Top Banner
NURUL AINI BINTI ABD RAHMAN A153427 PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM ‘AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL’
11

Amalan terbaik dalam pembangunan sosial

Mar 21, 2017

Download

Aini Rahman
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Amalan terbaik dalam pembangunan sosial

NURUL AINI BINTI ABD RAHMANA153427

PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT

LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM

‘AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL’

Page 2: Amalan terbaik dalam pembangunan sosial

Menurut Midgley (2005:37), pembangunan sosial ialahsuatu proses perubahan sosial yang terencana yang

didesain untuk mengangkat kesejahteraan penduduk secara menyeluruh, dengan menggabungkannya

dengan proses pembangunan ekonomi yang dinamis.

DEFINISI PEMBANGUNAN SOSIAL

Page 3: Amalan terbaik dalam pembangunan sosial

AKTIVITI KESUKARELAWANAN

Page 4: Amalan terbaik dalam pembangunan sosial

• Dalam mencapai kesejahteraan sosial, terdapat pelbagai amalan yang baik boleh dilakukan bagi kepentingan pembangunan sosial.

• Jadi, aktiviti kesukarelawanan adalah merupakan antara salah satu amalan terbaik yang boleh diamalkan oleh masyarakat hari ini sebagai langkah untuk mencapai kesejahteraan sosial.

• Aktiviti kesukarelawanan juga banyak dijalankan dalam kalangan masyarakat pada masa ini bagi membantu golongan yang berada dalam kesusahan.

Page 5: Amalan terbaik dalam pembangunan sosial

KESUKARELAWANAN MENDEKATKAN MANUSIA KEPADA ALLAH

Sifat menghulurkan sumbangan dengan ikhlas hati adalah sifat yang sangat terpuji dalam ajaran Islam. Malahan, kita dapati dari sejarah, bagaimana aktiviti manusia terdahulu kebanyakannya bergerak dalam suasana kerja sukarela, iaitu kerja yang ikhlas mengharapkan balasan Allah s.w.t. dan keredhaanNya. Sebagai contoh, Al-Quran membawa kisah Nabi Nuh a.s, ketika mana Baginda menyeru umatnya kepada segala bentuk kebaikan.

• Firman Allah S.W.T:

ه�م ب� ر� م�لاقو م�م �� ر ه�� � ر�نو� آ� ر� ر��ذي � ه� ه� ه�طا ر���ا ر��ا � ه� � ر �� ر ى ر" �$ا ه�� ر% ه& ر��ج ه��ن � ل$ا �ا ه� ر ي ر" م,م م� ر�ا ر��س $ا ه. رقو ر�يارن ر� و ر0ج ل�ا رقو م1م ����ر �ني ه, ل� �ر

Dan (ketahuilah) wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah menyampaikan agama Allah itu, tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata. (Surah Hud ayat 29)

Page 6: Amalan terbaik dalam pembangunan sosial

• Nabi Musa a.s. pula membantu golongan yang lemah di zaman Baginda, seperti di dalam kisah bantuan Baginda kepada dua orang wanita untuk mengambil air dari perigi yang dikerumuni kaum lelaki yang gagah perkasa. Nabi Khidir a.s. pula membantu membangunkan pondok usang yang hampir roboh kepunyaan dua orang anak yatim.

• Para sahabat Nabi s.a.w pula sentiasa melakukan kerja sukarelawan demi menyebarkan kebaikan dan menyeru manusia kepada agama. Seperti kisah pembinaan masjid Quba’ di Madinah, sahabat bersatu hati membantu dalam menjayakan projek pembinaan masjid tanpa sebarang gantian wang. Al-Arqam bin Abi al-Arqam menyediakan ruang rumahnya untuk Nabi s.a.w menyebarkan dakwah Islamiyah di Mekah tanpa menuntut sebarang balasan di dunia. Terdapat banyak lagi kisah dalam Al-Quran mahupun Hadis yang menunjukkan semangat kesukarelawanan demi mengharap keredaan Allah s.w.t semata-mata.

Page 7: Amalan terbaik dalam pembangunan sosial

• Dalam sebuah hadis menceritakan bahawa terdapat 40 ciri (yang terpuji) yang paling tinggi nilainya ialah menghadiahkan seekor kambing betina, dan barangsiapa yang beramal dengan salah satu daripadanya dengan harapan pahala daripada Allah, dan yakin dengan janji-Nya, maka Dia (Allah) akan memasukkannya ke syurga. (al-Bukhari)

• Imam Ibnu Hajar berkata bahawa di antara 40 ciri yang disebut dalam hadis ini ialah menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

• Oleh yang demikian, semangat kesukarelawanan dan bantu-membantu harus wujud pada diri setiap masyarakat. Pastinya kita semua yakin dengan kelebihan membantu orang dan berkhidmat secara sukarelawan.

Page 8: Amalan terbaik dalam pembangunan sosial

KELEBIHAN MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI KESUKARELAWANAN

Mengukuhkan sifat keikhlasan dalam hati. Apabila kita melakukan sesuatu dengan harapan mendapat ganjaran daripada Allah, ianya akan lebih mendorong kita melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kita tidak akan mudah terkesan dengan sifat dan reaksi orang, tetapi sebaliknya, kita akan tertumpu melakukan kebaikan, kerana kita hanya mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.

Mewujudkan kemesraan dan sifat rahmah serta ihsan dalam hidup kemasyarakatan.

Membantu orang adalah terjemahan sifat rahmah yang ada pada diri kita, kerana kita tidak ingin melihat kesusahan pada orang lain, seperti mana kita tidak mahukan kesusahan bagi diri kita sendiri. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Barangsiapa yang melapangkan (kesusahan) yang dialami oleh seorang mukmin, Allah akan melapangkan kesusahannya, jika dia menutup keaiaban seorang mukmin, Allah akan menutupi keaibannya, dan Allah sentiasa memberi bantuan kepadanya selagi mana dia membantu saudaranya." (Riwayat al-Baihaqi)

Page 9: Amalan terbaik dalam pembangunan sosial

Memberikan ketenangan hati dan kepuasan dalam jiwa. Hal ini demikian kerana, kerja yang dilakukan secara sukarela bermula dari hati yang ikhlas lagi rela tanpa paksaan. Selain itu, membantu orang akan mendatangkan ketenteraman pada diri, kerana kita akan bertambah syukur kepada Allah s.w.t. atas kesenangan yang kita nikmati, dan juga kerana kita dapat menggunakan nikmat tersebut untuk membantu orang lain.

Page 10: Amalan terbaik dalam pembangunan sosial

Memulakan usaha menghulurkan bantuan secara sukarela di masjid-masjid atau surau. Kita boleh bersama-sama tawarkan khidmat dan sumbangan untuk menjayakan program-program di sana. Sekiranya kita ada kelebihan, maka kita boleh kongsi bersama dengan saudara kita yang lain. Kita boleh berusaha melapangkan kesempitan yang dihadapi saudara kita. Mungkin ada pula saudara kita di sini yang perlukan nasihat dan pendapat dalam pembelajaran dan kerjaya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang mengingatkan kita tentang nilai sumbangan:

Maksudnya: Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling memberi manfaat kepada manusia yang lain. (al-Tabarani)

Kita juga akan menjadi hamba yang disayangi Allah s.w.t dan seterusnya dihargai oleh masyarakat dunia sebagai umat yang sentiasa melakukan kebaikan dan menyumbang ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah s.w.t:

Maksudnya: Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebenaran serta berpesan kepada kesabaran.

LANGKAH YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENYEMAI SIFAT KESUKARELAWANAN

Page 11: Amalan terbaik dalam pembangunan sosial

SEKIAN, TERIMA KASIH