghuni di rumah anda mesti kurang daripada $1,903 seminggu sebelum dikenakan cukai

• Membayar sewa melebihi 30% daripada pendapatan anda

Warganegara atau PR bukan syarat keperluan. Status kewangan anda juga perlu dipengaruhi oleh COVID-19 secara nyata melalui penggangguran, pengurangan jam bekerja, dan/atau pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 20% atau lebih.

Untuk maklumat lanjut atau memohon bantuan sewa rumah, sila layari:

https://rentrelief.covid19.dhhs.vic.gov.au/

Page 7: Apakah tindakan anda apabila anda menghadapi kesukaran ...

Untuk soalan dan jawapan yang lanjutjusticeconnect.org.au/resources/how-does-covid-1 9-affect-victorian-renters/