Tempura
Tempura
PengenalanAlat bertali mempunyai 4 tali. Tiga daripadanya ialah
dawai besi waja dan yang satu lagi daripada perunggu. Badannya
dibuat daripada kayu nangka. Bentuknya bulat dan belakangnya
melengkong. 2 pemulas tali atau pelaras ialah disisi lelehernya dan
2 daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang
kura-kura. Tali-tali melalui atas kekuda titian tali di
tengah-tengah dada.
FungsiDigunakan dalam muzik vokal dan instrumental India. Untuk
mengeluarkan dengung iringan.
Cara BermainDipegang tegak dan dipetik dengan jari-jari sebelah
tangan.Gambus
PengenalanSejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian
badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari
perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling.
Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di
dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan
badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak.
FungsiGambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian,
pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget
dan zapin di Johor.
Cara BermainDipetik bagaimana cara bermain guitar.Gong
Gong adalah alat muzik yang kerap digunakan dalam muzik Melayu
tradisional. Sebenarnya, gong adalah sebuah alat muzik yang
diperbuat daripada logam dan bunyi yang disuarakan adalah hasil
pukulan tukul. Biasanya, gong digunkan dalam muzik keroncong untuk
dijadikan penanda masa ataupun tempoh rentak.Kompang
Kompangialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular
bagi masyarakatMelayu. Ia tergolong dalam kumpulanalat
muzikgendang.Kulitkompang biasanya diperbuat daripada
kulitkambing.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian
belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan
permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung
plastik turut digunakan.
Alat muzik ini berasal dari duniaArabdan dipercayai dibawa masuk
ke Tanah Melayu sama ada ketika zamanKesultanan Melakaoleh pedagang
India Muslim, atau melaluiJawapada abad ke-13 oleh
pedagangArab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan
ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai
bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan
sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan
tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi
kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi
dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang
terbuka.
Rebana
Rebanaialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan
bagi mengiringi lagu-lagu
HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya" \o "Budaya"
budaya.
Bagi masyarakatMelayudi negeriPahang, permainan rebana sangat
popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitarSungai Pahang.
Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti
indong-indong,burung kenek-kenek, dan pelanduk-pelanduk.
Tapi Rebana juga sering dimainkan di pulauJAWA.
Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar
yang dimainkan pada hari keraian begai pertandingan menghasilkan
bunyi dan irama yang dikenali sebagaiRebana UbiTABLA
Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat terkenal
dalam masyarakat kaum India.Alat ini dikatakan berasal dari gendang
Mridangam.Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda (gendang
kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada satu muka
masing-masing.Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood dan
jackwood.Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla untuk
menghasilkan bunyi irama yang indah.
Tabla ialah sejenis alat perkuasi dalam ensembel muzik
tradisional india yang dimainkan secara solo atau mengiringi
upacara keagamaan, persembahan,barathanatyan, perkahwinan dan
sebagainya.
Cara bermain adalah dimainkan dengan diletakkan berdiri di atas
lantai di hadapan pemain. Alat ini dipalu dengan jari-jari dan
tapak tangan. Bermain Tabla secara konsisten dapat membantu
melapangkan minda, memberi ketenangan pada jiwa serta menguatkan
otot tangan.
Selain itu,badan juga akan berasa cergas setelah selesai latihan
bermain Tabla.
GAMELAN
ASAL-USUL Perkataan gamelan berasal daripada bahasa jawa gamel
yang bererti memukul atau menabuh ,diikuti akhiran an yang
menjadikannya sebagai kata benda.Sedangkan gamelan mempunyai erti
sebagai satu kesatuan alat muzik yang dimainkan bersama.Gamelan
muncul pada saat budaya luar dari Hindu-Buddha. Gamelan Pahang
diperkenalkan ketika zaman pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah
yang digiatkan oleh Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah.Pada tahun
1915,Tengku Ampuan Mariam,anakanda kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah
mempunyai set gamelan dibawah jagaannya di Pahang dan dibawa ke
istana Maziah Terengganu bagi melatih rakyat Terengganu untuk
bermain dan menari gamelan. Berbagai lagu dan tarian dicipta
seperti Lambang Sari, Geliung, Ketam Renjong, Togok, Gagak Seteru,
Lancang Kuning dan sebagainya.JENIS-JENIS GAMELAN1)Gamelan
Jawa2)Gamelan Bali3)Gamelan Sunda4)Gamelan Banyuwangi5)Gamelan
KromongALAT-ALAT GAMELAN DI MALAYSIA
1)BONANG
Bonang merupakan alat terpenting dalam perhimpunan menvariasikan
melodi pokok atau satu melodi pendek yang juga berfungsi sebagai
permulaan lagu khususnya untuk penghias lagu.
2)GAMBANGGambang biasanya dimainkan oleh seorang pemain
sahaja.Pemain tersebut memerlukan 2 bilah pengetuk yang diperbuat
daripada tanduk kerbau.
3)KENONGKenong adalah sejenis alat idiofon yang ditemui di
selatan Asia Timur. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang
lebih lembut daripada bunyi yang dihasilkan oleh gong.
4)SARON i)Saron DemongSaron demong berperanan sebagai alat
membawa melodi pokok dan melodi cincang sebagai bunga-bunga lagu
dalam persembahan dan mempunyai oktaf yang terendah dalam keluarga
saron. ii)Saron Penerus Pada fizikalnya, bilah-bilah bagi alat
saron barung berukuran lebih kecil daripada saron demo dan mampu
menghasilkan suara yang lebih nyaring daripada saron demong.
Iii)Saron Pekin Teknik perdan yang diamalkan dalam konteks
pemakaiannya dan ianya mempunyai oktaf tertinggi dalam keluarga
saron serta mampu menghasilkan suara lantang dan nyaring.
5)GONGGong adalah sejenis alat muzik idofon berasal dari asia
timur selatan.Gong berperanan sebagai tulang belakang dalam
persembahan muzik gamelan.Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk
menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan
bersama-sama mengikut rentak lagu.
6)GENDANGGendang adalah alat penting dalam memimpin rentak yang
rendah atau tinggi.Gong dianggap alat yang paling sukar untuk
dimainkan dan memerlukan kemahiran yang tinggi didalam permainan
kerana tidak mudah untuk diberi notasi.GHAZAL
PENGENALAN
Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu
Negeri Johor yang popular. Pada peringkat permulaannya, seni muzik
ghazal ini disebut sebagai Qamat yang bererti nyanyian dan beriuh
rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab. Pada akhir abad ke-19,
kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan
Riau-Lingga. Beberapa orang dari golongan bangsawan Johor sering
berulang-alik ke Riau. Mereka sering dihiburkan dengan permainan
ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari kesenian ini dan
memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor. Di istana,
kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada sultan,
pembesar-pembesar negeri dan lain-lain golongan istana. Justeru
itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat
dan pesat. Sehingga kini, muzik ghazal sering dimainkan di pelbagai
acara atau keramaian yang diadakan di negeri Johor Darul Tazim.
Muzik tradisional ini sering dimainkan di majlis-majlis
perkahwinan golongan bangsawan (pada masa dahulu), acara-acara
keramaian yang dihadiri oleh Sultan Johor atau kerabat Diraja
Johor, dan juga majlis-majlis rasmi yang diadakan di negeri Johor.
Antara penyanyi-penyanyi terkenal yang telah mempopularkan irama
ghazal Johor adalah Fadzil Ahmad, Datuk Sharifah Aini, Ramlah Ram,
Rosiah Chik, Allahyarhamah Datin Rafeah Buang, Datin Orchid
Abdullah dan ramai lagi.
PERALATAN GHAZAL
Peti Harmonium - alat muzik tradisional yang berasal dari India
ini penting bagi Ghazal Melayu Johor.
Violin - alat muzik ini kecil sedikit daripada biola , tetapi
biasanya disebut oleh orang-orang Melayu dengan sebutan biola
sahaja. Alat jenis bertali ini adalah salah satu alat muzik dalam
permainan Ghazal Melayu Johor.
Gambus - alat muzik yang berasal dari Timur Tengah ini merupakan
alat muzik bertali yang perlu ada dalam Ghazal Johor.
Satu Set Alat Tabla atau Do(Gendang) - juga merupakan alat muzik
yang berasal dari India . Yang kecil dinamakan Din dan yang besar
dinamakan Bam.
Tamborin - alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncong
diperlukan sebagai alat tempo dan rentak.
Marakas - sejenis alat perkusi yang diperlukan sebagai alat
rentak dan tempo.