Top Banner
PRAKTIKAL: 1 TOPIK: Ekosistem Tanah – Biota Tanah dan Siratan Makanan OBJEKTIF: i. Mengenalpasti jenis makrofauna dan mikrofauna ke atas dua lokasi yang berbeza. ii. Mengkaji kesan kehadiran makrofauna dan mikrofauna ke atas ekosistem di dalam tanah. PENGENALAN: Sebuah ekosistem terbina dari tumbuhan, haiwan dan faktor abiotik yang saling berperanan dalam mengumpul, menyimpan dan menghasilkan tenaga. Sebagai contohnya tumbuhan (pengeluar) mengumpul tenaga hasil dari proses fotosintesis dan menyimpan tenaga dalam bentuk karbohidrat. Haiwan herbivor (pengguna primer) pula memperolehi tenaganya dari memakan tumbuhan dan menyimpannya dalam bentuk lemak. Haiwan karnivor (pengguna tertier ) juga dikenali sebagai pemangsa mendapat tenaga dengan memakan pengguna primer. Aras pertukaran tenaga semakin berkurang apabila menaiki tangga rantaian makanan (Miller dan Spoolman, 2010). Makrofauna didefinisikan sebagai semua haiwan invertebrata yang diasingkan menggunakan penapis dengan saiz jaringan 0.5 atau 1.0 mm (Baker dan Wolff, 1987). Makrofauna bertindak sebagai pengurai akan menguraikan tisu tumbuhan atau haiwan yang telah mati dan mempercepatkan proses penguraian bahan organik kepada cebisan-
26

AMALI 1

Aug 02, 2015

Download

Documents

omeewon
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: AMALI 1

PRAKTIKAL: 1

TOPIK: Ekosistem Tanah – Biota Tanah dan Siratan Makanan

OBJEKTIF:

i. Mengenalpasti jenis makrofauna dan mikrofauna ke atas dua lokasi yang

berbeza.

ii. Mengkaji kesan kehadiran makrofauna dan mikrofauna ke atas ekosistem di

dalam tanah.

PENGENALAN:

Sebuah ekosistem terbina dari tumbuhan, haiwan dan faktor abiotik yang saling

berperanan dalam mengumpul, menyimpan dan menghasilkan tenaga. Sebagai

contohnya tumbuhan (pengeluar) mengumpul tenaga hasil dari proses fotosintesis dan

menyimpan tenaga dalam bentuk karbohidrat. Haiwan herbivor (pengguna primer) pula

memperolehi tenaganya dari memakan tumbuhan dan menyimpannya dalam bentuk

lemak. Haiwan karnivor (pengguna tertier ) juga dikenali sebagai pemangsa mendapat

tenaga dengan memakan pengguna primer. Aras pertukaran tenaga semakin berkurang

apabila menaiki tangga rantaian makanan (Miller dan Spoolman, 2010).

Makrofauna didefinisikan sebagai semua haiwan invertebrata yang diasingkan

menggunakan penapis dengan saiz jaringan 0.5 atau 1.0 mm (Baker dan Wolff, 1987).

Makrofauna bertindak sebagai pengurai akan menguraikan tisu tumbuhan atau haiwan

yang telah mati dan mempercepatkan proses penguraian bahan organik kepada

cebisan-cebisan kecil supaya mudah untuk diuraikan. Sebahagian dari tenaga tersebut

akan diserap ke dalam tanah dan akan digunakan kembali oleh tumbuhan. Selain itu,

makrofauna turut berperanan dalam meningkatkan struktur tanah serta terlibat dalam

kitaran nutrien (Biology: The Study of Life, 1993). Dalam sesebuah ekosistem tanah,

perbezaan pH, kelembapan, kepadatan tanah dan jenis makanan yang terdapat pada

satu ekosistem serta struktur tanah mempengaruhi kehadiran makrofauna.

Di dalam eksperimen yang telah kami jalankan, lokasi yang kami pilih untuk

mengambil sampel tanah ialah di bawah pokok berdekatan nurseri dan kawasan

Page 2: AMALI 1

penanaman kelapa sawit. Kami perlu membandingkan contoh sampel kandungan tanah

yang mengandungi biota tanah di antara dua lokasi yang berbeza. Justeru, sebanyak

27 g tanah telah diambil dari seiap lokasi untuk dianalisis.

Alat dan bahan:

Besen, serampang tiga mata, sudip tanah, bikar, dulang, corong Tulgren, beg plastik,

air, etanol.

Prosedur:

1. Dua lokasi yang berbeza dipilih.

2. Lokasi pertama ialah di bawah teduhan atau redup manakala lokasi kedua ialah di

tempat yang terbuka.

3. Sampel tanah di setiap lokasi diambil dan dimasukkan ke dalam beg plastik.

4. Beg plastik ditutup dan dilabel dengn nama kumpulan dan lokasi.

5. Ciri-ciri tanah dan jenis tumbuhan yang terdapat di setiap lokasi direkodkan.

6. Masukkan sejumlah isipadu tanah ke dalam corong Tulgren. Sampel tanah

ditinggalkan selama dua hari.

7. Kemudian fauna yang dijumpai diasingkan ke dalam ‘petri dish’ untuk

pengenalpastian dengan menggunakan kanta pembesar atau mikroskop. Fauna

yang dijumpai dimasukkan ke dalam etanol untuk mematikannya.

8. Mereka dikelaskan kepada kumpulan mengikut ciri-ciri yang berbeza.

9. Bilangan organisma yang dijumpai disusun mengikut peringkat spesies.

Page 3: AMALI 1

Dapatan / Pemerhatian:

Ciri-ciri Lokasi 1 Lokasi 2

Jenis tumbuh-tumbuhan Rumput, pokok berkayu Rumput, tanaman pokok

kelapa sawit

Tahap keredupan Redup Panas

Kelembapan tanah Agak lembab Lembab

Kepadatan tanah Sederhana Sederhana

Tekstur tanah Tanah liat dan berbatu Tanah gembur

Habitat Bawah pokok rending

berdekatan nursery

Tepi perparitan tanaman

kelapa sawit

Jadual 1: Ciri-ciri sampel tanah.

Page 4: AMALI 1

Makrofauna besar

Lokasi 1

Isipadu tanah =

27g

Lokasi 2

Isipadu tanah =

27g

Cacing tanah

2 2

Semut

2 2

Lipan

1

Ulat gonggok

– 1

Page 5: AMALI 1

Makrofauna kecil

Lokasi 1

Isipadu tanah =

27g

Lokasi 2

Isipadu tanah =

27g

Tidak diketahui

– 1

Tidak diketahui

– 2

Jadual 2: Bilangan makrofauna besar dan kecil yang dijumpai di kedua-kedua lokasi.

Kumpulan Lokasi 1 Lokasi 2

Page 6: AMALI 1

Isipadu tanah = 27g Isipadu tanah = 27g

A (berkaki enam) 2 5

B (berkaki lapan) – –

C (berkaki banyak) 1 1

D (tidak berkaki) 2 2

E (badan bersegmen) 5 8

F (berkulit keras) 3 1

G(berkulit lembap) 2 2

Jadual 3: Pengelasan makrofauna berdasarkan ciri-ciri fizikal.

Makrofauna Ulat gonggok Cacing tanah Semut Lipan

Kingdom Animalia Animalia Animalia Animalia

Phylum Arthropoda Annelida Anthropoda Anthropoda

Class Diplopoda Clitellata Insecta Chilopoda

Order Spirobolida Haplotaxida Hymenoptera Geophilomorpha

Family Spirobolidae Lumbricidae Formicidae Geophilidae

Genus Narceus Lumbricus Monomorium Geophilus

Spesies Narceus

americus

Terrestris Minimum Geophilus flavus

Jadual 4: Pengelasan makrofauna mengikut peringkat dalam taksonomi.

Perbincangan:

Page 7: AMALI 1

1. Dalam amali ini, organisma makrofauna boleh diasingkan daripada sampel tanah

menggunakan corong Tulgren. Sampel tanah yang digunakan akan diletakkan di

atas jaring dawai dan kemudian lampu akan dihidupkan selama dua hingga tiga hari.

Oganisma akan bergerak menjauhi cahaya di dalam corong Tulgren dan masuk ke

dalam silinder kon berisi formalin yang berperanan sebagai bahan pengawet. Teknik

corong Tulgren adalah berdasarkan tindak balas negatif haiwan-haiwan terhadap

cahaya yang terang, suhu yang tinggi dan kelembapan yang rendah. Lampu yang

digunakan adalah terang, bertujuan untuk menghalau organisma tanah ke bawah

dan seterusnya jatuh ke dalam bikar yang berisi larutan formalin.

Sumber gambar: http://www.pitlochry.pkc.sch.uk/ScienceOutcomes/chapter19-

notes.htm.

2. Selepas itu, ia akan dimasukkan ke dalam air untuk mengaktifkan kembali

organisma tersebut suoaya kami dapat menganalisa ciri-ciri fizikal dengan lebih

baik. Kemudian orgaisma ini akan dimasukkan ke dalam etanol untuk dimatikan.

Page 8: AMALI 1

3. Antara langkah berjaga-jaga yang kami ambil ialah

i. Menggunakan alat untuk mengambil sampel tanah dengan berhati-hati.

ii. Mengendalikan organisma makrofauna yang dijumpai dengan berhati-hati

supaya ia berada dalam keadaan yang asal unuk dianalisa ciri-ciri fizikalnya.

Kesimpulan:

Tanah yang subur mempunyai bilangan dan jenis makrofauna dan mikrofauna

yanglebih banyak. Tanah yang subur mempunyai faktor yang membolehkan

organismauntuk hidup dalam tanah tersebut. Justeru, didapati sampel tanah 2

mempunyaimakrofauna yang lebih banyak berbanding sampel tanah 1. Tanah 2

mempunyaiwarna yang lebih gelap disebabkan kandungan bahan organiknya yang

lebih banyak.

Soalan:

1. Bagaimana kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu ) makrofauna

daripada tanah daripada dua lokasi yang berbeza?. Bolehkah anda cadangkan

mengapa mungkin ada perbezaan. Apakah parameter tanah yang anda boleh ukur

untuk menerangkan perbezaan tersebut?

Sifat tanah yang berbeza-beza pada pelbagai tempat menunjukkan ianya

dipengaruhi oleh banyak faktor yang membentuknya. Hans Jenny (1899-1992), tanah

terbentuk daripada bahan induk yang telah modifikasi akibat dari perubahan pada faktor

iklim, organisma (termasuk manusia), dan juga bentuk permukaan muka bumi atau

topografi. Maka lokasi yang berbeza akan mempunyai jenis makrofauna yang berbeza.

Dalam eksperimen ini, kami mendapati bahawa jenis makrofauna yang berbeza

Page 9: AMALI 1

terdapat di lokasi berbeza dengan mengambil kira faktor tahap keredupan lokasi,

kelembapan, kepadatan serta tekstur tanah.

Lokasi 1 mempunyai jumlah makrofauna yang lebih sedikit berbanding lokasi 2.

Lokasi 1 iaitu di bawah sebatang pokok besar mempunyai teduhan yang redup tetapi

tanahnya agak kering berbanding lokasi 2 yang terletak di tepi perparitan tanaman

kelapa sawit, tanahnya agak lembap walaupun terdedah kepada cahaya matahari

kerana pokok kelapa sawitnya masih lagi kecil. Maka tanah di loaksi 2 akan sentuasa

lembap kerana mendapat bekalan air yang cukup. Makrofauna akan lebih bertumpu di

kawsan yang lembap untuk mengelakkan badan mereka kehilangan air dan mati.

2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah.

. Makrofauna dikenalpasti sebagai jurutera ekosistem kerana mereka

mengubahsuai struktur tanah dengan mengorek dan mencipta struktur yang lebih

spesifik bagi membolehkan mereka bergerak dan melakukan aktiviti harian seperti

membuat lubang dan sebagainya supaya tanah lebih berongga (Biological Resources,

2011).

Setiap makrofauna mempunyai peranan yang tertentu dalam mengawal atur ciri

fizikal dan proses kimia dalam tanah. Sebagai contoh makrofauna yang dijumpai dalam

eksperimen yang dijalankan seperti cacing, berfungsi sebagai agen penyubur tanah.

Cacing tanah ini akan selalu bergerak dan menembusi tanah secara tidak langsung ia

memberi ruang pengudaraan yang baik kepada struktur tanah.

Di samping itu, cacing tanah boleh menjadi pengurai yang baik kepada sampah

organik seperti daun-daun dan ranting kering yang terdapat pada tanah. Seterusnya,

hasil kotoran cacing tersebut dijadikan sebagai nutrien kepada tanah. Manakala semut

penting dalam tanah kerana mereka mengubah persekitaran fizikal dan kimia serta

menambahbaik kapasiti tanah untuk menakung air. Disebabkan semut menambahkan

keliangan tanah, ia juga menyediakan ruang bagi akar untuk bertumbuh (Clive A.

Edwards,2011).

Page 10: AMALI 1

3. Pada rajah rangkaian makanan yang disediakan, labelkan jenis biota (contoh:

fungi, nematode dan sebagainya). Apa yang mereka lakukan (pemangsa,

pengurai daun dan sebagainya) dan terangkan bagaimanakah cara tenaga

disalurkan cth. Dimanakan tenaga itu dikumpulkan dan dimanakah tenaga itu

berakhir (ie. Yang utama dalam rantaian makanan). Apa yang terjadi kepada

tenaga dan nutrien apabila organisma yang utama dalam rantaian makanan mati?

Masukkan rajah ini dalam laporan anda.

Dalam ekosistem tanah ini, selain daripada faktor abiotik, faktor biotik juga

mempengaruhi dan saling berinteraksi untuk membentuk satu ekosistem semula jadi

yang stabil dan seimbang. Berdasarkan siratan makanan ini, terdapat dua

subkomponen faktor biotik iaitu autotrof dan heterotrof. Autotrof terdiri daripada semua

tumbuhan yang menjalankan proses fotosintesis iaitu ia bertindak sebagai pengeluar

manakala heterotrof terdiri daripada semua haiwan dan saprofit yang tidak boleh

membina makanannya sendiri tetapi bergantung kepada haiwan lain atau pun

tumbuhan dan dikenali sebagai pengguna (Schraer dan Stolltze,1993).

Page 11: AMALI 1

Merujuk kepada rajah siratan makanan ini, autotrof (rumput hijau) akan bertindak

memerangkap tenaga cahaya untuk membina makanannya sendiri melaluiproses

fotosintesis. Kemudian, tenaga yang diperangkap akan dipindahkan kepada pengguna

seterusnya iaitu pengguna primer, sekunder dan tertier (heterotrof).Lazimnya, dalam

sesuatu rantai makanan, bilangan peringkat adalah terhad keranapemindahan tenaga

akan berkurangan di setiap peringkat sehinggalah semua tenaga habis digunakan.

Salah satu contoh rantai makanan yang boleh dikenalpasti berdasarkan siratan

makanan di atas ialah:

Rumput Nematode Arthropod Arthropod Burung pemangsa kecil

Rumput ialah pada aras trofik pertama (pengeluar), nematod ialah pengguna

primer, arthropod ialah pengguna sekunder, arthropod ialah pengguna tertier manakala

Page 12: AMALI 1

burung ialah pengguna di aras tertinggi. Apabila organisma di puncak siratan makanan

mati (burung dan tikus), tenaga yang tersimpan dalam tubuh haiwan tersebut tidak

akan hilang, sebaliknya ia akan diuraikan oleh ulat-ulat untuk dikembalikan kepada

tanah. Ulat ini akan berfungsi sebagai pengurai semulajadi. Dalam proses pemindahan

tenaga ini, 90% tenaga akan hilang kepada persekitaran sebagai tenaga haba. Justeru,

tenaga yang hilang ini harus diambil lagi daripada matahari oleh pengeluar.

4. Kumpulan organisma mana yang membentuk mesofauna?. Kumpulan mana yang

membentuk mikrofauna?. Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan utama ini?

Mesofauna adalah organisma bersaiz antara 0.1 mm dan 2 mm yang bertindak

sebagai penukar daun reput (litter transformer). Mesofauna ini menguraikan bahan

organik melalui penghadaman bahan daripada tumbuhan.Mereka ini juga akan

memakan kembali najis mereka dan najis organisma lain untuk menggunakan nutrien

dan bahan lain untuk aktiviti harian mereka. Tindakan inimenyediakan habitat baik bagi

aktiviti mikrobial, seterusnya menguraikan lagi bahan organik untuk menghasilkan

nutrien yang penting bagi organisma lain (BiologicalResources, 2011). Contoh

kumpulan yang membentuk organisma mesofauna termasuklah nematodes,

oligochaete worms, sn larvae dan mikroarthropod.

Page 13: AMALI 1

29

taxa bagi mesofauna tanah yang telah dikumpul dan dikenal pasti oleh oleh

sekumpulan pengkaji.

Sumber gambar: http://web.engr.oregonstate.edu/~tgd/bugid/

Manakala mikrofauna pula adalah organisma bersaiz kurang daripada 100 mm.

Kebanyakan mikrofauna adalah protozoa dan nematod yang heterotrofik

sertamemerlukan karbon organik bagi tumbesaran. Mereka berfungsi dalam penguraian

melalui memakan dan memproses partikel organik yang kecil dalam tanah

yangmendap. Mikrofauna juga mendiami usus organisma lain yang lebih besar

untukmenguraikan bahan selulos. Contoh bagi mikrofauna ialah protozoa, nematodes

dan arthropod yang bersaiz mikro.

Gambar menunjukkan beberapa jenis hama dengan

pembesaran imej oleh komputer.

Sumber gambar:

http://www.fhigreen.com/soil_helper.html

Page 14: AMALI 1

5. Rangkaian makanan boleh menunjukkan biologikal yang kompleks, dan juga

kesuburan tanah. Terangkan bagaimana pihak pengurusan tanah meningkatkan

kesuburan tanah

Pengurusan tanah yang kita amalkan boleh memberi kesan kepada kesuburan

tanah. Salah satunya adalah dengan menggunakan racun organik tanpa menggunakan

racun serangga serta racun rumpai untuk menjamin kualiti pertanian. Contoh racun

organik adalah penggunaan lada hitam dan bawang putih. Kebaikan menggunakan

bahan-bahan ini ialah kita dapat menentukan keaktifannya dan menyediakan mengikut

keadaan yang diperlukan. Cara ini adalah sesuai dan amat praktikal untuk diguna pakai

oleh petani-petani berskala kecil, tambahan pula bahan-bahan ini adalah mudah

didapati di negara kita. Bagi mengatasi masalah rumpai dan rumput, petani-petani

haruslah mencari satu jalan yang sesuai tanpa menjejaskan hasil tanaman mereka.

Sistem pintar penyemburan racun rumpai organik patut diperkembangkan dan

diguna pakai. Kaedah biologi seperti membiak serangga pemusnah juga patut dikaji

dan dipraktikkan oleh para petani. Kaedah fizikal dan pengurusan seperti penggunaan

cangkul, jentera penggembur, penggunaan tangan,membakar dan membanjir juga patut

digalakkan. Walau pun cara ini adalah agak lambat, mengambil masa dan tenaga

petani, tetapi ianya berkesan sekiranya kita dapat mengekalkan keindahan alam sekitar

daripada dicemari racun rumpai dan bahan-bahan bukan organik.

Selain itu, kesihatan manusia juga tidak akan terjejas kesan daripada memakan

tanaman tersebut. Kita juga boleh mengamalkan teknik penanaman bergilir. Petani-

petani boleh menanam tanaman yang berlainan jenis untuk menjaga serta

mengekalkan kesuburan tanah (Allan Suman Pillai, 2009).

6. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang kepada fungsi ekosistem tanah.

Apakah servis yang ekosistem jalankan?

Biota tanah memberi manfaat kepada produktiviti tanah dan menyumbang

kepada kebolehidupan ekosistem yang lain-lain. Aktiviti biota tanah adalah

Page 15: AMALI 1

pentingkerana ia meningkatkan kitaran nutrien dalam tanah secara pantas ke dalam

bentuk mineral tanah.

Di samping kitaran ini, penghasilan mukus bersama rembesan air dalam tubuh

biota tanah seperti cacing juga meningkatkan aktiviti mikroorganismatanah yang lain.

Hal ini diikuti dengan penghasilan bahan organik yang banyak.Justeru, akan terdapat

banyak nutrien seperti nitrogen, kalium, fosforus dan kalsiumyang boleh digunakan oleh

pokok-pokok.

Selain itu, biota tanah boleh meningkatkan pemineralan nitrogen melalui kesan

terus atau tidak terus ke atas komunitimikrobioal. Biota tanah juga menguraikan

bangkai haiwan dan tumbuhan serta menggerakkan fosforus di dalam tanah (Tunira

Bhadauria dan Krishan Gopal Saxena, 2009).

REFLEKSI:

Sebelum memulakan amali praktikal ekosistem tanah mengenai biota tanah dan siratan

makanan, saya bersama rakan kumpulan telah berbincang bahawa sampel tanah yang

bakal diambil perlulah mempunyai persekitaran yang berbeza supaya hasil kajian kami

lebih jelas. Oleh itu, kami telah memilih kawasan tanah yang mempunyai tahap

kelembapan dan warna yang berbeza.

Semasa proses pengambilan sampel tanah, saya mendapati bahawa terdapat pelbagai

macrofauna yang dijumpai. Kami juga telah bekerjasama untuk mengutip daun-daun

kering yang kian reput di atas permukaan tanah tersebut. saya menyedari apabila kami

tiba di kawasan tersebut, kami juga telah menjadi salah satu agen pengurai iaitu

dengan memijak daun-daun mati menjadi cebisan yang lebih kecil.

Penggunaan corong tulgren yang digunakan dalam kajian ini merupakan kali pertama

saya mengendalikan bahan tersebut. saya berharap agar semasa saya telah bergelar

Page 16: AMALI 1

guru sebenar di sekolah kelak, saya boleh menerangkan penggunaan alatan-alatan di

makmal supaya pelajar saya dapat mengenalpasti radas dan cara penggunaannya

dengan betul.

Setelah menyiapkan laporan dan juga hasil kajian, barulah saya sedar bahawa

makrofauna dan mikrofauna yang terdapat dalam tanah mempunyai tugas yang amat

besar terhadap kitaran alam semulajadi. Walupun saiznya yang amat kecil, namun

tanpa makrofauna dan mikrofauna, haiwan atau tumbuhan yang mati tidak mengalami

proses penguraian dan akan mendatangkan masalah kepada alam sekitar. Justeru

penjagaan alam sekitar secara semula jadi amatlah penting untuk diterapkan dalam diri

setiap individu supaya, keseimbangan ekosistem dapat dikekalkan. Saya juga sedar

bahawa pengetahuan seawal di bangku sekolah rendah adalah amat penting supaya

murid-murid dapat menanam pengetahuan asas yang kukuh.

Penambahbaikkan yang saya rasa perlu untuk kajian ini ialah, kawasan kajian yang

lebih bersifat semula jadi seperti di dalam hutan ataupun kawasan paya adalah menarik

sekiranya dijadikan sampel tanah untuk kajian ini. Hal demikian kerana kawasan

sampel tanah yang kami ambil adalah di kawasan tempat pembakaran sampah, kebun-

kebun dimana tanah tersebut telah dicemari dengan bahan kimia hasil daripada

pembuangan manusia ataupun racun serangga.

Kesimpulannya, aktiviti untuk kajian untuk ekosistem tanah ini, amat memberikan saya

pengetahuan baru dan kesedaran supaya lebih peka dengan keadaan sekeliling dan

beringat bahawa walaupun ciptaan Allah itu nampak kecil dan tidak kuat, ia masih

membawa peranan yang besar yang tidak boleh dilakukan oleh hidupan yang lain.

NUR ADILAH BT HAMIDON

900820-03-5916

Page 17: AMALI 1

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillahirobbila’lamin kami telah dapat melaksanakan

Amali 1 ini serta berjaya meyiapkan laporannya pada masa yang telah ditetapkan.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan penghargaan kepada pensyarah pembimbing

kami iaitu Puan Hajah Fatimah @Timah binti Abd Kadir kerana telah banyak membantu

kami sepanjang pelaksanaan amali ini. Penghargaan juga kepada rakan-rakan

sekumpulan iaitu Syukri dan Adilah kerana telah memberikan kerjasam yang mantap.

Sepanjang proses melaksanakan Amali 1 ini, banyak perkara dan pengetahuan

baru yang telah saya perolehi. Melalui pembacaan daripada sumber buku dan internet,

kini saya mengetahui betapa banyak dan pelbagainya spesies yang ada di muka Bumi

kita ini. MasyaAllah. Dalam sistem bumi kita ini juga terdapat pelbagai interaksi tanpa

kita sedari antara benda hidup dengan benda bukan hidup. Saya begitu kagum

bagaimana simbiosis ini berlaku dengan begitu tersusun. Kepada-Nya kita

mengembalikan puji-pujian. Maka di sini saya mengambil iktibar daripada pembacaan

Page 18: AMALI 1

yang telah dibuat, tugas manusialah untuk menjaga keharmonian alam yang terbentang

ini.

Pada pandangan saya, sebagai guru, kita harus menanamkan semangat

cintakan bumi dan alam sekitar kepada kanak-kanak sedari mereka mula dapat

memahami sesuatu kerana pendidikan itu bermula daripada buaian dan dipraktikkan

sentiasa. Kita boleh mendedahkan mereka kepada aktiviti-aktiviti berunsurkan alam

sekitar. Misalnya baru-baru ini kelas kami telah mengikuti Program Pendidikan

Biodiversiti kelolaan Jabatan Perhilitan Negeri Johor di Jemaluang, Mersing, Johor.

Selain itu, dalam melaksanakan amali ini, saya juga mendapat pengetahuan

baru mengenai haiwan yang hidup dalam tanah yang mempunyai kepentingannya yang

tersendiri walaupun ia sekadar hama yang memakan batang-batang kayu reput.

Begitulah Allah menjadikan setiap sesuatu dan tugas dan peranan masing-masing.

Saya juga berpendapat tugasan amali yang dilakukan secara berkumpulan ini

dapat mengeratkann. hubungan kami dan memupuk budaya bekerjasama dan saling

bantu-membantu untuk memudahkan kerja. Akhir sekali saya berharap agar Puan

Hajah Fatimah akan berpuas hati dengan hasil kerja kami ini dan semoga ia membawa

kebaikan kepada semua pihak.

Yang baik itu daang dari Allah S.W.T.

Yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Sekian, terima kasih.

NUR SYUHAIDA BT MUHAMMAD

910105-11-5318

Page 19: AMALI 1

REFLEKSI

Berdasarkan praktikal 1 berkaitan ekosistem tanah, biota tanah dan rantaian

makanan, saya dapat mendalami dengan lebih lanjut tentang topik ekosistem.

Ekosistem ialah satu unit biologi di mana konumiti biotik berhubungan dengan

persekitaran bukan hidup (abiotik)

Daripada tugasan ini, saya dapat memahami bahawa persekitaran yang berbeza

mempunyai ekosistem yang berbeza. Tanah yang subur mempunyai bilangan dan jenis

makrofauna dan mikrofauna yanglebih banyak. Tanah yang subur mempunyai faktor

yang membolehkan organisma untuk hidup dalam tanah tersebut.

Daripada hasil analisis yang terperinci ini, saya mendapati bahawa ekosistem

dapat dibahagikan kepada empat, iaitu abiotik , pengeluar, pengguna dan pengurai.

Komponen-komponen ini dihubungkan melalui rantaian makanan. Hasil pembelajaran

ini menjadikan saya lebih menghargai alam sekitar kerana setiap unsur ini saling

memerlukan antara satu sama lain. Sekiranya bumi tercemar, sudah pasti rantaian

makanan ini akan terganggu. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, saya harus

menerapkan pendidikan lestari ke dalam jiwa anak-anak murid saya.

Tugasan ini juga mengajar saya tentang cara-cara melakukan kiraan populasi

makrofauna besar dan kecil di lokasi sekitar kampus.

Saya berharap agar pengetahuan yang diperoleh daripada tugasan ini, dapat

saya aplikasikan apabila tiba masanya kelak.

MUHAMMAD SYUKRI BIN SAPUAN

Page 20: AMALI 1

Rujukan:

Buku

Baker M., Wolff W.J. (1987). Biological Surveys Of Estuaries And Coast. Cambridge

University Press: Cambridge..

Eugene P. Odum. (1996). Asas Ekologi Bahagian Satu Konsep dan Prinsip Ekologi

Asas Edisi Ketiga. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Herbert dan Schraer. (1993). Biology: The Study Of Life. UK: Prentice Hall.

Jenny H. (1994). Factors Of Soil Formation: A System Of Quantitative Pedology. UK:

Dover Publications.

Miller G.T., Spoolman S. (2008). Environmental Science 8th Edition. Kanada: Brooks/

cole Thompson learning.

Soil Science Society of America. (2008). Glossary Of Soil Science Terms. US: Soil

Science Society of America Inc.

Whalen J.K., Sampedroc L. (2009). Soil Ecology and Management. Cambridge

University Press: Cambridge.

Edwards c. (2011). Images

Edwards Spray. Interior Design: A Critical Introduction. (2010). Berg Editorial

Internet

http://en.wikipedia.org/wiki/Fauna#Mesofauna

http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/