MARLIANA BINTI MD REZALI SCE 3103 2012 KURSUS: MENEROKA BAHAN KOD KURSUS: SCE 3103 LAPORAN PRAKTIKAL 5 : AMMONIA, ASID SULFURIK DAN ASID NITRIK. Tajuk : Penyediaan garam ammonium dalam makmal. Teori : 1. Tumbuhan memerlukan nutrien untuk tumbesaran yang sihat. Salah satu nutrien yang penting ialah unsur nitrogen. 2. Nitrogen diserap oleh tumbuhan dalam bentuk ion nitrat , NO3 – yang larut dalam air. 3. Baja ammonium membekalkan ion ammonium, NH4+. Dalam tanah, ion ammonium dioksidakan kepada ion nitrat dan ammonium fosfat. 4. Baja yang berlainan mengandungi peraturan nitrogen yang berbeza. 5. Penghasilan ammonia daripada gas nitrogen dan gas hidrogen telah dilakukan melalui proses Haber. 6. Proses Haber merupakan proses yang biasa digunakan untuk menyediakan ammonia secara besar-besaran. Bahan mentah yang yang digunakan ialah gas hidrogen dan nitrogen. 7. Ammonia mempunyai formula molekul NH3 dan merupakan satu sebatian gas yang tidak berwarna.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MARLIANA BINTI MD REZALI SCE 3103 2012
KURSUS: MENEROKA BAHANKOD KURSUS: SCE 3103
LAPORAN PRAKTIKAL 5 : AMMONIA, ASID SULFURIK DAN ASID NITRIK.
Tajuk : Penyediaan garam ammonium dalam makmal.
Teori :
1. Tumbuhan memerlukan nutrien untuk tumbesaran yang sihat. Salah satu
nutrien yang penting ialah unsur nitrogen.
2. Nitrogen diserap oleh tumbuhan dalam bentuk ion nitrat , NO3 – yang larut
dalam air.
3. Baja ammonium membekalkan ion ammonium, NH4+. Dalam tanah, ion
ammonium dioksidakan kepada ion nitrat dan ammonium fosfat.
4. Baja yang berlainan mengandungi peraturan nitrogen yang berbeza.
5. Penghasilan ammonia daripada gas nitrogen dan gas hidrogen telah
dilakukan melalui proses Haber.
6. Proses Haber merupakan proses yang biasa digunakan untuk menyediakan
ammonia secara besar-besaran. Bahan mentah yang yang digunakan ialah
gas hidrogen dan nitrogen.
7. Ammonia mempunyai formula molekul NH3 dan merupakan satu sebatian gas
yang tidak berwarna.
MARLIANA BINTI MD REZALI SCE 3103 2012
8. Ammonia ialah gas yang larut dalam air untuk menghasilkan alkali, berbau
sengit, sangat larut dalam air dan kurang tumpat daripada udara.
9. Ammonia bertindak balas dengan air menghasilkan bes yang lemah, bertindak
balas dengan logam alkali menghasilkan gas hidrogen dan amida logam,
bertindak balas dengan asid hidrogen klorida menghasilkan ammonium
klorida.
10.Ammonia bertindak terus dengan asid tertentu menghasilkan garam ammonia.
Dengan memilih asid yang sesuai, kita boleh membuat baja bernitrogen yang
mempunyai unsur-unsur yang diperlukan tumbuhan. Antara garam yang
penting dalam industri membuat baja ialah garam ammonium nitrat dan garam
ammonium fosfat. Ammonia juga digunakan dalam penghasilan baja urea.
11. Garam ammonium sulfat disediakan melalui tindak balas larutan ammonia
dengan asid sulfurik cair.
2NH3 (ak) + H2SO4 (ak) (NH4)2 SO4 (ak)
12.Ammonia juga digunakan dalam penghasilan asid nitrik, bahan penyejuk dan
juga dalam industri petroleum.
MARLIANA BINTI MD REZALI SCE 3103 2012
Tujuan : Untuk menyediakan garam ammonium dalam makmal.
Objektif :Dapat menyediakan garam ammonium dalam makmal
Masalah : Bagaimanakah garam ammonium dapat disediakan di dalam makmal?
Hipotesis : Baja ammonia disediakan melalui tindak balas antara ammonium
hidroksida dengan asid-asid tertentu.
Pembolehubah :
i) Dimanipulasi : Isipadu ammonium hidroksida dan asid sulfurik.
ii) Bergerakbalas : Ammonium sulfat
iii) Dimalarkan : Keadaan eksperimen.
Bahan : Larutan ammonia (2M), asid sulfurik cair (1M).
Alat / radas : Bikar, rod kaca, penunu bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai, corong turas dan kertas turas.
MARLIANA BINTI MD REZALI SCE 3103 2012
Penyediaan garam ammonium
Prosedur :
1. 30cm3 larutan asid sulfurik cair dituangkan ke dalam bikar.
2. 30cm3 larutan ammonia ditambahkan ke dalam bikar secara perlahan-lahan
dan pada masa yang sama dikacau.
3. Penambahan larutan ammonia diberhentikan sebaik sahaja larutan telah
berbau ammonia.
MARLIANA BINTI MD REZALI SCE 3103 2012
4. Kemudian larutan yang terhasil dipanaskan dengan menggunakan penunu
bunsen sehingga larutan tersebut menjadi 1/3 daripada isipadu asal.
5. Larutan tersebut disejukkan dalam air sejuk yang terdiri daripada campuran
air dan juga ais.
6. Kemudian hablur garam yang terhasil dituraskan.
1. 30cm3 larutan asid sulfurik cair dituangkan ke dalam bikar.
MARLIANA BINTI MD REZALI SCE 3103 2012
2. 30cm3 larutan ammonia ditambahkan ke dalam bikar secara perlahan-lahan
dan pada masa yang sama dikacau.
3. Penambahan larutan ammonia diberhentikan sebaik sahaja larutan telah
berbau ammonia.
4. Kemudian larutan yang terhasil dipanaskan dengan menggunakan penunu
bunsen sehingga larutan tersebut menjadi 1/3 daripada isipadu asal.
MARLIANA BINTI MD REZALI SCE 3103 2012
5. Larutan tersebut disejukkan dalam air sejuk yang terdiri daripada campuran
air dan juga ais.
6. Kemudian hablur garam yang terhasil dituraskan.
Pemerhatian/ keputusan : 1. Hablur-hablur putih terbentuk.
2. 30cm3 isipadu larutan ammonia (2M) diperlukan untuk meneutralkan 30cm3
asid sulfurik( 1M).
Perbincangan :
1. Baja ammonium sulfat dapat disediakan dalam makmal melalui tindak balas
peneutralan antara asid sulfurik dan larutan ammonia.
2. Asid sulfurik ialah asid dwibes, manakala ammonia ialah alkali monobes.
Maka 2 mol ammonia diperlukan untuk meneutralkan 1 mol asid sulfurik.
2NH3 (ak) + H2SO4 (ak) (NH4)2 SO4 (ak)
3. Hablur-hablur yang terbentuk adalah ammnonium sulfat.
2. Bagaimana penambahan ammonium sulfat dapat mempengaruhi pH tanah?
Ammonium sulfat membekalkan ion nitrat , NO4+ , dalam tanah ion
ammonium dioksidakan kepada ion nitrat. Jadi ini akan merubah PH tanah kerana ammonia larut dalam air untuk menghasilkan alkali.
3. Selain daripada baja, ammonium sulfat juga digunakan dalam semburan
pertanian ajuvan (agriculture spray adjuvant) untuk racun perosak yang boleh
larut dalam air. Terangkan fungsi ammonium sulfat dalam bidang ini.
MARLIANA BINTI MD REZALI SCE 3103 2012
Ammonium juga digunakan dalam semburan pertanian ajuvan untuk racun perosak yang boleh larut dalam air. Ammonium sulfat digunakan untuk membuat pestisid tak organik seperti herbisid. Racun ini digunakan untuk mengawal rumput-rumpai yang terdapat di kawasan pertanian.
4.Namakan tiga contoh baja semulajadi yang digunakan dalam penanaman.
a) Baja kompos b) Baja pupuk kandangc) Baja seluri
5.Namakan tiga contoh baja buatan/sintetik yang digunakan dalam pertanian.
a) Ammonium dihidrogen fosfatb) Ammonium nitratc) Ammonium fosfat
6. Tulis persamaan-persamaan kimia seimbang untuk menunjukkan pembentukan:
1 mol NH4 NO3 mengandungi 2 atom nitrogen Jisim molar nitrogen = 14g mol-1
Jisim 2 mol nitrogen = ( 2 mol ) x ( 14 g mol-1 )= 28 g
Peratusan nitrogen = ( jisim N / Jisim molar ) x 100% = ( 28 / 60 ) x 100%
= 46.7 %
8. Yang manakah antara baja tersebut di atas adalah paling sesuai untuk
pertumbuhan tumbuh-tumbuhan? Jelaskan jawapan anda.
Baja urea adalah paling sesuai untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan kerana baja ini mengandungi peraturan nitrogen yang paling tinggi berbanding ammonium fosfat dan ammonium nitrat. Nitrogen amat diperlukan oleh tumbuhan kerana nitrogen merupakan salah satu nutrien yang penting untuk membantu tumbesaran tumbuhan supaya hidup sihat.