Page 1
LGP 3043
SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI
Soalan Individu :
Analisis Faktor-faktor Ruangan Yang Mempengaruhi Jenayah Harta Benda di Tanjong
Malim Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (Geographic Information Systems-GIS)
KUMPULAN KULIAH : A
Pensyarah : Dr. Mohd Faris Dziauddin
Disediakan oleh :
Nama : Siti Zubaidah bt Ibrahim
No Matrik : D20091035632
1
Page 2
Analisis Kehampiran dan Kedekatan (Proximity Analysis)
1.0 Pendahuluan
Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu
tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah. Jenayah boleh
dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu jenayah harta benda, jenayah seksual, jenayah
kekerasan dan banyak lagi. Di negara kita jenayah kekerasan dan jenayah harta-benda telah
memberi kesan yang besar kepada sosioekonomi negara. Menurut statistik yang dikeluarkan
oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat bulan Mei 2010, kes jenayah yang dilaporkan
adalah sebanyak 72,000 kes iaitu melibatkan jenayah kekerasan (4,000 kes) dan jenayah harta-
benda (58,000 kes). Tugas mencegah jenayah dan menangkap penjenayah adalah di bawah
tanggungjawab pihak polis. Mereka berhak menahan sesiapa yang disyaki untuk dibicarakan
di mahkamah. Sekiranya sabit kesalahan pesalah tersebut boleh didenda atau dipenjarakan.
Namun demikian tugas untuk memelihara keamanan negara memerlukan satu
pengawasan dan rondaan yang berterusan daripada pihak berkuasa. Bagi memudahkan
pengawalan kejadian jenayah ini, satu analisis boleh dilakukan melalui perisian yang terdapat
dalam Sistem Maklumat Geografi iaitu analisis kehampiran dan kedekatan (Proximity Analysis).
Analisis kehampiran dan kedekatan dapat membantu mengenal pasti kawasan yang berisiko
tinggi untuk berlakunya kejadiaan jenayah berdasarkan data yang ada. Oleh sebab itu, satu
analisis kejadian jenayah di Tanjong Malim, Perak telah dilakukan menggunakan aplikasi
kedekatan dan kehampiran melalui perisian Sistem Maklumat Geografi bagi mengenal pasti
kawasan yang berisiko tinggi dalam kejadian jenayah.
2
Page 3
2.0 Dapatan kajian
1) Kehampiran ke kawasan belukar
Gambarajah 1 : Pengukuran jarak kes jenayah ke kawasan belukar.
Jadual 1 : Bilangan kes jenayah dari kawasan belukar
Jarak Interval Bilangan Kes
0-50m 251-100m 10101-150m 7151-200m 7Lebih 200m 74
3
Page 4
Rajah 1: Bilangan kes jenayah dari kawasan belukar
0-50 51-100 101-150 151-200 200 ke atas
0
10
20
30
40
50
60
70
80
Bilangan Kes
Jarak (meter)
Bila
ngan
Analisis dapatan kajian :
Berdasarkan daripada dapatan kajiaan diatas dapat dijelaskan bahawa kejadian jenayah
yang berlaku berhampiran dengan belukar adalah rendah berdasarkan data yang telah diperolehi
iaitu hanya kejadian 2 kes yang melibatkan jarak 0 meter sehingga 50 meter daripada belukar.
Manakala kejadian jenayah semakin meningkat apabila melepasi jarak 200 meter ke atas
daripada kawasan belukar.
Oleh sebab itu, dapat di andaikan di sini bahawa kawasan belukar merupakan kawasan
sederhana tumpuan kejadian jenayah di Tanjong Malim. Hanya 2 kes saja yang melibatkan
kehampiran dengan kawasan belukar yang berlaku kes jenayah dalam jarak bawah 50 meter.
4
Page 5
2) Kehampiran ke kawasan ladang
Gambarajah 2: Pengukuran jarak kes jenayah ke kawasan ladang.
Jadual 2 : Bilangan kes jenayah dari kawasan ladang.
Jarak Interval Bilangan Kes
0-50m 551-100m 7101-150m 7151-200m 12Lebih 200m 69
5
Page 6
Rajah 2: Bilangan kes jenayah dari kawasan ladang.
0-50 51-100 101-150 151-200 Lebih 200
0
10
20
30
40
50
60
70
80
Bilangan Kes
Jarak (meter)
Bila
ngan
Analisis dapatan kajian :
Ladang merupakan salah satu kawasan yang luas di daerah Tanjong Malim. Sektor
perladangan ini merangkumi semua jenis tanaman iaitu getah, kelapa sawit dan beberapa
tanaman moden yang lain. Faktor kejadian jenayah yang melibatkan kehampiran dengan
kawasan ladang dianggarkan tinggi iaitu melibatkan kejadian jenayah sebanyak 5 kes dan
meningkat apabila jarak kehampiran dengan kawasan ladang semakin meningkat iaitu sebanyak
5 kes pada jarak bawah 50 meter dan meningkat kepada 69 kes pada jarak 200 meter keatas.
Oleh sebab itu, dapat diandaikan di sini bahawa kawasan ladang merupakan sasaran
utama kejadian jenayah di Tanjong Malim. Sebanyak 5 kes telah berlaku yang melibatkan
kehampiran dengan kawasan ladang dalam jarak bawah 50 meter.
6
Page 7
3) Kehampiran ke kawasan jalan raya.
Gambarajah 3: Pengukuran jarak kes jenayah ke kawasan jalan raya..
Jadual 3 : Bilangan kes jenayah dari kawasan jalan raya.
Jarak Interval Bilangan Kes
0-50m 651-100m 10101-150m 7151-200m 12Lebih 200m 301
7
Page 8
Rajah 3: Bilangan kes jenayah dari kawasan jalan raya.
0-50 51-100 101-150 151-200 Lebih 200
0
50
100
150
200
250
300
350
Bilangan Kes
Jarak (meter)
Bila
ngan
Analisis dapatan kajian:
Selain daripada kawasan ladang, kawasan yang berhampiran dengan jalan raya juga
merupakan satu kawasan yang berpotensi tinggi untuk berlakunya kejadian jenayah. Hal ini
adalah kerana, kawasan jalan raya merupakan kawasan laluan utama masyarakat setempat dan
orang awam yang datang berkunjung ke Tanjong Malim. Oleh sebab itu, tidak hairanlah kenapa
jalan raya merupakan satu lokasi kejadian jenayah yang tinggi di Tanjong Malim. Berdasarkan
data dapat dihuraikan bahawa semakin jauh daripada kehampiran dengan jalan raya semakin
meningkat kejadian jenayah.
Oleh sebab itu, dapat di andaikan di sini bahawa kawasan jalan raya merupakan sasaran
utama kejadian jenayah di Tanjong Malim. Sebanyak 6 kes telah berlaku yang melibatkan
kehampiran dengan kawasan ladang dalam jarak bawah 50 meter.
8
Page 9
4) Kehampiran ke kawasan pekan Tanjong Malim.
Gambarajah 4: Pengukuran jarak kes jenayah ke kawasan pekan.
Jadual 4 : Bilangan kes jenayah dari kawasan pekan.
Jarak Interval Bilangan Kes
0-50m 051-100m 0101-150m 13151-200m 14Lebih 200m 73
9
Page 10
Rajah 4: Bilangan kes jenayah dari kawasan pekan.
0-50 51-100 101-150 151-200 Lebih 200
0
10
20
30
40
50
60
70
80
Bilangan Kes
Jarak (meter)
Bila
ngan
Analisis dapatan kajian :
Pekan merupakan tempat yang menjadi kunjungan orang ramai kerana pekan Tanjong
Malim merupakan pusat segala kegiatan ekonomi masyarakat setempat. Berdasarkan data dapat
dihuraikan bahawa semakin jauh daripada kehampiran dengan jalan raya semakin meningkat
kejadian jenayah. Tetapi data menunjukan bahawa dalam jarak bawah 100 meter tidak berlaku
sebarang kejadian jenayah.
Oleh sebab itu, dapat di andaikan di sini bahawa kawasan pekan bukan merupakan
sasaran utama kejadian jenayah di Tanjong Malim. Tidak terdapat kes yang dianggarkan berlaku
dalam jarak 100 meter daripada kehampiran dengan kawasan pekan.
10
Page 11
5) Kehampiran ke kawasan balai polis Tanjong Malim.
Gambarajah 5: Pengukuran jarak kes jenayah ke kawasan balai polis.
Jadual 5 : Bilangan kes jenayah dari kawasan balai polis.
Jarak Interval Bilangan Kes
0-50m 051-100m 1101-150m 2151-200m 2Lebih 200m 94
11
Page 12
Rajah 5: Bilangan kes jenayah dari kawasan balai polis.
0-50 51-100 101-150 151-200 Lebih 200
0102030405060708090
100
Bilangan Kes
Jarak (meter)
Bila
ngan
Analisis dapatan kajian :
Berdasarkan data dapat dihuraikan bahawa semakin jauh daripada kehampiran dengan
balai polis semakin meningkat kejadian jenayah. Tetapi data menunjukan bahawa dalam jarak
bawah 50 meter tidak berlaku sebarang kejadian jenayah.
Oleh sebab itu, dapat di andaikan di sini bahawa kawasan balai polis bukan merupakan
sasaran utama kejadian jenayah di Tanjong Malim. Tidak terdapat kes yang dianggarkan berlaku
dalam jarak 50 meter daripada kehampiran dengan kawasan balai polis.
12
Page 13
6) Kehampiran ke kawasan bank Maybank di Tanjong Malim.
Gambarajah 6: Pengukuran jarak kes jenayah ke kawasan Maybank di Tanjong Malim.
Jadual 6 : Bilangan kes jenayah dari kawasan Maybank.
Jarak Interval Bilangan Kes
0-50m 051-100m 2101-150m 5151-200m 14Lebih 200m 79
13
Page 14
Rajah 6: Bilangan kes jenayah dari kawasan Maybank.
0-50 51-100 101-150 151-200 Lebih 200
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
Bilangan Kes
Jarak (meter)
Bila
ngan
Analisis dapatan kajian
Bank Maybank terletak di kawasan pekan Tanjong Malim. Berdasarkan data dapat
dihuraikan bahawa semakin jauh daripada kehampiran dengan bank Maybank semakin
meningkat kejadian jenayah. Tetapi data menunjukan bahawa dalam jarak bawah 50 meter tidak
berlaku sebarang kejadian jenayah.
Oleh sebab itu, dapat di andaikan di sini bahawa kawasan bank Maybank bukan
merupakan sasaran utama kejadian jenayah di Tanjong Malim. Tidak terdapat kes yang
dianggarkan berlaku dalam jarak 50 meter daripada kehampiran dengan kawasan bank Maybank.
14
Page 15
7) Kehampiran ke kawasan pembinaan.
Gambarajah 7: Pengukuran jarak kes jenayah ke kawasan pembinaan.
Jadual 7 : Bilangan kes jenayah dari kawasan pembinaan.
Jarak Interval Bilangan Kes
0-50m 051-100m 1101-150m 1151-200m 0Lebih 200m 99
15
Page 16
Rajah 7: Bilangan kes jenayah dari kawasan pembinaan.
0-50 51-100 101-150 151-200 Lebih 200
0
20
40
60
80
100
120
Bilangan Kes
Jarak (meter)
Bila
ngan
Analisis dapatan kajian
Terdapat hanya beberapa tempat saja yang terlibat dengan kawasan pembinaan di
Tanjong Malim. Kebanyakan kawasan pembinaan akan dipenuhi dengan pekerja asing yang
datang bekerja sebagai buruh binaan. Berdasarkan data dapat dihuraikan bahawa semakin jauh
daripada kehampiran dengan kawasaan pembinaan semakin meningkat kejadian jenayah. Tetapi
data menunjukan bahawa dalam jarak bawah 50 meter tidak berlaku sebarang kejadian jenayah.
Oleh sebab itu, dapat di andaikan di sini bahawa kawasan pembinaan bukan merupakan
sasaran utama kejadian jenayah di Tanjong Malim. Tidak terdapat kes yang dianggarkan berlaku
dalam jarak 50 meter daripada kehampiran dengan kawasan pembinaan.
16
Page 17
3.0 Perbincangan
Kawasan Kejadian kes
Pembinaan Sangat rendah
Balai polis Sangat rendah
Bank Maybank Rendah
Pekan Rendah
Belukar Sederhana rendah
Ladang Tinggi
Jalan raya Tinggi
Jadual 8 : Analisis kejadian jenayah.
Berdasarkan sumber data yang diperolehi tersebut analisis kehampiran dan kedekatan
telah dilakukan untuk melihat sejauh mana kecenderungan jenayah akan berlaku berdasarkan
kepada beberapa kawasan yang telah dipilih di sekitar kawasan Tanjong Malim. Antara kawasan
yang dipilih ialah kawasan belukar, ladang, jalan raya, pekan, balai polis, bank Maybank dan
kawasan pembinaan. Berdasarkan analisis kehampiran dan kedekatan yang telah dilakukan
beberapa kawasan telah dikenal pasti yang mempunyai kebarangkalian berlakunya jenayah yang
tinggi antaranya ialah kawasan jalan raya dan kawasan ladang.
Kawasan jalan raya dan ladang merupakan sasaran utama kejadian jenayah di Tanjong
Malim. Hal ini adalah kerana, sebanyak 6 kes (jalan raya) dan 5 kes (ladang) jenayah
dianggarkan berlaku di kawasan yang melibatkan kehampiran dengan kawasan jalan raya dan
ladang dalam jarak bawah 50 meter. Manakala dalam jarak kurang 200 meter juga
menunjukkan kebarangkalian berlakunya kes jenayah yang tinggi di kedua-dua kawasan iaitu
sebanyak 29 kes (jalan raya) dan 26 kes (ladang) berbanding dengan kawasan kajian yang lain.
17
Page 18
Hal ini menunjukkan bahawa, sasaran utama kejadian kes jenayah yang berlaku adalah berpusat
di sekitar jalan raya dan kawasan ladang.
Manakala bagi kawasan belukar merupakan kawasan yang mempunyai risiko yang
rendah untuk berlakunya kejadian jenayah. Berdasarkan analisis yang telah dibuat
kebarangkalian uantuk berlakunya kejadian jenayah dalam jarak bawah 50 meter bagi kawasan
ini adalah sebanyak 2 kes sahaja dan bagi jarak kurang 200 meter risiko untuk berlakunya
kejadian jenayah adalah sebanyak 24 kes rendah berbanding kawasan jalan raya dan ladang.
Bagi keempat-empat kawasan analisis yang berikutnya iaitu kawasan pekan, balai polis ,
bank Maybank dan kawasan pembinaan menunjukkan kebarangkalian berlakunya kejadian
jenayah adalah rendah kerana dalam jarak bawah 50 meter tiada kejadian kes yang dicatatkan.
Manakala dalam jarak kurang 200 meter juga mencatatkan kejadian jenayah yang rendah.
4.0 Kesimpulan
Analisis yang dilakukan melalui perisian Sistem Maklumat Geografi ini telah
membolehkan pelbagai andaian dilakukan termasuklah andaian kehampiran dan kedekatan
kejadian jenayah dengan kawasan yang dikehendaki. Analisis ini berguna dalam langkah
berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian jenayah berlaku. Melalui analisis ini beberapa kawasan
yang berisiko tinggi tersebut memerlukan rondaan dan pengawalan yang berterusan daripada
pihak berkuasa tempatan agar kejadian jenayah di kawasan Tanjong Malim dapat dikurangkan.
18
Page 19
Bibliografi
Burrough (1986). Principles of Geographical Information System for Land Resources Assessment. Oxford: Clarendon.
Date (1986). An Introduction to Database System. Edisi Keempat. The SystemsProgramming Series. Addison- Wesley.
Nasir Nayan (2010). Manual ArcGIS. Tanjong Malim, Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ruslan dan Noresah (1998). Sistem Maklumat Geografi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wikipedia (2008). Jenayah. Diperolehi daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayah pada 23/10/2010.
19