E-BOOK SERANTAU MUSLIM AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI Penulis Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor 1
E - B O O K S E R A N T A U M U S L I M
A M A L A NC E T U S
L IMPAHAN
REZEKIPenulis
Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor1
Segala puji bagi Allah,Tuhan yang mentadbir sekalian alam,
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,
ahli keluarga, para sahabat dan seluruh umat yang mengikutinya.
2
w w w . s e r a n t a u m u s l i m . o r g . c o m
3
Isi Kandungan
4
Bil. Sub-tajuk Halaman
1Amalan Cetus Limpahan Rezeki Melalui Rintihan Kepada Allah
SWT
2 Amalan Cetus Limpahan Rezeki Melalui Solat Dhuha
3Amalan Cetus Limpahan Rezeki Melalui Berbuat Baik Sesama
Manusia dan Menyambung Silaturrahim
4 Amalan Cetus Limpahan Rezeki Melalui Istighfar
5 Amalan Cetus Limpahan Rezeki Melalui Sedekah
Pengenalan
Terdapat banyak amalan-amalan yang boleh dilakukan bagi mendapatkan
rezeki yang melimpah ruah. Dalam e-book ‘Amalan Cetus Limpahan Rezeki’ ini
akan menerangkan lima amalan yang boleh dilakukan bagi mencetus limpahan
rezeki. Dalam Bab Pertama, penulis akan menerangkan tentang amalan cetus
limpahan rezeki melalui rintihan kepada Allah SWT. Kita digalakkan menyebut
perkataan-perkataan yang baik dan memuji Allah dalam usaha mendapatkan
rezeki yang melimpah.
Dalam Bab Kedua, amalan yang penulis ingin kongsikan ialah amalan solat
dhuha. Solat dhuha sangat digalakkan untuk dilakukan walaupun ia bukanlah
amalan yang wajib, namun bagi mencetus limpahan rezeki, perlu dilakukan
secara istiqamah. 5
Pengenalan
Manakala dalam Bab Ketiga, penulis akan menyentuh tentang ‘Habluminannas’
iaitu berbuat baik sesama manusia dan menyambung silaturrahim. Senario murni
ini sangat dituntut untuk dilaksanakan bagi meraih rezeki yang melimpah.
Bab Keempat, penulis akan menyatakan amalan istighfar sebagai pencetus
rezeki agar melimpah. Terdapat pelbagai jenis dan ayat istighfar boleh
dibacakan. Misalnya “Ya Allah! sesungguhnya aku telah menzhalimi diriku, maka
ampunilah aku; kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni
dosa-dosa selain Engkau”.
6
Pengenalan
Bab terakhir, iaitu bab Kelima, penulis akan menyentuh tentang amalan cetus
limpahan rezeki melalui sedekah. Amalan sedekah dapat melahirkan rezeki
yang tidak terduga. Terdapat banyak kaifiat-kaifiat dari amalan sedekah. Salah
satunya adalah dapat menyembuhkan penyakit.
Justeru, penulis sangat berbesar hati jika saudara atau saudari dapat
meneruskan pembacaan yang menarik dalam halaman-halaman seterusnya.
7
Kata Alu-aluan
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wrb, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya e-book ‘Amalan
Cetus Limpahan Rezeki’ ini dapat disiapkan. Penulis merakamkan jutaan terima kasih
buat keluarga, sahabat handai, rakan sekerja dan semua yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung sepanjang menyiapkan e-book ini. Penulisan e-book ini bertujuan
menggalakkan pembaca untuk melakukan amalan yang boleh mencetuskan rezeki.
Beberapa amalan yang boleh dilakukan bagi memperoleh rezeki yang mencurah-
curah. Antara amalan yang akan dibincangkan ialah amalan rintihan kepada Allah,
solat dhuha, berbuat baik sesama manusia dan menyambung silaturrahim, istighfar dan
sedekah.8
Dari Hati Penulis
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca hebat sekalian.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi
mendapatkan e-book ‘Amalan Cetus Limpahan Rezeki’ yang merupakan
karya kelima penulis. E-book ini diselitkan dengan amalan yang membawa
cetusan kepada rezeki yang melimpah ruah. Kita semua boleh melakukan
amalan-amalan yang akan dibincangkan bagi mendapatkan rezeki secara
yang tidak disangka-sangka. Sebelum meneruskan pembacaan, bagi yang
ingin mengenali saya, nama diberi Mohd Hakim bin Mohd Nor, merupakan
merupakan Pengarah Urusan merangkap International Professional Master
Trainer di Suria Horizon Training and Consultancy dan CEO di sebuah syarikat
antarabangsa iaitu S Muslim Resources. Saya juga merupakan Setiausaha
Agung merangkap Pengurus Besar sebuah NGO Antarabangsa iaitu Serantau
Muslim.9
(1) Amalan Cetus LimpahanRezeki Melalui RintihanKepada ALLAH SWT
10
Terdapat banyak amalan yang
boleh dilakukan kita setiap hari
bagi mencetus limpahan rezeki.
Antaranya ialah kita boleh
mencontohi Nabi kita, Rasulullah
shallallahu’alaihi wa sallam yang
selalu berdoa memohon rezeki
setiap selesai solat subuh. Antara
doa Rasulullah ialah:
“Ya Allah, aku memohon kepada
Engkau ilmu yang bermanfaat,
rezeki yang baik, dan amalan
yang diterima” [HR. Ahmad].
11
Rasulullah SAW juga bersabda “Setiap anggota kamu
pada setiap hari dapat berbuat sedekah kerana pada
setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid itu sedekah,
setiap tahlil itu sedekah, setiap takbir itu sedekah,
menyuruh berbuat baik itu sedekah dan melarang
berbuat jahat itu sedekah”. (Hadis Riwayat Muslim)
12
Penulis pernah mendengar kisah seorang isteri yang kematian suami. Beliau hidup
menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit semula dan berdepan
dengan kenyataan hidup bahawa dia kini seorang janda. Apabila beliau sudah
dapat menerima kenyataan tersebut, beliau mula beramal mendekatkan diri
kepada Allah.
Beliau terus beristiqamah melakukan amalan yang diperintahkan Allah, sehingga
datang bantuan Allah bertali-arus. Datangnya pula dengan cara yang tidak
disangka-sangka. Apabila ditanya tentang amalan yang dilakukan, beliau
menjawab, penulis bangun malam, penulis solat dan memohon bantuan Allah.
13
Allah berfirman; “Dan apabila hamba-
hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku,
maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah
dekat. Aku mengabulkan permohonan orang
yang berdoa apabila dia memohon kepada-
Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi
(segala perintahKu) dan hendaklah mereka
beriman kepadaKu agar mereka selalu berada
dalam kebenaran.
14
15
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia
akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia
memberikannya rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangka” (Surah at-Talaq: Ayat 2-3)
Kita juga diseru untuk bersama-sama
mengimarahkan rumah Allah dan sentiasa
berhati-hati dalam apa jua perbuatan agar
terhindar diri dari melakukan dosa, kecil
mahupun besar. Insya-Allah pasti akan buka
pintu-pintu rezeki yang tidak pernah terbuka
sebelum ini, iaitu pintu rezeki yang tidak
disangka-sangka. Apabila kita taat kepada
Allah, kita akan dapat segala-galanya.
Seiring dengan Firman Allah SWT “Dan
barangsiapa bertawakal kepada Allah,
nescaya Allah akan mencukupkan
(keperluannya)”. (Surah at-Talaq: Ayat 3)
16
Justeru itu, amalan zikir seperti alunan tahmid,
tasbih, takbir, tahlil, amar maa’ruf dan nahi
mungkar, bertaubat, berdoa dan seumpama
dengannya adalah amalan yang boleh
mencetuskan rezeki yang melimpah ruah.
Tinggal kita sahaja untuk mempraktikkannya
atau sebaliknya. Kita juga diseru untuk
memohon kepada Allah SWT jika kita ada
masalah sebesar mana pun kerana Allah
Maha Pengasih dan Maha Mendengar.
17
( 2 ) Amalan Amalan Cetus
Limpahan Rezeki MelaluiSolat Dhuha
18
Selain apa yang disebutkan dalam bab
sebelumnya, solat dhuha juga merupakan salah
satu punca rezeki boleh melimpah ruah. Mungkin
rezeki datang dalam bentuk fizikal, mungkin datang
dalam bentuk yang abstrak, kita semua tidak tahu
kerana semuanya dari Allah. Tugas kita adalah
mengamalkan solat sunat yang digalakkan ini.
Solat dhuha mengandungi banyak kelebihannya.
Solat dhuha antara rahmat yang dibawa Rasullullah
SAW kepada umat baginda. Ibadah ini merupakan
ibadah ringkas dan mudah namun ganjarannya
cukup besar disisi Allah SWT. 19
Pernahkah anda mendengar doa dibawah?
Doa Usai Solat Dhuha
“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha-
Mu, kecantikannya kecantikan-Mu, keindahannya keindahan-
Mu, kekuatannya kekuatan-Mu, kekuasaannya kekuasaan-Mu,
perlindungannya perlindungan-Mu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah. Jika di bumi,
keluarkanlah. Jika sukar, permudahkanalah. Jika haram,
sucikanlah. Jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha,
kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-
Mu. Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”
20
Mungkin ada antara kita tertanya-tanya. Apakah hukum sebenar mengerjakan
solat dhuha?
Hukum solat dhuha adalah sunat muakkad iaitu sangat dituntut
mengerjakannya. Manakala waktu yang boleh dilaksanakan solat ini ialah
anggaran 20 minit selepas terbit matahari (syuruk) sehingga tergelincir matahari
iaitu ketika masuk waktu solat zohor.
21
Oleh itu, bagi mencetus limpahan rezeki, kita
perlulah sentiasa mengingati Allah. Salah satu
caranya ialah mengerjakan solat dhuha. Selain
mendapat rezeki yang berkat dan melimpah,
dengan mengerjakan solat ini, urusan harian kita
akan dimudahkan dan dilapangkan serta ditulis
oleh Allah sebagai hamba-Nya yang tidak lalai
dalam mengingati-Nya.
22
(3) Amalan Cetus Limpahan
Rezeki Melalui Berbuat BaikSesama Manusia &
Menyambung Silaturrahim
23
Bila sebut tentang silaturrahim, apa yang
anda faham? Dalam kata lainnya,
silaturrahim ni adalah kita menjaga
hubungan sesama manusia tanpa
mengira darjat, pangkat dan rupa.
Terdapat satu Hadis yang diriwayatkan oleh
Imam Bukhari dan Abu Hurairah, “Sesiapa
yang ingin rezekinya dilapangkan dan
usianya dipanjangkan, maka
peliharalah hubungan silaturrahim”.
Berdasarkan Hadis tersebut, jelas lagi nyata
bagi mereka yang menjalinkan hubungan
yang baik, Allah akan menjaga mereka.
Dari segi peningkatan umur, ibadat, rezeki,
ajal dan sebagainya.
24
5 Tips Bagi Menjaga Hubungan SesamaManusia
• Macam mana nak hargai masa rehat ni? Tak susah pun.
Dalam tempoh 5 hari bekerja, pasti ada waktu rehat dalam
satu jam setengah ke 2 jam kan? Ambil la masa ni untuk
bergaul dengan rakan-rakan di pejabat. Pergi makan
tengah hari sama-sama, berborak cerita benda-benda
yang luar dari pejabat. Aktifkan rehat anda dengan
perkara-perkara yang bermanfaat dengan rakan setugas
anda.
1) Hargai waktu
rehat
25
5 Tips Bagi Menjaga Hubungan SesamaManusia
• Tips kedua ini adalah perkara yang sangat penting. Penulis faham
sebagai seorang yang berkarier pada abad mencabar ini, kadang-
kadang kita tiada masalah bermesra dengan ahli keluarga kerana
merasakan perlukan lebih masa untuk menyiapkan kerja. penulis
ingatkan diri penulis dan anda semua agar bila nak pulang ke rumah,
kosongkan fikiran dengan kerja-kerja di syarikat. Ingat momen-momen
indah di rumah bersama anak-anak dan pasangan. Mereka di rumah
sentiasa menunggu kepulangan anda dengan gembira sekali. Kalau
boleh, silent kan saja telefon bimbit tu. Luangkan masa bersama
keluarga itu satu nikmat.
2) Hargai
masa di
rumah
26
5 Tips Bagi Menjaga Hubungan SesamaManusia
• Banyak benda boleh dibuat pada hujung minggu. Salah satunya,
cuba ambil peluang cuti hujung minggu ini dengan pulang ke
kampung bertemu ibu bapa atau menziarahi sanak saudara yang
terdekat kalau itu saja yang mampu. Bukan apa, untuk merapatkan
lagi hubungan yang dah ada ni. Kalau yang jauh, cuba dekat-
dekatkan dengan telefon mereka atau apa sahaja.
3) Hujung
minggu yang
terbaik
27
5 Tips Bagi Menjaga Hubungan SesamaManusia
• Kalau dah pergi ziarah rumah sanak saudara tu, jangan
lenggang sahaja. Bawa sekali setangkai pisang atau sebuku
roti atau sebekas nasi goreng. Bila bawa buah tangan,
nampak kemesraan yang terjalin. Cuba anda buat dan
jadikan kebiasaan atau habit. Asal pergi rumah orang, mesti
bawa buah tangan. Anda akan rasai kelainan itu lama
kelamaan.
4) Buah
tangan
28
5 Tips Bagi Menjaga Hubungan SesamaManusia
• Orang selalu cakap ringan tulang kan? Tapi ini ringan tangan.
Maksudnya, selalu la bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
Atau ada rezeki lebih sikit, bagi makan kepada mereka yang
memerlukan. Tidak semestinya menjalinkan hubungan silaturrahim ni
dengan orang yang kita kenal saja. Dengan yang tak kenal pun, boleh
juga. Lama-lama boleh jadi kenal. Dan, perkara yang pasti sekali anda
akan didoakan oleh mereka supaya dimurahkan rezeki, dipanjangkan
umur dan dipenulingi oleh semua.
5) Ringan
tangan
29
Sebenarnya, selain yang telah penulis sebutkan
tadi, terdapat banyak lagi cara yang boleh kita
praktikkan bagi menjalin hubungan erat antara
satu sama lain. Mana-mana pun boleh, ikut
kesesuaian masing-masing. Apa yang kita
lakukan mestilah dengan niat yang betul. Pesan
penulis:
“Bila kita buat baik kepada orang lain, belum
tentu orang itu akan balas kebaikan kita. Tetapi
ingatlah, bila kita buat baik kepada orang lain,
Allah tentu akan balas kebaikan kita itu”.
Ingatlah dua perkara: Budi orang kepada kita
dan kejahatan kitakepada orang.
Lupakan dua perkara;Budi kita kepada orang, kejahatan orang kepada
kita
30
(4) Amalan Cetus LimpahanRezeki Melalui Istighfar
31
Maksud istghfar: Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung,
dan aku bertaubat kepadaNya.
Selain amalan-amalan yang telah disebutkan sebelumnya, amalan beristighfar
kepada Allah juga merupakan amalan yang membuka pintu rezeki dan cetus
limpahan rezeki. Ayuhlah kita bersama-sama beristighfar. Rasulullah
shallallahu’alaihi wa sallam mengucapkan istighfar kepada Allah sangat
banyak, setiap hari walaupun baginda adalah manusia yang sudah dijamin
syurga.32
Nabi Nuh ‘alaihis salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana
dikatakan oleh Allah dalam al-Quran:
غفاراكانإنهربكماستغفروافقلتفقل (١٠) مدراراعليكمالسماءيرسل (١١) جنات لكمعلويجوبنينبأموال ويمددكم
أنهارالكمويجعل
Maksudnya: “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-
mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan
mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan
anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan
pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh (71) ayat 10-12)33
Disebutkan dalam suatu hadis:
جعل،الستغفارلزممن ضكل منلهالل كل ومن،مخرجاي ،جافرهم
يحتسبلحيثمنورزقه
Maksudnya : “Sesiapa yang sentiasa
beristighfar, maka Allah menjadikan untuknya
dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi
setiap kesempitan ada jalan keluar, dan
memberinya rezeki yang tidak disangka-
sangka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu
Daud. Dinilai sahih sanadnya oleh Ahmad
Syakir. ) (Tafsir Ibnu Katsir, 4/329)
34
Istighfar disyari’atkan di dalam setiap waktu,
tetapi ia menjadi wajib ketika melakukan dosa-
dosa dan menjadi sunnah/sangat dianjurkan
sesuai melakukan perbuatan-perbuatan baik,
seperti beristighfar 3 kali selepas solat, setelah haji
dan lain-lain. Juga, dianjurkan pada waktu sahur
kerana Allah memuji orang-orang yang
beristighfar pada waktu-waktu sahur tersebut.
35
(5)Amalan Cetus LimpahanRezeki Melalui Sedekah
36
Seterusnya, amalan untuk mencetuskan rezeki
dengan bersedekah. Islam mengajar kita
bahawa yang memberi lebih baik dari yang
menerima. Tangan yang di atas lebih baik dari
tangan yang di bawah. Rasulullah SAW dalam
hadisnya ada menyatakan: “Tangan yang di
atas lebih baik daripada tangan yang di
bawah. Tangan yang di atas adalah pemberi
dan tangan yang di bawah adalah
penerima”(Riwayat Muslim).
37
Bersedekah dalam Islam bukan sekadar
memberi wang ringgit kepada mereka yang
memerlukan. Konsep bersedekah dalam Islam
adalah luas, membabitkan perkara yang
membawa kebaikan sama ada dalam bentuk
kerohanian mahupun fizikal. Dengan
bersedekah kita akan terhindar dari api
neraka dan sekali gus mampu membukakan
pintu rezeki. Seperti yang sering kita dengar
bahawa dengan bersedekah kita tidak akan
menjadi miskin malah rezeki akan
dilipatgandakan sebanyak 700 kali ganda.
38
39
عبدا ب » اد الله من مال، وما ز
ة
ق
صد
صت
ق
ما ن
ع أ
واض
ا، وما ت عز
هو إال
عف
ه إال
حد لله
عه الله«رف
“Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan
tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba
dengan pemberian maafnya (kepada
saudaranya) kecuali kemuliaan, serta tidaklah
seseorang merendahkan diri di (hadapan)
Allah kecuali Dia akan meninggikan
(darjat)nya”[4].
Allah Ta’ala berfirman (maksudnya):
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan
oleh) orang-orang yang menafkahkan
hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan
sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir,
pada tiap-tiap butir seratus biji,. Allah
melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang
Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-
Nya) lagi maha mengetahui”. (Al Baqarah:
261)
40
Sedekah adalah suatu pemberian yang
diberikan oleh seorang muslim kepada orang
lain secara spontan dan sukarela tanpa
dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu. Ia
juga adalah suatu pemberian yang diberikan
oleh seseorang sebagai kebajikan yang
mengharap redha Allah S.W.T dan pahala
semata. Di dalam Al Quran, banyak ayat yang
menyuruh kaum muslimin untuk sentiasa
memberikan sedekah.
41
Apabila kita bersedekah hendaklah kita mendahulukan orang yang
dekat dengan kita termasuk adik beradik dan juga jiran tetangga
sebelum menghulur bantuan kepada orang lain. Ini dijelaskan dalam
hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad.
Antara lain ia menyusun keutamaan bersedekah kepada diri sendiri,
isteri, anak, orang gaji dan jika masih ada lebihan, maka sedekahlah
kepada sesiapa yang memerlukan.
Jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita, kita harus
bersedekah kepada mereka dan jika ada lebihan rezeki lagi, kita
wajar bersedekah kepada penduduk luar negara. Setiap orang
yang berbuat kebajikan nescaya diberkati Allah dengan dikurniakan
kesejahteraan hidup dan mendapat rahmat-Nya.42
Firman Allah S.W.T (maksudnya): “Tidak ada
kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan
mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang
menyuruh (manusia) memberi sedekah atau
berbuat ma’ruf atau mengadakan perdamaian di
antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat
demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka
kelak kami akan memberi kepadanya pahala
yang besar”. (An Nisaa: 114)
43
Sedekah merupakan sunnah Rasulullaah SAW
dan hukumnya adalah sama dengan infak.
Namun begitu, sedekah dan infak mempunyai
perbezaan dari segi barangan yang
dikeluarkan. Ini kerana sedekah tidak terbatas
kepada harta semata-mata sedangkan infak
berkaitan dengan harta.
44
Amalan bersedekah yang amat dianjurkan Islam
sememangnya akan mendapat ganjaran pahala
yang besar namun pahala sedekah akan lenyap
apabila si pemberi selalu mengungkit-ungkit dengan
sedekah yang telah diberikan atau menyakiti hati si
penerima. Hal ini ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam
firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang
beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala)
sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan
menyakiti perasaan si penerima”. (Al Baqarah: 264)
45
Terdapat beberapa kelebihan bersedekah yang akan dirasakan pada orang yang melakukannya.
Antaranya ialah:
Kelebihan Bersedekah
1. Memperkuat keimanan dan mendekatkan
diri kepada Allah SWT. Jika kita bersedekah
dengan niat demi untuk beribadah kerana
Allah, pasti akan bertambah keimanan kita
terhadapNya. Dengan bersedekah juga dapat
mendekatkan diri kepada Allah kerana Allah
sangat menyayangi akan golongan
hambaNya yang banyak memberi kerana-Nya,
bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk
46
Terdapat beberapa kelebihan bersedekah yang akan dirasakan pada orang yang melakukannya.
Antaranya ialah:
Kelebihan Bersedekah
2. Bertambah rezeki dan mendapat keberkatan. Allah akan
memberi dan menggantikannya dengan hal yang lebih baik jika
kita memberi kepada orang lain. Tidak sesekali kita rugi
sekiranya memberi dan membantu orang lain dengan hak dan
barangan kita. Pasti Allah akan menurunkan keberkatan rezeki
dengan lebih baik atas kebaikan yang kita lakukan itu. Jika
bukan menggantikan hal yang sama, pasti digantikan dengan
kesihatan yang baik, kebahagiaan dalam keluarga dan
kesenangan dalam apa jua urusan. Sesungguhnya rezeki Allah
itu sangat luas dan tidak terbatas.47
Terdapat beberapa kelebihan bersedekah yang akan dirasakan pada orang yang melakukannya.
Antaranya ialah:
Kelebihan Bersedekah
3. Memberi ketenangan hati dan kebahagiaan. Sebagai
umat Islam kita sering disarankan untuk berbuat apa-apa
saja kebaikan demi mendapatkan ketenangan fikiran
dan emosi, termasuklah dengan bersedekah. Bahkan,
dengan membelanjakan harta kearah kebaikan demi
membantu orang lain pasti akan mendorong
peningkatan hormon-hormon kebahagiaan dalam otak
kita. Kajian sains sendiri telah membuktikan kebenaran ini.
48
Terdapat beberapa kelebihan bersedekah yang akan dirasakan pada orang yang melakukannya.
Antaranya ialah:
Kelebihan Bersedekah
4. Melatih berfikiran positif dan adil. Golongan yang
gemar bersedekah adalah mereka yang memiliki sikap
adil dan tidak berani mengambil hak orang lain tanpa
kebenaran (mencuri). Dengan melakukan amalan
sedekah akan mengingatkan kepada kita mengenai
kewajiban dalam aspek sosial iaitu bersikap adil kepada
mereka yang memerlukan bantuan.
49
Terdapat beberapa kelebihan bersedekah yang akan dirasakan pada orang yang melakukannya.
Antaranya ialah:
Kelebihan Bersedekah
5. Melahirkan rasa syukur. Rasa syukur adalah apabila
kita berterima kasih kepada Allah dengan apa yang kita
terima. Lalu, dengan bersedekah adalah salah satu cara
untuk kita mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT
atas semua kurniaan dan pemberiannya. Bukankah
dengan bersedekah itu mengingatkan kita bahawa apa
yang dimiliki hari ini itu adalah nikmat dan atas keizinan
dari Allah SWT? Jadi, jika kita ini hamba yang bersyukur,
maka memberilah tanpa berkira-kira.
50
Justeru, marilah sama-sama kita mengamalkan amalan
bersedekah kerana dengan bersedekah akan
mendapat ganjaran pahala yang besar. Contoh
terbaik dalam bersedekah adalah Nabi Muhammad
SAW. Baginda sering kali memberikan makanannya
kepada golongan miskin sehinggakan Baginda sendiri
kerap berlapar. Rasulullah sangat takut jika di
rumahnya terdapat hanya sedikit saja harta atau
makanan yang belum dibahagikan. Bahkan pakaian
Baginda sendiri dari bahan kasar dan berharga paling
murah
51
NOTA BONUS
52
10 HIKMAH BERSEDEK AH
53
1. Sedekah dapatmenghapuskan kesalahan
dan meredakan murkaAllah. Rasulul lah saw bersabda : “Sedekah
meredakan kemarahanAl lah dan menangkal
(mengurangi) kepedihansakaratul maut .” (Dalam
buku f iqh sunnah karanganSayyid Sabiq).
2. Sedekah membuka pintu rezeki.
Rasulullah saw bersabda ”
turunkanlah (datangkanlah) rezekimu
(dari allah) dengan mengeluarkan
sedekah.” (HR al-baihaqi). Dalamsalah satu hadits qudsi, allah
berfirman: ” hai anak adam, infaklah
(nafkahkanlah hartamu), niscaya aku
memberikan n afkah kepadamu. “(HR muslim).
54
3. Sedekah menjauhkandir i dari api neraka.
Rasulul lah SAW bersabda: “ jauhkan dir imu dari apineraka walaupun hanya
dengan (sedekah) sebuti rkurma .” (Mutafaq’alaih ) .
4. Allah menolak berbagai macam
musibah dengan sedekah.Sedekah menolak berbagai bentuk
musibah bagi siapapun, sekalipun
mereka dari golongan orang zalim,
bahkan kafir sekalipun. Rasulullah Saw
bersabda’. “Sedekah dapat
menyelamatkan manusia dari
kematian yang buruk.” (Al-Wasail 6: 267, hadis ke 4).
55
5. Seorang yang bersedekahdidoakan oleh malaikat set iap
hari .Nabi SAW bersabda: “ t idak ada
hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana adadua malaikat yang turun, salah
satunya berkata ‘Ya al lah, berikanlah gant i kepada orang-
orang yang ber infaq ’ sedangkan(malaikat) yang lainnya
berkata.’Ya al lah, ber ikanlahkehancuran kepada orang-orang
yang menahan (hartanya)’ ,”(hrbukhari -musl im).
56
6. Pelaku sedekah beradadalam naungan
sedekahnya pada harikiamat.
Rasulul lah bersabda: “naungan bagi seorang
mukmin pada har i k iamatadalah sedekahnya ” (HR
Ahmad).
7. Amalan sedekah adalah penawar
untuk berbagai jenis penyakit jasmani
Sebagaimana sabda
Nabi:”Bentengilah hartamu dengan
zakat, ubati orang-orang sakit (darikalanganmu) dengan bersedekah
dan persiapkan doa untuk
menghadapi datangnya bencana.”
(HR Ath-Thabrani).
57
8. Allah melipatgandakanganjaran bagi orang yang
bersedekah.Sebagaimana FirmanNya:
sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki - laki maupun
perempuan dan meminjamkankepada al lah pinjaman yang baik,
niscaya akan di l ipatgandakan(pembayarannya) kepada
mereka: dan bagi mereka pahalayang banyak. (Qs 57:18).
58
9. Sedekah adalah pensuci bagi harta dan j iwa, melepaskan dari s ikap sikap buruk
(Ad-Dakhan). Nabi berwasiat kepada para pedagang : ‘wahai para pedaganq,.
Sesunnguhnva (pada) perdagangan initer jadi kealphaan dan sumpah, maka
campuri lah dengan sedekah .”(Hr. Ahmad). Al lah berf l rman : “ambil lah zakat dar i
sebagian, harta mereka, dengan zakat i tukamu membersihkan dan mensucikan
mereka…” (QS at -taubah:103).
59
10. Sedekah dapat menghapus dosa.
Pernyataan ini diperkuat dengan dalil
hadist Rasulullah saw, “Sedekah
dapat menghapus dosa
sebagaimana air memadamkan api.”
(HR Tirmidzi, dishahihkan Al Albanidalam Shahih At Tirmidzi, 614).
60
SERANTAUMUSLIM
w w w. s e r a n t a u mu s l i m . o r g . my61
Sek i l a s ten tangSERANTAU MUSL IM
www.serantaumuslim.org.my
62
63
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (SERANTAU
MUSLIM) meletakkan slogan Persaudaraan Rentas Sempadan
(Brotherhood Beyond Borders) sebagai azimat untuk
membawa visi mempererat persaudaraan Islam tanpa
terikat dengan sempadan geografi. SERANTAU MUSLIM
meletakkan VISI dalam gerak kerja yang jelas iaitu “Menjadi
peneraju dalam membantu individu menjadi khairunnas
yang mendapat kebekatan rezeki melalui bantuan kepada
muslim minoriti di Asia Tenggara”.
64
Dengan memberikan fokus khusus kepada Umat Islam Minoriti,
SERANTAU MUSLIM meletakkan 4 MISI yang jelas iaitu “Menjadi
pembela dan rujukan pertama bagi suara Muslim Minoriti,
Menberi bantuan kemanusiaan di seluruh Dunia tanpa mengira
perbezaan agama dan bangsa, Meningkatkan kualiti
pendidikan Muslim Minoriti dan Memimpin rangkaian ekonomi
antara muslim di rantau ASEAN
SERANTAU MUSLIM berhasrat untuk menjadi sebuah organisasi
yang mampu untuk menjadi satu suara yang vokal dalam
membawa mesej persaudaraan dan kedamaian.
65
Untuk tujuan itu, SERANTAU MUSLIM aktif mengadakan kerjasama
dengan banyak NGO di seluruh rantau ASEAN khususnya dalam
menjayakan visi dan misi Serantau Muslim termasuklah
mengetuai AMSEC (Asian Muslim Secretariat) iaitu sebuah
organisasi yang dianggotai oleh NGO dari seluruh Negara Asean
yang berjumlah seramai 32 buah NGO.
SERANTAU MUSLIM menyasarkan program berdasarkan 7 OBJEKTIF
UTAMA iaitu Membina Jaringan Kerjasama, Mengadakan Kutipan
Derma dan Sumbangan, Mengadakan Kempen Kesedearan
Umat Islam, Mengadakan Dana Khas Bencana Alam, Membina
Barisan Pelapis Kepimpinan Umat Islam, Menjadi Wakil Suara Umat
Islam Asean dan Memberi Penumpuan Khusus Kepada
Pendidikan.
Maklumat Lanjut Tentang SERANTAU MUSLIM
• Setiausaha / Pengurus Besar : Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor
+019 450 5360
• Serantau Muslim Hotline : +6010 8659 407
• Akaun Bank Serantau Muslim : Pertubuhan Kebajikan Serantau
Muslim
5641 0042 1083
0808 6020 1345 52
66
Biodata Penulis
Seawal bangku persekolahan, penulis telah berjaya
melangkau kelas melalui program PTS anjuran
Kementerian Pelajaran Malaysia dan mendapat
keputusan 9A dalam PMR semasa menuntut di
Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh,
Perak. Seterusnya, penulis telah menyambung
pengajian ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) ,
Klang dan mendapat keputusan yang cemerlang
dalam SPM.
67
Biodata Penulis
Di KISAS, penulis turut aktif dalam bidang kokurikulum kerana beliau dipilih menjadi
Ketua Pelajar, Pengerusi Persatuan Usahawan Muda, Pengerusi Pengakap, Pengerusi
Kelab Catur, Pasukan Debat Bahasa Inggeris Sekolah , Setiausaha Perpustakaan dan
juga merupakan wakil Malaysia dalam kejohanan catur peringkat antarabangsa.
Penulis kemudiannya menyambung pengajian di Universiti Teknologi PETRONAS
(UTP) dan mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) di dalam jurusan Kejuruteraan
Elektrikal dan Elektronik . Semasa di UTP, penulis telah diamanahkan sebagai
Presiden Rakan Masjid UTP dan aktif dengan pelbagai program dalam dan luar
negara. Tidak merasa puas dengan pengajian di aliran sains, penulis seterusnya
menyambung pengajian agama di Kolej Darul Hikmah dalam bidang Pengajian
Syariah dan kini sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana.68
Selepas bergraduasi, penulis telah terlibat aktif dalam misi bantuan kemanusiaan
di seluruh dunia khususnya di rantau ASEAN. Sehingga kini, penulis telah pun
mengembara dan menyertai misi kemanusiaan lebih daripada 30 buah negara
di seluruh dunia. Disamping itu, penulis merupakan salah seorang pengasas
merangkap Setiausaha NGO South East Asian Regional Assembly of Muslim
Youth (SARMY) semenjak 2009. Pada tahun 2015, beliau telah dipilih sebagai
Setiausaha NGO Serantau Muslim merangkap Pengurus Besar. Penulis seringkali
dijemput berceramah di dalam dan luar negara dan diiktiraf sebagai Master
Practitioner Neuro Linguistic Programing yang ditauliahkan oleh NFNLP (Florida,
USA).
Biodata Penulis
69
Sehingga kini, penulis telah menulis 4 buah buku yang berkaitan dengan isu
kemanusiaan , motivasi dan keagamaan. Penulis sering kali dijemput untuk
memberikan perkongsian di radio dan televisyen antaranya ialah radio IKIM, Radio
Melaka FM, Radio Nasional FM, Radio Bernama, Selamat Pagi M alaysia TV1 selain
muncul di suratkhabar Harian Metro, Sinar Harian, Utusan Malaysia, Berita Harian,
KOSMO dan banyak lagi. Kesungguhan dalam bidang pendidikan menyebabkan
beliau telah mendapat tauliah mengajar daripada kerajaan Negeri Perak dan juga
merupakan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Perunding Latihan Motivasi Muslim
Malaysia (TAMRIN) yang bernaung di bawah Motivator No 1 Malaysia iaitu Datuk Dr
Haji Fadzilah Kamsah.
Biodata Penulis
70
Penulis juga merupakan salah seorang pengasas dan peserta Food Flotilla For
Myanmar yang belayar bersama Kapal Nautical Aliya untuk membantu etnik
Rohingya di Mnyanmar dan Bangladesh. Dari sudut sumbangan kepada
masyarakat, Ustaz Hakim telah berjaya membina lebih dari 235 buah telaga air
untuk umat Islam minoriti di Myanmar, Vietnam, Kemboja, Indonesia dan Nepal.
Beliau telah mengasaskan beberapa portal untuk menyelesaikan permasalah
umat islam dalam ibadah iaitu Qurbanmudah.com, Fidyahmudah.com,
Kembarakebajikan.com, tajaberbuka yang mana telah mendapat kunjungan
ribuan pengguna sejak mula diasaskan.
Biodata Penulis
71
S e k i a n , Te r i m a K a s i h .w w w . s e r a n t a u m u s l i m . o r g . m y
72