HARI 01 KUALA LUMPUR > MADINAH RABU | 07 Nov Berkumpul di KLIA 2 4 jam sebelum berlepas ke Madinah dengan penerbangan Airasia. Tiba di Madinah. Selesai urusan imigresen bertolak ke hotel Madinah, daftar masuk dan rehat. HARI 02 MADINAH - ZIARAH LUAR KHAMIS | 08 Nov Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 7.30 pagi, Jemaah akan di bawa ziarah Masjid Quba, Jabal Uhud dan membeli-belah di Pasar Kurma. Jemaah hanya akan dibawa melalui dan melihat Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh dari dalam bas. Pulang ke hotel dan jadual bebas. HARI 03 MADINAH - ZIARAH DALAM JUMAAT | 09 Nov Solat subuh dan sarapan pagi. Jemaah dibawa oleh mutawif menziarahi sekitar Masjid Nabawi termasuk di Raudhah dan perkuburan Baqi’. HARI 04 MADINAH - ZIARAH TAMBAHAN SABTU| 10 Nov Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 7.30 pagi, Jemaah akan di bawa ke Bukit Magnet dan Muzium Pencetakan Al Quran sekiranya kilang percetakan itu dibuka & tiada halangan untuk menziarahi bukit magnet. Pulang ke hotel dan jadual bebas. HARI 05 MADINAH - MAKKAH AHAD | 11 Nov Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 1100 pagi, letakkan beg di luar pintu hotel. Wida’ Rasulullah dan solat Jamak Takdim Zohor Asar. Jam 0200 petang bertolak ke Makkah dan Miqat Bir Ali. Setibanya di Mekah, daftar masuk ke hotel dan berehat sebelum menunaikan ibadah umrah sambil dibimbing oleh mutawif berpengalaman secara berjemaah. HARI 06 MAKKAH ISININ| 12 Nov Solat subuh dan sarapan pagi. Jadual sendiri dan bebas beribadah. HARI 07 MAKKAH - ZIARAH LUAR (JA’RANAH) SELASA| 13 Nov Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 6.30 pagi, berkumpul di lobi untuk ziarah Jabal Thur, Arafah dan Jabal Rahmah. Jemaah juga akan dibawa melalui dan melihat Masjid Nammierah, Muzdalifah, Mina dan ketiga-tiga tempat melontar Jamratul Aqaba, Ula, dan Wusta serta Jabal Nur dari dalam bas serta bermiqat di Ja’ranah untuk para jemaah yang ingin menunaikan ibadah Umrah. HARI 08 MAKKAH RABU | 14 Nov Solat subuh dan sarapan pagi. Jadual sendiri dan bebas beribadah. HARI 09 MAKKAH - HUDAIBIYAH KHAMIS | 15 Nov Solat subuh dan sarapan pagi. Jemaah akan dibawa menaiki bas dan diiringi oleh mutawif untuk menziarahi Muzium Haramain. Kemudian bermiqat di Masjid Hudaibiyah (bagi sesiapa yang ingin membuat umrah). HARI 10 MAKKAH JUMAAT | 16 Nov Solat subuh dan sarapan pagi. Jadual sendiri dan bebas beribadah. HARI 11 MAKKAH > JEDDAH SABTU | 17 Nov Tawaf Wada’. Bertolak ke Jeddah. Singgah solat di Masjid Qisas Jeddah. Tiba di Lapangan Terbang Jeddah. Selesai urusan imigresen pulang ke Malaysia dengan penerbangan Airasia. HARI 12 KUALA LUMPUR AHAD | 18 Nov Tiba di Kuala Lumpur. HOTEL MAKKAH : ANWAR AL-DEYAFAH (200m) | HOTEL MADINAH : MUBARAK SILVER (150m) UMRAH 2018 07 Nov – 18 Nov Penerbangan : AIRASIA X ● Destinasi : KUL > MED > JED > KUL