PENJANAAN KEKAYAAN SECARA OPTIMUM DAN STRATEGIK Model penjanaan dan perancangan kewangan yang lebih lestari menjadi keutamaan agar UKM boleh terus berkembang maju dengan sumber kewangan yang kukuh. Sebahagian besar sumber pembiayaan semasa UKM datang daripada pendanaan kerajaan. Namun, kebergantungan ini semakin kurang lestari untuk universiti lebih kompetitif. Justeru, UKM telah mengambil inisiatif untuk menjadikan aktiviti penjanaan sebagai salah satu agenda utama universiti bagi menjamin kelestarian kewangan. Penjanaan kekayaan secara optimum dan strategik merupakan bidang keberhasilan strategik universiti bagi menjamin kedudukan kewangan yang kukuh dan mantap. Antara aktiviti penjanaan adalah melalui konsep 3P iaitu Program, Pakar dan Prasarana di samping kaedah konvensional. Budaya keterlibatan dalam aktiviti penjanaan wajar diterapkan kepada semua staf UKM. Bagi memperkukuhkan jentera penjanaan, setiap pusat tanggunjawab (PTJ) diminta untuk menetapkan sasaran pendapatan masing-masing dan seterusnya merangka tindakan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam belanjawan tahunan. Strategi penjanaan pendapatan universiti berpandukan Dasar Penjanaan Universiti yang membolehkan aktiviti penjanaan yang lebih sistematik, optimum dan kurang risiko. Penjanaan daripada sumber dalaman akan dipacu oleh Khazanah-UKM dengan penyertaan aktif oleh semua PTJ di UKM. Penjanaan kekayaan secara optimum dan strategik diharap dapat direalisasikan supaya UKM mempunyai kelestarian kewangan dan mampu berdaya saing dalam pendidikan tinggi tempatan dan global. Prof. Dr. Nor Ghani Md. Nor Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) BULETIN KEBERHASILAN STRATEGIK BILANGAN 7 OKTOBER 2016 Mesej Pengurusan Pencapaian & Kejayaan Aktiviti Hebahan KRA KANDUNGAN 1 AKTIVITI KRA DENGAN PIHAK BERKEPENTINGAN Penasihat Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Marzuki Mustafa Ketua Editor Prof. Madya Ir. Dr. Masturah Markom Editor Prof. Dr. Mohammad b. Kassim Prof. Madya Dr. Fariza Md. Sham Hj. Zanudin Mohd Daud Puan Zaimi Makhtar Puan Nor Saribon Ramli Editor Bersekutu Encik Saipulizam Abd. Ghani Datin Dr. Hajah Saadah Hj. Jaffar Reka Bentuk Encik Barudin Baharin Urus Setia Encik Ahmad Hazreen Wagiman Puan Nur Hazimah Abd. Kadir SIDANG PENGARANG Pusat Strategi UKM Aras 3, Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan Tel: 03-89213856 Faks : 03-89214590 www.ukm.my/strategi-ukm Sekiranya anda mempunyai sebarang bahan sama ada berbentuk artikel ataupun gambar (resolusi tinggi), mohon dapat majukan bahan tersebut ke alamat e-mel [email protected] HUBUNGI 4 1. Bengkel Sistem Maklumat Eksekutif - 21 Julai 2016 2. Demo Sistem Maklumat Inisiatif KRA - 11 Ogos dan 5 September 2016 3. Bengkel Permentoran UKM di Kementerian Pengajian Tinggi - 15 Ogos 2016 4. Pembentangan 13 Kumpulan Projek GerakNovasi UKM - 15 Ogos 2016 5. Pembentangan Pencapaian KRA Institut Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (iHEARS) - 15 Ogos 2016 6. Audit Pengurusan KRA - 17 Ogos 2016 7. Taklimat Naib Canselor kepada pensyarah kursus tahun Satu (1) - 23 Ogos 2016 8. Taklimat Naib Canselor Program Permentoran - 27 Julai 2016 9. Bengkel Penulisan Buku KRA Siri 2 dan 3 - 22 Ogos dan 7 September 2016 10. Mesyuarat Pengesahan Data KPI suku tahun ke-2 - 6 September 2016 11. Demo Sistem Maklumat Strategik Pemantauan KRA - 22 September 2016