Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani… MEMANFAATKAN MEDIA MASSA Perkataan medium berasal daripada bahasa latin yang bermaksud pelbagai saluran untuk menyalurkan idea, gambaran dan perasaan mana- kala massa pula bermaksud instrumen atau alat. Jadi dapatlah kita rumuskan di sini media massa merupakan pelba- gai saluran untuk kita menyampaikan maklumat. Media yang pling cepat, mudah dan murah adalah internet. Perkembangan terkini teknologi yang amat pesat meluaskan lagi capaian internet melalui gajet seperti telefon bimbit, tablet, computer riba dan banyak lagi yang amat panjang jika disenaraikan semuanya. Portal dan aplikasi sosial juga menjadi salah satu medium yang paling luas rangkainnya menghubungkan manusia seluruh dunia. Jika dilihat dari perspektif yang berbeza, perkembangan ini men- datangkan banyak manfaat kepada perkembangan dakwah dan penye- baran ilmu jika dimanfaatkan sepe- nuhnya. Penggunaan media massa banyak membantu gerak kerja dakwah kerana akses yang mudah dan meluas. Dimensi baru ini mempersembahkan konsep dakwah dalam pelbagai ben- tuk termasuk video, komik, poster, artikel dan sebagainya. Antara yang paling mendapat tempat ialah vlog yang merupakan kaedah penyampaian melalui video. Antara nama yang ser- ing disebut-sebut sebagai vlogger terkenal ialah Aisyah Shakirah, Mat- luthfi, Aiman Azlan dan beberapa lagi mahasiswa baik yang sedang belajar dalam negara mahupun luar negara. Namun begitu, tidak bermakna kita perlu menjadi seseorang yang terkenal dan berpengaruh besar untuk berdakwah melalui media massa. Tun- jukkanlah qudwah hasanah dalam pe- nulisan kita di Twitter, Facebook dan blog. Kita sepatutnya memanipulasi kemudahan ini dan bukannya menjadi lalai serta kecundang dalam arus kemodenan. Selain itu, dalam konteks kita sebagai pelajar, media massa memai- nkan peranan yang sangat penting dalam mendapatkan ilmu pengeta- huan. Namun demikian, hal ini tidak bermaksud kita bergurukan media massa seperti internet semata-mata untuk menuntut ilmu. Sebaliknya me- dia massa menjadi sumber rujukan sampingan untuk kita menajamkan kefahaman atau mencari maklumat tambahan di samping mempelbagai- kan teknik pembelajaran. Tambahan pula guru dan pensyarah juga meng- gunakan internet untuk sesi tutor. Jadi kita dapat belajar dengan lebih santai dan tidak membosankan. Rugilah kita jika kita tidak memanfaatkan kemudahan ini sebaik mungkin. Capaian tanpa batasan menerusi internet khususnya menye- babkan budaya kuning menyelinap masuk dalam pemikiran anak muda masa kini tanpa kita sedari. Kita ju- galah yang bertanggungjawab untuk memerangi serangan pemikiran ini. Jika kita benar-benar mengguna- kannya untuk kebaikan, ia akan men- jadi sebahagian daripada juzuk-juzuk yang akan menyumbang kepada ke- bangkitan Islam pada akhir zaman ini Tips manfaatkan Internet/media massa : 3 MEMANFAATKAN MEDIA MASSA