8/14/2019 Amanat Kebangkitan II -BahteraWawasan http://slidepdf.com/reader/full/amanat-kebangkitan-ii-bahterawawasan 1/18 Amanat Kebangkitan II KEBANGKITAN di AKHIR ZAMAN Fatamorgana membentuk keperibadian bertunjangkan kehidupan yg di jana oleh Dajjal Laknatullah. AWAS!!! Assalamualaikum wbt. Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi ALLAH Tuhan semesta alam,Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w ,ahli keluarganya,kaum kerabatnya,keturunannya,para sahabat baginda,para tabiin-tabiin,para mujadid dan seluruh kaum muslimin. Artikel kali ini adalah untuk ingat-memperingati di samping kita terus membongkar akan kospirasi dunia hari ini dan agar apa yang telah disampaikan oleh Baginda Rasulullah s.a.w 1400 tahun yang lepas akan terus terpahat dalam ingatan dan menjadi amalan buat menghadapi dunia yang kian tua ini. Sering saja kita melayari 'blog-blog' yang memaparkan berbagai bentuk konspirasi dunia hari ini dan berbagai juga maklumat baru yang diperolehi setiap masa dan hari. Kita juga kerapkali mendengar akan hal Islam hari ini,sebagaimana di Eropah , Sinar Islam semakin menyinari dan telah mendapat tempat di kalangan masyarakat di sana,Pun begitu kita tidak terlepas dari keadaan bahaya yang mengancam Umat islam di mana carta kejatuhan penganut Ugama Islam dan juga carta kejatuhan moral di kalangan Umat Islam
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Fatamorgana membentuk keperibadian bertunjangkan kehidupan yg di jana oleh Dajjal
Laknatullah. AWAS!!!
Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi ALLAH Tuhan semesta alam,Selawat dan salam ke atas Junjungan
Besar Nabi Muhammad s.a.w ,ahli keluarganya,kaum kerabatnya,keturunannya,parasahabat baginda,para tabiin-tabiin,para mujadid dan seluruh kaum muslimin.
Artikel kali ini adalah untuk ingat-memperingati di samping kita terus membongkar akankospirasi dunia hari ini dan agar apa yang telah disampaikan oleh Baginda Rasulullah
s.a.w 1400 tahun yang lepas akan terus terpahat dalam ingatan dan menjadi amalan buat
menghadapi dunia yang kian tua ini.
Sering saja kita melayari 'blog-blog' yang memaparkan berbagai bentuk konspirasi dunia
hari ini dan berbagai juga maklumat baru yang diperolehi setiap masa dan hari. Kita juga
kerapkali mendengar akan hal Islam hari ini,sebagaimana di Eropah , Sinar Islamsemakin menyinari dan telah mendapat tempat di kalangan masyarakat di sana,Pun begitu
kita tidak terlepas dari keadaan bahaya yang mengancam Umat islam di mana carta
kejatuhan penganut Ugama Islam dan juga carta kejatuhan moral di kalangan Umat Islam
terutamanya di negara kita, yakni Malaysia amat membimbangkan. Agaknya
bagaimanakah kefahaman Islam di kalangan masyarakat kita hari ini yer ?Sebagaimana
yang telah disabdakan oleh baginda Rasul...
Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w ," Sudah hampir
sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanyanamanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya
tulisannya.Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari Hidayah.Ulama-
ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan
langit.Dari mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali
". Hadis Riwayat Al-Baihaqi.
Pesanan baginda ini dapat kita perhatikan sekarang dan ianya semakin menjadi-jadi dan
perkara ini amat merisaukan kita. Masjid tersergam indah tetapi jauh dari hidayahALLAH dengan berleluasanya maksiat bahkan pernah dipaparkan di dalam dada akhbar
mengenai di perkarangan masjid turut menjadi sarang maksiat. Betapa malunya kita
apabila saudara seagama yang melakukan perkara sebegini. Kita lihat pula hadis ini..
Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a berkata,Bahawasanya Baginda Rasulullah s.a.w.
bersabda, " Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu,sejengkal
demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak
sekalipun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya," Ya Rasulullah ,Apakah
Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?" Nabi s.a.w menjawab," Siapa lagi
Para musuh Islam sentiasa berusaha menjauhkan kita dari mendapat hidayah ALLAH,hidayah yang dapat mencegah perkara fahsya dan mungkar. Mereka tidak akan jemu
merosakkan kita,jadi di sinilah perlu kita lihat sejauh mana yang dikatakan solat yang
dapat menarik hidayah ALLAh dan mencegah fahsya dan mungkar . Sebagaimana firman
ALLAh yang bermaksud...
Al-Ankabut [45] …..sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang
fahsya dan mungkar
Di dalam hadis lain pula Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
“ Siapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya’ dan munkar, tidak akan
bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya.“(Riwayat Tabrani dari
Ibnu Abbas)
apakah hadis yang di atas ini yang berlaku kepada masyarakat kita sejak akhir-akhir ini?
...dan amat malanglah bagi kita seandainya perkara sebegini terjadi dan perlulah kitaselidiki bagaimanakah untuk kita kembali sebagaimana yang diamalkan oleh baginda
Rasulullah s.a.w sepertimana pepatah melayu ada mengatakan 'jika tersesat dihujung
jalan maka baliklah kamu ke pangkal jalan',apa yang hendak dikaitkan dengan pangkal jalan adalah cara sebagaimana Rasulullah s.a.w. mula-mula beragama dan bukankah
Rasul juga pernah bersabda di dalam hadis qudsi yang bermaksud ; "bermulanya agama
dengan mengenal ALLAH".
Betapa kerasnya hati ini hinggakan begitu payah menerima keadaan yang berlaku hari
ini,kita lihat pula hadis ini...
“ Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah
mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti
serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan.
Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian.
Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi,
apabila kamu menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila
berbicara dengan mereka, mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu
memberi mereka kepercayaan, mereka akan mengkhianatinya.
Anak kecil mereka jahil, pemuda mereka licik. Sementara yang tua tidak menyuruh
berbuat baik dan tidak melarang pula yang mungkar. Mereka itu sentiasa membanggadiri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan.
Orang yang santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada
perbuatan ma’ruf malah menjadi tertuduh. Orang beriman di kalangan mereka
adalah lemah, sedangkan orang fasiq menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka
adalah bida’ah, sedangkan bida’ah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itu mereka
dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan
apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.”
(Hadith Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir)
Jikalau kita perhatikan pula hadis di atas ini mari kita perhatikan akan sirah Rasulullah
tatkala beliau mula-mula hendak mensyiarkan agama yang di bawa beliau tatkala beliau baru balik dari Israk dan Mikraj. Masyarakat pada masa itu mengatakan yang Baginda
'gila' sama sekali dan hampir saja mereka yang baru saja hendak mengenal agama yang di
bawa oleh Rasulullah ini mula hendak melarikan diri. Maka di ajukan pertanyaan
terhadap Saidina Abu Bakar lalu beliau menjawab 'aku tetap yakin jikalau apa yangdikatakan itu adalah dari Muhammad'. Lihatlah begitu teguh dan yakinnya beliau
terhadap Rasulullah.
Cuba kita bayangkan pula sepeninggalan Rasul terhadap kita lebih kurang 1400 tahun
dahulu dan kita bandingkan Sepeninggalan Nabi Ibrahim ke zaman Rasulullah. Agak-
agaknya berapa tahun yer ? Dan apakah kata-kata Abu Jahal tatkala Rasulullahmenyampaikan agama yang di bawa ketika itu. Dia mengatakan yang apa yang mereka
buat pada ketika itu seperti bertawaf di dalam keadaan yang menjelikkan di Kaabah
adalah agama yang dibawa oleh nenek moyang mereka yakni agama Ibrahim. DanRasulullah juga tatkala sebelum turunnya wahyu yang pertama beliau merasakan agama
yang di amalkan pada masa itu sudah jauh dari syariat agama yang di bawa oleh Nabi
Ibrahim a.s. Jadi bukanlah agama baru melainkan agama yang di bawa oleh Nabi Ibrahim
juga cumanya pada ketika itu sudah jauh dari syariat agama yang sebenarnya seperti yangdi bawa oleh Nabi Ibrahim a.s tetapi mereka maseh mengatakan agama itu adalah agama
Nabi Ibrahim juga.
Jadi , sudah berapa lama jarak antara kita dengan zaman Rasulullah s.a.w ? Dan hari ini
kalau kita pergi ke kelab ataupun disko dan kita lihat berapa ramainya muka-muka yang
sebangsa dengan kita dan di tanya mereka ini sudah tentu mereka akan mengatakan yangmereka juga beragama Islam. Dan hari ini berapa ramai pula yang akan marah jikalau
kita mengatakan tentang keIslaman seseorang,bukanlah tujuan untuk menghukumkan
sesiapa tetapi sekadar untuk kita bersama berusaha mengembalikan kegemilangan agama
Islam yang sebenar seperti yang di bawa oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Dari Abdullah bin Ma'ud dia berkata:'Ketika kami berada di sisi Rasulullah
SAW,tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan bani Hasyim.Apabila
terpandang akan mereka ,maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang airmata danwajah baginda pun berubah.Aku bertanya,'Mengapa kami melihat pada wajah mu
sesuatu yg tidak kami sukai?"
Baginda pun menjawab,"Kami Ahlul Bait telah ALLAH pilih utk kami Akhirat
lebih dari dunia.Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran
selepasku kelak shinggalah datang suatu kaum dari sebelah timur dengan membawa
bersama-sama meraka panji-panji berwarna hitam.Mereka meminta kebaikan tetapi
tidak diberikannya.
Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yg mereka
minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yg memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana
ia dipenuhi dengan kedurjanaan.Siapa di antara kamu yg sempat menemuinya maka
datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji.Sesungguhnya dia adalah Al
Mahdi." - riwayat Ibnu Majah.
Sudah bersedia utk mengikuti jemaah yg memegang Panji Kebenaran?
“ Al-Mahdi akan datang setelah munculnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur
yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun.” (Ibnu
Majah)
Sebelah Timur? Apakah kita tidak mahu turut menyertai mereka-mereka ini? Dan
yang pergi ke sekolah-sekolah? Oh! tidak,sesekali tidak, kerana dengan semudah itu
Dajal dapat membunuh mereka. Untuk berjuang dan mati syahid janganlah di anggapmudah. Sedangkan di zaman para sahabat menjadi Khalifah perang dahulu pun,mereka
yang dilihat rajin untuk menunaikan solat di waktu dinihari yang akan terpilih. Inilah
perkara penting sebagai hubungan dengan ALLAH untuk mendapat naungan dan perintah
perang bukan dengan membuta tuli jer. Pernah di satu ketika tatkala Salahuddin
mendapat tahu yang saudaranya telah dibunuh oleh tentera salib dan beliau tidak terus
mengeluarkan arahan perang sebaliknya menanti petunjuk dari tuhan untuk memulakan peperangan. Dan dalam satu ketika juga di perang Salib,umat Islam sampai dapat melihat
tentera Salib ini di bantu oleh Iblis sehinggakan kelihatan syaitan turun dari langit,jadi
siapa yang diperlukan untuk menentang tentera-tentera setan ini jkalau kita tiadahubungan dengan ALLAH ?
Kata Sayidina Ali KMW,
“ Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi
yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut,
iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari
hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak
untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis
dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah.”
Dari hutan? Adakah Hutan di sebelah Timur Tengah? Inilah perkara yang memungkin
yang ianya adalah dari sebelah sini. Sesiapa juga akan berharap akan dapat bersamamereka. Dan juga kita perhatikan masaalah sosial di negara kita semakin parah,ini juga
memungkinkan menjadi penyebab yang ianya akan bangkit dari sebelah sini.
wallahualam.
Dalam satu berita panjang mengenai peperangan yang berlaku di antara panji-panji hitam
dengan Sufyani yang diceritakan oleh Saiyidina Ali Alaihissalam beliau ada
menyebutkan : “… lalu (Allah) mengutus ke atas Sufyani itu seorang pemuda timur
yang menyeru kepada ahlil bait Nabi SAW – mereka pemegang-pemegang panji-panji
hitam merupakan satu kaum yang lemah – maka Allah pun memuliakan dan
menolong mereka, sehingga setiap yang menentang mereka pasti akan dikalahkan….
Syiar mereka “alif mim ta – alif mim ta” (maut bagi penentang mereka), kebanyakan
yang terbunuh dikalangan mereka itu pada tempat tempat disekitar timur. - Kanzul
Ummal (Juzuk 14 Hadis 3967)
Alif = zat ALLAH
Mim = Muhammad ( sunnah )
Ta = takhta yakni ketakhtaan
Tuan-tuan yang dihormati sekalian, kerapkali artikel ttg konspirasi yang kita lihat baik di
dalam mahupun di luar negara,kebanyakkan hal berkaitan 'Pyramid',mengapa?Sebenarnya ini adalah pokok kekuatan yang sebenarnya, jalan menuju ketuhanan yang
sebenar tetapi cuba di olahkan supaya menjadi Ilmu Dajjal hinggakan bila kita melihat
saja segitiga, kita akan katakan sumber Dajjal,cuba tuan-tuan lihat akan sirah Rasul-rassul,semua Rasul mempunyai tempat uzlah di bukit-bukit atau gunung-gunung dan
kalau dilukiskan di atas kertas,akan nampak yang bukit-bukit ini merupakan segitiga.
Pada yang melalui mana-mana tarikat pasti akan mengetahui perjalanan ini.
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang
dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmidzi
* Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya,
" Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari
kiamat" Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan
Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
* Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan
seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan
datang." - Sahih Muslim
* 3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
Daripada Abdullah Bin Amr Bin 'Ash r.a. berkata: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
" Bahawasanya ALLAH S.W.T. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu
dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi ALLAH S.W.T. menghilangkan ilmu itu
dengan mematikan alim-ulama'.
Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama' , orang ramai akan memilih orang-orang
yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya,
mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang
lain."
Riwayat Muslim.
* 4) Bermaharajalela alat muzik
" Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada
yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda
ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya
keadaannya seperti telanjang ."
Tanda-tanda besar Kiamat
Era Pertama
* Penyakit tanpa ubat
* Dajjal bermaharajalela
Kekuatan Dajjal ini dapatlah dibayangkan dengan kecanggihan teknologi hari ini, beliau
bukan sahaja boleh menguasai manusia malahan beliau juga dapat menguasai jin. Jikalau
kita lihat hari ini,sebuah organisasi di mana ianya cenderung ke arah keruntuhan
moral,adakah kita akan mengatakan oraganisasi ini mendapat arahan terus daripadaDajjal? Tidak samasekali ! Dari sinilah Dajjal menggunakan makhluk-makhluk alam lain
sebagai pembantunya.
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: " Setiap kamu ada
Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka
bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah
telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku
dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Ath-Thabarani mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Ia berkata, Rasululloh
Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda, yang artinya: “Tidak ada seseorang di antara
kalian melainkan ada baginya seorang syaitan.” Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya
Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku selamat
.”(HR. Ibnu Hibban)
Jin yang mendampingi kita semenjak kita dilahirkan ke dunia ini sentiasa mendorong kita
ke arah yang bertentangan dengan kehidupan yang baik kerana mereka ini adalah telah
hidup lebih dahulu daripada kita namun kita maseh boleh membentuk mereka ini dengan
ibadah dan suasana yang membolehkan kita berIman dengan ALLAh s.w.t. walau bagaimana pun perlulah diketahui yang ' sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin '.
Apabila mereka ini sudah terbiasa dengan suasana yang mendorong ke arah kemaksiatansebagaimana suasana nafsu-nafsi yang di jana oleh Dajjal tadi, maka dia juga akan
mendorong kita supaya ke arah kemaksiatan .Jadi tidak mustahil seandainya kita pernah
mendengar di dalam dada akhbar bagaimana seorang guru boleh mencabul anak muridnya sendiri.
Dajjal ini bukanlah tandingan manusia biasa yang hendak melawannya ,melainkan kita
ini hendaklah duduk di bawah Panji-panji yang mempunyai guru yang makrifat dan
Dalam satu hadis daripada Al-Nawwas bin Sam’an, katanya: “ Rasulullah saw menyebut
perihal Dajal dan menyatakan: ‘...Sebenarnya Dajal itu seorang muda yang
rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); ... sebenarnya dia akan
keluar di satu tempat antara negeri Syam (Syria) dan Iraq.
“Dia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang dia sampai kepadanya (dengan
menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan mewah
makmur, dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya susah meleset.
“Dia akan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar
dan tanah yang kering kontang mengeluarkan khazanah bumi dan tumbuh-tumbuhan
yang menghijau subur.
“Juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong
dicampakkan jauh daripada yang satu lagi, kemudian diseru lalu kedua-dua potonganbadan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum
seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya.
“Demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam syurganya
yang dirasai oleh orang itu sebagai neraka, sebaliknya orang yang enggan
menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai
syurga; dan sebagainya).
“Nabi bersabda lagi: “Wahai sekalian hamba Allah, selepas kamu mengetahui
demikian, maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!”
Kami bertanya: “Ya Rasulullah! berapa lama dia akan bermaharajalela di bumi?”
Baginda menjawab: “Empat puluh hari, hari yang pertama, panjangnya seperti
setahun dan hari yang kedua, panjangnya seperti sebulan dan hari yang ketiga seperti
seminggu, manakala hari yang lain seperti hari kamu yang biasa.”
Kami bertanya lagi: “Ya Rasulullah! jika demikian, hari yang panjangnya seperti
setahun itu, misalnya cukupkah kami mengerjakan pada-Nya sembahyang untuk
sehari?”
Baginda menjawab: “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang
itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan.”
Rasulullah menerangkan lagi: “Ketika Dajal itu bermaharajalela, Allah akan
menghantar turun Nabi Isa anak Mariam, lalu dia turun berhampiran dengan menara
putih yang letaknya di timur bandar Damsyik, maka Nabi Isa pun mengejar Dajal
hingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama ‘Lud’ lalu membunuhnya.
* Yakjuj wa Makjuj muncul dengan membuat kerosakkan
( Demikianlah keadaan mereka ) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat
Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta
pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengancemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan
yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah
menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri". (Surah Al-Anbiyaa’ : 96 - 97)
* Raksasa terbit dari bumi Mekah ( Dabbatul ardh )
“Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang
melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa sesungguhnya
manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.” (An-Naml: 82)
* Allah tandakan dahi mereka yang tidak beriman
* Allah matikan orang-orang yang beriman dengan angin sejuk
Menurut Hadist Nabi saw. Rasullullah saw bersabda: " Salah satu tanda Akhir zaman(Kiamat), apabila sampai masanya... matahari terbit disebelah barat. Pada masa ini,
taubat sudah tiada." hadith Muslim.
* Tiupan angin Sangkakala
23-101: Apabila ditiup sangkakala, maka tidaklah ada lagi pertalian nasab
(kekeluargaan) antara mereka pada hari itu, dan mereka tidak saling bertanya.
* Allah Gulungkan dunia
...dan akhir sekali kita hayatilah lirik daripada lagu ini pula yang disampaikan oleh satu
kumpulan yang sedang naik dipersada muzik tanahair yang berbekalkan semangat
kemelayuan kita dan ingatlah bahawasanya usaha ke atas agama sahaja yang dapatdilakukan melalui media massa hari ini dan bukanlah sebenarnya usaha ke atas IMAN