AKTIVITI SUKARELAWAN BERSAMA SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH) HOSPITAL WANITA & KANAK-KANAK SABAH (HWKKS) 4 Mei 2018 (Jumaat) 1.30 – 3.30 petang Seramai 7 orang Ahli KKSR telah berjaya melaksanakan tugas sebagai sukarelawan dalam membantu pihak SDH, HWKKS menguruskan kanak-kanak semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berlangsung di wad. Pihak SDH telah memberi peluang sepenuhnya kepada Ahli KKSR untuk mengendalikan permainan yang bersesuaian dengan kanak-kanak yang terlibat. Masa yang diberikan selama sejam (2.00 pm - 3.00 pm) telah memberi peluang kepada Ahli KKSR untuk mendekati dan memahami kanak-kanak tersebut. Setiap kanak-kanak mempunyai perwatakan dan keupayaan masing-masing. Kita perlu dekati mereka untuk berkenalan dan bermesra sebelum memulakan permainan. Setiap permainan akan mempengarahui minda, keupayaan memfokus dan tahap fizikal kanak-kanak tersebut. Daripada pemerhatian, alat permainan yang sediada di SDH boleh ditambah lagi seperti lego, boling plastik, mini bola keranjang dan senapang yang boleh menembak objek. Dicadangkan KKSR membuat kutipan derma daripada Ahli KKSR untuk membeli alat permainan tersebut. Program ini akan diteruskan lagi pada bulan Ogos dan November 2018. Diharapkan program ini telah dapat meningkatkan imej dan reputasi LKM dan KKSR dalam melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat / Corporate Social Responsibility (CSR) dan seterusnya dapat merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat serta dapat memberi pengetahuan, pengalaman dan manfaat kepada Ahli KKSR yang terlibat.