ALATAN MENGANYAM ROTAN1. Pembaris digunakan untuk mengukur2. Gunting - boleh gunakan sebarng gunting 3. Screw driver digunakan untuk membuka mata anyaman(l ubang anyaman) untuk memasukkan rotan tambahan,menyudahkan anyaman dan memasangkan pemegang bakul. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMULAKAN ANYAMAN BAKUL UNTUK CARA BERPALANG BAGI ROTAN LONGITUD TUNGGAL. 1. 7 batang rotan longitud : 4batang mendatar bersilang dengan 3 batang menegak.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Lagang merupakan µtulang¶ kepada sesuatu penciptaan dan rupabentuk anyaman.Ukuran panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran lagangan yang dibuat. Tiap-
tiap satu bilah pandan/mengkuang dibentuk seperti µV¶ di bahagian tengah iaitu tempat
sesuatu anyaman bermula.
2. Anyaman
Melibatkan 3 proses iaitu anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulam.
Dimulai dari asas melagang hingga selesai dan sampai ke bahagian tepi. Ketika inianyaman tikar dalam bentuk empat persegi. Untuk mendapatkan berbagai warna dan
corak, anyaman jenis sulaman digunakan.
3. Lepih
Dikenali sebagai µanyaman mati¶ pada tepi tikar sebagai mengakhiri kerja anyaman.
Boleh juga dianyam berasingan sebagai tepid an kemudian dijahit pada bahagian yang
dikehendaki. Jenis-jenis anyaman tepi adalah seperti tepi betul, tepi susut, tepi sepitketam, tepi gigi yu, tepi pulas dan tepi tulang belut
4. Sisip
Proses ini memerlukan alat µpenyisip¶ bagi merenggangkan bahagian anyaman untuk
memudahkan lebihan bilah atau helaian daun yang telah direncungkan(tajamkan)
masuk. Tujuannya untuk menghindar anyaman dari terburai
5. Kerat
Lebihan atau baki anyaman dipotong menggunakan pisau supaya anyaman Nampak
Pada awalnya, orang menyatakan bahawa anyaman ini berasal dari Rusila, dari
Marang, dari Sayong dan sebagainya. Hal ini terjadi kerana tradisi kita ketika itu
menggunakan tradisi lisan. Sekitar 70an, kita dapat mengetahui tokoh yang terlibat
secara langsung.
Apa yang menarik dalam perkembangan kraftangan ialah penglibatan tukang
atau perekabentuk dalam suasana sekarang. Dari segi pengekalan dan perkembangan
kraftangan, terdapat beberapa institusi yang terlibat secara langsung dalam
memperkenalkan atau melangsungkan tradisi kraftangan.
Peranan perekabentuk pada hari ini berbeza dengan perekabentuk tradisi.
Perekabentuk tradisi tidak pernah ingin menonjolkan dirinya. Perekabentuk tradisi
masih melanjutkan warisan ini.
Seni Anyaman : Perubahan Bentuk dan Fungsi
Apa pun yang dilakukan oleh manusia, ia selalu mendekati unsure dan elemen alam. Alam adalah bahan paling dasar terutama dalam menghadapi cabaran hidup. µManusia
mereka cipta, mengolah, memetik, meminjam« tumbuhan: daun, ranting, akar, bunga;
mongering seterusnya mencipta warna¶. Manusia sebenarnya telah melakukan
kecergasan hidup dinamik, untuk meneruskan kehidupan. Sama ada menganyam daun,
membetnuk tanah liat, mengukir kayu, menenun kain, ia cukup mengerti terhadap
tujuan dan makna kerja yang dilakukan : membentuk atau mencipta untuk keperluan
dan kegunaan sehari-hari. Inilah budaya. Kebudayaan Melayu telah cukup panjang
berpunca daripada kewujudan manusia itu sendiri. Melalui seni anyaman kita diajak
berbiacara tentang daya kreatif yang mengandungi makna dan fikiran dalam konteks
budaya masyarakat kita. Di sini pengertian seni anyaman bukan sekadar membicara
bentuk yang dicipta malah turut juga melibatkan adapt resam, pantang larang, nilai
Kepakaran menganyam dapat diterima sebagai suatu usaha yang berterusan bagi
menyelesaikan dan menyempurnakan kehidupan : keinginan dan keperluan. Sama ada
daripada bahan pandanus (pandan/mengkuang), nipa fruticans (nipah), jenis paku
pakis, rumput rampai dan sebagainya, pencipta bentuk itu telah pun mengolah dengan
baik alam yang bakal digunakan. Dari sudut tingkat perkembangan budaya, seni
anyaman termasuk aktiviti awal dalam kelompok masyarakat tradisi kecil (The Little
Tradition) namun tetap atau pernah dilanjutkan dalam tradisi istana terutama apabila
anyaman ditambah dengan bahan-bahan pelengkap yang lebih mewah seperti tekat
benang emas atau manik labuci. Dalam tradisi kecil yang diwakili oleh masyarakat
nelayan dan petani, misalnya bakul digunakan untuk mengisi padi, ikan, sayur-sayuran,dan sebagainya terutama dalam system atau kegiatan ekonomi. Alat-alat untuk
menangguk ikan, menjaring, memikat burung turut juga melibatkan bahan anyaman.
Begitu juga dalam memenuhi kehidupan masa lapang: permainan rakyat memerlukan
buluh, rotan untuk bola sepak dan sepak raga, rangka wau, kuda kepang, tali cemeti
dan sebagainya.
Dari segi rekabentuk ciptaan asas, seni anyaman selalu dapat diterima sebagai
keseniaan sejagat (universal arts). Orang Mesir Purba menganggap anyaman sebagai
bahan pelengkap dalam upacara kelahiran dan kematian. Manik-manik, pakaian, dan
sepatu yang berhiaskan anyaman turut dikuburkan apabila pemiliknya meninggal dunia.
China, Korea, dan Jepun menjaring tempayan-tempayan sayuran yang dijeruk untuk
kegunaan musim dingin, bakul-bakul dianyam untuk digunakan sebagai bekas
mongering padi, cili dan sebagainya pada musim panas. Suku Iban, Kadayan/Kadazan,
Murut atau Jah-Hut turut menggunakan bahan-bahan anyaman sebagai peralatan
penting. Ini termasuklah untuk adapt istiadat, kesenian dan kepercayaan ritual. Dengan
lebih tepat, pengertian fungsi lazimnya bersifat umum.
Sesuatu bentuk dicipta dengan kesedaran untuk memudahkan kerja, misalnya
mengikat senjata di pinggang, mengukuhkan tiang rumah, kerana ia ringin dan mudah
diangkat ke sana ke mari (seperti bakul, tikar, dan sebagainya), dipakai di kepala
Pembicaraan kami lebih menjurus kepada beberapa model seni anyaman
berdasarkan ragaman bentuk yang dikumpulkan sejak sepuluh tahun kebelakangan ini.
Yang agak menarik dari sudut perkembangan seni, bentuk anyaman masih
mengekalkan makna fungsinya, disamping perkembangan rekabentuk yang artistik.
Begitu juga dari segi teknik, anyaman tidak menampakkan perkembangan yang pesat
kecuali dengan penggunaan berbagai-bagai pencelup.
Bahan asas yang digunakan di sini ialah mengkuang/panduan (anyaman tikar, alas
tempat duduk kusyen, tudung saji), daun serdang/livistona saribas (tudung saji Bajau),
lidi (leka), akar (kipas), rotan (kipas). Model-model yang diperkatakan diambil dari
beberapa wilayah Melayu Nusantara : Malaysia/Sabah/Borneo, Aceh, Bali,
Songkhla/Patani, Igorot-Filipina, dan Jawa/Madura.
Tudung Saji.
Hampir kebanyakan bentuk anyaman mempunyai fungsi yang sama. Tudung saji
berperanan sebagai menutup makanan, untuk kegunaan harian atau adapt istiadat,
juga kadangkala digunakan sebagai topi di kalangan petani dan nelayan. Tudung saji
sebagai penutup makanan lebih sederhana bentuknya dan boleh dikatakan memnpyai
bentuk yang seragam: berongga bulat di dasarnya dan menguncup ke puncak, hamper serupa di kebanyakan daerah di Semenanjung. Untuk upacara adapt istiadat
terutamanya yang melibatkan kepercayaan atau permohonan ditemui juga bentuk yang
seakan-akan µgunung-meru¶, di Kelantan diberi nama tudung saji µenam penjuru¶,
mempunyai ruang lima tingkat berbucukan µpuncak gunungan¶ di setiap tingkat dan
bucu. Terdapat 6 puncak bucu. Keseluruhannya 50 bucu dan ditambah satu lambang