1 Pentaksiran Pembelajaran Pelajar: Amalan Guru-guru di Malaysia Oleh Suah See Ling, Ong Saw Lan dan Shuki Osman [email protected], [email protected], [email protected]Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang amalan-amalan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru sekolah. Satu instrumen, Inventori Amalan Pentaksiran Guru (IAPG) dibina untuk tujuan tersebut. Inventori ini terdiri daripada tiga bahagian utama yang mengumpul maklumat tentang latar belakang guru, latihan dan pengetahuan pentaksiran guru serta amalan-amalan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru sekolah. Sampel kajian ini terdiri daripada 602 orang guru sekolah dari kawasan utara Malasysia. Data kajian dianalisis dengan menghitung nilai min respons serta peratusan responden yang mengamalkannya. Hasil kajian menunjukkan bentuk pentaksiran yang sering digunakan oleh guru sekolah merupakan ujian objektif berbentuk aneka-pilihan. Terdapat perbezaan yang signifikan antara guru peringkat persekolahan berlainan dalam aspek pembentukan skema pemarkahan, memberi maklum balas hasil penilaian dan penggunaan ujian bertulis dan penggunaan strategi lain. Perbandingan antara guru dari bidang pengajaran yang berlainan hanya menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam ujian bertulis. Abstract: This study aims at obtaining information on school teachers assessment practice. An instrument, known as Teachers Assessment Practice Inventory was developed for this purpose. This inventory consists of three sub-sections on information about teachers’ background, training and knowledge on assessment as well as assessment practices implemented by school teachers. The sample for this study made up of 602 teachers from the northern region of Malaysia. Data from the study was analysed by calculating the min values of the responses and percentage of respondent’s practices. The results showed that the form of assessment that frequently used by school teachers is multiple-choice objective test. There were significant difference among teachers from different school levels for aspects like developing marking scheme, giving feedbacks of evalution results and the use of written test and the use of other strategies. Comparison among teachers teaching different subject area only have significant difference in written test. Perkataan kunci: Amalan pentaksiran guru, Inventori Amalan Pentaksiran Guru, ujian objektif, pembentukan skema pemarkahan, memberi maklum balas Key words: Assessment practice, Teacher Assessment Practice Inventory, Objective test, developing marking scheme, giving feedback
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
Pentaksiran Pembelajaran Pelajar: Amalan Guru-guru di Malaysia
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang amalan-amalan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru sekolah. Satu instrumen, Inventori Amalan Pentaksiran Guru (IAPG) dibina untuk tujuan tersebut. Inventori ini terdiri daripada tiga bahagian utama yang mengumpul maklumat tentang latar belakang guru, latihan dan pengetahuan pentaksiran guru serta amalan-amalan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru sekolah. Sampel kajian ini terdiri daripada 602 orang guru sekolah dari kawasan utara Malasysia. Data kajian dianalisis dengan menghitung nilai min respons serta peratusan responden yang mengamalkannya. Hasil kajian menunjukkan bentuk pentaksiran yang sering digunakan oleh guru sekolah merupakan ujian objektif berbentuk aneka-pilihan. Terdapat perbezaan yang signifikan antara guru peringkat persekolahan berlainan dalam aspek pembentukan skema pemarkahan, memberi maklum balas hasil penilaian dan penggunaan ujian bertulis dan penggunaan strategi lain. Perbandingan antara guru dari bidang pengajaran yang berlainan hanya menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam ujian bertulis. Abstract: This study aims at obtaining information on school teachers assessment practice. An instrument, known as Teachers Assessment Practice Inventory was developed for this purpose. This inventory consists of three sub-sections on information about teachers’ background, training and knowledge on assessment as well as assessment practices implemented by school teachers. The sample for this study made up of 602 teachers from the northern region of Malaysia. Data from the study was analysed by calculating the min values of the responses and percentage of respondent’s practices. The results showed that the form of assessment that frequently used by school teachers is multiple-choice objective test. There were significant difference among teachers from different school levels for aspects like developing marking scheme, giving feedbacks of evalution results and the use of written test and the use of other strategies. Comparison among teachers teaching different subject area only have significant difference in written test.
Kerja Rumah 3.86 22 3.7% 27 4.5% 108 17.9% 304 50.5% 141 23.4%
Kerja Kursus 3.01 96 15.9% 79 13.1% 196 32.6% 183 30.4% 48 8.0%
13
* Nilai-nilai dalam baris ini diperoleh dengan menjumlahkan min kelima-lima item dalam bahagian prosedur ujian. ** Nilai-nilai dalam baris ini diperoleh dengan menjumlahkan nilai Prosedur Ujian (19.19), Sumber Pembinaan Ujian
(21.56) dan Tahap Pemikiran Tinggi (22.33).
Seperti yang dinyatakan di atas, perbezaan yang signifikan wujud dalam skema
pemarkahan berdasarkan peringkat persekolahan yang diajar oleh guru. Ini bermakna
cara pembentukan dan penggunaan skema pemarkahan adalah berbeza bagi guru yang
mengajar pada peringkat persekolahan yang berlainan. Berdasarkan Jadual 11, guru
yang mengajar peringkat pra universiti (min=3.78) lebih banyak membina skema
jawapan untuk soalan esei berbanding dengan guru-guru yang lain. Guru-guru sekolah
menengah lebih banyak menggunakan rubrik penskoran untuk menilai jawapan pelajar
(min=3.52). Kebanyakan guru-guru sekolah menengah telah membina rubrik
penskoran merujuk kepada rubrik peperiksaan awam (min=3.70), dan buku teks atau
buku rujukan (min=3.77) berbanding dengan guru-guru dari peringkat persekolahan
yang lain. Guru yang mengajar sekolah rendah pula lebih banyak membina rubrik
penskoran berdasarkan maklumat-maklumat yang dibekalkan oleh guru-guru lain
(min=3.41).
Jadual 11
Min Setiap Item Dalam Aspek Skema Pemarkahan Guru-guru Sekolah Berdasarkan Peringkat Persekolahan
Yang Diajar Oleh Guru Sekolah
Rendah
Sekolah
Menengah
Pra
Universiti
Kekerapan membina skema jawapan 3.28 3.62 3.78
Kekerapan menggunakan rubrik penskoran 3.22 3.52 2.89
Kekerapan membina rubrik penskoran berdasarkan
peperiksaan awam 3.30 3.70 2.94
Kekerapan menggunakan buku teks /buku rujukan untuk
membina rubrik penskoran 3.61 3.77 3.33
Kekerapan gunakan maklumat daripada guru lain untuk
membina rubrik penskoran 3.41 3.34 2.67
Kekerapan gunakan sumber lain untuk membina rubrik
penskoran 1.07 1.37 1.11
14
Dari segi maklum balas hasil penilaian pula, guru-guru yang mengajar di sekolah
rendah (min=13.92) lebih banyak memberi maklum balas tentang penilaian berbanding
dengan guru-guru yang mengajar di sekolah menengah dan pra universiti seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 10. Setelah mengkaji min setiap item dalam aspek maklum
balas hasil penilaian (Jadual 12), didapati guru sekolah rendah (min=3.22) lebih kerap
memberi maklum balas kepada ibu bapa berbanding dengan guru-guru yang lain.
Manakala guru pra universiti (min=2.06) merupakan golongan yang paling kurang
memberi maklum balas tentang penilaian kepada ibu bapa, tetapi banyak memberi
maklum balas kepada pelajar mereka (min=4.00). Guru sekolah rendah (min=3.04)
juga lebih banyak memberi maklum balas tentang hasil penilaian kepada pentadbir
sekolah berbanding dengan guru pra universiti (min=2.67).
Jadual 12 Min Setiap Item Dalam Aspek Maklum Balas Hasil Penilaian
Item Sekolah
Rendah
Sekolah
Menengah
Pra
Universiti
Maklum balas hasil penilaian kepada pelajar 3.94 3.95 4.00
Maklum balas hasil penilaian kepada ibu bapa 3.22 2.86 2.06
Maklum balas hasil penilaian kepada guru lain 3.71 3.60 3.56
Maklum balas hasil penilaian kepada pentadbir sekolah 3.04 2.87 2.67
Guru-guru sekolah rendah (min=21.42) lebih banyak menggunakan ujian bertulis
berbanding dengan guru sekolah menegah dan guru pra universiti (Jadual 10). Jadual
13 menunjukkan min setiap item dalam aspek ujian bertulis. Setelah meneliti min
setiap item, didapati guru pra universiti (min=4.00) lebih banyak menggunakan soalan
esei untuk menilai pelajar berbanding dengan guru lain. Sementara guru sekolah
rendah (min=3.35) paling kurang menggunakan soalan esei untuk menilai pelajar.
Guru sekolah rendah lebih banyak menggunakan soalan isi tempat kosong (min=3.72),
15
soalan betul/salah (min=3.36) dan soalan pemadanan (min=3.41) untuk membuat
penilaian tentang pelajar berbandaing guru-guru lain. Guru pra universiti merupakan
golongan yang paling kurang gunakan soalan isi tempat kosong (min=2.50), soalan
betul/salah (min=2.11) dan soalan pemadanan (min=1.83).
Jadual 13
Min Setiap Item Dalam Aspek Ujian Bertulis Berdasarkan Peringkat Sekolah Yang Diajar Oleh Guru Item Sekolah Rendah Sekolah Menengah Pra Universiti
Objektif AnekaPilihan 3.92 3.83 3.61
Esei 3.35 3.53 4.00
Isi Tempat Kosong 3.72 3.20 2.50
Soalan Jawapan Pendek 3.63 3.52 3.78
Soalan Betul/Salah 3.36 2.76 2.11
Soalan Pemadanan 3.41 2.60 1.83
Guru-guru sekolah rendah (min=18.13) lebih banyak menggunakan strategi lain
untuk menilai pelajar, manakala guru yang mengajar pra universiti (min=16.56) paling
kurang gunakan strategi lain untuk menilai pelajar (Jadual 10). Merujuk kepada Jadual
14, didapati guru sekolah rendah (min=4.15) lebih banyak menggunakan teknik
pemerhatian berbanding guru-guru yang lain. Guru pra universiti (min=3.72) paling
kurang gunakan teknik pemerhatian untuk menilai pelajar. Guru sekolah rendah juga
banyak menggunakan teknik menyoal secara lisan (min=4.26) dan temu bual
(min=3.33) untuk menilai pelajar berbanding dengan guru-guru lain.
Jadual 14 Min Setiap Item Dalam Aspek Penggunaan Strategi Lain Untuk Menilai Pelajar
Item Sekolah
Rendah
Sekolah
Menengah
Pra
Universiti
Menyoal secara lisan 4.26 4.13 4.00
Pemerhatian 4.15 3.92 3.72
Projek kerja lain 3.31 3.33 3.22
Penilaian kendiri oleh pelajar 3.04 3.13 2.67
Temubual 3.33 3.17 2.94
16
Dapatan kajian ini menunjukkan tidak ada banyak perbezaan amalan-amalan
pentaksiran guru-guru sekolah berdasarkan bidang pengajaran guru. Seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 15, hanya wujud perbezaan yang signifikan dalam skala
penilaian ujian bertulis dengan nilai F=3.58. p< 0.05. Ini bermakna guru-guru yang
mengajar bidang yang berlainan tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dalam
amalan-amalan pentaksiran mereka, melainkan ujian bertulis. Guru-guru sekolah yang
mengajar mata pelajaran Bahasa paling banyak menggunakan ujian bertulis untuk
menilai pelajar (min=20.52). Manakala guru Sains dan Matematik (min=19.38)
merupakan golongan yang kurang menggunakan ujian bertulis berdasarkan analisis
data kajian ini.
Jadual 15 Amalan Pentaksiran Guru-guru Sekolah Berdasarkan Bidang Pengajaran Guru
Bahasa Sains & Matematik Lain-lain Nilai F Sig.
(1). Pembinaan Ujian ** 62.87 62.74 62.39 0.26 0.771
(I). Prosedur Ujian* 19.31 19.41 19.12 0.55 0.580
(II).Sumber Pembinaan Ujian 21.22 21.29 21.11 0.16 0.856
(III).Tahap Pemikiran Tinggi 22.34 22.04 22.12 0.63 0.535
(6).Maklum Balas Hasil Penilaian 13.59 13.45 13.32 0.72 0.489
* Nilai-nilai dalam baris ini diperoleh dengan menjumlahkan min kelima-lima item dalam bahagian prosedur ujian. ** Nilai-nilai dalam baris ini diperoleh dengan menjumlahkan nilai Prosedur Ujian (19.31), Sumber Pembinaan Ujian (21.22)
dan Tahap Pemikiran Tinggi (22.34).
Daripada Jadual 16, didapati guru Sains dan Matematik kurang menggunakan
soalan isi tempat kosong (min=3.11), soalan betul/salah (min=2.75) dan soalan
17
pemadanan (min=2.64) untuk menilai pelajar berbanding dengan guru-guru lain. Guru
bahasa banyak menggunakan soalan esei (min=3.75) untuk membuat penilaian tentang
pelajar mereka berbanding dengan guru-guru lain.
Jadual 16 Min Setiap Item Dalam Aspek Ujian Bertulis Berdasarkan Bidang Pengajaran Guru
Item Bahasa Sains & Matematik Lain-lain
Objektif Aneka Pilihan 3.90 3.90 3.75
Esei 3.75 3.41 3.32
Isi Tempat Kosong 3.41 3.11 3.54
Soalan Jawapan Pendek 3.57 3.54 3.57
Soalan Betul/Salah 2.98 2.75 3.06
Soalan Pemadanan 2.92 2.64 2.96
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Kebanyakan guru sekolah memperoleh pengetahuan tentang pentaksiran daripada
kursus-kursus dalam perkhidmatan. Namun, kebanyakan memperoleh latihan selepas
1-5 tahun. Terdapat guru yang tidak pernah menghadiri sebarang kursus berkaitan
dengan pentaksiran.
Guru sekolah yang terlibat dalam kajian mempunyai keyakinan dan bersedia untuk
membuat pentaksiran terhadap pelajar. Ini juga dibuktikan benar apabila guru-guru
sekolah memilih cara pentaksiran dengan memberi pertimbangan utama terhadap
kesesuaian sesuatu pentaksiran dengan objektif pembelajaran.
Kajian ini juga mendapati guru-guru sekolah banyak menggunakan ujian objektif
aneka-pilihan dalam membuat pentaksiran tentang pelajar mereka, manakala kaedah
pentaksiran yang paling kurang digunakan adalah soalan pemadanan. Keadaan ini
berlaku mungkin disebabkan pengaruh peperiksaan awam yang kurang menggunakan
format item demikian. Hasil kajian telah menunjukkan kaedah pentaksiran guru-guru
sekolah selalu dipengaruhi oleh peperiksaan awam. Ini adalah dalam jangkaan
18
disebabkan peperiksaan awam memainkan peranan penting dalam membuat keputusan
tentang masa hadapan seseorang calaon serta sistem pendidikan Malaysia. Untuk
memastikan pelajar berjaya dalam peperiksaan awam, guru-guru sekolah berusaha
menyediakan pelajar supaya biasa dengan format soalan peperiksaan awam. Selain
ujian objektif aneka-pilihan, guru-guru sekolah juga banyak menggunakan kerja rumah
pelajar untuk menilai prestasi pelajar.
Guru-guru dari peringkat persekolahan yang berlainan mempunyai amalan
pembentukan dan penggunaan skema pemarkahan yang berbeza. Guru yang mengajar
pada peringkat pra universiti lebih banyak membina skema jawapan untuk soalan esei
berbanding dengan guru-guru lain. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan kaedah
pentaksiran yang lazim diamalkan dalam peringkat pra universiti adalah berbentuk
soalan esei. Dari segi penggunaan rubrik penskoran pula, guru sekolah menengah
banyak menggunakan rubrik penskoran untuk menilai jawapan pelajar. Kekerapan
guru sekolah menengah membina rubrik penskoran berdasarkan peperiksaan awam
dan buku teks atau buku rujukan adalah lebih tinggi daripada guru-guru yang mengajar
peringkat persekolahan yang lain. Guru yang mengajar sekolah rendah pula lebih
banyak membina rubrik penskoran berdasarkan maklumat-maklumat yang dibekalkan
oleh guru-guru lain.
Dari segi maklum balas hasil penilaian, guru-guru yang mengajar di sekolah
rendah lebih banyak memberi maklum balas tentang penilaian berbanding dengan
guru-guru dari peringkat persekolahan yang lain. Guru-guru sekolah rendah lebih
kerap memberi maklum balas tentang penilaian pelajar kepada ibu bapa dan pihak
pentakbir sekolah. Manakala guru pra universiti lebih kerap memberi maklum balas
19
tentang penilaian kepada pelajar mereka.
Kajian ini menunjukkan guru-guru sekolah rendah lebih banyak menggunakan
ujian bertulis. Dapatan ini bercanggah dengan kajian Mertler (1998, October). Kajian
Mertler (1998, October) menunjukkan guru-guru sekolah rendah kurang menggunakan
teknik pentaksiran tradisional seperti ujian bertulis. Kajian ini mendapati bentuk ujian
bertulis yang kerap digunakan oleh guru-guru sekolah rendah adalah soalan isi tempat
kosong, soalan betul/salah dan soalan pemadanan. Selain ujian bertulis, strategi lain
yang kerap digunakan oleh guru-guru sekolah rendah untuk mentaksir pembelajaran
pelajar adalah teknik pemerhatian, teknik menyoal secara lisan dan temubual.
Kajian ini juga mendapati amalan-amalan pentaksiran guru-guru sekolah
berdasarkan bidang pengajaran guru tidak banyak berbeza. Perbezaan yang signifikan
hanya wujud dalam penggunaan ujian bertulis. Guru-guru sekolah yang mengajar mata
pelajaran bahasa paling banyak menggunakan ujian bertulis untuk menilai pelajar.
Dapatan ini adalah selaras dengan kajian Zhang & Burry-Stock (2003). Kajian ini
menunjukkan guru-guru bahasa dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains &
Matematik lebih banyak menggunakan soalan objektif aneka pilihan. Dapatan ini agak
sama dengan dapatan kajian McMorris & Boothroyd (1993). Hasil kajian mereka
menunjukkan guru-guru Sains lebih suka menggunakan item aneka pilihan. Kajian ini
juga menunjukkan guru Sains dan Matematik merupakan golongan yang kurang
menggunakan ujian bertulis. Guru bahasa banyak menggunakan bentuk soalan esei
untuk membuat pentaksiran tentang pelajar.
IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN
20
Kajian ini mendapati kebanyakan guru sekolah memperoleh pengetahuan tentang
pentaksiran daripada kursus-kursus dalam perkhidmatan. Oleh itu, untuk
meningkatkan tahap literasi pentaksiran atau pun kualiti pentaksiran guru-guru sekolah,
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negara dan Pejabat
Pendidikan Daerah perlu lebih kerap menganjurkan kursus-kursus tentang
pentaksiran.
Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat amalan pentaksiran yang berbeza
antara guru sekolah rendah, menengah dan pra universiti. Ini bermaksud latihan
pentaksiran yang diadakan perlu lebih spesifik untuk guru yang mengajar peringkat
persekolahan yang berlainan. Keperluan kemahiran pentaksiran untuk guru sekolah
rendah adalah berbeza dengan guru sekolah menengah.
Guru yang mengajar mata pelajaran yang berlainan tidak mengamalkan
pentaksiran yang berbeza. Oleh itu, kursus pentaksiran boleh dianggap sebagai
kursus yang umum untuk semua guru yang mengajar pada peringkat persekolahan
yang sama.
Guru-guru dalam kajian ini menunjukkan kesediaan dalam menjalankan
pentaksiran terhadap pembelajaran pelajar. Oleh itu, kajian masa akan datang boleh
dilakukan terhadap aspek pentaksiran yang khas untuk membantu pembelajaran dan
juga untuk mentaksir pelajar khas.
RUJUKAN
Abu Bakar Nordin (1986). Asas Penilaian Pendidikan. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn Bhd.
21
Airasian, P. W. (2001). Classroom Assessment: Concepts And Applications (4th edition ed.). New York: McGraw-Hill Higher Education.
Akhbar Ibrahim, & Siti Zaliha Reduan (2002). Penilaian prestasi berasaskan sekolah: Pelaksanaan dan kesediaan guru. Paper presented at the Persidangan Kebangsaan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah, USM Pulau Pinang.
Black, P., & William, D. (1998). Assessment and classroom learning. Assessment In Education, 5(1), 7-73.
Bol, L., Stephenson, P. L., & O'Connell, A. A. (1998). Influence of experience, grade level and subject area on teachers' assessment practices. Journal of Educational Research, 91.
Chang, S. F. (1988). Teachers' Assessment Practices: Assessing Phase II Pupils' Progress In KBSR English. Universiti Malaya, Petaling Jaya.
Desforges, C. (1989). Testing And Assessment. London: Cassell Education Limited.
Donegan, M. M. (2001). The views of teachers on assessment: A comparison of lower and upper elementary teachers. Journal of Research in Childhood Education, 15(2).
Gronlund, N. E. (2006). Assessment Of Student Achievement (8th ed.). Boston: Pearson Education, Inc.
Jacobs, L. C., & Chase, C. I. (1992). Developing And Using Tests Effectively. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.
Marso, R. N., & Pigge, F. L. (1987). Teacher-Made Tests and Testing: Classroom Resources, Guidelines, and Practices.
Marso, R. N., & Pigge, F. L. (1988a). An Analysis of Teacher-Made Tests: Testing Practices, Cognitive Demands, and Item Construction Errors. Paper presented at the Annual Meeting Of The National Council On Measurement In Education.
Marso, R. N., & Pigge, F. L. (1988b). Standardized and Competency Testing Programs: Classroom Teachers' Needs and Proficiencies as Viewed by Principals and Supervisors. Paper presented at the Annual Meeting Of The Midwestern Educational Research Association.
McMillan, J. H. (2000). Fundamental assessment principles for teachers and school administrators. Practical Assessment, Research & Evaluation, 7(8).
McMillan, J. H. (2008). Assessment Essentials For Standard-Based Education (2nd ed.). California: Corwin Press.
22
McMorris, R., & Boothroyd, R. (1993). Tests That Teachers Build: An Analysis Of Classroom Tests In Science And Mathematics. Applied Measurement in Education, 6(4), 321-342.
Mertler, C. A. (1998, October). Classroom assessment: Practices of Ohio Teachers. Paper presented at the Annual Meeting of the Mid-Western Educational Research Association.
Ng, S. N. (1991). Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Roeber, E. D. (2002). How will we gather the data we need to inform policy makers? In R. W. Lissitz & W. D. Schafer (Eds.), Assessment in educational reform: Both means and ends (pp. 162-191). Boston: Allyn & Bacon.
Stiggins, R. J. (1992). High quality classroom assessment: What does it really mean? Educational Measurement: Issues and Practice, 11(2), 35-39.
Stiggins, R. J., & Bridgeford, N. J. (1984). The Use of Performance Assessment in the Classroom.
Zhang, Z., & Burry-Stock, J. (2003). Classroom Assessment Practices and Teachers' Self-Perceived Assessment Skills. Applied Measurement in Education, 16(4), 323-342.