Wirid & Jurus Khatamun Nubuwwah
Diantara dua bahu nabi SAW ada cap kenabian (Khatamun
Nubuwwah)
Dari kitab (Kifayatul Muhtaj bagi bicara israk&mikraj m/s 4)
diceritakan..ketika nabi sedang berada ni Hijir Ismail(
Baitullah)..datang malaikat Jibrail dan Mikail, dan dibelah dada
nabi dari pangkal leher hingga ke bawah perut, dan disucikan hati
nabi dan dibasuh jantung nabi dengan air zam-zam 3 kali..dan
kemudian dimaterikan antara dua belikat Rasulullah dengan Khatamun
Nubuwwah..
Dari kitab Madarijus Suud..syarah ala Maulid Barzanji m/s
51&52...(cap kenabian) ialah daging atau lemak yang hitam
(nampak timbul) bercampur kekuningan(seperti urat), kelilingnya itu
ade bulu-buluan(bulu roma) yang beriring-iringan seolah-olahnya
bulu kuda (halus), berkata Alamah Zurqani dalam kitab
AlMawahidunyah syarah ala Syamail, tertulis dalam segitiga itu,
Allah Tunggal Ia, Tiada Sekutu BagiNya,
Muhammad,HambaNya,RasulNya, dan di luar segitiga itu pada arah
kanan , Hadaplah Hai Muhammad sekira-kira engkau mau (Hadaplah atau
Pergilah ke mana engkau mau) dan di sebelah kirinya pula,
Sesungguhnya engkau Muhammad dibela atau dibantu,
Disokong dengan Hadith..
Berkata hadrat Imam Thirmizi RA, barangsiapa berwudhulalu
melihat ia(ini khatam) diwaktu subuh,nescaya akan dipelihara akan
dia ALLAH Taala sampai petang.sesiapa melihat ia di waktu
maghrib,nescaya memelihara dia akan ALLAH Taala sehigga waktu
subuh,dan barangsiapa melihat ia ketika awal bulan(nampak anak
bulan),nescaya memelihara akan dia ole ALLAH Taala sampai akhir
bulan,dan barang siapa melihat ia akan awal tahun(nampak anak
bulan),nescaya memelihara akan dia oleh ALLAH Taala sampai akhir
tahun dari bala dan bencana,dan barangsiapa melihat ia ketika
bermusafir,nescaya jadilah safar itu diberkati ALLAH Taala
keatasnya,dan barangsiapa mati pada demikian
tahun,mengkhatamkan(mengakhirkan) oleh ALLAH Taala baginya dengan
iman bahkan aku (Tharmizi) berharap akan ALLAH Taala,bahawasanya
barangsiapa melihat ia(ini khatam) dengan benar cintanya akan Nabi
SAW,dengan kepercayaan iman yang benar, dengan umurnya yang satu
sahaja,memelihara ALLAH Taala akan seluruh apa yang tidak disukai
sampai ia bertemu akan ALLAH Taala. (syarah Barzanji m/s 52)
Dari as-Saib bin Yazid r.a telah berkata:
Ibu saudaraku telah membawa aku kepada Rasulullah SAW. Maka dia
berkata: Ya Rasulallah, anak saudaraku ini telah jatuh sakit, maka
Baginda menyapu kepalaku dan mendoakan keberkatan padaku, kemudian
Baginda mengambil wudhu maka aku pun minum air wudhunya. Kemudian
aku bangun di belakang Baginda maka aku lihat satu cop yang
terdapat antara bahu Baginda. (H.R Bukhari)
Berkata al-Qurtubi: Hadith-hadith sahih bersepakat menyebut
bahawa cap kenabian adalah sesuatu yang jelas kemerahan terdapat
pada bahu kiri Baginda. Sekurang-kurang kadarnya adalah sebesar
telur merpati dan sebesar-besarnya sebuku tangan.
AMALAN
Dari ayahandaku.Bahawasanya ketika beliau mengambil Ijazah
Selempang Merah dari KIYAI SALLEH @ Panglima Salleh,Muar. Beliau
telah diijazahkan juga sekali amalan zikir Khatamun Nubuwwah
ini.Kemudian selepas berjumpa guru-Nya yg lain,yg Hafiz lg Alim.
Guru tersebut telah menambah BISMILLAHIL AZIZIL QAHHAR untuk
dibacakan sebelum memulai zikir ini. Amalan zikir ini jika
diamalkan ia, InsyaAllah dapat digunakan untuk merawat diri sendiri
dari segala penyakit dengan menukarkan zikir ini kepada JURUS
KHATAMUN NUBUWWAH...