Apakah Pembestarian Sekolah June 16, 2010 ibestari Pembestarian Leave a comment Rate This Logo Sekolah Bestari: Mendidik Jiwa dan Minda APAKAH ITU PEMBESTARIAN SEKOLAH? Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Apakah Pembestarian Sekolah
June 16, 2010
ibestari Pembestarian Leave a comment
Rate This
Logo Sekolah Bestari: Mendidik Jiwa dan Minda
APAKAH ITU PEMBESTARIAN SEKOLAH?
Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri(self-paced).
Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.
KONSEP PEMBESTARIAN
Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their lives.
Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996
The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation. Advanced teaching and learning materialsdeveloped through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes.
Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004
… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan modenmengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer danmengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005
SKOP PEMBESTARIAN SEKOLAH
Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan:
1. menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi2. menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap3. memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sekongan
Pembestarian Sekolah akan menfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut:
1. projek makmal Komputer Sekolah2. program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI)3. rangkaian SchoolNet4. rancangan TV pendidikan5. projek Rintis Sekolah Bestari6. ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran7. mata Pelajaran yang Berasaskan ICT8. perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta9. latihan ICT Guru10. pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah
Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.
Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu:
1. ICT untuk semua pelajar2. ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen
mata pelajaran3. ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan
Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran.
[Sumber asli bahan]
About these ads
PEMBESTARIAN SEKOLAH
PEMBESTARIAN SEKOLAH
PENGENALAN
Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.
KONSEP PEMBESTARIAN
Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their lives. Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996
The smart school program will be re-modelled and its implementation fasttracked
to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation. Advanced teaching and learning materials developed through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be
used to improve administration processes. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super
Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004
… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7
Mei 2005
APAKAH PEMBESTARIAN SEKOLAH?
Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengapliksikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (selfaccessed),terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan
mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan;
. Menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi
. Menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap
. Memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sokongan
Pembestarian Sekolah akan memanfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut;
. Projek Makmal Komputer Sekolah
. Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
. Rangkaian SchoolNet
. Rancangan TV pendidikan
. Projek Rintis Sekolah Bestari
- ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
. Mata Pelajaran yang Berasaskan ICT
. Perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta
. Latihan ICT Guru
. Pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah
Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.
DASAR DAN MATLAMAT
Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu;
. ICT untuk semua pelajar
. ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen mata pelajaran
. ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan system pendidikan
Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran.
STATUS SEMASA DAN CABARAN
1. Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu system pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif.
2. Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari di seluruh negara, KPM kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari, Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah.
3. Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari pada semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Komponen utama pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).
4. Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware. Untuk itu, KPM telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet.
5. Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun dengan kerjasama pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
6. Pembestarian sekolah melibatkan pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS), Educational Management Information System (EMIS) dapat membantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian.
7. Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di KPM turut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan.
FOKUS PEMBESTARIAN SEKOLAH
Fokus pembestarian sekolah dalam tempoh pelan tindakan ini ialah bagi memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan;
- Menyediakan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi (hardware)
. Menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap (software)
. Memberi latihan berterusan kepada semua guru, pentadbir dan staf
sokongan (wetware)
. Memastikan wujudnya sistem penyelenggaraan
SCHOOLNET
Projek SchoolNet
. Projek SchoolNet melibatkan penyediaan capaian Internet jalur lebar untuk 10,000 buah sekolah di seluruh negara.
. Prasarana SchoolNet menyediakan kemudahan belajar tanpa sempadan yang melangkaui bilik darjah biasa.
Mengapa SchoolNet diwujudkan?
. Menyediakan infrastruktur komunikasi bagi melaksanakan program sekolah bestari di semua sekolah-sekolah di Malaysia.
. Merapatkan jurang digital di antara pelajar-pelajar sekolah di bandar dan luar bandar.
. Memoden dan mempertingkat keberkesanan sistem pendidikan negara.. Mewujudkan suasana pendidikan interaktif.
Wawasan SchoolNet
. Mewujudkan masyarakat berilmu bagi merealisasikan k-ekonomi.
. Mewujudkan masyarakat yang celik IT.
1. Membentuk tenaga kerja mahir sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.
Tanggungjawab Menjalankan Projek SchoolNet
. Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK).
. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Bagaimana Projek SchoolNet Dibangunkan?
Bagi mempastikan kesemua 10,000 buah sekolah di Malaysia menikmati Projek SchoolNet dengan kelajuan 1Mbps “downlink” dan 128Kbps “uplink”,
tiga (3) jenis teknologi digunakan:-
. Talian Langganan Digital Asimetrik (ADSL) iaitu teknologi memancarkan
maklumat digital dengan menggunakan talian telefon (copper) untuk
kawasan Bandar.
. Wayarles iaitu teknologi memancarkan isyarat digital melalui gelombang
udara untuk kawasan terpencil.
. Terminal Bukaan Amat Kecil (VSAT) iaitu teknologi pemancaran dan
penerimaan isyarat digital melalui satelit dan stesen bumi untuk
kawasan luar Bandar.
Sebarang laporan kerosakan oleh pihak sekolah mengenai Projek SchoolNet
hendaklah dirujuk kepada Pusat Panggilan berikut :-ı1-300-88-2888 dan
Sekolah Bestari merupakan salah satu Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimediaatau Multimedia Super Corridor Malaysia(MSCMalaysia) untuk mengupayapenggunaan
teknologimaklumat dan komunikasi (ICT)di sekolah.MSC Malaysia Smart School Flagship Application yangdilancarkan oleh Y.A.B.Datuk Seri Dr.Mahathir bin Mohamad pada Julai 1997 merangkumi dua (2) fasa pelaksanaan: fasa projek rintis dan fasa peluasan. Dengan itu, Projek Rintis Sekolah Bestari telah dilaksanakan dari 1999 sehingga Disember 2002. Berdasarkan kejayaan projek ini, KPM telah mengusahakan pemantapan infrastruktur
dan aplikasiteknologi maklumat dan komunikasi (ICT)untuk peluasan sekolah bestari, dan seterusnya pembestarian sekolah. Empat (4) fasa pelaksanaan Sekolah Bestari adalah seperti tertera.Rajah 1.1: Fasa Pelaksanaan Sekolah BestariFasa 1 (1999-2002)Projek Rintis Sekolah Bestari (88 Sekolah Bestari)Fasa 2 (2003 -2005)Pemantapan 88 Sekolah Bestari sebagai Penanda ArasFasa 3 (2006 -2010)Pembestarian SekolahFasa 4 (2011
-2020)Konsolidasi dan Kelestarian
JIWA DAN MINDA BERSA
TU KE ARAH PEMBESTAR
IAN SEKOLAH
K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a