-
MISI PERUBATAN DAN KEMANUSIAAN DI
KAWASAN PEDALAMAN SARAWAK
TAHUN 2018
ANJURAN BERSAMA YAYASAN IKHLAS (YI)
IKATAN PENGAMAL PERUBATAN DAN KESIHATAN
MUSLIM MALAYSIA (I-MEDIK)
DENGAN KERJASAMA HARAKAH ISLAMIAH (HIKMAH)
URUSETIA SAUDARA KITA (USK)
YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) JABATAN AGAMA ISLAM
SARAWAK (JAIS)
-
2 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m
a n u s i a a n k e K a w a s a n
P e d a l a m a n , S a r a w a k
1. TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon bantuan dana dalam
bentuk wang
atau barangan berjumlah RM 212,800.00 daripada badan korporat
atau mana-mana
badan bagi membolehkan Yayasan Ikhlas dan Ikatan Pengamal
Perubatan dan
Kesihatan Muslim (I-Medik) mengadakan Misi Perubatan dan
Kemanusiaan ke
kawasan-kawasan pedalaman sekitar Sarawak. (Lihat Lampiran IV
untuk senarai
kawasan yang akan disampaikan bantuan sepanjang tahun 2018)
2. PENGENALAN
Program berbentuk misi perubatan ini merupakan satu inisiatif
Kemanusiaan dan
Kebajikan hasil cetusan idea daripada Yayasan Ikhlas dan Ikatan
Pengamal
Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-MEDIK) setelah
mengambilkira
kawasan pedalaman Sarawak yang tidak mempunyai akses yang mudah
untuk ke
klinik-klinik atau hospital-hospital yang berdekatan serta
mempunyai masalah
kesihatan yang memerlukan rawatan segera.
Program seperti ini sebenarnya amat-amat diperlukan oleh
masyarakat pedalaman
kerana kesihatan merupakan satu keperluan kepada manusia
lebih-lebih lagi kepada
masyarakat pedalaman yang mempunyai masalah kesihatan dan
memerlukan
perhatian perubatan dengan kadar segera.
Pemeriksaan kesihatan secara percuma dilihat perlu dijalankan
sekali – sekala. Hal
ini bagi mengetahui tahap dan taraf kesihatan masyarakat Sarawak
khususnya
pedalaman seterusnya mengelakkan golongan ini dari diserang
penyakit tanpa
disedari dan diketahui. Rawatan segera wajar dijalankan
sekiranya didapati
mempunyai sebarang penyakit.
Selain kesihatan, bantuan kewangan juga diperlukan bagi mereka
yang memerlukan
agar mereka dapat meneruskan kehidupan sehari-harian yang
semakin mendesak.
Tema “Anda sihat, Masyarakat Hebat” dipilih untuk program kali
ini dengan
harapan masyarakat sentiasa dalam keadaaan sihat dan sejahtera
dan akhirnya dapat
menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat serta negara yang
tercinta.
-
3 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m
a n u s i a a n k e K a w a s a n
P e d a l a m a n , S a r a w a k
Selain itu, Yayasan Ikhlas turut mengambil inisiatif untuk
menjalankan projek baik
pulih surau atau masjid di kawasan pedalaman serta penyediaan
kemudahan asas
iaitu sumber air bersih dan elektrik amat sangat-sangat
diperlukan oleh mereka di
kawasan pedalaman.
Surau atau masjid yang dibina dapat digunakan umat Islam di
kawasan pedalaman
untuk beribadah serta menjadikan tempat sebagai pusat
kemasyarakatan.
Kemudahan asas air dan solar akan dibina di kawasan pedalaman
supaya penduduk
di sana mendapat akses elektrik lebih lama dan sumber air
bersih.
Kawasan pedalaman yang dipilih bagi pembinaan kemudahan asas ini
ialah
Kampong Tebun, Kuching Sarawak, Kampung Long Busang di Kapit dan
Kampung
Jaong, Kuching Sarawak.
Isu di Kampong Tebun ini ialah tanah mereka lebih tinggi dari
tanah kampung
sekitar mereka. Jika air dah siap, kemungkinan pressure air di
kpg mereka masih
rendah untuk sampai ke rumah-rumah mereka. Penyelesaian bagi hal
ini ialah
pembinaan tangki air yang diletakkan tinggi dari kawasan tanah
kampung mereka.
Kampung Penan Muslim, Batu 13, Bintulu telah dipilih untuk baik
pulih surau bagi
kegunaan umat Islam di sana bagi menunaikan ibadah.
3. OBJEKTIF
Pencapaian objektif yang disasarkan dibahagikan kepada tiga
aspek, iaitu:
3.1 Meningkatkan kualiti hidup masyarakat pedalaman
Mengurangkan beban masyarakat yang tidak mempunyai akses yang
mudah
untuk ke klinik dan hospital.
Mengurangkan statistik penduduk Malaysia yang sakit
terutamanya
Masyarakat di pedalaman Sarawak.
Memberi kesedaran betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan
dengan
mengadakan konsultasi ringkas daripada para doktor yang
bertauliah.
Memberi bantuan kemanusiaan kepada masyarakat pedalaman yang
kurang
berkemampuan
-
4 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m
a n u s i a a n k e K a w a s a n
P e d a l a m a n , S a r a w a k
Memberi Ceramah motivasi kepada masyarakat umum berkenaan
kepentingan meningkatkan kualiti hidup
3.2 Pengalaman mengurus program
Melaksanakan tanggungjawab sosial dan kebajikan dengan
memperkenal
dan memberi pendedahan tentang asas-asas penjagaan kebersihan
dan
kesihatan kepada masyarakat pedalaman Sarawak.
Memberi pendedahan kepada doktor-doktor muda dan sukarelawan
mengenai keadaan masyarakat pedalaman.
Membuat pemeriksaan kesihatan secara spontan dan membina
hubungan dua
hala dengan masyarakat pedalaman agar dapat mendalami dan
memahami
permasalahan dan keperluan mereka dengan lebih jelas.
Mengurangkan penyakit berjangkit yang merebak dalam kalangan
masyarakat setempat melalui penerangan yang diberikan di
samping
menyedarkan dan memberi pengetahuan asas tentang punca dan cara
sesuatu
wabak itu berjangkit serta kaedah pencegahan yang betul dan
berkesan.
Menggerakkan dan menyusun pasukan sukarelawan Yayasan Ikhlas
yang
sama-sama ingin menyumbang khidmat bakti bagi membantu
melancarkan
perjalanan program.
3.3 Membantu penyediaan keperluan asas kawasan pedalaman
Menyediakan keperluan asas air bersih dan elektrik di kawasan
pedalaman
yang memerlukan
Membantu masyarakat setempat bagi menjalani hidup lebih baik
Kerjasama bersama kontrakter dan para pelajar kemahiran dalam
membina
kemudahan asas yang dirancang
4. STRATEGI PERLAKSANAAN
4.1 Mengumpul dana dan sumbangan dari badan-badan kerajaan,
korporat dan
swasta bagi menaja keperluan bagi perubatan dan sumbangan
4.2 Mencari rakan strategik serta menjalinkan kerjasama erat
dengan badan-badan
atau institusi-institusi yang mempunyai kepakaran yang boleh
disumbangkan
kepada masyarakat pedalaman mengenai aspek penjagaan kesihatan
dan
kebersihan seperti;
-
5 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m
a n u s i a a n k e K a w a s a n
P e d a l a m a n , S a r a w a k
Kerjasama dengan Universiti-Universiti tempatan
Kerjasama dengan badan Korporat-Korporat
Kerjasama dengan Hospital atau Klinik
Kerjasama dengan pihak media elektronik
Kerjasama dengan pihak masjid daerah
5. PELAN TINDAKAN
• Memohon tajaan dari Badan Kerajaan, Swasta atau Korporat
• Membuka tabung sumbangan kepada masyarakat awam di
kawasan-kawasan strategik
• Bekerjasama dengan NGO/Badan Swasta/ Korporat dalam
pengumpulan dana
Pengumpulan
Dana
• Mendapatkan jumlah tenaga dan jawatankuasa dari rakan
kerjasama dan rakan strategik
• Menggerakkan pasukan sukarelawan bagi membantu kelancaran
program
Merangka Pasukan Pelaksana
• Setiap tenaga dari rakan kerjasama dan rakan strategik
menjalankan tugas mengikut kepakaran masing-masing
• Menyampaikan sumbangan dari penyumbang dana kepada sasaran
• Menyediakan laporan bergambar dan video untuk diserahkan
kepada penyumbang dana
• Mengadakan sesi revisi bagi menambah baik program dari semasa
ke semasa
Menjalankan Program
-
6 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m
a n u s i a a n k e K a w a s a n
P e d a l a m a n , S a r a w a k
6. PERLAKSANAAN PROGRAM
Berdasarkan aktiviti yang dirancang, perlaksanaan program adalah
seperti berikut
Pemeriksaan Kesihatan oleh Doktor-doktor yang bertauliah
Ceramah Kesihatan atau ceramah motivasi
Sumbangan umum kepada masyarakat pedalaman yang kurang
berkeupayaan
7. TAKWIM MISI PERUBATAN DAN KEMANUSIAAN
Rujuk LAMPIRAN 1
8. ATURCARA PROGRAM DI KAWASAN PEDALAMAN
Rujuk LAMPIRAN 1
9. BELANJAWAN BAIK PULIH SURAU DAN KEMUDAHAN ASAS
Rujuk LAMPIRAN 2
10. CADANGAN BELANJAWAN TAHUNAN
Rujuk LAMPIRAN 3
11. PENUTUP DAN HARAPAN
Menjadi harapan yang tinggi agar masyarakat pedalaman Sarawak
dapat berdikari
dan membina struktur masyarakat mereka sendiri serta mampu duduk
sama rendah
dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat lainnya di
Malaysia.
Diharapkan juga pembudayaan adab dan akhlak seorang muslim dalam
kehidupan
dapat dipraktikkan dengan baik sebagai seorang Muslim sejati
memandangkan Islam
di Malaysia telah bertapak sekian lama, maka sudah sewajarnya
ianya tersebar dan
menjadi suatu cara hidup kepada penduduk Malaysia termasuk juga
masyarakat
pedalaman Sarawak.
Amatlah diharapkan Misi Perubatan dan Kemanusiaan ini dapat
dijalankan dengan
jayanya serta segala aktiviti yang dirancang dan bakal
dilaksanakan menepati
objektif dan mencapai sasaran supaya ianya dapat memberi impak
yang berkesan
dan mendalam. Semoga ianya juga diterima oleh Allah sebagai
suatu amal yang di
terima yang bakal menyelamatkan kita semua dari azab api
neraka.
-
7 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m
a n u s i a a n k e K a w a s a n
P e d a l a m a n , S a r a w a k
LAMPIRAN 1
TAKWIM MISI PERUBATAN DAN KEMANUSIAAN
MISI TARIKH TEMPAT
1 10 & 11 Feb Sri Aman
2 24 & 25 Mac Mukah
3 14 & 15 April Kampung Samalatong, Simunjan
4 12 & 13 Mei Kapit
5 12 hingga 17 Julai Long Busang, Kapit
6 31 Ogos hingga 2 Sept Song, Kapit
7 13 & 14 Oktober Miri
8 8 & 9 Disember Kg Taee, Serian
TENTATIF PROGRAM DI KAWASAN PEDALAMAN
Cadangan Tentatif 3 hari 2 malam
Hari Pertama
8.00 Pagi
10.00 pagi
5.00 petang
Berkumpul di Pejabat Yayasan Ikhlas Cawangan Kuching
Taklimat Program
Bertolak ke Destinasi menggunakan jalan darat
Tiba di Kawasan Penginapan, Makan, rehat, solat.
Hari Kedua
8.00 Pagi
10.00 Pagi
10.30 Pagi
12.00 Tengah Hari
2.00 Petang
5.00 Petang
Bertolak dari Kawasan Penginapan ke Destinasi
Taklimat / perjumpaan dengan Ketua Kampung
Pemeriksaan Kesihatan
Rehat / Solat / Makan Tengah Hari
Gotong – royong / Pemberian Sumbangan
Bincang santai – Keperluan Semasa Kampung yang dilawat /
Ceramah
Hari Ketiga
8.00 Pagi
Sarapan / Persediaan Balik Kuching / Bersurai
-
8 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m
a n u s i a a n k e K a w a s a n
P e d a l a m a n , S a r a w a k
LAMPIRAN 2
BELANJAWAN BAIK PULIH SURAU DAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN
ASAS
PERBELANJAAN BAIK PULIH SEBUAH SURAU
Bil Perkara Harga Seunit
(RM) Kuantiti Jumlah (RM)
1 Pintu dan aksesorinya 800.00 3 2,400.00
2 Tingkap dan aksesori 500.00 7 3,500.00
3 Karpet / Tail 6.00 (Sekaki) 700 4,200.00
4 Kipas Dinding 300.00 10 3,000.00
5 Kipas Berdiri 250.00 5 1,250.00
6 Telekung 60.00
(sepasang) 10 600.00
7
PA System (Termasuk
speaker dalam,
Microphone, aksesori lain
dalam PA system serta kos
pemasangan)
5000.00 LS 5,000.00
8 Rak / Almari 400.00 2 800.00
9 Langsir 100.00 6 600.00
10 Cat 200.00 5 1,000.00
11 Simen 40.00
(sekampit) 20 800.00
12 Sumbangan kepada surau 1,000.00 LS 1,000.00
13
Operasi (Kos Buruh,
Pengangkutan, Upah,
Majlis Perasmian dan
sebagainya)
5,850.00 LS 5,850.00
Jumlah 30,000.00
-
9 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m
a n u s i a a n k e K a w a s a n
P e d a l a m a n , S a r a w a k
PERBELANJAAN PEMBINAAN PANEL SOLAR DAN TELAGA TIUB
Bil Perkara Harga Seunit
(RM) Unit
Jumlah (RM)
1 Telaga Tiub 202,000.00 1 202,000.00
2 Panel Solar 1,000,000.00 LS 1,000,000.00
3
Tanki air + 4 nos tank
+ asas bawah + kos
pasang + kos
maintenance + kos
penyulingan
200,000.00 1 200,000.00
Jumlah 1,402,000.00
BANTUAN KEPERLUAN ASAS
KAMPONG TEBUN KAMPUNG JAONG KAMPUNG LONG
BUSANG
Bantuan sumber air
bersih : Pembinaan
tangki air
Bantuan sumber air :
Pembinaan telaga tiub /
tubewell beserta sistem
saluran
Kemudahan elektrik
melalui pemasangan
panel solar.
-
10 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m
a n u s i a a n k e K a w a s a n
P e d a l a m a n , S a r a w a k
LAMPIRAN 3
CADANGAN BELANJAWAN TAHUNAN
Bil Butiran Harga (RM)
/ Kuantiti Kuantiti
Jumlah
(RM)
1
Pengangkutan
Darat / Air / Udara
( Jika di Darat, menaiki kenderaan
pacuan 4 roda. Jika di Air, menaiki
kenderaan bot atau feri )
RM 2500.00 8 20,000.00
2
Makanan (selama 3H2M)
Hari Pertama – RM 10 x 20 Pax
Hari Kedua - RM 30 x 50 Pax
(Sukarelawan dan penduduk
kampung)
Hari Ketiga – RM 10 x 20 Pax
(Sukarelawan)
RM 200.00
RM 1,500.00
RM 200.00
8 15,200.00
3 Penginapan
RM 150 X 5 Bilik X 2 Malam RM 1500.00 8 12,000.00
4
Sumbangan untuk Keluarga Kurang
berkemampuan (terhad kepada 50
Keluarga berpendapatan rendah)
RM 5000.00 8 40,000.00
5 Media (Fotografi + Banner) RM 200.00 8 1,600.00
6 Kos Ubat – Ubatan RM 5,000.00 8 40,000.00
7 Kotigensi RM 500.00 8 4,000.00
Jumlah Keseluruhan bagi 8 Misi
132,800.00
* Cadangan Belanjawan Tahunan terhad kepada 20 Sukarelawan
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1 Perbelanjaan Baik Pulih Sebuah Surau 30,000.00
2 Perbelanjaan Pembinaan Panel Solar Dan Telaga Tiub
1,402,000.00
3 Jumlah Keseluruhan Bagi 8 Misi 132,800.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 1,564,800.00
-
11 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m
a n u s i a a n k e K a w a s a n
P e d a l a m a n , S a r a w a k
LAMPIRAN 4
GAMBAR BAIK PULIH SURAU DI PENAN MUSLIM, BATU 12
Jalan Menuju
ke Kampung
Penan Muslim
-
12 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m
a n u s i a a n k e K a w a s a n
P e d a l a m a n , S a r a w a k
PENYEDIAAN TANGKI AIR DI KAMPUNG TEBUN, KUCHING
KEADAAN SURAU PENAN MUSLIM
-
13 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m
a n u s i a a n k e K a w a s a n
P e d a l a m a n , S a r a w a k
-
14 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m
a n u s i a a n k e K a w a s a n
P e d a l a m a n , S a r a w a k
LAMPIRAN 5
GAMBAR-GAMBAR PROJEK TAHUN 2017
Program Bantuan Perubatan dan Kemanusiaan di Tegageng, Niah,
Miri pada bulan
2 tahun 2017
-
15 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m
a n u s i a a n k e K a w a s a n
P e d a l a m a n , S a r a w a k
Yayasan Ikhlas menyampaikan alat pembesar suara di Surau Kampung
Tegageng
Program Sukaneka bersama penduduk kampung oleh sukarelawan
Yayasan Ikhlas
-
16 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m
a n u s i a a n k e K a w a s a n
P e d a l a m a n , S a r a w a k
Bantuan perubatan dijalankan oleh para doktor dari I-Medik
-
17 | K e r t a s K e r j a M i s i P e r u b a t a n d a n K e m
a n u s i a a n k e K a w a s a n
P e d a l a m a n , S a r a w a k
Penduduk kampung yang rata-ratanya
adalah mualaf berkumpul bagi menerima
rawatan kesihatan percuma, dan
dijalankan aktiviti sukaneka serta
sumbangan barangan keperluan asas dan
wang tunai