Analisis Bentuk Badan Endomorf Dalam kajian yang telah saya lakukan di institute ini,saya mendapati 2 orang pelajar yang berbentuk endomorph,iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.Secara amnya bentuk badan endomorf merupakan seseorang yang berbentuk badan yang bulat dan gemuk,bentuk seperti buah pir dengan abdominal yang besar,leher yang bulat dan pendek,kepala yang besar dan bulat,lengan yang pendek,pinggul yang lebar,punggung yang besar,kaki yang pendek dan berat serta banyak lemakberbanding dengan otot.Individu yang mempunyai bentuk badan ini akan lebih terdedah kepada bidang sukan balingan,sebagai contoh,:lontar peluru,baling tukul besi,merejam lembing dan sebagainya.Ini adalah kelebihan bagi individu yang mempunyai bentuk badan endomorf kerana dapat menampung dan menggunakan gravity badan untuk melakukan aktiviti tersebut.Seseorang yang mempunyai bentuk badan ini akan lebih mudah terdedah kepada pelbagai penyakit kronik seperti penyakit koronari berbanding dengan bentuk badan ektomorf dan mesomorf kerana mempunyai lebih banyak lemak
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Analisis Bentuk Badan Endomorf
Dalam kajian yang telah saya lakukan di institute ini,saya mendapati 2 orang
pelajar yang berbentuk endomorph,iaitu seorang lelaki dan seorang
perempuan.Secara amnya bentuk badan endomorf merupakan seseorang yang
berbentuk badan yang bulat dan gemuk,bentuk seperti buah pir dengan abdominal
yang besar,leher yang bulat dan pendek,kepala yang besar dan bulat,lengan yang
pendek,pinggul yang lebar,punggung yang besar,kaki yang pendek dan berat serta
banyak lemakberbanding dengan otot.Individu yang mempunyai bentuk badan ini
akan lebih terdedah kepada bidang sukan balingan,sebagai contoh,:lontar
peluru,baling tukul besi,merejam lembing dan sebagainya.Ini adalah kelebihan bagi
individu yang mempunyai bentuk badan endomorf kerana dapat menampung dan
menggunakan gravity badan untuk melakukan aktiviti tersebut.Seseorang yang
mempunyai bentuk badan ini akan lebih mudah terdedah kepada pelbagai penyakit
kronik seperti penyakit koronari berbanding dengan bentuk badan ektomorf dan
mesomorf kerana mempunyai lebih banyak lemak dalam badan yang menyebabkan
mereka berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit
NAMA Mohd Fahmi bin Mohd Radzi
UMUR 20
JANTINA lelaki
BENTUK BADAN endomorf
NAMA Siti Noor Atiqah
UMUR 20 tahun
JANTINA perempuan
BENTUK BADAN endomorf
ANALISIS BENTUK BADAN EKTOMORF
Ddalam kajian saya,saya telah mencari dua orang pelajar di institute ini
yang berbentuk badan ektomorf.Seorang lelaki dan perempuan.Ektomorf bermaksud
bentuk badan yang berciri seperti bertulang kecil,dahi yang luas,lengan yang
panjang tetapi kurang berotot,abdomen yang rata,kurang mempunyai lemak,kurang
berotot pejal serta kurus.Mereka yang mempunyai bentuk badan seperti ini rata rata
lebih cenderung kepada acara olahraga balapan,iaitu larian jarak sederhana dan
jarak jauh.(800m,1000m,1500m dan 3000m).acara ini lebih melibatkan system
kardiovaskular.Selain itu,individu yang mempunyai bentuk badan ini juga dapat
melibatkan diri dalam acara seperti lompat tinggi ,lompat jauh dan lompat kijang
kerana mereka mempunyai kelebihan disebabkan mempunyai tulang kecil dan
sistem rangka yang panjang. Bagi individu yang mempunyai bentuk badan sebegini
rupa(ektomorf)mereka kurang terdedah kepada penyakit yang berbahaya kerana
mereka tidak berada dalam golongan obesity dan mereka juga aktif dalam mana
mana sukan.
NAMA Mohammad Hasbullah Bin Zainal Abidin
UMUR 20 tahun
JANTINA lelaki
BENTUK BADAN ektomorf
NAMA Siti khairunisa
UMUR 18
JANTINA perempuan
BENTUK BADAN ektomorf
ANALISIS BENTUK BADAN MESOMORF
Dalam kajian ini juga,saya juga telah mendapatkan 2 orang pelajar institut
lelaki dan perempuan untuk menjalankan kajian bentuk badan ini.Mesomorf
merupakan bentuk badan yang bercirikan otot dan tulang yang panjang,leher yang
jinjang dan berotot pejal,punggung yang berotot,kurang lemak dan serta mempunyai
kaki yang kuat dan sasa.Bagi individu yang mempunyai bentuk badan
mesomorf,mereka akan lebih sesuai dalam bidang sukan olahraga balapan,iaitu
acara lari jarak sederhana dan pecut(100m,200m,400m dan 800m) serta acara lain
seperti lompat jauh dan sebagainya kerana mereka mempunyai bentuk badan yang
sasa,berotot dan pejal serta abdomen yang kuat untuk melibatkan mereka dalam
sukan yang lebih lasak.
NAMA Aoran
UMUR 20
JANTINA lelaki
BENTUK BADAN mesomorf
Pertumbuhan Somatik
1. Pengukuran yang lazim digunakan dalam kajian pertumbuhan
Satu set teknik piawai yang sistemetik untuk pengukuran dan anggotanya
adalah dikenali sebagai antropometri (anthropometry) di mana
anthropo=manusia dan metry=pengukuran.
Satu cara pengukuran bersifat kuantitatif ke atas saiz, perkadaran dan
bentuk badan.
Berat badan adalah pengukuran ke atas jisim badan.
Ketinggian (stature) adalah pengukuran jarak linear dari lantai ke
bahagaian atas (puncak) tengkorak.
Panjang berbaring (recumbent length) adalah ukuran panjang pada kanak-
kanak berumur antara 2-3 tahun, dalam keadaan berbaring.
Ketinggian duduk (sitting height) adalah adalah ketinggian semasa
berduduk tegak yan diukur dari permukaan berduduk ke bahagian atas
kepala.
Ukuran lebar biacromial adalah ukuran jarak dari cuaran acromial
skapulakanak ke kiri. Ini adalah ukuran lebar bahu.
Ukuran lebar bicristal adalah ukuran dari bahagian sisi lengkungan iliak
kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar pinggul.
Lebar bicondylar adalah ukuran dari tulang kondi (condyles) femur
manakala ukuran lebar biepicondylar adalah ukuran yang melibatkan
tulang humerus.
Ukuran lilitan lengan lazimnya diukur dari titik pertengahan antara cuaran
acromial dan olecranon (hujung siku).
Ukuran lilitan betis adalah pada bahagian yang paling tebal semasa
individu berdiri dan berat badan disebar dengan sekatanya.
Ketebalan lapisan kulit adalah petunjuk lapisan lemak bawah kulit
(subcutaneous) dan boleh diukur dengan caliper.
Pengukuran ketebalan lapian kulit lazimnya dilakukan dibahagian otot
trisep dan subscapular.
Ukuran lilitan lazimnya dilakukan ke atas bayi dan kanak-kanak berumur
3-4 tahun sebagai petunjuk pertumbuhan otak.
Indeks jisim badan adalah ukuran yang menghubungkaitkan berat (kg)
dan ketinggian (m).
2. Corak perrtumbuhan dalam ketinggian dan berat badan
Ketinggian dan berat adalah dua ukuran yang lazim digunakan dalam
kajian pertumbuhan.
Dari peringkat kelahiran sehingga awal dewasa, ketinggian dan berat
badan menunjukkan satu corak pertumbuhan yang terdiri daripada empat
fasa iaitu
(a) Pesat di peringkat bayi dan awal kanak-kanak.
(b) Malar di peringkat pertengahan kanak-kanak.
(c) Pesat diperingkat awal remaja dan,
(d) Perlahan selepas remaja dan berhenti di peringkat dewasa.
Kadar pertumbuhan ketinggian dan berat badan semasa awal remaja
adalah tinggi. Kadar pertumbuhan ini adalah lebih cepat bagi perempuan
barbanding lelaki untuk tempoh dua tahun.
Ketinggian perempuan berhenti apabila mencapai umur 16 tahun
manakala lelaki akan terus berkembang untuk tempoh dua tahun lagi.
3. Corak pertumbuhan dalam dimensi anggota lain
Kebanyakan anggota badan mengalami perubahan corak pertumbuhan
yang meningkat kecuali lapisan lemak bawah kulit, bahagian muka dan
kepala.
Pertumbuhan ketinggian berduduk berlaku dalam satu tempoh yang
panjang dan menyumbang lebih kepada ketinggian keseluruhan
barbanding panjang kaki.
Lelaki mempunyai bahu yan lebih lebar berbanding perempuan tetapi
kedua-dua janitna ini mempunyai lebar iliac crest yang sama.
Lilitan betis dan lengan menpunyai corak pertumbuhan yang serupa
denga berat badan.
Pertumbuhan pesat pada lilitan kepala dapat dilihat sejak kelahiran
sehingga 2 tahun, dan mula perlahan selepas itu.
4. Perubahan perkadaran anggota badan
Walaupun corak pertumbuhan atau bentuk keluk pertumbuhan dalam
kebanyakan anggota badan hampir samadengan ketinggian dan berat
badan, kadar pertumbuhan adalah berbeza antara anggota yang
khusus.
Pertumbuhan allometric adalah hubungan sistematik antara anggota
badan semasa pertumbuhan.
Nisbah ketinggian berduduk kepada ketinggian diperhatikan paling
tinggi semasa peringkat bayi dan menurun di sepanjang peringkat
kanak-kanak sehingalah ke alam remaja.
Sebelum remaja, lelaki dan perempuan mempunyai perkadaran yang
sama dalam panjang kaki atau panjang badan. Walau bagaimanapun,
semasa alam remaja sehingga dewasa, perempuan pada puratanya
mempunyai anggota yang lebih pendek berbanding lelaki mengikut
ketinggian yang serupa.
Perkembangan badan
1. Kaedah penialian badan
Hippocrates pada zamannyamencadangkan dua jenis klasifikasi badan
iaitu habitus phthisicus (linear) dan habitus apoplecticus (lateral).
Pendekatan konseptual yang diperkenalkan oleh William Sheldon
adalah kaedah penilaian yang lazim digunakan pada hari ini.
Pendekatan ini berdasarkan jenis bentuk badan (somatotype, soma =
badan).
Pendekatan ini berasaskan kepada penyebaran variasi badan yang
berterusan.
Komponen-komponen yang dicadangkan adalah endomorphy,
mesomorphy dan ectomorphy.
Ciri utama endomorf adalah berasaskan kepada organ-organ
pencernaan dan kelembutan serta kebulatan kontur badan.
Ciri utama mesomorf adalah pada otot, tulang dan tisu-tisu
penghubung supaya otot kelihatan sasa.
Ciri utama Ektomorf adalah berasaskan kepada bentuk,
perkembangan otot yang lemah, dan luas permukaan yang lebih
berbanding jisim badan.
Kaedah Phenotype Parnel, yang dikemukakan oleh Richard Parnell
adalah modifikasi keatas Sheldon dan bersifat antropometrik.
Phenotype bermaksud keadaan badan pada suatu masa tertentu.
Ketinggian, berat, tiga lipatan kulit, dua lilitan anggota dan dua
kelebaran tulang anggota digunakan untuk menilai anggaran tiga
komponen badan iaitu gemuk, sasa dan kurus.
Kaedah Heath-Carter menggabungkan prosedur fotoskopik dan
antropometik untuk menganggar jenis badan.
2. Perubahan bentuk badan semasa pertumbuhan.
Perempuan lebih bersifat endomorf semasa pertumbuhan dan
kematangan dan susut ke ektomorf selepas itu,. Tidak terdapat pola
yang nyata untuk mesomorf.
Antara 17 hingga 33 tahun, endomorf dan mesomorf kelihatan
bertambah, manakala ektomorf berkurangan.
Model dan kaedah pembelajaran komposisi badan.
1. Model komposisi badan
Dua model yang lazim digunakan didalam kebanyakan kajian dari
perspektif (a) ahli biokimia dan (b) mereka yang bertugas bersama
individu di klinik, pusat pemakanan, pusat kecergasan dan
sebagainya (model dua bahagian).
Model biokimia – secara biokimia badan manusia terdiri daripada
empat unsur utama iaitu, air, protein, mineral dan lemak.
Walaupun model berfaedah untuk perbandingan umum, kegunaannya
adalah terhad kerana data analisis biokimia yang diperolehi hanyalah
dari sekumpulan individu yang kecil yang mana mungkin tidak
mewakili populasi norma.
Model dua bahagaian adalah merujuk kepada pembahagian jisim
badan kepada komponen lemak dan otot.
Komponen tanpa lemak adalah dirujuk kepada pembahagian jisim
badan bebas lemak manakala komponen yang satu lagi dikenali
sebagai jisim berlemak.
2. Kaedah menggangar komposisi badan
Kaedah yang lazim digunakan bagi menggangar komposisi badan
dalam individu adalah secara tidak langsung.
Kaedah timbangan dalam air (Hydrostatic) – menggangar
ketumpatan badan dan menukar kepada peratusan lemak badan.
Kaedah pencairan isotop – menggangar jumlah air dalam badan,
yang mana ini ditukar kepada jisim bebas lemak (fat-free mass).
Kaedah pengatifan neutron – menggunakan isotope nitrogen dan
kalsium untuk menggangar tisu tanpa lemak dan mineral.
Kaedah pengkonduksian elektrik badan dan bioelectrical impendance
– menggangar jisim bebas lemak (tisu tanpa lemak akan mengalirkan
elektrik lebih mudah berbanding tisu berlemak).
Kaedah ultrasound – menggangar lemak, otot dan tulang.
Kaedah radiografi – menggangar lemak, otot dan tulang.
Kaedah antropometri – menggangar lemak dan meramal jisim bebas
lemak.
Pengukuran ketumpatan badan :
- Ketumpatan = jisim per unit isipadu.
- Ketumpatan lemak = 0.90g/cm3 dan adalah lebih rendah daripada
air (1.0g/cm3), dan lebih rendah dari tisu tanpa lemak
(1.10g/cm3).
- Badan yang berketumpatan rendah mempunyai lebih lemak
berbanding dengan badan yang berketumpatan tinggi.
- Ketumpatan adalah berkadar songsang dengan lemak badan.
- Densitometri adalah merujuk kepada pengukuran ketumpatan
badan.
- Ketumpatan digunakan untuk menganggar peratusan berat badan
yang terdiri daripada lemak.
Mengukur jumlah air dalam badan :
- Air adalah komposisi terbesar dalam badan.
- Kebanyakan air didalam badan adalah tisu tanpa lemak. Oleh itu
pengukuran jumlah air dalam badan memberi satu cara untuk
menganggar jisim bebas lemak.
Mengukur kalium dalam badan
- Kalium banyak dijumpai dalam sel-sel, khususnya di tisu otot.
Oleh itu pengukuran kepekatan kalium dalam badan boleh
memberi satu anggaran jisim bebas lemak.
Aplikasi kaedah pengukuran pada kanak-kanak.
- Kaedah-kaedah pengukuran sedia ada yang dilaksanakan ke
atas orang dewasa tidak semestinya sesuai dengan kanak-
kanak.
- Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan adalah :
Adakah ketumpatan lemak dan tisu bebas lemak, kandungan
air dan kalium dalam jisim bebas lemak sama dalam dewasa
dan kanak-kanak?
Bilakah ketumpatan, kepekatan air dan kalium dalam tisu tanpa
lemak dicapai dalam dewasa?
Kaedah densitometry adalah lambat dan memerlukan subjek
kajian menjalani latihan keselesaan dengan prosedur.
Kaedah ini hanya terhad kepada kanak-kanak berumur 7
hingga 8 tahun dan bukannya lebih muda.
Penggunaan kaedah kalium adalah sangat mahal dan sensitif,
dan tempoh pengukurannya amat bergantung kepada saiz
subjek.
Kanak-kanak mungkin tidak berupaya berada dalam keadaan
tetap untuk satu tempoh yang lama semasa pengukuran
dilaksanakan.
Pengukuran jumlah air dalam badan memerlukan subjek
berpuasa semalaman sebelum pengukuran dapat
dilaksanakan.
3. Pertumbuhan jisim bebas lemak, jisim lemak dan peratus lemak
Jisim bebas lemak( fat-free mass)
Jisim bebas lemak mengikuti satu pola pertumbuhan seperti dalam
ketinggian dan berat badan, dan perbezaan jantina memainkan
peranan utama semasa pertumbuhan remaja.
Pada peringkat awal dewasa, perempuan mencapai jisim bebas
lemak lebih awal, antara umur 15 hingga 16 tahun berbanding lelaki
pada umur antara 19 hingga 20 tahun.
Pada peringkat lewat remaja, lelaki pada puratanya mampunyai jisim
bebas lemak 1.5 kali lebih berbanding perempuan.
Perbezaan ini menunjukkan pertumbuhan pesat jisim otot dalam
remaja.
Selepas 14 tahun, lelaki mempunyai jisim bebas lemak yang lebih
berbanding perempuan dengan ketinggian yang sama.
Jisim lemak (fat mass)
Anggaran jisim lemak meningkat pada 2 atau 3 tahun pertama
dalam hidup dan kemudiannya tidak menunjikkan perubahan antara
5 – 6 tahun.
Jisim lemak perempuan mula meningkat dengan pesat berbanding
lelaki di peringkat ramaja, dan mula malar apabila lelaki mengalami
pertumbuhan pesat di antara 13 – 15 tahun.
Peratus lemak meningkat dengan pesat dalam kedua-dua jantina
semasa bayi dan mula berkurangan semasa awal kanak-kanak.
Perempuan pada puratanya menunjukkan peratusan lemak yang
lebih sedikit berbanding lelaki semasa peringkat bayi dan awal
kanak-kanak, tetapi dari 5 – 6 tahun sehingga remaja, perempuan
mempunyai peratus lemak yang lebih berbanding lelaki.
Dalam lelaki, peratus lemak berada di tahap paling rendah pada 16
– 17 tahun, dan seterusnya meningkat apabila berada di peringkat
awal dewasa.
Perubahan tisu adipos semasa pertumbuhan
1. Jenis tisu adipos
Tisu adipos adalah komponen fungsi dan struktur jisim lemak.
Terdapat dua jenis tisu adipos iaitu tisu adipos perang dan tisu
adipos putih.
Tisu adipos putih :
- Terdiri daripada sel lemak (adipocytes) yang mengandungu satu
titisan lemak besar dalam bentuk trigliserida.
- Nukleus adiposity dan organel sel sitoplasma (iaitu mitokondria
dan lain-lain) dimampatkan ke bahagian luar sel antara titisan
lipid dan membrane sel.
- Tisu aktif metabolisme (dalam metabolisme glukosa, asid lemak,
lipoprotein dan kolestrol).
- Terdapad diseluruh badan.
- Kebanyakannya boleh dijumpai di dalam ginjal, jantung, hati dan
organ-organ lain, tetapi sebaran terbesar adalah dibawah
lapisan kulit.
- Tisu yang penting dalam metabolisme dan setor simpanan
tenaga.
- Memberi perlindungan dan penebat ke atas badan dan organ-
organ penting.
Tisu adipos perang:
- Mengandungi beberapa titisan lipid dan bukannya dalam satu
vakuol lipid yang besar.
- Nukleus tidak dimampatkan seperti dalam tisu adipos putih.
- Mengandungi lebih mitokondria yang lebih besar dan
berstruktur kompleks berbanding tisu adipos putih.
- Fungsi utama bukan untuk simpanan lipid tetapi untuk menjana
haba (thermogenesis).
- Banyak terdapat di dalam haiwan yang tinggal di persekitaran
sejuk, dan haiwan yang berhibernasi.
- Lebih kecil daripada sel adipos putih. Diameternya berjulat
antara 15-50 mikrometer.
- Warna perang adalah disebabkan oleh kepekatan tinggi
sitkrom dan enzim sitokrom dalam mitokondria, serta
kandungan hemoglobin dalam tisu, khususnya di bahagian
belakang leher, dan bahagian belakang interscapula bayi yang
baru dilahirkan.
- Diberkaskan antara sel dan kapilari.
- Mempunyai kaitan dengan system saraf simpatetik serta
mempunyai reseptor sel yang berupaya bertindak balas
terhadap hormone seperti noradrenalin.
- Menyimpan lemak untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk
aktiviti metabolisme tisu lain.
2. Perkembangan tisu adipos dalam prenatal.
Tisu adipos putih telah didapati di bahagian abdomen
bayi semasa minggu ke-14 kehamilan.
Tidak terdapat perbezaan dalam tisu adipos putih
antara jantina.
Dalam perkembangan awalan bayi, adiposity
mempunyai beberapa titisan lipid yang bergabung
untuk membentuk satu sel dengan satu titisan.
Selepas minggu ke-23 kehamilan, aktiviti utama yang
menyumbang kepada pencapaian pesat berat badan
adalah perkembangan adiposit dan pemberkasan
tisu adipos.
Adalah dianggarkan bayi yang baru dilahirkan
mempunyai hamper 5 billion adiposit.
Perbezaan kandungan lemak badan kelihatan lebih
berkait dengan kandungan trigliserida adiposit
berbanding perubahan sel atau bilangan sel dalam
tisu.
Secara umumnya, adiposit dalam fetus adalah lebih
kecil berbanding dewasa tetapi pada peringkat awal
fetus, satu populasi adiposit besar yang
mengandungi lipid kelihatan lebih jelas.
Tenaga yang disimpan ini adalah penting bagi bayi
semasa proses transisi dari persekitaran terlindung
ke persekitaran terbuka dalam hidup.
Selepas kelahiran, bayi perlu bargantung pada
bahan metabolisme karbohidrat yang cepat
kehabisan dan trigliserida yang tersimpan dalam
adiposit menjadi sumber penting.
Oleh itu, adiposit di dalam bayi harus berupaya
berfungsi dengan cekap untuk memenuhi keperluan
tenaga ini.
3. Sifaf-sifat tisu adipos dalam pascanatal.
Tisu adipos perang :
- Terdapat satu jumlah yang kecil tisu adipos perang dalam
bayi yang baharu dilahirkan, iaitu sebanyak 1% berat
badan, atau 25g di dalam bayi yang dilahirkan penuh
seberat 3500g.
- Tisu ini berfungsi sebagai satu metabolisme perindungan
dalam bayi tisak cukup bulan kerana menghadapi
persekitara luar yang mencabar.
- Sejurus selepas kelahiran, tisu ini akan hilang dari badan,
sebilangannya akan kekal berada di organ-organ dalaman
seperti ginjal.
Tisu adipos putih :
- Tisu ini berkembang dengan satu kuantiti simpanan lipid
yang meningkat akibat perubahan interaktif dalam saiz
adiposit dan sel organ tisu adipos.
- Bilangan adiposit meningkat dari 5 bilion semasa
kelahiran ke 30-50 bilion di peringkat dewasa (yang tidak
gemuk).
- Diameter purata adiposit meningakt dari 30-40 mikrometer
semasa kelahiran ke 80-90 mikrometer di peringkat awal
dewasa.
- Organ adipos terdiri daripada 0.5kg lemak semasa
kelahiran di dalam kedua-dua jantina, dan meingkat ke
10kg di dalam lelaki dan 14kg di dalam perempuan di
peringkat awal dewasa.
- Hipertropi adiposit akan merangsang pembahagian sel di
dalam adifoblas (adiphoblast) dan seterusnya
meningkatkan bilangan paraadiposit dan adiposit.
4. Sebaran lemak semasa pertumbuhan.
Sebaran lemak adalah sebaran kilang-kilang lemak di dalam
badan.
Kilang-kilang lemak yang tersebar di tempat-tempat yang
berlainan mempunyai sifat-sifat metabolisme yang tersendiri.
Lemak dalaman dan lemak lapisan bawah kulit :
- Lemak dalaman, juga dikenali sebagai lemak jantung
(visceral), omental.
- Pengukuran langsung lemak dalaman boleh dilakukan
secara analisis pada mayat dan tomografi.
- Inferensi tentang perubahan lemak dalaman semasa
pertumbuhan boleh dibuat berdasarkan nisbah lemak
lapisan bawah kulit kepada jisim lemak keseluruhan.
- Kadar pengumulan lemak dalaman adalah lebih cepat
berbanding lemak lapisan bawah kulit semasa kanak-
kanak bagi kedua-dua jantina.
- Selepas 13-14 tahun, nisbah akan menigkat bagi lelaki,
dan ini dibahagian hujung anggota dan badan lelaki.
Lemak lapisan bawah kulit dan topografi lemak :
- Data radiografik telah menunjukkan bahawa perempuan
mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit berbanding
lelaki dari awal bayi sehingga 18 tahun.
- Selepas peningkatan pesat lemak bawah kulit dalam
tempoh 6 bulan pertama, kedua-dua jantina mengalami
penurunan pada 6-7 tahun.
- Perempuan akan menunjukkan peningkatan linear
sehingga remaja, manakala lelaki menunjukkan sedikit
peningkatan antara 7-12/13 tahun, dan seterusnya
penurunan semasa remaja.
- Data lipatan kulit menunjukkan perempuan mempunyai
lebih lemak lapisan bawah kulit berbanding lelaki antara
4-18 tahun.
- Antara 4-7 tahun, jumlah 10 lipatan kulit meningkat dari
7/8-13 tahun dan setarusnya menunjukkan penurunan di
umur 15 tahun.
- Perubahan ini telah menunjukkan dua factor iaitu (i)
terdapatnnya lebih tempat lipatan kulit (10) berbanding
radiografik (5) ; (ii) tempat radiografik adalah terhad
kepada hujung anggota dan badan.
Perubahan di dalam jumlah sebaran lemak lapisan bawah kulit
berlaku semasa pertumbuhan.
Perempuan mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit
berbanding lelaki di semua peringkat umur, khususnya di
peringkat remaja.
Perbezaan lemak lapisan bawah kulit kelihatan lebih ketara
antara kedua-dua jantina dibahagian hujung anggota
berbanding badan.
Oleh itu, terdapat satu perbezaan yang ketara antara jantina di
dalam sebaran lemak di dalam remaja.
Lelaki mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit di badan
berbanding hujung anggota.
Analisis Data-data
Semasa melaksanakan aktiviti pengukuruan ini, saya telah memilih enam orang guru
pelatih yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Pemilihan
mereka adalah berdasarkan kepada bentuk fizikal dan ciri-ciri bentuk badan seperti
yang telah dikategorikan. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk mendapatkan
pengkelasan maklumat tentang bentuk tubuh badan manusia serta menilai sejauh
mana tahap kecergasan fizikal individu tersebut. Hal ini kerana ianya bertujuan untuk
mengetahui aspek fizikal, mental, emosi dan sosial sesorang individu itu. Dalam
melaksanakan aktiviti ini, saya telah menggunakan empat jenis ukuran iaitu :
Berat badan
Tinggi
Lilitan Pinggul
Lilitan pinggang
Melalui pelaksanaan aktiviti dengan menggunakan ukuran tersebut maka saya
telah mendapat hasil data dan dengan maklumat yang saya kumpul saya mendapati
bahawa bentuk badan yang saya pilih memenuhi ketiga-tiga jenis bentuk badan
yang dinyatakan. Saya telah mendapatkan seorang lelaki dan seorang perempuan
bagi setiap kategori bentuk badan. Hal ini bagi memudahkan untuk saya membuat
perbandingan dan melihat jenis sukan yang sesuai dengan mereka. Maka ini
bermaksud saya telah berjaya mencari individu bagi setiap kategori bentuk badan
serta dapat membuat analisis.
Endomorf merupakan bentuk badan yang dicirikan sebagai seorang yang
mempunyai bentuk badan yang bulat dan gemuk, bentuk badan seperti buah pir
dengan abdominal yang besar, leher yang bulat dan pendek, kepala yang besar dan
bulat, lengan yang pendek, pinggul yang lebar, punggung yang besar, kaki yang
pendek dan berat serta banyak lemak berbanding dengan otot.
Bagi bentuk badan mesomorf pula ia lebih berbentuk badan yang dicirikan
sebagai seorang yang mempunyai otot dan tulang yang panjang, leher yang jinjing
dan berotot, lengan yang berotot dan pejal, dada yang bidang, abdomen yang
berotot pejal, punggung yang berotot, kurang lemak erta kaki yang kuat dan sasa.
Manakala ektomorf pula bentuk badan yang dicirikan sebagai seorang yang
mempunyai tulang yang kecil, dahi yang luas, lengan yang panjang tetapi kurang
berotot, abdomen yang rata kurang mempunyai lemak, kurang berotot pejal serta
kurus.
Ternyata ketiga-tiga jenis bentuk badan ini terdapat pada enam orang guru
pelatih yang saya pilih. Oleh itu, berdasarkan ketiga-tiga ciri bentuk badan di atas,
saya telah mengklasifikasikan enam orang guru pelatih tersebut mengikut jenis
bentuk badan individu itu sendiri. Bagi individu yang mempunyai bentuk badan
ektomorf, mereka lebih sesuai dalam bidang sukan olahraga acara balapan bagi
kategori larian jarak sederhana dan jarak jauh (800m, 1500m, 3000m, 5000m) yang
melibatkan mereka kepada sistem kardiovaskular. Mereka juga kurang berisiko
untuk mendapat penyakit kerana kondisi badan yang kurang lemak.
Bagi individu yang mempunyai bentuk badan mesomorf, mereka akan lebih
sesuai untuk acara balapan juga tetapi untuk acara jarak dekat (100m, 200m dan
400m) dan acara balapan contohnya, acara lompat jauh, lompat tinggi, lempar
cakera, merejam lembing dan sebagainya.
Seterusnya, bagi individu yang mempunyai bentuk badan endomorf pula, mereka
akan lebih terdedah kepada bidang sukan balingan, lemparan dan rejaman.
Antaranya ialah lontar peluru, baling tukul besi, merejam lembing dan lempar cakera.
Ini adalah kelebihan yang terdapat pada mereka walaupun mereka secara fizikalnya
nampak lemah. Namun begitu, mereka lebih cenderung untuk mendapatkan
penyakit berbahaya seperti diabetis, koronari dan sebagainya kerana bentuk badan
yang mengandungi banyak lemak.
Kesimpulannya, ketiga-tiga bentuk badan ini merupakan bentuk badan yang
utama dalam pengkelasan atau pengukuran somatotaip. Oleh itu, setiap individu
mempunyai ciri-ciri dan bentuk badan yang berbeza antara satu sama lain
termasuklah kemampuan dan tahap pencapaian individu itu sendiri.
Artikel
Determining Your Body Type.By Tamilee Webb and Lori Seeger
People come in all shapes, but most can be placed into a particular category of body type, mesomorph, ectomorph, or endomorph. These body types have different characteristics, and you should tailor your workout to whichever you belong. Here's the skinny on the different types of bodies:
A mesomorph (or meso, for short) can be defined in one word: muscular. If you're a meso, your body type is usually the envy of all gym rats because you can increase your muscle size quickly and easily. The well-developed, rectangular shapes of mesomorphs are representative of their thick bones and
muscles. (Before you get too excited about this perfect form, keep in mind that being a meso may also mean you have poor flexibility.) If you are a characteristic mesomorph, you have a well-defined chest and shoulders that are both larger and broader than your waistline. Your abdomen is taut and your hips are generally the same width as your shoulders. Your buttocks, thighs, and calves are all toned and defined.
As muscularly defined, athletic-looking individuals, mesomorphs are full of energy, are physically capable of a lot of activity, and tend to be aggressive athletically. (Usually no couch potatoes in this group.) Although mesomorphs generally store fat evenly all over their bodies, they can become overweight if they are sedentary and consume a high-fat and/or high-calorie diet.
Cardiovascular disease can be a primary threat to an overweight meso, so if you fit into that category, your best method of prevention is to maintain a healthy diet and a balanced exercise regime. Remember that your heart is a muscle, too, and the best way to keep it fit is to perform cardiovascular activities.
Craving physical activity and constantly seeking action, the mesomorph makes a great athlete. As a meso, you excel in sports that require great strength, short bursts of energy, and lots of power. Mesos are always popular in gym class and at the playground, because people want mesos on their teams. If you're scouting for body types at your local gym (and who isn't?), you will most likely find your fellow mesos lifting weights and avoiding the cardio equipment like step machines or treadmills.
When you think "mesomorph," think of Sylvester Stallone and Demi Moore.
A one-word description for the ectomorph body type (or ecto, for short) is slim. If you're an ecto, mesomorphs and endomorphs usually don't want to stand next to you. It's not that ectomorphs aren't personable, it's just that you're probably a tall, slender individual who has trouble gaining weight (oh darn!). As you may have guessed, the perfect example of an ecto is a fashion model.
An ectomorph is relatively linear in shape with a delicate build, narrow hips and pelvis, and long arms and legs. As an ecto, your muscle and bone outlines are usually visible (especially if you are an extremely thin ecto), and you normally have less fat and muscle mass than people with other body types. Remember, though, that you probably don't have all the features of a characteristic endomorph, but a blend of features from more than one body type.
Although willowy ectomorphs cover the majority of fashion magazines, nobody's perfect, and ectos do have health concerns. Your primary concern as an ectomorph is your frail stature consisting of small bones and joints that have a tendency to be injured easily during sporting activities.
You probably won't be the star of your football team or the next champion gladiator. Don't worry — your body type is naturally suited to perform wonderfully in endurance activities. Just remember: Balancing your activities is the key. Like mesomorphs, ectos have a tendency to stick with what they do best, and ectos excel at cardiovascular training. You find balance in your workouts when you do both aerobic and muscle training.
When you think "ectomorph," think of Tom Hanks and Courtney Cox.
A one-word description of the endomorph body type (or endo, for short) is curvy. The soft, flowing curves of an endo are similar to that of an hourglass in more ways than one. And wouldn't you know it; the sands of an hourglass tend to settle in its bottom half just like the fat in the body. Comparatively, if you're an endomorph, your body fat may have a tendency to settle into the lower regions of your body, predominantly the lower abdomen, hips, and thighs, rather than being distributed evenly throughout your body. Keep in mind, though, that most endomorphs don't have all the features of characteristic endomorph, but a blend of features from other body types as well.
An endomorph body typically has the capacity for high fat storage, and unfortunately puts fat on pretty easily. Although all body types are susceptible to excessive weight gain, as an endomorph, you are more inclined to become obese. The majority of your body weight is either centered in the middle of your body or in your hip and buttocks regions. A metaphor frequently used to describe an endomorph body type is pear-shaped. A pear resembles a body that has more weight in the lower region, like the hips and thighs, than the upper portion of the body. Structurally, as an endo, you have small to medium bones, limbs that are shorter in relation to your trunk, and musculature that is not well defined.
Now for the good news. From top to bottom, your soft swelling curves create full, rounded shoulders, limbs, and a full trunk. Voluptuous and sensual are the descriptions given to many endomorph females whose soft body contours and deep curves create an allure like that of Marilyn Monroe.
A male endomorph (known as an android) tends to have a different fat distribution pattern from a female endomorph (known as a gynoid). Female endos usually collect fat in their butts, legs, and hips, while most males collect fat in their abdomen (the "spare tire" or "love handle" look). Many research studies have shown that abdominal fat deposition is much more dangerous than fat in the leg and butt area. This is primarily due to the danger of heart disease and an increased risk of diabetes, stroke, some cancers, and high blood pressure.
The key to taking the bad with the good and finding happiness with your body type is by balancing all aspects of your life. Your first concern is your health, and your major health concern as an endo is maintaining a healthy body weight. Excessive amounts of body fat can place you in jeopardy of
cardiovascular disease. Remember that the risk of such disease is increased if the majority of the fat is carried in the center of your body surrounding your heart. This danger can easily be avoided by maintaining a healthy diet and exercising. The joints of your lower body may be another health concern. Because these joints are already highly susceptible to injury, high-impact sports or activities may be damaging to them, especially if you carry excess body weight.
When you think "endomorph," think of Robin Williams and Oprah Winfrey.