Perkongsian Pintar dan Keterlibatan Strategik Perkongsian Pintar dan Keterlibatan Strategik dalam Bidang Keberhasilan Utama universiti merupakan penghubung antara UKM dengan pihak berkepentingan melalui aktiviti kerjasama yang berimpak tinggi, saling bermanfaat serta mengukuhkan tawaran nilai UKM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di bawah bidang keberhasilan ini, tiga sasaran penunjuk prestasi telah ditetapkan iaitu meningkatkan budaya keterlibatan di kalangan warga UKM, perkongsian kepakaran dan sumber yang optimum serta penciptan nilai yang tinggi dan lestari. Justeru bagi mencapai matlamat keberhasilan utama universiti, Keterlibatan Strategik dan Perkongsian Pintar berperanan sebagai penggenap yang saling menyokong sinergi antara bidang keberhasilan yang lain merentasi pendidikan, penyelidikan dan khidmat. Sebagai contoh ialah penglibatan pihak industri dalam program kebolehpasaran graduan; kerjasama dengan NGO untuk menjalankan projek komuniti; hasil penyelidikan dan inovasi yang relevan dengan keperluan industri dan menyelesaikan permasalahan masyarakat; input pihak industri dalam pembangunan kurikulum; jaringan dengan pihak-pihak berkepentingan dan rakan strategik untuk penjanaan dana; perhubungan strategik dengan institusi dan organisasi luar dalam meningkatkan citra UKM di peringkat serantau dan antarabangsa; dan lain-lain lagi. Selain jaringan dengan pihak luar, keterlibatan dalaman antara entiti di universiti juga perlu diperkasakan agar lebih banyak inisiatif bersifat multi-disiplin bersama rakan-rakan strategik dapat dilaksanakan, seterusnya menghasilkan impak kolaborasi yang lebih signifikan kepada rakan strategik dan juga universiti. Sehubungan itu, perkongsian pintar dan keterlibatan strategik ini merupakan pemangkin dalam usaha UKM bagi mencapai keberhasilan utama universiti secara menyeluruh. Ia juga selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang antara lain menekankan jalinan bersifat quadruple helix antara pihak universiti, kerajaan, industri dan komuniti ke arah transformasi pendidikan tinggi negara. PROF. DATO' DR. IMRAN HO BIN ABDULLAH Timbalan Naib Canselor, Hal-Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat SIDANG PENGARANG.. HUBUNGI BULETIN KEBERHASILAN STRATEGIK BILANGAN 5 JUN 2016 Pusat Strategi UKM Aras 3, Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan Tel: 03-89213856 Faks : 03-89214590 www.ukm.my/strategi-ukm Sekiranya anda mempunyai sebarang bahan sama ada berbentuk artikel ataupun gambar (resolusi tinggi), mohon dapat majukan bahan tersebut ke alamat e-mel [email protected] Penasihat Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Marzuki Mustafa Ketua Editor Prof. Madya Ir. Dr. Masturah Markom Editor Prof. Dr. Mohammad b. Kassim Prof. Madya Dr. Fariza Md. Sham Hj. Zanudin Mohd Daud Puan Zaimi Makhtar Puan Nor Saribon Ramli Editor Bersekutu Encik Saipulizam Abd. Ghani Datin Dr. Hajah Saadah Hj. Jaffar Reka Bentuk Encik Barudin Baharin Urus Setia Encik Ahmad Hazreen Wagiman Puan Nur Hazimah Abd. Kadir AKTIVITI HEBAHAN KRA KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN 1 4 Pembentangan KRA IMEN Pembentangan KRA SELFUEL Fakul Sains Sosial Kemanusiaan Pengajian Islam Program teh tarik bersama wakil Pelajar Fakul Perubatan Fakul Sains Teknologi Teh tarik bersama wakil Pelajar FSSK, FPI, FUU, FEP & FPEN Fakul Undang-undang Retreat LPU UKM 2016 Bengkel Pencapaian KRA - Instut Bengkel Pencapaian KRA Institut (8 - 9 Jan) Retreat LPU 2016 (22 - 23 Jan) Sesi Teh Tarik bersama wakil pelajar dari FSSK, FPI, FUU, FEP & FPEN (26 Feb) Perbincangan Timbalan Pengarah Eksekutif bersama Fakulti (Feb - April) Program teh tarik bersama wakil pelajar di Fakulti Perubatan (1 April) Bengkel Penstrukturan Fakulti 2016 (8 - 9 Apr) Retreat Ketua KRA Suku Tahun Pertama 2016 (29-30 Apr) Bengkel Penstrukturan Fakul 2016 - KRA 1 Retreat Ketua KRA Suku Tahun Pertama 2016 Fakul Pergigian Fakul Ekonomi & Pengurusan UKM-GSB Lawatan ke Fakul Mesej Pengurusan Pencapaian & Kejayaan Aktiviti Hebahan KRA KANDUNGAN