-
ANUGERAH PINGAT EMAS PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA
MAHSURI: BENAR ATAU MITOS
SEJARAH ADALAH CERITA ORANG YANG MENANG
TOKOH-TOKOH KUALA LUMPUR
Menarik di dalam:
Muka 6
Muka 9
Muka 14
Bil. 58/18 OKT / DIS 2018
Martabatkan Sejarah Malaysia
Majlis diadakan pada 15 Disember 2018 di Dewan Aminuddin Baki,
Aras 1, Anjung Wisma Sejarah, Kuala Lumpur. Sejak diperkenalkan
pada tahun 1998, para pelajar dari Jabatan Sejarah yang mencatatkan
gred terbaik dalam kursus-kursus Sejarah Malaysia sepanjang
pengajian mereka dipilih untuk menerima anugerah berprestij dengan
Persatuan Sejarah Malaysia (PSM). Penerimanya adalah Florence
Carolina a/p Thiruselvam (Universiti Malaya), Muhamad Khaider bin
Bustami (Universiti Kebangsaan Malaysia), Mohd Safaruddin bin
Yahaya (Universiti Sains Malaysia ), Nur Izzati binti Junaidi
(Universiti Malaysia Sabah), Nur Azureen binti Rusli (Universiti
Pendidikan Sultan Idris). Mereka menerima pingat emas, sijil
penghargaan dan buku daripada YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohammad
Shatar Bin Sabran, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI). PSM merakam setinggi-tinggi tahniah kepada kelima-lima
penerima di atas penganugerahan ini, semoga terus cemerlang pada
masa hadapan dan mengharumkan nama Jabatan Sejarah dan universiti
masing-masing.
Tetamu utama Prof Dato’ Dr Mohamad Shatar Sabran dengan Tan Sri
Omar Mohd Hashim dan Dato’ Jumaat Mohd Noor bergambar bersama
penerima Anugerah Pingat Emas PSM
-
Warkah PSM diterbitkan oleh:
PERSATUAN SEJARAH MALAYSIAAras 3, Anjung, Wisma Sejarah,230,
Jalan Tun Razak,50400, Kuala Lumpur.
DR ZAHIDI DATO’ HAJI ZAINOL RASHID (KETUA EDITOR)MOHD AROF
ISHAKDATIN ZURAIDAH MOHAMAD
SIDANG REDAKSITel : 03 - 2681 5388 / 2681 6388Faks : 03 - 2681
4388Email : [email protected] / [email protected]
OKT / DIS 2018
MARTABATKANSEJARAH
MALAYSIA
PRESIDENPERDANA MENTERI MALAYSIA
NAIB RESIDENMENTERI PENDIDIKAN MALAYSIAMENTERI PELANCONGAN, SENI
DAN BUDAYA
KETUA SETIAUSAHA NEGARA(1957- 2018)
1957-1964
1964-1967
1967-1969
1970-1976
1976-1978
1979-1982
1982-1984
1984-1990
1990-1996
1996-2001
2001-2006
2006-2012
2012-2018
2018-sekarang
Tun Dr. Haji Abdul Aziz Abdul Majid
Tan Seri Dato’ Seri Abdul Jamil Abdul Rais
Tan Sri Dato’ Seri Tunku Besar Mohamad ibni Tunku Besar
Burhanuddin
Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin
Tun Abdullah Mohd Salleh
Tun Dr Abdullah Ayub
Tan Sri Dato’ Seri Utama Hashim Aman
Tan Sri Dato’ Paduka Sallehuddin Mohamad
Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid
Tan Sri Abdul Halim Ali
Tan Sri Samsudin Osman
Tan Sri Mohd Sidek Hassan
Tan Sri Dr Ali Hamsa
Datuk Seri Dr. Ismail Hj Bakar
-
3
Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat
bertemu pada keluaran keempat bagi tahun 2018.
Sepanjang tahun 2018, kita sebagai organisasi NGO telah bergerak
dengan baik bagi memenuhi tuntutan tujuan kita ditubuhkan. Bagi
tahun 2018 kita telah berjaya menganjurkan: 1. Majlis Anugerah Felo
dan Pingat Emas pada 10 Februari 2018 2. Pertandingan Menulis Esei
Sejarah Malaysia 2017 3. Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme
peringkat kebangsaan 2018 pada 15 Ogos 2018 di M-Suite Hotel, Johor
Bahru
PSM telah berjaya menerbitkan: 1. Buku “Abdullah Samsudin:
Panglima Melayu Terbilang“ 2. Malaysia Dari Segi Sejarah Bil. 46
2018 PSM telah berjaya menganjurkan ceramah/sembang-sembang sejarah
oleh Seniman Negara Dato’ Seri Ahmad Nawab pada 18 November 2017 di
Dewan Aminudin Baki, Wisma Sejarah bertajuk “Nota Perjalanan
Seorang Seniman”.
PSM telah menganjurkan “Seminar Antarabangsa Kesejarahan Guru
Sejarah Malaysia-Indonesia 2018” yang dianjur bersama Persatuan
Guru Sejarah Malaysia dan Asosiasi Guru Sejarah Indonesia pada
22-23 Mac 2018 bertempat di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur. Pada 28-29
Ogos 2018 PSM dengan kerjasama UKM telah menganjurkan Kongres
Sejarah Malaysia Ketiga. Majlis perasmian dan ucaptama telah
disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim,
Pengerusi Yayasan Budi. Pada 10 November 2018, PSM telah menjemput
Prof. Datuk Dr Siddiq Fadzil, Tokoh Maal Hijrah 2018 untuk
menyampaikan ceramah bertajuk “Budaya Intelektual dalam Masyarakat
Melayu: Kekangan dan Cabaran Merentasi Zaman” bertempat di Dewan
Aminuddin Baki, Anjung Sejarah, Kuala Lumpur.
Saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dato’
Seri Utama Dr Rais Yatim yang sudi hadir untuk merasmi dan
menyampai ucaptama. Akhir sekali saya turut mengucap ucapan terima
kasih kepada pihak UKM yang bersama sama bertungkus-lumus bagi
menjayakan Kongres Sejarah Malaysia ke-3. Juga Kepada pembentang
kertas kerja, para peserta, ahli majlis JKE dan pemimpin cawangan
dan kawasan yang turut hadir menjayakan kongres ini. Saya amat
menyanjung tinggi komitmen yang gigih dalam memajukan warisan dan
sejarah tanah air.
Sekian terima kasih.
Perutusan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif
Tan Sri Dato’ (Dr) Hj Omar Mohd HashimPengerusiJawatankuasa
EksekutifPersatuan Sejarah Malaysia
OKT / DIS 2018
-
4
PSM DI SANA SINISEMINAR SEJARAH KUALA LUMPUR
Seminar in telah diadakan pada 29 Oktober 2018 di Institut
Latihan DBKL,Cheras (IDB). Seminar anjuran Perpustakaan Kuala
Lumpur ini dirasmikan oleh Y.B. Khalid Abdul Samad, Menteri Wilayah
Persekutuan. Ucaptama telah disampaikan oleh Dato’ Nor Hisham Ahmad
Dahalan, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Sebanyak enam kertas kerja
telah dibentangkan. Seramai 220 peserta telah menghadiri seminar
ini. Majlis Pengkisahan Sejarah “Kuala Lumpur Dahulu dan Sekarang”
turut diadakan. Ahli-ahli panel terdiri dari Abdur Razzaq Lubis,
Dato’ Ar Hajeedar Abd Majid, Prof Emeritus Dato’ Abdullah Zakaria
Ghazali dan Tuan Hj Nurazizi bin Mokhtar. Dato’ Abdul Rahman Yeop
dan Datin Zuraidah Mohamad telah mewakili PSM.
Senarai kertas kerja yang telah dibentangkan ialah: 1.Peranan
Sanitary Board Kuala Lumpur dalam Kegiatan Pengeluaran Daging
Mentah oleh Dr Shapiza Sharif (Universiti Malaya) 2. Meniti
Perjalanan Kenangan Menuju Mercu Jaya: Catatan Biografi Tan Sri
Elyas Omar: Datuk Bandar Kuala Lumpur (1983-1992 ) oleh Dr Zahidi
Dato’ Zainol Rashid (Persatuan Sejarah Malaysia) 3. Penyerahan
Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan Penting dalam Lipatan
Sejarah dan Implikasi terhadap Negara oleh Prof Madya Dr Mohd
Shamsuddin (Universiti Kebangsaan Malaysia) 4. Peristiwa
Pengisytiharan Kemerdekaan dan “The Unsung Heroes of 31st August
1957” oleh Dr Zulhilmi Paidi (Universiti Utara Malaysia) 5.
Tokoh-tokoh Kuala Lumpur oleh Dato’ Dr Nadzan Harun (Persatuan
Sejarah Malaysia) 6. Perkembangan Negeri, Daerah, Mukim dan Kampung
di Kuala Lumpur 1766-1974 oleh Ahmad Farhan bin Abdullah@Zakaria
(Universiti Kebangsaan Malaysia)
OKT / DIS 2018
Majlis telah berlangsung pada 15 Disember 2018 bertempat di
Dewan Aminuddin Baki, Aras 1, Anjung Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.
Anugerah Pingat Emas, sijil dan buku-buku telah disampaikan oleh
YBhg Prof Dato’ Dr Mohammad Shatar bin Sabran, Naib Canselor
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Seramai 58 orang
penerima Anugerah Pingat Emas telah dianugerahkan oleh PSM.
Anugerah Pingat Emas dianugerahkan kepada siswazah terbaik dalam
kursus sejarah (Sejarah Malaysia) daripada lima institusi pengajian
tinggi – UM, UKM, USM, UPSI dan UMS. Majlis ini dimulai dengan
ucapan aluan oleh Yang Berbahagia (Dr) Omar Mohd Hashim, Pengerusi
Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia diikuti dengan sesi
memperkenalkan siswazah penerima pingat emas. Prof Dato’ Dr Mohamad
Shatar Sabran, tetamu utama telah menyampaikan anugerah pingat
kepada penerima diikuti dengan ucap terima oleh siswazah penerima
Anugerah Pingat Emas. Majlis berakhir dengan penyampaian
cenderamata kepada tetamu utama, Prof Dato’ Dr Mohamad Shatar
Sabran, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris.
ANUGERAH PINGAT EMAS PSM
-
5
Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat
bertemu pada keluaran keempat bagi tahun 2018.
Sepanjang tahun 2018, kita sebagai organisasi NGO telah bergerak
dengan baik bagi memenuhi tuntutan tujuan kita ditubuhkan. Bagi
tahun 2018 kita telah berjaya menganjurkan: 1. Majlis Anugerah Felo
dan Pingat Emas pada 10 Februari 2018 2. Pertandingan Menulis Esei
Sejarah Malaysia 2017 3. Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme
peringkat kebangsaan 2018 pada 15 Ogos 2018 di M-Suite Hotel, Johor
Bahru
PSM telah berjaya menerbitkan: 1. Buku “Abdullah Samsudin:
Panglima Melayu Terbilang“ 2. Malaysia Dari Segi Sejarah Bil. 46
2018 PSM telah berjaya menganjurkan ceramah/sembang-sembang sejarah
oleh Seniman Negara Dato’ Seri Ahmad Nawab pada 18 November 2017 di
Dewan Aminudin Baki, Wisma Sejarah bertajuk “Nota Perjalanan
Seorang Seniman”.
PSM telah menganjurkan “Seminar Antarabangsa Kesejarahan Guru
Sejarah Malaysia-Indonesia 2018” yang dianjur bersama Persatuan
Guru Sejarah Malaysia dan Asosiasi Guru Sejarah Indonesia pada
22-23 Mac 2018 bertempat di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur. Pada 28-29
Ogos 2018 PSM dengan kerjasama UKM telah menganjurkan Kongres
Sejarah Malaysia Ketiga. Majlis perasmian dan ucaptama telah
disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim,
Pengerusi Yayasan Budi. Pada 10 November 2018, PSM telah menjemput
Prof. Datuk Dr Siddiq Fadzil, Tokoh Maal Hijrah 2018 untuk
menyampaikan ceramah bertajuk “Budaya Intelektual dalam Masyarakat
Melayu: Kekangan dan Cabaran Merentasi Zaman” bertempat di Dewan
Aminuddin Baki, Anjung Sejarah, Kuala Lumpur.
Saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dato’
Seri Utama Dr Rais Yatim yang sudi hadir untuk merasmi dan
menyampai ucaptama. Akhir sekali saya turut mengucap ucapan terima
kasih kepada pihak UKM yang bersama sama bertungkus-lumus bagi
menjayakan Kongres Sejarah Malaysia ke-3. Juga Kepada pembentang
kertas kerja, para peserta, ahli majlis JKE dan pemimpin cawangan
dan kawasan yang turut hadir menjayakan kongres ini. Saya amat
menyanjung tinggi komitmen yang gigih dalam memajukan warisan dan
sejarah tanah air.
Sekian terima kasih.
5
PSM DI SANA SINI
SEMINAR KEHEBATAN LEGASI JOHOR DI MATA DUNIA
Seminar ini telah berlangsung di KSL Hotel, Johor Bahru pada
12-13 November 2018. Seminar anjuran Perpustakaan Awam Johor telah
dirasmikan oleh Y.B. Hj Aminolhuda Hassan, Ahli Exco Kerajaan
Negeri Johor merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam
Johor. Ucaptama telah disampaikan oleh Prof Emeritus Dato’ Dr
Abdullah Zakaria Ghazali.
Sebanyak sepuluh kertas kerja telah dibentangkan. Seramai 120
peserta telah menghadiri seminar ini. Majlis Pengkisahan Sejarah
“Sejarah Pop Yeh Yeh” telah diadakan dengan tetamu khas iaitu Dato’
A. Rahman Hassan, pelopor muzik 60an Pop Yeh Yeh. Selain daripada
Prof Emeritus Dato’ Abdullah yang menyampaikan ucaptama, turut
membentang kertas kerja adalah Tuan Hj. Kamdi Kamil dan Dr Zahidi
Zainol Rashid.
Empat pembentang kertas kerja dari luar negara adalah Dr Ellya
Roza (UIN Suska Riau), Asrul Fikri (Universitas Riau), Prof Suwardi
Mohd Samin (Sejarawan Indonesia Riau ) dan Dr Syed Khairuddin
Aljunid (National University of Singapore). Sasterawan Negara Dato’
Dr Zurinah Hassan telah membentang kertas kerja bertajuk “Usman
Awang: Penyair Melayu yang Paling Dikenali”.
Turut membentang kertas kerja ialah Dr Syed Khairudin Al Junid,
pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, National University of
Singapore. Tajuk kertas kerja beliau ialah “Johor dalam
SejarahSingapura”.
OKT / DIS 2018
SEMBANG-SEMBANG SEJARAH
Prof Dato’ Dr Siddiq Fadzil, Tokoh Maal Hijrah 2018 telah
menyampaikan ceramah bertajuk “Budaya Intelektual dalam Masyarakat
Melayu Kekangan dan Cabaran Merentasi Zaman” bertempat Dewan
Aminuddin Baki, Aras 2, Anjung Wisma Sejarah, Kuala Lumpur. Prof
Dato’ Dr Siddiq Fadzil lahir di Kampung Sungai Tiang Darat, Bagan
Datok, Perak pada 4 Januari 1947. Beliau telah berkahwin dengan
Siti Zalikah binti Mohd Nordin dan telah dikurniakan tujuh orang
cahaya mata. Pada tahun 1974, beliau memperolehi Sarjana Muda
Sastera dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau
mempunyai M.Litt Sarjana Persuratan dalam Pemikiran Islam dari
Universiti Kebangasaan Malaysia.
Seterusnya, beliau memperolehi PhD dalam Kebudayaan Melayu dan
Falsafah Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada ketika
ini, beliau adalah Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Ketua Majlis
Istiayah Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Pengerusi Lembaga
Pengarah Institut Darul Ehsan (IDE ), Pengerusi Pusat Kajian
Magasid Shariah IDE, Prof Adjung UNISEL juga Pengerusi Akademi
Kajian Ketamadunan (AKK). Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi
Lembaga Pengarah Unniversiti Sains islam (USIM) mulai 1 Oktober
2018.
Dalam bidang akademik beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah
UKM sejak tahun 1974 sehingga 2001. Atas jasa yang beliau telah
taburkan beliau telah menerima Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP),
Anugerahh Tokoh Maal Hijrah Perak (2006). Pada 10 September 2018
beliau telah dianugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2018.
-
6
SEJARAH ADALAH CERITA ORANG YANG MENANG
Merdeka dalam bahasa Melayu lama disebut mederheka. Apa yang
dikatakan mederheka/merdeka itu adalah kebebasan, bebas daripada
satu-satu cengkaman atau penindasan. Dalam erti kata lain merdeka
adalah bebas daripada konkongan pihak lain, bebas daripada
penjajahan, bebas daripada perhambaan. Orang yang merdeheka itu
boleh berdiri sendiri, tidak tunduk kepada arahan orang lain dan
tidak bergantung kepada orang lain. Begitu jugalah keadaan sesebuah
negara yang dikatakan telah merdeka, boleh berdiri sendiri, tidak
tunduk kepada arahan pihak-pihak lain dan tidak bergantung kepada
negara lain untuk kewujudannya. Oleh itu dalam realitinya bukan
semua negara yang dikatakan merdeka itu sebenar-benarnya telah
merdeka. Abad ke-19 merupakan abad pancaroba bagi hampir seluruh
negara di luar Eropah dan Amerika Utara. Kesan daripada revolusi
industri, kuasa-kuasa barat ketika itu berlumba-lumba keluar
mencari tanah jajahan bagi memastikan ia mudah memperolehi bahan
mentah dari pasar untuk barangan hasilan industri mereka. Yang
menjadi mangsa adalah negara negara timur. Satu lepas satu negara
kecil dan besar di timur ini ditakluki termasuk China dan India.
Hanya Jepun dan Thailand yang terlepas daripada fenomena penjajahan
ini. Namun demikian mereka juga tidaklah terlalu bebas untuk
bertindak sesuka hati bagi kepentingan diri mereka. Seluruh Afrika
dan Amerika Selatan dikuasai oleh kuasa-kuasa Eropah. Dan dalam
masa ini muncul pula sebuah kuasa imperialis baru yang ikut sama
menjajah iaitu Amerika Syarikat.
Namun demikian selepas Perang Dunia II, telah berlaku satu
perubahan dalam pemikiran masyarakat barat. Kesan daripada tindakan
Hitler, Mussolini dan Tojo menakluki wilayah-wilayah di Eropah dan
wilayah jajahan takluk barat di Asia dan Afrika menyebabkan mereka
terfikir bahawa penjajahan itu bukanlah sesuatu yang mulia. Namun
demikian, memberi kemerdekaan kepada negara-negara yang dijajah itu
bermakna membawa kerugian kepada negara yang menjajah. Selepas
perang
OlehPROF MADYA DR AHMAD JELANI HALIMI
OKT / DIS 2018
-
7
negara-negara penjajah sangat-sangat memerlukan koloni-koloni
mereka untuk membangunkan kembali ekonomi negara. Satu kerugian
besar akan berlaku sekiranya koloni-koloni itu dibebaskan,
khususnya bagi negara-negara yang teruk dilanda perang seperti
Britain, Perancis dan Belanda. Dalam pada itu, masyarakat
negara-negara yang terjajah itu sendiri sudah mula melaungkan
kemerdekaan nasional. Laungan ini telah mula didengari sejak awal
abad ke-20. Perjuangan-perjuangan secara politik dan ketenteraan
mula berlaku antara kedua belah pihak; pihak yang menjajah dengan
pihak yang dijajah. Pertembungan antara dua idea yang bertentangan
ini akhirnya telah melahirkan negara-negara yang merdeka dalam
bentuk nation state.
Mencatatkan kisah-kisah bagaimana perjuangan orang Melayu
menentang Malayan Union dan kemudian membawa kepada penuntutan
kemerdekaan oleh wakil orang Melayu iaitu UMNO. UMNO telah
ditubuhkan pada bulan Jun 1946. Ia telah ditubuhkan atas sebab
menentang gagasan Malayan Union yang akan menyerahkan seluruh
ketuanan Melayu kepada British. UMNO sebagai pejuang hak orang
Melayu ketika iu dilahirkan bukan sebagai sebuah pergerakan
nasionalis, menuntut kemerdekaan, malah kelihatan menentang
kemerdekaan. Para pemimpin mereka yang terdiri sebahagian besar
daripada pegawai-pegawai perkhidmatan awam kolonial yang setia
berkhidmat kepada tuan-tuan kolonial mereka. Malah dilaporkan
bahawa masih belum yakin yang orang Melayu boleh merdeka? Mereka
adalah orang-orang Melayu “merdeka” itu pantang disebut di kalangan
mereka. Cogan kata mereka ketika itu adalah “Hidup Melayu!”.
Golongan ini juga berpendapat bahawa orang Melayu ketika itu
terlalu lemah untuk merdeka.
Ramai yang tidak berpendidikan dan miskin dan sekiranya negara
ini diserahkan kepada mereka, Tanah Melayu akan hancur. Malah ada
sultan yang mempertikaikan kemampuan orang Melayu untuk merdeka.
Dikatakan baginda pernah menyatakan “jarum pun tak boleh buat,
hendak merdeka”. Kelihatannya bahawa mereka tidak yakin terhadap
kemampuan bangsa mereka sendiri.
Oleh itu, siapakah mereka yang dikatakan telah melaungkan seruan
merdeka itu,ketika UMNO masih belum yakin yang orang Melayu boleh
merdeka? Mereka adalah orang-orang Melayu yang tergolong dalam
pergerakan politik radikal sebelum perang iaitu dari kumpulan
Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang telah diharamkan oleh pihak Jepun.
KMM ini telah lahir sekitar tahun 1938 di bawah kepimpinan Ibrahim
Yaakub. Selepas perang, sebaik sahaja Jepun menyerah kalah kumpulan
ini telah menubuhkan sebuah parti yang dikenali sebagai Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Pengasasnya antara yang terkemuka
adalah Ahmad Boestaman dan Musa Ahmad, kemudian disertai oleh para
nasionalis lain seperti Pak Sako dan Dr Burhanuddin al-Hilmy. Parti
ini telah menerbitkan surat khabarnya yang pertama, Suara Rakyat di
Ipoh, Perak. Seluruh isi kandungannya merupakan hal-hal politik.
Matlamat utama PKMM adalah mengusir British dari Tanah Melayu dan
membentuk kerajaan sendiri. Cogan kata mereka adalah “merdeka”. Di
mana sahaja anggotanya bertemu mereka akan melaungkan “merdeka”.
Matlamat ini termaktub dalam Rang Undang-Undang 1946 PKMM yang
diluluskan dalam kongres pertamanya pada 30 November 1945. Dalam
masa yang singkat sahaja PKMM telah dapat menubuhkan beberapa
cawangan di seluruh Tanah Melaytu. Ia telah menubuhkan ibu
pejabatnya di No. 2, Batu Road, Kuala Lumpur.
Walaupun PKMM sedar bahawa orang Melayu majoritinya masih
mundur, akan tetapi ia merasakan kemerdekaan perlu didahulukan,
kemudian baharulah mereka yang mundur itu dibantu untuk maju.
Perkara ini bukanlah menjadi masalah kerana Tanah Melayu kaya
dengan hasil bumi dan pertaniannya. Pandangan yang berbeza ini
telah membawa kepada perpecahan di kalangan orang Melayu. Anggota
PKMM menjadi lebih agresif dalam
OKT / DIS 2018
-
8
usahanya menuntut kemerdekaan, manakala UMNO kemudianya terus
merapatkan diri dengan pihak penjajah untuk mengambil hati penjajah
supaya memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu, Indonesia dijadikan
contoh dan inspirasi. Namun demikian oleh kerana ia tidak dapat
sokongan massa kerana orang Melayu sebahagian besarnya ketika itu
agak konservatif dan terlalu taksub akan kepimpinan para pembesar
tradisional, maka gerakan ini tidak begitu popular. Sebahagian
besar penyokong PKMM terdiri daripada perantau atau keturunan
Sumatera.
Namun demikian dengan kepimpinan yang komited, PKMM kemudianya
telah berjaya menyatukan seluruh tenaganya untuk berjuang menuntut
kemerdekaan. Ia berjaya menubuhkan sayap pemuda dan wanitanya;
Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Di
samping menubuhkan biro-biro agama, buruh dan pertanian. Sebelum
diharamkan oleh pihak British, biro buruhnya yang paling
berpengaruh kerana kehidupan buruh ketika itu sangat menyedihkan
dan perlu pembelaan.
Apabila PKMM diharamkan, para pemimpinnya lari berlindung diri
atau ditangkap arena politik Tanah Melayu ketika itu didominasi
oleh UMNO. Pihak British berada dalam dilema, memberi kemerdekaan
kepada Tanah Melayu bermakna mengecutkan sumber ekonominya, akan
tetapi sekiranya tidak diberi kemerdekaan, pihak Briish akan
terpaksa bergelut menghadapi kebangkitan rakyat setempat. Hal ini
cuba dielakkan oleh pihak British kerana akan menelan belanja yang
besar di samping gangguan kepada penghasilan getah dan bijih timah.
Ketika ini juga pihak British telah mempelajari bahawa kemerdekaan
yang dicapai melalui peperangan dan kebangkitan bersenjata bukan
hanya akan menghancurkan segalanya tetapi juga hubungan kemanusiaan
antara pihak penjajah dan yang dijajah.
Dengan keadaan yang sedemikian UMNO telah merebut peluang ini
untuk menjadi jaguh. Daripada pergerakan “hidup Melayu”, tiba-tiba
ia berubah menjadi gerakan yang memperjuangkan kemerdekaan. British
yang ketika itu memang berharap mendapatkan kumpulan nasionalis
yang bersimpati dengannya begitu senang dengan peranan UMNO yang
baru ini. Dengan itu rundingan penyerahan kedaulatan Tanah Melayu
mula dirundingkan. Perundingan yang mengikutinya sebahagian besar
merupakan perkara-perkara teknikal sahaja dan terfokus kepada usaha
membentuk satu konstitusi/perlembagaan bagi sebuah Tanah Melayu
yang merdeka. Sebuah jawatankuasa menggubal perlembagaan telah
dibentuk diketuai oleh Lord Reid dan tarikh kemerdekaan ditetapkan
pada 31 Ogos 1957. Oleh kerana salah satu syarat yang ditentukan
oleh pihak British untuk memberi kemerdekaan itu adalah perpaduan
antara kaum,UMNO terpaksa mencari rakan daripada kaum lain untuk
menunjukkan perpaduan itu. Justeru itu, UMNO telah bergabung dengan
masyarakat Cina (MCA) dan pihak India (MIC) membentuk Parti
Perikatan bagi menyakinkan British. Memang ketika itu pihak British
telah bersedia untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu
seperti yang telah dilakukan di India dan Burma. Dengan pemberian
kemerdekaan itu secara damai, Britain berjaya mengekalkan seluruh
sistem yang telah diciptanya di Tanah Melayu dan segala asetnya
dapat dilindungi. Bagi UMNO dan perikatan “penganugerahan”
kemerdekaan itu begitu mengembirakannya kerana kemerdekaan tidak
ditebus dengan darah walau setitik pun.
OKT / DIS 2018
-
9
TOKOH-TOKOH KUALA LUMPUROKT / DIS 2018
1. SUTAN PUASA @ SUTAN NA POSO2. HAJI ABDULLAH HUKUM BIN HAJI
ABDUL RAHIM3. RAJA HAJI BOT BIN RAJA JUMAAT4. YAP AH LOY5. YAP KWAN
SENG6. LOKE YEW@LUK PAK SHAM7. CHAN SIOW LIN8. K. THAMBOOSAMY
PILLAY9. ABDUL RAHIM KAJAI10. DATO’ ABU BAKAR BAGINDA11. TUN LEE
HAN SHIK,HENRY12. PUAN HAJJAH ENJAH BT ARIFF13. TAN SRI DATUK
PADUKA KONTIK KAMARIAH BINTI AHMAD14. TAN SRI DATO’ S.O.K.
UBAIDUILLA15. TUN OMAR ONG YOKE LIM16. TUN ISMAIL BIN MOHD ALI17.
TAN SRI DATO’ DR DAVID TAN CHEE KHOON18. TAN SRI DATO’ DR HAJI
ABDUL MAJID BIN ISMAIL19. DATUK SERI LILY BINTI ABDUL MAJEED
20. TAN SRI DATUK PADUKA SALEHA BINTI MOHD ALI21. TAN SRI AISHAH
BINTI ABDUL GHANI22. DATO’ HARUN BIN IDRIS23. JENERAL TAN SRI DATO’
HAJI MOHD SANY BIN HAJI ABDUL GHAFFAR (BERSARA)24. TAN SRI DATO’
S.M. SALIM25. DATO’ SHAHRUM YUB26. JENERAL TAN SRI MOHAMED HASHIM
BIN MOHD. ALI (BERSARA)27. REAR ADMIRAL TAN SRI DATO’ SERI 28. K.
THANABALASINGAM (BERSARA)29. HIJJAS KASTURI30. TAN SRI AZMAN
HASHIM31. MOKHTAR BIN DAHARI32. TAN SRI YAACOB BIN ABDUL LATIF33.
TAN SRI ELYAS BIN OMAR34. TAN SRI DR MAZLAN AHMAD35. TAN SRI DATO’
KAMARUZZAMAN BIN MUHAMAD SHARIFF36. DATUK HJ RUSLIN BIN HJ
HASSAN
9 10
2119
52
17 24
3329 30 31
-
10
BERITA BERGAMBAR
ANUGERAH PINGAT EMAS 201815 DISEMBER 2018, WISMA SEJARAH,
KUALA LUMPUR
OKT / DIS 2018
Tetamu utama Prof Dato’ Dr Mohammad Shatar Sabran menandatangani
buku pelawat
Prof Dato’ Dr Mohammad Shatar Sabran, Tan Sri Omar Mohd Hashim
dan Dato’ Jumaat Mohd Noor berdiri ketika lagu Negarakudan lagu
Martabat Sejarah Malaysia dimainkan
Majlis Penyampaian Anugerah Pingat Emas sedang berlangsung
-
11
BERITA BERGAMBAR
SEMBANG-SEMBANG SEJARAH10 NOVEMBER 2018, WISMA SEJARAH,
KUALA LUMPUR
Dato’ Jumaat Mohd Noor mempengerusikan majlis Sembang-Sembang
Sejarah yang disampaikan oleh Prof Dato’ Dr Siddiq Fadzil
Para hadirin yang mengikuti majlis sembang-sembang sejarah
Prof Dato’ Dr Siddiq Fadzil bergambar beramai-ramai dengan para
hadirin
Tan Sri Omar Mohd Hashim menyampaikan cenderamata kepada Prof
Dato’ Dr Mohammad Shatar Sabran
OKT / DIS 2018
-
12
Wawancara NINE-11 Bersama DR ZAHIDI DATO’ ZAINOL RASHID
BERKENAAN KDYMM ALAMINUL KARIM SULTAN SALLEHUDDIN IBNI ALMARHUM
SULTAN BADLISHAH SEMPENA PERTABALAN SULTAN SALLEHUDDIN SEBAGAI
SULTAN KEDAH KE-29 Pada 20 Oktober 2018
OKT / DIS 2018
Secara ringkas boleh tuan terangkan susur galur Sultan
Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishsh
KDYMM Alaminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhumm Sultan
Badlishah adalah Sultan Kedah yang ke-29. Baginda menggantikan
Almarhum Sultan Abdul Halim yang mangkat pada 11 September 2017.
Kedah memiliki sejarah pemerintahan beraja yang tidak putus-putus
selama 1,000 tahun. Kesultanan Kedah telah memerintah di lapan
pusat pentadbiran sehingga kini iaitu di Bukit Meriam, Sungai Mas,
Kota Siputih, Kota Naga, Kota Sena, Kota Indera Kayangan, Kota
Bukit Pinang dan Kota Setar. Sultan Sallehuddin yang berada di atas
tahta sekarang berpusat pemerintahan di Kota Setar. KDYMM Sultan
Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah adalah adik tiri kepada
Almarhum Sultan Abdul Halim, satu bapa iaitu Sultan Badlishah
tetapi berlainan ibu. Bonda baginda adalah Tunku Ampuan Asma Ibni
Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, puteri kedua Sultan
Terengganu.
Istiadat pertabalan KDYMM Sultan Sallehudin ibni Almarhum Sultan
Badlishah yang berlangsung di Istana Anak Bukit
-
13
OKT / DIS 2018
Apa keistimewaan istiadat pertabalan dalam institusi kesultanan
Kedah?
Kepentingan istiadat pertabalan dalam institusi raja ialah ia
mendekatkan raja dan rakyat. Ia secara rasminya mengisytiharkan
seorang raja menaiki takhta. Pertabalan sebagai pengumuman dan
war-war tentang adanya raja yang baru dilantik. Akhirnya ia
termaktub dalam undang-undang tubuh negeri.
Apa perkara menarik yang boleh kita lihat pada pertabalan Sultan
Kedah pada kali ini?
Perkara menarik pada pertabalan kali ini ialah perarakan KDYMM
Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah menaiki bahtera “layang emas”
dengan diiringi pasukan pancaragam, 3 ekor gajah dan 10 ekor
pasukan kuda dari PDRM yang bergerak dari Wisma Darul Aman ke Balai
Besar, jaraknya dalam 4 km. Pada 20 Februari 1959, KDYMM Tuanku
Sultan Abdul Halim dan Tuanku Sultanah Bahiyah menaiki kenderaan
dalam perarakan dari Istana Anak Bukit ke Balai Besar.
Apa kah kepentingan pertabalan kepada rakyat Kedah ?
Pertabalan ini adalah satu peristiwa pentang dalam lipatan
sejarah Kedah. Ini adalah kali ketiga sejak 1136 ketika kesultanan
Kedah bermula seorang raja ditabal. Kali pertama pada zaman Sultan
Ahmad Tajuddin pada tahun 1854. Kali kedua pada 20 Februari 1959
KDYMM Sultan Abdul Halim dengan rasminya ditabal sebagai Sultanah
Kedah Darul Aman. Ia adalah detik bersejarah kerana ia diadakan
semula setelah 59 tahun yang lalu.
Sebelum majlis pertabalan ialah upacara melawat makam diraja dan
upacarasiram tabal. Apa signi�kan /simbolik disebalik upacara
berkenaan?
Simbolik menziarah makam dan membaca doa dan tahlil sebagai
kenangan dan ingatan kita kepada arwah sultan-sultan yang
terdahulu. Ia juga sebagai ingatan kepada rakyat jelata supaya tahu
asal-usul kesultanan Kedah dan nama-nama sultan-sultan yang
memerintah Kedah.
Simbolik siram tabal adalah untuk menyuci diri ketika menaiki
singahsana dari segi mental dan jasad “mind and soul”untuk buang
bala dan sial. Air diambil dari mata air di tempat tinggi dari 12
tempat di negeri Kedah lalu diisi dalam tempayan dan dicampur
dengan air zam-zam dan 9 jenis kuntum bunga dan dijurus pada
pakaian kuning. Kalau pada tahun 1959 upacara dilakukan di Tambak
Inai, pada tahun 2018 upacara berlangsung di Istana Anak Bukit.
Apa kah kepentingan nobat dalam pertabalan sultan?
Nobat dimainkan untuk mengesahkan pertabalan itu. Nobat adalah
kemuliaan dan kebesaran bagi raja-raja dahulu hingga kini dan ia
masih diteruskan. Nobat menyeri sesuatu majlis. Tanpa nobat seorang
raja tidak dapat ditabal untuk menjadi raja.
-
14
OKT / DIS 2018
MAHSURI:“Benar atau Mitos?”
OlehDATO’ (DR) HAJI WAN SHAMSUDDIN BIN MOHD YUSOF
Penyelidikan dan pengumpulan cerita dalam dan luar Pulau
Langkawi setakat ini dapat dikesan dari dua sumber:
1.1 Berdasarkan kajian ilmiah yang diusahakan oleh saudara
Ramlee Shari� dari Universiti Malaya, 1981 yang menggolongkannya
kepada tiga bahagian: 1. Versi 1 hingga 8 dalam bentuk lisan 2.
Versi 9 hingga 13, dalam bentuk tulisan (buku, rencana dan skrip
drama ) 3. Versi 14, dalam bentuk �lem
1.2 Berdasarkan kaji selidik oleh Persatuan Sejarah Malaysia
Cawangan Kedah Darul Aman dan Muzium Negeri Kedah Darul Aman (PSMCK
dan MNK). 1. Di Langkawi pada 22-24 September 1988 melalui empat
orang pencerita termasuk Encik Din bin Kassim yang pernah
ditemubual oleh Ramlee Shari� (versi 1 ). 2. Di Phuket (Kampung
Kamala) pada 18-22 Disember 1988 dan pada 25-3 Mei 1989.
2. Unsur mitos dan legenda
Sebagai sastera rakyat yang disebarkan melalui lisan, cerita
Mahsuri memiliki sifat improvisasi iaitu pengurangan dan penambahan
kepada cerita yang diwarisi kerana itu terdapat beberapa perbezaan
dan persamaan di antara versi-versi cerita Mahsuri di samping
unsur-unsur keajaiban yang menjadikan tokoh Mahsuri itu sebagai
tokoh sejarah yang bersifat legenda.
Antara contoh-contoh yang berkaitan dengann mitos dan legenda
itu ialah:
2.1 Sebelum Mahsuri dilahirkan: 2.1.1 Menemui ular, itik (ular
cintamani). Dibakar/makan lalu dimakan oleh ibu Mahsuri-ada
persamaan dengan kisah Hang Tuah. 2.1.2 Menemui kerak nasi
berteriak (berasal dari semangat padi).
2.1.3 Sireh yang ditanam telah berbunga. 2.1.4 Serai juga
berbunga daripada emas/karun di bawah perdunya.
2.2 Sesudah Mahsuri dilahirkan: 2.2.1 Mahsuri menangis tak
berhenti-henti. Kemudiannya dapat di atasi setelah gong emas yang
diperolehi melalui mimpi telah dipalu. 2.2.2 Mahsuri dimandikan di
sebuah lubuk, airnya bertukar menjadi beku seperti kemenyan. 2.2.3
Keluar cahaya memancar-mancar menyinari isi rumah. 2.2.4 Mahsuri
lahir pada malam 27 Ramadan. Unggas dan binatang yang melata di
bumi mendekati rumah ibu bapa Mahsuri sebagai menyembut
kelahirannya. 2.2.5 Air telaga menjadi beku seperti salji atau
agar-agar. 2.2.6 Semua pokok sujud ke arah rumah dan bau harum di
sekitar halamannya. Ada persamaan dengan peristiwa Laiatul
Qadr.
Makam Mahsuri di Pulau Langkawi
-
15
OKT / DIS 2018
Sebelum majlis pertabalan ialah upacara melawat makam diraja dan
upacarasiram tabal. Apa signi�kan /simbolik disebalik upacara
berkenaan?
Simbolik menziarah makam dan membaca doa dan tahlil sebagai
kenangan dan ingatan kita kepada arwah sultan-sultan yang
terdahulu. Ia juga sebagai ingatan kepada rakyat jelata supaya tahu
asal-usul kesultanan Kedah dan nama-nama sultan-sultan yang
memerintah Kedah.
Simbolik siram tabal adalah untuk menyuci diri ketika menaiki
singahsana dari segi mental dan jasad “mind and soul”untuk buang
bala dan sial. Air diambil dari mata air di tempat tinggi dari 12
tempat di negeri Kedah lalu diisi dalam tempayan dan dicampur
dengan air zam-zam dan 9 jenis kuntum bunga dan dijurus pada
pakaian kuning. Kalau pada tahun 1959 upacara dilakukan di Tambak
Inai, pada tahun 2018 upacara berlangsung di Istana Anak Bukit.
Apa kah kepentingan nobat dalam pertabalan sultan?
Nobat dimainkan untuk mengesahkan pertabalan itu. Nobat adalah
kemuliaan dan kebesaran bagi raja-raja dahulu hingga kini dan ia
masih diteruskan. Nobat menyeri sesuatu majlis. Tanpa nobat seorang
raja tidak dapat ditabal untuk menjadi raja.
2.2.7 Padi dan lain-lain tanaman sangat menjadi. 2.2.8 Ayahnya
Pandak Mayah menemui sarang burung laut yang sangat mahal
harganya.
2.3 Sesudah Mahsuri dihukum mati 2.3.1 Berlaku gempa bumi
diikuti dengan ribut. 2.3.2 Memohon hendak beri makan anaknya tujuh
biji kuih dan kehendaknya diizinkan.
2.4 Sesudah Mahsuri dihukum 2.4.1 Burung-burung mengepakkan
sayapnya menaugi tubuh Mahsuri yang sudah tekulai. 2.4.2 Sewaktu
Mahsuri ditikam, keluar darah putih memancut ke atas, kembang
seperti payung tidak setitik pun yang gugur ke bumi.
3. Beberapa pandangan yang berbeza dari sudut peristiwa
3.1 Sumpah Mahsuri
Peristiwa sumpah Mahsuri ini merupakan kemuncak dari seluruh
cerita Mahsuri yang kesannya masih lagi diperkatakan sumpahannya
Pulau Langkawi akan menjadi padang jarak padang terkukur dan tidak
akan aman sampai tujuh keturunan. Ada versi yang mengaitkannya
dengan keturunan Dato’ Pekerma Jaya pembesar yang mentadbir Pulau
Langkawi dan ada yang mentafsirkannya sebagai keturunan Raja/Sultan
Kedah Darul Aman seperti senarrai berikut:
3.1.1 Salasilah Dato’ Pekerma Jaya, hasil temubual RS dengan
Encik Razak Darus di Lorong Seri Hujung, Jalan Langgar, Alor Setar
pada 23 Oktober 1980: 1. Dato’ Pekerma Jaya 2. Dato’ Pekerma Ali 3
Cik Mad Saman 4. Cik Yom 5.. Cik Nahu 6. Cik Mahmud 7. Cik Razak
3.1.2 Berdasarkan temubual PSMCK/MNK dengan Panglima Ibrahim bin
Mat di Padang Mat Sirat, Langkawi pada 23 September 1988:
1. Dato’ Pekerma Jaya 2. Dato’ Pekerma Ali 3. Cik Mat Jiwa 4.
Cik Mat Saman 5. Cik Yong/Yom 6. Cik Nahu 7. Cik Mahmud
3.1.3 Salasilah Kesultanan Kedah Darul Aman (bermula dari Marhum
Kayang): 1. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah 11 (1804-1845)
2.Sultan Zainal Rashid Muazzam Shah (1845-1854) 3.Sultan Ahmad
Tajuddin Mukarram Shah (1854-1878) 4. Sultan Zainal Rashid Muazzam
Shah 11 (1879-1881) 5. Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943) 6.
Sultan Badlishah (1948-1958) 7. Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
(1958-2017)
Menurut Sejahrawan Haji Ibrahim Ismail dalam karyanya “Sejarah
Kedah Sepintas Lalu” Mahsuri berlaku di zaman Sultan Muhamad Jiwa
Zainal Adilin Muadzam Shah 11 Sultan Kedah yang ke-19 (1710-1778
Masihi)
3.2 Darah Putih 3.2.1 Hampir semua versi menyebutkannya
kebanyakkan menyimpulkan bahawa “darah putih” yang mengalir di
dalamm tubuh Mahsuri melambangkan kesucian bersih dari segala
kejahatan di samping melambangkan Mahsuri itu benar-benar memiliki
paras yang amat cantik. 3.2.2 Ada pandangan yang menyatakan bahawa
“darah putih” itu bukan sebenarnya darah tetapi ialah air susu,
kerana sewaktu Mahsuri dibunuh dia baru sahaja melahirkan anak.
Pendapat yang sama diceritakan oleh keluarga keturunan Mahsuri di
Phuket, Thailand.
-
16
OKT / DIS 2018 3.2.3 Perbezaan lain yang ketara dalam
kebanyakkan versi ialah mengenai seperti bilangan anak Mahsuri dan
namanya, nama suami dan asal –usul dan begitu juga senjata yang
digunakan untuk menghukum mati Mahsuri. Kebanyakkan versi menyebut
“keris”, ada pula versi yang menyebut lembing, tombak atau jembia.
Ada versi menyatakan Mahsuri ditikam di dadanya, ada pula
menyatakan dia disula. 3.2.4 Pencerita Encik Din Kassim dari Padang
Mat Sirat agak berbeza dengan lain-lain pencerita Mahsuri. Beliau
dapat digolongkan sebagai penglipur lara sebenar kerrana
keahliannya dalam bercerita. Beliau banyak menggunakan kata-kata
bersajak atau bahasa berirama.
4.Dari sudut sejarah
Beberapa kesan peninggalan yang dikaitkan dengan sejarah Mahsuri
yang setakat ini dapat dikesan ialah:
4.1 Di Langkawi 4.1.1 Pusara Mahsuri di Kampung Mawat 4.1.2
Wujudnya watak-watak Dato’ Pekerma Jaya dan anaknya Dato’ Pekerma
Ali dalam sejarah Kedah 4.1.3 Tempat Mahsuri disula iaitu “Padang
Hangus” di Padang Mat Sirat 4.1.4 Kesan-kesan serangan Siam di
Langkawi pada 12 November 1821 seperti Kampung Beras terbakar di
Padang Matsirat, Masjid Ulu Melaka dan Panji-Panji Perang yang
digunakan oleh Dato’ Pekerma Ali yang kini diabadikan di Muzium
Negeri Kedah Darul Aman.
4.2 Di Phuket 4.2.1 Keturunan sebelah keluarga anak Mahsuri yang
berada di Kampung Kemala, Phuket, Thailand 4.2.2 Kawasan perkuburan
anak Mahsuri dan keturunannya di Pantai Kemala, Phuket.
4.3 Salahsilah Keurunan Mahsuri di Phuket, Thailand. Kehidupan
keluarga Mahsuri di Kampung tersebut kini dalam keadaan aman dan
mewah seolah-olah mereka juga terlepas dari sumpahan Mahsuri. Kini
sudah genap tujuh keturunan/generasi iaitu: 4.3.1 Wan hakim 4.3.2
Wan Yuhyi 4.3.3 Tuk Hid 4.3.4 Wan Husin 4.3.5 Wan Hashim 4.3.6 Wan
Sumaini 4.3.7 Wan Aisyah
5. Kaji selidik Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah Darul
Aman dann Muzuim Negeri Kedah Darul Aman pada 18-22 Disember
1988.
5.1 Rombongan ini mengandungi 28 orang diketuai oleh Wan
Shamsuddin bin Mohd Yusof (Timbalan Pengerusi PSMCK), Haji Ismail
bin Salleh (Setiausaha PSMCK) dan Haji Hussain Abu.
5.2 Di Kampung Kemala, Phuket kaji selidik melalui temubual
dengan keluarga Mahsuri yang berusia 60-80 tahun iaitu Wan Husin
dan isterinya Khatijah Abu Bakar, Tuk Suri (menantu Wan Husin), Wan
Fatimah binti Wan Husin, ayah dan ibu Wan Aishah dan Wan Dara anak
Wan Fatimah.
5.3 Antara perkara yang yang menarik iaitu ulasan mereka setelah
ditemubual ialah: 5.3.1 Moyang mereka Mahsuri tidak sekali-kali
berdarah putih 5.3.2 . Sumpahan Mahsuri tidak tepat, moyang mereka
moyang mereka Mahsuri sebenarnya berdoa kepada Allah SWT kerana dia
di�tnah 5.3. 3 Tuk Sun mengakui Wan Hakim meninggal dunia di atas
ribanya. 5.3.4 Sehingga kini, keturunan Mahsuri sudah memasuki
generasi ke-8 sesudah Wan Aishah berrkahwin dengan Ali Tongyun pada
22 April 2010.
-
17
OKT / DIS 2018
ALMARHUM YTM TUNKU ABDUL RAHMAN:Beberapa Catatan Lisan yang
Menarik
OlehDR ZAHIDI DATO’ ZAINOL RASHID
Pada 17 Mei 1995, satu Majlis Pengkisahan Sejarah Almarhum Tunku
Abdul Rahman telah diadakan di Auditorium Memorial Tunku Abdul
Rahman. Tiga ahli panel yang dijemput ialah YTM Tunku Datin Paduka
Khatijah, YTM Tunku Dato’ Dr Ismail dan YTM Tunku Mukminah. Berikut
adalah catatan menarik pengkisahan mereka yang sempat
dicatatkan.
1.YTM TUNKU DATIN PADUKA KHATIJAH BT ALMARHUM TUNKU ABDUL
RAHMANBeliau adalah puteri sulung Almarhum Tunku Abdull Rahman.
Dilahirkan pada 8 Oktober 1932 di Kedah. Semasa kecil, beliau
diasuh oleh pengasuh Siam. Beliau pernah dipelihara oleh Tunku
Habsah. Beliau telah mengikuti kursus dandanan rambut di Singapura.
Mengikut beliau di Residensi pada masa Tunku menjadi Ketua Menteri
ada terdapat 70 orang anak anak tukang kebun dan tukang masak.
Almarhum amat pantang pada nombor 13. Kalau jumlah nombor 13 beliau
akan memanggil beliau untuk cukup 14. Almarhum akan berehat selepas
makan tengahari dan beliau tidak suka dibangunkan. Almarhum suka
menolong orang miskin. Almarhum memberi tanah beliau di Langkawi
untuk buat masjid. Tanah Almarhum di Alor Setar telah dijadikan
rumah anak yatim. Falsafah beliau ialah apabila kita menolong orang
miskin mereka akan dikenang seumur hidup.
2. YTM TUNKU MUKMINAH BT TUNKU MOHD JIWABeliau adalah anak
saudara kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman. Menurut beliau,
Almarhum Sultan Abdul Hamid iaitu bapa Almarhum Tunku Abdul Rahman
memanggil Tunku dengan nama Awang di kalangan keluarga. Tunku
dipanggil Ku Tam atau Ayah Tam sebab Tunku agak hitam jika
dibandingkan dengan saudara–saudara lain. Makanan kegemaran Tunku
ialah itik golek dan putu mayong dicicah dengan gulai semalam.
Untuk sarapan pagi Tunku menggunakan teh dua uncang iaitu teh
Lipton untuk perasa dan teh Boh untuk warna. Tunku adalah anak
ke-29.
3. YTM TUNKU DATO’ DR ISMAIL BIN TUNKU MOHD JIWABeliau adalah
anak saudara kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman. Menurut beliau,
Almarhum selalu dukacita dengan nama beliau dieja ‘Tengku’ kerana
mengikut ejaan Kedah ialah Tunku. Tunku mendapat pendidikan di King
College di Bangkok yang ada persamaan dengan public school di
England. Tok Dalam adalah gelaran kepada Cik Manjalara, ibu kepada
Almarhummm Tunku. Atas sokongan Tunku Mohd Jiwa, Tunku telah
dihantar ke England dalam tahun 1946. Dalam tahun 1949, Almarhum
tinggal di Telok Ayer Tawar, Butterworth. Pada tahun 1956, Almarhum
telah menghantar surat kepada Tunku Ismail untuk tinggal bersama
beliau di Kuala Lumpur. Mengikut Tunku Ismail, perhubungan bapa
saudara beliau iaitu Almarhum Tunku dengan beliau dianggap sebagai
rakan berbanding dengan bapa saudarra lain yang masih feudalistik.
Almarhum Tunku mempunyai sifat-sifat peribadi mulia seperti suka
menolong rakan-rakan. Beliau telah memberi RM 4000 kepada T.H. Tan
setiausaha M.C.A. apabila beliau di dalam kesusahan. Ada sesetengah
mengambil kesempatan daripada sifat baik Almarhum.
-
18
OKT / DIS 2018
SALAM TAKZIAH
ZAINAL ABIDIN ABDUL HAMID ( ZAIBO )
TAN SRI HASSAN AZHARI TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN
TOKOH AGAMAtelah meninggal dunia pada 8 Oktober 2018
PELAWAKtelah meninggal dunia
pada 14 November 2018
MANTAN MENTERI PENERANGAN
MALAYSIAtelah meninggal dunia pada 14 Disember 2018
SEKALUNG TAHNIAH
DATO NOR HISHAM AHMAD DAHALAN
Dilantik menjadiDATUK BANDAR KUALA LUMPUR
pada Oktober 2018
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
Dianugerahkan“GRAND CORDON OF THE
ORDER OF THE PAULAWNIAFLOW-
ER” daripada MAHARAJA AKIHITO,JEPUN
pada 6 November 2018 di Imperial Palace, Jepun
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Dianugerahkan DOKTOR KEHORMAT
daripada Universitas Negeri Padang pada 29 Oktober 2018
-
19
OKT / DIS 2018
RESENSI BUKUJudul : BIOGRAFI DOL RAMLI: BAPA PENYIARAN
MALAYSIAPenulis : CHE SU MUSTAFFA & ROHANI HAJI AB.
GHANIPenerbit : UNIVERSITI UTARA MALAYSIACetakan : 2018Halaman :
111
Buku berjudul “Biografi Dol Ramli: Bapa Penyiaran Malaysia”
setebal 111 halaman diterbitkan oleh Penerbit Universiti Utara
Malaysia. Biografi Tan Sri Dol Ramli ditulis oleh dua orang
pensyarah daripada Universiti Utara Malaysia iatu Prof Dr Che Su
Mustaffa dan Prof Madya Dr Rohani Haji Ab. Ghani.
Buku ini merupakan catatan hidup Dol Ramli sejak zaman
kanak-kanak sehingga beliau meninggal dunia. Di sepanjang hidup
dipenuhi oleh sejarah suka duka sebagai jurnalis, artis, ahli
sejarah, penggubah lagu dan jurureka. Beliau merupakan tokoh yang
mengasaskan Radio TV Malaysia (RTM). Buku ini mengandungi enam bab
yang membincangkan sejarah awal dan latar belakang keluarga Dol
Ramli di Singapura, pencapaian dalam pendidikan, kehidupan
kekeluargaan, pengalaman bersama Tunku Abdul Rahman. Kisah hidup
dan pencapaian besar beliau dapat memberikan inspirasi kepada
kita.
Buku ini memaparkan perjalanan hidup pengalaman 33 tahun beliau
dalam ketenteraan yang dilalui dan disaksi oleh beliau. Antaranya
pengalaman beliau menghadapi pemberontakan gerila komunis,
konfrantasi Indonesia, pemberontakan komunis di Sarawak, peristiwa
rusuhan kaum 13 Mei 1969. Beliau pernah berkhidmat di Kongo dan
bertindak sebagai Pengarah Task Force semasa kebanjiran pelarian
perang Vietnam di Malaysia. Memoir ini amat menarik dibaca oleh
semua peringkat masyarakat. Ia memberi satu gambaran kehidupan alam
yang kita kurang tahu iaitu alam ketenteraan.
-
20
buku-buku karya tun mahathir dan penulis-penulis lain
OKT / DIS 2018