AKTIVITI/PROGRAM PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN PEMBUATAN SEPANJANG TAHUN 2019 Nama Program : Community Service & Education (CSE) UniMAP X PSU Anjuran Bersama : Kelab Gyrosociety Tarikh : 19 hingga 22 April 2019 Lokasi : Prince Of Songkhla University, Hatyai, Thailand Peserta : 4 orang pengiring PPK Pembuatan 14 orang peserta daripada Kelab Gyrosociety 2 orang peserta daripada PPIPT 1 orang peserta daripada PPK Alam Sekitar Perincian Program : Program ‘CSE’ ini merupakan program tahunan anjuran kelab rasmi aktiviti pelajar PPK Pembuatan iaitu Kelab Gyrosociety. Program ini telah berlangsung selama 4 hari 3 malam di Prince of Songkhla University, Hatyai, Thailand. Para peserta bermalam di hotel Full House berhampiran PSU. Hari pertama 19 April 2019 (Jumaat): Pada hari ketibaan, dialu-alukan oleh Pelajar Kesatuan (Student Union) PSU. Pihak PSU membawa sekitar kafeteria berdekatan dengan Bangunan Pelajar (Student Building). Selepas itu, pihak PSU membawa ke Historical Building. Historical Building banyak menceritakan sejarah Thailand dan universiti tersebut. Para peserta melawat Fakulti Kejuruteraan dan mengadakan sesi perbincangan bersama dekan fakulti dan Timbalan Dekan. Para peserta dibawa ke Farmer Market sekitar PSU untuk makan malam. Sesi ice-breaking dikendalikan oleh pihak PSU di Bangunan Aktiviti Pelajar. Pelbagai permainan dimainkan seperti The ‘Big Plastic Bag’, ‘Cat Catch the Mouse’ dan ‘Police catch Thief’. Hari Kedua 20 April 2019 (Sabtu): Para peserta UniMAP diambil oleh pelajar PSU dengan menaiki bas ke Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Gelandangan di Chanwirote, Hatyai. Wakil PSU menceritakan keadaan kanak-kanak disana, cara hidup mereka, apa yang mereka hadapi dan situasi keluarga mereka. Para peserta bermain permainan bersama kanak-kanak dan mempelajari ilmu yang diajari oleh wakil PSU. Barangan cenderahati seperti alatan persekolahan; kotak pensil, pensil warna, buku menulis, buku mewarna dan sedikit makanan diberikan kepada kanak-kanak. Pihak PSU membawa para peserta ke Hatyai Park untuk menikmati pemandangan dan beriadah. Tambahan pula, Pihak PSU membawa para peserta ke Khlong Hae Floating Market untuk makan malam dan membeli buah tangan untuk dibawa pulang.