2.2 Analisis nisbah 2.2.1 Nisbah kecairan Kecairan merujuk kepada betapa cepat dan cekap (dikira dari segi kos urus niaga yang rendah) aset dapat ditukarkan kepada tunai. Nisbah kecairan mengukur kecairan syarikat, iaitu keupayaannya memenuhi tanggungjawab atau tuntutan liabiliti semasa. Kemampuan syarikat menunaikan tanggungjawab kewangan jangka pendek ini dapat dilihat dengan merujuk kepada butiran-butiran dalam aset semasa dan liabiliti semas. Nisbah-nisbah kecairan yang lazim digunkan ialah nisbah semasa, nisbah cepat dan nisbah tunai. (i) Nisbah semasa nisbah semasa = aset semasa liabiliti semasa = 728,419,000 39 1,171,000 = 1.86 kali 1.86 : RM 1 Nisbah semasa bagi Petronas Gas Berhad ialah 1.86 kali, ini bermakna setiap hutang jangka pendek disandarkan dengan 1.86 sen aset semasa. Syarikat ini tidak mempunyai tahap kecairan yang memuaskan. (ii) Nisbah cepat KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB ) 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
2.2 Analisis nisbah
2.2.1 Nisbah kecairan
Kecairan merujuk kepada betapa cepat dan cekap (dikira dari segi kos urus niaga yang
rendah) aset dapat ditukarkan kepada tunai. Nisbah kecairan mengukur kecairan syarikat,
iaitu keupayaannya memenuhi tanggungjawab atau tuntutan liabiliti semasa.
Kemampuan syarikat menunaikan tanggungjawab kewangan jangka pendek ini dapat
dilihat dengan merujuk kepada butiran-butiran dalam aset semasa dan liabiliti semas.
Nisbah-nisbah kecairan yang lazim digunkan ialah nisbah semasa, nisbah cepat dan
nisbah tunai.
(i) Nisbah semasa
nisbah semasa = aset semasa
liabiliti semasa
= 728,419,000
391,171,000
= 1.86 kali
1.86 : RM 1
Nisbah semasa bagi Petronas Gas Berhad ialah 1.86 kali, ini bermakna setiap hutang
jangka pendek disandarkan dengan 1.86 sen aset semasa. Syarikat ini tidak mempunyai
tahap kecairan yang memuaskan.
KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB ) 1
(ii) Nisbah cepat
nisbah cepat = aset semasa - inventori
liabiliti semasa
= 728419000-124424000
391171000
= 1.54 kali
1.54 : RM 1
Nisbah cepat 1.54 kali mengesahkan syarikat mempunyai tahap lecairan yang tidak
berapa memuaskan. Jika inventori tidak mampu dijual maka yang mampu dibayar oleh
syarikat kepada pemiutang jangka pendek ialah 1.54 sen bagi setiap hutang.
(iii) Nisbah tunai
nisbah tunai = tunai + sekuriti boleh pasar
liabiliti semasa
= 394,450,000 + 0
391,171,000
= 1.01 kali
1.01 : RM 1
Berdasarkan nisbah tunai, aset syarikat adalah cair iaitu syarikat mempunyai aset yang
mana boleh membayar sebanyak 1.01 sen untuk setiap ringgit.
KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB ) 2
2.2.2 Nisbah Pengurusan Aset
Pengurusan aset (asset management) mengukur kecekapan dan keberkesanan syarikat
dalam menguruskan aset. Syarikat perlu membuat keputusan asas tentang jumlah
pelaburan yang akan dibuat dalam akaun belum terima, inventori dan aset tetap.
Seterusnya ia bertanggungjawab untuk menggunakan aset-aset itu dengan berkesan.
Kumpulan nisbah pengurusan aset bergantung rapat dengan suasana persekitaran
ekonomi dan keupayaan pengurusan syarikat.
(i) Pusing ganti akaun belum terima
pusing ganti akaun belum terima = jualan kredit1
akaun belum terima
= 2,235,684,000
29,527,000
= 75.72 kali
75.72 : RM 1
Syarikat mengambil masa yang lama iaitu 75.72 hari untuk menerima semula bayaran
daripada penghutang. Dengan ini syarikat kurang cekap untuk membuat pusingan modal.
1 Jualan kredit @ Jualan
KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB ) 3
(ii) Tempoh kutipan purata
Tempoh kutipan purata = 365
Pusing ganti belum terima
= 365
75.72
= 4.82 hari
ATAU
Tempoh kutipan purata = akaun belum terima
jualan kredit sehari
= 29527000
235684000 / 365
= 4.82 hari
4.82 : RM 1
Syarikat Petronas mengambil masa selama 4.82 hari untuk memungut akaun belum
terimanya. Pelanggan-pelanggan syarikat ini memerlukan 4.82 hari untuk membayar
hutang mereka, tempoh ini adalah baik kerana syarikat ini mengambil masa yang singkat
untuk mendapatkan wangnya kembali.
KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB ) 4
(iii) Pusing ganti inventori
pusing ganti inventori = kos barang dijual
inventori
= 2235684000
124424000
= 17.97 kali
(iv) Tempoh purata jualan inventori
tempoh purata jualan inventori = 365
pusing ganti inventori
= 365
17.97
= 20.13 hari
KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB ) 5
ATAU
tempoh purata jualan inventori = inventori
kos barang dijual sehari
= 124424000
2235684000 / 365
= 20.31 hari
(v) Pusing ganti aset tetap
pusing ganti aset tetap = jualan
Aset tetap bersih2
= 2235684000
9208361000 – 615146000
= 2235684000
8593215000
= 0.26 kali
0.24 : RM 1
Pusing ganti aset tetap bagi syarikat adalah sebanyak 0.24 kali bermaksud bagi setiap
ringgit aset tetap dapat menghasilkan sebanyak 0.24 hasil jualan. Pusing ganti aset tetap
adalah rendah kerana syarikat dapat menghasilkan pulangan yang rendah daripada
penggunaan aset tetap
2 Aset tetap bersih = aset tetap – susut nilai
KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB ) 6
(vi) Pusing ganti jumlah aset
pusing ganti jumlah aset = jualan
Jumlah aset3
= 2235684000
9208361000 + 728419000
= 2235684000
9936780000
= 0.23 kali
0.23 : RM 1
Pusing ganti jumlah asset bagi syarikat menunjukkan bahawa setiap ringgit yang
dilaburkan ke atas aset telah menghasilkan jualan sebanyak 0.23 sen. Syarikat ini kurang
cekap dalam penggunaan asetnya kerana dihasilkan adalah sebanyak 0.23 kali.
3 Jumlah aset = aset tetap + aset semasa
KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB ) 7
2.2.3 Nisbah leveraj
Nisbah leveraj (leverage ratio) menunjukkan keupayaan syarikat dalam memenuhi
tanggungjawab atau obligasi kepada pemiutang. Nisbah ini juga mengukur keberkesanan
pihak pengurusan mengguna dan menguruskan modal pinjaman. Nisbah-nisbah leveraj
yang akan dibincangkan adalah nisbah hutang, nisbah hutang ekuiti, pengganda ekuiti,
nisbah perlindungan faedah dan nisbah perlindungan caj tetap.
(i) Nisbah hutang
nisbah hutang = jumlah hutang4
jumlah aset5
= 391171000 + 3362973000
9208361000 + 728419000
= 3754144000
9936780000
= 0.378 @ 37.8 %
37.8 peratus menunjukkan syarikat telah membiayai 37.8 peratus daripada aset syarikat
dengan menggunakan hutang. Nisbah penggunaan hutang oleh syarikat adalah tinggi
berbanding nisbah penggunaan aset syarikat. Oleh itu, lebih rendah perlindungan yang
diterima oleh pemiutang jika berlaku pembuburan syarikat.
(ii) Nisbah hutang ekuiti
4 Jumlah hutang = current liabilities + long term liabilities5 Jumlah aset = Aset tetap + Aset semasa
KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB ) 8
nisbah hutang ekuiti = jumlah hutang
Ekuiti pemegang saham6
= 3754144000
6182636000
= 0.61 kali
0.61 : RM 1
Nisbah hutang ekuiti 0.61 kali menunjukkan bahawa setiap ringgit yang disumbangkan
oleh pemegang saham syarikat Petronas terdapat 0.61 sen hutang dalam struktur
kewangan syarikat. Syarikat ini menunjukkan nisbah yang terendah dalam membiayai
hutang kepada pemegang saham.
(iii) Pengganda ekuiti
pengganda ekuiti = jumlah aset
ekuiti pemegang saham
= 9936780000
6182636000
= 1.61 kali
1.61 : RM 1
6 Ekuiti pemegang saham @ shareholders equity
KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB ) 9
Nisbah pengganda ekuiti 1.61 kali menunjukkan bahawa setiap ringgit yang
disumbangkan oleh pemegang saham kepada syarikat Petronas terdapat 1.61 sen aset
dalam struktur kewangan.
(iv) Nisbah perlindungan feadah
nisbah perlindungan feadah = untung sebelum faedah dan cukai7
belanja faedah
= 779088000
96302000
= 8.09 kali
8.09 :RM 1
Nisbah perlindungan faedah 8.09 kali menerangkan bahawa perolehan sebelum faedah
dan cukai dihasilkan oleh syarikat Petronas gas berhad mampu untuk membayar faedah
kepada hutang (belanja-belanja faedah) sebanyak 8.09 kali.
(v) Nisbah perlindungan caj tetap
nisbah perlindungan caj tetap = pendapatan sebelum feadah dan
cukai + bayaran sewa
belanja feadah + bayaran sewa
= 779088000 + 6069000
96302000 + 5069000
= 784157000
7 Untung sebelum faedah dan cukai diperolehi daripada profit before tax
KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB ) 10
101371000
= 7.7 kali
2.2.4 Nisbah Keberuntungan
Nisbah keberuntungan menunjukkan keberkesanan aktiviti urus niaga dan keupayaan
dalam menjanakan keuntungan. Nisbah-nisbah keberuntungan menggambarkan
pencapaian operasi, risiko dan kesan leveraj. Terdapat dua jenis nisbah keberuntungan:
margin keuntungan (profit margins) yang mengukur pencapaian berbanding dengan
jualan, dan nisbah-nisbah pulangan (return rations) yang mengukur pencapaian
berbanding saiz pelaburan.
(i) Margin untung kasar
margin untung kasar = untung kasar8
jualan
= 779088000
2235684000
= 0.3485 @ 34.85%
34.85 : 1
Margin untung kasar sebanyak 34.85 peratus menunjukkan bagi setiap ringgit jualan yang
dihasilkan oleh syrikat Petronas Gas Berhad ialah 34.85 sen yang diperolehi untuk
menampung kos operasi.
8 Untung kasar = jualan – kos barang dijual
KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB ) 11
(ii) Margin untung bersih
margin untung bersih = untung bersih
jualan
= 656801000
2230206000
= 0.2945 @ 29.45%
29.45 : RM 1
Margin untung bersih syarikat ialah 29.54%, ini bermakna setiap ringgit jualan yang
dijanakan RM 29.45 sen merupakan untung bersih syarikat.
► Prestasi syarikat Petronas Gas Berhad dari segi keuntungan margin adalah tidak
begitu menggalakkan. Walaupun margin untung kasarnya agak tinggi, iaitu sebanyak
34.85%, namun, margin untung bersihnya adalah agak rendah iaitu 29.45%. Nisbah ini
menunjukkan bahawa setiap ringgit jualan yang telah dihasilkan, hanya 29.45 sen sahaja
yang tinggal setelah kos-kos lain di bayar.
KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB ) 12
(iii) Pulangan atas aset
pulangan atas aset = untung bersih
jumlah aset
= 656801000
9414204000
= 0.698 @ 6.98 %
6.98 : RM 1
Pulangan aset syarikat ialah 6.98 peratus menunjukkan bahawa untung bersih yang dapat
dihasilkan ialah 6.98 sen bagi setiap ringgit yang dilaburkan dalam aset.
(iv) Pulangan atas ekuiti
Pulangan atas ekuiti = untung untuk pemilik saham biasa
jumlah ekuiti biasa
= 656801000
6182636000
= 0.1062 @ 10.62 %
10.62 : RM 1
Pulangan atas ekuiti bagi pemegang saham ialah 10.62 peratus iaitu setiap ringgit yang
disumbangkan oleh pemegang saham syarikat menghasilkan keuntungan bersih sebanyak
10.62 sen.
KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB ) 13
(v) Kuasa perolehan
kuasa perolehan = untung sebelum feadah dan cukai
jumlah aset
= 779088000
9936780000
= 0.0784 @ 7.84%
7.84 : RM 1
Kuasa perolehan bagi syarikat Petronas ialah 7.84 peratus. Ini menunjukkan bagi setiap
yang dilaburkan dalam aset, terdapat RM 7.84 sen untung sebelum faedah dan cukai akan
diperolehi.
KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB ) 14
LAMPIRAN
PETRONAS GAS BERHAD
Counter Code:6033 Short Name:PETGAS Reuters Code:PGAS.KL