ANAK MUDA RAUB Facebook: Islamic Circles of Raub (iCoRe) / Icore Raub Buletin ini tiada hak cipta terpelihara. Anda dibenarkan untuk mencetak, menyalin dan menyiarkan mana-mana bahagian buletin ini dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa perlu mendapat kebenaran daripada pihak ICoRe. Semoga kita memperoleh manfaat bersama. InsyaAllah. Pada 25 Januari 2014 yang lalu, Islamic Circles of Raub (ICoRe) telah mengadakan Wacana Ilmu Siri 4 yang bertajuk "Rasulullah Idola Terunggul" bertempat di Surau Hajjah Halijah, Taman Amalina Lestari, Raub. Program wacana ilmu ini merupakan salah satu platform bagi ahli-ahli ICoRe khusus- nya yang sudah melanjutkan pengajian ke menara gading untuk berkongsi ilmu, pandangan dan pengalaman berdasarkan latar belakang bidang pengajian masing-masing. Di samping itu, wacana ilmu ini juga bertujuan untuk menyuburkan budaya ilmu dalam kalangan anak muda di Raub. Antara barisan panel yang hadir untuk membincangkan tajuk ini adalah saudara Mohd Dhiyauddin Fadli, merupakan bekas pelajar USM yang kini bertugas sebagai pegawa farmasi, saudari Saidah Sakinah, pelajar jurusan Sejarah di UKM dan saudari Umi Atikah, pelajar jurusan Al-Quran dan As-Sunnah di USIM. Manakala moderator bagi wacana ilmu kali keempat ini adalah Muhamad Hazim, merupakan bekas pelajar SMK Mahmud, Raub. Video rakaman wacana ilmu ini boleh didapati di laman Youtube yang bertajuk: Wacana Ilmu Siri 4: “Rasulullah Idola Terunggul”. 1 Berita icore
16
Embed
ANAK MUDA RAUB - icoreraub.weebly.com · pandangan dan pengalaman mengenai tajuk “Membudayakan Islam di Tahun Baru”. Rakaman video fo-rum boleh didapati di laman Youtube: MEMBUDAYAKAN
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
ANAK MUDA RAUB
Facebook: Islamic Circles of Raub (iCoRe) / Icore Raub
Buletin ini tiada hak cipta terpelihara. Anda dibenarkan untuk mencetak, menyalin dan menyiarkan mana-mana
bahagian buletin ini dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa perlu mendapat kebenaran daripada pihak ICoRe.
Semoga kita memperoleh manfaat bersama. InsyaAllah.
Pada 25 Januari 2014 yang lalu, Islamic Circles of Raub (ICoRe) telah mengadakan
Wacana Ilmu Siri 4 yang bertajuk "Rasulullah Idola Terunggul" bertempat di Surau Hajjah Halijah, Taman
Amalina Lestari, Raub. Program wacana ilmu ini merupakan salah satu platform bagi ahli-ahli ICoRe khusus-
nya yang sudah melanjutkan pengajian ke menara gading untuk berkongsi ilmu, pandangan dan pengalaman
berdasarkan latar belakang bidang pengajian masing-masing. Di samping itu, wacana ilmu ini juga bertujuan
untuk menyuburkan budaya ilmu dalam kalangan anak muda di Raub.
Antara barisan panel yang hadir untuk membincangkan tajuk ini adalah saudara Mohd Dhiyauddin
Fadli, merupakan bekas pelajar USM yang kini bertugas sebagai pegawa farmasi, saudari Saidah Sakinah,
pelajar jurusan Sejarah di UKM dan saudari Umi Atikah, pelajar jurusan Al-Quran dan As-Sunnah di USIM.
Manakala moderator bagi wacana ilmu kali keempat ini adalah Muhamad Hazim, merupakan bekas pelajar
SMK Mahmud, Raub. Video rakaman wacana ilmu ini boleh didapati di laman Youtube yang bertajuk:
Wacana Ilmu Siri 4: “Rasulullah Idola Terunggul”.
1
Berita icore
Pada 28 Disember 2013 yang lepas, Islamic Circles of
Raub (ICoRe) julung-julung kalinya telah mengadakan
program perdana iaitu Karnival Mahabbah 2013. Pro-
gram yang diadakan dengan kerjasama pihak Masjid
Sultan Abu Bakar Raub tersebut bertujuan untuk me-
mupuk semangat persaudaraan dalam kalangan
masyarakat Raub di samping menerapkan budaya
ilmu serta menjadi sebuah program sambutan tahun
baru yang bermanfaat serta berlandaskan Islam. Den-
gan membawa tema “2014 Disambut, Mahabbah Di-
taut”, Karnival Mahabbah diisi dengan pelbagai
pengisian yang menarik antaranya terdapat pelbagai
gerai dan pameran dibuka, pertandingan berbentuk
ilmiah dan santai seperti Ikon Remaja, Pertandingan
Mewarna, Street Soccer serta kemuncaknya adalah
forum bersama panel istimewa iaitu Imam Muda
Asyraf dan Mat Luthfi pada waktu malam.
Alhamdulillah, karnival yang berlangsung seawal jam
10.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 malam ini men-
dapat sambutan yang agak memberansangkan dari
masyarakat Raub terutamanya generasi muda. Pada se-
belah pagi, telah diadakan pertandingan Ikon Remaja,
Spell It Right “Jawi”, Daie Kecil yang berakhir pada pukul
1.00 tengahari. Manakala, pertandingan Street Soccer
dan Rubik’s Cube pula diadakan sehingga petang ber-
mula dari pagi.
Pada sebelah petang pula iaitu selepas solat Zuhur,
diadakan pula Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak
lelaki dan perempuan serta slot istimewa Tanyalah Usta-
zah bersama Ustazah Nurhoneydayati Abdul Manap yang
merupakan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) dengan topik “Cinta Halal”.
Pada sebelah malam pula, sebagai acara kemuncak,
Karnival Mahabbah 2013 telah menampilkan dua orang
panel forum yang istimewa dan dekat di hati generasi muda masa kini iaitu Imam Muda Asyraf dan Mat
Luthfi. Gandingan dua sosok istimewa yang berlainan latar belakang bidang ilmu ini telah berkongsi ilmu,
pandangan dan pengalaman mengenai tajuk “Membudayakan Islam di Tahun Baru”. Rakaman video fo-
rum boleh didapati di laman Youtube: MEMBUDAYAKAN ISLAM DI TAHUN BARU bersama MAT LUTHFI dan
IMAM MUDA ASYRAF.
2
PSYCHOLOGÍA: SAPERE AUDE!
SOCIAL LOAFING
“Apa yang penting?” tanya Ming Ming si Itik. “Kerjasama!” jawab Tuck si Kura-Kura dan
Linny si Tupai. Maka, hal ini berlarutan sehingga berabad lamanya. “Kerjasama, adalah
polisi yang terbaik!”, kata sekumpulan haiwan yang gemar berceloteh itu. Bak kata
pepatah Inggeris, ‘Many hands make light work’. Ironinya, dalam kehidupan harian kita
sebenarnya kita belum pernah sedar sebenarnya kerjasama adalah salah satu alasan un-
tuk tidak bekerja: Teamwork means never having to take all the blames.
Pernahkah anda mendengar tentang ‘Social Loafing’? ‘Social Loafing’ adalah situasi
di mana sesuatu kerja itu dilakukan secara remeh atau bukan dalam prestasi sebenar dek
kerana seseorang itu sedar akan kehadiran orang lain untuk membantu.
Kajian Psikologi
Dalam satu kajian, penglihatan beberapa orang peserta kajian tersebut ditutup dengan
kain hitam dan diarahkan untuk menarik tali sekuat mungkin. Pada waktu yang sama,
mereka dimanipulasi untuk percaya bahawa terdapat orang lain yang menarik tali itu ber-
sama dengan mereka. Kajian ini mendapati peserta hanya menggunakan 82% daripada
tenaga mereka sewaktu mereka percaya yang mereka hanya menarik tali itu secara ber-
pasukan berbanding secara bersendirian [1].
Dua orang penyelidik, Norbert Kerr dan Steven Bruun membuat kesimpulan ba-
hawa apabila penilaian secara individu tidak dilakukan dalam sesuatu tugas, tanggung-
jawab mereka terbahagi secara berkumpulan [2]. Hal ini izhar menjelaskan kemerosotan
prestasi sesebuah pasukan sukan seperti pasukan bola, kayak atau pekerja berbanding
ketika penilaian individu dibuat. Dalam satu kajian lain, sekumpulan pekerja menunjuk-
kan 16% peningkatan prestasi apabila usaha mereka dinilai secara individ berbanding
dinilai secara berpasukan meskipun mereka sedar bahawa bayaran yang diperoleh tetap
sama [3]. Walau bagaimanapun, beberapa pakar Psikologi mendapati dalam kajian
mereka bahawa kejadian ‘Social Loafing’ akan berkurangan jika sesuatu tugas itu ditaf-
sirkan sebagai mencabar, menarik atau memerlukan lebih penglibatan [4].
3
BIODATA PENULIS
Wan Zulhelmi bin Wan Kamaruzaman merupakan anak keenam daripada tujuh adik-
beradik. Tumpahnya darah beliau di Sungai Petani, Kedah. Pernah mendapat pendidi-
kan di SK Mahmud (Raub), SMK Tengku Kudin (Raub) dan SBP Integrasi Kuantan. Be-
liau juga merupakan lulusan asasi TESL di Universiti Teknologi Mara Kuantan dan me-
rupakan seorang aktivis mahasiswa yang sedang menuntut di HELP University, Daman-
sara Height dalam bidang Psikologi. Facebook: Wan Zulhelmi
Hanya Sekadar Nombor?
Bagaimana pula dalam kes sebenar? Adakah wujud kes sebegini atau ‘Social Loafing’ han-
yalah mitos di dalam makmal penyelidikan sahaja? Terbukti, ia benar dan menyayat hati.
Kajian di London, United Kingdom mendapati seseorang yang meminta pertolongan di
jalanan lebih sukar untuk mendapatnya jika beliau berhadapan dengan sekumpulan
manusia berbanding dengan seorang manusia. Fenomena ini lebih dikenali dengan nama
‘Bystander Effect’ atau ‘Kesan Kehadiran Pemerhati’. Dalam kajian ini, mereka mengguna-
kan pelakon untuk berpura-pura sakit atau pengsan. Seorang pelakon, Peter yang ber-
pura-pura sakit dan meminta pertolongan diabaikan lebih 20 minit di tengah-tengah kota
London manakala Ruth yang ‘pengsan’ hanya mendapat perhatian selepas lebih kurang
50 orang lalu di hadapannya. Menariknya, pelakon yang sama, Peter yang berpakaian
korporat selepas itu (ala bos syarikat) mendapat pertolongan dalam hanya masa 4 saat
selepas berpura-pura pengsan [5].
Kalam
Akhir kata, janganlah anda mencuri tulang atau meremeh-remehkan sesuatu pekerjaan
yang merupakan tanggungjawab anda. Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesungguhnya Al-
lah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia me-
lakukannya dengan baik, sempurna lagi teliti” (Riwayat al-Baihaqi).
Bukankah sejak penciptaan Nabi Adam Alaihissalaam lagi kita telah diajar untuk bersyu-
kur?
Rujukan
[1] Latane, Williams, & Harkins (1979). Many hands make light the work: The causes and
consequences of social loafing.
[2] Kerr & Bruun (1983). Dispensability of member effort and group motivation losses:
Free-rider effects.
[3] Faulkner & Williams (1996). A study of social loafing in industry.
[4] Karau & Williams (1993). Social loafing: A meta-analytic review and theoretical inte-
gration.
[5] The Bystander Effect, from http://www.youtube.com/watch?v=OSsPfbup0ac
MUTIARA KATA:
“Kadang kita ini hidup seperti tidak berTuhan. Seperti tiada hari pembalasan. Kita
asyik buat apa sahaja kita suka, seakan syurga dan neraka itu tiada.” (Hilal Asyraf)