Alat-alat muzik Tradisional Melayu GambusGambus merupakan
sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia.Ia berbentuk
seperti buah pear yang dibelah dua.Gambus tergolong dalam alat
muzik jenis petik yang dikatakan berasal dari Timur Tengah.Gambus
terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga
gambus yang mempunyai 12 tali.
Gendang;.
Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit
binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah
sebuah alat muzik dalam keluarga genderang.Setiap bangsa seperti
Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang
tersendiri.Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan
kegunaan.Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang
Melayu.Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang
digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.
GongGong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang
berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud
semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi
mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong merupakan
alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam
essemble persembahan muzik gamelan.Gong terdiri daripada pelbagai
saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan
dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2
drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang
lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjung
Indochina dan kepulauan Nusantara ebagai alat utama dalam upacara
khas dan persembahan muzik tradisional.
Di Malaysia, jumpaan terawal bentuk awal gong adalah gendang
Dong Son yang dijumpai di Batu Buruuk, Terengganu pada 1974. Ia
dihasilkan sejak 600 BC atau lebih awal sehingga Abad ke-3 dan
merupakan salah satu contoh hasil kerja logam budaya itu yang
terbaik. Ini merupakan hasil pendedahan dari perdagangan rempah
antara India dan Cina yang berlaku sejak zaman Yunani lagi dan juga
hasil kerajaan Melayu tua seperti Champa, dan banyak nama tempat di
Kelantan, dan Terengganu menggunakan nama Gong.
Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya
adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport
dari Indonesia, terutama dari Jawa. Gong tempatan mempunyai
'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah
untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu
lagu.
Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, gong
kecil atau canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan
berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan
dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan
dibacakan oleh pesuruh raja.
Kompang
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular
bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik
gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit
kambing.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian
belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan
permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung
plastik turut digunakan.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa
masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh
pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh
pedagang Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan
ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai
bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan
sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan
bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang
biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara
tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan
tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi
kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi
dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang
terbuka.
Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi
dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di
mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi
Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di
mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di
Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan
kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.
Rebana
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering
dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.
Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat
popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang.
Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti
indong-indong dan pelanduk-pelanduk.
Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar
yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan
bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi. SerulingSeruling
merupakan sejenis alat muzik yang ditiup. Ia diperbuat daripada
buluh satu ketika dahulu. Namun kini seruling moden ada yang
diperbuat daripada logam aluminium dan plastik. Cara memainkannya
adalah dengan meniup. Akan tetapi cara meniup seruling hendaklah
betul bagi mengeluarkan bunyi yang baik.
Alat-alat muzik Tradisional Cina Guzheng
Guzheng dianggap sebagai salah sebuah alat muzik petikan yang
tertua di China. Ia dicipta berasaskan "Zhu", iaitu sejenis alat
muzik pukulan pada zaman purba. Alat muzik ini mempunyai sebuah
kotak resonans yang berbentuk segi empat tepat yang leper. Di atas
kotak resonans itu dipasang beberapa utas tali yang diregang dengan
disokong oleh kayu penongkat (tiang kayu kecil). Pada asalnya, ia
hanya mempunyai 5 utas tali sahaja. Melalui evolusi, jumlah talinya
bertambah banyak. Guzheng yang standard yang dimainkan sejak tahun
1970 hingga sekarang ini, mempunyai 21 utas tali. Bunyi yang
dihasilkan oleh Guzheng ini padat dan jelas, sangat merdu didengar.
Ia sesuai dimainkan untuk menggambarkan suasana yang tenang dan
indah, atau untuk meluahkan perasaan yang seni. Cara Memainkannya:
Guzheng ini dimainkan dengan cara dipetik. Untuk memetik talinya,
alat bantu berupa kuku palsu yang diperbuat daripada tempurung
kura-kura atau plastik perlu dipakai pada jari pemainnya. Ketika
membuat persembahan, jari kanan akan memetik tali untuk
menghasilkan melodi, dan jari kiri menekan tali untuk mengawal
melodi.
Yangqin
YangQin ialah sebuah alat muzik Cina jenis kordofon.YangQin
merupakan jenis zither dan mempunyai banyak tali. badannya dibuat
dari kayu dalam bentuk rama-rama. tiap-tiap satu pic mempunyai
kembar dua atau kembar tiga. tali logam sejumlah beberapa oktof
semuanya, 2-6 set kekuda titian tali dibuat dari kayu. pemulas
selaras dari logam didapati dikedua belah kotak suaranya.digunakan
sebagai alat solo untuk hiburan.
PiPa
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat
dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan
dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang
pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung
bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari.
Bahagian kepalanya berukir.
Gong merupakan sejenis alat muzik pukul tradisional China,
kedudukannya sangat penting dalam orkes muzik rakyatChina. Ia juga
dimainkan untuk mengiringi nyanyian dan tarian dalam pelbagai drama
dan opera tempatan China. Gong juga sering dimainkan dalam kumpulan
perayaan, pertandingan perahu naga, tarian singa dan lain-lain.Gong
diperbuat daripada logam, badan gong merupakan sebuah permukaan
lengkung, pemain memukul bahagian pertengahan permukaan lengkung
itu, jadi badan gong bergentar dan menghasilkan berbunyi.
ALAT MUZIK INDIA
KANJIRA
Kanjira termasuk dalam keluarga tamborin. Alat ini mempunyai
bentuk yang seakan-akan sama dengan alat tamborin barat yang
terdiri daripada rangka bulat diperbuat daripada kayu pokok nangka
sepanjang kira-kira 7 hingga 9 inci diameternya dengan kedalaman 2
hingga 4 inci dalamnya. Juga berfungsiseakan-akan alat muzik
kompang atau tar disesetengah tempat.
VENU
Alat muzik ini diperbuat daripada buluh dan merupakan salah satu
daripada alat muzik yang tertua di India. Untuk memainkan alat
muzik ini, jari ke dua-dua tangan digunakan untuk menutup dan
membuka lubangpada venu. Venu ini boleh didapati dalam pelbagai
saiz. Venu berkait rapat dengan Tuhan Hindu Krishna yang selalu
digambarkan sedang memainkan alat ini dibibirnya. Alat muzik venu
ini boleh menghasilkan bunyi dua setengah oktaf yang bersifat
monofoni seperti suara manusia. Dalam memainkan alat muzik ini,
jari amat berperanan penting dalam menutup dan membuka lubang agar
menghasilkan bunyi yang menarik dan penting dalam persembahan
berdasarkan muzik raga.
NADASWARAM
Nadaswaram merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan
India. Alat muzik ini tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan
bukan loyang yang mempunyai bunyi terkuat didunia. Alat muzik ini
mempunyai persamaan dengan alat tiupan Shehnai yang terdapat di
utara India tetapi memiliki saiz yang lebih besar dengan badannya
diperbuat daripada kayu teguh dan loceng yang besar. Alat ini juga
ada yang diperbuat daripada kayu atau logam, mempunyai tujuh lubang
pada badannya, dan lima lubang yang terdapat pada bahagian bawahnya
yang dianggap sebagai lubang pengawal bunyi.
SARASWATI VEENA
Alat muzik ini tergolong dalam klasifikasi alat muzik bertali
India. Ianya dinamakan sebagai saraswati veena kerana mengambil
sempena nama Tuhan Hindu Saraswati yang selalu digambarkan sedang
bermain alat muzikini dan terkenal dalam masyarakat India. Selain
alat muzik saraswati veena, terdapat 2 lagi alat muzik veena yang
terkenal di India iaitu Vichitra Veena dan Rudra Veena yang mana
kedua-dua alat muzik ini dimainkan dalam persembahan klasik Hindu,
namun begitu hanya alat muzik saraswati veena sahaja digunakan
dalam persembahan muzik karnatak di India.
TABLATabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat
terkenal dalam masyarakat kaum India.Alat ini dikatakan berasal
dari gendang Mridangam.Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda
(gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada satu muka
masing-masing.Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood dan
jackwood.Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla untuk
menghasilkan bunyi irama yang indah....
Tabla ialah sejenis alat perkuasi dalam ensembel muzik
tradisional india yang dimainkan secara solo atau mengiringi
upacara keagamaan, persembahan,barathanatyan, perkahwinan dan
sebagainya.
Cara bermain adalah dimainkan dengan diletakkan berdiri di atas
lantai di hadapan pemain. Alat ini dipalu dengan jari-jari dan
tapak tangan. Bermain Tabla secara konsisten dapat membantu
melapangkan minda, memberi ketenangan pada jiwa serta menguatkan
otot tangan.Selain itu,badan juga akan berasa cergas setelah
selesai latihan bermain Tabla