ALI HAJI BIN RAJA HAJI AHMAD
Ali Haji bin Raja Haji Ahmad
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad (k.k. 1808 - k.k. 1873) atau
lebih dikenali sebagai Raja Ali Haji, ialah ulama, ahli sejarah,
serta pujangga Melayu-Bugis, dan terutamanya pencatat pertama
dasar-dasar tatabahasa bahasa Melayu melalui Pedoman Bahasa, buku
yang telah menjadi piawai bahasa Melayu. Bahasa Melayu baku inilah
yang ditetapkan sebagai bahasa Indonesia, bahasa rasmi negara
Indonesia, dalam Kongres Pemuda Indonesia pada 28 Oktober 1928.
Latar belakang
Dilahirkan di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau, Raja Ali Haji
merupakan keturunan kedua (cucu) kepada Raja Haji Fisabilillah,
Yang Dipertuan IV dari Kesultanan Lingga-Riau. Mahakaryanya,
Gurindam Dua Belas, yang diterbitkan pada tahun 1847 menjadi
pembaharu arah aliran kesusasteraan pada zamannya. Raja Ali Haji
yang berpendidikan Arab masih mengekalkan bahasa Melayu Klasik yang
banyak mempengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur Arab.
Pada tahun 1822 sewaktu Raja Ali Haji masih kecil, beliau pernah
dibawa oleh orang tuanya ke Betawi (Jakarta). Ketika itu bapanya,
Raja Haji Ahmad, menjadi utusan Riau untuk menjumpai Gabenor
Jeneral Baron van der Capellen. Berulang-ulang kali Raja Haji Ahmad
menjadi utusan kerajaan Riau ke Jawa, waktu yang berguna itu telah
dimanfaatkan oleh puteranya Raja Ali untuk menemui banyak ulama,
untuk memperdalam ilmu pengetahuan Islamnya, terutama ilmu fiqh.
Antara ulama Betawi yang sering dikunjunginya oleh beliau ialah
Saiyid Abdur Rahman al-Mashri. Raja Ali Haji sempat belajar ilmu
falak dengan beliau. Selain dapat mendalami ilmu keislaman, Raja
Ali Haji juga banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan hasil
pergaulan dengan sarjana-sarjana kebudayaan Belanda seperti T.
Roode dan Van Der Waal yang kemudian menjadi sahabatnya.
Kira-kira tahun 1827/1243H Raja Ali Haji mengikut bapanya Raja
Ahmad pergi ke Makkah al-Musyarrafah. Raja Ahmad dan Raja Ali Haji
adalah di antara anak Raja Riau yang pertama menunaikan ibadah haji
ketika itu. Raja Ali Haji tinggal dan belajar di Mekah dalam jangka
masa yang agak lama. Semasa di Mekah Raja Ali Haji sempat bergaul
dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Beliau sempat belajar
beberapa bidang keislaman dan ilmu bahasa Arab dengan Syeikh Daud
bin Abdullah al-Fathani yang ketika itu menjadi Ketua Syeikh Haji
dan sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Melayu di Mekah.
Beliau bersahabat dengan salah seorang anak Syeikh Muhammad Arsyad
bin Abdullah al-Banjari iaitu Syeikh Syihabuddin bin Syeikh
Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Barangkali ketika itulah,
Raja Ali Haji sempat mempelawa ulama yang berasal dari Banjar itu
supaya datang ke Riau, dan jika ulama tersebut bersetuju untuk
datang, ulama itu akan dijadikan Mufti di kerajaan Riau. Dalam
perjalanannya ke Mekah itu, Raja Haji Ahmad dan puteranya Raja Ali
Haji pula mengambil kesempatan berkunjung ke Kaherah (Mesir),
setelah itu kembali ke negerinya Pulau Penyengat, Riau.
Pada zaman dahulu, kerajaan Riau-Johor memiliki ramai ulama
antaranya Habib Syaikh keturuan as-Saqaf, Syeikh Ahmad Jabarti,
Syeikh Ismail bin Abdullah al-Minkabawi, Syeikh Abdul Ghafur bin
Abbas al-Manduri dan ramai lagi. Tambahan lagi, saudara sepupu Raja
Ali Haji yang bernama Raja Ali bin Raja Jafar menjadi Yamtuan Muda
Kerajaan Riau VIII (tahun 1845-1857) menggantikan saudaranya Raja
Abdur Rahman bin Raja Haji Yamtuan Muda Kerajaan Riau VII (taun
1833-1845). Apabila Raja Ali Haji pulang dari Mekah beliau disuruh
oleh saudara sepupunya itu untuk mengajar agama Islam, Raja Ali bin
Raja Jafar juga turut belajar dengan Raja Ali Haji.
Setelah sekian lama, Raja Ali Haji terjun ke bidang pendidikan.
Beliau dikatakan telah mengajar Ilmu Nahu, Ilmu Sharaf, Ilmu
Usuluddin, Ilmu Fiqh, Ilmu Tasauf dan lain-lain. Raja Ali Haji
mempunyai kepakaran yang tinggi dalam ilmu pengetahuan Islam,
bahkan beliau memang seorang ulama besar pada zamannya.
Ramai anak murid Raja Ali Haji yang telah menjadi tokoh
terkemuka, di antaranya Raja Haji Abdullah yang kemudian menjadi
Yamtuan Muda Riau IX, tahun 1857-1858, Saiyid Syaikh bin Ahmad
al-Hadi.
Dalam ilmu syariat, Raja Ali Haji berpegang teguh dengan Mazhab
Syafie, dalam iktikad berpegang akan faham Syeikh Abul Hasan
al-Asyari dan Abu Manshur al-Maturidi, sedang dalam amalan tasauf
beliau adalah seorang penganut Tarekat Naqsyabandiyah dan
mengamalkan Selawat Dalail al-Khairat yang dibangsakan kepada
Saiyid Sulaiman al-Jazuli, yang diamalkan secara beruntun sejak
datuk-datuknya terutama Raja Haji as-Syahidu fi Sabilillah yang
ketika akan meninggalnya masih tetap memegang kitab selawat
tersebut di tangannya, sementara pedang terhunus di tangannya yang
satu lagi.
Raja Ali Haji meninggal dunia di Riau pada sekitar tahun 1873.
Beliau ditetapkan oleh pemerintah Republik Indonesia sebagai
pahlawan negara pada tahun 2006.
Karya
Bukunya yang berjudul Kitab Pengetahuan Bahasa merupakan kamus
loghat Melayu Johor-Pahang-Riau-Lingga penggalan pertama serta
kamus ekabahasa yang pertama di Nusantara. Beliau juga menulis
Syair Siti Shianah, Syair Suluh Pegawai, Syair Hukum Nikah, serta
Syair Sultan Abdul Muluk.
Raja Ali Haji juga patut dijasai kerana penulisan sejarah
Melayu. Bukunya yang berjudul Tuhfat al-Nafis ("Bingkisan Berharga"
tentang sejarah Melayu), walaupun sangat lemah dari segi penulisan
sejarah kerana tidak memberikan sebarang sumber dan tahunnya, dapat
dianggap sebagai suatu penggambaran peristiwa-peristiwa Melayu
bersejarah yang lengkap. Sesetengah orang juga berpendapat bahawa
Tuhfat dikarang terlebih dahulu oleh Raja Ahmad, ayahnya yang juga
merupakan sasterawan, dengan Raji Ali Haji hanya meneruskan apa
yang telah dimulai ayahnya. Dalam bidang ketatanegaraan dan
undang-undang, Raja Ali Haji juga menulis Mukaddimah fi Intizam
(undang-undang dan politik). Selain itu, beliau juga merupakan
penasihat kerajaan.
Salasilah Melayu dan Bugis 1890
Tuhfat al-Nafis 1865
Bustanul-Katibin
Kitab Pengetahuan Bahasa
Gurindam Dua Belas
Syair Siti Shianah
Syair Suluh Pegawai
Syair Hukum Nikah
Syair Sultan Abdul Muluk
RAJA ALI HAJIbin Raja Ahmad dilahirkan dan dibesarkan di Pulau
Penyengat, sebuah pulau kecil di Riau, yang ketika itu menjadi
pusat kebudayaan Melayu dan pusat ilmu pengetahuan Islam di
Kepulauan Melayu. Sebagai putera daripada golongan bangsawan Riau,
beliau pernah menjawat berbagai-bagai jawatan penting dalam
kerajaan Riau-Johor.
Raja Ali Haji mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama
Islam dan ilmu pentadbiran. Pengetahuan agama yang mendalam
diperolehnya daripada ulama-ulama setempat dan luar negara. Beliau
menjadi guru agama dan mengajar bahasa Arab.
Raja Ali Haji juga terdidik dengan ilmu bidang lain, dan telah
menghasilkan karya dalam pelbagai bidang, iaitu agama, bahasa,
sastera, sejarah, dan undang-undang. Beliau turut menjadi guru
agama yang mengajar tatabahasa, fikah, dan tasawuf. Dalam bidang
bahasa, Raja Ali Haji telah menghasilkan dua buah karya yang amat
penting dalam perkembangan bahasa Melayu, iaituKitab
Bustanul-Katibin(1857) danKitab Pengetahuan Bahasa(1859).
Buku tatabahasa bahasa Melayu karangannya yang
berjudulBustanul-Katibina Lis Subyanil-Mutaalaminditerjemahkan
(secara harfiah) ke dalam bahasa Melayu sebagaiKitab Perkebunan
Jurutulis bagi Kanak-kanak yang Hendak Menuntut Belajar Akan Dia,
dan merupakan buku pelajaran ejaan dan tatabahasa.
NaskhahBustanul-Katibinini telah dihasilkan dalam bentuk cap batu
pada 20 Syaaban 1273H (15 April 1857) di Pulau Penyengat. Buku
setebal 70 halaman ini, terdiri daripada mukadimah (pendahuluan),
31 fasal, dan khatimah (penutup). Buku ini terbahagi kepada dua
bahagian. Bahagian pertama ialah penulisan tentang bahasa Melayu,
sementara bahagian kedua menghuraikan tatabahasa bahasa Arab. Pada
umumnya buku ini merupakan buku tentang cara menulis huruf Arab
dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian istilah bahasa
Arab. Penulis berusaha menyesuaikan dan menerapkan sistem
tatabahasa bahasa Arab ke dalam struktur ayat bahasa Melayu.
Kitab Pengetahuan Bahasayang tebalnya kira-kira 550 halaman
disusun pada tahun 1858 dan dicetak di Singapura pada tahun 1929.
Karya ini merupakan sebuah kamus, tetapi bukan seperti kamus zaman
sekarang. Lebih tepat lagi, buku ini merupakan sejenis ensiklopedia
yang mengandungi pengetahuan umum, pendapat dan pandangan
pengarangnya tentang perkataan. Pengarang menyusun entri dengan
tidak menurut susunan abjad, sebaliknya menurut caranya tersendiri.
Buku ini tidak lengkap, dan berakhir setakat hurufca( ) sahaja.
Sebanyak 32 halaman yang mengandungi huraian tentang bahasa Arab
yang diterapkan oleh pengarang ke dalam bahasa Melayu. Walaupun
terdapat beberapa kelemahan, terutamanya apabila ditinjau dari kaca
mata kini, buku ini tetap penting dan merupakan usaha pertama orang
Melayu dalam penyusunan kamus.
Antara karya terkenal Raja Ali Haji
Melalui kedua-dua buah karya itu, Raja Ali Haji telah memulakan
proses membina dan menjadikan bahasa Melayu Riau bahasa yang kukuh
dan berupaya sebagai alat pengungkapan ilmu pengetahuan. Raja Ali
Haji memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu dan persuratan di Kepulauan Melayu.
Raja Ali Haji turut melahirkan karya dalam bidang lain juga.
Dalam bidang sejarah, beliau dianggap sebagai pencatat sejarah
Nusantara yang pertama dengan bukuSalasilah Melayu dan
BugisdanTuhfat al-Nafis, yang merupakan antara sumber terpenting
bagi sejarah Melayu. BukuSalasilah Melayu dan Bugisditerbitkan pada
tahun 1911 di Singapura dalam bentuk litograf. Buku ini mengisahkan
asal usul keturunan raja-raja Bugis yang mengembara menuju ke
kerajaan Melayu seperti Johor, Lingga, dan Riau.
Buku sejarah yang lebih luas dan terperinci kandungannya
ialahTuhfat al-Nafisyang mula ditulis pada tahun 1865. Buku yang
terdiri daripada dua bahagian ini membincangkan sejarah Singapura,
Melaka, Johor, dan riwayat raja-raja Bugis.
Kecintaan Raja Ali Haji terhadap kesusasteraan, khususnya puisi
terserlah melalui tulisan sejarahnya yang sering disulami syair dan
puisi, sehingga dalamKitab Pengetahuan Bahasakarangannya terdapat
juga beberapa rangkap puisi.
Kebanyakan karya sastera Raja Ali Haji terutamanya syair,
menghuraikan hal keagamaan, misalnyaSyair Jatuhnya Negeri Johor,
Syair Gurindam Dua Belas, Syair Taman Pertama, Syair Abdul Muluk,
Syair Siti Sianah, danSyair Hukum Nikah.
Di samping itu, Raja Ali Haji juga menghasilkan dua buah karya
undang-undang, iaituThamarat-al-Muhamedahlil-Mahkamah(1896)
danMukaddimah fi Intizam al-Wazaif al-Malik(1857).
Makam Raja Ali Haji di Pulau Penyengat, Riau
Sesungguhnya, Raja Ali Haji merupakan tokoh pengarang yang agung
pada zaman pertengahan abad ke-19. Dengan bakatnya yang besar dan
kecintaannya kepada ilmu, bahasa dan persuratan, beliau muncul
sebagai cendekiawan Melayu yang serba boleh, yang telah
menghasilkan karya dalam pelbagai bidang. Beliau dapat dianggap
sebagai salah seorang pemikir besar dalam dunia persuratan Melayu,
terutamanya dalam bidang agama, sejarah, bahasa dan
kesusasteraan.
Analisis Syair Nasihat Karya Raja AliHaji
(Teh Koon Hoo)
Biografi Raja Ali Haji
Nama Lengkap RAH adalah Raja Ali al-Hajj ibni Raja Ahmad al-Hajj
ibni Raja Haji Fisabilillah bin Opu Daeng Celak alias Engku Haji
Ali ibni Engku Haji Ahmad Riau. Ia dilahirkan pada tahun 1808 M di
pusat Kesultanan Riau-Lingga di Pulau Penyengat (kini masuk dalam
wilayah Kepulauan Riau, Indonesia).
Beberapa karya Raja Ali Haji yang terkenal seperti Syair Nasihat
di atas, dan Syair Nasihat Kepada Anak, lebih banyak berisikan
nasihat bertemakan kepemimpinan.Hal ini bisa jadi dipengaruhi oleh
lingkungan di mana Raja Ali Haji lahir dan dibesarkan. Kakeknya,
Raja Ali Haji Fisabilillah adalah keturunan keluarga kerajaan Riau.
Sementara neneknya, Opu Daeng Cellak memiliki garis keturunan dari
kerajaan Bugis.
Selain dibesarkan di lingkungan kerajaan, Raja Ali Haji semasa
mudanya juga telah memangku beberapa jabatan penting. Ketika usia
Raja Ali Haji telah mencapai 32 tahun, ia beserta saudara sepupunya
dipercaya memerintah wilayah Lingga untuk mewakili Sultan Mahmud
Muzaffar Syah, yang pada saat itu masih berumur sangat muda. Pada
tahun 1845, Raja Ali Haji diangkat sebagai penasehat keagamaan
kesultanan. Selain itu, Pekerjaan sebagai penanggung jawab bidang
hukum Islam di Kerajaan Riau-Lingga diemban oleh RAH hingga ia
meninggal pada tahun 1873.
Selain memangku jabatan kesultanan, Raja Ali Haji juga terkenal
sebagai seorang ulama terkemuka. Oleh karena itu, karya-karya Raja
Ali Haji banyak berisikan nasihat tentang kepemimpinan dan
keagamaan. Lingkungan dan pengalamannya benar-benar memberikan
warna tersendiri pada karya-karyanya yang berisikan nasihat.
Sekilas tentang Kepemimpinan
DalamKamus Besar Bahasa Indonesia, pemimpin diartikan dengan
orang yang memimpin (Depdiknas, 2002: 874). Sementara itu, menurut
Mumford dalam Marat (1982: 8) kepemimpinan adalah keunggulan
seseorang atau beberapa individu dalam kelompok, dalam proses
mengontrol gejala-gejala sosial.
Jadi, kepemimpinan dapat timbul kapan dan di manapun, apabila
ada unsur-unsur sebagai berikut :
1. Ada orang yang dipengaruhi atau anggota, bawahan, pengikut,
kelompok yang mau diperintah, atau dikomandoi;
2. Ada orang yang mempengaruhi atau pemimpin, yang memberi
komando, pembimbing;
3. Ada pengarahan kepada suatu tujuan oleh orang yang
mempengaruhi atau pemimpin (Marat, 1982: 37)
Analisis Isi Syair Nasihat
Syair Nasihat di atas digolongkan sebagai karya sastra klasik,
karena memiliki ciri sbb :
Bercerita seputar kehidupan raja / kerajaan
Menggunakan bahasa kemelayu-melayuan
Menggunakan bahasa klise
Menggunakan majas perbandingan
Berbentuk syair
Dari awal hingga akhir bait syair akan sangat terasa suasana
kerajaan. Berikut akan dibahas syair tersebut bait per bait.
Bait pertama :
Ayuhai segala pegawai sultan,hendaklah jaga pada jabatanKamu itu
seperti intanJangan dibuangkan ke dalam hutan
Pada bait pertama, Raja Ali Haji mengungkapkan bahwa Sultan
adalah figur yang sangat penting. Nasihat beliau tercantum pada
baris kedua, yang bermakna seorang sultan hendaknya memiliki sifat
amanah. Pada baris ketiga, Raja Ali Haji menggunakan majas
asosiasi, yaitu majas perbandingan yang mengungkapkan sifat manusia
seperti benda mati. Dalam hal ini, sultan oleh Raja Ali diibaratkan
seperti intan yang amat berharga. Bait ini ditutup dengan baris
keempat yang mengungkapkan bahwa seorang sultan harus pandai
menempatkan dirinya, bukan justru mengasingkan diri dari
rakyatnya.
Bait kedua :
Ayuhai segala raja menteriSerta pegawai kanan dan kiriHendaklah
jaga ingatkan negeriPerompak penyamun, kompak mencuri
Pada bait kedua, Raja Ali Haji memberikan nasihat kepada para
pemangku jabatan secara keseluruhan. Hal ini tampak pada baris
pertama dan kedua yang menyebutkan raja, menteri, serta pegawai
kanan dan kiri. Artinya, bahwa para pemangku jabatan di kerajaan
tidak bisa bekerja sendiri, namun haruslah bekerja secara
bersama-sama. Antara raja, menteri, dan pegawai memiliki peran dan
tugas masing-masing, namun tetap memiliki tujuan yang sama. Pada
baris ketiga disebutkan tugas para pemangku jabatan tersebut yaitu
untuk menjaga ketentraman dan keamanan negeri. Pada baris keempat,
disebutkan bahwa perompak dan penyamun, sebagai pengganggu keamanan
negeri, kompak mencuri. Artinya, musuh kerajaan itu membangun
kekuatan dengan kekompakan, maka para pemimpin juga seharusnya
demikian. Bait kedua secara keseluruhan juga merupakan sindiran
bagi para pemimpin zaman sekarang, yang justru saling sikut dan
saling berebut kekuasaan padahal keamanan dan ketentraman
masyarakat belum lagi tercipta.
Bait ketiga :
Kehidupan rakyat janganlah lupaFakir-miskin hina dan papaJangan
sekali tuan nan alpaAkhirnya bala datang menerpa
Bait ketiga mengandung peringatan dan ancaman pada para pemimpin
negeri. Diawali dengan mengingatkan akan kehidupan rakyat yang
berada dalam kesengsaraan. Baris pertama dan baris kedua seolah
menyampaikan pada para pemimpin bahwa di bawah sana masih banyak
rakyat yang menjadi fakir-miskin, hidup susah, sengsara, dan
melarat. Baris ketiga berisi nasihat agar para pemimpin tidak
melupakan tanggung jawabnya terhadap kesejahteraan rakyat. Baris
keempat ditutup dengan ancaman bahwa jika pemimpin lalai akan
tanggung jawabnya, maka yang datang tidak lain adalah bencana dan
malapetaka.
Bait keempat :
Kacaulah negeri tidak terperiBerdengki-dengki sama sendiriUmpat
dan puji sehari-hariKepada raja tidaklah ngeri
Bait keempat secara keseluruhan menggambarkan akibat yang
terjadi jika pemimpin sudah lupa akan tugas dan tanggungjawabnya.
Ini adalah penjelasan daribalayang diungkapkan Raja Ali Haji pada
bait sebelumnya. Pada baris pertama, Raja Ali Haji menggunakan
majas hiperbola yang menggambarkan kekacauan teramat dahsyat yang
melanda negeri. Baris-baris selanjutnya menegaskan bentuk kekacauan
yang terjadi : ancaman perang saudara, rakyat saling benci, bahkan
tidak senang dengan pemimpinnya sendiri.
Bait kelima :
Raja pun sudah hilang hebatnyaKepada segala rakyat
tentaranyaSebab karena lalai alpanyaSerta dengan fasik
zalimnya.
Bait ini merupakan klimaks dari bait-bait sebelumnya. Pada baris
pertama disebutkan bahwa seorang pemimpin bisa saja jatuh
kewibawaannya. Baris kedua menggambarkan kembali bahwa raja adalah
figur sentral di tengah rakyat dan tentaranya. Dua baris pertama
menggambarkan seorang pemimpin yang sudah tidak lagi dipercaya oleh
rakyat, bahkan tentaranya sendiri. Dua baris terakhir menutup
nasihat ini dengan menyebutkan sebab hilangnya wibawa seorang raja.
Setidaknya ada dua sebab : lalai dari tanggung jawab, dan
memerintah secara zalim.
Nasihat untuk Pemimpin Masa Depan
Syair Nasihat Raja Ali Haji di atas jika dicermati lebih jauh,
sesungguhnya memuat nasihat-nasihat yang berlaku untuk para
pemimpin seluruh zaman. Setidaknya ada beberapa tugas dan
tanggungjawab seorang pemimpin terhadap rakyatnya :
1. Pandai menempatkan diri di tengah rakyatnya
2. Membangun kerjasama yang baik dengan menteri dan
pegawainya
3. Menjaga stabilitas dan keamanan negeri
4. Memperhatikan kesejahteraan rakyat
5. Menjalankan amanah dengan penuh tanggung jawab
6. Memerintah dengan adil dan bijaksana
Selain itu, pemimpin juga harus menyadari adanya bahaya dan
ancaman yang mengganggu negeri yang dipimpinnya, antara lain :
1. Pemberontak dan pengganggu keamanan negeri
2. Perebutan kekuasaan yang menimbulkan perang saudara
3. Hilangnya wibawa raja di mata rakyat
Mencermati kondisi Indonesia saat ini, agaknya apa yang
disebutkan Raja Ali Haji dalam syair nasihat sungguh benar adanya.
Saat ini pemimpin sudah semakin hilang wibawa. Masyarakat semakin
antipati dengan pemerintah, sementara di kalangan pejabat sana
banyak yang melakukan tindakan korupsi. Ada juga yang sampai saling
sikut karena berebut kekuasaan. Inilah tanda-tanda
datangnyabalayang disebutkan Raja Ali Haji dalam syairnya. Maka,
figur pemimpin yang adil dan bijaksana tentulah sangat diharapkan
oleh negeri ini. Pemimpin yang bisa menyelesaikan segala
permasalahan rakyat, mulai dari kesejahteraan hingga keamanan, dan
pemimpin yang amanah serta memiliki integritas dan kapabilitas yang
baik. Pemimpin seperti inilah yang diungkapkan seperti intan oleh
Raja Ali Haji, dan pemimpin seperti inilah yang diidamkan oleh
negeri ini.
Kesimpulan
1. Syair Nasihat menggambarkan beberapa karakter pemimpin yang
ideal
2. Syair ini juga menyebutkan tantangan yang akan dihadapi
seorang pemimpin
3. Syair ini mengungkapkan akibat bila seorang pemimpin hilang
wibawa
4. Syair ini sesuai dengan kondisi Indonesia saat ini
Hikayat Muhammad Ali Hanafiahmenceritakan perihal kegagahan dan
keperwiraan seorang pejuangIslam, iaitu Muhammad Ali Hanafiah, pada
zaman sebelum dan awal kebangkitanIslam.
Terdapat 2 manuskrip Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, iaitu:-
Manuskrip "A": Cambridge University Library Ll.6.5. yang
mengandungi perca dari teks keseluruhan. Tarikh ditulis sekitar
1580, pastinya sebelum 1624. Ia dipercayai didapati oleh Peter
Floris di Aceh sekitar 1604 dari koleksi Erpenius yang didapati
oleh Cambridge pada 1632.
Manuskrip "B": Cambridge University Library Ll.6.5. yang
mengandungi tek lengkap, bertarikh sebelum 1682. Didapati oleh
William Mainstone pada tahun 1682, di Bantam, Jawa.
Hikayat Amir Hamzah merupakan salah satu dari kisah hikayat yang
disebut dalamSejarah Melayu, semasa pertahananMelakadari
seranganPortugis, hikayat ini dikatakan telah diminta dariSultan
Melakauntuk dibacakan bagi menaikkan semangat pahlawan Melayu. Oleh
itu ia jelas menunjukkan kehadirannya sebelum 1511 lagi. Dalam
versi bercetak edisi 1987 terdapat 245,273 perkataan di
dalamnya.
Kisah pada malam sesudah Feringgi melancarkan serangannya yang
pertama ke atas Melaka, seperti yang tersebut di bawah ini
Maka Sultan ahmad pun menghimpunkan orang, dan suruh berhadir
senjata. Maka hari pun malamlah, maka segala hulubalang dan segala
anak tuan-tuan semuanya bertunggu dibalai rong. Maka kata segala
anak tuan-tuan itu, Apa kita buat bertunggu dibalai rong diam-diam
sahaja? Baik kita membaca hikayat perang, supaya kita beroleh
faedah daripadanya. Maka kata Tun Muhammad Onta, benar kata
tuan-tuan itu, baiklah Tun Indera Sagara pergi memohonkanHikayat
Muhammad Hanafiah, sembahkan mudah-mudahan dapat patik-patik itu
mengambil faedah daripadanya. Kerana Feringgi akan melanggar esok
hari. Maka Tun Indera Sagara pun masuk mengadap Sultan Ahmad. Maka
segala sembah orang itu semuanya dipersembahkannya kebawah duli
Sultan Ahmad. Maka oleh Sultan Ahmad dianugerahiHikayat Amir
Hamzah, maka titah Sultan Ahmad pada Tun Indera Sagara, katakan
kepada segala anak tuan-tuan itu, hendak pun kita anugerahkan
Hikayat Muhammad Hanafiah, takut tiada akan ada berani segala
tuan-tuan itu seperti Muhammad Amir Hamzah pun padalah maka kita
beri Hikayat Hamzah. Maka Tun Indera Sagara pun keluarlah membawa
Hikayat Hamzah, maka segala titah Sultan Ahmad itu semuanya
disampaikannya pada segala anak tuan-tuan itu, maka semuanya diam,
tiada menyahut. Maka kata Tun Isap pada Tun Indera Sagara,
persembahkan ke bawah duli yang dipertuan, seperti Muhammad
Hanafiah, patik-patik itu adalah seperti hulubalang berani. Maka
oleh Tun Indera Sagara segala kata Tun Isap itu semuanya
dipersembahkannya kepada Sultan Ahmad, maka baginda pun tersenyum
maka titah Sultan Ahmad, benar katanya itu. Maka dianugerahi pula
Hikayat Muhammad Hanafiah.
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah merupakan Sastera Syiah?
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah terkenal dalam pensejarahan Melayu
kerana menurut Tun Seri Lanang didalam kitabnya, Sulatus Salatin
atau juga dikenali sebagai kitab Sejarah Melayu, Hikayat Muhammad
Ali Hanafiah ini dibaca kepada tentera-tentera Melaka bagi meniup
semangat perjuangan menentang penjajahan Portugis.Dipetik dari
entri Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dari ms.wikipedia.org
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Muhammad_Ali_Hanafiah)Kisah
pada malam sesudah Feringgi melancarkan serangannya yang pertama ke
atas Melaka, seperti yang tersebut di bawah ini
Maka Sultan ahmad pun menghimpunkan orang, dan suruh berhadir
senjata. Maka hari pun malamlah, maka segala hulubalang dan segala
anak tuan-tuan semuanya bertunggu dibalai rong. Maka kata segala
anak tuan-tuan itu, Apa kita buat bertunggu dibalai rong diam-diam
sahaja?Baik kita membaca hikayat perang, supaya kita beroleh faedah
daripadanya. Maka kata Tun Muhammad Onta, benar kata tuan-tuan itu,
baiklah Tun Indera Sagara pergi memohonkanHikayat Muhammad
Hanafiah, sembahkan mudah-mudahan dapat patik-patik itu mengambil
faedah daripadanya.Kerana Feringgi akan melanggar esok hari. Maka
Tun Indera Sagara pun masuk mengadap Sultan Ahmad. Maka segala
sembah orang itu semuanya dipersembahkannya kebawah duli Sultan
Ahmad. Maka oleh Sultan Ahmad dianugerahiHikayat Amir Hamzah, maka
titah Sultan Ahmad pada Tun Indera Sagara, katakan kepada segala
anak tuan-tuan itu, hendak pun kita anugerahkan Hikayat Muhammad
Hanafiah, takut tiada akan ada berani segala tuan-tuan itu seperti
Muhammad Amir Hamzah pun padalah maka kita beri Hikayat Hamzah.Maka
Tun Indera Sagara pun keluarlah membawa Hikayat Hamzah, maka segala
titah Sultan Ahmad itu semuanya disampaikannya pada segala anak
tuan-tuan itu, maka semuanya diam, tiada menyahut. Maka kata Tun
Isap pada Tun Indera Sagara, persembahkan ke bawah duli yang
dipertuan, seperti Muhammad Hanafiah, patik-patik itu adalah
seperti hulubalang berani. Maka oleh Tun Indera Sagara segala kata
Tun Isap itu semuanya dipersembahkannya kepada Sultan Ahmad, maka
baginda pun tersenyum maka titah Sultan Ahmad, benar katanya itu.
Maka dianugerahi pula Hikayat Muhammad Hanafiah.
Siapa Muhammad Ali Hanafiah?Beliau ialah Muhammad Bin Ali Bin
Abi Thalib, iaitu anak kepada Sayidina Ali R.A dengan isteri yang
dinikahinya selepas kematian Sayidatina Fatimah Bin Muhammad
Rasulullah.Ibu Muhammad Bin Ali ialah Haulah(Ada juga yang menyebut
Khaulah)dari Bani Hanifah.Beliau digelar Al-Hanafiah sempena
kabilah ibunya.Dalam kitab Hikayat Muhamad Ali Hanafiah mengandungi
unsur-unsur ajaran Syiah Kaisaniah iaitu mempertahankan hak Hassan
R.A dan Hussien R.A sebagai Khalifah dan perincian dendam melampau
terhadap Muawiyah R.A dan puteranya,Yazid.Turut diceritakan Hussein
menyembuhkan sayap malaikat, Muawiyah tidak mahu beristeri tetapi
akhirnya berkahwin dengan wanita tua dan dendam Yazid kerana
ditolak pinangan dari dua wanita yang menikahi Hassan dan
Hussein.Juga dalam kitab ini diceritakan bahawa Muhammad Ali
Hanafiah meninggal akibat terperangkap di dalam sebuah gua.Syiah
Kaisaniah:Diasaskan oleh Mukhtar Bin Ubau Al-Thaqafi (khadam kepada
Muhammad Bin Ali R.A Bin Abi Thalib) dan Kaisan (Khadam kepada
Sayyidina Ali, dan diwarisi oleh Muhammad Ali Hanafiah).Mereka
mempertahankan hak kekhalifahan Hassan dan Hussein. Selepas
kesyahidan kedua-duanya, Kaisan dan Mukhtar bermati-matian
mempertahankan hak kekhalifahan kepada Muhammad Ali
Hanafiah.Terdapat 2 kelompok daripada Kaisaniah :1. Yang mendakwa
bahawa Muhammad Ali Hanafiah masih belum mati kerana beliau
menyelamatkan diri ke sebuah daerah Radhwa (sebuah kawasan
pergunungan) ketika diburu pemerintah kerana disebabkan oleh
pengikut-pengikutnya yang melampau. Beliau dipercayai masih lagi
hidup dan bersembunyi disana. Beliau akan keluar pada hari kiamat
sebagai Imam Mahdi.2. Mereka yang memperjuangkan hak kekhilafahan
Muhammad Ali Hanafiah semasa beliau masih lagi hidup. Dan hak
tersebut berpindah-pindah kepada orang lain selepas
kematiannya.
Hikayat Mumammad Ali Hanafiah
Dari segiperwatakan,watak-watak bulatyang dikemukakan
terbahagikepadaduakumpulaniaituprotagonisdanantagonis.Tokoh-tokohprotagonisnyaialah
Ali, Hassan dan Hussain. Muawiyyah dan Yazid ialah tokoh-tokoh
antagonis.
Tokoh-tokohprotagonisnyadigambarkansebagaimanusiayangsempurnalahirdanbatinnya.
Antagonisnya diberi gambaran penuh
keburukan.Tokoh-tokohprotagonisdigambarkansebagaipahlawan-pahlawanyang
terbilang, tiadatolokbandingnya,
sertaterlaludibesar-besarkanhinggamelebihi
kemampuandankebolehanmanusiabiasa.Unsurinidapatdikesandalamsetiap
peperangan yang diceritakan. Semua peperangan yang dilukiskan dalam
Hikayat Muhammad Hanafiyyah melibatkan Ali dan anak-anaknya dengan
Muawiyyah danYazid.
DalamHikayatMuhammadHanafiyyahterdapatplotceritayangterdiri
daripadabeberapabahagian.Bahagianyangpertamaiaitupermulaankehidupan
NabiMuhammadsertaHassandanHusseinsemasakecil.NabiMuhammad,Fatimah,
Hassan dan Hussein ialah ahlul bait iaitu penghuni rumah Nabi
Muhammad yang penuh dengan cahaya keimanan dan sering dikunjungi
oleh malaikat. Jibrail
telahmengunjungkedalamkeluargaNabiMuhammaddanmengayunbuaian Hasan
dan Husain sewaktu Ali dan Fatimah sedang solat dan meramalkan masa
depan mereka melalui pakaian. Bahagian kedua pulamemaparkan
kehidupan masyarakat islam setelahNabiMuhammaddanFatimahwafat.
AbuBakarmenjalankanpentadbiranjawatan khalifah. Dalam upacara
sayembara memilih jodoh, Syaharbanun memilih Hussain
sebagaibakalsuminya(tradisiArya).Kinikekhalifahandibawahpemerintahan
Umar. Beliau meneruskan tradisi melarang Marwan Hakim pulang ke
Madinah. Umar wafat ditikam oleh Abu Lukluk Usman dipilih menjadi
khalifah.Pentadbiran Usman bersifat kroni dan nepotisme.Timbul
kontroversi pelantikan antara Marwan dengan Muhammad Abu Bakar.
Pengikut Muhammad Abu Bakar telah membantah.Hassan dan Hussain
turut membantu Usman. Akhirnya Usman Terbunuh.
Ketikamenjadikhalifah, Alisentiasaberhadapandengancabaran.
Aisyahmembantu Muawiyah berperang denganAli. Setelah Muawiyah
kalah, Ali, Hassan, dan Hussain kekal di Madinah. Ali Muhammad
Hanafiah memerintah di buniara,Umar
Ali,TalibAlidanAkilAlimemerintahdiBaghdad.MasibKakamemerintahdi
Iraq, Tughan Turk, Mughan Turk menjadi pemerintah di
Tabriz,manakala Ibrahim Astar memerintah tujuh. Akhirnya Ali mati
dibunuh oleh Abdul Rahman Ibn Muljam.
Padabahagianketiga,ceritabermulaapabilaMuawiyyahmenyuruhabu
HurairahmelamarZainabbintiJaafarTayyar
untukYazidtetapipeminanganitu
ditolakkeranazainabmenerimapinanganHassan.Padamasayangsama
MuawiyyahjugamemintabantuanMusaAsyarimelamarbekasisteriAbdullah
tetapi ditolak kerana beliau menerima lamaran daripada Hussain.
Yazid mengupah isteriHassanmeracuniHassanlaluwafat.
Yazidmenaikkandendammasyarakat Arab pada zaman Jahiliah kerana
banyak kalangan mereka yang mati dibunuh oleh masyarakat islam.
Dendam mereka itudilaksanakan dengan cara berperang dengan Hussain
dan Hussain meminta bantuanMuhammad Hanafiyyah. Dalam peperangan
denganYaziddiKarbalabanyakkeluarganyayangmeninggaliaituKasim,
AliAkbar, dan Hussain sendiri wafat pada 10Muharam, hari Jumaat.
Pada bahagian keempat pula, menceritakan tentang Muhammad
Hanafiyyah
menerimasurattentangMuawiyahmeracunHassandanYazidmembunuh
Hussain. Peperangan tercetus antara keluarga Muhammad Hanafiyyah
menentang tentera Yazid. Peperangan hebat terus berlaku dan tangan
Muhammad Hanafiyyah
terputus.IbrahimAstarmenyelamatkanMuhammadHanafiyyahdenganmenyambung
ke bahu dan sembuh semula.
DalamHikayatMuhammadHanafiyyahjugaterdapatlatariaitulatarmasa,latartempatdanlatarmasyarakat.Latarmasaialahpadazamanpemerintahan
Nabi Muhammad serta zaman pemerintahan sahabat-sahabat Nabi iaitu
khalifah Umar,Usman, Ali dan Abu Bakar. Latar tempat pula ialah di
tanah Arabtempat pemerintahan Nabi Muhammad dan latar masyarakat
juga ialahmasyarakat Arab yang sering berperang dengan kaum
Musyrikin. BIBLIOGRAFI
Ali Ahmad. 1987, karya-karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala
Lumpur,
kementerian Pendidikan Malaysia
.
Abu Hassan Sham,
Beberapa Aspek Dari Sejarah Melayu
, Kuala Lumpur : Utusan Printcorp Sd.Bhd. 1977.
Mohd Taib Osman, 1986, Sastera Sejarah Interprestasi dan
Penilaian , KualaLumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ditulis Oleh Irman Abdurrahman
Sebuah hikayat dari ranah kesusasteraan Melayu lama berkisah
tentang peristiwa Karbala. Warisan budaya yang terlupakan.
Meski tampak lusuh, kitab itu tetap terawat. Beberapa bagian
yang robek coba ditautkan dengan sejenis perekat. Tiap-tiap
lembarnya menebarkan wangi kapur barus yang menjaganya dari
kerusakan. Tersimpan dalam ruangan bersuhu 16C, seperti juga kisah
di dalamnya,Hikayat Muhammad Hanafiah, nama kitab itu, memang tak
lekang oleh zaman.
Tak banyak orang tahu bahwa hikayat berusia hampir empat ratus
tahun ini menyimpan kisah sedih keluarga Rasulullah saw: kisah
pembunuhan Hasan karena racun dan Husain di padang Karbala. Boleh
jadi inilah catatan paling awal dalam bahasa melayu tentang
peristiwa berdarah tersebut. Liau Yock Fang dari Jurusan Pengajian
Melayu, Universitas Nasional Singapura, mencatat bahwa fragmen
(sepanjang 60 halaman) hikayat ini sudah tersimpan di Perpustakaan
Universitas Cambridge, sejak tahun 1604. Dalam salah satu bagian
naskah yang dimiliki Perpustakaan Nasional Republik Indonesia
(PNRI), tertulis tahun tahun 1191 H atau bertepatan dengan 1771 M
sebagai waktu penyalinan naskah.
PNRI memiliki sembilan naskahHikayat Muhammad Hanafiah. Beberapa
halaman dari tiga naskah di antaranya telah lapuk dan hampir tidak
dapat dibaca. Selebihnya naskah dalam kondisi yang baik dan tulisan
di dalamnya jelas terbaca. Kesembilan bagian naskah ditulis di atas
kertas Eropa dengan ukuran naskah rata antara 25 X 20 cm sampai 33
X 21 cm dan banyak baris sekitar 15 sampai 21 baris. Jumlah halaman
bervariasi dari 170-an halaman sampai ada yang berjumlah 600
halaman. Semuanya ditulis dengan tulisan Arab Jawi dan dalam bahasa
Melayu.
Sebagian besar peneliti meyakiniHikayat Muhammad Hanafiah
berasal dari sumber Arab. Tapi, Filolog tenar asal Belanda, Van
Ronkel punya cerita lain. Setelah menyelediki fragmen Cambridge,
Ronkel berpendapat bahwa hikayat ini merupakan terjemahan dari
bahasa Persia. Alasannya, pujian yang melimpah kepada kedua putra
Ali, Hasan, dan Husain, pemakaian gelarpengembarauntuk Nabi saw
yang dalam bahasa Persia adalahnabi, dan kesesuaian isinya dengan
dua naskah versia Persia yang tersimpan di British Museum. L.F.
Brakel yang pernah menyuntingHikayat Muhammad Hanafiahuntuk
memperoleh gelar doktor kesusasteraannya dari Universitas Leiden
mengukuhkan pendapat Van Ronkel dengan beberapa bukti baru.
Pertama, bahwa pembagian bab dalam naskah Melayu sama dengan
naskah Persia. Kedua, dalam bahasa Persia, hubungan kekerabatan
dalam bahasa Arab pada namaMuhammad bin Hanafiah, dinyatakan oleh
apa yang dinamakanezafat:eyang tidak dinyatakan sehingga
menjadiMuhammad Hanafiah. Karena mengabaikanezafat:etadi, penyalin
Melayu telah salah menuliskan nama tersebut, yakni Muhammad
Hanafiah bukan Muhammad bin Hanafiah. Ketiga, banyak nama orang
yang ditulis dalam bentuk Persia, sepertiUmmi KulsumdanImmi
Salamah.
Meskipun demikian, Brakel juga tidak memungkiri kemungkinan
hikayat ini merujuk kepada sebuah kitab sejarah dalam bahasa
Arab,Maqtal al-Husain, karya Abu Mikhnaf. Karya Abu Mikhnaf ini
merupakan catatan paling awal karena sebagian besar sejarahwan
Muslim merujuknya ketika menulis tentang pembataian keluarga Nabi
saw tersebut.
Tiap-tiap naskahHikayat Muhammad Hanafiahberkisah tentang hal
yang berbeda meskipun masih berikisar seputar terbunuhnya kedua
cucu kesayangan Rasulullah tersebut. Naskah pertama paling banyak
mengisahkan tentang gugurnya anak-anak Ali, seperti Hasan dan
Husain di Karbala pada masa kekuasaan Yazid. Meskipun jelas,
beberapa bagian tampak sudah lapuk dan robek. Isi naskah pertama
ini sudah pernah ditransliterasi dan diberi penjelasan oleh seorang
peneliti Belanda, Prof. Pijnappel pada 1870. Sayangnya PNRI tidak
memiliki hasil penelitian itu.
Naskah kedua mengawali cerita dengan kisah nabi-nabi lama,
mistik Nur Muhammad, kisah Fatimah dari Siria, masa muda Nabi
Muhammad, pernikahan Nabi saw, hingga zaman Khalifah Ali. Naskah
ketiga mengisahkan persahabatan Muhammad bin Hanafiah dengan
beberapa orang. Ia mendapat luka dalam perang tetapi dengan
keajaiban lukanya sembuh. Yazid dapat mengalahkan musuh-musuhnya
lalu kemenakannya ditunjuk menjadi raja Damaskus dan kawin dengan
cucu Abu Bakar. Akhirnya Muhammad Hanafiah berhasil mengalahkan
musuh-musuhnya seorang diri.
Berbeda dengan naskah-naskah yang lain, naskah keempatHikayat
Muhammad Hanafiahyang dimiliki PNRI memiliki cerita yang sangat
berbelit-belit. Selain itu, bahasanya pun sukar dipahami. Naskah
kelima merupakan bagian terpanjang, yakni mencapai 600 halaman.
Tebalnya naskah ini, salah satunya, disebabkan oleh hurufnya yang
sangat besar. Satu hal lagi, selain naskah keenam, yang kelima ini
merupakan bagian yang memuat waktu penyalinan dengan lengkap, yaitu
11 Rabiul Awwal 1288 H.
Naskah yang keenam yang bertanggal 6 Syaban 1281 H ini memuat
kisah kematian Yazid pada bab III, tetapi di dalamnya, tidak
diceritakan kemenangan Muhammad bin Hanafiah yang banyak
dibicarakan dalam naskah-naskah lain. Naskah ketujuh merupakan
sebuah eksemplar yang baik meski sebagian rusak. Naskah ini
mengisahkan tentang perikehidupan Nabi saw secara panjang
lebar.
Naskah kedelapan dimulai dengan uraian tentang
kewajiban-kewajiban bagi para pengikut Nabi saw, sementara
kelahiran Hasan dan Husain baru terdapat pada halaman 88. Naskah
terakhir memuat cerita peperangan antara Ali dengan Muawiyah,
pembunuhan Hasan dengan racun dan Husain di padang Karbala oleh
Yazid. Kemudian dilanjutkan dengan pembalasan dari Muhammad bin
Hanafiah kepada Yazid. Yazid dapat dikalahkan tetapi Muhammad bin
Hanafiah malang juga nasibnya. Ia mati bersama musuh-musuhnya dalam
sebuah gua.
Dengan kandungan yang sarat nilai, naskah-naskahHikayat Muhammad
Hanafiahjelas sangat berharga untuk diteliti. Tetapi penelitian
filologi yang menuntut keahlian interdisiplin tampaknya kurang
diminati para peneliti dan mahasiswa kita. Justru peneliti asing
yang banyak meneliti-meneliti naskah-naskah tersebut. Ibarat
peribahasa kacang lupa akan kulitnya, kita kerap memandang sebelah
mata terhadap warisan budaya nenek moyang. [irman abdurrahman]
Dan Muawiyah pun Menolak Beristri
Dari banyak kisah yang dituturkan dalamHikayat Muhammad
Hanafiah, peristiwa Karbala, termasuk cerita yang mengawali dan
mengikutinya, paling banyak menyita halaman dari hikayat ini.
Bagian kedua ini biasa disebut denganHikayat Maktal Husain.
Berikut petikannya yang sengaja ditransliterasi sesuai ragam bahasa
aslinya.
Tatkala Husain masih muda, ada malaikat yang kedua sayapnya
tertunu, turun ke dunia. Husain menyapu bahu malaikat itu dengan
tangannya. Dengan takdir Allah, sayap malaikat itu pun baik lalu ia
kembali ke udara. Jibrail berkata bahwa malaikat itu tidak akan
turun ke bumi melainkan pada waktu Husain dibunuh oleh segala
munafik. Adapun semasa Hasan dan Husain masih kecil itu, Jibrail
selalu turun ke dunia bermain-main dengan mereka. Sekali peristiwa,
sehari sebelum hari raya, Jibrail membawa pakaian untuk Hasan dan
Husain. Hasan memilih pakaian hijau dan diramalkan akan mati kena
racun; Husain memilih pakaian merah dan diramalkan mati terbunuh di
Padang Karbala. Muawiyah mendengar bahwa dari keturunannya akan
lahir pembunuh cucu Muhammad dan bersumpah tidak mau beristeri.
Pada suatu malam, ia pergi buang air dan beristinjak dengan batu.
Zakarnya disengat oleh kala. Ia tidak terderita sakitnya. Menurut
tabib, sakitnya hanya akan hilang jika ia berkawin. Maka
berkawinlah ia dengan seorang perempuan tua yang tidak boleh
beranak lagi. Dengan takdir Allah, perempuan tua itu melahirkan
seorang anak yang diberi nama Yazid.
Setelah Ali wafat, Muawiyah menjadi raja. Sekali peristiwa,
Muawiyah mengirim seorang utusan pergi meminang Zainab, anak Jafar
Taiyar untuk menjadi isteri anaknya, yaitu Yazid. Zaainab menolak
pinangan Yazid, tetapi menerima pinangan Amir Hasan. Karena itu
Yazid pun berdendam dalam hatinya, hendak membunuh Amir Hasan dan
Amir Husain, bila ia naik kerajaan. Sekali peristiwa, Yazid ingin
berkawin dengan isteri Abdullah Zubair yang sangat baik parasnya.
Muawiyah berja menipu Abdullah Zubair menceraikan isterinya. Isteri
Abdullah Zubair tiada mau menjadi isteri Yazid. Sebaiknya, isteri
Abdullah Zubair itu berkawin dengan Amir Husain. Yazid makin
berdendam dalam hatinya, Jika aku kerajaan, yang Hasan dan Husain
itu kubunuh juga, maka puas hatiku.
Maka berapa lamanya, Muawiyah pun matilah dan kerajaan pun jatuh
ke tangan Yazid. Mulailah Yazid melaksanakan niatnya untuk membunuh
Amir Hasan dan Amir Husain. Ia berhasil memujuk seorang hulubalang
di Madinah (menurut suatu cerita, salah seorang isteri Hasan
sendiri) meracuni Hasan. Setelah Hasan wafat, pikirannya tidak lain
daripada membunuh Husain saja. Ia mengirim surat kepada Utbah,
seorang hulubalang di Madinah, dan memintanya membunuh Husain
dengan menjanjikan harta dan anugerah. Seorang hulubalang yang
bernama Umar Saad Malsum juga dikirim untuk membunuh Utbah. Biarpun
begitu, Utbah masih tidak berani membunuh Husain. Katanya jika
Husain ada di dalam Madinah, mereka tidak dapat mengalahkannya.
Karena itu mereka meminta raja Kufah, Ubaidullah Ziyad namanya,
supaya menipu Husain ke Kufah. Husain menerima jemputan raja Kufah
untuk pergi ke Kufah. Ummi Salamah mengingatkan Husain tentang
bahaya yang mengancamnya. Pada malam itu Husain juga bermimpi
berjumpa dengan segala nabi dan malaikat. Nabi Muhammad memberitahu
bahwa surga sudah berhias menantikan ketibaannya. Sungguhpun
begitu, Husain berangkat juga ke Kufah bersama-sama dengan
pengikutnya yang tidak banyak itu.
Hatta berapa lamanya sampailah mereka ke suatu tempat. Unta dan
kuda Husain merebahkan dirinya, tiada mau berjalan lagi. Mereka
lalu mendirikan kemah di situ. Adapun segala kayu yang mereka
tetak, berdarah balak. Baharulah mereka ketahui bahwa tempat itu
ialah Padang Karbala, tempat kematian Husain yang diramalkan Nabi
Muhammad dahulu. Hatta mereka pun kekurangan air, karena air sungai
sudah ditebat oleh tentera Yazid. Air yang di dalam kendi kulit
juga sudah terbuang, karena digorek tikus. Apa boleh buat.
Terpaksalah mereka menahan dahaga yang sangat. Maka mulai
peperangan itu. Pengikut Husain, satu demi satu syahid. Akhirnya
anaknya sendiri, Kasim dan Ali Akbar, juga mati. Barulah ketika itu
Husain teringat meminta bantuan kepada saudaranya, Muhammad
Hanafiah, yang menjadi raja Buniara. Sesudah itu ia pun terjun ke
dalam medan perang. Banyak musuh dibunuhnya. Sekali peristiwa, ia
berjaya menghampiri sungai. Biarpun begitu, ia tidak meminum air
itu, karena teringat kepada sahabat taulannya yang mati syahid
disebabkan dahaga itu. Maka Husain pun lemahlah lalu gugur ke bumi.
Betapa pun demikian, tiada seorang pun berani menghampirinya.
Akhirnya Samir Laain yang susunya seperti susu anjing lagi hitam
itulah yang maju ke depan dan memenggal leher Husain. Adapun Husain
syahid itu pada sepuluh hari bulan Muharam, harinya pun hari
Jumaat. Tatkala Husain syahid itu, arasy dan kursi gempar, bulan
dan matahari pun redup, tujuh hari tujuh malam lamanya alam pun
kelam kabut.
Setelah Husain syahid, maka segala isi rumah Rasul Allah
terampaslah oleh tentera Yazid. Akan tetapi, seorang pun tiada
berani menghampiri Ummi Salamah. Seorang lasykar yang merampas anak
perempuan Ummi Salamah, dengan kudrat Allah, matanya menjadi buta.
Yazid berjanji akan memberi diat kematian Husain, jika Ummi Salamah
rela dengan dia. Ummi Salamah menolak. Yazid sangat marah. Apabila
Fatimah, anak perempuan Ummi Salamah, meminta air minum, yang
diberikannya ialah kepala Husain yang diceraikan dari badannya.
Naskhah Kesusasteraan Lama Melayu: Sorotan Sejarah Di
Nusantara
Agama Islam dikatakan mula bertapak di alam Melayu pada kurun ke
13 Masihi. Antara wilayah yang terawal memeluk Islam adalah Perlak,
Pasai dan Samudera iaitu wilayah-wilayah yang sekarang ini menjadi
negeri Aceh, di Sumatera Utara. Islam bertambah kuat
pemerintahannya di nusantara ini apabila kerajaan Majapahit yang
terkenal itu dikalahkan oleh Radin Patah bersama-sama dengan
Sembilan orang Ulama Islam yang termahsyur dengan gelaran Wali
Sanga yakni Wali yang Sembilan. Adapun perkembangan Islam ke alam
Melayu ini telah berlaku pada kurun ke 15 Masihi dan dikatakan
saling beriring-iringan dengan kuasa-kuasa besar barat. Pada awal
perkembangannya, kaedah atau metod yang digunakan oleh ulama dan
pendakwah Islam adalah menggunakan jalan dakwah yakni pertuturan
atau komunikasi dalam menyampaikan ajaran dan fahaman Islam. Sumber
kitab-kitab risalah dakwah yang digunakan pada mulanya adalah
berhuruf Jawi yang berasaskan huruf Arab dan hanya dapat
dilengkapkan sesudah disertakan huruf-huruf tambahan menurut kaedah
huruf Parsi iaitu hurufcha,nga,gadannya. Kemudian daripada itu
barulah dapat disusun kaedah-keadah ejaan jawi dan bermulalah
usaha-usaha menterjemahkan kitab-kitab risalah seperti huraian
kaedah, rukun dan aturan Islam, Iman dan Ihsan yang wajib diketahui
oleh seorang Muslim. Seterusnya timbullah apa yang dinamakan
kesusasteraan Islam di sisi orang Melayu yang sebelum kedatangan
Islam itu telah terkenal dengan kesusasteraan Hindu seperti cerita
Pandawa Lima dan cerita Seri Rama yang berperang dengan Maharaja
Ravana dalam Kitab Mahabharata. Maka bermulalah era kesusasteraan
Melayu Islam yang berkembang mekar menggantikan kesusasteraan Hindu
itu.
Sederhananya usaha menterjemahkan kitab-kitab atau
risalah-risalah Islam pada zaman itu di lihat belum memadai dalam
memperkenalkan kesempurnaan dan kebesaran Islam kepada orang-orang
yang baru hendak mengenal atau cuba hendak meyakini
ajaran-ajarannya. Salah satu jalan yang dirasakan berkesan dalam
melaksanakan tugas suci ini ialah menerusi kesusasteraan. Ini dapat
dipastikan bahawa ramai pengembang-pengembang Islam telah banyak
menggunakan lapangan kesusasteraan bagi memperkenalkan
riwayat-riwayat seperti kisah para Rasul dan Nabi, tentang
pahlawan-pahlawan dan mujahid Islam dalam menegakkan syiar Islam
dan sebagainya. Barangpasti cerita atau riwayat seumpama ini
dilihat mampu menarik perhatian dan cepat tersebar kepada
orang-orang yang baru mula hendak mengenal dan memahami ajaran
Islam itu. Antara hasil naskhah kesusasteraan lama Melayu yang
berintikan Islam itu adalah Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Nabi
Muhamad Mengajar anaknya Fatimah, Hikayat Nabi Yusof dan hikayat
beberapa orang nabi-nabi lagi yang kemudiannya dihimpunkan dalam
satu kitab yang dinamakanKessasul Anbiaatau kisah para nabi. Kisah
perjuangan pada zaman Islam mula berkembang dan kisah kegagahan
pahlawan Islam dalam peperangan pada zaman itu adalah antara
kisah-kisah yang amat digemari oleh orang-orang Melayu. Antara
hikayat-hikayat pahlawan Islam yang awal sekali diterjemahkan ke
dalam bahasa Melayu adalah Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad
Ali Hanafiah, Hikayat Raja Handak yang meriwayatkan tentang
kegagahan Sayyidina Ali dan Hikayat Raja Badar. Ini dibukti dan
disahkan dalam buku Sejarah Melayu tentang dua buah hikayat iaitu
Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah (kedua-duanya
diterjemahkan dari bahasa Parsi) yang sering dibaca dan dijadikan
rujukan oleh orang-orang Melayu terdahulu sebelum kejatuhan Melaka
ke tangan Feringgi (Portugis) pada tahun 1511 Masihi. Dalam buku
Sejarah Melayu tersebut ada menghuraikan kesahihan ini yang
mendokumenkan kisah pada malam sesudah Feringgi melancarkan
serangannya yang pertama ke atas Melaka seperti frasa di bawah
:
Maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan suroh berhadhir
senjata. Maka hari pun malam-lah; maka segala hulubalang dan segala
anak tuan-tuan semuanya bertunggu dibalai-rong. Maka kata segala
anak tuan-tuan itu, Apa kita buat bertunggu dibalai-rong diam-diam
sahaja? Baik kita membachahikayat perang, supaya kita beroleh
faedah daripadanya. Maka kata Tun Muhammad Onta, Benar kata
tuan-tuan itu, baik-lah Tun Indera Sagara pergi memohon Hikayat
Muhammad Hanafiah, sembahkan mudah-mudahan dapat patek-patek itu
mengambil faedah daripada-nya. Kerana Feringgi akan melanggar esok
hari. Maka Tun Indera Sagara pun masok menghadap Sultan Ahmad. Maka
segala sembah orang itu semuanya di-persembahkan-nya ka-bawah duli
Sultan Ahmad. Maka Sultan Ahmad di-anugerahi Hikayat Amir Hamzah;
maka titah Sultan Ahmad pada Tun Indera Sagara, Katakan kapada
segala anak tuan-tuan itu, hendak pun kita anugerah-kan Hikayat
Muhammad Hanafiah, takut tiada akan ada berani segala tuan-tuan itu
saperti Muhammad Hanafiah; hanya jikalau pun dapat seperti Amir
Hamzah pun pada-lah; maka kita beri Hikayat Hamzah.
Daripada permulaan kata buku Sejarah Melayu (naskhah Shellabear)
itu dapat dipastikan kesusasteraan lama Melayu itu adalah
kebanyakkan bercorak atau mencontohi aliran bentuk Mathanawi
(Mesnewi) yakni sejenis syair Parsi yang lazimnya dimulai dengan
mukaddimah atau permulaan kata memuji Allah dan Rasulnya. Petikan
ayat di atas turut menjelaskan juga bahawa hasil kesusasteraan lama
Melayu merupakan satu instrumen dan bukti yang kesusasteraan itu
bukanlah hanya menjadi bahan bacaan dan rujukan umat pada ketika
itu malah digunakan ia sebagai pelajaran dan penaik semangat dalam
menghadapi perang. Menariknya lagi tentang kesusasteraan lama
Melayu ini ialah pengarangnya dapat menerangkan sesuatu peristiwa
itu secara terperinci iaitu dengan menyebut satu-persatu tarikh,
tahun, hari bahkan hingga saat ketika terjadinya ia seperti contoh
berikut:
Tatkala hijratu l-nabiyyi sallu LLahu alaihi was-salamu sa-ribu
dua puloh satu tahun, kepada tahun Dal, pada tahun Dal, pada dua
belas hari-bulan Rabiil-Awwal, kapada hari Khamis, waktu al-dhoha,
pada ketika Shamsu, pada zaman kerajaan marhum mangkat di-Acheh,
Sultan Alaud-din Riayat Shah zillu LLahi fil-alam anak Sultani
I-ajalli Abdil-Jalil Shah, diriwayatkan
Perkembangan kesusasteraan lama Melayu yang berpengaruh Islam di
nusantara sama ada bercorak Parsi atau pun Arab pada asasnya dapat
dibahagikan kepada tiga zaman iaitu :
Zaman Kerajaan Pasai (1280 hingga 1400 Masihi)
Zaman Kerajaan Melaka ( 1400 hingga 1511Masihi)
Zaman Kerajaan Acheh dan Johor ( 1511 hingga 1650 Masihi)
Kesusasteraan lama Melayu telah mula berkembang di negeri Pasai
iaitu negeri yang paling awal menerima Islam di alam nusantara.
Kebanyakkan hasil kesusasteraan tersebut adalah bersifat keagamaan
dan bahagian terbesar daripada nakhahnya adalah berbahasa Parsi.
Apabila negeri Melaka berdiri dan bertambah kuat kerajaannya maka
di situlah menjadi tempat tumpuan pengembang-pengembang agama dan
ulama-ulama Islam. Walaupun usaha-usaha dijalankan bagi kemajuan
dan perkembangan sastera paza zaman Kerajaan Melayu Melaka itu,
tetapi dicatatkan zaman kegemilangan kesusasteraan lama Melayu di
Nusantara ini adalah pada pertengahan pertama pada kurun ke 17
Masihi. Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada 1511 Masihi telah
menjadikan Kerajaan Acheh berdiri dalam puncak pemerintahannya.
Beberapa buah buku-buku kesusasteraan Melayu yang tinggi kualitinya
tercipta pada zaman tersebut di antaranya adalah Sulalatunl-Salatin
yang disusun pada 1612 Masihi, Taj ul-Salatin pada tahun 1603
Masihi dan Bustan ul-Salatin pada tahun 1638 Masihi.
Hakikatnya banyak hasil-hasil naskhah kesusasteraan lama Melayu
yang telah hilang dan musnah sepanjang peredaran zaman yang telah
mengharungi pelbagai peristiwa sejarah oleh bangsanya. Dikatakan
antara peristiwa yang menyebabkan banyak naskhah-naskhah
kesusasteraan lama Melayu itu hilang dan musnah adalah sewaktu
Kerajaan Melayu Melaka berperang dengan kuasa Portugis. Istana raja
yang menjadi tempat penyimpanan buku-buku dan kitab-kitab telah
binasa di makan api akibat dibakar oleh pihak musuh yang datang
menyerang. Selain itu, peristiwa yang lebih besar yang menyebabkan
kehilangan hasil-hasil kesusasteraan lama Melayu itu adalah
terbakarnya kapal yang bernamathe Famepada 2 Februari 1824yakni
kapal pelayaran Britain yang membawa muatan barang, dokumen
(perpustakaan lama Melayu) dan khazanah yang dicuri dan dirampas
untuk di bawa pulang ke negara asal mereka.