Top Banner
BAB 1 (BERTOLAK) Bab ini berkisar tentang saat keberangkatan Zarina bersama ibu dan adiknya, Rizal ke Belanda. Ramai kaum keluarga datang menghantar mereka ke lapangan terbang. Pelbagai nasihat dan tunjuk ajar diberikan, terutama mereka yang pernah merantau ke negara orang. Inilah pengalaman pertama Zarina sekeluarga ke Eropah. Semasa berada di perut pesawat, dia berasa takut kerana pengalaman menaiki pesawat ke Medan dulu masih menghantuinya. Namun, hatinya agak terhibur melihat pelbagai ragam manusia yang menjadi penumpang pesawat Boeing 747 itu. BAB 2 (DALAM PERJALANAN) Zarina mengelamun kerana matanya tidak berasa mengantuk. Dia memerhatikan gerak-geri pramugari yang sibuk melayan kerenah para penumpang. Selepas makan, mereka cemas apabila lampu isyarat untuk memasang tali pinggang keselamatan dinyalakan. Ini adalah kerana kapal terbang itu sedang menempuh angin kencang. Rasa ingin tidur terus hilang dan masing-masing mula melayan perasaan. Ada yang menonton filem dan ada yang tidur sahaja. Perhentian pertama setelah enam jam penerbangan ialah di Dubai. Perjalanan diteruskan, mereka mendarat di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam dengan suhu ketika itu 15 c. Selepas melalui imigresen, mereka tercari-cari ayah yang sudah berjanji untuk menunggu. Ibu yang cemas cuba mencari telefon untuk menghubungi ayah atau akan cuba menaiki kereta api untuk sampai ke rumah ayah. BAB 3 (PERTEMUAN) Mereka tercari-cari ayah yang berjanji untuk menunggu. Mereka bimbang kerana ayah seorang yang sentiasa menepati janji dan menepati masa. Setelah beberapa ketika menunggu. Ibu mengambil keputusan untuk membeli tiket kereta api kerana ayah telah menulis surat dan memberi panduan tempat yang hendak dituju. Walaubagaimanapun, setelah tiket dibeli barulah ayah sampai. Ayah membawa mereka minum di salah sebuah restoran disitu. Mereka menaiki kereta api ke tempat tinggal ayah.dalam perjalanan mereka menikmati pelbagai pemandangan kerana musim itu adalah musim bunga. Perjalanan mengambil masa 35 minit. BAB 4 (PERKENALAN) Ayah telah membawa keluarganya bertemu dengan tuan rumah iaitu Mevrouw De Vries. Wanita lingkungan 40-an itu seorang yang peramah. Dia tinggal bersendirian dan hanya ditemani anjingnya. Untuk acara yang pertama, ayah membawa mereka ke perpustakaan tempat dia membuat kerja-kerja dan kemudian ke Universiti Leiden. Selepas itu, mereka ke balai polis untuk melapor kedatangan mereka. Mereka tertarik dengan pasar terbuka yang terletak di kiri dan kanan saluran air Oude Rijn. Mereka berkenalan dengan seorang pemuda Belanda bernama Niek Van Hoeve yang fasih berbahasa Melayu Indonesia yang kebetulan tinggal tidak jauh dari rumah sewa mereka. BAB 5 (MELAWAT AMSTERDAM)
20

Aku Anak Timur

Jun 11, 2015

Download

Documents

taik_korek2

...
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Aku Anak Timur

BAB 1 (BERTOLAK)Bab ini berkisar tentang saat keberangkatan Zarina bersama ibu dan adiknya,

Rizal ke Belanda. Ramai kaum keluarga datang menghantar mereka ke lapangan terbang. Pelbagai nasihat dan tunjuk ajar diberikan, terutama mereka yang pernah merantau ke negara orang. Inilah pengalaman pertama Zarina sekeluarga ke Eropah. Semasa berada di perut pesawat, dia berasa takut kerana pengalaman menaiki pesawat ke Medan dulu masih menghantuinya. Namun, hatinya agak terhibur melihat pelbagai ragam manusia yang menjadi penumpang pesawat Boeing 747 itu.

 BAB 2 (DALAM PERJALANAN)Zarina mengelamun kerana matanya tidak berasa mengantuk. Dia memerhatikan

gerak-geri pramugari yang sibuk melayan kerenah para penumpang.   Selepas makan, mereka cemas apabila lampu isyarat untuk memasang tali pinggang keselamatan dinyalakan. Ini adalah kerana kapal terbang itu sedang menempuh angin kencang. Rasa ingin tidur terus hilang dan masing-masing mula melayan perasaan. Ada yang menonton filem dan ada yang tidur sahaja.

Perhentian pertama setelah enam jam penerbangan ialah di Dubai. Perjalanan diteruskan, mereka mendarat di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam dengan suhu ketika itu 15 c. Selepas melalui imigresen, mereka tercari-cari ayah yang sudah berjanji untuk menunggu. Ibu yang cemas cuba mencari telefon untuk menghubungi ayah atau akan cuba menaiki kereta api untuk sampai ke rumah ayah.

BAB 3 (PERTEMUAN)Mereka tercari-cari ayah yang berjanji untuk menunggu. Mereka bimbang kerana

ayah seorang yang sentiasa menepati janji dan menepati masa. Setelah beberapa ketika menunggu. Ibu mengambil keputusan untuk membeli tiket kereta api kerana ayah telah menulis surat dan memberi panduan tempat yang hendak dituju. Walaubagaimanapun, setelah tiket dibeli barulah ayah sampai. Ayah membawa mereka minum di salah sebuah restoran disitu. Mereka menaiki kereta api ke tempat tinggal ayah.dalam perjalanan mereka menikmati pelbagai pemandangan kerana musim itu adalah musim bunga. Perjalanan mengambil masa 35 minit.

BAB 4 (PERKENALAN)Ayah telah membawa keluarganya bertemu dengan tuan rumah iaitu Mevrouw

De Vries. Wanita lingkungan 40-an itu seorang yang peramah. Dia tinggal bersendirian dan hanya ditemani anjingnya. Untuk acara yang pertama, ayah membawa mereka ke perpustakaan tempat dia membuat kerja-kerja dan kemudian ke Universiti Leiden. Selepas itu, mereka ke balai polis untuk melapor kedatangan mereka. Mereka tertarik dengan pasar terbuka yang terletak di kiri dan kanan saluran air Oude Rijn. Mereka berkenalan dengan seorang pemuda Belanda bernama Niek Van Hoeve yang fasih berbahasa Melayu Indonesia yang kebetulan tinggal tidak jauh dari rumah sewa mereka.

Page 2: Aku Anak Timur

BAB 5 (MELAWAT AMSTERDAM)Ayah membawa mereka melawat Amsterdam, sebuah bandar terbesar di

Eropah. Mereka menaiki keretapi yang mengambil masa 40 minit. Sepanjang perjalanan mereka menyaksikan permandangan yang cantik. Mereka melalui beberapa tempat yang menarik dengan menaiki bot seperti Tower Lock Bridge dan West Church Tower. Mereka berada di Amsterdam selama dua hari.

Ayah menggunakan perkhidmatan agensi perlancongan untuk melawat bandar itu. Dalam siri rombongan, mereka telah melawat pasar melelong bunga terbesar di dunia. Semasa berada di bandar Rotterdam, Rizal telah hilang. Keadaan menjadi cemas seketika. Akhirnya Rizal berjaya dijumpai. Dalam perjalanan pulang, sekali lagi mereka berasa cemas diekori oleh seorang pemuda yang tidak senonoh pakaiannya. Sekumpulan anak muda belari ke arah mereka seolah-olah mencari sesuatu. Rupa-rupanya anak muda itu sedang bergaduh.

BAB 6 (KEMESRAAN)Mereka telah dikunjungi oleh Niek. Niek dilayan mesra oleh keluarga Zarina.

Niek menceritakan latar belakang keluarganya kepada mereka. Zarina tertarik dengan hati budi dan keramahan Niek. Pada malam itu, ketika ibu sedang memasak rempak daging lembu, pintu diketuk oleh seorang pemuda Belanda. Pemuda itu tidak senang dengan masakan ibu. Ayah marah dengan sikap kurang ajar pemuda itu. Mereka terpaksa memasak dengan membuka tingkap dan memakai baju sejuk. Malam itu mereka dijemput oleh kawan ayah untuk menghadiri makan malam. Zarina keberatan untuk ikut serta. Pada masa yang sama, Niek meminta izin untuk mengajak Zarina bersiar-siar. Jadi Zarina pun keluar bersiar-siar dengan Niek.

BAB 7 (MELANCONG KE PARIS)Zarina sekeluarga menyertai lawatan ke Paris menerusi sebuah agensi

perlancongan di Leiden. Dalam perjalanan, mereka singgah di Belgium untuk makan tengah hari. Mereka sampai di Paris pada pukul 5.00 petang. Gaya hidup masyarakat Paris berlainan sekali. Mereka melihat orang memikul roti panjang di bahu seolah-olah memikul kayu. Mereka dibawa melihat toko-toko yang menjual barangan berjenama. Mereka juga dibawa melawat pusat beli belah yang termasyur seperti Christian Dior, Pieget, Nina Ricci dan Lancome. Mereka juga melawat tugu zaman Napoleon Bonaparte, Eiffel Tower dan gereja tertua Norte-Dame.

BAB 8 (PERUBAHAN)Sudah seminggu Zarina tidak berjumpa dengan Niek. Zarina teringat masa kecil

dia takut dengan orang putih, tetapi kini dia sudah berubah. Zarina telah menelefon Niek, pada sebelah petangnya, Niek datang ke rumah mereka. Zarina menegur Niek yang memegang tangannya semasa menyeberang jalan. Menurut Niek, di Belanda mereka bebas. Emak dan ayah Zarina mula bimbang dengan perhubungannya dengan Niek. Emak memberi nasihat dan Zarina berjanji menjaga dirinya. 

Page 3: Aku Anak Timur

BAB 9 (BERKAPAL DI LONDON)Mereka menaiki kapal di Hoek Van Holland. Dalam kereta api menuju ke

pelabuhan, mereka berjumpa dengan penuntut Malaysia yang sedang bercuti ke Belanda. Semasa minum pagi di atas kapal, mereka bertemu dengan seorang pemuda yang tidak senonoh penampilannya. Sewaktu beratur turun dari kapal terdapat dua orang pemuda yang asyik memerhatikan mereka. Tiba-tiba keadaan menjadi kecoh. Seorang pemuda yang berambut panjang menembak ke arah pemuda yang berbaris di belakang Zarina. Ayah meluru ke arah Zarina. Pemuda itu menyuruh ayah bertenang.  Barulah mereka tahu dua orang pemuda itu hendak memasukkan bungkusan dadah ke dalam beg Zarina. Mujurlah pemuda rambut panjang yang merupakan seorang penyanyi itu melihat dan cepat bertindak.

Mereka berkereta api ke London. Mereka sampai di Notting Gate pada pukul 10.00 pagi. Kemudian mereka pergi ke Oxford Street. Di situ mereka berjumpa ramai orang Melayu. Mereka pergi ke rumah sepupu Zarina di Stratford. Mereka berkesempatan pergi ke SOAS.

BAB 10 (PULANG KE BELANDA)Seminggu di London mereka pulang semula ke Belanda dengan menaiki

kapal.    Keesokkan harinya, Niek mengajak Zarina keluar untuk melihat persembahan orang Morocco. Petang itu, mereka sekeluarga ke Voorschoten melihat kawan ayah yang telah uzur. Kawan ayah itu pernah bertugas di Indonesia dan Kuala Lumpur, oleh itu dia fasih berbahasa Melayu.

Pada malam itu, ayah memberitahu ibu tidak membenarkan Zarina keluar dengan Niek lagi. Ketika keluar ke kedai, Zarina bertemu dengan Niek dan terus keluar tanpa keizinan ayah dan ibunya. Niek membelikan sedozen bunga tulip kepada Zarina. Malam itu Zarina dimarahi oleh ayahnya.  Zarina berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya.

BAB 11 (IKUT HATI MATI)Zarina tidak berani keluar dengan Niek setelah dimarahi oleh ayahnya.mereka

hanya bercakap melalui telefon sahaja. Timbul perasaan memberontak dalam diri Zarina. Ketika Niek mengajaknya menghadiri majlis hari jadi kawannya, Zarina memberitahu bahawa dia hendak keluar menonton dengan Niek. Zarina terus keluar tanpa menunggu jawapan daripada ibunya. Perbuatan Zarina itu tidak diketahui oleh Niek.

Zarina berasa tidak selesa kerana dia tidak mengenali tetamu yang hadir. Ketika majlis tari-menari, tiba-tiba lampu dipadamkan dan Zarina terasa ada orang yang memeluknya. Zarina meronta dan berjaya melepaskan diri. Dia berusaha mencari jalan pulang, akhirnya dia terjumpa rumah kawan ayahnya dan menghantar Zarina pulang. Zarina benar-benar menyesal. Zarina dimarahi oleh ayahnya. Zarina mengambil keputusan tidak mahu berjumpa dengan Niek lagi.

Page 4: Aku Anak Timur

BAB 12 (BERKERETA API KE JERMAN)Mereka ke Jerman dengan menaiki kereta api D217 Austria Express. Mereka

menginap di hotel dan melawat beberapa tempat bersejarah dan menarik seperti Kampung Olimpik, Bandar Munich, Botanical Garden, Universiti Munich, Muzium Nasional dan Izar Gate. Mereka kagum dengan semangat cintakan bahasa sendiri oleh masyarakat Jerman. Mereka begitu memertabatkan bahasa sendiri dan tidak bertutur dalam bahasa lain.

BAB 13 (AKU ANAK TIMUR)Sekembali dari Munich, mereka mereka menghabiskan masa di Leiden. Niek

telah memohon maaf.   Seminggu selepas pertemuan dengan Niek, mereka berangkat pulang ke tanah air.

 

Page 5: Aku Anak Timur

TEMA

Novel ini mengutarakan tema perbezaan antara budaya Timur dan budaya Barat. Sebagai contoh, kehadiran keluarga Zarina untuk mengunjungi ayahnya yang sedang belajar di kota Leiden disuakan dengan gambaran hidup masyarakat yang begitu asing bagi mereka. Walaupun Niek kelihatan baik, namun dia dibesarkan di Barat dengan budaya hidup yang sudah jauh menyimpang daripada nilai kemanusiaan sejagat.

Perbezaan Budaya antara Timur dan Barat masih tetap nyata walaupun Timur juga tetap mengalami arus kemodenan. Beberapa gaya hidup yang amat sensitif bagi masyarakat Timur adalah seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, kebebasan hidup apabila usia mencapai 21 tahun, tinggal bersama tanpa ada ikatan perkahwinan, dan membiarkan ibu bapa yang sudah tua hidup bersendirian. Fenomena seperti ini tidak dapat diterima oleh masyarakat Timur. Zarina walaupun masih remaja dapat merasai hakikat tersebut ketika berada diluar negara. Apatah lagi sesudah peristiwa pada malam hari jadi kawan Niek yang hampir meragut maruahnya.Kejadian itu benar-benar menyedarkan dirinya bahawa Timur tetap Timur.

Page 6: Aku Anak Timur

PERSOALAN PERBEZAAN CARA HIDUP

Masyarakat Barat hidup bebas, terutama dalam pergaulan antara lelaki dengan perempuan. Apabila telah mencapai usia 21 tahun, mereka boleh hidup dengan pasangan mereka tanpa ikatan perkahwinan..

PERSOALAN MASYARAKAT BARAT YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Apabila kebebasan diberikan sepenuhnya, mereka bebas memilih cara hidup mereka sendiri dan mula meninggalkan keluarga. Kebanyakan orng tua di Barat hidup terbiar.

PESOALAN MENGHARGAI ILMU

Amalan ini sudah sebati dengan masyarakat Barat. Mereka amat menghargai ilmu berbanding masyarakat di Timur. Di mana-mana sahaja mereka membaca.

PERSOALAN PERBEZAAN BAHASA

Masalah bahasa sebagai alat interaksi menjadi agak menarik kerana ada antara negara di Eropah yang kuat nasionalisme bahasanya. Mereka tidak mahu bercakap dalam bahasa lain selain bahasa ibunda mereka.

PERSOALAN PERBEZAAN MUSIM

Bagi pelawat yang datang dari negara Timur agak berlainan dengan musim di Barat yang terdiri daripada empat musim, iaitu musim panas, bunga, luruh, dan sejuk.

Page 7: Aku Anak Timur

ZARINA

Merupakan seorang remaja berusia 15 tahun yang sedang menuntut di tingkatan 3 dan bakal menduduki PMR.

Ayahnya bekerja di Universiti Leiden, Belanda. Dia telah jatuh hati terhadap pemuda kacukan Indonesia-Belanda iaitu Niek Van

Hoeve.

NIEK VAN HOEVE

Berusia 17 tahun. Dilahirkan di Indonesia dan dibesarkan di Belanda. Seorang pemuda kacukan Indonesia- Belanda. Berbudi bahasa dan memahami adat orang Timur. Fasih berbahasa Indonesia. Tinggi lampai bermata biru.

ENCIK ALI

Bapa kepada Zarina dan Rizal. Dia juga suami kepada Puan Ros. Bekerja di SOAS (School Of Oriental And African Studies) Fasih berbahasa Belanda.

Mengambil berat tentang anak- anaknya dan pemakanan.

PUAN ROS

Ibu kepada Zarina dan Rizal. Mudah mabuk apabila berjalan jauh. Amat mengambil berat tentang anak-anak dan menyayangi mereka.

MEVROUW DE VRIES

Tuan rumah sewa di Papengracht 28 dan berumur dalam lingkungan 40-an. Baik hati dan mudah ramah serta memahami adat orang timur. Suaminya pernah berkhidmat di Indonesia. Sanggup membeli pinggan mangkuk sebagai menghormati keluarga Zarina yang

mementingkan makanan halal.

Page 8: Aku Anak Timur

LATAR TEMPAT

Kuala Lumpur : Lapangan Terbang Subang. Prancis : Paris dan Eiffel Tower. Jerman : Munich dan Olympic Village. Belgium: Breda. England : London, Liverpool, Notting Hill Gate dan Oxford Street. Belanda : Leiden, Rotterdem, Amsterdam, The Hague dan Keukenho.

LATAR MASA

8.00 malam di rumah sewa. 12.30 tengah hari di Munich. Waktu malam di rumah ayah Zarina. Musim sejuk, musim hujan, dan musim bunga.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang menghargai ilmu. Pelbagai bangsa dari pelosok dunia. Masyarakat barat yang mengamalkan gaya hidup bebas.

Page 9: Aku Anak Timur

PERMULAAN

Zarina hairan melihat sikap wanita Barat yang bertopi besar di dalam kapal terbang.

PERKEMBANGAN

Zarina terkejut dengan cuaca di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam dan sikap masyarakat yang tidak peduli hal orang lain.

PERUMITAN

Keluarga Zarina berkenalan dengan Mevrouw De Vries iaitu tuan rumah sewa Encik Ali. Zarina dan keluarganya melawat kawasan penanaman bunga dan tempat-tempat bersejarah. Zarina dan keluarganya berkenalan dengan pemuda yang bernama Niek Van Hoeve. Niek mengajak Zarina untuk bersiar-siar. Zarina semakin berani keluar bertemu dengan Niek di luar pengetahuan ibu bapanya. Hubungan meeka kurang disenangi oleh ibu bapa Zarina kerana berlainan budaya dan agama.

PUNCAK

Zarina hamper diperkosa semasa menghadiri majlis hari lahir kawan Niek.

PELERAIAN

Zarina insaf dan memohon maaf kepada ibu dan ayahnya. Dia menyedari bahawa perbezaan budaya wujud antara Timur dan Barat.

Page 10: Aku Anak Timur

PENGGUNAAN BAHASA BELANDA

Contoh: Nee, daag, bedankt, twee kilo, drie gulden.

BAHASA PERANCIS

Contoh: Madame, messure.

BAHASA INGGERIS

Contoh: Nothing to declare, terro, thank you, that’s alright.

BAHASA ARAB

Contoh: syukran

DIALEK INDONESIA

Contoh: Selamat sore, Omong Melayu aje, angkus, enggak, Jadi bapaka akan berpakansi.

PERIBAHASA

Contoh: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Page 11: Aku Anak Timur

HORMAT MENGHORMATI

Mevrouw De Vries amat menghormati keluarga Encik Ali sehingga dia sanggup membeli pinggan baharu kerana mengetahui keluarga Encik Ali mementingkan makanan yang halal.

KEBERANIAN

Zarina berani melawan kawan Niek ketika dia hampir dirogol.

KASIH SAYANG

Contoh: Keluarga Zarina saling menyayangi antara satu dengan lain.

BERTANGGUNGJAWAB

Contoh: Semasa adik Rizal hilang, ayah cemas dan berusaha mencarinya.

CINTA AKAN NEGARA

Contoh: Kata-kata Zarina, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, menunjukkan bahawa rasa cinta akan negara sendiri patut di semai.

MENEPATI JANJI

Contoh: Encik Ali, ayah Zarina digambarkan sebagai seorang yang sentiasa menepati janji.

Page 12: Aku Anak Timur

SEBAGAI RAKYAT KITA HARUS ADA SIKAP MENCINTAI DAN BERBANGGA DENGAN NEGARA SENDIRI.

Hal ini ditunjukkan menerusi watak Zarina yang akhirnya sedar, hanya Malaysia negara yang perlu dihargai dan dicintainya.

KITA PERLU MEMPUNYAI SIKAP SEDIA UNTUK MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN DAN MEMOHON MAAF SEKIRANYA MELAKUKAN KESALAHAN.

Hal ini ditunjukkan menerusi watak Niek Van Hoeve memohon maaf kepada Zarina atas kesilapannya dan Zarina memaafkan kesalahan Niek.

KITA PERLU TAAT KEPADA SURUHAN TUHAN.

Zarina begitu patuh kepada suruhan Tuhan dan segera mengerjakan solat apabila tiba waktunya.

KITA PERLU MENGAMALKAN SIKAP HORMAT-MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN.

Hal ini ditunjukkan menerusi watak Niek Van Hoeve dengan Zarina yang saling menghormati dan saling memahami hati budi masing-masing.

Page 13: Aku Anak Timur
Page 14: Aku Anak Timur
Page 15: Aku Anak Timur
Page 16: Aku Anak Timur
Page 17: Aku Anak Timur
Page 18: Aku Anak Timur
Page 19: Aku Anak Timur
Page 20: Aku Anak Timur
Page 21: Aku Anak Timur

ISI KANDUNGAN

SINOPSIS

TEMA

PERSOALAN

WATAK

PLOT

GAYA BAHASA

NILAI

PENGAJARAN

1

2

3

4

5

6

7

8