Page 1
Amanat Pengurusan Risda
Amanat Pengurusan RISDA tahun 2005
Tema: Memperkasakan Masyarakat Pekebun Kecil
Mukadimah
1. Alhamdulillah saya memanjat rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia
dan izinNya jua kita dapat sekali lagi berkumpul di Auditorium ini bagi membicarakan Amanat
Pengurusan RISDA 2005. Tahun 2005 adalah tahun terakhir pelaksanaan Rancangan Malaysia
Ke-8 dan RISDA akan meneruskan pelaksanaan program pembangunan yang telah dirancang,
dan dalam masa yang sama menyediakan perancangan bagi Rancangan Malaysia Ke-9 yang
meliputi tempoh 2006 - 2010. Amanat ini hendaklah dijadikan asas dan panduan bagi
melaksanakan gerak kerja pembangunan pekebun kecil dalam tahun 2005.
2. Sebelum saya membentangkan perkara-perkara yang akan dilaksanakan pada tahun 2005,
saya ingin mengimbas kembali dasar-dasar dan keputusan Kerajaan di dalam tahun 2004 yang
mempunyai implikasi besar ke atas kewujudan RISDA dan peranannya di dalam ?perubahan
yang menyeluruh? di era kepemimpinan Y.A.B. Dato' Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia.
Dasar-Dasar Kerajaan Yang Membawa Kepada Perubahan Yang Menyeluruh
3. Dalam melaksanakan perubahan yang dimaksudkan, beberapa pendekatan telah diambil
oleh Kerajaan, baik yang bersifat pemikiran mahu pun pergerakan. Sebagaimana yang kita
maklum, pendekatan sentiasa memainkan peranan penting dalam mencorakkan sesuatu arah
tuju di dalam melaksanakan perubahan. Dalam hal ini, konsep Islam Hadhari telah menjadi
teras kepada pendekatan Kerajaan dalam mencapai tahap kemajuan, baik dari segi pemikiran,
keilmuan, kemasyarakatan, pembangunan dan seterusnya.
4. Dalam konteks menjamin kesinambungan kejayaan khususnya di luar bandar, maka
Kerajaan meneruskan Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar atau
Transformasi Kedua Pembangunan Luar Bandar yang berteraskan pembangunan manusia ke
arah kecemerlangan melalui konsep Gerakan Daya Wawasan. Dari dimensi ini, falsafah
Page 2
pembangunan luar bandar akan memberi fokus kepada pembangunan manusia dan instrumen
pembangunan manusia adalah pendidikan seumur hidup.
5. Sebagai persediaan ke arah ini, Kerajaan telah merangka Bajet Tahun 2005 yang akan
menjadi asas untuk penyediaan Rancangan Malaysia Ke-9. Agenda pembangunan negara
diteruskan dengan dasar meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan Kerajaan,
kecekapan sistem penyampaian dan daya saing; mempercepatkan peralihan ke arah ekonomi
berasaskan nilai tambah yang tinggi; membangunkan sumber manusia sebagai pemangkin
pertumbuhan; dan memastikan kesejahteraan rakyat melalui peningkatan kualiti hidup.
6. RISDA tidak terkecuali di dalam dasar ini, terutama sekali di dalam transformasi sektor
pertanian ke arah lebih dinamik. Malaysia telah terbukti sebagai pengeluar utama dunia yang
efisien bagi komoditi pertanian seperti getah dan sawit. Namun, negara masih belum
menerokai sepenuhnya potensi pengeluaran produk makanan. Bajet 2005 akan memberi
tumpuan untuk mencorak semula sektor pertanian sebagai jentera ketiga pertumbuhan
selepas sektor pembuatan dan perkhidmatan. Dasar ini bertujuan menambah pendapatan di
samping mengurangkan pergantungan kepada import, terutamanya barangan makanan. Di
samping itu, Kerajaan menggalakkan aktiviti pertanian secara komersial.
7. Semua strategi Kerajaan yang terkandung di dalam Bajet 2005, secara langsung atau tidak
langsung adalah untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kualiti kehidupan, sebagai asas
Wawasan Kerajaan. Kerajaan akan mengambil langkah-langkah khusus, antara lain seperti
menghapus kemiskinan tegar dan mempercepatkan pembangunan luar bandar. Ini akan
dilaksanakan selari dengan pembangunan sumber manusia sebagai pemangkin pertumbuhan,
yakni, membangun masyarakat berpengetahuan.
8. Selain daripada itu, sumbangan industri getah kepada ekonomi negara adalah besar dari
segi nilai eksport iaitu RM15.3 bilion, terdiri daripada getah mentah, barangan produk berasas
getah dan kayu getah. Industri getah negara bergantung kepada sektor pekebun kecil di mana
909,280 mt. atau 92.2 peratus daripada 985,640 mt. pengeluaran getah asli negara dihasilkan
oleh pekebun kecil. Dengan peningkatan harga getah, pendapatan pekebun kecil telah
meningkat. Sepanjang tahun 2004, purata harga bulanan SMR 20 berada dalam lingkungan
RM4.20 - RM4.80 sekilogram berbanding purata harga RM2.86 sekilogram pada tahun 2002.
Antara faktor yang mempengaruhi harga getah adalah disebabkan peningkatan permintaan
getah daripada negara Cina dan kerana kenaikan harga minyak.
9. Syukur Alhamdulillah, apa yang disarankan oleh pihak Kerajaan adalah selari dengan
pendekatan yang RISDA amalkan semula iaitu pendekatan ‘Man Behind The Tree Revisited'
dan Model Pembangunan Strategik RISDA (MBSR).
Page 3
Imbasan Peristiwa 2004
10. Sebelum saya membentangkan perkara-perkara yang akan dilaksanakan pada tahun
2005, saya ingin menyorot kembali beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang tahun
2004 :-
Perubahan Pengurusan KKLW
11. Sempena dengan pengumuman kabinet baru oleh Y.A.B. Perdana Menteri, nama
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah ditukar kepada Kementerian Kemajuan
Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) dan Y.B. Dato' Sri Abdul Aziz bin Shamsuddin dilantik
sebagai Menteri KKLW pada 30 Mac 2004. Y.B. Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin dilantik
sebagai Timbalan Menteri I dan Y.B. Dato' Dr. Tiki Lafe sebagai Timbalan Menteri II pada 27
Mac 2004. KKLW juga mendapat Ketua Setiausaha baru apabila Y. Bhg. Dato' Dr. Mohd. Tap
bin Salleh dilantik sebagai Ketua Setiausaha pada 1 Julai 2004.
Perubahan Pengurusan RISDA
12. Y.B. Dato' Hj. Abdul Raman bin Suliman, Pengerusi RISDA telah dilantik sebagai
Senator pada 26 Ogos 2004. Y.Bhg. Dato' Hj. Abd. Rahman bin. Hj. Ali, telah dilantik sebagai
Ketua Pengarah RISDA berkuatkuasa 6 Ogos 2004. Tuan Haji Mahdun bin Majid dilantik
sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran dan Korporat) pada 28 Mei 2004 dan Tuan
Haji Zulkifli Mohd Nazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) pada 1
September 2004.
Kajian Semula MBSR
13. Bahagian Perancangan Strategik (BPS) telah menganjurkan Bengkel Kajian Pelaksanaan
Perancangan Strategik Pembangunan Pekebun Kecil 2001 - 2010. Tujuan bengkel ini diadakan
ialah untuk melihat semula keberkesanan pendekatan MBSR sebagai wahana pembangunan
pekebun kecil dalam usaha mencapai misi dan objektif RISDA. Dalam masa yang sama,
usaha-usaha penambahbaikan telah dibincang untuk mengurangkan jurang, jika ada, dalam
melaksanakan MBSR seperti mana yang dirancang.
Page 4
Keputusan Mesyuarat JKMPPK
14. Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Cara-Cara Bagi Meningkatkan Pendapatan
Pekebun Kecil Komoditi Industri (JKMPPK) Bil. 1/2004 pada 1 Julai 2004 telah membincangkan
mengenai Dasar Pembiayaan, Kutipan dan Pulangan Ses Tanam Semula Getah dan Pindaan
Akta RISDA Dalam Konteks Perubahan Skop, Peranan Dan Tanggungjawab RISDA. Mesyuarat
telah bersetuju pada dasarnya dengan cadangan Pindaan Akta RISDA yang akan diberi
penelitian semula apa-apa perkara yang perlu diselaraskan. Mesyuarat memutuskan kertas
Dasar Pembiayaan, Kutipan dan Pulangan Ses Tanam Semula Getah diolah semula supaya ia
lebih menepati kepada keperluan negara dan kumpulan sasar.
Prestasi Program/Projek Pembangunan Dan Wang Amanah RMKe-8 (Trend Analysis)
15. Jumlah peruntukan program pembangunan bagi tahun 2004 ialah RM233.63 juta
merangkumi sumber Bantuan Langsung Kerajaan dan sumber Wang Ses. Sejumlah RM151.51
juta (64.9 peratus) telah dibelanjakan setakat November 2004. Jika dibandingkan dengan
tahun 2003, jumlah peruntukan ialah sebanyak RM216.41 juta dan daripada jumlah tersebut,
sejumlah RM142.21 juta telah dibelanjakan hingga akhir tahun. RISDA juga telah menerima
peruntukan Wang Amanah KKLW sebanyak RM230.77 juta dalam tempoh 1999 - 2004.
Sebanyak RM193.40 juta daripada peruntukan tersebut telah dibelanjakan untuk melaksanakan
program pembangunan sehingga tahun 2004.
Prestasi Syarikat Milikan/Anak Syarikat
16. Sepanjang tahun 2004, Anak Syarikat menunjukkan peningkatan dari segi prestasinya.
Secara keseluruhan, keuntungan sebelum cukai Kumpulan Syarikat RISDA meningkat kepada
RM23.25 juta berbanding RM20.72 juta pada tahun sebelumnya. Penyumbang utama
peningkatan Keuntungan Sebelum Cukai Kumpulan Syarikat RISDA adalah RSPSB iaitu
sebanyak RM10.6 juta dan PRB sebanyak RM4.34 juta.
Penganugerahan Sijil Ketua Audit Negara
Page 5
17. Pada 8 September 2004, RISDA telah dianugerahkan Sijil Bersih Tanpa Teguran
daripada Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Tahun Berakhir 31 Disember 2003. Ini
bermakna RISDA telah berjaya mendapat sijil bersih dalam bidang pengurusan kewangan
selama 8 tahun berturut-turut.
Cadangan Penyusunan Semula Struktur Organisasi
18. Penambahbaikan cadangan Penstrukturan Semula RISDA sedang disediakan untuk
dikemukakan kepada KKLW dan JPA. Antara lain ialah cadangan mewujudkan 3 Bahagian
baru; peningkatan taraf Unit Pembangunan Korporat kepada Bahagian Pembangunan Korporat;
pewujudan semula beberapa Pejabat RISDA Daerah/Jajahan di Negeri; dan permohonan
beberapa jawatan baru dan gred kenaikan pangkat bagi pelbagai gred jawatan.
Perasmian Pusat Latihan RISDA (RISTEC)
19. Majlis Perasmian Pusat Latihan RISDA telah disempurnakan oleh Y.B. Menteri KKLW,
Dato' Sri Abdul Aziz bin Shamsuddin pada 21 September 2004 di RISTEC, Port Dickson. Majlis
tersebut turut dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.A.B. Dato' Seri Utama Hj.
Mohamad Hj. Hassan, Pengerusi RISDA Y.B. Senator Dato' Hj. Abdul Raman Suliman, Ketua
Pengarah Y.Bhg. Dato' Hj. Abd. Rahman Hj. Ali, Pegawai-Pegawai Kerajaan, Pegawai-Pegawai
Kanan RISDA dan lebih 600 orang pekebun kecil.
Majlis Konvokesyen Kolej RISDA Kali Ke-3
20. Kolej RISDA telah mengadakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-3 pada 7 Disember 2004
bertempat di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Ibu Pejabat. Dalam majlis tersebut seramai 756
orang graduan telah dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma dalam
pelbagai bidang kursus.
Penyediaan RMKe-9 (Penubuhan Kumpulan Kerja Teknikal)
21. Cadangan RMKe-9 (2006 - 2010) RISDA telah disediakan dan dihantar ke KKLW pada 17
Disember 2004. Disamping itu, RISDA juga terlibat dengan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG)
RMKe-9 yang ditubuhkan oleh Kerajaan untuk menyediakan/meneliti kertas isu dan cadangan
Page 6
RMKe-9 dan menyediakan kertas laporan kemajuan program/projek utama RMKe-8 (2001-
2005) yang dilaksanakan oleh Kementerian, Jabatan dan Agensi Badan Berkanun serta
cadangan program/projek teras bagi RMKe-9 (2006 - 2010).
Hubungan RISDA – PKPKM
22. Tahun 2004 juga melihat satu jalinan perhubungan yang harmonis di antara RISDA dan
PKPKM, di mana telah dipersetujui diadakan sesi mesyuarat Interaktif RISDA-PKPKM di
peringkat pusat, negeri dan daerah bagi mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang baik
di antara kedua pihak. Ini juga merupakan titik permulaan perubahan pendekatan
pembangunan pekebun kecil dari bawah ke atas, di mana pandangan kumpulan sasar diberi
prioriti di dalam menggubal program/projek pembangunan pekebun kecil.
Fokus 2005
A. Teras Pembangunan Pekebun Kecil
23. Bagi tahun 2005, teras pembangunan pekebun kecil akan tertumpu kepada pendekatan
‘participatory' dan keseimbangan pendekatan bawah ke atas dan atas ke bawah, yang
melibatkan kumpulan sasar dalam perancangan dan keputusan. Dalam hal ini, hasrat
kumpulan sasar iaitu pekebun kecil dan hasrat kerajaan adalah sama dan akan tercapai.
24. Selaras dengan matlamat Kerajaan untuk membina keupayaan membangun masyarakat
berpengetahuan, pendidikan berterusan dan pendidikan sepanjang hayat sama ada formal
atau non-formal, akan dijadikan teras kepada perancangan program/projek pembangunan
pekebun kecil, terutama program/projek peningkatan ekonomi dan juga kesejahteraan
masyarakat.
25. Dalam usaha RISDA membentuk masyarakat pekebun kecil yang progresif dan
sejahtera, konsep pengupayaan (empowerment) akan dijadikan teras. Antara lain,
pendekatan ini akan memartabatkan kumpulan sasar daripada golongan yang sentiasa
mengharapkan bantuan Kerajaan, kepada golongan ynag mempunyai kuasa (control) melalui
penglibatan aktif, akses kepada kemudahan dan pendidikan. Akhirnya proses pengupayaan ini
akan membentuk semangat berdikari dan mengikis mentaliti subsidi; menarik penglibatan aktif
pekebun kecil; memberi harapan di atas keupayaan membentuk generasi kedua yang
cemerlang; dan mempertingkatkan kemahiran di kalangan pekebun kecil. RISDA akan lebih
Page 7
berfungsi sebagai pendorong dan motivator. Seperti mana yang telah saya nyatakan sebelum
ini, RISDA akan melaksanakan semula pendekatan Man Behind The Tree (Revisited).
B. Pembangunan Staf Dan Organisasi
26. Pengurusan RISDA akan terus memberi fokus kepada pembangunan staf serta organisasi
RISDA supaya produktiviti dan kecekapan kerja dapat dipertingkatkan ke tahap maksimum.
Pengurusan RISDA percaya tanpa pembangunan manusia yang terancang, cekap dan
berkesan, maka peruntukan bajet yang disediakan dan perancangan program/projek yang telah
diatur tidak dapat dilaksanakan dengan efektif. Oleh yang demikian, program-program
meningkat pengetahuan, kemahiran, keupayaan berfikir, kepuasan bekerja serta suasana kerja
yang selesa dan harmonis akan diadakan untuk menepati keperluan pembangunan sumber
manusia.
Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
27. RISDA telah diluluskan peruntukan sebanyak 4,970 jawatan di mana setakat 31
Oktober 2004, hanya 3,989 jawatan telah diisi. Dengan terlaksananya Skim SSM, gred-gred
lapisan baru telah diwujudkan. Pengurusan RISDA telah mengemukakan permohonan gred
lapisan baru kepada JPA dan jawatan yang diluluskan sebanyak 88 daripada 313 jawatan
yang dipohon daripada pelbagai gred. Peruntukan ini diberi secara ?trade off? kepada gred
jawatan yang sedia ada dan berkuat kuasa pada 1 Januari 2004. Jawatan-jawatan ini akan
diisi apabila calon-calon yang berjaya melepasi PTK dan syarat-syarat lain yang ditetapkan
dalam Skim SSM. Pada penghujung tahun 2004, RISDA telah mengiklankan beberapa
kekosongan jawatan iaitu :-
i. Penolong Pegawai Tadbir, Gred N27 - 6 kekosongan
ii. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N17 - 75 kekosongan
iii. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), Gred N17 - 10 kekosongan
iv. Pembantu Pertanian, Gred G17 - 105 kekosongan
28. Sehubungan dengan itu, tawaran opsyen telah dikeluarkan kepada 640 orang staf RISDA
yang dipinjamkan/ditempatkan ke Anak Syarikat untuk memilih bersara pilihan dan terus
berkhidmat dengan Anak Syarikat atau balik kepada Perkhidmatan RISDA. Dengan
terlaksananya urusan opsyen ini, pihak Pengurusan boleh membuat pengambilan baru bagi
jawatan yang dikosongkan. Disamping itu, seramai 85 orang staf RISDA akan bersara wajib
Page 8
dalam tahun 2005 dan semua kekosongan ini akan diisi segera bagi memantapkan RISDA
secara keseluruhannya.
29. Penambahbaikan cadangan Penstrukturan Semula RISDA sedang diusahakan untuk
dikemukakan ke KKLW dan JPA. Di antara cadangannya termasuklah :-
1. Mencadangkan tiga (3) Bahagian baru iaitu Bahagian Perundangan & Urusetia Pihak
Berkuasa, Bahagian Bekalan & Khidmat Kejuruteraan dan Bahagian Teknologi
Maklumat.
2. Mencadangkan peningkatan taraf Unit Pembangunan Korporat kepada Bahagian
Pembangunan Korporat.
3. Mencadangkan pewujudan semula beberapa Pejabat RISDA Daerah di negeri yang
sesuai bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian.
4. Memohon kepada Kerajaan beberapa jawatan baru dan gred kenaikan pangkat bagi
pelbagai jawatan dengan mengambil kira tugas dan tanggungjawab tambahan yang
dipikul oleh organisasi RISDA masa kini selaras dengan pelaksanaan SSM.
30. Selain dari itu, pematuhan kepada prosedur dan peraturan akan dikuatkuasakan. Kes-
kes disiplin akan diputuskan secepat mungkin, iaitu selaras dengan matlamat RISDA yang
bukan sahaja memberi ganjaran dan insentif kepada anggotanya tetapi juga akan memastikan
organisasi ini sentiasa bersih daripada unsur-unsur yang tidak diingini yang boleh menjejaskan
imej organisasi.
31. Bagi memastikan organisasi RISDA dapat memberi perkhidmatan yang berkesan,
program latihan untuk pegawai/staf akan disusun semula selaras dengan perubahan masa.
Program latihan khusus untuk pegawai-pegawai pelapis akan diperkenalkan dan akan
dijalankan dalam tahun 2005.
32. Bagi membantu pegawai/staf menghadapi peperiksaan PTK, program latihan khas
akan dilaksanakan di peringkat PT. Pegawai-pegawai yang sesuai dan pakar dalam bidang
masing-masing akan diminta membantu melaksanakan latihan-latihan tersebut.
33. Bagi meningkatkan kecekapan, beberapa program kualiti yang telah dijalankan akan
dikemaskinikan pelaksanaannya. Semua pegawai/staf akan dilibatkan secara langsung dalam
program ini, antaranya ialah MS ISO dan Hari Kualiti.
34. RISDA juga akan menumpukan kepada kebajikan pegawai/stafnya. Di antaranya
ialah mewujudkan peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang-bidang yang
diperlukan oleh RISDA dan penempatan/pertukaran pegawai/staf akan dibuat di mana yang
boleh memberi keselesaan kepada mereka dan mengurangkan masalah kepada yang terlibat.
Bagi merapatkan hubungan antara pihak Pengurusan RISDA dan pegawai/staf, majlis
Page 9
dialog, mesyuarat dan majlis bersama jabatan akan diadakan dengan lebih kerap dan ini
diharapkan akan dapat menyelesaikan banyak masalah supaya tumpuan kepada kerja dapat
dipertingkatkan. RISDA juga akan memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti yang sesuai seperti
aktiviti sukan dan kelab. Segala kemudahan/bantuan yang sepatutnya akan diberi dan semua
pegawai/staf digalakkan untuk turut serta secara aktif.
C. Bajet Pembangunan 2005
35. Kerajaan telah meluluskan peningkatan siling peruntukan kepada RISDA di bawah Kajian
Separuh Penggal RMKe-8 dari RM507.24 juta kepada RM886.21 juta, termasuk siling bagi
tahun 2005 sebanyak RM160.72 juta. Sungguh pun begitu, dalam bajet 2005, RISDA hanya
diberi peruntukan pembangunan sebanyak RM129.00 juta mengikut pecahan seperti berikut :-.
Program Peruntukan
(RM)
i. Tanam Semula Berturut 5,000,000
ii. Tanam Semula Getah Ke Getah Integrasi (TSGGI) 106,000,000
iii. Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL) 7,000,000
iv. Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain < 2.5 Hektar 9,400,000
v. Khidmat Pengembangan/Pemb. Manusia & Institusi 1,600,000
Jumlah 129,000,000
36. Bagi menampung bajet 2005 yang tidak mencukupi, Pengurusan RISDA akan
mengemukakan permohonan menambah peruntukan melalui penggunaan sumber dalaman
sebanyak RM82,028,120 dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa akan datang. Peruntukan yang
dipohon adalah seperti berikut :-
Program Peruntukan
(RM)
i. Program Tanam Semula 17,745,040
ii. Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) 3,000,000
iii. Projek Integrasi Tanam Semula Getah (PITG) 5,000,000
iv. Pemulangan Wang Ses Estet 10,000,000
v. Faedah Pinjaman Kerajaan 2,845,000
vi. Kemudahan Pengurusan 27,862,220
vii. Sumbangan Kepada Belanja Mengurus 15,575,860
Jumlah 82,028,120
Page 10
D. Penerusan Pendekatan Model Pembangunan Pekebun Kecil (Model Bisnes Strategik
RISDA)
Teraju 1: Pembangunan Tanam Semula Dan Perladangan
37. Pada tahun 2005, RISDA akan terus melaksanakan tujuh Program Tanam Semula
sebagai aktiviti teras yang meliputi program-program berikut:-
Jenis Program Matlamat Fizikal
(Hek.)
1. Tanam Semula Getah ke Getah Intergrasi (TSGGI)- Ansuran I
2. Tanam Semula Getah ke Getah Intergrasi (TSGGI)- Berikut
3. Tanam Semula Getah ke Tanaman Lain (TSGL komited 2001)-
Berikut
4. Tanam Semula Bantuan Berturut (kelulusan RMKe-7 &
sebelum)
5. Rancangan Pemulihan Kebun (RPK) Tanam Semula
6.Tanam Semula Getah ke Tanaman Lain (TSGL) < 2.5 hektar
?Ansuran I
7.Tanam Semula Getah ke Tanaman Lain (TSGL) < 2.5 hektar
?Berikut
20,000
63,633
10,300
375
2,000
5,000
2,500
38. Kejayaan Program Tanam Semula boleh diterjemahkan melalui tempoh keremajaan pokok
dan produktiviti hasil. Kita masih terus mengekalkan dan memperkukuhkan piawaian (standard)
bagi aspek ini iaitu bagi tanaman getah, tempoh keremajaan ialah 4 ? tahun dengan produktiviti
1,500 kg/hektar/tahun dan bagi tanaman sawit pula, tempoh keremajaan ialah 2 ? tahun
dengan produktiviti 20 mt/hektar/tahun. Kunci utama dalam memastikan piawaian ini tercapai
haruslah selari dengan peranan pengembangan di lapangan yang semestinya mantap dan
sistematik. Pengukuhan dalam pelaksanaan secara holistik ke arah matlamat tersebut telah
dirangkakan melalui Arahan Ketua Pengarah Bil.9/2004 bertarikh 29 November 2004 sebagai
tambahan kepada AKP Bil.14/2001 yang perlu dijadikan asas rujukan oleh semua pihak.
39. Kursus secara formal dan informal kepada staf dan pekebun kecil akan dipergiatkan,
khususnya dalam bidang teknologi yang tertentu. Langkah ini bertujuan bagi memastikan staf
Page 11
dan pekebun kecil terbabit mempunyai ilmu pengetahuan terkini dalam teknologi tanaman
getah, sawit dan tanaman integrasi. Semua PRN/PRD diminta mengadakan kursus in-situ
setiap dua minggu sekali (hari Sabtu/Khamis) di lapangan dan dibuat secara berjadual sesuai
dengan keperluan setempat.
40. Pemantauan yang berterusan perlu dilakukan oleh PRN/PRD ke atas pencapaian matlamat
yang telah saya nyatakan di atas. Program Pemantauan 3:3:1:3 yang diperkenalkan dalam
tahun 2002 perlu diambil perhatian dengan lebih serius dalam pelaksanaannya. Ini penting
kerana melalui program ini, pihak RISDA boleh menggunakan data yang dikumpul untuk
melihat kejayaan Program Tanam Semula. Oleh itu, saya meminta semua PRN/PRD
memastikan elemen-elemen penting dalam program ini dilaksanakan dengan lancar. Ini
termasuklah memastikan proses pengemaskinian data dalam Buku Rekod Ladang oleh
Pembantu Pertanian sentiasa dilakukan. Ketepatan data merupakan satu lagi elemen yang
perlu diambil berat kerana ia mencerminkan sumbangan RISDA dalam membangunkan sektor
pekebun kecil.
Teraju 2: Pembangunan Ekonomi Tambahan
41. Pembangunan Program Ekonomi Tambahan telah masuk tahun kedua pelaksanaannya.
Secara keseluruhannya, Program ini telah berjaya meningkatkan pendapatan pekebun kecil
tetapi masih ada ruang untuk memperbaiki pelaksanaannya. Kita perlu membuat penilaian
semula tentang keberkesanan program ini dari segi pemilihan projek, pemilihan peserta dan
pemasaran produk yang dihasilkan.
42. Pada tahun 2003 dan 2004, sejumlah 682 projek telah dilaksanakan oleh 1,040 orang
pekebun kecil yang meliputi bidang ternakan, akuakultur, tanaman dan ekonomi desa di bawah
Program AET dan PITG. Jumlah peruntukan yang terlibat adalah RM17,152,580. Pelaksanaan
projek-projek ini mestilah dipantau secara berterusan untuk memastikan ia memberi manfaat
kepada pengusahanya.
43. RISDA akan mewujudkan satu Pelan Tindakan Meningkatkan Ekonomi Pekebun Kecil
pada tahun 2005 yang akan merangkumi satu perancangan 5 tahun dalam RMKe-9. Bahagian
Peningkatan Ekonomi diminta untuk merangka Pelan Tindakan ini dengan mengambil kira
bilangan dan peratus pekebun kecil yang boleh dibantu dan juga bilangan pekebun kecil yang
boleh mencapai pendapatan RM1,200 sebulan sekeluarga. Data Banci Pekebun Kecil 2002
boleh diguna untuk tujuan ini. Pada tahun 2005, data banci juga akan digunakan untuk
mengenal pasti peserta-peserta AET, PITG dan juga peserta projek di bawah SPKR.
Page 12
44. Projek-projek ekonomi yang akan di beri fokus adalah projek ?Low Risk High Return?.
Projek-projek yang dimaksudkan adalah dalam bidang di mana RISDA ada kekuatan dan
kepakaran serta mempunyai bekalan baka, benih, makanan yang mencukupi serta pasaran
yang pasti. Projek-projek lain yang sedia ada akan dikaji semula.
45. Dari segi pemilihan peserta, kategori pendapatan akan dimasukkan sebagai salah satu
kriteria kelayakan pemohon. Hanya pekebun kecil yang mempunyai pendapatan di bawah
kategori mudah miskin iaitu di bawah RM1,200 sebulan sekeluarga akan layak untuk menerima
bantuan AET atau PITG. Staf dan bakal peserta akan diberi latihan kemahiran mengikut bidang
yang diberi keutamaan.
46. Sejumlah RM3.0 juta di bawah Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) dan RM5.0 juta di bawah
Projek Integrasi Tanam Semula Getah (PITG) akan disediakan untuk melaksanakan projek-
projek yang berdaya maju dan ada potensi pasaran. Di samping peruntukan ini, Pengurusan
RISDA akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan bagi Program Peningkatan Pendapatan
(PPP) di bawah SPKR daripada KKLW untuk membolehkan lebih ramai pekebun kecil
mendapat manfaat.
47. Untuk memantapkan lagi pelaksanaan pembangunan ekonomi tambahan, struktur
organisasinya akan diperkemaskan. Semua PRN diminta untuk mengadakan Unit Khas
peningkatan ekonomi di negeri dan daerah. Sebagai langkah untuk memastikan program ini
dilaksanakan secara serius, pencapaian program ini akan dimasukkan ke dalam SKT semua
PRN dan PRD.
48. Selain daripada Program Peningkatan Ekonomi, pendekatan Satu Daerah Satu Industri
(1D1I) RISDA di bawah pemantauan KKLW akan diberi tumpuan khas. Produk di bawah
program ini ialah produk daun getah dan makanan ringan. Pada tahun 2004, penekanan telah
diberi kepada produk kraf daun getah dan Alhamdullillah pencapaian industri ini adalah
membanggakan. Seramai 232 orang wanita pekebun kecil telah terlibat dalam industri dan
kajian keberkesanan projek yang dilaksanakan oleh BPE telah membuktikan projek ini dapat
meningkatkan pendapatan keluarga pekebun kecil dari RM300 sehingga RM1,500 sebulan.
Pada tahun 2005, fokus akan diberi kepada produk makanan ringan dari segi mutu produk,
pembungkusan dan pemasarannya. Satu jenama akan dikenal pasti untuk semua produk
makanan ringan. BPE juga akan memberi fokus kepada pengeluaran dan pemasaran produk-
produk ekonomi desa. Sub-unit pengeluaran dan pemasaran akan diwujudkan di bawah unit
ekonomi desa yang sedia ada.
Teraju 3: Pembangunan Ekonomi Komersial
Page 13
49. Pada tahun 2004, peratus kejayaan projek-projek komersial yang diurus oleh Anak
Syarikat RISDA adalah rendah dan pembayaran dividen kepada pekebun kecil tidak dapat
dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan. Perkara ini telah dibangkitkan oleh KKLW dan
RISDA telah diminta untuk memastikan pekebun kecil memperoleh dividen daripada projek-
projek komersial ini.
50. Dalam tahun 2005, urusan pusat-pusat pembakaan dan pembiakan serta projek-projek
ternakan komersial yang diuruskan oleh RSPSB dan ESPEK akan dikaji semula sama ada akan
diserahkan pengurusannya kepada BPE, PRN/PRD atau diurus oleh satu entiti perniagaan
yang sedia ada atau baru. Projek Komersial ini perlu diurus dan dilaksanakan sebaik mungkin
dan sepatutnya menjadi contoh kepada pekebun kecil yang berminat untuk mengusahakan
projek secara komersial.
51. Bagi projek-projek komersial yang masih diurus oleh Agen Mengurus sama ada Anak
Syarikat atau Koperasi, RISDA akan mewujudkan Key Performance Indicators (KPI) untuk
memastikan mereka benar-benar mengikut Industry Standard dalam pengurusan projek
tersebut.
Teraju 4: Pembangunan Manusia Dan Institusi Pekebun Kecil
52. Di samping pembangunan fizikal, RISDA tetap meneruskan agenda bagi
membangunkan manusia supaya pembangunan fizikal yang dilaksanakan dapat dimanfaat dan
difahami oleh kumpulan sasar. Pembangunan manusia akan menjadi mudah sekiranya
dilakukan melalui sesuatu pertubuhan atau institusi. Untuk itu, institusi sedia ada iaitu Koperasi
Pekebun Kecil (KPK), Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) dan Kampung Gerakan
Daya Wawasan (GDW) perlu diperkasakan dalam segala aspek.
Pembangunan Koperasi Pekebun Kecil
53. Matlamat pembangunan KPK bertujuan memantapkan institusi ini supaya mampu memberi
perkhidmatan terbaik kepada ahli-ahlinya. PRN, PRD/PRJ dan Pengurus KPK hendaklah
senantiasa memantau serta mengambil tindakan pembaikan atas sistem pelaksanaan sekarang
agar ia bersesuaian ke arah pencapaian matlamat 2005 yang digariskan seperti berikut :-
i. Setiap KPK memperoleh seramai 20 ahli baru.
ii. Seramai 50 orang ahli bagi setiap KPK membayar saham penuh.
iii. Keuntungan bersih setiap KPK sekurang-kurangnya RM100,000.
Page 14
iv. Dividen dibayar oleh setiap KPK sekurang-kurangnya sebanyak 10 peratus.
v. Semua KPK mengaplikasi sepenuhnya Perisian PESAKA PLUS dalam urusan berkaitan
keahlian, kewangan dan perniagaannya.
vi. Keputusan atas kedudukan ahli yang tidak aktif (dormant) perlu diselesaikan supaya
KPK mempunyai ahli yang berkualiti dan sentiasa bersama dalam memajukan KPK.
vii. Perkongsian bijak antara KPK dengan Anak Syarikat dipertingkatkan lagi ke tahap 80
peratus, terutama yang melibatkan sektor pekebun kecil.
viii. Sebanyak 20 peratus daripada Tabung Pendidikan KPK disalurkan untuk program
tuisyen anak-anak pekebun kecil.
54. Perkongsian bijak yang jujur dan telus antara Anak Syarikat dengan KPK perlu
dipertingkatkan terutama bagi aktiviti-aktiviti huluan yang memberi faedah kepada kumpulan
sasar. Ini secara tidak langsung dapat membantu KPK meningkatkan kemahiran dalam
bidang yang sama, dan secara berperingkat-peringkat mengambil alih aktiviti-aktiviti huluan
yang sekarang ini masih dijalankan oleh Anak Syarikat.
55. Sinergi antara sesama KPK juga perlu diperkasakan agar KPK yang menghadapi
kekurangan peluang disebabkan faktor persekitaran dan dalaman mendapat dan merasai
peluang yang diperoleh oleh KPK yang lain. Ia bukan sahaja terhad kepada KPK dalam satu-
satu negeri, tetapi hubungan perniagaan ini perlu dilihat di kalangan KPK antara negeri.
Sehubungan dengan ini, adalah perlu setiap KPK mengenal pasti aktiviti teras masing-masing
dengan mengambil kira faktor kekuatan dan kepakaran mereka. Dalam masa yang sama,
kedudukan gred Pengurus KPK akan dikaji semula dan usaha untuk menaikkan gred akan
dilakukan berdasarkan kepada prestasi KPK. Ini bertujuan supaya Pengurus KPK lebih komited
dan tidak terabai dalam aspek pembangunan kerjaya mereka.
56. Jawatankuasa Pindaan Undang-Undang Kecil KPK yang telah ditubuhkan akan
meneruskan usaha bagi membolehkan pindaan ini diselesai dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung KPK tahun 2005. Sedemikian, setiap PRN/PRD dengan bantuan Bahagian
Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat akan menyelaraskan undang-undang kecil untuk
diserapkan dan seterusnya dibentangkan dalam mesyuarat agung masing-masing.
Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK)
57. Peranan perkumpulan wanita dalam membangunkan negara memang tidak dinafikan oleh
pihak Kerajaan. Dalam hal ini, RISDA tidak terkecuali memainkan peranan dalam memastikan
Page 15
golongan pekebun kecil wanita atau ahli wanita dalam keluarga pekebun kecil melibatkan diri
dalam meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing.
58. Jika dilihat kepada senario PWPK semasa, ia masih berada di tahap yang belum
memuaskan dan usaha yang lebih gigih perlu diambil bagi menjadikan perkumpulan ini benar-
benar memainkan peranan yang lebih mantap. Sehubungan ini, langkah-langkah seperti
menyusun semula struktur dan fungsi PWPK dan memantapkan peranan Penggerak PWPK
perlu diambil. PRN dan PRD/PRJ perlu mengambil tindakan pengukuhan Unit atau Seksi
PWPK supaya proses pemantauan, mengenal pasti bentuk perkongsian bijak dengan
pertubuhan wanita agensi lain dan swasta serta memperluas jaringan pasaran dapat dilakukan.
59. Petunjuk atau Indeks Prestasi (Performance Index) dan pemantauan gerak kerja PWPK
telah dirangkakan agar hala tuju arah PWPK ini menjadi lebih jelas kepada semua lapisan
pegawai dan staf. Untuk tujuan ini, pematuhan kepada Arahan Ketua Pengarah yang berkaitan
dengannya akan menjadi asas panduan ke arah kecemerlangan PWPK di masa hadapan.
60. Usaha supaya penggabungan PWPK di bawah GDW dan menjadikannya sebagai satu
cabang di bawah Biro Wanita JKKK Kampung GDW hendaklah dimulakan. Ini bertujuan
supaya JKKK terlibat sama dalam membantu kejayaan PWPK dan ia menjadi satu agenda
dalam setiap mesyuaratnya.
61. Pihak Pengurusan akan berusaha membantu dalam memberi latihan dalam aspek
pembangunan insan dan juga kemahiran kepada ahli dan Penggerak PWPK. Sehubungan
dengan itu, agihan peruntukan daripada Program Pembangunan Manusia dan Institusi, khusus
untuk pembangunan PWPK akan disediakan.
Gerakan Daya Wawasan
62. Dalam memperkatakan GDW ini, penghayatan kepada konsep pembangunan bersepadu
dalam menjadikan kampung maju, menarik dan menguntungkan dengan masyarakatnya yang
inovatif, kreatif, bekerjasama dan berfikiran global hendaklah diterapkan kepada semua staf di
lapangan. Ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri
pada 16 Julai 2003 yang telah bersetuju supaya pelaksanaan GDW melibatkan semua
kampung dan tidak terhad kepada kampung-kampung yang mempunyai potensi sahaja. Oleh
itu, semua kampung akan digerakkan supaya membangunkan desa dan masyarakat masing-
masing berteraskan konsep perkongsian bijak (smart partnership) yang melibatkan pihak
Kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
Page 16
63. PRN dan PRD/PRJ hendaklah berusaha untuk melaksanakan usaha dan merangka
strategi supaya mencapai matlamat sebagaimana yang digariskan dalam Arahan Ketua
Pengarah Bil. 8/2004. Perlu diingat, jangan sekali-kali kita lupa melibatkan sama JKKK dan
agensi kerajaan yang lain dalam usaha kita melaksanakan sebarang projek di kampung
berkenaan.
64. Dalam kita berusaha menjadikan sesebuah kampung itu Kampung GDW kelolaan RISDA,
kita juga turut berperanan dalam usaha bersepadu membangunkan Kampung GDW kendalian
agensi KKLW yang lain. Setiap projek kita perlu wujud dalam direktori projek kampung
berkenaan. Saya tidak mahu berlakunya keadaan di mana dalam satu-satu kampung GDW
terdapat projek RISDA, tetapi tidak tersenarai dalam projek kampung berkenaan. Kita bukan
bertujuan untuk menonjolkan diri tetapi penampilan ini sedikit sebanyak membantu RISDA
dalam menanam benih kepercayaan dan membuka minda mengenai peranan dan keupayaan
RISDA dalam membantu masyarakat luar bandar.
65. Dalam usaha meningkatkan bilangan penduduk luar bandar yang celik komputer di
kawasan luar bandar, pihak Kementerian telah menyarankan RISDA menubuhkan beberapa
buah Medan Infodesa (MID). Pada masa kini, 3 buah MID iaitu di Kok Klang, Perlis; Kg.Pamah
Kulat, Pahang dan Kg. Jimah Baru, Negeri Sembilan telah dibangunkan. Sekurang-kurangnya
3 buah MID lagi akan dibina pada tahun 2005. Satu daripadanya iaitu Kg. Shafie, Bentong,
Pahang di mana telah diluluskan peruntukan awal sebanyak RM150,000 bagi tujuan pembinaan
infrastruktur. Kerja perolehan akan dimulakan dalam bulan Januari 2005.
66. Staf di lapangan perlu menggembleng tenaga dalam melaksanakan program-program
yang menyumbang kepada kejayaan Kampung GDW. Antara programnya ialah Program
Pengupayaan GDW, Ameniti Sosial, Latihan dan Konvensyen dan sebagainya.
Teraju 5: Pembangunan Ahli Isi Rumah
67. Dalam usaha RISDA memastikan teraju pembangunan ini benar-benar memberi impek
yang ketara, aspek pendidikan khususnya kepada generasi kedua pekebun kecil akan
dipergiatkan. Y.B. Menteri KKLW dalam ucapannya di Majlis Sambutan Hari Raya RISDA pada
6 Disember 2004 sekali lagi menekankan pentingnya aspek pendidikan ini di beri perhatian
kerana manusia akan mudah berubah dan maju dengan adanya ilmu pengetahuan. Dalam
majlis yang sama juga, Y.B. Pengerusi RISDA juga ada menyentuh perkara yang sama. Usaha
murni kita yang sedang dilaksana melalui Kolej RISDA akan dipergiatkan bagi memastikan
Page 17
tiada tangisan generasi kedua pekebun kecil kerana tertutup peluang untuk terus menimba ilmu
sebagai persediaan mereka dalam mengharungi situasi kehidupan yang makin mencabar.
68. Dengan peruntukan KKLW yang sering diterima saban tahun oleh RISDA melalui Program
Pembangunan Minda Insan (PPMI) dan Program Latihan dan Pendidikan (PLP), kursus dalam
membentuk jati diri pekebun kecil dan latihan kemahiran yang dikendalikan oleh Kolej RISDA
dan pengendali-pengendali kursus profesional akan dirancang untuk dilaksanakan dalam tahun
2005.
69. Bagi tahun 2005, RISDA telah memohon kepada Kementerian peruntukan sebanyak
RM397,000 bagi PPMI dan RM3.30 juta untuk PLP. Di samping itu, bagi Program Latihan ICT
Desa yang bertujuan bagi memastikan masyarakat luar bandar celik komputer, agihan
peruntukan kepada agensi masih lagi belum diputuskan oleh KKLW.
70. Dalam menjayakan program ini supaya ia memberi kesan yang dikehendaki, semua PRN
dan PRD/PRJ perlu memainkan peranan yang lebih agresif. Antaranya ialah :-
i. Membantu pihak Kolej RISDA dalam mengenal pasti dan menyalur segala bentuk
pertolongan kepada anak-anak pekebun kecil miskin untuk mendapatkan tempat di
Kolej RISDA. Dalam hal ini, Bahagian Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat perlu
dimaklumi tentang setiap anak pekebun kecil yang berjaya mendapat tempat bagi
urusan bantuan pembiayaan pengajian mereka.
ii. Memberi keutamaan kepada pekebun kecil yang dipantau dalam Program Pemantauan
3:3:1:3 menyertai kursus formal di bawah Program Pembangunan Minda Insan (PPMI).
Apa yang diharap daripada program ialah pembentukan insan yang bermotivasi supaya
akhirnya pengamalan teknologi yang diajar dan disalurkan kepada mereka dapat
dimanfaatkan.
E. Memantapkan Aktiviti Sokongan
Khidmat Pengembangan/Pembangunan Manusia Dan Institusi
71. Pihak KKLW telah menyarankan kepada RISDA dan agensi di bawahnya supaya
menitikberatkan latihan formal dan informal. Dalam hal ini, PRN dan PRD/PRJ perlu memantau
agar 60 peratus, saya ulangi 60 peratus, daripada perbelanjaan peruntukan Khidmat
Pengembangan digunakan untuk tujuan memberi latihan dan kursus ke arah perubahan sikap
dan meningkat kemahiran kumpulan sasar dan bakinya 40 peratus untuk menjalankan aktiviti-
Page 18
aktiviti lain yang berkaitan seperti penganjuran majlis-majlis pelancaran, perasmian, pameran,
ekspo dan sebagainya.
72. Bagi program yang melibatkan orang kenamaan, permohonan kelulusan peruntukan
hendaklah dibuat terlebih dahulu daripada Ibu Pejabat. Sebanyak RM200,000 akan
diperuntukkan untuk tujuan Penyelidikan dan Pembangunan
(R & D) di mana satu-satu teknologi baru yang diperkenalkan akan dilaksanakan di lapangan
melalui kaedah projek perintis dan dikembangkan kepada projek contoh. Di samping itu,
poster, risalah, buletin seperti IMPEK yang bercorak teknikal akan dipertingkatkkan
penerbitannya mengikut teknologi semasa yang bersesuaian.
73. Perkara ini saya tekankan di sini kerana hasil pemantauan dan kajian yang dibuat atas
perbelanjaan peruntukan Khidmat Pengembangan Tahun 2004 mendapati sebanyak 37 peratus
perbelanjaan dibuat bagi mengadakan majlis-majlis perasmian projek dan pemimpin bersama
rakyat. Hanya 16 peratus sahaja diguna bagi tujuan latihan formal dan informal. Analisis ke
atas peruntukan yang diberi untuk melaksanakan kursus formal, didapati hanya 35 peratus
yang digunakan oleh PRN dan PRD/PRJ. Berdasarkan kepada perbelanjaan keseluruhan
peruntukan Khidmat Pengembangan tahun lepas, peratus perbelanjaan amat
memberangsangkan. Ini menggambarkan kaedah dan cara penggunaan peruntukan masih
tidak mengikut matlamat dan kehendak pengurusan sebagaimana yang telah digariskan.
74. Walau pun peruntukan yang diberi di bawah program ini pada tahun 2005 ialah sebanyak
RM1.6 juta, peruntukan tambahan daripada sumber dalaman akan dipohon sebanyak RM2.0
juta, ini menjadikan jumlahnya RM3.6 juta bagi tujuan untuk membolehkan program ini dapat
dilaksanakan di lapangan mengikut arah hala yang ditetapkan.
75. Bagi latihan formal, RM1.0 juta akan disediakan bagi melaksanakan kursus berbentuk
kemahiran, teknologi tanaman getah, sawit dan tanaman-tanaman selingan, motivasi,
perubahan sikap dan pembangunan minda pekebun kecil. Semua Ketua PT perlu membuat
dan mengemukakan kertas cadangan kepada Pengarah Program atas sebarang kursus formal
yang ingin dijalankan di peringkat lapangan untuk dipertimbangkan kelulusannya. Ini bertujuan
supaya pelaksanaan latihan formal ini benar-benar tersusun baik dari segi kategori pesertanya,
kandungan kursus dan kewajaran kos yang akan terlibat. PRN dan PRD/PRJ hendaklah
merancang supaya latihan formal yang dirangka untuk tahun 2005 dapat dibuat mengikut tata
cara yang ditetapkan dan selesai dilaksanakan dalam bulan Oktober 2005. Dalam hal ini
wajaran perbelanjaan mengikut teraju pembangunan hendaklah diambil kira dan dipatuhi
seperti berikut:-
Page 19
Teraju Peratus Tumpuan
Pembangunan Tanam Semula & Perladangan 30
Pembangunan Ekonomi Tambahan 20
Pembangunan Ekonomi Komersial 5
Pembangunan Institusi Pekebun Kecil 25
Pembangunan Ahli Isi Rumah 20
76. Bagi melicinkan proses pemindahan teknologi, terutamanya kepada golongan pekebun
kecil, tenaga pengajar Kolej RISDA patut memberi kerjasama dalam memberi latihan kepada
golongan ini di premis Kolej RISDA.
77. Bagi meningkatkan produktiviti tanaman getah dan sawit, khidmat pengembangan
seharusnya tidak terhad pada peringkat pokok muda sahaja atau semasa kebun berkenaan
masih dalam bantuan tanam semula, tetapi hendaklah diteruskan pada peringkat pokok matang
semasa bantuan tanam semula telah habis dibayar. Selepas melabur modal, tenaga dan masa
dalam menjayakan kebun tanam semula, peringkat eksploitasi dan penuaian hasil tidak wajar
diabaikan.
Sektor Pembekalan Input Perusahaan
78. RISDA akan memperkemaskan pengurusan Pusat-Pusat Pembakaan & Pembiakan
yang telah ditubuhkan bagi membekalkan baka kepada peserta-peserta projek AET dan PITG.
A. Pusat Pembakaan Dan Pembiakan Kambing Boer
79. Penubuhan 4 buah Pusat Pembakaan dan Pembiakan di Kg. Awah, Temerloh; Tanjung
Genting, Sintok; Kg.Wek, Machang dan yang terbaru di Mersing, Johor bertujuan membekalkan
anak baka Kambing Boer yang berkualiti pada kadar harga yang berpatutan kepada pekebun
kecil. Namun setelah 2 tahun pelaksanaannya, kita masih menghadapi masalah untuk
membekal anak baka Kambing Boer yang mencukupi kepada pekebun kecil kerana pusat-pusat
ini belum berupaya mengeluarkan anak baka seperti yang dikehendaki. Setakat Disember
2004, RSPSB hanya dapat membekalkan 1,333 ekor anak Kambing Boer kepada 34 orang
pekebun kecil.
80. Bahagian Peningkatan Ekonomi dikehendaki memantau pusat-pusat ini dari segi
pengurusan, pengeluaran dan pembekalan baka kepada pekebun kecil. Pengurusan RISDA
Page 20
juga akan mengkaji semula penetapan harga jualan dan belian anak kambing supaya pekebun
kecil mendapat manfaat sepenuhnya daripada pusat-pusat ini seperti mana objektif
penubuhannya.
81. Berasaskan keadaan yang ada, bilangan anak baka Kambing Boer yang dijangka boleh
dikeluarkan dalam tahun 2005 adalah:-
i. Kg. Awah, Pahang - 1,800 ekor
ii. Tanjung Genting, Kedah - 900 ekor
iii. Kg.Wek, Kelantan - 900 ekor
iv. Mersing, Johor - 900 ekor
JUMLAH BESAR - 4,500 ekor
B. Pusat Pembakaan dan Pembiakan Ikan Tilapia Merah
82. Setakat Disember 2004, Pusat Pembakaan dan Pembiakan Ikan Tilapia Merah di Kg. Ajil,
Terengganu; Kg. Legeh, Kelantan dan Bukit Sireh, Kelantan telah membekalkan 3,178,580
ekor ikan tilapia kepada 400 orang pekebun kecil di bawah projek AET, PITG dan SPKR.
Namun begitu, Pengurusan RISDA berharap pusat-pusat ini akan terus berusaha untuk
meningkatkan mutu benih yang dikeluarkan dan di samping dapat mengurangkan kos
pengeluarannya. Jumlah benih yang dijangkakan boleh dikeluarkan dalam tahun 2005 adalah
:-
i. Kg. Ajil, Terengganu - 1.8 juta ekor
ii. Kg. Legeh, Kelantan - 3.0 juta ekor
iii. Bukit Sireh, Kelantan - 4.2 juta ekor
JUMLAH BESAR - 9.0 juta ekor
C. Pusat Pembakaan dan Pembiakan Burung Unta
83. Pada tahun 2004, Pusat Pembakaan dan Pembiakan Burung Unta di Changkat
Sulaiman, Perak hanya dapat mengeluarkan sebanyak 136 ekor anak Burung Unta kepada 8
orang pekebun kecil di sekitar Changkat Sulaiman. Mana kala dalam tahun 2005, Pusat ini
dijangka akan dapat mengeluarkan sebanyak 473 ekor anak Burung Unta untuk dibekalkan
kepada pekebun kecil di Negeri Perak sahaja.
D. Pusat Pembakaan dan Pembiakan Ayam Kampung Kacukan
Page 21
84. Pusat Pembakaan dan Pembiakan Ayam Kampung Kacukan yang diuruskan oleh
RSPSB di Ladang Sekijang, Segamat bertujuan untuk membekalkan anak-anak Ayam
Kampung Kacukan kepada pekebun kecil yang akan menjalankan projek di bawah Sektor
Pengeluaran Produk. Baka Induk yang digunakan adalah dari jenis JA 57i bagi baka betina
dan S 77n bagi baka jantan. Kedua-dua baka ini diimport dari Hubbard Isa Perancis.
85. Setakat Disember 2004, pusat ini telah membekalkan 13,500 ekor anak ayam kepada 9
orang pekebun kecil. Dijangka pada tahun 2005, sejumlah 78,000 ekor anak ayam dapat
dikeluarkan oleh pusat ini. Pengurusan RISDA berharap pusat ini dapat mengeluar dan
membekalkan anak ayam bermutu dengan harga yang rendah serta berterusan kepada
pekebun kecil.
Sektor Pengeluaran Produk
86. Tahun 2004 merupakan tahun kedua pekebun kecil melibatkan diri secara langsung di
lapangan dalam sektor pengeluaran produk. Secara keseluruhan projek yang telah
dilaksanakan pekebun kecil ini, telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka selaras
dengan objektif RISDA. Pada tahun 2003 dan 2004, sejumlah 682 projek AET dan PITG telah
dijalankan oleh seramai 1,040 orang pekebun kecil. Walau pun bilangan ini sedikit tetapi
program ini telah memberi impek yang positif dan berkesan kepada peningkatan ekonomi
kumpulan sasar.
87. Pengurusan RISDA berharap PRN, PRD dan staf RISDA dapat berganding bahu untuk
bekerja sebagai satu pasukan bagi membantu pekebun kecil dalam perancangan penggunaan
sumber sedia ada secara optimum untuk meningkatkan pendapatan mereka di samping
membantu Kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara. Dalam sektor ini,
peranan PRN dan PRD adalah amat penting sekali. PRN hendaklah membuat perancangan
menyediakan ?blueprint? projek-projek ekonomi yang mempunyai potensi pasaran dan berdaya
maju setelah berbincang dalam Jawatankuasa Teknikal Negeri yang melibatkan Jabatan
Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan lain-lain lagi.
88. Saya sekali lagi ingin mengingatkan diri kita bahawa kejayaan sesuatu projek itu banyak
bergantung kepada ketepatan pemilihan peserta, keupayaan dan kemahiran peserta di samping
melaksanakan program ini dengan penuh rasa tangungjawab dan terancang di samping
menjaga imej RISDA sebagai peneraju pembangunan pekebun kecil. Di samping itu, Bahagian
Page 22
Peningkatan Ekonomi dikehendaki mewujudkan satu sistem mengemas kini rekod pengusaha
di setiap negeri dan daerah.
Sektor Pengumpulan dan Pemasaran Produk
89. Sektor ini menjadi penentu sama ada sesuatu projek itu boleh menjadi berdaya maju,
berterusan dan sanggup diusahakan oleh pekebun kecil. Pada tahun 2003 dan 2004, RISDA
terpaksa juga terlibat secara terus untuk memantapkan sektor pengumpulan dan pemasaran
produk yang dikeluarkan oleh pekebun kecil. S'Mart yang diuruskan oleh RSPSB di Ipoh, Perak
merupakan salah satu saluran pemasaran bagi produk-produk daging kambing, lembu, ikan,
burung unta dan ayam kampung yang dihasilkan oleh anak syarikat dan pekebun kecil. Setelah
setahun beroperasi, S'Mart masih tidak berupaya untuk memasarkan hasil perniagaan tani
dengan baik. RSPSB perlu melipatgandakan usaha untuk mengurus S'Mart secara satu entiti
perniagaan yang berkesan. Adalah diharap dengan kelulusan peruntukan sejumlah RM800,000
daripada KKLW, RSPSB dapat mengatasi masalah ketiadaan modal pusingan untuk beroperasi
pada kapasiti optimum.
90. Pada tahun ini, 2 buah lagi S'Mart akan dibuka iaitu di tapak Ibu Pejabat dan di
bangunan Pejabat RISDA Negeri Selangor di Shah Alam. Peruntukan sejumlah RM2.8 juta
telah diterima pada tahun 2004 dan pembinaan S'Mart ini sedang diuruskan. Adalah
diharapkan dengan adanya tambahan saluran pemasaran ini, hasil-hasil perniagaan tani dapat
dipasarkan dengan lebih bersistematik.
91. Selain daripada S'Mart, RSPSB juga telah memasuki pasaran TESCO dan Pasar
Rakyat. Pendekatan yang lebih agresif perlu diambil dalam usaha memasarkan produk
keluaran pekebun kecil. Perancangan yang lebih rapi perlu diambil oleh BPE dan RSPSB dari
segi keperluan dan bekalan serta lokasi projek, jadual bekalan dan belian balik dalam sistem
integrator yang telah diwujudkan.
Sektor Pemerosesan Produk
92. Sektor ini juga akan diberi lebih penekanan pada tahun 2005. Kalau sebelum ini
penekanan telah diberi kepada Anak Syarikat untuk melaksanakan tugas ini, pada tahun 2005,
penekanan akan diberi kepada pekebun kecil yang berjaya untuk memainkan peranan
tersebut. Pekebun kecil yang mempunyai sifat keusahawanan dan sikap ingin maju akan diberi
peluang untuk melibatkan diri dalam sektor ini. Sektor ini bertujuan untuk menambah nilai
produk-produk di bawah sektor pengeluaran produk di samping untuk meluaskan golongan
pengguna produk tersebut.
Page 23
F. Pemulangan Wang SES Estet
93. RISDA dipertanggungjawabkan bagi pemulangan wang ses tanam semula kepada
estet-estet yang berdaftar dengan Rancangan Perusahaan Getah (Penanaman Semula) Bagi
Estet-Estet 1974. Sumbangan industri getah kepada ekonomi negara amat diperlukan dan
dijangka dengan harga yang tinggi, sektor estet akan mengekalkan kawasan getah seperti yang
ada dan dapat mengatasi pelbagai masalah buruh dengan penggunaan teknologi yang ada di
masa kini.
94. Bagi memenuhi keperluan tugas ini, Bahagian Estet akan memperuntukkan RM10 juta
untuk pemulangan wang ses estet dalam tahun ini. Bersesuaian dengan budaya kualiti yang
diamalkan, Bahagian Estet akan membentangkan cadangan Piagam Pemulangan Wang Ses
Estet kepada Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA akan datang.
G. Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR)
95. Penglibatan RISDA dalam pelaksanaan program ini adalah selaras dengan fungsi RISDA
yang termaktub dalam Akta RISDA (Akta 85, Tahun 1972) di mana RISDA diminta mengambil
bahagian dalam apa-apa aktiviti yang ditentukan oleh Menteri yang bertanggungjawab dari
semasa ke semasa berhubung dengan pembaikan dan kemajuan sektor pekebun kecil.
96. Penampilan RISDA sebagai agensi pelaksana yang berwibawa hendaklah dibuktikan
dengan melaksanakan program yang diberi oleh pihak KKLW dengan jayanya. Penambahan
tugas kita dalam bidang pembangunan luar bandar adalah selaras dengan cadangan perluasan
skop tugas dan tanggungjawab melalui pindaan Akta RISDA 1972 selepas diluluskan oleh
Mesyuarat JKMPPK. Lantaran itu, saya menyeru semua lapisan pegawai dan staf yang
melaksanakan program ini agar memberi komitmen yang sama tinggi sebagaimana kita
melaksanakan program pembangunan RISDA seperti tanam semula dan sebagainya.
97. Bagi tahun 2005, selain daripada peruntukan Program Pembangunan Minda Insan
(PPMI) dan Program Latihan dan Pendidikan (PLP) yang dipohon sebagaimana yang telah
saya nyatakan, kita juga telah mengemukakan permohonan peruntukan bagi program-program
SPKR lain. Jumlah peruntukan SPKR 2005 yang telah dipohon adalah sebanyak RM17.06 juta.
Selain itu, RISDA telah pun menerima peruntukan sebanyak RM850,000 bagi melaksanakan
projek yang telah dikenal pasti oleh KKLW di bawah Program Pengupayaan GDW. Antaranya
ialah Program Integrasi Desa. RISDA juga diberi kepercayaan oleh KKLW bagi meneruskan
Page 24
pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS) Kg. Sungai Berua, Hulu
Terengganu yang tidak dapat diteruskan pelaksanaannya oleh pihak lain.
H. Program Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP)
98. RISDA Terengganu masih diberi kepercayaan oleh Pejabat Pembangunan Negeri
Terengganu untuk terus mengendalikan pelaksanaan Program DKKP seperti Program Bantuan
Rumah (PBR) dan Program Tambahan Makanan Seimbang (PTMS) dalam tahun 2005.
Pengurusan RISDA akan terus memberi sokongan dan bantuan kepada RISDA Terengganu
dalam menjayakan program ini.
I. Peningkatan Program ICT
99. RISDA telah memasuki era kedua dalam perkembangan ICT di mana tumpuan diberi
kepada pembangunan sistem maklumat untuk kegunaan pihak pengurusan pertengahan dan
atasan. Ini merupakan peningkatan daripada era pertama (1989 ? 2000) yang lebih ditumpukan
kepada pembangunan sistem maklumat yang membantu dalam kerja-kerja operasi harian
RISDA dan juga pengolahan maklumat pada peringkat pengurusan operasi. Usaha-usaha
penambahbaikan yang telah dibangunkan untuk tahun 2005 adalah seperti berikut :-
a) Sistem Maklumat Pekebun Kecil (SMPK) telah dilaksanakan secara projek perintis di
PRN Melaka, PRD Segamat, PRD Kulim dan PRN Pulau Pinang. Sumber data utama
kepada sistem ini ialah data banci 2002, data SMB serta sistem lain yang melibatkan
pekebun kecil seperti AMER yang dikendalikan oleh RSPSB. Satu mekanisme yang
mantap akan diwujudkan bagi memastikan maklumat pekebun kecil dapat
dikemaskinikan secara berterusan.
b) Sistem Maklumat Bersepadu (SMB) adalah merupakan sistem maklumat utama di
peringkat PT yang mengendalikan urusan bantuan tanam semula, bekalan mata benda
dan perakaunan. Sistem ini berkembang dari semasa ke semasa dengan tambahan
modul TSK, Statistik Tanam Semula dan TSGL. Sistem ini akan dikembangkan lagi
dengan modul pengembangan, modul projek, modul produk, perkumpulan wanita serta
latihan pekebun kecil. Bagi menampung pertambahan data yang semakin meningkat
serta tambahan modul-modul baru, SMB akan dibangunkan semula dengan
Page 25
menggunakan perisian pangkalan data yang berkapasiti tinggi dan mempunyai ciri
keselamatan data yang terjamin.
c) Perwujudan pangkalan data pekebun kecil akan membolehkan Sistem Maklumat
Eksekutif dibangunkan sebagai media utama kepada pihak pengurusan pertengahan
dan atasan untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu mereka dalam
membuat perancangan dan keputusan. Sistem Maklumat Eksekutif akan menggunakan
juga maklumat daripada pangkalan data personel dan pangkalan data kewangan agar
maklumat yang dijana akan menggabungkan maklumat fizikal, kewangan dan
penggunaan tenaga manusia.
d) Infrastruktur teknologi maklumat akan dipertingkatkan lagi terutamanya bagi
menghubungkan semua PT dan Ibu Pejabat menerusi rangkaian Wide Area Network
(WAN). Satu rangkaian komunikasi data yang menyeluruh dan bersepadu yang dikenali
sebagai RISDA*Net dijangka akan dapat disiapkan pada awal tahun 2005. Dengan
adanya RISDA*Net, penghantaran data daripada PT ke Ibu Pejabat dan sebaliknya
dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.
e) Laman Web RISDA sedang ditingkatkan fungsinya dengan memasukkan
f) elemen-elemen interaktif, dinamik dan multi media dengan menyediakan perkhidmatan
atas talian kepada pelanggan RISDA, terutamanya pekebun kecil. Perkhidmatan ini
membolehkan pekebun kecil membuat pertanyaan tentang bantuan tanam semula dan
projek-projek lain yang disertainya. Ruangan forum akan disediakan bagi membolehkan
pekebun kecil mengemukakan pertanyaan dan mendapatkan nasihat daripada pegawai
RISDA.
g) Pembekalan perkakasan komputer akan dipertingkatkan sehingga ke Pejabat
Stesen. Komputer yang berprestasi rendah, lama, yang rosak dan tidak ekonomik untuk
dibaiki akan diganti dengan komputer baru mengikut norma yang telah ditetapkan.
h) Projek ICT dalam era kedua juga akan mengambil kira pelaksanaan Kerajaan Elektronik
(EG) sebagai program perdana Kerajaan dalam projek MSC. Beberapa aplikasi utama
dalam pakej Kerajaan Elektronik seperti Project Monitoring System (PMS II), Human
Resource Management Information Systems (HRMIS) dan e-Perolehan akan
dilaksanakan secara berperingkat di semua agensi Kerajaan termasuk RISDA.
J. Khidmat Kejuruteraan
Page 26
100. Pada tahun 2005, RISDA Negeri Selangor dan Johor akan mendapat bangunan pejabat
yang baru. Bangunan PRN Selangor bernilai RM5.2 juta dijangka akan dapat diduduki
menjelang Januari 2005 mana kala bangunan PRN Johor juga bernilai RM5.2 juta dijangka
dapat diduduki pada bulan April 2005. Bagi PRN Perak (anggaran nilai kontrak RM4.8 juta),
kerja pembinaan akan dapat dimulakan pada bulan Februari 2005 dan dijangka dapat disiapkan
menjelang bulan Jun 2006. Di samping itu, pihak Pengurusan RISDA juga merancang untuk
membina beberapa lagi bangunan untuk Pejabat RISDA Daerah dan Pejabat Stesen.
101. Peruntukan sebanyak RM5.0 juta akan disediakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan
pembaikan bangunan-bangunan pejabat sedia ada untuk menambahkan lagi keselesaan
kepada pegawai dan staf.
K. Pembangunan Korporat
102. Sebagaimana saranan Y.B. Menteri kita, Anak-anak Syarikat hendaklah memainkan
peranan yang boleh membantu meningkatkan ekonomi serta taraf kehidupan penduduk luar
bandar. Usaha berterusan hendaklah dilakukan bagi memberi perkhidmatan dan bekalan yang
berkualiti kepada pelanggan. Sumbangan kepada memaksimumkan ?Shareholder's Wealth'
merupakan objektif utama setiap syarikat. Kesinambungan dan pengukuhan aktiviti teras
hendaklah dipergiatkan supaya menjadi lebih kompetitif.
103. Unit Perancang Ekonomi, JPM mengunjurkan ekonomi negara akan berkembang pada
kadar 6.0 peratus tahun ini. Oleh itu untuk mencapai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi,
Anak-anak Syarikat perlu menggubal dan mengubah suai dasar, strategi serta pendekatan
dalam aspek meningkatkan produktiviti, pengetahuan, kemahiran dan sistem penyampaian.
Disamping itu, Key Performance Indicators (KPIs) perlu disediakan sebagai pengukur atau
tanda aras untuk menentukan matlamat tercapai.
Unjuran Prestasi Perniagaan 2005
104. Syarikat Milikan/Anak Syarikat dijangka akan terus berkembang dalam tahun 2005 dengan
dibantu oleh kemantapan ekonomi negara serta andaian paras harga komoditi terus kukuh.
Keuntungan sebelum cukai yang diunjurkan adalah seperti berikut :-
Syarikat RM Juta
SHDC 0.50
Page 27
ESPEK 2.49
RSSB 1.95
PROTAC 0.35
PRB 2.58
RSPSB 4.26
RWSB 20.50
KRIS 2.30
RISDA Fleet 0.50
Jumlah 15.43
Smallholders Development Corporation Sdn. Bhd. (SHDC)
105. SHDC masih mengekalkan aktiviti terasnya iaitu Pengurusan dan Pembangunan
Hartanah dengan sokongan daripada aktiviti Perniagaan Am dan Khidmat Keselamatan.
Pembangunan hartanah di Sungai Petani dijangka akan dimulakan pada awal Januari 2005.
SHDC hendaklah memastikan supaya pelaksanaan dan sasaran kerja menepati seperti yang
dirancang. Di samping itu, SHDC hendaklah menentukan Pusat Latihan RISDA (RISTEC) di
Port Dickson yang mula beroperasi pada 1 September 2004 memberikan perkhidmatan yang
terbaik kepada pelanggan, sama ada pelanggan dalaman dan juga kepada pasaran luar.
106. SHDC juga hendaklah menguruskan sewaan semua hartanah RISDA yang tidak
digunakan oleh RISDA dan Anak-Anak Syarikat di mana ini akan dapat meningkatkan lagi
pendapatan Tabung Akaun Amanah Pengurusan Hartanah RISDA dan juga prestasi urus
niaga. Bagi bidang keselamatan, SHDC hendaklah memperbaiki mutu perkhidmatan di
samping memperluaskan perkhidmatan tersebut di pasaran luar.
Estet Pekebun Kecil Sdn. Bhd. (ESPEK)
107. Dalam tahun 2005, program tanam semula akan diteruskan dengan menebang 1,231
hektar pokok sawit tua untuk digantikan dengan pokok lebih produktif. Kawasan matang seluas
31,531 hektar berpotensi memberi tambahan hasil BTS sebanyak 15,000 tan atau peningkatan
3 peratus berbanding tahun 2004. Pengurusan ESPEK akan terus berusaha untuk
meningkatkan produktiviti Ladang-ladang RISDA melalui program pembajaan yang cost
effective dan amalan agronomi yang baik. Selain daripada itu, program mekanisasi di Ladang-
Page 28
ladang RISDA telah terbukti dapat mencapai kecekapan dan keberkesanan untuk
meningkatkan produktiviti pekerja dan kos pengeluaran.
108. Pengurniaan Sijil ISO/IEC 17025 kepada makmal ESPEK Research & Advisory Services
(ERAS) akan terus dipelihara untuk terus memberi kualiti perkhidmatan yang tinggi dan
memuaskan pelanggan. Usaha akan ditingkatkan untuk mendapatkan kontrak kerja pemetaan
GPS/GIS daripada FELDA yang telah menawarkan kontrak pemetaan pada tahun 2004 selain
memberi perkhidmatan kepada pemilik ladang yang lain.
109. Mulai tahun 2005, kesemua kilang sawit RISDA akan diuruskan oleh ESPEK
sepenuhnya. Tumpuan hendaklah diberikan bagi memastikan peningkatan pengeluaran kilang-
kilang melebihi tahap optimum dan seterusnya menjanakan pulangan yang memuaskan. Untuk
itu, tindakan diambil bagi menambah kuantiti BTS yang diproses mencapai kapasiti maksimum,
membekalkan kepada kilang RISDA dengan BTS yang berkualiti tinggi serta memenuhi
piawaian gred MPOB.
RISDA Semaian Dan Landskap Sdn. Bhd. (RSSB)
110. Sejajar dengan tema Pakar Semaian dan Landskap Anda RSSB hendaklah sentiasa
berusaha untuk meningkatkan prestasi dalam pengurusan tapak semaian getah, semaian sawit
dan pengurusan Pusat Jualan/Khidmat Landskap terutama dari segi penjagaan kualiti. Dalam
tahun 2005, pastikan perancangan yang rapi untuk penyediaan benih getah dan kelapa sawit.
Dalam hal ini, RSSB perlu melibatkan KPK dan kontraktor individu dalam penyediaan
sebahagian daripada benih getah dan sawit tersebut, memandangkan keperluan benih getah
dianggarkan sebanyak 10 juta pokok sementara untuk benih kelapa sawit berjumlah 4.30 juta
pokok.
111. Pusat jualan RSSB hendaklah terus berusaha meningkatkan hasil jualan dengan strategi
dan produk yang berdaya saing dalam pasaran. Sebagai One Stop Garden Centre' RSSB
perlu mempergiatkan lagi kempen serta promosi untuk menaikkan imejnya.
Protac Insurance Brokers Sdn Bhd
112. PROTAC telah dianugerahkan Sijil ISO 9001:2000 dalam skop ?Provision of Insurance
Broking and Insurance Services? pada tahun 2004. Dengan anugerah tersebut PROTAC
hendaklah berusaha meningkatkan lagi pendapatannya pada tahun 2005 dengan
Page 29
menggerakkan secara aktif jentera pemasarannya dalam mencari pelanggan baru di samping
mengekalkan pelanggan yang sedia ada.
113. Dalam meningkatkan prestasinya pada tahun 2005, PROTAC perlu menembusi insurans
yang lebih berisiko tinggi seperti insurans perkapalan antarabangsa dan ?independent power
plan' yang menggunakan syarikat insurans luar negara. Dengan adanya staf yang
berpengalaman dan berkemahiran, PROTAC mampu mencapai target yang dikehendaki.
Permodalan RISDA Berhad (PRB)
114. PRB sebagai ‘Investment Arm' kepada RISDA hendaklah terus mengekalkan usahanya
yang cekap dalam pengurusan dana pelaburan dan pentadbiran pembiayaan. Selaras dengan
etika kerja syarikat, kepentingan pemilik dana hendaklah sentiasa diutamakan.
115. Bagi memastikan kesinambungan dan pengukuhan aktiviti perkhidmatan, PRB perlu
mempertingkatkan perkhidmatan sokongan dalam bidang teknologi komunikasi maklumat (ICT),
kewangan dan pembangunan sumber manusia. Penekanan dalam penyelidikan hendaklah
juga diberi perhatian bagi memastikan keputusan pelaburan dibuat dengan tepat. Status
anugerah pensijilan MS ISO 9001: 2000 hendaklah dikekalkan di samping penambahbaikan
yang berterusan kepada pengurusan sistem kualiti syarikat.
RISDA Smallholders Plantation Sdn. Bhd. (RSPSB)
116. RSPSB hendaklah memastikan matlamat pendapatan dalam Flagship 1 Model Bisnes
Strategik RISDA bagi peserta-peserta projek yang diurusnya tercapai. Ini sangat penting untuk
membolehkan hasrat RISDA dalam Model Pembangunan tersebut terlaksana dengan jayanya.
Oleh yang demikian sangat perlu dipertingkatkan tahap kecekapan dalam pengurusan dan
pelaksanaan projek supaya produktiviti meningkat ke tahap optimum bagi membolehkan projek
yang diurus mencapai keuntungan yang munasabah. Dengan keuntungan tersebut dapatlah
dividen peserta-peserta projek dibayar pada kadar yang diperlukan bagi mencapai matlamat
pendapatan dalam Flagship 1 tersebut.
117. Mulai tahun 2005, RSPSB hendaklah memberi tumpuan kepada aktiviti teras iaitu
pembangunan dan pengurusan ladang, pemasaran dan perkhidmatan kontrak. Aktiviti
Perniagaan Tani dan Pemasaran Hasil Tani akan diletakkan di bawah entiti yang bersesuaian.
118. Bagi memastikan kos pengeluaran yang rendah dapat dikekalkan, RSPSB disarankan
melaksanakan sendiri kerja-kerja dalam projek-projek ladangnya. Keperluan ini menuntut
supaya pengurusan tenaga buruh diperkukuhkan dan dipercekapkan lagi. RSPSB mesti
memastikan tenaga buruh sentiasa mencukupi supaya kerja-kerja di ladang terutamanya kerja-
Page 30
kerja penuaian tidak terganggu. Di samping itu seruan kerajaan untuk mengurangkan
penggunaan tenaga buruh asing hendaklah dilaksanakan dengan mengusahakan
penambahaan buruh tempatan secara bersungguh-sungguh.
119. Untuk memastikan pendapatan yang optimum, hasil ladang perlu dijual pada harga
tertinggi. Keadaan ini boleh dicapai dengan mengadakan urus niaga terus dengan kilang
pemprosesan. Hubungan baik sedia ada dengan kilang sangat perlu dikekalkan, malah
dipertingkatkan. Oleh itu pengurusan pemasaran RSPSB hendaklah diperkukuhkan dan
dipertingkatkan serta selari dengan perkembangan pengeluaran dari ladang yang semakin
meningkat. Pengukuhan aktiviti pemasaran RSPSB ini diharapkan boleh membantu Koperasi-
koperasi Pekebun Kecil dalam menggiatkan aktiviti pemasaran mereka dengan mengadakan
kerjasama sebagai ?smart partnership? yang boleh menguntungkan kedua-dua pihak.
120. Dari segi pengurusan syarikat, RSPSB hendaklah meningkatkan perolehan dalam bajet
2005 sekurang-kurangnya 10 peratus lebih tinggi daripada bajet 2004, supaya bersama dengan
penurunan kos pengurusan, matlamat 50 peratus sara diri dalam tahun 2005 dapat dicapai.
Sejajar dengan itu, perancangan strategik yang jitu perlu dilaksanakan dalam tahun 2005 ke
arah pencapaian status sara diri sepenuhnya pada tahun 2006.
RISDA Wood Sdn. Bhd. (RWSB)
121. Bagi tahun 2005, RWSB hendaklah memberi fokus kepada dua aktiviti utama iaitu Kayu
PT/KD dan aktiviti-aktiviti trading. Usaha hendaklah dilakukan bagi menambah ?volume'
perniagaan berasaskan produk ini. Seterusnya RWSB hendaklah meneroka bidang-bidang
baru di dalam Industri Kayu Getah Bergergaji dan Industri Perabot terutama yang mempunyai
senergi dengan aktiviti teras yang sedang dijalankan pada masa ini sebagai satu usaha
menambah pendapatan syarikat. Untuk itu, RWSB perlu memantapkan lagi pakatan strategik
dengan rakan niaga (panel) di dalam pengeluaran kayu getah bergergaji basah (green) sebagai
sumber bahan mentah untuk pengeluaran kayu-kayu getah bergergaji kering (PT/KD).
122. Seterusnya semua cawangan RWSB hendaklah digerakkan kepada aktiviti pengeluaran
komponen perabot berisiko rendah seperti pengeluaran ?S4S?, ?S2S? dan sebagainya
bertujuan untuk meningkatkan nilai tambah kayu-kayu getah yang diurusniagakan. RWSB
hendaklah menceburi bidang-bidang yang mempunyai sinergi dengan aktiviti-aktiviti perniagaan
semasa seperti trading perabot, menyediakan perkhidmatan hiasan dalaman (interior
decoration) khusus di dalam pembekalan perabot bina dalam dan perabot siap.
Page 31
Kolej RISDA Sdn. Bhd. (KRIS)
123. Di dalam usaha memenuhi hasrat RISDA menerusi Teraju Ke 5, yakni membangunkan
ahli isi rumah untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar, Kolej RISDA
menggunakan strategi serampang dua mata iaitu melatih ahli isi rumah dalam pelbagai bidang
kursus jangka pendek dan juga memberi pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi kepada
generasi kedua pekebun kecil khususnya lepasan sekolah, dalam pelbagai bidang kemahiran
agar mereka dapat membantu menyara keluarga mereka.
124. Bagi tahun 2005, Kolej RISDA akan memberi tumpuan kepada penambahan program-
program baru yang akan diikuti dengan penambahan bilangan pelajar mengikut program yang
ditawarkan. Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan dua lagi program baru bertaraf
Diploma iaitu Diploma Perakaunan Dan Keusahawanan yang akan ditawarkan pada
pengambilan pelajar bulan Jun 2005 dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4. Selain dari itu,
Kolej RISDA sedang menguruskan untuk menambah program berbentuk Sijil iaitu Sijil Business
Communication (English), Sjil Kemahiran Malaysia Jahitan, Jurusolek & Jurukecantikan,
Akuakultur, Florikultur dan Rangkaian Komputer.
125. Kolej RISDA hendaklah berusaha untuk dinaikkan taraf menjadi Kolej Universiti yang
menumpukan kepada Bidang Pertanian, khususnya Industri Asas Tani dan Bioteknologi
bersesuaian dengan tumpuan negara di dalam Bidang Pertanian. Penubuhan Kolej Universiti
ini akan membolehkan Kolej RISDA menawarkan program pengajian di peringkat Ijazah &
Sarjana, dan membuka ruang kepada pelajar-pelajar yang tamat pengajian Diploma
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Syarikat RISDA Fleet Sdn. Bhd. (RFSB)
126. Bagi tahun 2005, RISDA FLEET hendaklah memberi fokus kepada perniagaan teras
meliputi aktiviti Pengangkutan MSM; Pengangkutan Kargo; Pengangkutan Rigid; Bengkel
Kenderaan; dan Shipping & Forwarding di samping memberi fokus kepada pemantapan dan
pengemaskinian aset, aliran tunai, meningkatkan modal berbayar serta imej syarikat serta
usaha meningkatkan jaringan kerjasama (JV) dengan syarikat yang sedia ada dalam industri ini,
bagi menjadikan ia lebih dinamik dan berprestij.
127. Dalam bidang Operasi dan Perniagaan, Syarikat akan memastikan 100 peratus pasaran
domestik (RISDA & Anak Syarikat ) dapat dilaksanakan dan mensasarkan sekurang-kurangnya
30 peratus dari pasaran luar sebagai perolehan pendapatan iaitu di dalam aktiviti angkut minyak
Page 32
sawit mentah (MSM), angkut baja, angkut benih sawit dan getah. Syarikat juga akan
menaiktarafkan bengkel baikpulih kenderaan yang sedia ada bagi keperluan kenderaan ringan
dan berat berenjin disel serta melebarkan skop kepada kenderaan berenjin petrol dengan
pendekatan bengkel berkonsepkan One Stop Centre. Efisiensi Syarikat akan lebih terjamin
dengan penstrukturan semula Wilayah Barat (negeri Perak & Selangor) sebagai sebuah lagi
profit center. Selain daripada itu, sasaran memiliki lori treler dan lori rigid baru sebagai back-up
kepada kenderaan yang telah uzur, dapat meningkatkan tahap utilisasi dan mempelbagaikan
keupayaan kenderaan pengangkutan komersial mengikut keperluan semasa.
NARSCO Dan Koperasi Pekebun Kecil
128. NARSCO dan Koperasi Pekebun Kecil Daerah hendaklah terus memantapkan aktiviti
perniagaan dan memainkan peranan yang lebih berkesan dalam membangunkan sektor
pekebun kecil. Selaras dengan Dasar Koperasi Negara yang mengiktiraf gerakan koperasi
sebagai penggerak dan pemangkin ekonomi negara, aktiviti tumpuan NARSCO dan Koperasi
Pekebun Kecil Daerah akan menjurus kepada keperluan dan faedah secara langsung kepada
pekebun kecil. Jaringan perniagaan dan kerjasama yang telah dibentuk antara NARSCO
dengan Koperasi-Koperasi Pekebun Kecil Daerah sejak tahun 1980an hendaklah
diperkukuhkan. Anggota Koperasi Pekebun Kecil yang terdiri daripada masyarakat pekebun
kecil hendaklah dihubungkan dengan koperasi melalui sistem kad keahlian yang terkini.
129. Pihak NARSCO perlu menumpukan tenaganya untuk mengukuhkan aktiviti utama iaitu
pembekalan barang-barang keperluan input pertanian bagi meningkatkan hasil ladang-ladang
milik pekebun kecil. Lebihan keuntungan dari urusniaga akan disalurkan kembali melalui
pemulangan rebet dan diskaun supaya pekebun kecil memperoleh perkhidmatan yang terbaik
daripada NARSCO dan Koperasi Pekebun Kecil.
L. Pemantapan Peranan Inspektorat Dan Audit Dalam (BIAD)
130. Peranan BIAD adalah untuk membantu Pengurusan mengkaji perjalanan organisasi dan
pelaksanaan program pembangunan supaya dilaksanakan secara efektif, penggunaan sumber-
sumber secara efisien serta mendatangkan
hasil selaras dengan objektif yang ditentukan. BIAD juga menilai tahap keupayaan sistem
kawalan dalaman bagi mencegah berlaku fenomena negatif yang akan menghalang atau
melambatkan kejayaan. BIAD akan terus menggunakan kaedah ?risk based' dalam auditan
2005.
Page 33
131. Auditan ke atas Anak Syarikat akan diperluaskan lagi bagi memastikan kawalan dalaman
Anak Syarikat lebih mantap. BIAD akan membuat auditan bagi memastikan pelaksanaan
program dan aktiviti Pusat Tanggungjawab ke arah ‘zero defect'.
M. Program Agama, Kebajikan, Sosial Dan Sukan
132. Pengurusan RISDA meletakkan kebajikan staf sebagai fokus dan faktor sokongan yang
penting kepada pemantapan usaha-usaha ke arah pembangunan pekebun kecil melalui aktiviti-
aktiviti keagamaan yang menuju ke arah pembangunan sahsiah yang baik; aktiviti riadah dan
juga sosial. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh badan-badan seperti Majlis Badan-Badan
Islam RISDA Malaysia (MAJLIS) akan terus dilaksanakan dalam usaha meningkatkan lagi
pengetahuan dan kefahaman Islam di kalangan staf RISDA, khususnya tumpuan kepada
pembinaan sahsiah individu, keluarga dan masyarakat berteraskan Al-Quran. Selain daripada
aktiviti keagamaan, Majlis Sukan & Kebudayaan RISDA akan terus menjalankan aktiviti sukan
dan kebudayaan dengan sokongan RISDA, Anak-Anak Syarikat, NARSCO dan lain-lain.
133. Usaha untuk membantu staf dari segi kebajikan melalui Tabung Kebajikan Kakitangan
RISDA (TKKR) akan terus dilaksanakan kerana ia merupakan komitmen RISDA untuk
memastikan segala kemudahan/faedah kepada ahli disediakan. Skim Khairat Kematian RISDA
(SKKR) akan diteruskan kerana ia bertujuan untuk memberi sumbangan khairat kematian
kepada ahli serta keluarga yang terdekat sekiranya berlaku kematian. Tempoh perlindungan
yang diberi adalah untuk satu tahun yang bermula 1 Mei dan berakhir 30 April setiap tahun
berikutnya. Jumlah minimum untuk pampasan kematian ahli adalah RM5,000 dan had
maksimum RM250,000.
134. Satu lagi program kebajikan staf ialah Skim Hospital Dan Pembedahan Berkelompok
(SHPB). Skim ini akan diteruskan memandangkan ia memberi perlindungan secara
berkelompok dan ahli memperoleh kadar premium yang masih rendah (walau pun dengan
kenaikan) yang tidak mungkin diperoleh secara individu. Pengurusan RISDA telah menaikkan
kadar sumbangan RISDA dari RM6.00 kepada RM10.00 seorang sebulan dan memberi
peluang kepada ahli untuk memilih pelan mengikut kemampuan. Dasar ini adalah semata-
mata untuk membantu meringankan bebanan kewangan semua lapisan staf yang ingin
mendapatkan perkhidmatan perubatan secara alternatif di hospital pakar.
135. Martabat staf wanita dan isteri-isteri staf juga diberi perhatian oleh Pengurusan RISDA
melalui pengiktirafan aktiviti-aktiviti di bawah Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan
Awam Malaysia (PUSPANITA) yang bertujuan merapatkan perhubungan dan menyatupadukan
Page 34
isteri-isteri dan staf wanita dalam semua perkhidmatan, di samping menggalakkan kemajuan
diri dan memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran masing-masing.
Aspirasi Pengurusan
136. Dalam usaha merealisasikan tema Amanat Pengurusan tahun ini iaitu ?Memperkasakan
Masyarakat Pekebun Kecil', saya berhasrat memaklumkan beberapa aspek penting yang
Pengurusan RISDA perlu beri penekanan bagi memastikan organisasi RISDA terus unggul
sebagai “Peneraju Pembangunan Pekebun Kecil'. Antara penekanan dan tumpuan tersebut
adalah:-
Prinsip Integriti
137. Pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 23 April 2004
bertujuan menyerapkan nilai etika kerja dan kehidupan supaya dapat diterjemahkan kepada
semua peringkat dan lapisan penjawat awam dan masyarakat. Bagi penjawat awam, termasuk
warga kerja RISDA, integriti adalah penting dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
yang diamanahkan. Sebagai staf RISDA yang dipertanggungjawabkan memaju dan
memodenkan sektor pekebun kecil, kita perlu menghayati prinsip integriti sebagai etika kerja.
Pengurusan RISDA akan memastikan dalam semua urusan pentadbiran dan pelaksanaan
projek pembangunan, unsur-unsur rasuah dapat dielakkan, peningkatan dalam urus tadbir yang
baik, akauntabiliti dan ketelusan. Merealisasikan integriti dalam pentadbiran dan pengurusan
memerlukan kerjasama segenap lapisan staf RISDA untuk mengamalkannya. Hanya dengan
perlakuan sebegini akan melahirkan staf serta organisasi RISDA yang Cemerlang, Gemilang
dan Terbilang.
Budaya Kerja Cemerlang
138. Selaras dengan pembentukan integriti yang diharapkan, pengurusan RISDA amat
mengharapkan supaya setiap lapisan staf mengamalkan budaya kerja cemerlang. Melalui
pernyataan tema, misi dan objektif yang sentiasa dipaparkan dan dimaktubkan dalam urusan
pentadbiran dan pengurusan, adalah diharapkan kita akan dapat menghayati semua
pernyataan dan akujanji untuk menjadikan kita sebagai pekerja yang unggul dengan sifat-sifat
jujur, ikhlas, akauntabiliti dan telus dalam setiap saat kita menjalankan tugas. Bagi mengukur
Page 35
tahap pencapaian prestasi supaya menepati apa yang dihasratkan, pengurusan RISDA akan
menggunakan Indeks Pengukuran Prestasi (Key Performance Index) yang akan dibangunkan
disamping mengekalkan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK).
139. Selaras dengan budaya kerja cemerlang, Pengurusan RISDA berharap semua lapisan staf
mempunyai sikap proaktif dalam setiap aspek pelaksanaan tugas dan tanggungjawab. Ini akan
dapat melahirkan staf yang sentiasa peka kepada kepentingan masa dan prestasi tugas yang
diberikan.
Learn, Unlearn and Relearn
140. Untuk memantapkan kedudukan selaku staf yang cemerlang dalam organisasi yang
unggul, aspek pendidikan, pembelajaran dan pembelajaran semula perlu ada pada setiap staf
RISDA. Proses pembelajaran dan kemahiran teknikal merupakan elemen penting dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Era kemajuan dunia hari ini dan pada masa akan
datang akan menitikberatkan kepada pendidikan dan kemahiran. Dalam konteks ini kita tidak
boleh melihat sesuatu pencapaian atau kejayaan secara dalaman, kita perlu juga menilai dari
segi luaran dan juga tanggapan masyarakat luar terhadap pencapaian sesuatu pelaksanaan
program. Pengurusan RISDA akan sentiasa menggalakkan reka cipta atau inovasi, baik dari
aspek pengurusan mahu pun pentadbiran sebagai salah satu langkah melahirkan kreativiti staf
RISDA. Setiap reka cipta atau inovasi yang dicetuskan dan dihasilkan menepati kriteria dan
keperluan pengurusan akan dinilai dan diberi ganjaran.
Cerdik ICT
141. Bagi meningkatkan kecemerlangan kerja, pengurusan RISDA akan memberi tumpuan
kepada peningkatan sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam semua bidang
pengurusan dan pentadbiran pejabat. Peningkatan dalam ICT adalah perlu bagi menyaingi
perkembangan dalam Teknologi Maklumat yang kini telah berkembang menerajui Rangkaian
Jalur Lebar (Broadband). Berasaskan kepada perkembangan semasa, RISDA akan membina
RISDA*Net bagi merealisasikan Wide Area Network (WAN). Sejajar dengan peningkatan ini
semua staf adalah digalakkan supaya meningkatkan pengetahuan dalam bidang ICT.
Anjakan Paradigme
Page 36
142. RISDA telah mencapai usia melebihi 30 tahun, sewajarnya usia sematang ini telah
menjadikan organisasi yang matang dan berdaya untuk mengubah paradigmenya selaras
dengan perubahan zaman. Perubahan dalam diri, cara bekerja, cara berfikir dan cara membuat
sesuatu tugas serta melaksanakan perancangan kerja perlu berubah mengikut kesesuaian dan
cabaran zaman. Tumpuan Kerajaan dalam RMK-9 adalah tertumpu kepada menjadikan sektor
pertanian sebagai jentera pertumbuhan ekonomi negara yang ketiga penting dalam
pertumbuhan ekonomi negara. Sejajar dengan hasrat ini, selaku peneraju kepada
pembangunan pekebun kecil dan luar bandar, semua staf RISDA perlu meletakkan diri mereka
sebagai seorang yang berkemahiran dalam kerja-kerja pengembangan dan membimbing
masyarakat pekebun kecil menghadapi arus kemajuan dengan lebih berjaya dan berdaya saing.
Persekitaran Kerja Yang Kondusif
143. Bagi memastikan prestasi dan pencapaian matlamat RISDA menepati sasarannya,
persekitaran kerja yang baik dan kondusif adalah perlu. Pengurusan RISDA akan
menitikberatkan supaya semua keadaan pejabat, persekitaran tempat kerja dan kemudahan
bagi mempercepatkan sistem penyampaian dapat disediakan kepada semua lapisan staf.
Persekitaran kerja yang kondusif akan melahirkan satu keadaan ?kekeluargaan' atau satu
pasukan yang kukuh dan menjadi pemangkin kepada keselesaan suasana kerja dalam dan luar
pejabat.
Urus Tabdir Yang Baik
144. Urus tadbir yang baik dan berkesan merupakan proses membuat keputusan dan
matlamat akhirnya ialah sesuatu keputusan yang bijak dan terbaik yang dapat
diimplementasikan. Dalam menentukan arah tuju urus tadbir yang baik lagi berkesan,
pengurusan RISDA menetapkan di mana keperluan Key Stakeholders iaitu pihak Kerajaan dan
juga kumpulan sasar dipenuhi. Mereka perlu dilibatkan secara sistematik melalui penyertaan
dalam kerangka kerja yang tertentu berteraskan kepada ketelusan, tindak balas positif dan
pemaparan keputusan secara kolektif. Melalui proses ini semua pihak yang terlibat akan
memikul akauntabilti secara bersama. Ini akan dapat melicinkan lagi urusan pentadbiran dan
pengurusan secara harmoni, berkesan, lancar dan memberikan kepuasan dalam pelaksanaan
apa juga perancangan.
Page 37
Penutup
145. Keupayaan dan pencapaian masyarakat pekebun kecil bergantung kepada keupayaan
RISDA sendiri dalam menyusun program/projek yang berfokus, ke arah bukan sahaja
membangunkan industri tanaman getah, tetapi juga berupaya membangunkan masyarakat
pekebun kecil sendiri.
146. Matlamat asal RISDA tidak pernah berubah, malah sentiasa dikukuhkan oleh RISDA
sendiri dalam pernyataan perancangannya. Matlamat asal RISDA berkait dengan
mengurangkan kemiskinan dan membangun sektor pekebun kecil menjadi sektor moden.
Walau apa jua yang kita senaraikan program/projek yang akan dilaksanakan, akauntabiliti
akhirnya adalah setakat mana keadaan sosio ekonomi pekebun kecil dapat diubah oleh
program/projek yang dirancang dan dilaksanakan.
147. Pendekatan yang wajar bukanlah untuk melihat kepada angka peruntukan yang telah
diluluskan setiap tahun di bawah Rancangan Malaysia tertentu dan selepas itu
membandingkannya dengan perbelanjaan sebenar. Prestasi RISDA bukanlah juga peratusan
yang telah dibelanjakan dan RISDA dikatakan efisien atau berupaya hanya kerana dapat
membelanjakan amaun yang telah diperuntukkan. Tetapi apa yang sebenarnya lebih sukar dan
lebih mencabar adalah matlamat yang telah diberi kepada RISDA; membina pengukur
(yardstick); dan selepas itu, membuat penilaian berasaskan kepada pengukuran tersebut.
Umpamanya, sekira matlamatnya adalah pembasmian kemiskinan, ukurannya adalah bilangan
pekebun kecil yang tidak lagi miskin selepas dibelanjakan satu amaun setiap tahun. Ukuran
keberkesanan pelbagai program/projek pula adalah kos setiap program berbanding dengan
peningkatan kesejahteraan pekebun kecil. Sekiranya setiap pekebun kecil menerima lebih dari
satu program, bolehlah pula diukur kesan setiap program itu atau sinergi di antara pelbagai
program.
148. Dalam hal ini, saya mengambil pendekatan dan saranan Y.A.B. Perdana Menteri supaya
semua pihak ?Bekerja bersama saya, bukan bekerja untuk saya? dan ke arah ini kita hendaklah
bekerja sebagai satu pasukan yang mantap dan berusaha sebaik mungkin melaksanakan tugas
dan tanggungjawab yang diamanahkan. Sama-sama kita pertingkatkan sistem penyampaian
perkhidmatan yang terbaik di samping jelas siapa pelanggan kita. Sudah tentulah pelanggan
utama RISDA ialah masyarakat pekebun kecil dan penduduk luar bandar. Dalam setiap aktiviti
pembangunan yang dijalankan, RISDA hendaklah berusaha meningkatkan penglibatan
pekebun kecil dan segala aktiviti kita hendaklah memberi manfaat dan pulangan kepada
mereka.
Page 38
149. Sebagai sebuah agensi pembangunan, RISDA tentu sekali belum mencapai kesemua
matlamatnya. Selagi ada pekebun kecil, selagi itulah RISDA masih diperlukan. Perkara yang
dipertanggungjawabkan kepada RISDA menurut Akta 85 adalah perkara yang memerlukan
penyelesaian. Bahawa jika tidak tercapainya semua matlamat asalnya bukanlah satu tanda
kegagalan. Perlu difahami bahawa situasi kebun kecil adalah dinamik, dan selagi mana ada
getah tua yang perlu ditanam semula dan selagi mana ada pekebun kecil yang perlu
dibangunkan, selagi itulah tujuan asal RISDA ditubuhkan masih menjadi relevan.
150. Akhir sekali, saya berharap RISDA dengan bekalan perancangan yang rapi ini dan
pelaksanaan yang terkawal dan teratur di peringkat lapangan, adalah diharapkan pekebun kecil
yang menyertai program-program RISDA akan dapat mencapai Misi dan Objektif dengan
memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan sekeluarga sesuai dengan
tema MEMPERKASAKAN MASYARAKAT PEKEBUN KECIL.
151. Saya akhiri Amanat Pengurusan RISDA 2005 ini dengan membacakan sebuah sajak
nukilan Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi untuk kita amati bersama
pengertiannya :
Ku Cari Damai Abadi
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun
Untuk hidup kaya
Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya
Aku cari mana dia Al-Ghazali
Aku cari mana dia Al-Shafie
Kita bongkar rahsia kitab suci
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah Nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana dia Rabbi
Dialah teman
Dialah Wali
Dia mencukupi
Page 39
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi.
Selamat bertugas, terima kasih.
Ibu Pejabat RISDA,
Kuala Lumpur.
6 JANUARI 2005