1.1) PENYUSUNAN AYAT-AYAT AL-QURAN[footnoteRef:1] [1: Asmawi
Haji Ehsan, Ulum Al-Quran.Kuala Lumpur :Pustaka Haji Abdul
Majid,cetakan kedua, 2004. Pada halaman 114-118.]
Pengertian Ayat Al-Quran :Dari segi bahasa ayat beerti ( )
kumpulan sebagaimana dikatakan ( / ) datang suatu kaum itu dengan
kumpulannya. Makna keduanya ialah ( ) tanda seperti firman Allah (
) iaitu tanda-tanda kekuasaannya.Jika ditinjau dari makna bahasa di
atas, makna kumpulan adalah sesuai dengan maksud ayat iaitu
kumpulan huruf-huruf yang bergabung menjadi satu ayat. Begitu juga
makna kedua iaitu suatu tanda potongan-potongan perkataan
(kalamullah).Ayat dari segi istilah syarak pula ialah
cebisan-cebisan daripada al-Quran yang mempunyai permulaan dan
potongan-potongan yang memenuhi keperluan apa-apa yang sebelumnya
dan yang sesudahnya secara pasti atau secara takdir dan tidak
mengandungi di atas apa-apa yang seumpamanya
Huraian Dari Takrif :Disebutkan satu cebisan atau satu aspek
daripada al-Quran adalah memberi maksud seluruh huruf yang terdapat
di dalam al-Quran termasuk huruf-huruf potong yang terdapat pada
beberapa permulaan surah.Disebut mempunyai permulaan dan
potongan-potongan adalah untuk mengeluarkan apa-apa aspek, kumpulan
kalimah atau sebagainya yang tidak mempunyai permulaan dan
potongan. Ia bermaksud mengetahui secara tauqifi bermula dan
berakhirnya sesuatu ayat itu.Disebut memenuhi apa-apa yang sebelum
dan sesudahnya secara pasti ialah yakin dari awal dan akhir ia
adalah wahyu atau kalamullah S.W.T.
Disebut tidak mengandungi di atas seumpamanya adalah bertujuan
untuk mengeluarkan surah disebabkan ia adalah suatu jumlah yang
mempunyai permulaan dan ceraian-ceraian yang memenuhi keperluan
munasabah antara satu ayat dengan ayat menjadi satu surah.Bagi
makna yang kedua ( ), ayat dari segi istilah syarak ialah
huruf-huruf daripada al-Quran yang mempunyai permulaan dan
ceraian-ceraian hasil pengetahuan yang tauqifi daripada syarak yang
menjadi tanda dan alamat berhenti sesuatu kalam (perkataan) atau
juga tanda di atas lemahnya orang yang mencabarnya.Sebagai
kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa ayat merupakan suatu
jumlah kumpulan kalamullah S.W.T. yang tersusun di dalam
surah-surah di dalam kitab suci al-Quranul Karim.Oleh itu perbezaan
yang dapat dilihat di antara ayat al-Quran dengan wahyu ialah ayat
al-Quran merupakan satu jumlah kalamullah yang masih berbentuk asli
yang hanya difahami oleh Nabi yang menerimanya.Ayat al-Quran
termaktub di dalam mashaf yang dapat dibaca dan dirasai oleh
pancaindera semua manusia sedangkan wahyu hanya dapat diterima dan
dirasai serta difahami oleh Nabi dan Rasul sahaja.
Jumlah Ayat Di Dalam Al-Quran :Terdapat beberapa percanggahan
pendapat tentang jumlah ayat di dalam al-Quran . Ramai yang
menyebut jumlah ayat al-Quran ialah sebanyak 6666 ayat. Ada yang
berpendapat bahawa jumlah keseluruhan ayat al-Quran ialah 6200
ayat. Ayat yang paling panjang ialah ayat al-Dain ( ) iaitu ayat
282 dari surah al-Baqarah.Mengenai masalah jumlah ayat al-Quran
terdapat tujuh kumpulan ulama iaitu ulamak al-madanil awwal,
al-madanil akhir, al- makki, al-Basri, ad-Dimisyqi, al-Khamsi dan
al-Kufi.Bagi ulama-ulama madanil awal jumlah ayat al-Quran ialah
6217 ayat. Menurut Nafi daripada syeikhnya bilangannya 6214 ayat.
Bagi ulama-ulama al-Madani Akhir jumlah ayat al-Quran 6214 ayat
dari riwayat Ismail bin Jaafar. Bagi ulama Makki jumlah ayat
al-Quran ialah 6210. Sementara bagi ulama Basri (Basrah) jumlahnya
6204 ayat. Bagi ulama ad-Dimisyqi pula jumlah ayat al-Quran ialah
6227 ayat dan ada juga yang menjumlahkan sebanyak 6226 ayat. Bagi
ulama-ulama al-Khamsi pula jumlah ayat al-Quran ialah 6232 ayat dan
akhirnya bagi al-Kufi ialah sebanyak 6236 ayat.
Cara-Cara Mengenal Ayat :Dua cara untuk mengenal ayat-ayat
al-Quran iaitu;1) Melihat secara pasti sebelum dan sesudah sesuatu
ayat tersebut dari segi panjang dan pendeknya.2) Mengenali
bentuk-bentuk pemisah sesuatu ayat.3) Persefahaman di atas beberapa
pandangan yang diambil kira dari al-Quran sendiri.
Faedah Mengetahui Ayat-Ayat Al-Quran :Terdapat beberapa faedah
yang penting lagi mulia dengan mengetahui dan mengenali ayat-ayat
al-Quran. Antaranya ;1. Pengetahuan mengenainya akan mengesahkan
ibadat sembahyang.Ini adalah kerana tidak akan diterima sembahyang
melainkan dengan fatihah dan di dalamnya terdapat ayat-ayat yang
perlu diketahui oleh setiap orang.
2. Pengetahuan mengenainya juga akan memastikan balasan pahala
yang dijanjikan oleh Allah sebagaimana beberapa sabda Nabi bahawa
sesiapa membaca sekian ayat dari surah sekian maka balasannya
adalah sekian dan seumpamanya.
3. Pengetahuan mengenainya akan menjadi sebab untuk terhasilnya
balasan pahala di atas usaha mengajarkan beberapa jumlah ayat
kepada orang lain.
4. Pengetahuan ini juga akan mengesahkan bacaan khutbah yang
disampaikan kerana membaca sepotong satu ayat daripada al-Quran
merupakan antara syarat sah dua khutbah.
5. Mengetahui ayat juga akan menambahkan lagi pahala dalam
sembahyang kerana di dalam sembahyang membaca sekurang-kurangnya
tiga ayat dari al-Quran , hukumnya sunat.
Jumlah Kalimah-Kalimah Di Dalam Al-Quran :Telah bercanggah juga
pendapat ulama mengenai jumlah kalimah di dalam al-Quran.
Sesetengah ulama berpendapat jumlahnya 77934 kalimah. Ada juga yang
berpendapat jumlahnya 77437 kalimah. Pendapat yang akhiir pula
ialah sebanyak 77277 kalimah.Antara sebab utama mengapa berbezanya
jumlah kalimah di dalam al-Quran ialah ada sebahagian mereka
menjadikan kalimah ( ) sebagai satu kalimah dan ada yang menjadikan
dua kalimah.
Jumlah Huruf-Huruf Di Dalam Al-Quran :Jumlah huruf di dalam
al-Quran tidak terhingga banyaknya. : .Menurut riwayat yang telah
dikeluarkan oleh at-Tibrani dari Umar bin al-Khattab bahawa jumlah
huruf al-Quran sejuta huruf , barangsiapa yang sabar mengiranya
maka baginya setiap satu huruf yang dikiranya seorang bidadari
sebagai isterinya di syurga yang matanya bersinar ibarat
permata.
Tertib Ayat Di Dalam Al-Quran :Telah sepakat para ulama di atas
kenyataan bahawa tertib ayat di dalam surah-surah al-Quran seperti
yang kita dapati sekarang ini dalam keseluruhan mashaf yang ada
adalah tauqifi daripada Nabi s.a.w. daripada Jibril a.s. dan dari
Allah S.W.T. Tidak ada ruang bagi ijtihad dan pendapat padanya sama
ada ijmal atau secara tafsil .Sebagaimana yang diketahui bahawa
penurunan wahyu adalah berdasarkan peristiwa dan jawapan bagi
persoalan yang dikemukakan, kerana itu timbul persoalan apakah ayat
al-Quran yang terdapat sekarang ini ditulis mengikut penurunan ayat
tersebut atau mengikut susunan lain.Sebagai jawapannya kita katakan
bahawa tertib susunan ayat al-Quran sekarang ini adalah tidak sama
dengan tertib susunan ketika ia diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
Ini secara logik dapat diyakini bahawa tidak mungkin semua ayat
hukum dapat diturunkan sekali gus pada satu masa sedangkan
persoalan mengenainya kepada Rasullah juga berbeza hari dan masa.
Sedangkan kebanyakan ayat-ayat telah disusun semula dan tidak
mengikut masa penurunannya.Selain itu juga terdapat beberapa ayat
yang diturunkan di Madinah iaitu selepas hijrah tetapi disabitkan
sebagai surah Makiyah seperti firman Allah S.W.T. pada ayat 51
surah al-Anam. Begitu juga keadaan sebaliknya pada ayat 64 surah
al-Anfal.Oleh itu tertib susunan ayat-ayat dan surah di dalam
mushaf sekarang disusun mengikut tauqifi dari Rasulullah yang
diterima dari Jibril yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. sebagai
buktinya :1. Jibril pernah datang kepada baginda s.a.w.
menyampaikan perintah Allah dengan berkata letakkanlah ayat sekian
ini sesudah sekian . Lalu baginda sa.w. memerintahkan kepada para
sahabat penulis wahyunya sedemikian juga.2. Sebagaimana yang
dimaklumi bahawa baginda sentiasa ditasmik oleh malaikat Jibril
a.s. sekali setiap tahun.
Dari dua dasar inilah tertib susunan yang ada sekarang ini
ditulis dan dapat diyakini bahawa ia adalah suatu yang tauqifi.
Zaid bin Thabit sendiri dipilih oleh Abu Bakar as-Siddik supaya
menulis al-Quran di zamannya kerana Zaid ada bersama Nabi ketika
berlangsungnya penyemakan malaikat Jibril ke atas baginda s.a.w.
pada kali yang terakhir sekali.1.2) PENYUSUNAN AYAT-AYAT
AL-QURAN[footnoteRef:2] [2: Asmawi Haji Ehsan, Ulum Al-Quran.Kuala
Lumpur :Pustaka Haji Abdul Majid,cetakan kedua, 2004. Pada halaman
119-126.]
Pengetian Surah :Iaitu kumpulan ayat-ayat al-Quran yang tertentu
bagi membezakan fasal dan perkara yang dibawa oleh sesuatu ayat
atau kumpulan ayat tersebut. Dalam sesuatu surah terdapat
sekurang-kurangnya tiga ayat.Jumalah Surah Di Dalam Al-Quran
:Jumlah surah di dalam al-Quran secara keseluruhan ijmak ulama
adalah sebanyak 114 surah bermula surah al-Fatihah dan disudahi
dengan surah an-Nas. Ada juga yang berpendapat bahawa jumlah surah
al-Quran hanya 113 surah dengan menjadikan surah Baraah (Taubah)
dan surah al-Anfal sebagai satu surah sahaja.Surah yang paling
panjang ialah surah al-Baqarah dengan 283 ayat dan surah yang
paling pendek ialah surah al-Kauthar iaitu sebanyak tiga ayat.
Bahagian-Bahagian Surah :Surah-surah di dalam al-Quran dapat
dibahagikan kepada empat bahagian iaitu :1) ( ) atau surah-surah
yang mempunyai ayat-ayat yang banyak dan panjang . terdapat tujuh
buah surah jenis ini iaitu surah al-Baqarah, surah Ali Imran ,
surah an-Nisa, surah al-Maidah, surah al-Anam, surah al-Araf dan
Surah al-Anfal bersama surah al-Baraah. (Kerana surah al-Baraah
tidak mempunyai basmalah , maka ia dikira satu). Said bin Zubir
pula berpendapat surah yang ketujuhnya ialah surah Yunus. (Pendapat
ini adalah yang lebih baik).
2) ( ) iaitu surah-surah yang mempunyai lebih sedikit dari
seratus ayat. Itulah sebabnya ia dinamakan dengan nama demikian.
Terdapat 24 buah surah di dalam bahagian ini bermula dari surah
yang berikut dari bahagian yang pertama hinggalah akhir surah
as-Sajadah. Iaitu surah at-Taubah, Yunus, Hud, ar-Raad, Ibrahim,
al-Hijr, an-Nahl, al-Isra, al-Kahfi, Maryam, Taha, al-Ambia,
al-Hajj, al-Mukminun, an-Nuur, al-Furqan, as-Syuarak, an-Naml,
al-Qasyasy, al-Ankabut, ar-Ruum, Lukman dan as-Sajadah.
3) ( ) iaitu surah-surah yang mempunyai kurang daripada 100
ayat. Dinamakan demikian kerana kerana ia surah pertengahan jumlah
ayatnya berbanding dengan surah jenis pertama dan kedua. Terdapat
16 buah surah di dalam bahagian ini iaitu surah al-Ahzab, Saba ,
Fathir, Yassin, As-Syaffaat, syaad, az-Zumar, al-Mukmin, Hamim
Sajdah, As-Syura, Az-Zukruf, ad-Dukhaan, al-Jathiyah, al-Ahqaff,
Muhammad dan surah al-Fatah.
4) ( ) iaitu surah-surah yang mempunyai ayat-ayat pendek.
Memiliki 66 buah surah bermula dari surah al-Hujurat hingga akhir
surah an-Naas (penapat Imam an-Nawawi) .Surah-surahnya ialah surah
surah al-Hujurat, Qaff, az-Zariyat, at-Thur, an-Najm, al-Qamar,
ar-Rahman, al-Waqiah, al-Hadid, al-Mujadalah, al-Hasyr,
al-Mumtahanah, as-Saff, al-Jumuah, al-Munafiquun, at-Taghabun,
at-Talaq, at-Tahrim, al-Mulk, al-Qalam, al-Haqqah, al-Maarij, Nuh,
al-Jin, al-Muzzammil, al-Muddathir, al-Qiyamah, ad-Dahr,
al-Mursalat, an-Naba, an-Naziat, Abasa, at-Tawkir, al-Infithar,
al-Mutaffifin, al-Insyiqaq, al-Buruj, , at-Tariq, al-Ala,
al-Ghosyiah, al-Fajr, al-Balad, as-syams, al-Lail,ad-Dhuha,
al-Insyirah, at-Tin, al-Alaq, al-Qadar, al-Baiyinah, al-Zalzal,
al-Adiyat, al-Qoriah, at-Takathur, al-Asr, al-Humazah,al-Fiil,
al-Quraisy, al-Maun, al-Kauthar,al-Kafirun, an-Nasyr, al-Lahab,
al-Ikhlas, al-Falaq, dan surah an-Naas. Dinamakan dengan nama
tersebut kerana banyak fasal antara surahnya dan basmalah. Ada juga
yang berpendapat ia bermula dari surah Qaff hingga surah an-Naas
(pendapat az-Zarkasyi).Ulama telah membahagikanpula surah ( ) ini
kepada tiga bahagian iaitu :a. ( ) yang bermula dari awal surah
al-Hujurat sebanyak 29 surah hingga surah al-Mursalat.
b. ( ) bermula dari surah an-Naba hingga surah al-Lail sebanyak
15 surah.
c. ( ) bermula dari ad-Dhuha hingga akhir surah an-Naas sebanyak
22 surah.
Tertib Surah-Surah Di Dalam Al-Quran :Al-Quran yang hanya
dikumpulkan di zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar dan kemudian di
zaman Saidina Uthman telah menimbulkan persoalan iaitu adakah
susunan surah-surah yang terdapat hingga hari ini tauqifi atau
tidak.1. Pendapat yang pertama mengatakan bahawa susunan
surah-surahal-Quran yang terdapat hingga ke hari ini adalah
merupakan suatu susunan yang tauqifi (susunan yang diperintahkan
/diwahyukan dari Allah S.W.T. ). Mereka berkata bahawa susunan
surah yang terdapat pada hari ini sebagaimana yang dikhabarkan atau
disampaikan oleh malaikat Jibril a.s.
Berkata Ibnu Hasar ( ) bahawasanya susunan surah-surah dan
letaknya ayat-ayat al-Quran adalah dengan wahyu Allah S.W.T.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : Letakkanlah olehmu ayat ini di
tempat ini Dan terhasillah keyakinan secara mutawatir perpindahan
susunan surah ini dengan bacaan yang dibuat oleh baginda Rasulullah
s.a.w. sendiri. Dengan dua hujah inilah para sahabat mengumpul dan
menulis semula al-Quran sehingga menjadi apa yang kita tatapi
sekarang ini. Suatu contoh lain ialah kisah Jibril a.s. telah
memerintahkan Nabi s.a.w. supaya memindahkan ayat 281 dalam surah
al-Baqarah di antara dua ayat iaitu ayat mengenai riba dengan ayat
mengenai hutang.2. Pendapat kedua mengatakan bahawa susunan ayat
dan surah al-Quran adalah tauqifi yang sampai kepada Rasulullah
s.a.w. melainkan dua surah iaitu surah al-Anfal dan surah
al-Baraah. Ini adalah kerana yang meletakkan kedua-dua
surahtersebut di tempatnya sekarang ini berdasarkan ijtihad Saidina
Uthman yang kemudian dipersetujui oleh para sahabat semuanya.
3. Pendapat yang kedua yang mengatakan bahawa susunan
surah-surah di dalam al-Quran adalah berdasarkan kepada ijtihad
para sahabat. Ini terbukti kerana wujudnya ketidaksamaan
mashaf-mashaf persendirian yang dimiliki oleh para sahabat dan
penulis-penulis wahyu.
4. Sebagai contohnya mashaf Ali r.a. dimulai dengan surah
al-Alaq dan kemudian diikuti dengan surah al-Muddathir, diikuti
pula oleh surah Nun, kemudian surah Qalam dan diikuti oleh surah
Muzzammil dan seterusnya. Mashaf Ibnu Masud pula dimulai dengan
surah al-Baqarah, kemudian surah an-Nisa kemudian dengan surah
Ali-Imran. Sementara itu Mashaf Ubai bin Kaab pula dimulai dengan
surah al-Fatihah diikuti dengan surah al-Baqarah kemudian surah
an-Nisa dan kemudian surah Ali Imran serta seterusnya.
Faktor Berbezanya Tertib Surah Pada Mashaf Sahabat :Sebagaimana
yang disebutkan di atas terdapat perbezaan tertib surah pada
mashaf-mashaf yang dimiliki oleh para sahabat. Ini berkemungkinan
disebabkan pertamanya tertib surah yang dimiliki oleh para sahabat
tersebut adalah penulisan sendiri selepas mereka menghafalnya dan
tidak dibetulkan sehingga pembentangan terakhir. Selepas sahaja
pembentangan terakhir sepatutnya semua mashaf adalah mengikut
tertib yang diperintahkan oleh Nabi. Kemungkinan ada yang terlupa
atau tidak berkesempatan untuk berbuat demikian dan sebagainya.
Dari dalil-dalil yang terdahulu bahawa penulisan wahyu adalah
berdasarkan perintah semasa Nabi s.a.w. maka sahabat menulis
ayat-ayat tersebut mengikut perintah Nabi s.a.w. Ketidaksamaan
perintah tersebut tidak dinafikan mempunyai hikmat-hikmat yang
tertentu untuk memudahkan umat Islam yang mungkin tidak difahami
maksud sebenarnya. Di samping itu ketegasan sahabat dalam
mempertahankan pendapat mereka berkemungkinan menjadi faktor
berbezanya mashaf di kalangan mereka.Selain itu kita perlulah yakin
bahawa para sahabat adalah orang yang dipercayai sifat kejujurannya
oleh itu adalah tidak diragui setiap tertib ayat yang mereka miliki
adalah mengikut persetujuan Nabi s.a.w. Sepatutnyatidak ada syak
wasangka di dalam hati tentang kejujuran mereka dalam menunaikan
perintah Nabi sedang baginda s.a.w. sendiri mengisytiharkan bahawa
para sahabatnya adalah ibarat bintang-bintang yang bersinar dan
menyinari. Hikmat Diadakan Surah-Surah Di Dalam Al-Quran :Sesesuai
dengan kenyataan bahawa al-Quran merupakan kitab mukjizat maka
penetapan surah-surah juga sudah pasti mempunyai hikmat dan
tujuannya yang tertentu. Berikut adalah di antara beberapa hikmat
diadakan surah-surah di dalam al-Quran.1. Ia merupakan suatu
mukjizat yang terdapat surah-surah yang mengandungi ayat-ayat yang
panjang dan juga ada surah yang mengandungi ayat-ayat yang pendek.
Musuh-musuh Islam tidak boleh mendakwa bahawa surah yang panjang
ayatnya sebagai mengandungi mukjizat dan surah yang pendek itu
tidak atau sebaliknya. Bahkan, semua ayat dan dan surah al-Quran
adalah mukjizat.2. Adanya surah-surah di dalam al-Quran adalah
antara cara untuk memudahkan membaca dan menghafal ayat-ayat
al-Quran. Setiap penghafaz akan menjadikan setiap surah sebagai
sebagai sasaran atau had menghafaz dalam sesuatu ketika. Begitu
juga bagi seseorang kanak-kanak misalnya akan merasa gembira
apabila habis membaca dan menghafaz sesuatu surah al-Quran.
3. Memudahkan para musafir ketika bermusafir dalam menentukan
marhalah-marhalah musafir mereka. Misalnya mereka menetapakan jauh
sesuatu sesuatu tempat dengan habisnya membaca sesuatu surah
tertentu. Para musafir tidak akan merasa bosan di dalam perjalanan
kerana di sepanjang perjalanan mereka akan membaca surah
tersebut.
4. Kewujudan surah-surah untuk membezakan kandungan ayat,
peristiwa, cerita dan seumpamanya dalam sesuatu ayat yang
diturunkan. Surah Yusuf misalnya menceritakan tentang kisah Nabi
Yusuf untuk dijadikan pengajaran. Surah Munafiqun misalnya
menceritakan hal ehwal niat dan perbuatan orang munafiq dan
seterusnya.
5. Menambah keseronokan dan keasyikan membaca al-Quran. Ini
adalah kerana surah-surah yang baru mula dibaca akan memberi kesan
seolah-olah mereka baru membaca dan mereka akan terus membaca.
Sekiranya tidak ada surah maka akan dirasakan terlalu panjang dan
boleh menjemukan pembacanya. Itulah kemukjizatan al-Quran.
Nama-Nama Surah Di Dalam Al-Quran Adalah Tauqifi :Persoalan juga
timbul dengan wujudnya surah-surah tersebut iaitu adakah nama-nama
surah di dalam Al-Quran itu tauqifi atau tidak. Bagi menjelaskannya
maka ditegaskan di sini bahawa semua nama surah di dalam al-Quran
adalah tauqifi. Ini berdasarkan hadis-hadis baginda s.a.w. yang
menyebutkan nama-nama surah tersebut. Antaranya : Barabgsiapa yang
menghafaz 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi maka ia akan
terpelihara dari fitnah dajjal.
Barangsiapa membaca surah ad-Dukhan pada malam Jumaat nescaya
akan diampunkan dosa-dosanya.
Nama Surah-Surah Al-Quran :Walaupun kita dapati bahawa
surah-surah di dalam al-Quran masyhur dengan apa yang kita tatapi
setakat ini, namun sebenarnya surah-surah tersebut terbahagi kepada
dua dari segi namanya, iaitu surah-surah yang mempunyai satu nama
sahaja dan surah- surah yang mempunyai lebih dari satu
nama.Surah-Surah Yang Mempunyai Hanya Satu Nama :Ada sebanyak 73
buah surah dan semua nama tersebut adalah tauqifi. Iaitu surah
an-Nisa , al-Anam, al-Araf, Yunus, Hud, Yusuf, ar-Rad, Ibrahim,
Al-Hijr, Mariam, al-Anbia ,al-Hajj , al-Mukminun, an-Nur,
al-Furqan, al-Qayasy, al-Ankabut, ar-Ruum, Lukman, al-Ahqaff,
al-Fath, al-Hujurat, az-Zariyat, at-Tur, an-Najm,al-Waqiah,
al-Hadid, al-Jumuah, al-Munafiqun, al-Qalam, al-Haaqqah, Nuh,
al-Jin, al-Muzammil, al-Muddathir, al-Qiamah, al-Mursalat,
an-Naziat ,Abasa, at-Takwir, al-Infitar, al-Mutaffifin,
al-Insyiqaq, al-Buruj, at-Tariq, al-Ala, al-Ghasyiah, al-Fajr,
al-Balad, as-Syams, al-Lail, ad-Dhuha, al-Insyirah, at-Tiin,
al-Alaq, al-Qadr, al-Baiyinah, al-Zilzalah,al-Adiyat,al-Qariah,
at-Takathur,al-Asr, al-Humazah, al-Fiil, al-Quraisy, al-Kauthar dan
al-Falaq.Surah-Surah Yang Mempunyai Lebih Dari Satu Nama :Ada
sebanyak 40 buah surah daripada nama-nama tersebut adalah tauqifi
dan sebahagiannya tidak tauqifi dan sebahagiannya tidak tauqifi
iaitu dinamakan sama ada oleh sahabat atau tabien. Surah-surah
tersebut ialah surah al-Fatihah (Ummul Quran, Fatihatul Kitab dan
as-Sabul Mathani ), al-Baqarah (Sanamul Quran, Fastotul Quran ),
Ali Imran (Az-Zahra ), al-Maidah (al-Uqud, al-Munqodzah ), al-Anfal
(Badar ), al-Baraah (at-Taubah, al-Fadzihah, al-Muthirah ) ,an-Nahl
(an-Niam ), al-Isra (Bani Israel), al-Kahfi (ashabul Kahfi ), Taha
(al-Kalim ), as-Syuara (al-Jamiah ), an-Naml (Sulaiman), as-Sajadah
(al-Madhoji ), Fatir (Malaikat), Yassin (Qalbul Quran, ad-Dafiah,
al-Qaldhiyah ), az-Zuma (al-Ghuraf), Ghofir (at-Tuul,
al-Mukmin),Fusilat (as-Sajadah), al-Jathiyah (as-Syariah), Muhammad
(al-Qital), Qaff (al-Basiqat), Iqtarobat (al-Qamar), ar-Rahman
(Urusul Quran), al-Mujadalah (az-Zihar), al-Hasyr (Bani Nadhir),
al-Mumtahanah (al-Mawaddah), as-Saff (al-Hawariyyin), at-Talaq
(an-Nisaul Qasri), at-Tahrim (Lima Tuharrim), Tabaroq (al-Mulk,
al-Mananiah, al-Munjiyah, al-Maniah), Saala (al-Maarij), al-Insan
(ad-Dahr),Amma (an-Naba, at-Tasaul), Lam Yakun (al-Baiyinah),
Aroaita (Ad-Diin), al-Kafiruun (al-Ibadah), an-Nasr (at-Taudi),
Tabbat (al-Masad), al-Ikhlas (al-Asas), an-Nas
(al-Muawwidzatani).
Tulisan Al-Quran Dengan Rasam Uthmani Terjadi juga perselisihan
pendapat adakah rasam Uthmani atau tulisan Uthmani yang dijadikan
asas penulisan ayat-ayat al-Quran itu merupakan suatu yang tauqifi
atau tidak. Dalam soal initerdapat tiga pendapat yang
membincangkannya :1. Mereka yang berpendapat bahawa tulisan
tersebut merupakan suatu yang tauqifi yang wajib diambil dengannya
dalam penulisan al-Quran dan memuliakannya dengan sepenuhnya.
Telah dinukilkan dari Ibnu Mubaraq dari Syeikhnya Abd Aziz
ad-Dzubagh bahawa ia telah berkata :Tidaklah bagi seseorang sahabat
dan tidaklah yang selain dari mereka dalam menulis tulisan ayat
al-quran dan tidak juga sehelai rambut pun melainkan semuanya
adalah tauqifi dari Nabi s.a.w. Bagindalah yang memerintahkan
mereka supaya menulis di atas kaedah yang dikenali di atas dengan
menambah atau mengurangkan huruf alif dengan rahsia-rahsianya yang
tersendiri. Sesungguhnya susunan al-Quran merupakan mukjizat maka
pastinya tulisannya juga adalah mukjizat.
2. Mereka yang berpendapat bahawa tulisan al-Quran tersebut
bukanlah sesuatu yang tauqifi tetapi hanya kerelaan dari Saidina
Uthman yang kemudiannya diterima dan dipersetujui oleh para sahabat
yang lain. Oleh itu, wajiblah diambil dan diikuti dan berdosalah
sekiranya menyalahi tulisan tersebut.
3. Mereka yang berpendapat bahawa tulisan Uthmani tersebut hanya
sebagai suatu istilah/bentuk sahaja yang tidak wajib untuk diikuti
dan tidak berdosa jika menyalahinya. Ini berdasarkan bahawa Allah
tidak menfardukan ke atas umat-Nya mengenai hal tersebut.
2.0 NASAKH DAN MANSUKH[footnoteRef:3] [3: Mohd Syahar Barkat
Ali, SPM Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 & 5.Selangor :
Pustaka Ilmi,. Pada halaman 180-186.]
Pengertian NasakhDari segi bahasa naskh membawa erti
penghapusan.Dari segi istilah nasakh ialah menghapuskan hukum
syarak yang sedia ada terpakai dengan hukum syarak lain dengan
sebab ada dalil syarak yang baru. Sekiranya tidak ada penghapusan
itu maka hukum yang lama itu tetap terpakai.Hukum lama yang
dihapuskan itu disebut mansukh.Naskah berlaku pada zaman Rasulullah
s.a.w. sahaja . Nasakh tidak berlaku pada zaman sahabat kerana :a)
Ayat al-Quran hanya diturunkan ketika Rasulullah s.a.w. masih
hidup.
b) Hanya Rasulullah s.a.w. yang dapat menentukan antara hadis
dan ayat al-Quran.
Para Ulamak Telah Bersepakat Tentang Harus Adanya Nasakh. Di
Antara Dalilnya Ialah :1. Firman Allah S.W.T. 66. sekarang Allah
telah meringankan daripada kamu (Apa Yang telah Diwajibkan
dahulu)
2. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :Daripada Buraidah,
Rasulullah s.a.w. bersabda : Dahulu aku melarang kamu pergi
menziarahi kubur, tetapi sekarang Muhammad telah dibenarkan
menziarahi kubur ibunya maka lawatilah kamu kerana sesungguhnya
pergi melawat kubur itu boleh mengingatkan mati. (Riwayat Muslim,
Abi Daud dan At-Tirmizi )
3. Daripada sudut akal : Hukum-hukum Allah S.W.T. itu adalah
untuk kesenangan hambaNya. Sedangkan kepentingan manusia itu
berubah-rubah mengikut masa dan keadaan .Oleh itu nasakh adalah
satu perkara yang sangat perlu.
Hikmat Nasakh Dan Perkara Yang Boleh Dinasakh :Di antara hikmat
nasakh ialah ;a) Untuk memberi hukum yang lebih banyak bagi
kehidupan manusia.b) Sebagai suatu kemurahan Allah S.W.T. kepada
orang mukmin.c) Sebagai suatu peningkatan dalam perundangan
Islam.Bukan Semua Perkara Boleh Dinasakh. Hanya Perkara-Perkara
Berikut Boleh Dilakukan Nasakh : Perkara yang tidak menyentuh
masalah tauhid. Sebaliknya perkara yang menyentuh masalah tauhid
tidak boleh dinasakh seperti ilmu Allah, sifat-sifat Allah dan
sebagainya. Bukan berita-berita purbakala yang disampaikan oleh
Allah S.W.T. Bukan berita-berita akan datang yang disampaikan oleh
Allah S.W.T. Bukan Ijma Ulama. Ijma ulama tidak boleh dinasakh
kerana ia hanya berlaku selepas Rasulullah s.a.w. wafat. Maka tidak
ada nasakh lagi selepasnya. Bukan perkara Qias. Qias tidak boleh
dinasakh kerana ia mengikut kaedah yang tetap.
Bahagian-Bahagian Nasakh :Secara umumnya nasakh terbahagi kepada
dua iaitu : Penghapusan yang ada ganti. Penghapusan yang tidak ada
ganti.Secara Khususnya Nasakh Itu Terbahagi Kepada Empat Jenis
Iaitu :1. Nasakh hukum kepada hukum yang lebih ringan.2. Nasakh
hukum kepada hukum yang lebih berat.3. Nasakh hukum kepada hukum
yang sama dengannya.4. Nasakh tanpa ganti.1)Nasakh Hukum Kepada
Yang Lebih Ringan.Firman Allah S.W.T. yang berbunyi : 65. Wahai
Nabi, peransangkanlah orang-orang Yang beriman itu untuk berperang.
jika ada di antara kamu dua puluh Yang sabar, nescaya mereka dapat
menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh Yang kafir itu); dan
jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat
menewaskan seribu orang dari golongan Yang kafir, disebabkan mereka
(yang kafir itu) orang-orang Yang tidak mengerti.(al-Anfal 65)
Ayat di atas dimansukhkan dan digantikan dengan ayat :Firman
Allah S.W.T. yang berbunyi : 66. sekarang Allah telah meringankan
daripada kamu (Apa Yang telah Diwajibkan dahulu) kerana ia
mengetahui Bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di
antara kamu seratus orang Yang sabar, nescaya mereka akan dapat
menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu
orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang Dengan izin
Allah. dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang Yang sabar. (surah
al-Anfal 66)2. Nasakh Hukum Kepada Hukum Yang Lebih berat.Firman
Allah S.W.T. yang berbunyi : 6. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku
ugamaku".Ayat ini telah memberi kebenaran beragama kepada orang
kafir. Ia dinasakh dengan ayat yang menyuruh memerangi seluruh
orang kafir musyrik. dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya
sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya (surah at-Taubah 36
)
3.Nasakh Hukum Kepada Hukum Yang Sama Dengannya.Ayat al-Quran
yang memerintahkan supaya menggantikan wajib menghadap muka ke
Baitul Maqdis apabila mengerjakan sembahyang dengan wajib menghadap
ke Masjidil Haram di Mekah.
4.Nasakh Tanpa Ganti.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :Wahai
orang yang beriman apabila kamu hendak berbincang dengan Rasulullah
s.a.w. maka hendaklah kamu dahulukan sedekah sebelum sebelum kamu
berbisik-bisik. Hukum ini telah dihapuskan dengan firman Allah
S.W.T. yang berbunyi : 13. Adakah kamu takut (akan kemiskinan)
kerana Kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? kalau
kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu
(kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan
berikanlah zakat (sebagaimana Yang sewajibnya), serta Taatlah kamu
kepada Allah dan RasulNya. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam
pengetahuannya akan Segala amalan Yang kamu lakukan. (surah
al-Mujadilah 13)
Cara-Cara Nasakh1) Nasakh al-Quran dengan al-Quran.Firman Allah
S.W.T. yang berbunyi : 43. Wahai orang-orang Yang beriman,
janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu
Dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa Yang
kamu katakan.(surah an-Nisa 43 )Ayat ini menjelaskan bahawa minum
arak itu jika tidak sampai mengganggu peminumnya daripada
menunaikan sembahyang diperbolehkan. Ayat ini telah dinasakhkan
dengan ayat berikut. 90. Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa
Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi
nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor
(keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya
supaya kamu berjaya. (Surah al-Maidah 90).Ayat ini menjelaskan
bahawa meminum arak itu adalah haram secara mutlak sama ada
mengganggu sembahyang atau tidak.
2. Nasakh Hadis Dengan Hadis: Seperti hadis yang diriwayatkan
oleh bukhari maksudnya ; Tanaman yang dihasilkan dengan cara
siraman air hujan dikenakan zakat sebanyak sepuluh peratus. Hadis
ini mengandungi hukum am iaitu meliputi tanaman yang banyak atau
sedikit. Manakala hadis yang lain menyebut maksudnya : Tidak
dikenakan zakat pada tanaman yang kurang lima ausak. Hadis ini
mengandungi hukum khas yang membataskan sebahagian hukum pada hadis
yang pertama. Dengan demikian petani yang mendapat hasil kurang
lima ausak tidak dikenakan zakat.
3)Nasakh al-Quran Dengan Hadis
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : 180. kamu diwajibkan,
apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan
harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum
kerabat Dengan cara Yang baik (menurut peraturan ugama),
(al-Baqarah 180) Ayat ini dinasakhkan oleh hadis riwayat at-Tirmizi
maksudnya : Tidak boleh berwasiat kepada keluarga.
4.Nasakh Hadis Dengan al-Quran.Seperti menghadap kiblat ke
Baitul Maqdis ketika sembahyang . Ia telah sabit dengan amalan yang
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. tetapi amalan itu telah
dinasakhkan dengan firman Allah S.W.T. yang berbunyi : 144. Oleh
itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (tempat letaknya
Kaabah); (Al-Baqarah 144)Pembahagian Nasakh Menurut Hukum Dan
Bacaan Terbahagi Kepada Tiga Bahagian: 1) Nasakh hukum dan bacaan
sekali, seperti hadis yang diriwayatkan oleh saidina Aisyah : Pada
mulanya ayat al-Quran diturunkan ialah sepuluh kali menyusu yang
tertentu tetapi ia telah dihapuskan dengan lima kali tertentu..
Ayat dan hukumnya telah dihapuskan di dalam al-Quran.
2) Nasakh Bacaan Sahaja Sedangkan Hukumnya Tidak. Orang tu
lelaki dan orang tua perempuan jika mereka berzina hendaklah
direjam kedua-duanya sekali. Kami telah membacanya dahulu. Ayat ini
telah dihapuskan bacaannya tetapi hukumya tetap ada.
3) Nasakh Hukum Sahaja Sedangkan Bacaan Tidak. Firman Allah
S.W.T : 180. kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir
mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat
untuk ibu bapa dan kaum kerabat Dengan cara Yang baik (menurut
peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang Yang
bertaqwa. (al-Baqarah 180 ).
Hukum tersebut telah dinasakhkan dengan hadis riwayat at-Tirmizi
: Maksudnya : Tidak boleh berwasiat kepada keluarga.
3.0 HADIS MAWDU ( )
Pendahuluan
Pada zaman Nabi s.a.w. tidak timbul masalah Hadis Palsu atau
Hadis Maudu. Hal tersebut Nabi s.a.w. bertindak tegas untuk
membendung gejala buruk tersebut. Waktu itu juga umat Islam belum
menghadapi banyak masalah dan berpecah belah.Antara lain juga,
waktu itu wahyu masih diturunkan oleh itu jika ada pemalsuan ,
al-Quran dan Hadis segera diturunkan untuk mendedahkannya.Justeru
itu, pada masa Nabi s.a.w., Hadis Palsu dapat disekat dengan
segera.Selepas kewafatan baginda s.a.w. para sahabat terpaksa
bekerja keras menghadapi mereka yang mencipta Hadis Palsu dan
menimbulkan huru-hara dalam masyarakat Islam. Ia mula ditimbulkan
oleh puak-puak munafik serta golongan Yahudi dan Nasrani.Pemalsuan
yang berkaitan dengan hadis memang berlaku. Kegiatan serta
pemalsuan tersebut juga atas dasar dan dengan persetujuan yang
berlainan antara pereka Hadis Palsu. Setengah mereka adalah
kalangan orang kafir, tukang cerita, ahli politik dan mereka yang
ingin mencari kemewahan atau juga golongan yang fanatic kepada
sesuatu fahaman dan pegangan tertentu.
Sejarah Lahir Hadis Maudhu Menurut pendpat ahli sejarah,
bermulanya kelahiran hadis palsu ialah setelah tercetusnya fitnah
ataupun pertelingkahan di antara Ali dengan Muawiyah.Mereka yang
mula-mula melibatkan dirisecara langsung dengan mereka-reka hadis
ialah golongan syiah.Hal tersebut dibuktikan melalui pengakuan oleh
Ibn Abu al-Hadid yang merupakan seorang syiah yang terkenal dengan
katanya : Bermulanya pendustaan terhadap hadis-hadis Nabi ialah
oleh golongan syiah.Antara lain golongan lain yang terlibat secara
langsung dengan pemalsuan hadis Nabi ialah puak al-Rafidah.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar, mengenai hadis dalam
bab Faail :Hadis tentang kelebihan Ahli AL-Bait. Mereka juga
mencipta hadis tentang kejahilan Ahl al-Sunnah.Disebabkan faktor
politik tersebut, mereka yang terlibat mencipta hadis palsu
bertujuan memihak kepada golongan-golongan yang disokongnya dan
fahaman aliran pemikiran yang mereka pegang. Justeru itu,
menyebabkan telah bercampur aduk hadis-hadis palsu dengan
hadis-hadis sahih.
Pengertian Hadis MauduDari sudut bahasa hadis maudhu memberi
pengertian iaitu jatuh atau rendah. Manakala dari sudut istilah
hadis mawdu dapat diberikan dengan pengertian
berikut[footnoteRef:4] : [4: Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar
Ulum Hadis, Kuala Lumpur :Pustaka Salam Sdn Bhd, Edisi 11 2005.
Pada halaman 248 -259.]
1) Hadis diriwayat oleh perawi dusta.2) Khabar direka-reka dan
disandarkan kepada Nabi s.a.w. atau sahabat atau tabiin secara
dusta, kerana ada muslihat tertentu.3) Hadis dicipta dengan
menisbahkannya kepada Nabi s.a.w. sama ada pendustaan itu dilakukan
secara sengaja atau tidak.Hadis maudhu adalah hadis yang dinyatakan
berasal dari nabi tetapi kenyataannya adalah bohong semata, yang
kemudian dicampurkannya dengan hadis-hadis yang sahih dengan tujuan
untuk kepentingan politik, untuk merosak agama Islam dari dalam
atau memperkuat golongannya sendiri. Meriwayatkan hadis palsu ini
hukumnya haram setelah diketahui bertentangan dengan al-Quran,
tidak logik atau berlawanan dengan hadis yang mutawatir. Hadis ini
adakalanya dibuat oleh ahli-ahli bidaah, maka memperkembangkan
hadis ini adalah menyalahi ajaran-ajaran Islam dan bertentangan
dengan pendapat-pendapat para ulama Islam yang
terkenal.[footnoteRef:5] [5: Hussein Bahreisj, 450 Masalah Agama
Islam.Kuala Lumpur:Pustaka Antara, cetakan pertama 1987. Pada
halaman 62. ]
Hadis maudhu ialah hadis yang direkacipta oleh seseorang dengan
disandarkan kepada Rasulullah s.a.w., sahabat atau tabiin dengan
tujuan tertentu.[footnoteRef:6] [6: Qurrotul Aien Bt Fatah
Yasin,Ilmu Mustolah Hadith. Kuala Lumpur :ISP Shabab Trading,
cetakan pertama 2006. Pada halaman 248.]
Contoh Hadis Mawdu Maksudnya : Berkahwinlah dan jangan
menjatuhkan talak, kerana talak itu menggegarkan ArasySalah seorang
perawi dalam rangkaian sanad ini yang bernama Amru bin Jumai
seorang pendusta.Faktor Lahir hadis MawduAntara faktor utama yang
menyebabkan munculnya Hadis Mawdu ialah :1. Pertelingkahan
PolitikContohnya : kemunculan golongan al-Rafidah. Iaitu golongan
yang menentang para sahabat yang memberi baiah kepada Abu Bakar dan
Umar sebagai khalifah. Golongan ini kemudiannya berpecah pula
menjadi 300 kumpulan.Golongan al-Rafidah ini telah banyak
mereka-rekakan hadis palsu demi kepentingan kumpulan mereka.
Golongan inilah yang paling banyak melakukan pendustaan terhadap
Rasulullah dan mencipta hadis palsu.Imam Malik apabila beliau
ditanya mengenai golongan al-Rafidah, jawabnya: Jangan kamu
bercakap dengan mereka dan jangan kamu meminta pendapat daripada
mereka, kerana mereka adalah golongan pendusta. Pendapat Imam
ShafiI tentang al-Rafidah dengan katanya : Aku tidak dapati satu
golonganpun yang mengikut hawa nafsu dengan member saksi bohong,
kecuali golongan al-Rafidah.Antara hadis yang direka oleh golongan
al-Rafidah ialah dengan mencela dan mencaci muawiyah. Maksudnya :
Apabila kamu melihat Muawiyah berada di atas mimbarku, bunuhlah
ia.Dalam kontek lain pula, faktor polotik ini juga menyebabkan
golongan yang fanatic kepada puak mereka mencipta hadis palsu.
Sebagaimana golongan yang fanatik kepada muawiyah mencipta hadis.
Contohnya : : Maksudnya : Orang-orang yang amanah itu ada tiga
,iaitu, Aku, Jibril dan Muawiyah.
2. Golongan ZindiqGolongan ini bermaksud golongan yang membenci
kepada ajaran ajaran Islam dan orang Islam. Terutamanya apabila
jajahan Islam dan agama Islam itu tersebar ke Negara luar dan
golongan bukan Arab menerima Islam beramai-ramai.
Mereka mencipata hadis palsu untuk memburuk-burukkan agama Islam
dan kesuciannya. Kegiatan ini dilakukan oleh musuh Islam dan mereka
yang membenci Islam , baik dalam kalangan individu atau pemimpin
yang kehilangan kuasa dalam pemerintahan Islam.Oleh sebab itu,
mereka telah berusaha mengembalikan kuasa dan kedudukan mereka
dengan memburuk-burukkan Islam. Antara lain juga, mereka cuba
memesongkan akidah umat Islam dan menimbulkan huru-hara dalam
masyarakat Islam dengan cara mencipta hadis palsu kemudian
disandarkan kepada Nabi s.a.w..Contohnya : Maksudnya : Allah
menjadikan malaikat dari bulu lengan dan bulu dada-Nya.3. Fanatik
Kepada Kabilah, Puak, Bangsa, Imam Dan Jemaah Tertentu.Oleh itu,
mereka sengaja mencipta hadis palsu untuk memenuhi nafsu dan
kehendak mereka.Contohnya, sebagaimana hadis yang dicipta oleh
golongan yang yang fanatik kepada bahasa Arab : Maksudnya :
Sesungguhnya Allah apabila Ia marah, ia akan menurunkan wahyu
dengan bahasa Parsi dan apabila Ia reda, Ia menurunkan wahyu dalam
bahasa Arab.Begitu juga golongan yang fanatik terhadap imam
tertentu, lalu golongan ini mencipata hadis seperti : Maksudnya :
Sesunggunya lahir seorang lelaki dari kalangan umatku yang dikenali
sebagai Abu Hanifah al-Numan, ia adalah penyuluh umatku.
4.Penciptaan Kisah Dan Riwayat Yang Dibuat Oleh Tukang Cerita.Yang
mana mereka tidak rasa segan silu menyandarkan kepada Nabi s.a.w.
untuk menarik orang ramai mendengar cerita dan riwayat yang mereka
bawa.Contoh , sebagaimana yang berlaku pada suatu ketika Imam Ahmad
bin Hanbal dan Yahya bin Main menunaikan sembahyang di Masjid
al-Rasafah. Tiba-tiba bangun seorang dari kalangan jemaah masjid
itu dengan mereka hadis, katanya : Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin
Main telah menceritakan , kata kedua-duanya : Abd al-Razak
meriwayatkan hadis dari Qatadah dari Anas katanya: Rasulullah
s.a.w. bersabda : Maksunya : Sesiapa yang mengucapkan La Ilaha Illa
Allah , Allah akan menjadikan daripada setiap kalimah tersebut
seekor burung, paruhnya daripada emas dan bulunya daripada
marjan.5.Pertelingkahan Mazhab Dan Fahaman.Iaitu pertelingkahan
pendapat dalam sesuatu masalah feqah juga ilmu kalam. Justeru itu,
pengikut-pengikut mazhab tersebut mencipta hadis untuk menyokong
mazhab mereka.Contohnya : Maksudnya: Sesiapa yang mengangkat kedua
tangannya ketika sembahyang, batal sembahyang. 6. Kejahilan Iaitu
tidak mendalam ilmu pengetahuan tentang Islam, namun niat dan
tujuan mereka adalah benar dan baik untuk agama. Contohnya :Ahli
sufi atau Tasawuf.Disebabkan kejahilan itu menyebabkan mereka
mencipta hadis palsu mengenai kelebihan sesuatu amalan, sesebuah
surah al-Quran dan lainnya.7.Mengampu.Iaitu untuk mencari nama dan
pangkat di sisi raja dan daripada sesetengah golongan tertentu.
Cara Mengenali Hadis Mawdu[footnoteRef:7] : [7: Dr. Rosmawati
Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis, Kuala Lumpur :Pustaka Salam
Sdn Bhd, Edisi 11 2005. Pada halaman 254 -259]
Hadis mawdu atau hadis palsu boleh dikesan walaupun tanpa
mempelajari dan mendalami tentang sanad atau isnadnya dengan
terperinci.Antara cara untuk mengenali hadis palsu dapat
dibahagikan kepada dua jenis : Tanda kepalsuan pada sanad dan tanda
kepalsuan pada matan. Tanda-Tanda Kepalsuan Pada SanadAntara tanda
kepalsuan pada sanad ialah:a) Perawi berkaitan mengakui pemalsuan
yang telah dilakukannya pada hadis. Contohnya Abd al-Karim bin Abu
al-Awja yang terbunuh tahun 160 Hijrah telah mengakui beliau banyak
mencipta hadis palsu sebagaimana yang dapat dipetik dari
kata-katanya: Demi Allah, aku telah mencipta sebanyak 4000 buah
hadis, yang mana ianya berkaitan mengharamkan perkara yang syarak
telah halalkan dan menghalalkan perkara yang syarak telah
haramkan.Begitu juga Ibn Abu Maryam mengakui telah mencipta hadis
mawdu mengenai kelebihan surah-surah di dalam al-Quran.b) Pereka
hadis Mawdu dan orang yang didakwanya mengambil hadis tersebut
tidak pernah hidup sezaman atau tidak pernah bertemu atau tidak
pernah pergi ke tempat hadis itu diambil.Contohnya,: Mamun bin
Ahmad al-Harawiy mendakwa beliau mendengar sendiri hadis daripada
Hisyam bin Ammar. Apabila Ibn Hibban bertanya beliau : Bilakah awak
pergi ke Syam? Jawabnya :Tahun 250 Hijrah. Ibn Hibban mengatakan
Hisyam meninggal dunia tahun 254 H.Ini menunjukkan mereka tidak
pernah bersua, apatah lagi untuk meriwayatkan hadis.c) Sikap atau
keadaan perawi juga merupakan tanda kepalsuan pada sanad. Sebagai
contohnya,: Kisah yang berlaku pada Saad bin Tarif. Anaknya telah
menemuinya dalam keadaan menangis. Lantas beliau bertanya sebabnya.
Anaknya memberitahu beliau bahawa gurunya telah memukulnya. Lalu
Saad berkata: Aku akan memalukannya suatu hari nanti. Beliau
membuat hadis sendiri, ia berkata: Ikrimah telah meriwayatkan
kepadaku daripada Ibn Abbas daripada Nabi s.a.w. : Guru-guru anak
kamu adalah orang yang memalukan kamu di hadapan khalayak ramai,
orang yang amat tidak mengasihi anak yatim dan bersikap kasar
terhadap fakir miskin.Dalam keadaan ini Saad telah membawa Hadis
Palsu ini dengan mencipta sendiri sanad dari kalangan perawi
thiqah, seperti :Ikrimah dan Ibn Abbas serta Nabi s.a.w. sendiri
untuk tujuan menghina dan memalukan guru anaknya itu.d) Perawi
dikenali sering melakukan pendustaan adalah bersalahan dan janggal
riwayatnya daripada perawi thiqah yang lain.
Tanda-Tanda Kepalsuan Pada Matan Antara landasan untuk mengenali
Hadis Palsu dari sudut matan sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam
Ibn al-Qayyim di dalam kitabnya: al-Manar. Kitab tersebut
diringkaskan olen al-Allamah Mulla Ali al-Qari sebagaimana berikut
:1) Gaya bahasa yang lemah. Ia tidak sesuai dengan taraf Nabi
s.a.w. ia juga menunjukkan kelemahan dari sudut bahasa dan
keseniannya. Kerana Nabi terkenal dengan seorang yang fasih dan
bercakap dengan menggunakan uslub dan gaya bahasa yang tinggi dan
cantik.
Contohnya: Maksudnya : Sesiapa yang mengucapkan la Ilaha Illa
Allah, Allah akan menjadikan setiap perkataan atau kalimah tersebut
burung yang mempunyai 70000 lidah dan setiap lidah pula dijadikan
70000 bahasa yang memohon ampun untuknya.2) Menunjukkan erti yang
tidak betul dan menyalahi akal yang waras, bahkan ia tidak dapat
ditakwilkan.Contohnya : Sesungguhnya kapal Nabi Nuh telah bertawaf
di Baitulla tujuh kali, kemudian bersembahyang di sisi maqam Nabi
Ibrahim dua rakaat.3) Menyalahi pancaindera dan hakikat. Maksudnya
:Buah terung ubat segala penyakit4) Menunjukkan maksud matan yang
lucu. Maksudnya : musim bunga umatku ialah anggur dan tembikai.
5) Menunjukkan percanggahan dengan syariat dan
kaedah-kaedahnya.Contohnya : Sebaik-baik kamu ialah yang selepas
200 tahun yang mana ia tidak mempunyai isteri dan tidak mempunyai
anak.6) Bercanggah dengan bidang perubatan dan kedoktoran.Contohnya
: Maksudnya :Memakan ikan boleh melemahkan badan7) Hadis yang
menyatakan tarikh tertentu.Contohnya : Maksudnya : Apabila berlaku
gerhana bulan pada bulan Muharam: akan berlaku ppemberontakan,
peperangan dan pemerintah akan sibuk, dan apabila berlaku gerhana
bulan pada bulan Safar, adalah demikian-demikian pula.8) Bercanggah
dengan al-Quran dan Hadis Mutawatir.Contohnya: Maksudnya ; Anak
zina tidak dapat masuk syurga hingga tujuh keturunanHadis ini jelas
bertentangan denga ayat al-Quran yang menyatakan, bahawa seseorng
tidakdibebani dengan dosa orang lain. Sebagaimana firman Allah
S.W.T. : 164. Dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul
dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) (Surah
al-anam ayat 164 )
Kitab Berkaitan Hadis Mawdu :Untuk membendung kegiatan pemalsuan
hadis, bangkitlah ulama yang jujur dan ahli dalam bidang berkaitan
dengan menyusun kitab khusus yang berkaitan dengan Hadis
Mawdu.Ulama pertama yang dapat dikesan menumpukan seluruh kajian
dan penulisan kitab tentang hadis palsu ialah al-Hasan bin Ibrahim
al-Jawzaqani. Selepas beliau lahir ramai ulama dan terhasil banyak
kitab lain yang disusun berkaitan dengan Hadis Palsu.Antara kitab
utama sebagai rujukan berkaitan Hadis Palsu anataranya ialah :1.
Kitab al-Fawaid al-Majmuah fi al-Hadith al-Mawduah. Kitab ini
dikarang oleh al-Syawkani.2. Kitab al-Mawduat al-Kubra. Karangan
Ibn al-Jawzi (m. 597 H).3. Kitab Tazkirah al-Mawduat. Karangan
al-Maqsidi (m. 507 H).4. Kitab al-Abatil. Karangan al-Hassan bin
Ibrahim al-Jawzaqani (m. 543 H).5. Kitab al-Lali al-Masnuah fi
al-Ahadith al-Daifah wa al-Mawduah.Karangan al-Imam al-Suyuti (m.
911 H ).6. Ahadith al-Qussas, karangan Ibn Taimiyyah.7. Al- Asrar
al-Mawduah fi al-Ahadith al-Mawduah, karya Ali al-Qari.8. Kitab
Silsilah al-Ahadith al-Daifah wa al-Mawduah. Karangan Muhammad Nasr
al-Din al-Albani (m. 1412 H/ 1999 M ).9. Tahzir al-Khawas min
Akadhib al-Qussas, karya al-Suyuti.
Hukum Beramal Dengan Hadis MawduHukum yang berkaitan dengan
Hadis Mawdu adalah sebagaimana berikut : Haram meriwayatkan Hadis
Mawdu jika mengetahui tentang kepalsuannya.
Haram dijadikan ia sebagai hujah atau dalil syarak. Hal tersebut
berdasarkan dalil sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh
Muslim.
Maksudnya : Sesiapa yang meriwayatkan daripadaku dengan sesuatu
hadis dan didapati ianya palsu maka ia adalah salah seorang
daripada orang yang berbohong.
Hukum Mencipta Hadis Palsu
Sesebuah hadis itu sememangnya haram dijadikan hujah, sama ada
dalam persoalan akidah mahupun perundangan.
Sesiapa yang membuat hadis palsu adalah berdosa besar. Hal
tersebut adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w.
melalui sabdanya :
Maksunya : Sesiapa yang melakukan pendustaan terhadapku dengan
sengaja, tempatnya di dalam neraka.
Bahasa:Sesuatu yang baru lawannya qadim.Ini adalah kerana
perkataan qadim adalah dinisbahkan kepada al-Quran manakala
Hadisdinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w.4.0 ISTILAH ISTILAH
PENTING BERKAITAN ULUM AL-HADITH
Al-Hadith
Istilah:Merangkumi segala ucapan dan perbuatan baginda s.a.w.
yang merangkumi segala keadaan yang diriwayatkan dalam kitab
sejarah,sama ada yang berkaitan dengan tempat,kelahiran,masa,serta
segala yang berkaitan dengannya.
Bahasa:Perjalanan, haluan, peraturan, gaya,dan tingkah laku
dalam kehidupan.Sebagaimana firman Allah S.W.T : 38. kerana
Sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur
ingkar) dahulu kala.(Surah Al-Anfal 38)
Al-SunnahIstilah:Menurut sebahagian Ahli Hadis lain pula,
al-Sunnah bukan hanya terhad untuk ucapan, perbuatan, pengakuan,
akhlak dan sifat-sifat peribadi Rasulullah s.a.w. sahaja. Namun
lebih daripada itu mereka berpendapat sunnah meliputi amalan yang
dilakukan oleh sahabat atau tabiin, sama ada asalnya terdapat dalam
al-Quran atau diambil daripada Rasulullah s.a.w. atau tidak
terdapat asalnya.Sebagai contohnya, ialah hukuman hudud peminum
arak, mengumpulkan al-Quran dalam satu mushaf, membukukan hadis dan
sebagainya.
Bahasa: Sesuatu berita yang disampaikan daripada seorang kepada
seseorang yang lain.
Al-Khabar
Istilah:Menurut pendapat Ibn Hajar al-Asqalani, membawa
pengertian yang sama ertinya dengan hadis.Pendapat ini berdasarkan
hujah, di mana Hadis Marfu dan Hadis Mauquf dinamakan dengan Hadis
atau dikenali juga dengan Khabar.
Bahasa: Kesan atau bekas.
Al-Athar
Istilah: Menurut Imam al-Nawawi, al-Athar ialah Hadis
Mawquf.Iaitu kata-kata sahabat dan sesuatu yang diriwayatkan
daripada sahabat.
Bahasa: Sandaran
Istilah: Jalan periwayatan yang menyampaikan kepada matan iaitu
silsilah perawi-perawi hadith. Daripada Abu Hurairah ke Abu Zurah
ke Ammarah ke Muhammad Bin Fudhail.Contohnya : Maksudnya:Dua
kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat timbangan, serta disukai
oleh Yang Maha Pengasih.
Al-Sanad
Pengertian 1: Suatu perbuatan menyandarkan sesuatu hadith kepada
perawi-perawinya.
Al-Isnad
Pengertian 2: Ia digunakan dengan makna yang sama dengan sanad.
Contohnya : Maksudnya: Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah
kebaikan, maka difaqihkan dia di dalam perkara agama.
Bahasa : Suatu benda keras yang timbul di atas permukaan
bumi.
Al-Matan
Istilah : Lafaz-lafaz hadith yang membawa makna atau kalam yang
berada di akhir sanad
Al-MusnadPengertianKitab yang terkumpul di dalamnya segala yang
diriwayatkan oleh para sahabat r.a. daripada hadith-hadith
Rasulullah s.a.w.
Contohnya : al-Khatib al-Baghdadi dan Imam
adz-Dzihbiy.Kedudukannya lebih tinggi daripada al-Muhaddith kerana
apa yang diketahuinya pada setiap tabaqah lebih banyak daripada apa
yang tidak diketahuinya.Contoh: Umar bin Ubaidillah al-Dzihli dan
Yazid bin Abdul Samad Abu al-Qasim al-DimasyqiAl-HafizGolongan yang
berkecimpung dalam bidang hadith, menghafaz sejumlah besar daripada
matan dengan mengambil kira daripada kitab-kitab yang sahih, faham
dan mengetahui perkara-perkara yang luar biasa sehingga tahu
membezakan perkara-perkara tersebut. Kedudukan di sini lebih tinggi
daripada al-Musnid.Al-MuhaddithOrang yang meriwayatkan hadith
dengan disanadnya semata-mata sama ada dalam keadaan mengetahui
ilmu hadith atau tidak.Contohnya,Imam at-Tirmizi, Kitab az-Zuhd dan
Kitab at-TarikhAl-MusnidContohnya, Musnad Imam Ahmad.
Orang yang mengetahui kebanyakan daripada hadis dan apa sahaja
daripada hadith dan apa sahaja yang berkaitan dengannya sama ada
dari sudut matan dan sanad, jarah wa tadil, perawi dan
sebagainya.
Al-Hakim
Contohnya : Abu Daud,Tirmizi, dan Nasaie (pemilik sunan) dan
Imam at-Tobari.
Contohnya; Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad dan Imam
Hambal.Golongan yang mempunyai martabat yang paling tinggi dari
segi hafazan, keyakinan dan ilmunya yang mendalam dalam bidang
hadith serta kecatatannya. Keilmuan mereka menjadikan mereka tempat
rujukan para huffaz, hukkam dan sebagainya.Amirul Mukminin fi
al-Hadith :Contoh : Salim bin Abdullah bin Umar bin al-Khattab dan
Ad-DaraniyOrang yang menghafaz 300000 hadith merangkumi matan dan
sanadnya sekalipun dari jalan berbeza serta mendalami setiap
perkara yang diperlukan untuk memahami sesuatu hadith.
Al-Hujjah
5.0 REFLEKSI
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan
taufiq-Nya akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan bagi kursus Ulum
al-Quran dan Ulum Hadith (PQE 3102A) yang bermula 01 Ogos 2012 dan
berakhir pada 04 September 2012.Tugasan pada kali ini berkenaan
penyusunan surah dan ayat-ayat al-Quran, nasikh dan mansukh serta
pembahagian, contohnya dan hikmatnya. Selain itu, kerja kursus ini
memberi penekanan berkenaan hadis-hadis palsu dengan mendatangkan
beberapa contoh serta menyatakan implikasinya kepada umat Islam.
Bagi menambahkan lagi kerja kursus pada kali ini lebih menarik,
beberapa istilah penting berkaitan ulum hadis ditulis dalam bentuk
grafik yang bebas dilakukan oleh setiap pelajar.Selepas mendapat
tugasan yang diberikan saya terlebih dahulu merangka beberapa
langkah dalam mendraf tugasan yang diberikan supaya mengikut
kandungan tugasan. Pada peringkat awal dalam mendapatkan maklumat
saya terlebih dahulu melayari internet , saya mendapati terlalu
banyak bahan yang boleh dimuat turun bagi menyiapkan tugasan yang
diberikan. Setelah memikirkan beberapa kali saya teringat kata-kata
seorang pensyarah bahawa bahan yang di dapati dalam internet masih
tidak kukuh kerana masih tidak establish walaupun diletakkan sekali
sumber rujukannya.Bagi mengelakkan berlaku kekurangan dalam
mendapat markah tugasan pada kali ini saya telah berhasrat mencari
maklumat yang lebih kukuh dengan mencari buku sebagai bahan tugasan
saya. Setelah diteliti beberapa isi tugasan dengan beberapa kali,
saya dapati buku yang boleh saya gunakan dalam menyiapkan tugasan
ini saya boleh dapati dalam almari buku saya. Saya sangat gembira
kerana tidak perlu pergi ke perpustakaan dalam mencari buku
berkenaan tugasan yang diberikan. Kelemahan pada diri saya ialah
lambat dalam menaip maklumat yang terdapat dalam buku rujukan.
Dalam mengatasinya saya perlu menaip seawal mungkin tanpa menangguh
supaya tugasan bagi subjek yang lain tidak menjadi beban kepada
saya.Sebelum menjalankan tugasan ini, pensyarah telah memberi
taklimat dan beberapa panduan dalam menyiapkan tugasan yang
diberikan. Perkara penting dalam menyiapkan tugasan ini ialah tidak
boleh memuat turun daripada internet kerana bahan internet
merupakan maklumat yang tidak boleh dijadikan sumber rujukan
.Lebih-lebih lagi saya bakal guru pendidikan Islam hendaklah
berintegriti dalam menjalankan tugasan yang diberikan supaya sifat
jujur dapat diamalkan dan dihayati bukan sekadar dalam menyiapkan
tugasan ini bahkan, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Malahan,
setelah menyiapkan tugasan ini saya berasa seronok kerana dapat
menimba pengetahuan yang baru. Sebagai contohnya saya dapat
mengetahui pengertian ayat al-Quran, perbezaan pendapat ulamak
dalam menetapkan bilangan ayat al-Quran, cara-cara mengenal
ayat-ayat al-Quran dan jumlah kalimah-kalimah al-Quran. Selain
daripada mengetahui berkenaan penyusunan ayat dan surah al-Quran
saya juga dapat menerokai ilmu berkenaan hadis. Tajuk bagi bidang
hadisa menekankan kepada hadis Mawdu yang mana memberi implikasi
terhadap umat Islam dapat saya gunakan supaya pada masa akan
datang, dalam menyampaikan kuliah saya tidak menggunakan hadis
palsu.Kesimpulannya, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi
sekali lagi kerana dapat menyiapkan tugasan pada kali ini. Saya
memohon kemaafan jika dalam tugasan yang disiapkan oleh saya ini
terdapat ralat dari tugasan yang diberikan saya berharap ustaz
dapat membantu saya supaya pada masa akan datang tidak berlaku
kesilapan yang berulang.
6.0 RUJUKAN
Asmawi Haji Ehsan, Ulum Al-Quran.Kuala Lumpur :Pustaka Haji
Abdul Majid,cetakan kedua, 2004.
Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis, Kuala Lumpur
:Pustaka Salam Sdn Bhd, Edisi 11 2005.
Mohd Syahar Barkat Ali, SPM Pendidikan Syariah Islamiah
Tingkatan 4 & 5.Selangor : Pustaka Ilmi.
Qurrotul Aien Bt Fatah Yasin,Ilmu Mustolah Hadith. Kuala Lumpur
:ISP Shabab Trading, cetakan pertama 2006.
7.0 LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Pada 12 Ogos Sehingga 15 Ogos 2012 yang lalu saya telah
menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) buat kali keempat dan
merupakan kali terakhir sebelum melakukan praktikum pada semester
hadapan. Tugasan PBS kali ini berdasarkan pelajaran minor setiap
guru pelatih. Bagi saya bakal guru pendidikan Islam minor saya
adalah subjek Tilawah al-Quran.Terlebih dahulu saya akan
perkenalkan sekolah yang saya melaksanakan aktiviti PBS pada tiga
minggu yang lalu. Saya telah melaksanakan di Sekolah Kebangsaan
Sultan Omar bersama rakan saya dari unit matematik. Sekolah
tersebut terletak berdekatan dengan rumah saya yang mana terletak
lebih kurang tiga kilometer.Saya memilih sekolah yang berdekatan
rumah kerana dapat berbuka puasa bersama-sama ahli keluarga di
kampong, sebelum ini saya sering buat di luar kampung halaman.Pada
hari pertama saya berada di sekolah tersebut , saya dan rakan pergi
ke perhimpunan pagi yang mana dijalankan tiap-tiap hari Ahad,
sekali dalam seminggu.Pada perhimpunan tersebut saya tidak terlepas
peluang mendengar kuliah pagi yang disampaikan oleh Ustaz Shafiin
yang mana merupakan guru saya di sekolah menengah dahulu.Pada
kuliah tersebut beliau menerangkan tentang tanda-tanda lailatul
qadar yang mana beliau mengambil pendapat seorang ulamak
berdasarkan pengalaman ulamak tersebut dan dijadikan sifir dalam
mendapatkan malam lailatul qadar , iaitu jika permulaan puasa jatuh
pada hari sekian , malam lailatul qadar akan jatuh pada hari
sekian. Setelah habis perhimpunan saya dan rakan-rakan pergi ke
pejabat sekolah bagi bertemu dengan guru besar di sekolah tersebut.
Di situ saya dan rakan yang lain datang dari IPG yang lain serta
dalam bidang yang berlainan seramai 11 orang guru pelatih.
Pada permulaannya guru besar mengalukan kedatangan kami kerana
sudi membuat PBS di sekolah beliau. Beliau berasa bangga kerana
kedatangan kami dapat mengganti banyak kelas kerana ramai guru yang
ada musyaqqah terpaksa meninggalkan kelas. Setelah menjalankan sesi
berkenalan ,guru besar mengajukan persoalan yang dalam benak
fikiran kami semua. Saya terlebih dahulu mengambil peluang
menanyakan guru panatia Pendidikan Islam sekolah tersebut bagi
memudahkan saya berhubung berkenaan tugasan yang diberikan oleh
pensyarah.Setelah saya mendapatkan maklumat daripada guru besar,
saya segera pergi ke guru panatia Pendidikan Islam bagi
membincangkan tugasan pada kali ini. Saya bertemu dengan guru
tersebut setelah waktu rehat di bilik guru berseorangan. Ustazah
tersebut mengalu-alukan kedatangan saya kerana beliau sudah tahu
yang saya akan bertemu dengannya.Tanpa membuang masa saya segera
meminta maklumat berkenaan sukatan dan huraian Pelajaran pendidikan
Islam bermula tahun satu sehingga tahun enam.Selain itu bahan
kurikulum pendiddikan al-Quran seperti Rancangan Tahunan, dan
semester turut diberikan.Ustazah tersebut memberi kepada saya semua
bahan yang diperlukan dan saya memfotostatkan semua bahan yang
diberikan. Saya bersyukur kerana mempreroleh seorang ustazah yang
mudah bicara.Selain itu, saya turut membincangkan tentang rakaman
yang akan di ambil pada pedagogi Tilawah al-Quran di tahap satu dan
tahap dua. Ustazah mencadangkan nama-nama berkenaan kepada saya
supaya dirancang waktu pengajaran dan pembelajarannya. Pada tahap
satu saya merakam pengajaran yang dikelolakan oleh Ustazah Fatimah
yang mengajar tahun dua di kelas yang pelajarnya bijak , manakala
bagi tahap dua saya membuat rakaman seorang ustaz yang bernama
Ustaz Shafiin bagi mengelolakan murid tahun enam di kelas belakang
sekali.Pada hari selasa saya membuat rakaman Ustazah Fatimah yang
mengajar murid tahun Dua Bestari, yang mana pelajarnya bijak tetapi
suka bermain-main. Apabila ustazah Fatimah menjalankan sesi
pengajaran ,murid-muridnya dapat mengikutinya.
45