1 ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME) (LAPORAN 5) MUKADDIMAH Gerakan Liberalisme adalah bersifat agenda centric. Maka, mereka menggunakan beberapa platform strategik yang dijadikan alat untuk memastikan idealisme Liberalisme dan fahaman-fahaman sekutunya berjaya disebarluaskan dan diterima pakai. Platform-platform utama tersebut adalah: 1. Personaliti-personaliti berpengaruh/berprofil tinggi 2. Pertubuhan-pertubuhan 3. Perhimpunan massa 4. Pertemuan pemikiran 5. Media cetak 6. Media siber dan media sosial 7. Hiburan 8. Institusi-institusi kritikal 9. Sokongan dan campur tangan asing 1. PERSONALITI-PERSONALITI BERPENGARUH/BERPROFIL TINGGI Menggunakan personaliti-personaliti berpengaruh dan berprofil tinggi termasuklah dalam bidang politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agamawan, perundangan, sosial serta seni dan budaya. Menggunakan strategi tarikan dengan menyerlahkan personaliti- personaliti berkenaan sebagai pemimpin, ahli pemikir, cendekiawan, aktivis sosial dan hak sasi manusia serta seniman dan budayawan.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)
1
ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME,
HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)
(LAPORAN 5)
MUKADDIMAH
Gerakan Liberalisme adalah bersifat agenda centric. Maka, mereka menggunakan
beberapa platform strategik yang dijadikan alat untuk memastikan idealisme
Liberalisme dan fahaman-fahaman sekutunya berjaya disebarluaskan dan diterima
pakai. Platform-platform utama tersebut adalah:
1. Personaliti-personaliti berpengaruh/berprofil tinggi
2. Pertubuhan-pertubuhan
3. Perhimpunan massa
4. Pertemuan pemikiran
5. Media cetak
6. Media siber dan media sosial
7. Hiburan
8. Institusi-institusi kritikal
9. Sokongan dan campur tangan asing
1. PERSONALITI-PERSONALITI BERPENGARUH/BERPROFIL TINGGI
Menggunakan personaliti-personaliti berpengaruh dan berprofil tinggi
termasuklah dalam bidang politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO),
agamawan, perundangan, sosial serta seni dan budaya.
Menggunakan strategi tarikan dengan menyerlahkan personaliti-
personaliti berkenaan sebagai pemimpin, ahli pemikir, cendekiawan,
aktivis sosial dan hak sasi manusia serta seniman dan budayawan.
ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)
2
Memberi sokongan termasuk dalam bentuk pernyataan politik,
kerjasama, bantuan, moral dan setiakawan sama ada untuk individu
atau pertubuhan yang diwakili oleh personaliti berkenaan yang
mempunyai agenda terselindung.
Menawarkan sokongan sama ada dalam bentuk kewangan, kedudukan,
jawatan, kemudahan, pembelaan mahupun perlindungan kepada
personaliti-personaliti yang berpotensi menjayakan agenda mereka.
ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)
3
ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)
4
ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)
5
2. PERTUBUHAN-PERTUBUHAN
Memfokus pada pertubuhan-pertubuhan yang berupaya menjayakan
misi dan agenda mereka. Antaranya pertubuhan politik, pertubuhan
agama, pertubuhan profesional, pertubuhan bukan kerajaan,
pertubuhan belia, pertubuhan media, pertubuhan seni dan sebagainya.
Memperkukuhkan idealisme Liberalisme dan fahaman-fahaman
sekutunya dengan memberi jenama atau label baharu khususnya kepada
Islam seperti Islam Liberal, Islam Progresif dan Islam Kontemporari.
Memanipulasi dan mensensasikan sesuatu isu dengan segera khususnya
berkaitan dengan hukum dan ketetapan syari’at Islam dengan
menggunakan alasan pembelaan hak asasi manusia serta menuntut
keadilan dan kesaksamaan.
Mempergiatkan usaha menghakis hak dan keistimewaan Islam dan umat
Melayu dengan menggunakan alasan menuntut hak sama rata bagi
masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.
ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)
6
Memperkukuhkan rangkaian kerjasama strategik antara pertubuhan
domestik dengan pertubuhan-pertubuhan asing bagi menonjolkan
penguasaan gerakan Liberalisme.
Menjadikan beberapa kelompok kritikal sebagai kumpulan sasaran yang
dipadankan dengan agenda gerakan Liberalisme. Ini termasuklah
pemimpin politik, pemimpin pertubuhan sosial, golongan agamawan,
golongan cendekiawan, golongan profesional, golongan belia, penuntut
IPT, selebriti dan golongan bermasalah segi sosioekonomi.
ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)
7
ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)
8
ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)
9
3. PERHIMPUNAN MASSA (DEMONSTRASI/KEMPEN)
Menganjurkan perhimpunan massa seperti demonstrasi dan kempen
bertujuan untuk mempengaruhi masyarakat dan memberi gambaran
bahawa gerakan mereka mendapat sokongan sosial yang tinggi.
Memanipulasi dan mensensasikan isu-isu kritikal termasuk berkaitan
dengan agama, politik, ekonomi, sosial, alam sekitar dan perundangan
bagi meraih dan memperluaskan sokongan daripada masyarakat.
Menyerlahkan sokongan, kerjasama serta toleransi antara kaum, agama
dan profesion untuk meyakinkan kelompok sasaran untuk menerima
dan mendukung fahaman atau pemikiran yang diperjuangkan.
Menyalah tafsir dan menyempitkan ajaran Islam sehingga mengelirukan
umat Islam dan mula terpengaruh dengan fahaman dan pemikiran
Liberalisme serta fahaman-fahaman sekutunya.
Memberi pembelaan kepada kelompok atau aktiviti-akvititi yang
bertentangan dengan syari’at Islam dan menyalahi akhlak Islamiyyah.
ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)
10
ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)
11
ANCAMAN-ANCAMAN OLEH GOLONGAN LIBERALISME (TERMASUK SEKULARISME, HEDONISME, PLURALISME, AGNOTISME)
12
4. PERTEMUAN PEMIKIRAN (SEMINAR/FORUM)
Memperkukuhkan fahaman dan pemikiran Liberalisme menerusi