Top Banner

of 10

Anggur Malaysia

Oct 29, 2015

Download

Documents

Midi Bpj
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

anggur malaysia - urban garden journal

Cara-Cara Menanam Anggur Cara menguna tapak : Tanah yang berpasir sesuai bagi tanaman anggur. Gemburkan tanah dan korek lubang sedalam 11/2 kaki, lebar 2 kaki . Adalah lagi baik bagi tanah berbukit yang tidak air bertakung didalamnya. Masukan tanah yang telus air dicampurkan dengan sedikit baja kedalam lubang yang disediakan. Bagi tanah rata atau berpaya tanaman berbatas amat digalakan bagi mengelakan akar pokok daripada terendam air. Sekurang-kurangnya 1 kaki tinggi dan 1 1/2 kaki lebar batas diperlukan. Saluran air amat penting supaya air tidak bertakung disekitar pokok. Hindarkan menanam ditanah yang mengandungi garam (masin), tanah gersang atau tanah yang kurang penyerapan airnya. Tanam secara pasu digalakan bagi kawasan perumahan. Sinaran matahari amat perlu bagi penanaman anggur, sekurang-kurang 80% ke 100% sinaran matahari diperlukan. Kawasan berbumbung yang telus sinaran matahari amat digalakan supaya mendapat tanaman yang sihat dan senang diawasi dari serangan penyakit. Tanaman secara pasu pula, pasu yang berukuran 16-18 inci luas dan 14-18 inci dalam sudah mencukupi bagi setiap pohon anggur yang sihat dan menghasilkan buah yang bermutu.

Kaedah Penyiraman Pohon Anggur : Penyiraman boleh dibuat apabila didapati tanah disekeliling pokok itu kering. Penyiraman memerlukan air yang banyak, AWAS ! jangan bertakung. Sebaik-baiknya penyiraman dibuat pada sebelah petang atau awal pagi. Siram cara berhati-hati dengan siraman air yang perlahan. Buat siraman pada pangkal pokok, daun tidak memerlukan air. Kurangkan siraman semasa buah sedang masak atau 20 hari sebelum dipetik buahnya.

Kadar Pembajaan Pohon Anggur : Baja organik amat sesuai bagi pokok muda. Sebaiknya gunakan baja NPK yang sama pada pokok muda. Tabur baja 1 kaki dari pangkal pokok, jikalau ditanam diatas tanah dan sedikit jauh dari batang jikalau didalam pasu. Jarak yang terbaik sesuatu pembajaan ialah 7 - 10 hari. Kurangkan angaran yang dicadangkan oleh pengeluar baja, gunakan 50% - 60% dari angaran yang sebenarnya.

Pemangkasan & Latihan (Rujuk Gambar 1) Permotongan hendaklah dibuat apabila pokok setinggi 5 kaki. Buang semua daun, ranting yang kurang sihat dan potong pucuknya. Pastikan cabang merayap ikut arah yang dikehendaki .Pemangkasan untuk Pembuahan (Rujuk Gambar 2) Tabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pemangkasan dibuat. Buang semua daun dan potong cabang yang tidak dikehendaki. Potong semua ranting yang kurang sihat dan potong ranting yang sihat sekadar 4 atau 5 mata tumbuh dari cabang. Potong pucuk kira - kira 4 atau 5 kaki dari cabang. Uruskan kerja dengan baik dan teratur . Bersihkan dikawasan pokok dan buangkan daun-daun yang gugur disekitarnya .

Menambah Kemanisan Buah Pendedahan pada cahaya matahari perlu dari 80%-100%. Penyiraman haruslah dikurangkan atau dihentikan apabila buah hampir masak(30 hari sebelum buah di petik). Tanam secara batas dan sistem pengairan yang baik dapat membantu mengelakkan air berlebihan dikawasan akar. Merancang pembuahan pada musim panas.Cara Pemangkasan Pokok Anggur

Gambar 1 - Cara Pemangkasan

Gambar 2 - Cara Pemangkasan Pembuahan Gambar Peringkat Pembuahan Anggur

Bunga baru keluar

Bunga mula berkembang

Peringkat ini buah mula kelihatan

Buah semakin membesar

Untuk menambah manis kurangkan siraman pada pokok

peringkat seterusnya

Bertukar menjadi kehitaman

Buah hampir masak

Sedia dipetik

POKOK ANGGUR Anggur(Vitis spp) ialahtumbuhanberiklim sederhanadari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuatminuman,kismis,jus,waindan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan denganiklim tropika. Terdapat banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman. Tanaman anggur di Malaysia masih baru dan dalam peringkat pembangunan lagi.ThailanddanIndonesiatelah maju dalam industri penanaman anggur berbanding dengan Malaysia. Penanaman anggur di Malaysia cuma dimulakan sekitar tahun 1980'an.[perlu rujukan]

NegeriPerlisadalah antara negeri yang maju dalam penanaman anggur. Ini kerana sifat semulajadi pokok anggur yang perlukanmusim kemarau3-4 bulan untuk menggalakan ia berbunga dan berbuah. Tanaman anggur perlukan cahaya matahari yang banyak dan curahan hujan yang kurang dari 800 mm setahun. Penyiraman atau hujan akan mengganggu kadar pengeluaran buah. Suhu yang sesuai antara 31 celsius dan suhu minima tidak kurang 21 celcius dengan kelembapan diperlukan lingkungan 75-80%.Daun anggur itu sendiri boleh dimakan dan digunakan bagi menghasilkan hidangandolma. Pokok anggur seringkali digunakan sebagai pokok makanan untuk sesetengahlarvadari orderLepidoptera. Anggur liar seringkali dianggap rumpai, kerana ia menutupi tumbuhan lain disebabkan pertumbuhannya yang pantas.

KHASIAT ANGGUR KandunganvitaminC yang tinggi. Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2. Mempunyalkaloriyang rendah. Mengandungi 80 peratusairdan sumber yang bagus bagikalium. Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.

BAGAIMANA MENANAM?Anggur sesuai ditanam di atastanah liat berpasirdengan pH antarapH5.5 - 6.5 serta mempunyai saliran air yang baik. Kawasan perlu disediakan dengan mengemburkan tanah dan bubuh baja organik secukupnya. Bagi kawasan rendah disyorkan buat batas tanaman bagi mngelakan pokok terendam dan akan mati. Benih anggur boleh didapati daripadatutdankeratan. Benih dalam polibeg berumur 3 bulan boleh ditanam. Jarak penanaman disyorkan bagi anggur adalah 1.5 meter x 3 meter. Berikan baja asas sebanyak 4 kg baja organik (tahi ayam diproses) danCIRPsebanyak 120 gram. Penanaman angur di Malaysia sesuai dengan menggunakan struktur kalis hujan terutama di kawasan yang banyak hujan melebihi 800 mm setahun dan boleh ditanam tanpa kalis hujan di belah Utara iaituKedahdan Perlis.Tanaman anggur perlu dicantas untuk pembentukan dahan sehingga 1.8 meter tinggi dan pembesaran batang utama. Kayu sokong diperlukan bagi mampastikan batang utama tumbuh menegak. Pokok anggur juga perlu dicantas bagi pengeluaran dahan dan pemangkasan untuk mengalakkan bunga dan buah. Bagi pemangkasan pengeluaran dahan potong 2-3 dahan sekunder sepanjang 1 meter sehinga 4 cabang. Cantasan pembungaan dan pembuahan dibuat dengan membuang semua daun anggur sehingga habis serta buang dahan yang masih hijau (Lihat foto sebelah). Tinggalkan dahan yang berwarna coklat.

Parauntuk tanaman anggur perlu dibuat supaya pokok anggur dapat menjalar dan memudahkan pengeluaran hasil. Ketinggian para bergantung kepada kesesuaian antara 5-6 kaki bagi memudahkan kerja pengurusan. Pembajaan dijalankan dengan baja NPK 15:15:15 sebanyak 20 gram/ pokok/ bulan dan 20 gm urea pada bulan ke 3 hingga ke 6. Pada bulan ke 7-9 diberikan NPK 12:12:17:2 kepada 100 gm/ pk/ bulan dan bulan ke 10-15 sebanyak 150 gm/ pk/ bulan. Pokok anggur yang berumur lebih 16 bulan dibaja NPK 12:12:17:2 sebanyak 300 gm / pk/ bulan. Penyemburan baja daun atau baja foliar (seperti Grofas) yang dicampur racun kulat dan racun serangga membantu pembesaran dan pembentukkan buah anggur.Penanaman anggur di Malaysia perlukan guna hormon asid giberelik sebanyak 1 ppm ( 1 g + 1,000 liter air) yang disembur hari ke 7 selepas pemangkasan buah. Ini adalah untuk menggalak pengeluaran bunga dan buah. Sembur pada waktu pagi sebelum jam 9.00 pagi atau petang selepas jam 5.00 petang kerana keberkesanan GA kurang bila kena panas (Cepat kering). Keperluan pengairan tanaman anggur penting sekitar 8-11 liter sepokok sehari. Berhentikan pengairan 1-2 bulan sebelum buah anggur masak untuk tambah kemanisan buah anggur.

PENYAKIT DAN PEROSAKAnggur mudah diserang penyakit sepertiantraknos(Collectroticum spp) yang menyerang pucuk dan buah dikawal menggunakan racun yang sesuai. Penyakit lain ialahkaratyang menyerang daun dan buah. Penyakitkulapuk berdebuantara penyakit merbahaya jika tidak dikawal akan menyebabkan pokok layu atau mati. Kawalan racun kulat terkawal dapat atasi masalah serangan penyakit.

POKOK ANGGUR MESTI DIGONDOLKAN?Setelah 6 hingga 9 bulan setelah di tanam,pokok anggur harus digondolkan dengan membuang semua daun untuk meniru keadaan musim luruh.

ANAK POKOK ANGGUR YANG MULA HIDUPKata orang tak cuba tak tahu, tak mula tak de la hasilnya..