Amanat Pengurusan Risda Amanat Pengurusan RISDA 2007 DISAMPAIKAN OLEH Y.BHG. DATO’ MOHAMMAD IZAT HASAN KETUA PENGARAH RISDA Di Kuantan, Pahang Tarikh: 26 Disember 2006 Tema : Kembali Ke Asas “Back To Basic” 1. Syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan kurnianya, dapat saya menyampaikan Amanat Pengurusan RISDA 2007. Tahun 2007 ini merupakan tahun kedua bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua dalam memperkasakan pekebun kecil kearah kemiskinan sifar. RISDA perlu terus mantapkan strateginya, untuk memastikan matlamat dalam wawasan negara dicapai. Amanat ini hendaklah dijadikan asas dan panduan bagi semua golongan staf dalam melaksanakan gerak kerja pembangunan pekebun kecil dalam tahun 2007. 2. Strategi pembangunan 2007 telah digubal setelah mengambil kira saranan YAB Perdana Menteri semasa pembentangan bajet 2007, pandangan-pandangan YB Menteri KKLW semasa retreat penyediaan RMK-9 RISDA pada September 2006 di Port Dickson keputusan-keputusan Pihak Berkuasa dan maklumbalas dari pihak-pihak lain berkaitan langkah-langkah memantapkan taraf hidup pekebun kecil dalam sektor industri getah dan sawit khususnya maklumbalas dari pekebun kecil sendiri. RISDA bertanggungjawab terhadap pembangunan pekebun kecil sejajar dengan VISI RISDA untuk menjadi “Peneraju Kemajuan Pekebun Kecil” dan juga Misi RISDA untuk “Membentuk Masyarakat Pekebun Kecil Yang Progresif Dan Sejahtera Melalui Aktiviti Perladangan Dan Komersial” ke arah mencapai matlamat pendapatan pekebun kecil sekeluarga RM2,000 sebulan menjelang akhir 2010. 3. RISDA perlu kembali ke peranan asas yang ditetapkan oleh Kerajaan (back to basic). Kita akan memberi fokus kepada kumpulan sasar iaitu pekebun kecil atau “S Factor” dalam RISDA dan juga Industri getah itu sendiri. Dengan istilah lain, RISDA dan semua anak syarikat perlu menjadikan matlamat utama dalam semua aktiviti dan programnya demi menaikkan martabat dan taraf pekebun kecil dalam semua segi termasuk minda, sosial dan ekonomi khasnya.
33
Embed
AMANAT PENGURUSAN RISDA-2007 · Penglibatan pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi ... PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9 17. ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Amanat Pengurusan Risda
Amanat Pengurusan RISDA 2007
DISAMPAIKAN OLEH
Y.BHG. DATO’ MOHAMMAD IZAT HASAN
KETUA PENGARAH RISDA
Di Kuantan, Pahang
Tarikh: 26 Disember 2006
Tema : Kembali Ke Asas “Back To Basic”
1. Syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan kurnianya, dapat saya
menyampaikan Amanat Pengurusan RISDA 2007. Tahun 2007 ini merupakan tahun kedua bagi
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan fasa kedua dalam memperkasakan pekebun
kecil kearah kemiskinan sifar. RISDA perlu terus mantapkan strateginya, untuk memastikan
matlamat dalam wawasan negara dicapai. Amanat ini hendaklah dijadikan asas dan panduan
bagi semua golongan staf dalam melaksanakan gerak kerja pembangunan pekebun kecil dalam
tahun 2007.
2. Strategi pembangunan 2007 telah digubal setelah mengambil kira saranan YAB Perdana
Menteri semasa pembentangan bajet 2007, pandangan-pandangan YB Menteri KKLW semasa
retreat penyediaan RMK-9 RISDA pada September 2006 di Port Dickson keputusan-keputusan
Pihak Berkuasa dan maklumbalas dari pihak-pihak lain berkaitan langkah-langkah
memantapkan taraf hidup pekebun kecil dalam sektor industri getah dan sawit khususnya
maklumbalas dari pekebun kecil sendiri. RISDA bertanggungjawab terhadap pembangunan
pekebun kecil sejajar dengan VISI RISDA untuk menjadi “Peneraju Kemajuan Pekebun Kecil”
dan juga Misi RISDA untuk “Membentuk Masyarakat Pekebun Kecil Yang Progresif Dan
Sejahtera Melalui Aktiviti Perladangan Dan Komersial” ke arah mencapai matlamat pendapatan
pekebun kecil sekeluarga RM2,000 sebulan menjelang akhir 2010.
3. RISDA perlu kembali ke peranan asas yang ditetapkan oleh Kerajaan (back to basic). Kita
akan memberi fokus kepada kumpulan sasar iaitu pekebun kecil atau “S Factor” dalam RISDA
dan juga Industri getah itu sendiri. Dengan istilah lain, RISDA dan semua anak syarikat perlu
menjadikan matlamat utama dalam semua aktiviti dan programnya demi menaikkan martabat
dan taraf pekebun kecil dalam semua segi termasuk minda, sosial dan ekonomi khasnya.
4. Saya juga berharap amanat ini akan dijadikan asas untuk penyediaan pelan tindakan oleh
semua PTJ dan diterjemahkan dalam bentuk yang lebih jelas dan praktikal dalam SKT setiap
pegawai dan kakitangan RISDA bagi tahun 2007.
OVERVIEW SEKTOR PERTANIAN DAN KOMODITI GETAH DAN SAWIT DALAM 2006
5. Malaysia telah dapat mengekalkan kemajuan pesat dalam pembangunan ekonomi dan
peningkatan kualiti hidup rakyatnya, meskipun dalam keadaan persekitaran luar yang sukar dan
tidak menentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pengurusan ekonomi pada tahun 2006
kekal mencabar dalam persekitaran harga minyak mentah yang berterusan tinggi, kenaikan
kadar faedah global, peningkatan persaingan dari Negara China, India dan lain-lain pengeluar
kos rendah serta tekanan untuk membuka domestik pasaran bebas di bawah perjanjian AFTA
dan WTO.
6. Sungguhpun begitu, dengan adanya dasar makroekonomi yang pragmatik, beserta asas
ekonomi yang kukuh, termasuk pelaburan swasta yang menggalakkan, pengangguran yang
rendah serta perbelanjaan pengguna yang kekal mampan, Keluaran Dalam Negeri Kasar
(KDNK) bagi tahun 2006 telah berkembang pada kadar 5.8% berbanding tahun 2005 iaitu
sebanyak 5.2%.
7. Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK walaupun menurun daripada 8.9% pada tahun
2000 kepada 8.2% pada tahun 2005, telah menunjukkan peningkatan jumlah nilai tambah
(value added) sebanyak 15.5% iaitu daripada RM18.7 billion dalam tahun 2002 kepada RM21.6
billion pada tahun 2005. Perolehan eksport pertanian juga meningkat dari RM33.2 billion pada
tahun 2005 kepada RM38.6 billion pada tahun 2006. Kenaikan harga komoditi yang baik
merupakan satu faktor yang menyumbang ke arah peningkatan nilai eksport ini. Peningkatan ini
menunjukkan bahawa sektor pertanian masih berdaya saing dan mampu menjadi salah satu
teras kepada pendapatan negara. Cuma, penggantungan kepada import makanan masih lagi di
tahap yang tinggi bagi memenuhi permintaan dalam negara.
8. Pengeluaran getah setakat Oktober 2006 adalah sebanyak 1.075 juta mt iaitu meningkat
sebanyak 5.2% berbanding tempoh yang sama tahun 2005 disebabkan oleh kenaikan harga
serta pertambahan keluasan kawasan yang ditoreh dan pengurangan kebun getah terbiar. Nilai
eksport bagi tempoh tersebut ialah sebanyak RM6.9 billion.
9. Pada masa yang sama, pengeluaran sawit adalah sebanyak 13.184 juta mt, iaitu meningkat
sebanyak 8.2% berbanding tahun 2005. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan Kadar
Perahan Minyak (OER), pembangunan ladang-ladang baru dan peningkatan pengeluaran BTS
Ladang. Nilai eksport bagi tempoh yang sama ialah sebanyak RM17.8 billion.
10. Sektor Pertanian Dan Industri Getah/Sawit sepanjang tahun 2006 terus berhadapan dengan
beberapa isu utama iaitu menghadapi cabaran persaingan dari pengeluar kos rendah yang
menimbulkan kesukaran untuk mengeksport keluaran pertanian selain getah dan sawit.
Pengeluar kita juga menghadapi diskriminasi dalam bentuk tariff dan non-tariff. Di samping itu,
sektor pertanian termasuk getah/sawit juga masih bergantung kepada pekerja-pekerja asing
kerana penduduk tempatan tidak menunjukkan minat untuk bekerja di sektor pertanian. Dari
segi pemasaran juga sistem pemasaran produk pertanian masih lemah kecuali bagi komoditi
getah dan sawit. Hasil pertanian negara kita hanya tertumpu kepada pasaran tempatan.
11. Dari segi budaya bertani, masyarakat petani luar bandar masih melihat sektor pertanian
sebagai satu aktiviti subsistence dan bukan sebagai satu aktiviti keusahawanan.
12. Sepanjang 2006 Industri Getah dan Sawit juga berdepan dengan isu turun naik harga getah
yang mendadak. Harga purata bulanan SMR 20 Januari hingga November 2006 ialah antara
584.84 sen/kg hingga 852.09 sen/kg. Harga purata 2006 ialah 721.27 sen/kg. Harga tertinggi
SMR20 ialah 894.50 sen/kg pada 4 Julai 2006 dan terendah ialah 531.50 sen/kg pada 27
November 2006. Iaitu penurunan lebih kurang 35% dari paras yang tertinggi dalam tempoh 5
bulan. Sejak 2-3 minggu kebelakangan ini harga getah telah beransur meningkat ke
RM581.00/kg. Minat yang tinggi oleh Pekebun Kecil di luar bandar terhadap getah boleh terjejas
jika harga getah turun ke tahap yang lebih rendah.
13. Selain itu industri getah sektor pekebun kecil juga mengalami isu produktiviti yang rendah.
Purata produktiviti pekebun kecil tahun 2006 iaitu 1,320 kg/hektar/tahun masih rendah
berbanding dengan sektor estet iaitu 1,450 kg/hektar/tahun. Malahan, purata ini jauh lebih
rendah daripada matlamat RISDA 1,800 kg/hektar/tahun.
14. Isu produktiviti yang rendah ini juga membawa kesan kepada pendapatan-pendapatan
pekebun kecil yang tertakluk kepada faktor harga getah di pasaran dunia, jumlah pokok
sehektar, jumlah keluasan kebun, bilangan hari menoreh dan hasil setiap pokok yang ditoreh
(GTT). Pada masa ini purata jumlah pokok ialah 353 sehektar dan purata bilangan hari
menoreh 11 hari sebulan. Ini menghasilkan pengeluaran sebanyak 1,300 kg/hektar/tahun.
Berdasarkan 3 tahap harga iaitu 550.00 sen/kg, 650.00 sen/kg dan 750.00 sen/kg pekebun kecil
yang mempunyai purata keluasan tanah 2.5 hektar dijangka memperolehi pendapatan
sebanyak RM1,200.00, RM1,478.00 dan RM1,705.00 sebulan.
15. Industri Getah juga berhadapan dengan isu pengurangan keluasan pengeluaran. Keluasan
kawasan getah yang berhasil semakin berkurangan. Setakat Oktober 2006, terdapat seluas
1.282 juta hektar tanah getah. Daripada keluasan ini, seluas 123,163 hektar sedang ditanam
semula. Ini bermakna keluasan getah yang berhasil pada tahun 2006 ialah sebanyak 1.159 juta
hektar. Pada masa yang sama seluas 502,074 hektar merupakan kawasan getah yang berumur
melebihi 25 tahun dan perlu ditanam semula. Berdasarkan peruntukan yang ada, kawasan
getah tua akan ditanam semula pada kadar 40,000 hektar setahun. Dengan kadar tanam
semula ini, bermakna 160,000 hektar saja yang dapat ditanam semula dalam tempoh 2007 –
2010 dan 342,074 akan menjangkau umur lebih 30 tahun sebelum dapat ditanam semula
selepas 2010.
16. Kerajaan juga telah menyarankan untuk menjadikan Industri Getah sebagai penyumbang
bekalan kayu negara. Perdana Menteri dalam ucapan semasa melancarkan Ladang Getah
Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) di Bengkoka pada 9 Jun 2006 telah menyatakan
bahawa tanaman getah berpotensi untuk menjadi tanaman ‘harapan’ berikutan permintaan
dunia terhadap produk kayu getah yang tinggi ”. Kini kayu getah mempunyai nilai yang tinggi
dan mendapat permintaan yang baik daripada peniaga perabot luar negara. Penglibatan
pekebun kecil dalam menanam klon getah balak perlu dipertingkatkan untuk memenuhi
permintaan kayu dalam negara yang begitu tinggi hingga tidak dapat di penuhi. Memandangkan
minat sektor estet ke atas getah telah berkurangan tanggungjawab memenuhi kehendak negara
untuk mengekalkan getah sebagai “strategic crop” terbeban kepada pekebun kecil.
PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DALAM RMK 9
17. Dalam tempoh RMK-9, sektor pertanian terus diberi penekanan supaya tampil sebagai
tunggak ketiga pertumbuhan ekonomi. Program Pertanian Baru akan dilaksanakan termasuk
mengorientasi semula sektor tersebut ke arah pengeluaran lebih moden dan berskala
komersial, penggunaan teknologi moden yang lebih meluas, pengeluaran yang berkualiti dan
mempunyai nilai tambah yang tinggi, memanfaatkan sepenuhnya potensi bioteknologi,
penggabungan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan juga penglibatan
usahawan tani dan tenaga kerja yang mahir.
18. Sumbangan sektor pertanian dalam KDNK (GDP) pada tahun 2005 sebanyak RM21.5
billion dijangka akan tumbuh dalam RMK-9 pada kadar sebanyak 5.0% setahun, menjadikan
sumbangan sektor ini kepada KDNK pada tahun 2010 sebanyak RM27.5 billion bersamaan 7.8
%.
19. Pengeluaran komoditi pertanian dijangka terus mencatat pertumbuhan positif. Peningkatan
pengeluaran adalah berikutan harga yang tinggi dan peluasan pasaran serta kesan positif
pelaksanaan program dan projek secara berkesan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti
output.
20. Pengeluaran getah sebanyak 11.26 juta mt dalam tahun 2005 dijangka meningkat pada
kadar 1.8% setahun kepada 1,188 juta mt dalam tahun 2008. Peningkatan ini ialah hasil
kenaikan permintaan khususnya dari Negara Cina. Pengeluaran yang lebih tinggi juga berikutan
peningkatan aktiviti penorehan dan penggunaan kaedah rangsangan yang meluas dikalangan
pekebun kecil. Negara pengeluar utama yang lain iaitu Thailand dan Indonesia masing-masing
akan menambah pengeluaran pada kadar 4.7% dan 5.1%.
21. Walaupun tedapat peningkatan pengeluaran, namun ia tidak dapat memenuhi permintaan.
”Gap” antara pengeluaran dan permintaan mula berlaku dalam tahun 2005 dan dijangka akan
terus meluas sehingga 2008.
22. Berdasarkan unjuran IRSG (International Rubber Study Group) harga getah akan terus naik
hingga ke paras USD 2.5 (RM 9.00) menjelang tahun 2010. Harga jualan di peringkat kebun
juga dijangka turut meningkat kepada RM4.00 bagi DRC 50% jika harga komoditi di pasaran
dunia naik seperti diramalkan.
23. Pengeluaran minyak sawit mentah (CPO) dijangka meningkat pada kadar purata 6.7%
setahun berikutan pembangunan kawasan baru, peningkatan hasil peningkatan kadar perahan
minyak (OER), pertambahan keluasan kawasan matang serta harga minyak sawit yang lebih
tinggi. Industri minyak sawit dijangka akan mendapat manfaat daripada kekurangan bekalan
minyak dan lelemak sayuran di pasaran dunia yang menyebabkan harga minyak sawit
mencapai paras yang tinggi dalam tempoh RMK-9.
24. Harga CPO dijangka mencecah RM1,900/mt manakala harga BTS meningkat pada harga
RM 332.10/mt dalam 2007.
CABARAN SEKTOR PERTANIAN DAN INDUSTRI GETAH DAN SAWIT DALAM RMK 9
25. Turun naik harga akan terus menjadi cabaran utama sektor pertanian. Harga hasil komoditi
pertanian sukar dikawal kerana ia bergantung dengan permintaan dan penawaran di pasaran
dunia. Bagi hasil pertanian makanan dan buah-buahan saingan dari negara-negara lain seperti
Thailand boleh menyebabkan lambakan.
26. Sektor pertanian yang dijangka berkembang sebanyak 5% akan mengakibatkan
pertambahan permintaan ke atas gunatenaga. Namun demikian, masih berlaku kurang minat di
kalangan penduduk tempatan untuk menceburi bidang ini. Keadaan ini akan menggalakkan
pengunaan buruh asing. Oleh itu, penyatuan kebun-kebun, penggunaan teknologi dan langkah-
langkah menggalakan generasi kedua dijangka dapat mengatasi cabaran ini.
27. Persaingan dengan produk dari negara-negara pengeluar kos rendah akan terus berlaku.
Produk-produk pertanian tempatan perlu ada nilai tambah agar lebih menarik, murah serta
mudah dijual di peringkat dalam dan luar negara. Ke arah itu, perlu ada usaha berterusan untuk
inovasi dan R&D bagi meningkatkan Unique Selling Point (USP) dan dayajual setiap produk.
28. Operasi sesuatu aktiviti pertanian perlu sesuai dan selaras dengan competitive edge iaitu
dari segi kos, saiz, kualiti, produktiviti, pasaran, dan seterusnya boleh bertanding di peringkat
antarabangsa. Pembudayaan ekonomi bidangan merupakan satu cabaran besar dalam Industri
getah dan sawit.
PRESTASI RISDA 2006
29. Dari segi prestasi kewangan RISDA tidak dapat membelanjakan sepenuhnya peruntukan
pembangunan yang disediakan iaitu RM411.68 juta yang merangkumi sumber Bantuan
Langsung Kerajaan sebanyak RM193.00 juta dan sumber Kumpulan Wang RISDA sebanyak
RM218.68 juta.
Hanya sejumlah RM224.10 juta (54.44%) telah dibelanjakan setakat 30 November 2006. Jika
mengambil kira peruntukan Bantuan Langsung Kerajaan sahaja sebanyak RM164.18 juta atau
85.07% telah dibelanjakan. Manakala, hanya sebanyak RM59.93 juta (27.40%) sahaja dari
peruntukan sumber Kumpulan Wang RISDA saja telah dibelanjakan. Kelemahan dalam
perbelanjaan wang ses tahunan 2006 perlu diperbaiki dalam tahun 2006 perlu diperbaiki dalam
tahun 2007.
30. RISDA juga telah menerima peruntukan Wang Amanah KKLW sebanyak RM39.25 juta
tahun 2006. Dari jumlah tersebut sebanyak RM11.27 juta (28.71%) telah dibelanjakan untuk
melaksanakan program pembangunan setakat 30 November 2006.
31. Dari segi prestasi fizikal pula, RISDA telah mencapai tahap yang memberangsangkan
dimana hampir kesemua program mencapai 100%. Saya ucapkan syabas atas dedikasi dan
komitment yang ditunjukan.
32. Dari segi prestasi anak syarikat pula, dari 9 anak syarikat, enam (6) beroleh keuntungan,
sementara tiga (3) syarikat mengalami kerugian. Setakat November 2006, jumlah keseluruhan
perolehan Anak Syarikat RISDA meningkat dari RM436.22 juta dalam tahun 2005 kepada
RM500.32 juta dalam tempoh yang sama tahun 2006. Keuntungan pula menurun dari RM20.38
juta kepada RM18.80 juta.
Keuntungan sebelum cukai anak syarikat RISDA setakat November 2006 adalah seperti
berikut:
Keuntungan Sebelum Cukai Anak Syarikat RISDA 2006
ANAK SYARIKAT KEUNTUNGAN(RM JUTA)
ESPEK 2.42
PRB 3.87
RSPSB 11.22
SHDC (0.88)
RSSB 2.09
PROTAC (0.02)
KOLEJ RISDA 0.50
WCSB (0.62)
RISDA FLEET 0.22
JUMLAH 18.80
33. Bagi ladang-ladang RISDA, pencapaian keuntungan operasi 27 buah ladang RISDA setakat
30 November 2006 sebanyak RM37.524 juta adalah 18.4% lebih tinggi daripada RM31.682 juta
yang dicapai pada tahun 2005. Peningkatan ini adalah berikutan pertambahan hasil BTS
sebanyak 12.8% dan kenaikan harga jualan BTS sebanyak 5.2%. Pencapaian hasil sebanyak
14.91 mt/hektar setakat November 2006 adalah rendah walaupun meningkat 1.15 mt lebih dari
tahun 2005. Kos pengeluaran setakat 30 November 2006 sebanyak RM2,701.20 sehektar juga
adalah terlalu tinggi dan 8.1% lebih tinggi dari 2005. Ini disebabkan oleh peningkatan kos
penyenggaraan, penuaian, pengutipan, dan perbelanjaan am.
34. Mengenai prestasi kilang-kilang pula setakat November 2006, kilang-kilang RISDA telah
mengalami kerugian sebelum cukai sebanyak RM2.411 juta berbanding keuntungan RM0.941
juta bagi tempoh yang sama tahun 2005. Kerugian ini bermula dari awal tahun 2006 dengan
kemuncak RM3.966 juta pada bulan Julai 2006. Kerugian dapat dikurangkan dengan tindakan-
tindakan menyelaras operasi ladang dan kilang serta operasi belian BTS luar. RISDA juga telah
mengambil langkah-langkah menyewakan Kilang Sungai Ambat kepada pengusaha luar.
35. RISDA juga memantau perjalanan 60 koperasi KPK yang ada. Sepanjang tahun 2006, KPK
telah menerima kontrak lebih daripada RM60 juta daripada anak syarikat RISDA. Sebanyak 24
KPK telah memperolehi keuntungan melebihi RM100,000. Pencapaian ini masih lemah dan
perlu dipertingkatkan.
36. Keanggotaan KPK menurun sebanyak 0.17% berbanding tahun 2006, kesan daripada
operasi pemutihan ke atas anggota yang tidak dapat dikesan, tidak memenuhkan saham
selepas tempoh yang diberikan dan sebagainya. Berbanding bilangan pekebun kecil seluruh
negara seramai 316,885 orang (pengkalan data pekebun kecil) hanya 191,549 orang (60.45%)
sahaja yang menjadi anggota KPK. Dari jumlah tersebut, hanya 60% anggota KPK yang
memiliki saham penuh berbanding 80% matlamat asal yang telah ditetapkan.
37. Jumlah pendapatan KPK menunjukkan peningkatan sebanyak 30% berbanding tahun 2005,
tetapi keuntungan hanya meningkat sebanyak 0.6% sahaja kesan daripada purata margin
keuntungan yang sangat kecil (3.61%) yang diperolehi oleh KPK. Ini disebabkan sikap setengah
KPK lebih suka mengambil jalan mudah dengan memberi kepada pihak ketiga dalam projek–
projek yang di perolehi.
38. Sebagai bukti kejayaan RISDA sepanjang 2006, RISDA telah menerima beberapa anugerah
antaranya ialah:-
• Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2006 yang dimenangi oleh Kg.
Kundang, Selangor, iatu sebagai Kg. GDW yang dijaga oleh RISDA.
• Anugerah Kesatuan Sekerja Contoh Sektor Awam Tahun 2006 Yang dimenangi oleh
Kesatuan Pekerja-pekerja RISDA Semenanjung (KPPR).
• Anugerah Koperasi Terbaik Peringkat Kebangsaan 2006 yang dimenangi oleh KPK
Muar, Johor.
• Anugerah Ladang Berkelompok Terbaik – MPOB 2006, dimenangi oleh TSK Simpai 1,
Pahang.
• Sijil Bersih Ketua Audit Negara Untuk Penyata Kewangan 2005.
• Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Kelantan 2005 dari Kg. GDW. Kg. Laklok,
Machang yang dijaga oleh RISDA.
STRATEGI PELAKSANAAN 2007
39. Back to basic
RISDA kini menjangkau usia 33 tahun dan telah berkembang, baik dari segi saiz mahupun
aktiviti. Banyak aktiviti baru yang telah diamanahkan kepada RISDA dan kepelbagaian aktiviti
ini serba sedikit mengalihkan fokus RISDA dalam membangunkan masyarakat pekebun kecil
dan kebun-kebun mereka. Dengan cadangan untuk pengkoperatan pada pertengahan tahun
1990an, juga mengubah kaedah RISDA melaksanakan tugasnya dengan memindahkan
beberapa peranan dan tanggungjawab kepada Anak Syarikat. Saya rasa sudah sampai
masanya RISDA kembali kepada peranan asalnya selaras dengan pendekatan “Back to Basic”.
40. “Back to Basic” meliputi 4 fokus utama iaitu:
• The Basic Target Group
• The Basic Crop
• The Basic Function
• The Basic Delivery System
41. Basic Target Group
Apabila Pengerusi RISDA menyarankan “RISDA has to come back to its original role”,
bermaksud kita perlu melihat kepada asal atau asas kenapa RISDA ditubuhkan. Huruf “s”
smallholders / dalam perkataan RISDA bermaksud RISDA berperanan meningkatkan
keupayaan mereka dari segi minda, sikap, nilai, kemahiran dan ekonomi, iaitu pembangunan
secara holistik. Setiap pekebun kecil perlu didampingi pegawai lapangan sekerap mungkin
untuk diperkasakan. Dengan itu, pekebun kecil tidak lagi hanya dianggap sebagai penerima
tetapi juga sebagai participant dalam program-program RISDA. Pada akhirnya PK akan mampu
berdikari dan menguruskan diri mereka sendiri dengan bantuan minima dari Kerajaan.
42. Basic Crop
Dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Kali Ke189 pada 28 November 2006, Pengerusi
RISDA menegaskan, “Fokus kita kepada getah dan kita ingin melihat RISDA berdiri sebagai
pakar dalam bidang getah. RISDA boleh menjadi sebuah institusi yang besar dan unggul dalam
penanaman getah”. RISDA tidak dapat lari dari tanggungjawab memastikan kejayaan Industri
getah negara kerana 95% keseluruhan getah bergantung kepada pengeluaran pekebun kecil.
Andainya Industri getah gagal, RISDA akan di persalahkan. Kita akan pastikan setiap anggota
RISDA diberi pengetahuan secukupnya dalam bidang Industri getah. Kursus secara
komprehensif dan intensif berkaitan getah akan diwajibkan bagi setiap staf RISDA. Hanya
dengan ilmu yang mantap, pegawai RISDA akan mampu menasihati pekebun kecil, dan pada
masa yang sama, RISDA juga bertanggungjawab mewujudkan sistem pengutipan dan
penyimpanan data berkaitan industri getah dalam sektor pekebun kecil.
43. Basic Function
Saya berpendapat RISDA mempunyai 3 fungsi utama. Pertama ialah membangunkan tanah
melalui program Tanam Semula. Ini bertujuan untuk memastikan keluasan tanah getah dapat di
pertahankan pada kadar 800,000 hektar pada bila-bila masa. Kedua memastikan kebun-kebun
matang diusahakan untuk mengeluarkan getah. Ini penting untuk mengelakkan pembaziran
hasil, meningkatkan pendapatan PK dan memastikan pengeluaran mantap pada kadar 1.1 juta
mt setahun. Dan ketiga, memastikan getah yang dikeluarkan oleh Pekebun Kecil dapat
dipasarkan dan mendapat harga yang terbaik. Untuk memastikan fungsi-fungsi dapat
dilaksanakan RISDA perlu menyediakan khidmat pengembangan yang cekap dan berkesan.
44. Basic Delivery System
Sistem penyampaian RISDA perlu dimantapkan dengan meningkatkan keupayaan asas RISDA
dalam perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian secara berkesan supaya setiap
projek itu menepati masa, kualiti dan kuantiti yang ditetapkan. Antara tugas yang akan diberi
penekanan ialah proses meluluskan permohonan, penyampaian bekalan input pertanian,
penyampaian perkhidmatan pengembangan dan pemindahan teknologi diperingkat pra matang
dan peringkat pengeluaran hasil, pemindahan teknologi dan pembangunan modal insan dan
pemasaran.
45. Dalam sistem penyampaian ini, RISDA melalui PRN, PRD dan Stesen akan kembali
menjadi peneraju utama serta pemimpin dan pihak-pihak lain seperti Anak Syarikat, KPK dan
syarikat swasta sebagai pembantu kepada RISDA. Aktiviti Pengembangan akan menjadi
penentu utama dalam memastikan kejayaan RISDA melaksanakan tanggungjawab dan
mencapai matlamatnya. RISDA tidak boleh melepaskan tanggungjawab semata-mata kepada
Anak Syarikat. Kejayaan RISDA bergantung kepada kejayaan aktiviti khidmat
pengembangannya. Setiap Pegawai RISDA harus mampu bertindak sebagai pegawai
pengembangan.
STRATEGI PEMBANGUNAN TANAMAN GETAH 2007
46. Strategi pembangunan tanaman getah harus memiliki 3 ciri utama iaitu menanam semula
kawasan getah tua, memastikan pengeluaran maksima getah matang dan memasarkan hasil
getah pada harga farm-gate yang terbaik.
47. Dari segi penanaman semula, untuk memastikan pengeluaran getah dapat menampung
keperluan industri getah negara iaitu 1.1 juta mt, sekurang-kurangnya seluas 800,000 hektar
kawasan getah matang perlu dikekalkan menjelang tahun 2010. Untuk mencapai matlamat ini
seluas 100,000 hektar kebun getah tua perlu ditanam semula dalam RMK-9 dengan jumlah
peruntukan sebanyak RM 230 juta.
48. Selain daripada itu, kerajaan juga menyediakan kemudahan untuk pekebun kecil menanam
semula kebun getah tua dengan tanam lain seperti kelapa sawit dan buah-buahan. Seluas
100,000 hektar akan ditanam dalam RMK-9 dengan peruntukan sebanyak RM 249 juta.
49. Bagi tahun 2007, luas kawasan yang akan ditanam semula dengan getah ialah seluas
20,000 hektar dengan peruntukan sebanyak RM70.0 juta dan dengan tanaman lain seluas
20,000 hektar dengan peruntukan sebanyak RM28.3 juta. Peruntukan ini diagihkan kepada
negeri dan daerah mengikut luas kawasan getah tua yang perlu ditanam semula.
50. Pembangunan Kebun Tanam Semula Secara Berkumpulan
Mulai tahun 2007, RISDA menetapkan supaya aktiviti tanam semula memberi tumpuan kepada
berkumpulan. Pengurusan kebun secara berkumpulan memberi banyak faedah. Selain
mewujudkan ekonomi bidangan melalui penyatuan kebun-kebun kecil, ia memudahkan proses
pemindahan dan penggunaan teknologi. Ia juga mampu meningkatkan kecekapan pemasaran
melalui penjualan secara berkelompok. Untuk itu, pengurusan secara berkumpulan akan
dilaksanakan secara agresif disemua peringkat sama ada peringkat pembangunan, peringkat
pengeluaran hasil ataupun peringkat getah tua (pra–tanam semula). Bagi tanaman semula
getah, seluas 6,000 dari 20,000 hektar hendaklah dalam bentuk berkumpulan. Dalam tahun
2007 jumlah keluasan yang patut diuruskan secara berkumpulan hendaklah mencapai 254,000
hektar dengan pecahan berikut:-
i. Memulihkan dan memantapkan 70% dari 2183 TSB/TSK sedia ada tetapi kurang aktif
yang meliputi 124,642 hektar
ii. Penubuhan kumpulan-kumpulan baru bagi kawasan-kawasan yang sedang berhasil
meliputi 100,000 hektar.
iii. Penubuhan kumpulan bagi 6,000 hektar keluasan Tanam Semula Baru
iv. Menggiatkan kumpulan bagi kawasan TSK/TSB bawah RSPSB seluas 60,000 hektar.
51. Pemantapan Pengurusan TSB/TSK sedia ada
Penglibatan Pekebun Kecil adalah faktor penting dalam menentukan kejayaan mana-mana
TSB/TSK/ME. Jawatankuasa TSB yang sedia ada hendaklah diaktifkan dan digerakkan supaya
dapat berperanan secara bersama dengan RISDA dalam memajukan dan menyelesaikan
masalah pengurusan projek. Bagi TSK yang masih belum mempunyai AJK, tindakan hendaklah
diambil untuk menubuhkan AJK supaya peserta dapat dilibatkan secara langsung dalam
perlaksanaan dan pemantauan pembangunan projek. Selain daripada itu, mesyuarat
Jawatankuasa dan mesyuarat agong TSB/TSK hendaklah diadakan mengikut kekerapan dan
jadual yang ditetapkan.
52. Pengawasan dan pemantauan yang rapi oleh Pegawai-Pegawai RISDA diperingkat
perlaksanaan adalah penting untuk menjamin kejayaan projek TSB/TSK. Tindakan berikut
hendaklah diambil oleh setiap PRD/Ketua Stesen
• Mewujudkan sub-unit TSB/TSK dibawah Unit Tanam Semula.
• Pembantu Pertanian diberi tanggungjawab untuk membimbing Jawatankuasa setiap
projek TSB peringkat pembangunan, penghasilan dan getah tua. Setiap PPR hendaklah
memantau 2 TSB peringkat tanam semula dan 2 TSB peringkat matang.
• Menjadikan agenda tetap pemantauan kemajuan TSB dalam Mesyuarat Bulanan 2P
stesyen dan daerah.
• Memilih peserta-peserta yang patut diberi latihan di IKPK.
53. Pemulihan Kebun TSK Dan TSB Yang Gagal
Rancangan Khas Pemulihan Kebun (RKPK) diwujudkan khusus untuk memulihkan kebun-
kebun dalam projek TSK dan TSB yang gagal disebabkan faktor-faktor di luar kawalan seperti
cuaca dan serangan binatang liar. Kebun-kebun yang gagal akan dipulihkan berdasarkan farm
budget tanpa mengira samada kebun-kebun tersebut masih lagi menerima bantuan atau telah
terkeluar daripada rancangan tanam semula. Ini adalah untuk memastikan semua kebun milik
pekebun kecil yang dibangunkan dibawah projek TSK dan TSB berjaya ditanam semula hingga
mengeluarkan hasil.
54. Terdapat 186 buah TSK dengan keluasan 3,969 hektar dan 30 buah TSB dengan keluasan
1,076 hektar telah dikenalpasti ntuk dipulih dalam tahun 2007 dengan peruntukan sebanyak
RM18 juta. Untuk memastikan pemulihan kebun-kebun ini dilaksanakan dengan licin dan
berkesan, PRN/PRD/PRS hendaklah mengikut jadual seperti berikut:-
• Permohonan bantuan RKPK - Sebelum 31 Januari 2007
• Kelulusan bantuan RKPK - Sebelum 31 Mac 2007
• Bayaran dilakukan - Sebelum 31 Oktober 2007
55. Insentif Untuk Menggalakkan Tanam Semula Berkumpulan
Untuk menggalakkan penanaman semula secara berkumpulan beberapa insentif akan diberi. Di
peringkat pembangunan, pengurusan-pengurusan sedia ada hendaklah memberi keutamaan
kepada projek-projek berkumpulan seperti program kemudahan Prasarana Asas, kemudahan
Program AET dan kemudahan Dewan RPK atau Pusat PPPK jika bersesuaian. Selain itu,
program-program baru seperti Bantuan Tanah Kosong dan Bantuan Pemulihan Khas hendaklah
memberi keutamaan kepada projek-projek berkumpulan.
56. Di peringkat penghasilan pula keutamaan kepada program-program seperti PPG termasuk
depo pengumpulan, Prasarana untuk tujuan pengeluaran hasil, PPPH, Kemudahan jualan
berkelompok, Pakej AET dan bantuan untuk menjadi Super dealer.
57. Di peringkat Kebun Tua (Senile Rubber) pula program-program berikut hendaklah diberi
keutamaan iaitu PPG termasuk depo pengumpulan, bantuan premium tanah, kemudahan jualan
berkelompok, pakej AET berkelompok dan bantuan untuk menjadi usahawan dalam pemasaran
atau kontraktor pembangunan.
58. Strategi Meningkatkan Produktiviti Dan Pengeluaran Kebun
Matlamat produktiviti yang perlu dicapai oleh pekebun kecil getah adalah 1,800 kg/hektar/tahun.
Terdapat perbezaan sebanyak 500 kg/hektar/tahun, jika dibandingkan dengan produktiviti
semasa iaitu 1,300 kg/hektar/tahun. Jumlah hasil pengeluaran yang rendah iaitu
1300kg/hek/tahun ialah kerana bilangan pokok yang rendah (353 pokok) dan jumlah hari
menoreh rendah (11 hari sebulan) dan hasil setiap pokok yang rendah. Strategi yang perlu
ditekankan ialah pengamalan teknologi yang boleh meningkatkan bilangan hari menoreh
kepada 15 hari sebulan, penggunaan alat rangsangan (gas/tidak bergas), pengamalan teknik
penorehan yang betul dan juga penyenggaraan kebun terutama sekali pembajaan mengikut
pengesyoran dan jadual. Satu kempen ”Impian 500” akan dilancarkan untuk mempastikan
setiap hektar mempunyai 500 pokok yang berhasil. Penggunaan benih klon LTC yang berhasil
tinggi pada peringkat 2 tingkat daun digalakkan. Nisbah penanaman klon kumpulan 1 kepada
klon kumpulan 2 dikekalkan pada kadar 60:40. Bagi pekebun kecil yang mempunyai kebun
yang luas atau mempunyai kerja sampingan lain, atau mengalami kekurangan tenaga penoreh
digalakkan melaksanakan program LITS dengan sistem penorehan S2D3 atau S2D4 atau
S2D6.
59. Strategi Meningkatkan Pemindahan Teknologi Dan Pengembangan Melalui Pendampingan.
Program pemindahan teknologi dan pengembangan amat penting untuk memastikan pekebun
kecil mengamalkan amalan pekebunan yang baik. Kaedah terbaik adalah melalui pemesatan
latihan formal, in-formal dan susulan yang berterusan di kalangan pekebun kecil.
60. Program pemantauan 3:3:1:3 perlu diteruskan dan dipesatkan. Pada tahun 2007 setiap
PPR mestilah memantau sekurang-kurangnya 60 orang pekebun kecil di bawah program
3:3:1:3. Jumlah yang akan dipantau dalam tahun 2007 ialah seramai 59,340 orang pekebun
kecil.
61. Setiap Pegawai Luar Kawasan perlu menyampaikan maklumat terkini dan
melaksanakannya bersama-sama dengan pekebun kecil. Teknologi-teknologi yang bertujuan
untuk memendekkan tempoh keremajaan pokok dan penambahan hasil pokok perlu diberi
perhatian dalam pengisian pemantauan 3:3:1:3, dengan kekerapan 4 kali sebulan bagi kursus
informal dan 2 kali sebulan bagi kursus formal.
62. Pada tahun 2007, RISDA akan melancarkan Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK) di Kg.
Awah, Temerloh Pahang untuk memesatkan pelaksanaan kursus formal. Institut ini akan
beroperasi sebagai satu unit di bawah pengurusan Kolej RISDA. Kursus-kursus yang dijalankan
di IKPK perlu memberi tumpuan kepada pekebun kecil, petani dan peladang lain serta anak-
anak mereka yang ingin mewarisi kerja-kerja di ladang. Pada masa yang sama, kursus-kursus
secara formal yang dijalankan di IKPK akan memberi tumpuan kepada tahap 60% amali dan
40% teori di bilik kuliah.
63. Selain daripada kursus yang dijalankan di IKPK, semua Pusat Tanggungjawab juga perlu
melaksanakan kursus formal teknikal di tempat masing-masing, iaitu sekurang-kurangnya 2 kali
sebulan.
64. Strategi Pembangunan Pekebun Kecil
“………… The moment of truth ialah bila pegawai lapangan bertemu pekebun kecil. Penentu
kejayaan kita adalah mereka di lapangan dan bukannya kita di Ibu Pejabat....”
65. Berdasarkan kepada pengkalan data pekebun kecil RISDA semasa, bilangan pekebun kecil
seluruh negara ialah seramai 316,885 orang di mana 180,000 adalah pemilik pengusaha. Mulai
bulan September 2006, bilangan Pembantu Pertanian (PPR) menjaga kawasan telah
bertambah kepada 989 orang, iaitu setelah beberapa orang PPR yang kembali bertugas
dengan RISDA daripada anak-anak syarikat dan KPK. Bagi tahun 2007 semua PPR hendaklah
medampingi kesemua 180,000 orang pekebun kecil ini dengan membuat kunjungan sekurang-
kurangnya 5 kali dalam tahun berkenaan. Ini bermakna bahawa setiap PPR kawasan perlu
berjumpa dan berdamping dengan 190 orang pekebun kecil sekurang-kurangnya 5 kali
setahun.
66. Pada tahun 2007 RISDA menyediakan peruntukan kira-kira RM10 juta untuk pembangunan
modal Insan pekebun kecil. Setiap PPR kawasan perlu menjalankan kerja-kerja
pengembangan, temasuk latihan informal kepada pekebun kecil sekurang-kurangnya 4 kali
sebulan. Ini bermakna bahawa sasaran tahunan ialah sebanyak 47,472 kali aktiviti
pengembangan dapat dijalankan. Jika mengambilkira kehadiran satu-satu kursus informal
tersebut akan dihadiri oleh 10 orang pekebun kecil, maka bilangan pekebun kecil yang terlibat
ialah seramai 474,720 orang.
67. Semua pekebun kecil yang akan terlibat dengan program-program RISDA seperti PPG,
AET, LITS dan SPKR dan sebagainya adalah diwajibkan untuk menghadiri kursus
pembangunan minda insan dan kemahiran. Tujuan utama kursus seumpama ini adalah untuk
memberi kesedaran dan motivasi kepada pekebun kecil agar dapat merubah sikap dan
seterusnya membawa perubahan yang lebih baik di masa hadapan.
68. Kursus perubahan minda pekebun kecil akan terus dilakukan. Setiap Pusat
Tanggungjawab, khasnya PRN dan PRD dikehendaki menjalankan kursus sekurang-kurangnya
2 kali dalam setahun.
69. Bilangan usahawan pekebun kecil di kalangan anggota KPK, AET dan ahli PWPK perlu
ditingkatkan. Maklumat keahlian Teman Usahawan di peringkat Negeri dan Daerah perlu
dikemaskini dengan mendaftarkan semua usahawan di bawah AET, KPK dan PWPK, bagi
memudahkan perancangan program, pertukaran maklumat, dan urusniaga sesama mereka.
Bagi tahun 2007, selain program-program sedia ada, beberapa langkah lain akan diambil iaitu :-
• Mewujudkan 4 orang usahawan pembiak bakaan kambing boer
• Mewujudkan 10 orang usahawan PWPK akan di jadikan anchor kepada usahawan yang
berpotensi lain.
• Setiap KPK yang terlibat dalam pemasaran getah/sawit di wajibkan menaja usahawan
depo pembelian getah atau pusat timbang pengumpulan BTS.
• Melahirkan 11 orang usahawan industri makanan ringan yang terlibat menerusi projek
AET.
• Mewujudkan 11 orang usahawan berasaskan pertanian sama ada sebagai pemborong
ataupun pengedar.
70. Bilangan usahawan di kalangan ahli PWPK perlu ditingkatkan 5% lagi kepada 556 orang
supaya mencapai matlamat 20% ahli PWPK menjadi usahawan menjelang akhir RMK-9.
71. Mulai tahun 2007 RISDA akan mulamelaksanakan program tuisyen desa. Keutamaan akan
diberi kepada anak-anak pekebun kecil yang tergolong dalam kelompok miskin dan mereka
akan mengambil peperiksaan utama pada tahun semasa. Sebanyak 50 pusat tuisyen desa
hendaklah ditubuhkan.
72. Pengiktirafan Sumbangan Pekebun Kecil
Pekebun kecil getah menyumbang 95 % daripada pengeluaran getah negara dan perlu diiktiraf
di atas segala jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Mulai tahun 2007 RISDA akan
meraikan para pekebun kecil menerusi pemberian anugerah-anugerah di peringkat
kebangsaan, antaranya:-
i. Anugerah Pekebun Kecil Jaya
ii. Anugerah Pengeluaran Hasil Tertinggi Projek Individu (Getah/Sawit)
iii. Anugerah Pengurusan Projek Berkumpulan Terbaik (Getah/Sawit)
iv. Anugerah Amalan Teknologi Yang Terbaik (Getah/Sawit)
v. Anugerah Usahawan Pekebun Kecil Berjaya (Lelaki/Wanita)
vi. Anugerah Generasi Kedua Harapan
73. Majlis penganugerahan ini akan dijalankan sempena Seminar Pekebun Kecil 2007 pada
September 2007 sempena penutupan bulan kemerdekaan ke 50 tahun negara. Sambutan
besar-besaran akan dibuat termasuklah kembara bermotor seluruh negara daripada kalangan
pekebun kecil.
74. Pembasmian Kemiskinan
Di bawah RMK-9, Kerajaan begitu serius untuk membasmi kemiskinan di kalangan penduduk
luar bandar, khasnya pekebun kecil, di mana kerajaan mensasarkan matlamat untuk
menghapuskan sepenuhnya pekebun kecil miskin tegar dan mengurangkan kadar pekebun
kecil miskin ke paras 0.5 % pada akhir tahun 2010. Berdasarkan kepada data SMPK RISDA
dan sistem SPKR KKLW setakat 31 Mei 2006, bilangan pekebun miskin tegar adalah seramai
2,392 orang. Manakala pekebun kecil miskin pula ialah seramai 7,817 orang. Ini bermakna
jumlah pekebun kecil miskin tegar dan miskin ialah seramai 10,209 orang.
75. Usaha-usaha untuk menghapuskan mereka yang tergolong dalam kelompok miskin tegar
hendaklah terus dilakukan oleh semua PTJ. Semua PPR diminta menggiatkan program
pendampingan.
76. Dalam tahun 2007, RISDA menetapkan matlamat pengurangan kadar miskin tegar
sebanyak 56% iaitu daripada 926 orang kepada 400 orang. Bagi kategori miskin pula,
disasarkan pengurangan sebanyak 24% iaitu daripada 6,261 orang kepada 4,705 orang. Untuk
menepati sasaran tersebut, RISDA perlu mengenalpasti pekebun kecil miskin tegar dan miskin
menggunakan Sistem Maklumat Pekebun Kecil (SMPK). Setiap pegawai luar dengan
kerjasama PMPK diwajibkan untuk mengenalpasti setiap orang miskin dan miskin tegar dan
mengemaskini maklumat mereka dalam SMPK secara mingguan. Seterusnya, pegawai luar
hendaklah menganalisa dan mengenalpasti program-program yang bersesuaian untuk mereka.
Mulai tahun 2007 kumpulan sasaran pekebun kecil miskin tegar dan miskin adalah mereka
yang berdaftar dalam SMPK setelah diselaraskan dengan data dalam Sistem SPKR KKLW.
Pekebun kecil yang tercicir daripada rekod miskin tegar KKLW perlu didaftarkan dengan
Pejabat Pembangunan Negeri/Pejabat Daerah secara berterusan supaya pekebun kecil miskin
tidak ketinggalan daripada menerima bantuan yang sewajarnya.
77. Tahun 2007 juga merupakan bermulanya kita melaksanakan Projek Agropolitan Lonjakan
Mega. RISDA telah diberi tanggungjawab untuk membangunkan projek lonjakan mega di negeri
Pahang, Perak dan Terengganu. Ianya bertujuan untuk menghapuskan masyarakat miskin
tegar melalui pembangunan ladang rakyat, pusat pertanian komersil dan kawasan penempatan.
Projek ini dipantau oleh National Implementation Directorate (NID).
78. Agropolitan Gahai, Pahang
Projek ini melibatkan kawasan seluas 216.16 hektar, dimana 202 hektar untuk kawasan ladang
rakyat dan 14.16 hektar untuk kawasan pertanian komersil disamping kawasan IKS, pusat
perniagaan dan kawasan perumahan. Apabila projek selesai, ia akan memberi ma nfaat kepada
80 peserta miskin tegar. Pembangunan keseluruhan projek melibatkan peruntukan sejumlah
RM12.6 juta.
79. Agropolitan Ganda, Perak
Projek ini melibatkan kawasan seluas 1,174 hektar, dimana 1,012 hektar untuk kawasan ladang
rakyat dan 162 hektar untuk kawasan pertanian komersil disamping kawasan IKS, pusat
perniagaan dan kawasan perumahan. Apabila projek selesai, ia akan memberi manfaat kepada
400 peserta miskin tegar. Pembangunan keseluruhan projek melibatkan peruntukan sejumlah
RM50.6 juta.
80. Bagi projek-projek di Pekan, Pahang dan Setiu, Terengganu kerja harus dimulakan sebelum
April 2007.
STRATEGI PENINGKATAN DELIVERY SYSTEM
81. Memantapkan Team RISDA
Pencapaian misi dan matlamat RISDA tidak akan sempurna sekiranya RISDA melakukannya
secara bersendirian. RISDA memerlukan sokongan mantap dan berkesan daripada komponen
lain seperti anak syarikat RISDA, KPK, malah pekebun kecil sendiri tanpa menjejaskan
kedudukannya sebagai peneraju atau pemimpin. Dalam satu pasukan besar RISDA, Ibu
Pejabat RISDA, PRN, PRD dan PRS merupakan sistem penyampai utama dan tidak boleh lari
dari tanggungjawab menanam semula dan program lain yang telah ditetapkan. Anak syarikat
sebagai penyokong kepada RISDA berperanan antara lain iaitu penyediaan dan pembekalan
benih, pengangkutan dan pengurusan ladang. Manakala KPK/NARSCO pula merupakan
lambang penglibatan masyarakat pekebun kecil dengan penumpuan kepada pembekalan input
pertanian dan pemasaran hasil pekebun kecil. Di samping itu, pihak swasta berperanan sebagai
kontraktor, pembekal dan juga perunding bagi bekalan dan perkhidmatan lain-lain. Dan,
pekebun kecil sendiri berperanan mempersiapkan diri mereka baik dari segi fizikal, mental dan
semangat mahupun ilmu dan kemahiran supaya dapat menyambut apa sahaja program yang di
anjurkan dengan baiknya.
82. Untuk kelancaran sistem penyampaian, setiap komponen tersebut mestilah melaksanakan
peranan masing-masing dengan sungguh-sungguh, penuh kreatif, berinisiatif dan profesional.
Team Besar RISDA perlu bergerak bagaikan “ very well oiled machine”.
83. Memperkemaskan Proses Kerja
Cara kita menjalankan tugas adalah sama penting dengan pencapaian tujuan projek itu sendiri.
Pelaksanaan program-program secara tersusun memerlukan kita memberi semula sistem kerja
yang diamalkan dalam RISDA. Bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan berkualiti,
hendaklah menuju kepada pengurusan kualiti yang total, dengan memberi tumpuan kepada
perkara-perkara dan usaha-usaha ke arah mengamalkan sistem pengurusan kualiti melalui
pelaksanaan MS ISO 9000 dan aktiviti bekalan benih perlu mendapat sijil ISO untuk tahun
2007. Aktiviti KMK juga perlu ditingkatkan di samping penglibatan dalam anugerah-anugerah
kebangsaan.
84. Dalam usaha untuk penambahbaikan kepada proses kerja dan selaras dengan perubahan
struktur organisasi semasa, maka beberapa pindaan dan pengubahsuaian perlu dibuat kepada
MPK sedia ada. Kesemua 14 bidang, 120 aktiviti dan 400 prosedur yang sedia ada perlu
dilengkapkan dan dikemaskini. Fail meja bagi semua jawatan juga hendaklah disiapkan
sepenuhnya dalam tahun 2007.
85. Menambah PPR Dan Menambah Stesen
Bilangan PPR yang menjaga kawasan akan ditambah daripada 673 orang kepada 989 orang.
Apabila semua PPR kembali bertugas di RISDA daripada anak-anak syarikat dan KPK, pada
masa yang sama, bilangan PPR yang sebelum ini ditempatkan di Pejabat RISDA Negeri dan
Daerah juga akan dikurangkan dan hanya dibenarkan 3 orang dan 2 orang sahaja. Mereka
akan ditempatkan di Pejabat Stesen dan sub-stesen. Bilangan Pejabat RISDA Stesen juga
akan ditambah, disesuaikan dengan keadaan, daripada 112 buah kepada 200 buah. PRD diberi
kuasa untuk menubuhkan stesen-stesen baru mengikut keperluan.
86. Perlantikan PMPK akan dimulakan pada tahun 2007. Di bawah RMK 9, kerajaan telah
menyediakan peruntukan sebanyak RM 7 juta untuk melantik PMPK di seluiruh negara. Mereka
akan dilantik mulai tahun 2007 iaitu seramai 602 orang. Semua PPR harus dapat menggunakan
khidmat PMPK untuk membantu dalam usaha-usaha pengembangan.
87. Menambah kepakaran Staf
Bagi tujuan menambah keberkesanan pegawai, penekanan akan turut diberi kepada program
latihan. Untuk jangka pendek, RISDA akan bekerja sama dengan agensi-agensi kerajaan dan
swasta yang berkaitan untuk mendapatkan kepakaran dalam memberikan latihan dalam bidang
penanaman getah/sawit, pengurusan dan penyenggaraan ladang, pemasaran, pengembangan,
perancangan projek, holticulture dan ternakan serta pengurusan anak syarikat.
88. Selaras dengan hasrat mewujudkan knowledge workers, penekanan juga akan diberi
kepada latihan ‘technical for non-technical staff’. Ini untuk mempastikan setiap peringkat staf
tanpa mengira bidang dilengkapi dengan ilmu asas (basic knowledge) dan pengetahuan dalam
bidang terknikal terutama yang berkaitan dengan program tanam semula dan perladangan.
89. Selain daripada latihan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan tugas semasa
(functional course), penekanan juga akan turut diberikan kepada latihan generic (generic
course) untuk pembangunan seperti kursus-kursus kepimpinan, motivasi dan kecemerlangan
diri.
90. Sebagai strategi jangka panjang untuk memastikan tidak berlakunya ketandusan pegawai
yang mahir dan pakar rujuk, RISDA akan mewujudkan pegawai-pegawai pakar atau Subject
Matter Specialist (SMS) dalam bidang agronomi, ruminan, hortikultur, sains tanah dan baja.
91. Meningkatkan Pengurusan Prestasi (Performance Management )
Prestasi mesti diurus dengan kemas, kejap dan berkesan. Penilaian prestasi tidak lagi menjadi
aktiviti tahunan sekadar memenuhi formality sebaliknya ia perlu menjadi aktiviti yang perlu
diuruskan sebagaimana pengurusan aktiviti lain. Ini adalah untuk mempastikan, pegawai dan
kakitangan diberikan penilaian yang lebih adil dan telus. Bagi tahun 2007, pengurusan RISDA
akan mengambil pendekatan ‘managing performance’ dan bukan sekadar penilaian prestasi
(performance appraisal) sahaja. Ia perlu meliputi langkah-langkah penambahbaikan prestasi
(performance improvement), pembangunan prestasi (performance development), latihan
(training), maklumbalas 360 o (360 o feedback), tugasan khas (challenging assignments) dan
maklumbalas prestasi berterusan (regular performance feedback). Bagi tujuan tersebut, semua
Ketua Pusat Tanggungjawab akan bertanggungjawab sebagai pengurus prestasi dalam
memantau, memberi maklumbalas, membuat cadangan latihan (TNA) dan seterusnya
mengenalpasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk pembangunan staf yang berkenaan.
92. Pusingan Kerja
Sebagai langkah menambah pengalaman, pendedahan dan semangat baru, setiap pegawai
perlu melalui semua proses penempatan di daerah, negeri dan ibu pejabat untuk melengkapkan
diri bagi pertimbangan kenaikan pangkat. Bagi pegawai gred sokongan 1 dan 2, pusingan perlu
dalam satu tempoh yang sesuai. Bagi pegawai kumpulan pengurusan dan professional
pertukaran kerja hendaklah setiap 3-5 tahun.
93. Dengan menggunakan pendekatan yang sama, mulai tahun 2007, setiap Pengarah
Bahagian dan PRN dikehendaki menyedia dan membentangkan Pelan Tindakan dan hala tuju
Bahagian serta negeri masing-masing berdasarkan amanat ini. Pelan Tindakan ini akan
diterjemahkan dalam bentuk KPI ( Key Performance Indicator ) dan dijadikan SKT untuk tahun
berkenaan. SKT ini akan dibentangkan kepada pengurusan tertinggi RISDA dan akan dinilai
semula pada pertengahan tahun.
94. Prestasi pegawai dan kakitangan akan lebih meningkat apabila mendapat penilaian yang
adil dan telus serta diberikan ganjaran yang setimpal. Ganjaran perlu diuruskan sewajarnya.
Seringkali kelemahan yang sering digembargemburkan, tetapi kekuatan dikesampingkan.
Ganjaran boleh datang dalam bentuk intrinsic dan extrinsic. Mulai tahun 2007, ganjaran perlu
dijadikan salah satu agenda memotivasi pegawai dan kakitangan. Anugerah Khidmat
Cemerlang dan Anugerah Kualiti dan anugerah-anugerah lain akan terus diberikan.
95. Sistem Maklumat Kakitangan
Pengurusan maklumat berhubung perjawatan, perkhidmatan dan lain-lain maklumat personel
akan diperluaskan pemakaiannya dengan melibatkan sistem iaitu Sistem Personel Jabatan
(SISPEN). Semua Unit Pentadbiran di PRN dan PRD dikehendaki mengemaskini maklumat